Anda di halaman 1dari 25

PENJELASAN MENGENAI KENAIKAN HARGA MINYAK SERTA SUBSIDI DAN LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN KEPADA SEKTOR SOSIAL

UNIT PERANCANG EKONOMI JABATAN PERDANA MENTERI 24 MAC 2006


www.epu.jpm.my

Penjelasan Mengenai Kenaikan Harga Minyak Serta Subsidi Dan Lain-Lain Bantuan Kerajaan Kepada Sektor Sosial
1. Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak dunia? Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat tinggi di pasaran dunia. Harga minyak mentah terutama West Texas Intermediate (WTI) iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia, telah meningkat daripada purata AS$31 setong pada tahun 2003 kepada AS$57 setong pada tahun 2005. Bagi tempoh Januari-Februari 2006, harga WTI kekal tinggi pada purata AS$64 setong. Harga bagi Tapis (minyak mentah keluaran Malaysia) turut meningkat daripada purata AS$30 setong pada tahun 2003 kepada AS$58 pada tahun 2005 manakala purata dalam tempoh Januari-Februari 2006 adalah sebanyak AS$69 setong.

Purata harga minyak dunia


AS$ setong 2005
Purata Tahunan

2006

80.00 70.00 60.00 50.00 40.00 30.00 20.00 10.00


3 200

Purata Bulanan

4 200

5 200

05 Jul

o Og

Sep
Tapis

t Ok
USW TI

v No

Dis

-06 Jan

Feb

Harga Tertinggi Tapis AS$72.04 (23/1/2006) USWTI AS$69.81 (30/8/2005)

Antara sebab yang menyumbang kepada kenaikan harga minyak dunia adalah : o Permintaan tinggi bagi minyak mentah dunia (85.1 juta tong sehari pada tahun 2006) berbanding dengan bekalan (85.5 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan; Keadaan geo-politik yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela yang menjejaskan pengeluaran.

2. Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet. Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing. Di Malaysia, PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara. Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia 2

menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

Keluaran Minyak Dunia 2006 : 85.5 juta tong sehari (Ribu tong sehari)
Amerika Utara 14,320 OPEC (di Asia Barat & lain-lain) 33,980 Eropah & Eurasia 17,570

Amerika Latin 4,480

Afrika 4,220

Asia 6,450
Sumber : IEA

Permintaan Minyak Dunia 2006 : 85.1 juta tong sehari (Ribu tong sehari)
Amerika Utara 25,890 Asia Barat 6,200 Eropah & Eurasia 16,340

Amerika Latin 5,090

Afrika 2,990

China & Asia Lain 18,500


Sumber : IEA

3. Berapakah harga minyak di Malaysia berbanding harga di negara jiran? Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia adalah lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah di antara yang terendah di dunia.
(RM/liter)
5.90 6.00

RON97 (RM/liter)

5.00

Harga RON97 (RM/liter) di Negara Terpilih, 4.54 Mac 2006 4.05


3.91 2.88

4.60

4.00

3.00 1.92 2.00 1.21 1.00 2.09 2.16 2.21 2.30

2.73 2.47

0.00

pu n Si ng ap ur a

ia Vi et na m

In di a

na

nd

ei

ia

bo di a

Br un

on es

Fi lip i

al a

Th a

In d

Sumber : Kementerian Luar Negeri

(RM/liter)
7.00

Diesel (RM/liter)

am

Je

C hin

ys

ila

La

6.00

5.00

Harga Diesel (RM/liter) di Negara Terpilih, Mac 2006


4.04

4.00
2.85 2.86

3.00
1.58 1.75 1.85 1.95

2.38 1.54 0.71

2.38

2.42

2.54

2.00

1.00

0.00
ia a pu n ur a Br un ei ai la nd na m sia a U SA a bo di a La os In di hi n es in ay Fi lip In do n Je ap Vi et C U K

