Anda di halaman 1dari 10

1

BAB 1

1.1

PENGENALAN Tabiat merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh

ditafsir dari pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan orang lelaki.

Tabiat merokok dikalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan. Menurut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 50% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas merupakan perokok, manakala 20% remaja Malaysia merupakan perokok. Setiap 10,000 orang kematian di Malaysia, 3,500 orang daripadanya berkaitan dengan tabiat merokok. Utusan Malaysia pada 10 Februari 2009 melaporkan sebanyak 50 orang remaja yang cuba untuk merokok setiap hari, dan sebanyak 3 juta batang rokok yang dihisap oleh

rakyat negara ini setiap hari.

Menurut WHO dalam Sufean (2004) menunjukan bilangan perokok di dunia diangarkan satu bilion. Jadi bagi menangani isu ini, satu mekanisma advokasi perlu direncana bagi mengawal tabiat buruk ini. Oleh yang demikian, keadaan ini menimbulkan minat kepada pengkaji untuk melakukan kajian berkaitan dengan aspek advokasi yang dilakukan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal tabiat merokok ini. sebagai satu sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang lebih sihat, dan prokduktif.

1.2

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah ingin melihat dan mengenalpasti program advokasi serta

menilai pelaksanaannya dalam aspek pembangunan sosial masyarakat. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenalpasti program adovakasi yang dilakukan pihak berkuasa tempatan dalam mengawal tabiat merokok di kalangan masyarakat khususnya di bandaraya besar. Program advokasi ini merangkumi strategi dan pelaksanaannya di peringkat tempatan.

1.3

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan bagi kajian ini ialah : 1. Apakah bentuk program advokasi yang diusahakan PBT dalam pembangunan sosial masyarakat, dan 2. adakah program advokasi yang dijalankan dilaksanakan sepenuhnya

1.4

SKOP KAJIAN Kajian ini akan melihat advokasi dalam pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan

tempatan. Dalam konteks ini, kajian ini akan melihat bentuk program advokasi dan menilai pelaksanaan program Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). ini di peringkat pihak Majlis

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting dalam menilai usaha dan advokasi yang dilakukan oleh pihak berkuasa

tempatan dalam menangani isu rokok dikalangan masyarakat. Walaupun terdapat usaha dan advokasi yang dijalankan di peringkat kerajaan pusat, namun pendekatan yang diambil pihak berkuasa tempatan dilihat lebih menyeluruh dan fleksibel khususnya dalam menyediakan perbandaran yang lebih sihat.

BAB 2

2.1

DAPATAN KAJIAN Inisiatif Bebas Asap Rokok boleh didefinasikan sebagai usaha mewujudkan lokaliti

keseluruhan atau sebahagian bandar atau bandaraya sebagai kawasan bebas asap rokok (SmokeFree Cities) untuk melindungi orang awam dari ancaman pendedahan kepada asap rokok basi. Ia merupakan satu pendekatan yang semakin popular di seluruh dunia bagi menepati kehendak Artikel 8, Framework Convention on Tobacco Control (FCTC), WHO yang turut ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 2005.

Artikel 8 FCTC memberi mandat kepada kerajaan untuk mengiktiraf bukti-bukti saintifik yang jelas mengesahkan bahaya asap rokok yang boleh menyebabkan penyakit, kematian dan kemudaratan.

Beberapa bandar sudah mendapat status bebas asap rokok seperti Luang Prabang di Laos, Davos City di Filipina dan Chandigarh di India. Kini, Melaka menyusul dengan mewartakan empat lokasi sebagai Zon Bebas Asap Rokok iaitu di kawasan warisan di Bandar Hilir, sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Jasin dan tempat awam di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Kempen ini juga membantu usaha Melaka mengekalkan status Bandaraya Warisan Dunia dengan melindungi artifak dan bangunan bersejarah daripada kesan hakisan.

Program 'Melaka Bebas Asap Rokok' (MBAR) merupakan satu usaha advokasi kerajaan negeri bagi 'mewujudkan lokaliti keseluruhan atau sebahagian bandar atau bandaraya sebagai kawasan bebas asap rokok'. Ia bertujuan untuk melindungi orang awam daripada ancaman pendedahan kepada asap rokok basi yg membahayakan kesihatan. Selain itu, program advokasi

seperti ini merupakan satu usaha kerajaan dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang maju dalam teknologi hijau menjelang 2020.

Penguatkuasaan Program MBAR yang mula dibuat pada 15 Jun 2011 melibatkan lima kawasan utama di Melaka termasuk Kawasan Warisan Dunia Negeri Melaka, Melaka Raya, MITC, Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin. Secara umum, di kelima-lima zon tersebut, para perokok tidak dibenarkan merokok di dalam bangunan kecuali rumah kediaman, selain dilarang merokok di tempat berkerja, pasar awam, tempat makan, hotel, premis perniagaan, kaunter perkhidmatan dan sebagainya.

