Anda di halaman 1dari 29

1.

0 PENGENALAN Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) ialah sebuah agensi pemasaran yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Setelah penubuhannya, pelbagai perkhidmatan telah dirangka dan disediakan kepada para petani dan penternak di negara ini. Pelbagai program dan projek diperkenalkan untuk meningkatkan mutu dan kualiti hasil pertanian sama ada untuk dieksport atau hasil pertanian yang diimport dari negara luar. Jadi, FAMA bertanggungjawab untuk menentukan kualiti yang dibernarkan untuk menerima hasil pertanian dari luar negara atau menjual hasil pertanian negara kita ke luar negara. Inisiatif yang dirangkan oleh agensi kerajaan ini bertujuan untuk member manfaat kepada para petani yang ingin memasarkan hasil tanaman mereka. Selain itu, sekiranya hasil tanaman tersebut dipasarkan ke luar negara, secara langsung ia juga mendatangkan keuntungan kepada negara. Begitu juga dengan ternakan, ia perlu sihat dan bebas daripada ancaman penyakit sebelum dipasarkan. Dengan itu, tahap kualiti pertanian negara dapat dijaga dan distabilkan selaras dengan kehendak dunia yang menginginkan tanaman hijau yang bebas daripada ancaman serangga perosak atau racun tanaman yang berupaya mendatangkan kanser kepada kita. Dengan itu, perlunya FAMA untuk menentukan sama ada hasil pertanian tersebut selamat untuk dipasarkan atau tidak.

2.0 LATAR BELAKANG FAMA 1

FAMA telah ditubuhkan pada 30 September 1965 bagi tujuan menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. Jadi, dapat dilihat bahawa FAMA memainkan peranan penting dalam menentukan mutu serta kawalan pengeluaran atau permintaan dalam bidang pertanian. Antara hasil pertanian yang termasuk di bawah bidang perkhidmatan FAMA ialah sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran dan herba serta ternakan dan akuakultur. Pasaran dalam bidang pertanian adalah luas. Jadi menjadi tanggungjawab dan tugas FAMA untuk menentukan tahap kualiti hasil pertanian yang dipasarkan oleh para petani. Ini akan menjadi garis panduan kepada tahap kualiti yang diperlukan untuk pemasaran bidang pertanian. Selain daripada hasil tani, ternakan dan akuakultur turut menjadi perhatian oleh pihak FAMA. Segala ternakan yang hendak dipasarkan perlu menjalani pemeriksaan dan ianya perlu diisytiharkan bebas daripada penyakit sebelum dijual. Jadi, pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan untuk menentukan kualiti hasil pertanian. Begitu juga dengan masalah yang dihadapi oleh para petani atau penternak. Segala masalah yang dihadapi oleh mereka perlu ditujuk terus kepada pihak FAMA. Kemusykilan atau masalah yang mereka hadapi perlu diatasi dengan cadangan daripada pihak berkenaan berbanding dengan mengambil keputusan sendiri kerana berkemungkinan besar mereka mengalami kerugian sekiranya masalah tidak dieselesaikan dengan betul.

Jadi secara umumnya dahulu, FAMA memainkan peranan penting dalam menjaga, mengawal dan menentukan kualiti hasil pasaran pertanian di Malaysia. Dengan kewujudan FAMA, maka mutu hasil pertanian negara kita semakin meningkat. 2

Jadi, dengan kawalan yang dilakukan oleh FAMA, hasil pertanian menjadi semakin baik kualitinya. Ini kerana hasil pertanian yang buruk dan hamper rosak tidak diterima oleh FAMA untuk dijual mahupun dieskport ke luar negara. Dengan itu, para petani terus menjaga kualiti tanaman mereka agar berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

STRUKTUR ORGANISASI FAMA

Ketua Pengarah FAMA Y.Brs Tn Hj. Ahmad B. Ishak Tel: 03-6120 2210 Faks: 03-6138 9710 Emel: ahmad_ishak@fama.gov.my Emel: kp@fama.gov.my Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Tn. Hj. Rohizad Ridzwan Tel: 03-6136 2750 Faks: 03-6137 0476 Emel: rohizad@fama.gov.my Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Pn.Hjh. Sharifah Hashim Tel: 03-6120 2824 Faks: 03- 61370476 Emel:sharifah@fama.gov.my Pengarah Kanan (Pembangunan Usahawan) Tn.Hj. Ab. Razak Ab. Majid Tel: 03-6120 4375 Faks: 03-6137 4375 Emel: abrazak@fama.gov.my

