Anda di halaman 1dari 26

Disclaimer

Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan
kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-
mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis untuk
membantu calon dalam proses persediaan temuduga.

Amaran!!!

E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources.

Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual
e-book ini kepada Pihak Lain.

Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan


tindakan undang-undang.

Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim


Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui
laman rasmi Tim Infokerjaya Resources.

Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan


sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah
sahaja.

Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di
dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.

Ditulis Oleh







Pengenalan

Ebook ini membekalkan anda beberapa strategi rujukan pantas bagi temuduga
kerja dan perkongsian kisah pengalaman temuduga kerja yang sebenar. Rujukan
ini membantu anda untuk lakukan semakan pantas sebelum hari temuduga tiba.

Sudah pasti dalam masa terdekat pelbagai persediaan difikirkan perlu dan anda
rasakan banyak perkara belum disentuh lagi. Ini adalah fenomena normal yang
sering tercetus apabila seseorang dalam tekanan.

Secara tidak langsungnya, anda berada dalam tekanan hasil daripada panggilan
temuduga yang bakal anda hadiri. Perkara pertama yang anda perlu lakukan
anda bersyukur dan bertenang seketika sebelum memulakan apa-apa
perancangan.

Bagi anda yang beragama Islam, panjatkan syukur anda kepada illahi dengan 2
rakaat solat sunat syukur. Bagi anda yang bukan beragama Islam, lakukan
upacara kesyukuran mengikut amalan anda. Apa yang penting disini, lebih
banyak anda bersyukur, lebih banyak perkara baik menyusul nanti.


1 : Buat Semakan Kepada Laman Web Berkaitan

Setelah anda mendapat maklumat tentang temuduga, lakukan semakan ke atas
laman sesawang (website) kementerian terbabit untuk mendapat maklumat
lanjut tentang jawatan anda. Sebagai contoh, jika anda dipanggil untuk temuduga
bagi jawatan Penguasa Kastam, maklumat tentang jawatan ini boleh didapati
secara terus melalui laman sesawang kastam.

Oleh kerana terlalu banyak maklumat di dalam laman sesawang tersebut, fokus
anda harus kepada perkara tunggak jawatan tersebut seperti, Misi dan Visi
jabatan, siapa orang penting dalam kementerian tersebut dan hal-hal semasa
melalui perkongsian berita mereka.
2 : Kemaskini Pengetahuan Anda

Pastikan anda sentiasa kemaskini pengetahuan anda tentang jawatan yang bakal
anda ditemuduga sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh anda
ditemuduga. Sentiasa semak akhbar tempatan untuk mengetahui isu semasa
tentang hal-hal yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

Sebagai contoh bagi temuduga Penguasa Kastam, lihat kepada berita tentang isu-
isu terkini penyeludupan, percukaian dan isu yang berkait rapat. Isu semasa
menjadi bahan bualan semasa dan masih panas dibincangkan. Oleh itu, satu
persediaan bijak, anda perlu kemaskinikan maklumat sebegini untuk persediaan
hari temuduga nanti.

Panel temuduga adalah seorang yang tinggi pengetahuan mereka. Mereka peka
kepada keadaan semasa. Sebagai seorang bakal penjawat awam, anda juga harus
peka kepada isu semasa yang berkait rapat dengan jawatan anda dan hal-hal
kerajaan.

Tiada siapa yang tahu secara khusus soalan apakah panel temuduga bakal
menyoal anda. Rujukan yang ada dipasaran adalah satu rujukan hasil daripada
maklumbalas calon temuduga yang lalu dan hasil daripada kajian yang lebih
fokus. Tetapi itu bukan bermakna, soalan itu yang bakal ditanya kelak.

Sebagai calon, soalan apa yang bakal ditanya itu tidak penting kerana jika terlalu
memikirkan tentang soalan apa yang bakal ditanya, fikiran anda akan berlegar-
legar bertanya-tanya tanpa fokus kepada persediaan. Persediaannya adalah
luaskan pengetahuan anda tentang jawatan yang bakal anda jawat.






3 : Sediakan Salinan Resume Lengkap Anda

Sediakan resume anda selengkap dan sekemas yang boleh. Resume adalah
ringkasan tentang diri dan pencapaian anda daripada pelbagai aspek.
Pencapaian-pencapaian ini adalah maklumat sokongan kepada anda untuk
memenangi hati panel temuduga nanti.

Sediakan resume dalam beberapa salinan untuk hari temuduga. Pastikan gambar
pada resume anda satu gambar yang kemas dan mempunyai ciri-ciri professional
sebagai seorang penjawat awam. Apabila merujuk kepada penjawat awam,
pastikan gambar anda mempunyai tag nama anda sendiri. Jika tiada, usahakan
untuk tempah satu tag nama anda untuk tujuan temuduga ini.



