Anda di halaman 1dari 15

www.ExamSeparaPerubatan.

com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan




LAPORAN
PERCUMA
12 Faktor GAGAL
Peperiksaan & Temuduga
Latihan Separa Perubatan










www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Pra-Kata

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat para pembaca yang budiman,
Saya, Kamarulhizam Bin Kamaruzzaman, penulis ebook Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan &
Temuduga Separa Perubatan 10 Bidang Latihan Peringkat Diploma U29. Saya berasal dari
Kuala Krai, Kelantan. Mula terlibat dalam dunia penulisan e-book pada akhir 2011 selepas
mendapat tunjuk ajar dari pakar e-book tanahair iaitu saudara Jamaluddin Bin Bahari.
Untuk Modul PERCUMA ini saya dedahkan statistik penting berkaitan pengambilan pelatih
latihan separa perubatan & faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon semasa seisi
peperiksaan khas & temuduga. Semoga ianya dapat menjadi panduan berguna dalam merintis
pembinaan kerjaya bersama KKM bermula sebagai pelatih separa perubatan. Calon harus
memberi PERHATIAN pada 2 faktor utama yang menyumbang kepada gagalnya calon yang
dipanggil.

Salam SUKSES buat calon exam & temuduga Separa Perubatan !



Kamarulhizam Bin Kamaruzzaman










www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Pengenalan

Saban tahun pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerima ratusan ribu
permohonan bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.
Tambahan pula tenaga kerja yang mempunyai kemahiran & kelulusan Separa Perubatan
sentiasa mempunyai permintaan tinggi setiap tahun. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) menyediakan peluang kerjaya kepada lulusan SPM bagi mengikuti pelbagai program
latihan dalam skim Separa Perubatan samada peringkat sijil atau diploma.

Program latihan separa perubatan bertaraf diploma yang ditawarkan :

Latihan Jururawat
Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
Latihan Jururawat Pergigian
Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Latihan Juruteknologi Pergigian
Latihan Juru X-Ray
Latihan Penolong Pegawai Farmasi
Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Calon yang layak akan menjalani latihan selama 2 tahun (sijil) atau 3 tahun (diploma) di
kolej atau institusi kesihatan KKM. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan menikmati elaun
bulanan serta lain-lain kemudahan. Selepas tamat latihan dan mendapat sijil / diploma
perakuan dari pihak KKM, pelatih akan memulakan kerjaya di hospital atau klinik kesihatan
KKM. Pelatih Separa Perubatan boleh diklafisikasikan sebagai pelajar tajaan KKM dan mereka
perlu bekerja dengan pihak KKM selepas tamat tempoh latihan.








www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan




















Apabila tersenarai sebagai calon dan mendapat tawaran untuk menghadiri seisi
exam & temuduga, calon seharusnya mengambil peluang tersebut untuk membuat
persediaan secukupnya agar dapat memberikan prestasi terbaik kepada pihak
panel penemuduga. Usah sia-siakan peluang yang diperolehi.

Saingan untuk merebut tempat sebagai pelatih separa perubatan AMATLAH SENGIT. Anda
boleh rujuk statistik berkaitan pengambilan pelatih latihan separa perubatan 2011 yang
diperolehi dari SPA :


KELEBIHAN SEBAGAI PELATIH SEPARA PERUBATAN

Elaun bulanan RM 621.21 (pelatih diploma) / RM 571 (pelatih
sijil).
Tambang perjalanan.
Tuntutan perjalanan.
Pakaian seragam.
Kemudahan tempat tinggal & penyediaan makanan.
Rawatan perubatan.
Dan beberapa lain elaun & kemudahan.
JAMINAN KERJA di hospital / klinik kesihatan kerajaan KKM
selepas tamat latihan.

Pelatih separa perubatan adalah pelajar tajaan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) sepanjang tempoh latihan.
www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan



Pada 2011, sejumlah 708,236 permohonan untuk mengikuti latihan separa perubatan
peringkat sijil & diploma. Namun hanya 9,693 calon sahaja yang berjaya mendapat tawaran
mengikuti latihan.
Berdasarkan statistik 2011 ini juga, sejumlah 512,436 permohonan untuk latihan separa
perubatan peringkat diploma & jumlah calon yang ditemuduga adalah 17,436. Calon yang
berjaya melepasi saringan terakhir untuk ditawarkan tempat untuk latihan separa perubatan
peringkat diploma berjumlah 6,759.
Lebih 10,000 calon GAGAL dalam seisi temuduga bagi latihan separa perubatan
peringkat diploma pada tahun 2011!