M al

am

Th

Sumber : Kementerian Luar Negeri

Si ng

UK
6.42

SA

os

4. Bagaimanakah Kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah daripada negara jiran? Kerajaan memastikan harga minyak (petrol, diesel dan LPG) rendah dengan memberi subsidi dan pengecualian cukai jualan kepada pengguna bahan petroleum. JADUAL 1 HARGA PRODUK PETROLEUM SEMENANJUNG SEBELUM KENAIKAN PADA 28 FEB 2006
RON 97 (RM/LITER) SEHINGGA 27 FEB 2006 Harga Sebenar Harga Runcit Subsidi/Pengecualian Cukai DIESEL (RM/LITER) LPG (RM/KG)

2.46 1.62 0.84

1.98 1.28 0.70

3.21 1.45 1.76

JADUAL 2 JUMLAH SUBSIDI DAN KEHILANGAN HASIL 2003-2005


RM bilion Subsidi Kehilangan Hasil Jumlah 2003 1.82 4.76 6.58 2004 4.79 7.15 11.94 2005 7.41 7.85 15.26

5. Kenapa Kerajaan perlu kurangkan subsidi? Jika Kerajaan mengekalkan harga runcit barangan petroleum pada paras harga yang ditetapkan pada 31 Julai 2005, Kerajaan terpaksa menanggung bebanan subsidi petroleum dan pengecualian cukai sebanyak RM17.1 bilion bagi tahun 2006. Dengan kenaikan sebanyak 30 sen ini, tanggungan 5

Kerajaan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion. Kerajaan dijangka dapat menjimatkan wang sebanyak RM4.4 bilion pada tahun 2006.

KESAN PERUBAHAN HARGA KEPADA BEBAN DITANGGUNG KERAJAAN PADA 2006


HARGA DIKEKALKAN HARGA DINAIKKAN

RM 4.4 bilion RM 17.1 bilion RM 12.7 bilion

Apabila jumlah subsidi meningkat, jumlah wang yang ada untuk pembangunan akan berkurangan. Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan Kerajaan untuk mengurangkan defisit negara. Pemberian subsidi telah menyebabkan masalah penyeludupan minyak ke negara jiran. Jika penyeludupan berleluasa, negara akan mengalami kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM1.3 bilion subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, berdasarkan tanggungan Kerajaan sebanyak RM12.7 bilion yang dianggarkan pada akhir 2006.

Subsidi juga lebih menguntungkan golongan kaya yang memiliki banyak kereta berbanding golongan miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. Walaupun jumlah dikurangkan tetapi subsidi untuk produk petroleum masih ada.

6. Berapakah harga sebenar bahan petroleum tanpa subsidi? Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM1.98 seliter, tetapi pengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.58 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 20.18 sen seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen. Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di Semenanjung adalah RM3.21 sekilogram, tetapi pengguna membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.75 sahaja. Ini kerana adanya subsidi RM1.46 sekilogram. Umpamanya, bagi satu tong gas 12 kilogram harga yang kita bayar adalah RM21.00 tetapi harga sebenar ialah RM38.52. Jadi bagi setiap tong gas, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM17.52.