4 : Sediakan Dokumen Berkaitan Tentang Anda

Dokumen yang berkaitan adalah seperti sijil pencapaian tertentu, transkrip
keputusan anda dan lain-lain. Dokumen ini adalah dokumen sokongan kepada
resume yang telah anda cipta sebelum ini. Ia lebih kepada memberi pembuktian
kepada tulisan resume anda sama anda ia benar atau sebaliknya.

Sebaik-baiknya anda sediakan semua dokumen ini di dalam satu fail. Anda boleh
dapatkan satu Clear Folder di kedai-kedai buku supaya mudah untuk anda
membuat susunan dan mudah untuk panel temuduga meneliti maklumat anda.

Ini adalah pelaburan anda untuk temuduga ini. Semua calon mengharapkan
mereka berjaya, akan tetapi ada yang turut berdukacita. Oleh itu, rendahkan
pengharapan anda, lebihkan kepada usaha dan strategi kejayaan anda.

Mengharap boleh melukakan hati anda. Sebagai seorang yang bijak, fokus
kepada usaha dan terus berdoa. Laburkan wang, masa untuk temuduga anda.
Fikirkan usaha yang memudahkan panel temuduga semasa menemuduga anda.













Sumber Laman SPA : Hadir Temuduga

! File yang mengandungi maklumat peribadi hendaklah disusun dari PMR -
SPM - Univesiti supaya nampat tersusun dan tidak bercelaru.
! Sediakan salinan sijil dengan mencukupi supaya anda tidak menggelabah
hendak menyediakan maklumat apabila diminta oleh sekretariat
temuduga nanti.



5 : Pilih Pakaian Yang Professional

Walaupun anda belum menjawat jawatan kerajaan, anggaplah diri anda sebagai
seorang penjawat awam yang kemas. Kekemasan ini boleh dinampak melalui
pemakaian anda seperti seluar, baju kemeja, tali leher, baju kurung dan lain-lain.

Namun, pakaian ini bukanlah seharusnya semua baru hingga anda terpaksa
berbelanja lebih untuk satu sesi temuduga yang berlangsung 30 ke 60 minit
sahaja. Memadai pakaian yang nampak kemas dan ringkas tetapi bertepatan
dengan gaya pemakaian seorang penjawat awam dan anda selesa.
Bagi wanita, sesuai jika anda memakai blezer diluar (ikut kesesuaian). Bagi
lelaki, amat sesuai sekali anda berpakaian cot atau blezer bersama tali leher di
dalam. Jika tiada usahakan juga sama ada anda pinjam daripada sahabat anda
atau dapatkan di kedai.

Jika anda meminjam, pastikan saiz berpadanan dengan anda supaya jika terlebih
saiz akan menampakkan anda kurang kemas. Seelok-eloknya dapatkan di kedai
bundle berdekatan kerana terdapat pelbagai saiz yang bersesuaian dan harganya
lebih murah daripada tempahan. Jika anda berkemampuan, tidak salah untuk
laburkan wang untuk satu suite professional anda. Pastikan anda meletakkan tag
nama anda.

Berhati-hati dengan bauan perfume yang anda pakai supaya tidak terlalu bau
yang menyengat hidung panel temuduga.

Etika Pemakaian Lelaki
! Berambut kemas
! Kemaskan misai, janggut (kebiasaannya perlu bercukur)
! Kasut hitam (polish) dan bertali (bukan strap)
! Baju kemeja putih (plain)
! Tali leher berbelang-belang (warna plain)
! Blazer
! Tag Nama


Etika Pemakaian Wanita
! Pakaian kemas
! Bagi bertudung hendaklah nampak berkeyakinan dan selesa
! Sut skirt panjang atau pendek (bawah dari lutut 1 inch)
! Kasut tumit tinggi (court shoes berwarna hitam)
! Jika rambut panjang, perlu diikat dalam "bun"
! Makeup yang profesional dan berkeyakinan
! Blazer





























Sumber Laman SPA : Etika Pakaian Temuduga Kerajaan (Perempuan)
































Sumber Laman SPA : Etika Pakaian Temuduga Kerajaan (Lelaki)











Contoh : Court Shoes Wanita


6 : Kenali Panel Temuduga Anda

Menjadi satu kelebihan jika anda tahu siapa yang bakal menemuduga anda. Anda
perlu lakukan sedikit penyelidikan ringkas tentang latar belakang panel
temuduga anda. Jika anda boleh dapatkan maklumat ini secara tepat, lakukan
seberapa segera yang boleh supaya lebih awal anda mendapat maklumat
mereka, lebih awal anda boleh bersedia.