Oleh itu, anda perlu benar-benar bersedia agar anda mampu bersaing & menjadi CALON
PILIHAN panel penemuduga berbanding calon-calon lain bagi merebut kekosongan yang
terdapat untuk program Latihan Separa Perubatan.

Berdasarkan kaji selidik & pengalaman seorang panel penemuduga KKM menjelaskan terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan calon GAGAL seisi peperiksaan dan temuduga untuk
Latihan Separa Perubatan.

Jom baca faktor yang menyumbang kepada KEGAGALAN ribuan calon sebelum ini!





www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan














1-Tidak Tahu Format Peperiksaan Khas & Temuduga

Majoriti calon yang menghadiri seisi peperiksaan khas Latihan Separa Perubatan peringkat
diploma tidak tahu format dan skop yang akan ditanya. Mereka hadir tanpa sebarang
persediaan dan hanya berserah sahaja. Kalau ada rezeki, dapat lulus. Kalau tak, nak buat
macam mana. Buangkan pemikiran begini.
Modul 3 Pakej Rujukan Peperiksaan & Temuduga Latihan Separa Perubatan (10
Bidang Latihan Peringkat Diploma) mendedahkan format soalan peperiksaan khas &
temuduga yang bakal dilalui oleh calon separa perubatan.
Dengan mengetahui format dan ujian yang bakal dilalui, calon dapat membuat persediaan
secukupnya. Melangkah penuh yakin ke dalam bilik peperiksaan khas dengan memiliki
keseluruhan idea dan gambaran ujian yang bakal dilalui nanti.

2-Tidak Membuat Persediaan

Ramai calon tidak mengambil serius persediaan menghadapi peperiksaan khas dan temuduga
Latihan Separa Perubatan. Persediaan yang dibuat ala-kadar dan tidak komited. Tanpa
persediaan dan persiapan yang bijak, anda bakal menemui titik kegagalan dalam temuduga.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa calon yang membuat persediaan/persiapan yang
rapi sebelum temuduga mempunyai peratusan yang tinggi untuk berjaya. Mereka berusaha
keras membuat persediaan dan tidak bergantung kepada nasib.


Majoriti calon pelatih Separa Perubatan yang GAGAL adalah kerana markah
rendah yang diperolehi untuk Seksyen A Ujian Sahsiah. Calon
terperangkap dengan soalan-soalan yang bertujuan menguji sahsiah /
personaliti untuk latihan / jawatan Separa Perubatan di KKM.
Selain itu, seisi temuduga individu juga banyak mengorbankan calon
pelatih Separa Perubatan.

Lain bidang latihan, lain soalan temuduga!

www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Dengan saingan yang cukup tinggi, calon haruslah membuat persediaan agar mampu
memberikan prestasi terbaik pada hari peperiksaan khas dan temuduga separa perubatan.
Seperti yang dimaklumkan pada Modul 3 Pakej Rujukan Peperiksaan & Temuduga
Latihan Separa Perubatan (10 Bidang Latihan Peringkat Diploma), peperiksaan khas
adalah untuk menilai sahsiah atau personaliti diri dan kecenderungan. Begitu juga dengan
temuduga yang bakal calon lalui selepas seisi peperiksaan khas.

Jadi persediaan yang perlu anda lakukan adalah berdasarkan kepada format dan penilaian agar
memenuhi aras yang ditetapkan. Luangkan masa anda 1-2 jam sehari selama seminggu
menjelang peperiksaan khas & temuduga Latihan Separa Perubatan untuk melakukan
persediaan yang berkaitan. Pakej LULUS Peperiksaan & Temuduga Latihan Separa Perubatan
(10 Bidang Latihan Peringkat Diploma) amat disyorkan buat calon merangka persediaan efektif
untuk lulus cemerlang dan terpilih sebagai pelatih Separa Perubatan.


3-Gementar / Gugup

Bagi sesetengah calon akan berasa gementar dan gugup apabila memasuki bilik peperiksaan.
Hal ini boleh mengakibatkan tindakan atau pemikiran tidak selari dengan kebijaksanaan yang
dimiliki. Calon gagal menampilkan prestasi secara optimum yang dimiliki. Ianya amat
merugikan kerana calon telah pun mempunyai peluang mencapai apa yang diimpikan.

Doa dan restu dari kedua ibu-bapa jangan diabaikan. Bagi yang beragama Islam boleh amalkan
beberapa doa dalam menghadapi situasi sebegini. Begitu juga calon non-muslim boleh berdoa
mengikut kepercayaan masing-masing.