2.2

OBJEKTIF PROGRAM 'MELAKA BEBAS ASAP ROKOK' Objektif program MBAR adalah untuk menjadikan beberapa kawasan di Negeri Melaka

sebagai Bebas Asap Rokok demi: 1. Melindungi hak golongan majoriti bukan perokok dari ancaman pencemaran udara oleh asap rokok. 2. Menggalakkan tidak merokok sebagai amalan cara hidup sihat di kalangan masyarakat Melaka. 3. Menggalakkan para perokok untuk berhenti merokok. 4. Membantu usaha kerajaan Negeri Melaka untuk mencapai dan mengekalkan status negeri maju dengan melaksanakan persekitaran bebas asap rokok bagi melindungi kesihatan rakyat sejagat. 5. Membantu usaha kerajaan Negeri Melaka untuk mengekalkan status Bandaraya Warisan Dunia dengan melaksanakan projek Melaka Bebas Asap Rokok supaya melindungi artifak-artifak dan bangunan-bangunan warisan tamadun sejarah Negeri Melaka daripada kesan kehakisan kepada bangunan dan artifak.

Secara jelasnya program MBAR ini adalah selaras dengan dengan Dasar Alam Sekitar Negara yang mengariskan kepada kepentingan mewujudkan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

2.3

STRATEGI PROGRAM 'MELAKA BEBAS ASAP ROKOK' Bagi melaksanakan program ini, pihak Kerajaan Negeri Melaka khususnya telah

merangka lima strategi utama sebagai dasar dalam usaha menjadikan Melaka bebas asap rokok. Berikut adalah lima strategi berkenaan :

1. Promosi Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan pelbagai promosi serta kempen bagi menjadikan Melaka bebas asap rokok. Kempen turut mendapat sambutan penduduk, malah Jabatan Kesihatan Negeri menimbangkan permohonan badan bukan kerajaan (NGO) mendapatkan kad kuasa bagi menegur orang awam yang merokok di zon bebas rokok. Kempen ini selain melindungi hak majoriti bukan perokok daripada pencemaran udara, juga menggalakkan cara hidup sihat di kalangan masyarakat.

Kempen ini juga lama-kelamaan mungkin menyebabkan perokok berhenti merokok di samping membantu usaha kerajaan memastikan persekitaran bebas asap rokok bagi melindungi kesihatan rakyat.

2. Bina upaya kerjasama antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam menjadikan Melaka bebas asap rokok, beberapa usahasama antara kerajaan negeri dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi

kerajaan telah dibuat bagi menggalakkan lagi promosi dan advokasi bagi program ini. Satu badan kerjasama swasta dikenali sebagai GanMBAR (Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok) telah diwujudkan bagi menyokong usahasama ini. GanBMAR menggabungkan semua pertubuhan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bergerak secara aktif dalam menjalankan aktiviti promosi dan pencegahan tembakau dan merokok dengan mewujudkan semangat pasukan Espirit de Corps dikalangan ahli-ahli. GanMBAR merupakan satu pertubuhan yang dianggotai 16 NGO. Gabungan ini merupakan inisiatif pertubuhan swasta dalam menyokong usaha kerajaan meningkatkan lagi kempen serta kesedaran masyarakat tentang ancaman dan bahaya merokok.

Universiti Sains Malaysia (USM) turut menggunakan kepakarannya dalam bidang kawalan tembakau dan asap rokok bagi membantu kerajaan negeri Melaka mengkaji keberkesanan kempen Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) yang akan dilihat sepenuhnya pada 2013. Penglibatan USM adalah menyeluruh Iaitu dari peringkat awal yang mana USM telah membantu Melaka dengan penyediaan bahan promosi, terlibat dengan perancangan strategi negeri, program latihan dan sebagainya. USM juga telah melatih pihak yang terlibat di sana untuk menbangunkan Clearinghouse for Smoke Free Melaka serta perkhidmatan Quitline atau khidmat nasihat melalui penggilan telefon untuk membantu perokok menghentikan amalan merokok mereka.

3. Perkhidmatan berhenti merokok Terdapat dua jenis perkhidmatan melalui panggilan telefon yang ditawarkan Kerajaan Negeri Melaka dalam menjalankan kempen kesedaran merokok di kalangan perokok tegar. Perkhidmatan ini akan memberikan khidmat nasihat dan kauseling kepada masyarakat bahaya merokok. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam usaha mencegah tabiat merokok di kalangan masyarakat. Berikut dua jenis talian yang ditawarkan melalui panggilan telefon :

a. Quitline Quitline merupakan program berhenti merokok melalui talian telefon. Program ini bertujuan untuk menemubual atau member kaunseling kepada perokok atau bekas perokok atau perokok pasif. Pemanggil boleh mendapatkan bantuan individu secara lisan tentang berhenti merokok serta maklumat berkaitan.

b. Infoline Infoline pula adalah talian perkhidmatan berhenti merokok bagi individu yang memerlukan maklumat mengenai zon Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR). Individu yang berminat boleh mengetahui kempen yang dijalankan pihak kerajaan negeri dengan lebih jelas.