Jika anda tidak dapat secara tepat, lakukan kaji selidik anda di halaman
sesawang jabatan yang terlibat. Kebiasaannya mereka pada kedudukan tertinggi
di jabatan yang menjadi calon panel temuduga anda. Take Note kepada
latarbelakang, salutation dan pencapaian mereka supaya mudah untuk anda
memberi ucapan tahniah kepada mereka semasa sesi temuduga berlangsung.

Lebih banyak maklumat anda tahu tentang bakal panel temuduga anda, lebih
rasa dihargai beliau. Ini memberi peluang kepada anda bersahaja ketika sesi
temuduga berlangsung. Namun, bersahaja disini bukan bermaksud ia tidak
formal. Ia masih dalam format temuduga tetapi anda menjadi lebih relak dan
kurang tekanan.



7 : Bersedia Untuk Dikecewakan

Ini merujuk kepada jumlah calon yang hadir ke temuduga dan jumlah tawaran
kekosongan yang ada. Kebiasaannya, jumlah calon yang hadir hingga mencecah
puluhan ribu, akan tetapi jumlah kekosongan yang ditawarkan hanyalah 200 -
300 kekosongan sahaja.

Oleh itu, panel temuduga memilik kriteria tertentu untuk mengurangkan calon
dalam jumlah yang mereka kehendaki. Kriteria ini meliputi pencapaian CGPA
calon dan pencapaian-pencapaian yang lain. Panel temuduga mempunyai masa
yang singkat untuk menemuduga calon yang terlalu ramai.

Justeru itu, bersedialah dengan lebih giat lagi tanpa menaruh apa-apa harapan
yang tinggi kepada temuduga tersebut. Lumrahnya, mereka yang terlalu
mengharap bakal berakhir dengan kekecewaan. Tugas anda hanyalah
memperkenalkan diri anda melalui himpunan dokumen anda, bersuai kenal
semasa sesi temuduga berlangsung dan berkongsi pengetahuan anda melalui
soal jawab temuduga.

Terdapat calon temuduga yang lepas berkongsi kisah mereka menyatakan
mereka hanya ditemuduga dalam masa yang singkat sekitar 5 minit sahaja. Bagi
calon begini, berkemungkinan mereka telah disingkirkan daripada puluhan ribu
calon kerana tidak berjaya melepasi kriteria pertama yang ditetapkan oleh panel
temuduga seperti pencapaian CGPA yang rendah.

Berlaku juga pencapaian CGPA memuaskan tetapi masih disingkirkan kerana
mereka telah lakukan beberapa kesilapan tanpa mereka sedari seperti faktor
pemakaian atau adab, tatertib temuduga tidak diikuti dengan baik. Bersedia
untuk dikecewakan bukan bermakna anda akan tersingkir. Ia membantu anda
memberi fokus kepada ruang fokus yang sebenar tanpa melibatkan emosi yang
menekan.



KISAH BENAR
PENGALAMAN TEMUDUGA 1



Assalammualaikum Datuk, Tuan
(sambil memberikan senyuman yang paling hensem aku kat
dua-dua panel interview aku dan merenung anak mata depa
sambil menganggukkan kepala sket tatkala bersalaman.)

Aku masuk penuh tertib dan senyum xabes2 cam kerang busuk pastu terus aku
salam kedua-dua panel interview kat luar.

Aku tanya dulu

Apa khabar Datuk, Tuan?
(sambil senyum lagi)

Mereka jwb

Alhamdulillah sihat

(hahaha amek tips from jobs hunting strategies kat UTP! seblm
depa interview kita, baik kita interview depa dlu!)


Penemuduga : (DA : Datuk Ahmad & TA : Tuan Ayouf)

dan aku terus memberikan fail-fail berisi sijil-sijil, degree holder, resume dan
beberapa dokumen penting yg telah disediakan oleh SPA semasa mendaftar
pukul 8 tadi.

Tiba-tiba: TA : Sejuk tgn Encik Rahim?
(sambil mengurut-urut misai putihnya
yang tebal! seyes!)

Agak kuat aircond di luar tadi encik
(sambil memberikan senyuman yang
paling hensemnya)



Aku meminta izin utk duduk dan setelah diberi kebenaran, aku duduk kat kerusi.
(suasana dlm bilik interview ada 1 kerusi utk calon dan 2 buah meja dan kerusi utk
panel dan sebuah laptop. Bilik agak sederhana besar sesuai utk interview session.)

Keadaan berlangsung lagi
DA : Encik Rahim pernah hadir
temuduga dgn saya ke sblm ni?
(soalan yang aku dah
jangka!) Pernah Datuk, bulan
12 lepas di sini Datuk. DA : Jwtan apa tu?