4-Bersifat Pasif Semasa Temuduga

Terdapat calon yang bersikap pasif semasa proses temuduga berjalan. Tidak wujud elemen
interaksi dan komunikasi dalam diri calon. Ibarat sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab.
Apatah lagi anda sebagai calon guru, aspek komunikasi amatlah penting dan diutamakan.


5-Dokumen Tidak Lengkap

www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan





Calon tidak membawa dokumen sebagai bukti kelayakan yang dinyatakan di dalam borang
permohonan. Jika dokumen tersebut hilang, calon seharusnya mendapatkan dokumen
sementara sebagai sokongan pada dokumen yang hilang itu.

6-Lewat Menghadiri Temuduga

Terdapat calon yang hadir lewat ke seisi temuduga. Walaupun calon mampu menjawab soalan
yang ditanya oleh panel penemuduga, akan terdapat komen negatif kepada calon. Pertama,
calon tidak komited terhadap jawatan yang dipohon. Kedua, mungkin calon akan bersifat
sedemikian apabila berkerja nanti.

7-Tidak Tahu Tentang Isu Semasa

Terdapat calon yang tidak tahu langsung tentang isu-isu semasa dan tahap pengetahuan am
amat rendah. Seperti katak di bawah tempurung. Hanya tahu tentang dunianya sahaja.

8-Tidak Jujur Dalam Menjawab Soalan

www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Aspek penting yang perlu diberi perhatian. Panel penemuduga akan menilai aspek kejujuran
dalam diri calon. Aspek kejujuran di sini adalah melibatkan perkara-perkara baik, bukan jujur
mendedahkan sesuatu yang negatif. Kejujuran anda untuk menjadi Pelatih Separa Perubatan
dinilai. Kejujuran anda memohon mengikuti program Latihan Separa Perubatan.














9-Kesilapan Dalam Mengisi Borang Maklumat Tambahan
Salah satu faktor utama kegagalan calon dalam seisi peperiksaan & temuduga Latihan Separa
Perubatan ialah kesilapan dalam mengisi maklumat pemilihan jenis latihan yang ditemuduga
mengikut keutamaan calon dalam Borang Maklumat Tambahan yang perlu dibawa semasa seisi
temuduga. Bagi calon yang mendapat tawaran lebih dari 1 bidang latihan separa perubatan,
pemilihan bidang latihan mengikut keutamaan perlu diberi perhatian agar dapat membuat
persediaan yang berkaitan & meningkatkan peluang terpilih sebagai pelatih separa perubatan.

80% soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga adalah berdasarkan
kepada maklumat yang diisi oleh calon di dalam borang tersebut.

10-Tidak Tahu Mengenai Seisi Peperiksaan & Temuduga Yang Dihadiri

Terdapat calon yang menghadiri temuduga tanpa mengetahui perihal peperiksaan dan
temuduga yang dijalankan. Ini adalah salah satu kesilapan besar yang perlu anda elakkan.
INFO PENTING !

Terdapat calon yang menerima surat tawaran & ditawarkan
lebih dari 1 bidang latihan. Calon perlu memilih latihan yang
ingin diikuti.

Kesilapan memilih latihan boleh memerangkap calon &
menjejaskan peluang terpilih sebagai Pelatih Separa
Perubatan.

Tips pemilihan latihan untuk calon yang mendapat lebih dari 1
tawaran bidang latihan separa perubatan di modul 4.
www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Situasi seperti ini akan menunjukkan calon tidak serius dan tidak komited dengan apa yang
dipohon. Calon tidak tahu jenis bidang latihan yang dipohon atau ditawarkan.

11-Pemakaian Yang Tidak Sesuai

Jangan sesekali mengabaikan aspek pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan dan
temuduga. Tahukah anda aspek pemakaian turut mempunyai aura tersendiri semasa anda
menghadiri peperiksan dan temuduga? Bukan hanya mempengaruhi panel penemuduga, malah
untuk diri anda. Dengan pemakaian yang beretika dan hebat, ianya bukan sahaja
mempengaruhi panel penemuduga, malah memberi pengaruh besar kepada tahap keyakinan,
ketenangan dan kehebatan anda.