Pengarah Kanan (Regulatori) Tn. Hj. Ishak Abbas Tel: 03-6126 4005 Faks: 03-6120 2064 Emel: ishak@fama.gov.my Pengarah Kanan (Ternakan & Akuakultur) Tn. Hj. Razalli Muid Tel: 03-6137 8627 Faks: 03-61374766 Emel: razalli@fama.gov.my Pengarah Kanan (Proses) En. Fauzi Yaman Tel: 03-6120 2330 Faks:03-6136 5617 Emel: pauzi@fama.gov.my Pengarah Kanan (Komunikasi Korporat) Pn. Noor Azian Mustapa Tel: 03-6120 6281 Faks: 03-6120 2604 Emel: norazian@fama.gov.my Pengarah Kanan (Pasaran Antarabangsa) Pn. Hjh.Nazipah Jamaludin Tel: 03-6137 1357 Faks: 03-61365597 Emel: nazipah@fama.gov.my Pengarah Kanan (Maklumat Pasaran) Dr. Bisant Yookarajah Tel: 03-6120 4686 Faks: 03-6136 5610 Emel: bisant@fama.gov.my

Pengarah Kanan (Pembangunan Modal Insan) Dr. Yazid Ithnin Tel: 03-6126 4009 Faks: 03-6137 0819 Emel: yazid@fama.gov.my Pengarah Kanan (Khidmat Pengurusan) En. Abdul Ghariff Ramin Tel: 03-6120 4375 Faks: 03-61383650 @ 03-61385200 Emel: ghariff@fama.gov.my Pengarah Kanan (Perancangan Strategik) Dr. Mat Sani Hassan Tel: 03-6120 4680 Faks: 03-6136 7285 Emel: sani@fama.gov.my Pengarah Kanan (Urusniaga Segar) Lee Yoon Keong Tel: 03-6120 4684 Fax: 03-61360146 Emel:yklee@fama.gov.my

Rajah 1 Struktur Pentadbiran FAMA

3.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENUBUHAN FAMA VISI, MISI DAN OBJEKTIF FAMA 3.1 VISI 5

Peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian 3.2 MISI Membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.

VISI

MISI

Rajah 2 Visi dan Misi FAMA

3.3 OBJEKTIF 1. Merealisasikan Wawasan Negara dan Dasar Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan. 6

2. Pembangunan infrastruktur pasaran dan sistem rantaian belakan yang cekap dan berkesan. 3. Pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam dan luar negara. 4. Pemacuan keupayaan sumber manusia dalam pemasaran pertanian bersaskan pengetajian dan teknologi terkini.

3.4 FUNGSI-FUNGSI UTAMA FAMA Setiap agensi kerajaan mempunyai fungsi atau tugas-tugasnya yang tersendiri seperti mana yang telah ditetapkan. Jadi, FAMA juga mempunyai fungsi yang tersendiri dalam bidang pertanian.

Fungsi pertama FAMA ialah menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan kerajaan. Dalam hal ini, FAMA berkuasa terus ke atas pemasaran yang berlaku dalam pihak kerajaan atau swasta. Mereka perlu mengetahui dan membuat pemeriksaan terhadap hasil pertanian yang ingin dipasarkan oleh pihak-pihak berkenaan. Pemantauan yang dilakukan oleh FAMA penting untuk menentukan kualiti hasil pertanian tersebut sebelum ianya dipasarkan ke tempat lain. Fungsi kedua FAMA pula memperbaiki sistem pemasaran dan memperluaskan serta memajukan pasaran baru bagi hasil-hasil pertanian Malaysia. Dalam hal ini, pihak FAMA ingin memajukan pasaran baru untuk memperkenalkan hasil pertanian yang baik di bawah kelolaan FAMA. Dengan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk membeli hasil pertanian selepas ia dijamin kualitinya oleh FAMA. Promosi turut diadakan seperti banner dan poster untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli hasil pertanian keluaran FAMA. Iklan juga dipaparkan di televisyen untuk mempromosikan hasil pertanian tempatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Untuk meningkatkan lagi tahap dan juga mempromosikan buah-buahan berkualiti kepada para pembeli, jenama Malaysias Best telah diperkenalkan. Dengan itu, pembeli tidak lagi perlu menggukan kaedah tradisional untuk memilih buah-buahan yang dibeli sama ada dengan menggunakan cara menggoncang, memicit menghidu atau merasa buah-buahan tersebut sebelum membeli. Program nasional ini dilaksanakan oleh Kemeneterian Pertanian dan Industri Asas Tani memlalui agensinya FAMA. Hasil pertanian yang berada di bawah jenama ini menjalani sistem pemilihan yang ketat sejak dari bjih benih lagi sehingga buahnya. Kemudian, FAMA juga berfungsi untuk bekerjasama dengan pihak swasta dan agensi kerajaan bagi mewujudkan sistem pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan. Dalam hal ini wujudnya Agrobazar Kedai Rakyat untuk menjual hasil pertanian yang dihasilkan oleh orang kampung dalam harga yang telah ditetapkan. Dengan adanya medium ini, segala hasil pertanian yang ada dapat dijual dengan