Penolong Pegawai Pendaftaran
Gred S27 Datuk. DA : Yg tu pon kamu xlepas
ni mcmana pulak nak pg
tahap paling tinggi ni huh?
Betul Datuk, ia agak mengecewakan

sy juga ketika itu, tetapi sy percaya yg
(saje psiko kot)

rezeki sy belum smpai dan percaya
rezeki ada di mana-mana. Tetapi

Datuk juga yg mengatakan agak rugi
sy mempunyai ijazah dan diploma
DA : Apa persediaan yang kamu
yang cemerlang nak pegi kerja buat
org awam. (Psiko Datuk tu balik.) dah buat utk hari ni En. Rahim?
i/c
(pandang calon tu.)(sambil Tuan

Ayouf disebelah menyelak-

nyelak sijil-sijil aku satu persatu

dan ijazah aku.)




So, aku pon senaraikan sume persediaan yang aku dah buat dari A-Z (kacang je
soalan tu, dlm BM plak so aku hujah la panjang2.. hehe).

Datuk tu sambung soalan dia
(tanpa lihat resume aku dan sijil-sijil aku)..
DA : Apa yang Encik Rahim

faham mengenai.(lebey

kurang la)


Soalan-soalan yang diutarakan kat aku (panduan PENTING utk
semua calon yang bakal attend interview PTD plak nanti!)







1) Berikan perbezaan antara kuasa-kuasa yang ada pada Kerajaan
Persekutuan, Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
(pd aku agak susah sket coz aku tau PBT DBKL je so aku xdpt bg
cth lain. Tibe2 otak jadi tepu!)

2) Apa yang ada dlm Perlembagaan Persekutuan? (kacang!)

3) Apa yang dimaksudkan dengan seperation of powers?
(kacang!)

4) Apa kaitan antara PTD dgn Parlimen Malaysia?
(aku mengaku kantoi disini. Sebenarnya aku tau tapi aku terus
hurai tugas akhir PTD di parlimen iaitu sbg pegawai pemerhati.)


Di sini, aku telah ditegur oleh Datuk (aku amek positif), beliau kata mcmni

DA : Jwpan yg diberikan En. Rahim td
tu kalau esei saya bg 10/100 je. Kalau
dlm esei, En.Rahim nak jwb soalan A tp
(terkedu!) Memandang pg cerita utk esei B (smbil memandang
wajah Datuk dgn penuh calon tu penuh makna.)
ihsan!
Hahaha
DA : (cuba menolong calon PTD

tu) Berapa bidang tugas PTD yg
8 Datuk (smbil
En. Rahim tau?
menyenaraikan 1 persatu)

DA : Hah! Itu yang sepatutnya En.
Rahim ckp awal2 tadi,

Maafkan saya Datuk, MENGGUBAL dasar kat Parlimen
saya cuba lagi sekali
kerajaan membuat undang-
memberikan hujah
(smbil undang bukan?

barunye)
Bagaimana En.Rahim?



Selesai dgn Datuk, Tuan Ayouf pulak menyoal akuAntara soalan Tuan Ayouf (in
English and his comm skills SUPERB! Excelolent english dia)

(Aku translate in Malay ye haha)


1. Encik Rahim minat apa? Ekonomi? Politik? General issues?
(so aku terus la jwb POLITIK sir! aku harap dia tanya pasal politik
Perak coz isu tu tgh hot gila skang, tapi)

2. Senaraikan dasar-dasar luar Presiden baru Amerika Syarikat
Barrack Obama (aku terus telan air liur! tapi gorenggggggggggg)

3. Pada pendapat aku, apa setiausaha negara US Hillary Clinton

buat kat China skang?(telan air liur lagi! tapi gorengggggggggg

dgn english tunggang-langgang.)


4. Apa pula yang bakal dibuat beliau (Hillary) di Middle East next

month?? (aku gorengggg dgn english aku yang dah mmg

*(&(*^*&%^!!!!)


Lepas tu, Datuk Ahmad tgk jam, beliau minta aku buat conclusion..

DA : Apa sumbangan yang boleh diberikan oleh
En.rahim sekiranya terpilih menjadi seorang PTD? (aku
dah prepare so aku terus jwb 5 points. Nampak Datuk
puas hati)

Mengapa saya harus pilih En. Rahim?

Ada apa-apa soalan utk kami?


Calon PTD : (Jwb satu persatu dgn tertib tp byk goreng!)

Terima Kasih, itu saje
Dan


Terima Kasih Datuk, Tuan (smbil

salam kedua-dua panel dan
memberikan senyuman yang
penuh bermakna!)


Lastly, (aku keluar bilik dan tgk jam lebih kurang pkul 1.05 ptg! xsedar masa
berjalan!) Aku mmg xberapa yakin boleh lepas tahap ni, AKU PERCAYA KALAU
ADA REZEKI, AKU JD PTD TAHUN NI, kalo tak aku cuba lagi TAHUN NI! tu pon
kalau lepas exam bulan lepas yg aku amek last month!