Harga Sebenar Seliter Diesel

Harga Runcit : RM1.58 Subsidi : RM0.40

Harga Sebenar : RM1.98

HARGA LPG DI PASARAN

HARGA RUNCIT

HARGA RUNCIT

RM17.50 10 KG
SUBSIDI KERAJAAN

RM21.00 12 KG
SUBSIDI KERAJAAN

RM14.60
HARGA SEBENAR

RM17.52
HARGA SEBENAR

RM32.10

RM38.52

HARGA RUNCIT

RM24.50 14 KG
SUBSIDI KERAJAAN

RM20.44
HARGA SEBENAR

RM44.94

7. Pemberian diskaun ke atas harga minyak bersubsidi. Selain dari masih memberi subsidi, Kerajaan juga telah memberi diskaun kepada sektor terpilih untuk mengurangkan beban rakyat terutama mereka berpendapatan rendah. Diskaun ke atas harga minyak bersubsidi diberi kepada pengusaha kenderaan awam di bawah Sistem Pemberian Diesel Bersubsidi melalui fleetcard. Sebanyak 84 peratus pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pengguna atau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga diesel bersubsidi pada harga RM 1.43 seliter iaitu 15 sen lebih rendah berbanding kadar baru RM 1.58 seliter untuk pengguna lain. Sebanyak 20 jenis kenderaan layak menggunakan kemudahan fleetcard ini di 2,771 stesen minyak di seluruh negara. Antara jenis-jenis pengangkutan yang layak ialah bas sekolah, bas berhenti-henti, bas ekspres, kereta sewa, teksi, lori kargo am dan sebagainya. Mereka yang layak untuk menikmati kemudahan ini telahpun diberikan surat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP). Kerajaan juga telah memperkenalkan Sistem e-Diesel Nelayan bagi sektor perikanan. Melalui sistem ini Kerajaan memberikan subsidi diesel berharga RM1.00 bagi setiap liter kepada kirakira 18,000 nelayan di seluruh negara. Namun, Kerajaan akan memantau pemberian subsidi kepada sektor nelayan ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang salah guna pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan. Selain itu, seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yang sebahagian besarnya mereka menggunakan bot dengan enjin sangkut petrol akan juga diberi subsidi petrol pada harga RM1 9

seliter mulai 1 Jun 2006 ini jika berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan 100 pusat jualan di seluruh negara yang akan dibina oleh LKIM. Kenderaan Layak Menggunakan Kemudahan Fleetcard
BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Bas sekolah Bas ekpress Bas berhenti-henti Bas mini Bas pengantara Kereta sewa Teksi Van mayat Lori mayat Ambulan (dikendalikan oleh badan sukarela) Bomba (dikendalikan oleh badan sukarela) Lori kargo am Lori minuman botol Lori luton / kotak Lori refrigerated Lori tangki air Lori tangki tepung Window van Panel van Prime mover KATEGORI

Diesel bersubsidi bagi pengusaha bot penumpang di pedalaman Sabah dan Sarawak pula telah dikurangkan lagi kepada RM1.20 seliter berkuat kuasa 16 Mac 2006. Pengusaha bot penumpang Ulu Tembeling, Pahang pula akan juga 10

menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.20 seliter selepas kaedah menyalurkan bahan api itu kepada mereka dimuktamadkan. 8. Adakah kenaikan harga minyak akan memberi kesan yang besar kepada inflasi negara? Walaupun Kerajaan menaikkan paras harga runcit petrol, diesel dan LPG sebanyak 30 sen seliter atau sekilogram namun Kerajaan telah mengambil beberapa langkah sewajarnya bagi mengurangkan kesan kenaikan ini kepada rakyat. Kerajaan telah memberi jaminan bahawa kenaikan harga runcit petrol, diesel dan LPG sebanyak 30 sen seliter atau sekilogram ini, hanya sekali sahaja bagi sepanjang tahun 2006. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa kenaikan harga minyak tidak sepatutnya memberi kesan besar ke atas harga barang makanan memandangkan kos bahan bakar hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah kos pengeluaran industri makanan. Berikutan kenaikan harga bahan bakar sebanyak 30 sen, jumlah kos pengeluaran industri makanan secara purata akan hanya meningkat sebanyak 0.2 peratus sahaja. Di antaranya, industri yang banyak menggunakan bahan bakar seperti industri biskut di mana jumlah kos dianggar meningkat sebanyak 0.5 peratus, pembuatan roti dan kek meningkat sebanyak 0.3 peratus manakala industri yang kurang menggunakan bahan bakar seperti pengeluaran air mineral, kos dianggarkan meningkat hanya sebanyak 0.1 peratus. Kajian juga dijalankan bagi pembuatan roti canai dan didapati bahawa satu tong gas 14 kg boleh memasak kira-kira 1,020 keping roti canai. Sebelum kenaikan harga gas memasak, kos 11

penggunaan gas LPG adalah sebanyak dua sen bagi setiap keping roti canai. Berikutan kenaikan harga gas memasak sebanyak 30 sen sekilogram maka kesannya kepada kos memasak roti canai hanya meningkat kurang daripada satu sen iaitu 0.4 sen sekeping. Sehubungan itu, Kerajaan memberi amaran supaya pihak tertentu agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sewenang-sewenangnya. Tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang tidak bertanggung jawab.