sistematik. Para penjual juga dapat memaksimumkan keuntungan mereka hasil daripada jualan tersebut. Kemudian, FAMA juga berperanan untuk membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap di dalam industri pertanian berkaitan dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian. Dengan itu, pihak FAMA telah mewujudkan Pasar Tani. Petani atau pengeluar perlu memasarkan hasil keluaran mereka kepada pembeli atau pengguna. Oleh itu, Pasar Tani menjadi Medan Pertemuan Pengeluar-Pengguna telah menjadi institusi pemasaran yang utama di negara ini. Pasar Tani ini dilancarkan pada 31 Januari 1985 di Johor Bharu. Dengan wujudnya Pasar Tani ini, diharapkan lebih ramai petani bersikap lebih responsive dilahirkan serta mempercepatkan proses pembangunan sosioeonomi masyarakat tani iaitu selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN). Fungsi terakhir FAMA ialah melibatkan secara langsung di dalam industri pertanian terutamanya di dalam aktiviti pemasaran dan pemprosesan hasil-hasil pertanian. Dengan penglibatan pihak FAMA, para petani dapat meningkatkan jualan mereka dan menjamin kualiti hasil pertanian setelah mendapat kerjasama dan bantunan daripada FAMA. Selain daripada dapat meningkatkan pendapatan mereka, para petani juga dapat memajukan serta meningkatkan kualiti hasil keluaran pertanian mereka.

3.5 PIAGAM PELANGGAN Seperti mana agensi-agensi kerajaan yang lain, FAMA turut mempunyai piagam pelanggan. Mereka berusaha untuk memuaskan para pelanggan mereka dengan : a. 1 jam bekerja bagi setiap Permohonan E-Permit dari tarikh penerimaan permohonan, kami berusaha untuk memproses secara online permit import dan eksport komoditi yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA. 9

b. 1 jam bekeja bagi setiap Permohonan E-Grading dari tarikh penerimaan permohonan, kami berusaha untuk memproses permohonan bagi penggredan hasil pertanian tersebut. c. 1 hari bekerja bagi Khidmat Pemasaran dari tarikh penerimaan permohonan, kami berusaha mengaturkan jadual pemasaran hasil-hasil pertanian berkualiti yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA bagi pihak pekebun kecil mengikut harga pasaran. d. 1 hari bekerja bagi Khidmat Maklumat Pasaran, kami berusaha membekalkan maklumat terkini bagi hasil-hasil pertanian terpilih untuk memenuhi keperluan kumpulan sasar semasa membuat keputusan pemasaran. e. 1 hari bekerja bagi Jawapan Balas Aduan dan Pertanyaan Awam dari tarikh diterima, kami berusaha memastikan semua pertanyaan dan aduan awam dijawab dan dimaklumkan tindakan susulan selanjutnya. f. 1 minggu hari bekerja bagi Permohonan Penyertaan Pasar Tani dari tarikh permohonan diterima, kami berusaha memproses permohonan penyertaan Pasar Tani atau pembaharuan permit berniaga Pasar Tani. g. 1 bulan hari bekerja bagi Permohonan Sebagai Vendor Agromas/Olemas dari tarikh permohonan diterima, kami berusaha memproses permohonan sebagai vendor Agromas dan Olemas.