Kawan-kawan, doakan aku lepas Interview PTD dan dpt berkhidmat dgn
kerajaan as a PTD this year! nanti kalo aku jd PTD, meh aku sain luluskan ape
kontrak korg eh, anak2 nak biasiswa ke (ahaks!) tapi yg LEGAL je la! hehe

Sekian, terima kasih.

Salam Ukhwuah,

Sumber http://tipsptd.com/blog/soalan-temuduga-ptd-kisah-benar/

KISAH BENAR
PENGALAMAN TEMUDUGA 2


Salam,

Meh sini nak share. Kadang-kadang bila fikir-fikir balik mcm nak tergelak pun
ada. Interview saya hari Khamis lepas 2/9/10 di putrajaya. Dari mula lagi dah
agak kurang yakin dengan pakaian sendiri. Saya cuma berkurung dan pakai
tudung selendang lilit. Ada yang kata tak boleh selendang, seeloknya tudung
bawal.

Tapi tidak mengapaAda yang berkurung dan berblazer, bila ditegur kurang
sesuai, tak boleh terima. Ada juga berkasut tumit tinggi yang dahsyat tapi
entahmungkin soal jawab lagi penting.

Saya tunggu agak lama sebab lewat sikit. Tapi ya, bila ditemuduga, tell us about
yourself tu dah jadi soalan wajib. Kemudian tiba giliran panel kedua utk mengaju
soalan..

1. Gaji PTD lebih murah, tidak mengapa?
Saya terkantoi yang government tidak membenarkan side business, in
case gaji tak cukup.
2. Apa fungsi Parlimen?
3. Fungsi Kabinet.
4. Struktur pentadbiran Malaysia (Agong, etc)
5. Ciri-ciri utk dicalonkan sbg ADUN dan Ahli Dewan Undangan Rakyat
Yang ni saya tak dapat jawab
6. Bidang tugas PTD
7. Kalau ditempatkan di suatu daerah, apa tugas yg PTD harus buat?
8. Since saya background IT, maka ditanya lah apa PTD akan buat kalau nak
start bina sistem buat penggunasebelum design, apa suma jenuh juga
nak fikir tapi setelah teka-meneka, dapat pun jawapan (Alhamdulillah)
9. Beza leadership dgn management.
10. Definisi Integriti.

..tu je yg saya ingat buat masa skrg.

Mcm-mcm..ikut panel. Ada bilik interview yg setiap calon di interview smp sejam
atau lebih! keluar bilik interview muka ketat, tension, merah padam pun ada.
saya jangka, baru lah BETUL bagaimana seorg diplomat harus ditemuduga!

Apa-apa pun saya taknak fikir lagi apa yg dah lepas. Satu pengalaman yg
menarik. Tak saya nafikan blog ni ada bagi motivasi dan ada jugak buat saya lagi
takut lebih-lebih lagi bila dgr pengalaman org lain.

Alhamdulillah, saya dah lepas, tunggu result saja (yg saya jangkagagal) tp tak
mengapa.. satu pengalaman yg menarik.

P/S: Ada juga yg terus tanya: baca paper harini? jawab tak panel sambung
saya dah tau level awak kat mana..so, baca-baca lah ya sementara tunggu turn
tu takyah la sembang-sembang sgtbeli paper, baca..jgn lupa baca doa selawat
dan zikir. Moga dimurahkan rezeki, dipermudahkan dan diberikan yg terbaik
dari Allah SWT.

Good luck semua! Berkhidmat untuk Negara!
Sumber: http://tipsptd.com/blog/

KISAH BENAR
PENGALAMAN TEMUDUGA 3


Saya sampai di wisma negeri lebih kurang pukul 7.30 pagi. mendahului saya,
seorang calon perempuan, graduat dari USM. Bunyani namanya. sempat
berceloteh sesama kami bagi menghilangkan rasa gugup. lebih kurang pukul
7.40 pagi, kami berjalan beriringan ke tingkat 7 yang merupakan pusat
temuduga SPA di tingkat 7, terdapat lagi 4 orang calon. tapi 3 darinya bukan
untuk temuduga PTD, sebaliknya temuduga sebagai pengajar latihan vokasional
(PLV). kami menuju ke pegawai pendaftaran. bunyani mendapat giliran pertama
untuk memasuki bilik temuduga, seorang lagi calon giliran no 2. dalam hati, saya
memang dah setkan, saya akan jadi calon ketiga. tiba-tiba, saya diberitahu,
"awak calon pertama, bilik no 2 ye.."
"haa..?" rupa-rupanya terdapat dua bilik temuduga. dua-dua calon tadi semuanya
di bilik 1, saya pula bilik 2. alamak. saya cari kerusi untuk menenangkan hati.
sambil mengenakan blazer, saya belek kembali susunan sijil-sijil di dalam fail.
harap tiada yang tertinggal lagi.