SEBELUM KENAIKAN

Memasak

Harga = RM20.30

Kos gas bagi sekeping roti canai = 2 sen

SELEPAS KENAIKAN

Memasak

Harga = RM24.50

Kos gas bagi sekeping roti canai = 2.4 sen Meningkat = 0.4 sen

12

9. Bagaimanakah penjimatan daripada subsidi minyak akan dibelanjakan berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen? Jumlah subsidi yang dapat dijimatkan dianggar berjumlah RM4.4 bilion pada tahun 2006 akan dipulangkan balik kepada rakyat dengan menambah baik sistem pengangkutan awam. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA). Dana ini, akan digunakan bagi tiga tujuan : o Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan. Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara bas, LRT, monorel dan komuter; Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT; dan

Tujuan utama program ini ialah untuk melaksanakan sistem pengangkutan awam yang bersepadu. Ia juga melibatkan sistem pengangkutan awam di bandar-bandar lain selain bandaraya Kuala Lumpur. Kerajaan yakin usaha menambah baik sistem pengangkutan awam akan meningkatkan mutu perkhidmatan sekali gus memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Usaha ini secara langsung akan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

10. Patutkah Kerajaan guna sepenuhnya sumbangan PETRONAS untuk membiayai subsidi? Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, PETRONAS telah membuat sumbangan besar terhadap pembangunan negara. 13

Dalam tahun kewangan 2004/2005, ia telah menyumbang RM31 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Ini merupakan peningkatan 47 peratus berbanding dengan sumbangan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 53 peratus daripada keuntungan kasar PETRONAS sebanyak RM59 bilion pada tahun kewangan 2004/2005. Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi keluaran petroleum. Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif. Oleh itu, jika rakyat dan Kerajaan dapat berkongsi kos kenaikan harga keluaran petroleum dan mengurangkan jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan, sebahagian daripada sumbangan PETRONAS boleh dilaburkan ke dalam aktiviti yang menjana pendapatan baru demi kesejahteraan negara dan rakyat. Di samping itu, PETRONAS telahpun memberi subsidi gas untuk sektor tenaga negara berjumlah RM25 bilion sejak Mei 1997. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 setiap million British Thermal Unit (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersial ialah sebanyak RM30.84 setiap mmbtu.

11. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat sebagai pengguna? Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut 14

keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan. Rakyat atau pengguna haruslah bijak memainkan peranan mereka dalam menangani kenaikan harga bahan api ini. Mereka perlu merancang perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran. Pengguna juga perlu menyesuaikan gaya hidup dengan kemampuan supaya mereka tidak dibebani dengan masalah kewangan dan sosial. Mereka harus tahu menggunakan kuasa pengguna dengan hanya membeli daripada peniaga yang menjual dengan harga yang berpatutan. Kira-kira 41 peratus dari penggunaan tenaga digunakan oleh sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan.

12. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan? Melaksanakan penguatkuasaan kawalan harga sepanjang masa ke atas 11 jenis barang keperluan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kawalan harga di bawah Akta Kawalan Harga 1946 bagi barangan keperluan musim perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru China dan Deepavali seperti pada 15 Oktober 2005 hingga 28 Februari 2006. Kawalseliaan bekalan ke atas barangan keperluan ~ Mengawalselia bekalan barang-barang bagi memastikan bekalan barang-barang keperluan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan. Bagi 15