4. Perundangan dan penguatkuasaan Dari aspek perundangan dan penguatkuasaan, kerajaan negeri telah menggariskan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepangjang kawasan penguatkuasaan Program MBAR. Mana-mana individu yang merokok di kawasan / zon larangan, boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.00 atau tidak melebihi 2 tahun penjara di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Selain itu, Pemilik atau penghuni premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di kawasan Program MBAR boleh didenda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan. Pemilik atau penghuni premis yang gagal memastikan tiada orang merokok di dalam premisnya boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun.

Kerajaan Negeri Melaka juga mengharamkan segala bentuk pengiklanan khususnya dalam mempromosi produk rokok kepada masyarakat. Peraturan yang digariskan ini menunjukan ketegasan kerajaan negeri dalam membendung tabiat merokok ini dalam kalangan masyarakat amnya.

5. Pemantauan dan penilaian Dari asepk pemantauan dan penilaian pula kerajaan negeri telah mengambil inisiatif dengan meletakkan angotanya di beberapa kawasan. Anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri telah ditempatkan di lokasi Zon larangan MBAR bagi memastikan orang ramai

mematuhi larangan merokok di kawasan tersebut.Penguatkuasaan turut melibatkan kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Selain dari pemantauan dari agensi kerajaan, Jabatan Kesihatan Negeri akan mempertimbangkan permohonan daripada beberapa NGO yang memohon kad kuasa bagi membolehkan mereka menegur orang awam yang merokok di kawasan zon bebas rokok.

5.0

IMPLIKASI Walaupun ada peraturan untuk juga larangan merokok di tempat-tempat awam, tetapi

ianya

tidak memadai Kerajaan

membendung kesan rokok kepada orang ramai dan mengalami kesukaran untuk menggubal undang-undang

persekitaran.

yang melarang terus rakyat daripada merokok. Walaupun demikian, kerajaan telah berusaha mengadakan beberapa program advokasi dalam mengawal isu rokok dalam kalangan masyarakat ini.

Mencontohi keperihatinan dan kejayaan Kerajaan Negeri Melaka di dalam melindungi rakyatnya daripada bahaya asap rokok basi, negeri-negeri lain turut mengambil inisiatif untuk mewujudkan kawasan larangan merokok di negeri masing-masing. Bagi tahun 2012, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Pulau Pinang, tujuh lagi kawasan telah diwartakan sebagai Zon Larangan Merokok pada 1 Oktober 2012. Melalui advokasi di peringkat kerajaan tempatan ini, diharap kesedaran merokok dikalangan masyarakat dapat dikurangkan seterusnya menggalakan kepada kualiti hidup masyarakat yang lebih sihat.

BAB 3

3.1

CADANGAN Kerajaan perlu mengambil langkah pencegahan yang sistematik dan menyeluruh bagi

membendung penggunaan dan penjualan rokok apabila menyedari rokok mendatangkan masalah kesihatan. Kerajaan seharusnya membentuk undang-undang seperti melarang pengiklanan rokok melalui apa cara sekalipun. Selain itu, kerajaan juga harus menyenaraikan nikotin sebagai bahan yang sama bahayanya dengan dadah jenis lain dan memerlukan cara pencegahan yang sama. Ini, bermakna, kerajaan harus menggariskan satu dasar dalam menintikberatkan rawatan nikotin sama seperti rawatan dadah jenis lain. Matlamat ini boleh dicapai melalui pemerkasaan polisi bebas merokok di kawasan terbuka dan tempat awam.

Kerajaan juga seharusnya mempergiatkan kempen tak nak kepada merokok. Salah satu cara bagi mengalakkan tabiat tak nak merokok ini ialah melalui pendidikan. Pendidikan berkenaan bahaya merokok kepada masyarakat dapat memberi kesan yang baik terutama kepada pelajar sekolah. Pendidikan bahaya merokok dan bahaya dadah juga perlu didedahkan kepada pelajar sekolah rendah dengan menerapkankannya dalam pelajaran kesihatan. Bagi orang ramai pula, mereka juga berhak diberi pendidikan tidak formal berkenaan kesihatan dan cara terbaik dalam dalam mengawal ketegangan emosi. Ia dapat dilakukan menerusi media cetak ataupun media elektronik.

3.2.

KESIMPULAN Usaha dan advokasi yang dilakukan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

dalam memperkenalkan polisi Melaka Bebas Asap Rokok adalah langkah tepat pihak berkuasa tempatan dalam membendung aktiviti merokok dalam kalangan masyarakat di Bandaraya Melaka. Usaha ini penting dalam mewujudkan persekitaran yang bersih selain mewujudkan masyarakat yang sihat serta bebas dari budaya dan amalan merokok.

10

RUJUKAN Merokok [risalah] / Kementerian Kesihatan Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia, 1990 Merokok [risalah] / Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kuala Lumpur : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2004 Merokok adalah haram [risalah] / Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Putrajaya : Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010 Sufean Hussin, Lai Chin Chin, Mohd Firdaus Hussin, Abdul Rahim Abd Rashid (2004). Merokok Di Kalangan Remaja Malaysia. Shah Alam. Karisma Publications. Sumber rujukan internet melalui capaian laman web ; www.mbar.gov.my Sumber rujukan internet melalui capaian laman web ; www.mbmb.gov.my

Anda mungkin juga menyukai