panel penemuduga dari bilik 2 ada dua orang. kedua-duanya perempuan. dan
kedua-duanya bergelar dato'. seorang melayu dan seorang berketurunan cina.
jawatan apa, saya kurang pasti.

panjang la pula intro. isi penting yang saya nak kongsi di sini adalah soalan-
soalan yang ditanya. memandangkan saya calon pertama yang ditemuduga dari
bilik 1, maka kawan-kawan selepas saya tak sabar menunggu soalan-soalan
bocor dari saya, hehe.

1. introduce myself - panel bagi soalan dalam bahasa melayu. sekali panel
dah abis bagi soalan, dia terus cakap "introduce in english ye".
ish..ish..ish..
2. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD? - penggunaan
teknologi terkini
3. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa
mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka. - saya
nyatakan kerja sekarang tidak melibatkan saya dengan ramai orang.
hanya berdepan komputer semata-mata. sedangkan saya seorang yang
sukakan outdoor & interaksi.
4. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan? -
5. apa itu MSC? - semasa menjawab soalan keempat, saya menyebut
tentang MSC. apa lagi, panel pun mula la 'serang' saya dengan soalan MSC.
saya agak panel tu ada latarbelakang IT, tapi hanya secara umum.
6. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang
aplikasi-aplikasi tersebut? - salah satunya, panel menekankan
mengenai aplikasi e-perniagaan. maaf dato', saya memang goreng
jawapan tapi goreng ala kadar. huhu.
7. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan
MSC? sebutkan beberapa nama - saya ada menyebut tentang nama
infosys, satyam. tapi tiba-tiba saya pula tanya panel, "wilayah iskandar
pun sama la kan, dato'?" hehehe, tak pasal-pasal lepas tu saya kena tanya
pasal wilayah iskandar. nasib baik saya sempat baca serba sedikit pasal
wilayah iskandar.
8. apakah dia bidang-bidang tugas PTD? - menggubal dot dot dot..
9. nasional integriti - i'm totally blur about this topic. saya memang
langsung tak sentuh tentang hal ni. terasa malu pula dengan panel-panel
tu. bila saya tak dapat jawab, panel tu cuba pula tanyakan program-
program yang dijalankan bawah nasional integriti. saya cuba jawab, tapi
dengan tak sepenuhnya yakin.
10. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada - sempat panel tanya,
"Pos Malaysia Berhad tempat awak kerja sekarang, ada kaitan dengan
kementerian mana?" fuh, nasib baik pernah terbaca sebelum ni di bawah
KTAK.
11. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia - bermula dari yg
dipertuan agong bla..bla..bla..
12. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam
parlimen?- soalan ni akhirnya melalut-lalut hingga ke dewan rakyat,
dewan negara dan lain-lain. berpeluh jugak la dibuatnya.
13. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda
menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting
seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda? - panel
sebenarnya nak tengok, sejauh mana kita berusaha meyakinkan mereka
dengan cara yang penuh diplomatik dan elakkan sekali-kali dari
menyalahkan pihak ketiga walaupun kesilapan tu bukan disebabkan kita.
14. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling
tinggi? kedua tertinggi? ketiga? - alamak, yang ketiga berkuasa siapa
ek? saya jawab ketua setiausaha (KSU), tapi panel tu agak psiko. angguk
aje semua jawapan saya. haisyhh..
15. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat
masyarakat di rumah anak yatim. jadi apa sumbangan anda dalam
program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan
pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? apakah
tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan
kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan
nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim
tersebut? - saya paling suka soalan ni. sebab ni antara perkara yang saya
suka lakukan. dalam banyak-banyak soalan, di sinilah terkumpul semua
keyakinan saya.
16. penah dengar pasal "makcik komputer"? siapa sasaran pengguna
"makcik komputer" ni? - aisey, saya penah dengar pasal "makcik
komputer" ni. atau ada juga yang panggil "makcik PC". tapi tak penah
tengok depan mata. dan cuma tau, "makcik komputer" ni disasarkan
penggunaannya di kalangan warga emas yang baru nak berjinak dengan
komputer. selain harganya yang agak murah dan mampu dibeli golongan
berpendapatan rendah. huhu, kantoi la saya dengan isu ni. lagipun isu
"makcik komputer" ni rasanya dah 2-3 tahun lepas, kan?
akhirnya saya dibenarkan keluar. saya mengerling ke arah jam, 9.10 pagi. saya
masuk tadi 8.30 pagi. 40 minit saya berada dalam 'bilik panas' itu, tapi
hakikatnya saya tak terasa pun 40 minit tersebut. rakan-rakan diluar yang saya
lihat agak lega melihat saya keluar. hehe.