memastikan pelaksanaan kawalseliaan bekalan ini berkesan, sebanyak 21 jenis barang telah diwartakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa dan semasa musim perayaan sebanyak 25 jenis barang lagi turut diwartakan pada setiap tahun sebagai tambahan kepada 21 jenis barang kawalan sepanjang masa. Pelesenan barang kawalan ~ Melesenkan 12 jenis barang kawalan berjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 bagi lebih memudahkan pelaksanaan kawalseliaan ke atas barang-barang tersebut. Pemantauan harga mingguan 255 barang ~ Memantau harga secara mingguan ke atas 255 jenis barang di 63 pusat pungutan di seluruh negara bagi mengetahui tren harga barangan tersebut dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi menstabilkan harga sekiranya kenaikan harga berpunca daripada kekurangan bekalan di pasaran. Barangan terlibat meliputi barangan di pasar basah seperti ayam, ikan, sayursayuran, telur serta buah-buahan dan juga barangan di kedai runcit dan pasaraya seperti minuman, makanan sedia bungkus, makanan dalam tin serta rempah ratus. Perbincangan dengan pengeluar, pengimport dan pemborong ~ Mengadakan perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pemborong serta pengusaha restoran bagi mendapatkan persetujuan mereka supaya tidak menaikkan harga ataupun sekiranya perlu, kenaikan harga tersebut mestilah berpatutan. Memperbanyakkan kemudahan bagi pengguna membuat aduan ~ mengenai isu harga dan barangan dan bekalan. Kemudahan yang disediakan termasuklah peti surat 8000, talian telefon bebas tol 1-800-886-800, sistem pesanan ringkas 16

(SMS) 36663, e-mail : e-aduan@kpdnhep.gov.my, membuka bilik gerakan 24 jam dan menyediakan kemudahan call-centre yang beroperasi 24 jam. Memperkenalkan program pengguna bijak ~ iaitu dengan memberi pengiktirafan kepada hypermarket, supermarket, pasar serta restoran yang bekerjasama dengan KPDN & HEP menjual barangan mereka dengan harga berpatutan. Premis perniagaan yang dipilih akan dibenarkan menggunakan logo pengguna bijak yang dikeluarkan oleh Kementerian bagi memaklumkan kepada pengguna mengenai pengiktirafan yang diberi kepada premis ini. Khidmat Sukarelawan Pemantauan Harga ~ Menggerakkan Sukarelawan Pemantauan Harga yang kini berjumlah 14,000 orang di seluruh negara bagi memantau kenaikan harga barangan dan melaporkan jika berlaku kenaikan harga di tempat mereka kepada Kementerian bagi diambil tindakan. Bekerjasama dengan KEMAS ~ Mengadakan kerjasama dengan KEMAS yang mempunyai 15,000 anggota meliputi semua kawasan parlimen di seluruh negara bagi membantu memantau kenaikkan harga dan melaporkan kepada KPDN & HEP untuk tindakan seterusnya. Menggalakkan orang awam menyertai persatuan pengguna ~ Menggalakkan lebih ramai penyertaan orang awam dalam persatuan pengguna supaya pengguna lebih peka terhadap isu kepenggunaan terutama berhubung dengan harga barang. Meningkatkan penguatkuasaan ~ Pegawai-pegawai Penguatkuasa di seluruh negara telah diarah meningkatkan penguatkuasaan bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak 17

berpatutan, peraturan penggunaan tanda harga ke atas semua barang yang dijual secara runcit dipatuhi, bekalan barangan mencukupi dengan harga yang berpatutan dan peniaga mematuhi undang-undang serta beretika. 13. Selain daripada subsidi minyak, adakah subsidi lain yang diberi oleh Kerajaan? Ya. Terdapat beberapa jenis bantuan yang diberi oleh Kerajaan bertujuan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan golongan sasar yang ditetapkan. Ia boleh dikategorikan kepada subsidi dan lain-lain bantuan. Subsidi adalah diterima secara terus oleh pengguna atau pengeluar / pengusaha seperti subsidi minyak, persekolahan seperti bantuan makanan dan pinjaman buku teks, subsidi bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi kepada orang asli, pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Lain-lain bantuan adalah dalam bentuk perkhidmatan yang diberikan oleh Kerajaan dengan harga bayaran minimum atau percuma. Di antaranya adalah rawatan perubatan di klinik dan hospital Kerajaan, pendidikan di sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi awam, biasiswa dan pinjaman pelajaran.