Etika pemakaian semasa menghadiri seisi peperiksaan & temuduga Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA). Sumber rujukan www.spa.gov.my

12-Tidur Lewat Pada Malam Sebelum Peperiksaan & Temuduga

Terdapat calon yang tidur lewat atau berjaga sehingga pagi menjelang hari peperiksaan khas
dan temuduga Latihan Separa Perubatan. Situasi ini pastinya memberi kesan kepada kesegaran
dan kecergasan diri calon. Rehat dan tidur yang tidak cukup boleh memberikan kesan negatif.
www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Anda akan gagal menampilkan prestasi terbaik semasa temuduga akibat dari rehat dan tidur
yang tidak cukup. Juga memberi kesan kepada tahap kecerdasan minda anda. Tanpa minda
yang cerdas, anda bakal bergelut menahan lambakan soalan dalam seisi peperiksaan khas
dan asakan soalan dari penemuduga.
















www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan & Temuduga
10 Bidang Latihan Separa Perubatan
Peringkat Diploma U29















Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan 10 Bidang Latihan
Peringkat Diploma U29 ini mengandungi 5 Modul berasingan yang dibahagi-bahagikan
agar memudahkan pemahaman serta pembacaan calon sebelum menjelang peperiksaan
& temuduga Latihan Separa Perubatan.

Isi kandungan panduan ini merupakan hasil kajian, penyelidikan & temuramah yang
telah saya sendiri jalankan serta koleksi pengalaman sebenar daripada beberapa
orang pelatih Separa Perubatan, staf separa perubatan pelbagai bidang di
KKM, pensyarah kolej kejururawatan KKM dan pesara jururawat.


www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Info, maklumat & tips persediaan yang terkandung dalam pakej ini meliputi 10
bidang latihan separa perubatan peringkat diploma.


Panduan ini juga adalah hasil temuramah daripada seorang Pegawai Perkhidmatan
KKM yang pernah menjadi salah-seorang ahli panel penemuduga sesi temuduga
Latihan Separa Perubatan. Identiti beliau terpaksa dirahsiakan demi menjaga
kepentingan pihak-pihak tertentu. Beliau inilah apa yang dikatakan sebagai orang
dalam sebenar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)!

Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan 10 Bidang Latihan
Peringkat Diploma U29 ini merupakan panduan lengkap langkah-demi-langkah yang
mengandungi tips, panduan, teknik serta soalan-soalan bocor yang akan
ditanya ketika sesi exam & temuduga nanti. Senang cerita, panduan ini akan membantu
anda dalam melakukan persediaan-persediaan yang sepatutnya agar anda berjaya
LULUS dalam exam & temuduga tersebut.













www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan


Apa Kata Mereka Yang Telahpun Memiliki & Membaca
Panduan Rujukan Ini

















TESTIMONIAL I
Inilah persediaan efektif yang mampu memberikan kelebihan besar buat calon exam &
interview Separa Perubatan menampilkan prestasi terbaik dan seterusnya layak
menjalani Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan oleh pihak KKM.

Maklumat & info yang disampaikan dalam pakej rujukan ini bukan hanya secara
umum. Malah terdapat maklumat yang spesifik untuk setiap bidang latihan
bertaraf diploma yang terdapat dalam skim Latihan Separa Perubatan.
Tiada rujukan selengkap ini sepanjang perkhidmatan saya bersama KKM.

Buat calon pelatih separa perubatan, gunakan rujukan ini untuk persediaan exam &
interview, saya amat yakin peluang calon untuk LULUS amat tinggi. Usah biarkan anda
ketinggalan berbanding calon-calon lain yang sudah memilikinya. Pelaburan terbaik
untuk laluan & pilihan kerjaya masa depan anda di KKM.




Puan Hasbiyah
Pesara Jururawat KKM
Pensyarah Kolej Kejururawatan Swasta

www.ExamSeparaPerubatan.com
Modul PERCUMA : 12 Faktor GAGAL Peperiksaan & Temuduga Separa Perubatan




TESTIMONIAL II
Hampir sama dengan format & contoh soalan sebenar

Apa yang disampaikan dalam modul 3 hampir 100% sama dengan apa yang telah
saya lalui semasa menduduki peperiksaan & temuduga Latihan Separa
Perubatan yang lepas.Begitu juga dengan contoh-contoh soalan temuduga, ianya amat
membantu calon membuat persediaan secukupnya sebelum hadir ke seisi peperiksaan &
temuduga separa perubatan..

Alangkah bertuahnya calon pada masa kini yang mempunyai rujukan lengkap seperti ini
berbanding ketika waktu saya. Pendedahan format soalan peperiksaan serta persediaan
temuduga cukup berguna untuk calon tampil YAKIN dan seterusnya LULUS bergelar
pelatih Separa Perubatan. Latihan separa perubatan perintis ke arah kerjaya bersama
KKM menyumbang khidmat bakti buat masyarakat.




Mohamad Noor
Pelatih Latihan Separa Perubatan
Penolong Pegawai Perubatan

Anda mungkin juga menyukai