saya langsung tidak merasa suasana provokasi seperti sesi temuduga yang saya
dengar dari pengalaman orang lain sebelum ini. saya disoal dengan nada yang
cukup santai. semua jawapan saya diangguk dan dibalas senyuman. samada
jawapan betul atau salah, semuanya diberi respon yang sama. harapan 50-50.
berharap dan tidak berharap sangat

*Sumber: http://ummihurairah83.blogspot.com/2009/02/cerita-temuduga-ptd.html


KISAH BENAR
PENGALAMAN TEMUDUGA 4

Sila perkenalkan diri anda..


2. Kenapa nak jadi PTD???
3. Apa beza PTD dgn PTN (Peg.Tadbir Negeri)
4. Apa beza Ambassador dgn High Commissioner
5. Apa beza HRM (Management) dgn HRD (Department)
6. Apa beza Management dgn Administration
7. Kalau dapat PTD..Kamu nak kejer KEMENTERIAN maner??..Kenapa???Apa
tugas utama kementerian terbabit??..Saper nama KSU Kementerian
terbabitBagi nama satu agensi dibawah kementerian terbabit
8. Apa 8 Bidang Tugas PTD..
9. Siapa KSN dan KPPA..
10. Nama2 Menteri..
11. Apa beza ISA dan OSA..
12. Dasar kerajaanMISI NASIONAL, DEB dan sebagainya..
13. Pertubuhan antarabangsa..NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan
sebagainya..
14. Rancangan Malaysia yang terkini..(Contoh RMK8,RMK9)..
15. Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya..
16. RUKUN NEGARA
17. Sejarah asal usul PTD
18. Apa beza DUN dan PARLIMENBoleh disusuli ngan soalan berkaitan ADUN,
Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..
19. Delivery System..
20. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..
21. Apa beza SULTAN dgn AGONG??
22. Apa beza PKPA dgn PERINTAH AM ???

*Sumber: http://tipsptd.com/blog/soalan-soalan-temuduga-ptd/


KISAH BENAR
PENGALAMAN TEMUDUGA 5

Ni catatan pada hari saya interview PTD 3hb Sep 2010 dr blog saya, juz nak
share dgn anda semua..

Lega sgt rasanya aku dah selesai interview PTD pagi td. Btol la mcm zaman study
dulu, bila kita abis jwb paper exam or last day of exam rasa lega yg teramat!!
Alhamdulilah, aku nak share la pengalaman interview PTD pagi td. Lokasi
interview di Traders Hotel, Penang. 8 org calon yang datang dan giliran aku yang
ke 3. Panel yg menemuduga 2 orang, sorang Dato dari JPA dan sorang dari SPA.
Aku byk ditya pasal study dan keje skang. Pasal general knowledge Malaysia xde
langsung! Aku punya la study pasal Perlembagaan, Dewan Rakyat, Parlimen,
Hubungan luar Malaysia..skit pun xde! Ni soalan2 yang ditya:-
Panel JPA
1- Apa persedian En Syafiq nak dtg interview PTD ni?- aku jwb la baca Buku Msia
Kita, Pengajian Am, tgk internet n baca paper.
2- Saya tengok bidang Diploma En Syafiq dan degree berbeza ye? Sebab apa?-
Aku pun jwb je la.
3- Skrang bekerja sebagai apa? dan boleh cerita tentang tugas2?- Aku pun
bercerita la keje aku dari A smp Z.
4- Apa pencapaian utama yg En Syafiq boleh share di sini?-Aku cite pasal
pencapaian aku zaman blaja dulu.
5-Pernah jadi guru GSTT, subject apa yg diajar?-
6- Pendapat En Syafiq tentang tugas PTD yang tidak statik 1 bidang dan
kementerian.- jwb je
7- Wawasan yang ada pada En Syafiq- Goreng je, market la diri sendiri
8- Sudah berapa kali interview PTD?- ini 1st time interview, tp PAC dah 3 kali
dan exam 5 kali
9- Apa yang buat En Syafiq cuba lagi?- jwb je la yg elok2, x suka putus asa, hehe
10-Kerja skang ada wat report x? Apa yg ada dlm report tu?- skali lg pasal keje

Panel SPA
11- Dalam report keje ada suggestion n analisis x?- aku cite la A smp Z
12- Dah keje governemnt 2 tahun, apa itu General Order?- di sini memg aku x
ingat langsung GO ni. tp Tuan tu bg la hints skit2, huhu

berbalik kepada soalan Dato

13- Soalan ni dalam English, jadi sila jwb dlm English dlm masa seminit sj, what
do you think about delivery system by government effort?- aku relate kan dgn
NKRA yg memg aku hafal!! suka suka!
14- En Syafiq ada apa2 soalan?- aku jwb xde soalan tp sy nak ckp pasal harapan
syaku pun ckp la berharap dpt menjawat jwtn ni blah blah

-Interview End-
Aku berserah je pasni dan tawaqal. Insyallah aku terima apa jua yg Allah
tetapkan. Kepada anda yang bakal ditemuduga lepas raya ni, Selamat Maju Jaya
dan wat la persediaan sebaik mungkin.