14. Berapakah jumlah subsidi sosial yang telah ditanggung oleh Kerajaan? Di samping subsidi minyak, terdapat beberapa lagi subsidi sosial yang ditanggung oleh Kerajaan di mana jumlah subsidi pada tahun 2003-2005 adalah seperti di jadual :-

18

JADUAL 3 Jumlah Subsidi Sosial Kepada Rakyat


RM Juta 2003 Padi Bantuan Harga Padi Baja Padi Kos Dana Peniaga Kecil Pendidikan Program Makanan Tambahan Skim Pinjaman Buku Teks Pengangkutan Pampasan Tol KTMB Penerbangan Pedalaman Sabah & Swak Orang Asli JUMLAH 580.0 438.0 142.0 709.0 501.0 208.0 338.6 323.6 15.0 11.0 1,691.6 2004 634.7 448.0 186.7 519.0 920.9 585.1 335.9 365.8 341.3 15.0 9.5 11.8 2,452.4 2005 626.1 448.0 178.1 449.4 787.6 626.0 161.6 474.8 129.0 336.9 9.0 33.0 2,370.9

15. Lain-lain bantuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Pertanian o Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM448 juta bagi subsidi harga padi pada tahun 2005 dan sejumlah RM178 juta bagi subsidi baja padi. Dengan subsidi sebanyak RM248.10 setan metrik, harga padi telah dinaikkan ke paras RM650 setan metrik. Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak RM128 juta di bawah Program Subsidi Kebun Kecil Getah. Di bawah program ini, jumlah bantuan adalah sebanyak RM7,000 sehektar bagi kerja membersih kawasan, infrastruktur 19

asas, benih dan baja di mana sebanyak RM2,000 dibiayai melalui ses dan RM5,000 adalah subsidi Kerajaan. o Bagi pinjaman pertanian di bawah Bank Pertanian Malaysia, petani menikmati pinjaman dengan kadar 3.75 peratus setahun berbanding kadar pasaran sebanyak 8.9 peratus. Pada tahun 2005, perbezaan kadar faedah pinjaman ini berjumlah RM9.4 juta telah juga ditanggung oleh Kerajaan. Pinjaman di bawah Dana Nelayan LKIM juga menikmati kadar faedah yang rendah sebanyak 3.75 peratus setahun di mana pada tahun 2005 sebanyak RM2 juta ditanggung oleh Kerajaan akibat perbezaan kadar faedah pasaran.

Pendidikan o Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion untuk membantu murid daripada keluarga miskin melalui lapan program/skim. Perbelanjaan ini termasuklah RM626 juta bagi Program Makanan Tambahan dan Program Susu Sekolah, RM161.6 juta bagi Skim Pinjaman Buku Teks, RM200 juta untuk Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan bantuan kewangan kepada anak angkatan tentera yang berkhidmat dengan Pasukan Pengaman PBB dan RM377.5 juta untuk kemudahan asrama bagi murid yang tinggal jauh dari sekolah. Sebanyak RM120 juta pula adalah bantuan kepada murid sekolah rendah membeli pakaian seragam dan peralatan sekolah dan RM181.9 juta di bawah Skim Baucer Tuisyen. Untuk mahasiswa / mahasiswi yang meminjam dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), 20

mereka hanya dikenakan kadar faedah sebanyak 3.0 peratus setahun untuk pinjaman mereka sedangkan tabung berkenaan terpaksa membayar faedah pada kadar 5.0 peratus setahun kepada KWSP. Kerajaan melalui PTPTN memberikan subsidi kadar faedah sebanyak 2.0 peratus kepada setiap pelajar yang mendapat pinjaman di bawah PTPTN. o Mahasiswa / mahasiswi juga dapat menikmati yuran pengajian yang lebih rendah berbanding dengan kos bagi pengajian yang agak serupa di institusi pendidikan tinggi swasta seperti ditunjukkan di jadual berikut : JADUAL 4 Perbandingan Kos Pengajian di IPTA dan IPTS
Kos Program di IPTA (A) 21,582 32,861 53,130 275,518 38,227 66,283 48,512 20,551 Yuran yang Dikenakan (B) 4,700 5,700 6,500 9,800 5,800 5,000 5,000 4,200 Kos Yang Ditanggung Kerajaan (A - B) 16,882 27,161 46,630 265,718 32,427 61,283 43,512 16,351

Bidang Pengajian BBA Sains Komputer Kejuruteraan Perubatan Undang-undang Farmasi Sains Sastera