*Sumber: http://tipsptd.com/blog/


RUMUSAN
PERSEDIAAN TEMUDUGA

Setiap temuduga dirangka khusus untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai


untuk jawatan tersebut. Begitu juga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik
ini sudah tentu ianya dirangka dengan rapi kerana jawatan M41 adalah nadi
kepada pentadbiran negara. Berikut adalah sedikit panduan persediaan untuk
menghadapi temuduga ini yang dipecahkan kepada sebelum, semasa dan selepas
interview.

SEBELUM INTERVIEW

Tampilkan intelektualiti anda. Anda harus membuat persediaan yang mencakupi


refleksi intelektual anda. Adalah amat memalukan jika anda dipanggil ke
temuduga PTD tetapi anda tiada maklumat asas dalam perjawatan ini dan
struktur pentadbiran awam. Antara maklumat dan persediaan yang anda perlu
dalam menyediakan diri anda dalam skop intelektual ini adalah;

Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan


Awam dan orang-orang penting kerajaan
Membaca buku Malaysia Kita yang banyak memberi maklumat tentang
sistem di negara Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan
dewan negara)
Membaca buku kerjaya sebagai PTD untuk mengetahui Job skop PTD
supaya sekiranya ditanya kenapa mahu menjadi PTD, anda akan tahu
jawapannya
tahu dasar kerajaan terbarunya contohnya 1Malaysia oleh YAB PM dan
biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah
kerajaan berhubung 1 Malaysia

Kepekaan dengan isu-isu semasa. Sebagai PTD anda harus ada ciri kepekaan ini.
Tak kiralah ianya adalah isu pendidikan atau isu-isu lain, anda harus tahu. Lebih-
lebih lagi isu yang menjadi isu besar negara. Antaranya jika boleh diberi contoh
disini;

kes H1N1, apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan


penyakit ini?
isu-isu terbaru di Malaysia? Sentiasa baca suratkhabar dan pastikan anda
tahu secara umum dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak,
komanwel dan sebagainya (sekadar memberi contoh)

Jelas halatuju. Ini adalah perkara utama yang anda perlu buat persediaan. Anda
bakal ditanya dengan soalan-soalan berkaitan diri sendiri seperti;

apa matlamat hidup?


kenapa mahu jadi PTD?
kenapa mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak
gaji berbanding PTD?
apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

Jadi skop sebelum interview adalah persediaan. Persediaan anda harus


mencakupi pelbagai cabang dan 3 perkara di atas adalah sesuatu yang mesti
dititikberatkan. Jangan hadir temuduga tanpa persediaan!


SEMASA INTERVIEW

Jika boleh anda kenali dahulu siapa penemuduga. Anda boleh terus bertanya
sebelum masuk ke bilik interview. Untuk sesi 2010, ada sesi temuduga
melibatkan pengerusi SPA sendiri iaitu Tan Sri Jamaluddin Hj Ahmad
Damanhuri. Mengenali siapa penemuduga anda adalah satu kelebihan kerana
anda boleh mula masuk dewan dengan salutasi "Salam sejahtera/
Assalamualaikum Yang Berbahagia Tan Sri ..." sekaligus menampakkan yang
anda peka.

Mula masuk ke bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan pembuka
salutasi dan jangan lupa senyuman.

Ceriakan wajah anda


Duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan
Jangan duduk dahulu, anda boleh duduk bila diminta oleh interviewer
Jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas

Contoh jawapan yang berstruktur, tepat dan ringkas adalah;

Beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1

Anda harus jawab Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang


pertamanyaYang keduanya,..Yang ketiganya

SELEPAS INTERVIEW

Jangan terus keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada panel


penemuduga. Ingat, jangan sesekali merayu seperti, "tolonglah, saya amat
perlukan jawatan ini. Mak saya sakit di kampung ...etc" Anda tak perlukan semua
itu. Buat sehabis baik dan biar keputusan dibuat berdasarkan kebolehan anda.
Merayu sedemikian hanya menjatuhkan kredibiliti anda dan peluang untuk anda
amat tipis. Jangan lupa, bila pulang ke rumah berdoalah supaya berjaya.

Anda mungkin juga menyukai