Kos Program di IPTS 38,657 36,568 50,664 271,317 72,800 109,241 59,943 65,072

Kesihatan o Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7 bilion pada tahun 2005 di bawah perbelanjaan mengurus berbanding kutipan daripada perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian berjumlah RM150 juta. Ini bermakna Kerajaan memberikan bantuan sebanyak RM6.85 bilion untuk rakyat menerima rawatan kesihatan Kerajaan. Kerajaan juga telah 21

membelanjakan sebanyak RM9.3 bilion di bawah peruntukan pembangunan RMKe-8 untuk meningkatkan kemudahan kesihatan. o Malah, ramai yang tidak sedar bahawa bayaran bagi rawatan kesihatan yang dibayar oleh rakyat adalah kecil berbanding dengan kualiti perkhidmatan yang diterima. Kanak-kanak di bawah satu tahun dan rawatan imunisasi adalah percuma. Begitu juga kepada pelajar, golongan kurang upaya, pesara dan anggota perkhidmatan awam serta pasukan beruniform adalah diberikan rawatan kesihatan percuma manakala bagi warganegara yang lain dikenakan bayaran paling minimum seperti berikut : JADUAL 5 Kadar Caj Kemudahan Kesihatan Kerajaan
Rawatan Caj Pesakit Luar Rawatan pesakit dalam Accouchmen & bersalin Fisioterapi Cabut sebatang gigi Filing sebatang gigi Tampal gigi Kikis gigi Gigi palsu penuh Caj (RM) 1.00 10.00 10.00 20.00 15.00 15.00 40.00 40.00 200.00

22

Bayaran minimum yang dikenakan bagi kemasukkan ke wad adalah seperti berikut : JADUAL 6 Kadar Caj Kemasukan Wad di Hospital Kerajaan
Caj Wad sehari (RM) Jenis Wad Wad kelas 1 (seorang berhawa dingin) Wad kelas 1 (bilik berdua berhawa dingin) Wad kelas 1 (bilik bertiga & lebih serta berhawa dingin) Wad kelas 2 (bilik berhawa dingin) Wad kelas 3 (bilik berhawa dingin) Wad psikiatrik Warganegara 80.00 60.00 30.00 20.00 3.00 10.00 Pesara 10.00 10.00 5.00 1.50 Percuma -

Caj yang dikenakan oleh klinik dan hospital Kerajaan adalah jauh lebih murah jika dibanding dengan caj yang dikenakan oleh klinik atau hospital swasta seperti dinyatakan di bawah : JADUAL 7 Kadar Konsultansi di Hospital Kerajaan
Caj (RM)

Jenis Rawatan Konsultansi jangka masa pendek Konsultansi jangka masa panjang Konsultansi berpanjangan

Pengamal Am 15.00 25.00 35.00

Pakar 35.00 50.00 100.00

Perumahan o Kerajaan juga telah melaksanakan Program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di bawah RMKe-8 di mana sebanyak 27,006 unit rumah kos rendah telah dibina untuk golongan berpendapatan rendah. 23

Di kawasan bandar raya dan bandar yang lebih besar, Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) telah dilaksanakan bertujuan untuk penempatan semula setinggan. Sebanyak 37,241 unit rumah kos rendah telah siap dibina dan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah dengan kadar sewa minimum sebanyak RM124 sebulan.

Tenaga elektrik o Dari segi bekalan tenaga elektrik, kadar tarif yang tetapkan kepada pengguna domestik dan lampu awam adalah lebih rendah daripada harga sebenar. Dalam hubungan ini, jumlah subsidi yang ditanggung adalah sebanyak RM349 juta kepada pengguna domestik dan RM77 juta bagi lampu awam pada tahun 2005. Selain itu, kadar sebenar tarif elektrik yang dibekalkan kepada kesemua pengguna adalah juga pada harga yang telah disubsidi apabila mengambil kira bahawa gas asli yang dibekalkan oleh PETRONAS bagi penjanaan tenaga elektrik telah ditetapkan oleh Kerajaan pada paras RM6.40 setiap mmbtu berbanding harga pasaran sebanyak RM30.84 setiap mmbtu.

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri 24 Mac 2006 www.epu.jpm.my

24

Anda mungkin juga menyukai