4.0 PERANAN FAMA Pelbagai program serta agenda yang telah diperkenalkan oleh FAMA untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian dan ternakan. Program yang direncanakan ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan kepada para petani di samping member pelbagai faedah kepada mereka. Bantuan yang diberikan oleh pihak FAMA ini mampu meningkatkan lagi sektor pertanian di negara kita. Antara perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan oleh FAMA ialah : 10

Rajah 3 Perkhidmatan dan batuan yang ditawarkan oleh FAMA

4.1 Pembangunan infrastruktur pemasaran di peringkat ladang. Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) adalah satu pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian secara berkelompok yang dibina di kawasan ladang. Ia bertujuan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk mengurangkan kerosakan lepas tuai dan menambah nilai hasil pertanian melalui penggredan, pelabelan dan pembungkusan supaya dapat member keuntungan yang lebih kepada pengeluar. 4.1.1 Tujuan : 11

a) Mengurangkan pembaziran lepas tuai melalui amalan pengendalian lepas tuai yang betul, termasuk aktiviti penggredan, pembungkusan dan perawatan. b) Menambah nilai hasil pertanian melalui aktiviti hiliran (pemprosesan) c) Pengumpulan dan penyaluran maklumat melalui SIstem Pemadanan Bekalan dan Permintaan (SDVI) d)Bertindak sebagai pusat kecemerlangan pembangunan produk dan pemasaran 4.1.2 Skop Perkhidmatan FAMA : a) Penyediaan kemudahan lepas tuai seperti peralatan penggredan, rawatan, penyimpanan dan pengangkutan b) Pengumpulan dan penyebaran maklumat pasaran c) Tempat simpanan sementara d) Pusat pemindahan teknologi pengendalian lepas tuai e) Melatih dan meyakinkan pegeluar memasarkan hasil mereka sendiri f) Pusat kecemerlangan pembangunan poduk g) Memudahkan urusan tawar menawar h) Tempat pengumpulan hasil secara berkelompok

4.1.3 Kumpulan Sasaran a) Kumpulan pengeluar berkelompok (petani dan penternak) b) Projek Kelompok Swasta secara komersil c) Peserta kontrak pemasaran dengan FAMA 4.2 Program Keusahawanan Pasar Tani Pasar Tani yang diperkenalkan adalah tercetus dari idea perlunya diwujudkan ruang pasaran tersendiri bagi petani atau pengeluar bagi memasarkan hasil keluaran mereka sendiri terus kepada pengguna. Pasar Tani menjadi Medan Pertemuan12

Pengguna telah menjadi institusi pemasaran yang utama di negara ini. Ia mula diperkenalkan para 31 Januari 1985 di Johor Bharu. Ia diharapkan dapat melahirkan lebih ramai petani bersikap lebih responsive serta mempercepatkan poses pembangunan sosioekonomi masyarakat tani iaitu selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN). 4.2.1 Objektif Pasar Tani a) Meluaskan pasaran hasil pertanian b) Memperkuatkan kuasa tawar menawar c) Mengurangkan pergantungan pengeluaran kepada orang tengaj d) Mengurangkan kos dan margin pemasaran e) Meningkatkan pendapatan petani f) Medan memperkenalkan barangan keluaran tani

4.2.2 Matlamat Pasar Tani FAMA menetapkan serampang dua mata melalui penubuhan Pasar Tani iaitu : 1. Bagi meluaskan pasaran hasil pertanian dan member peluang latihan kepada usahawan tani yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keusahawanan mereka 2. Memberi peluang kepada pengeluar desa menjual hasil keluaran secara sempurna dan menarik dengan penekanan kepada konsep nilai tambah dan perkhidmatan yang lebih selesa. 4.2.3 Keistimewaan Pasar Tani 13

a) Hampir keseluruhan panual di Pasar Tani terdiri dari petani individu dan berkumpulan yang menjual hasil pertanian segar ataupun siap diproses b) Hasil pertanian yang dijual lebih segar pada harga yang berpatutan kerana sebahagian besar peserta mendapat bekalan terus dari ladang c) Pasar Tani turut diserikan dengan akviti promosi barangan baru, galakan pasaran produk pertanian dan memperkenalkan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 4.2.4 Khidmat sokongan Pasar Tani a) Khidmat urusetia bagi melayani keperluan peserta dan para pengunjung b) Pelbagai aktiviti diesdiakan untuk menarik perhatian pengguna dan pengunjung diatur oleh pihak FAMA seperti aktiviti promosi dan karnival jualan c) Bagi meningkatkan tahap keusahawanan, peserta Pasar tani dikehendaki menjalani latihan seperti kursus kejurujualan, perakaunan, motivasi keusahawanan, bengkel dan seminar jualan.

4.3 Pembangunan Kualiti Produk Produk makanan hendaklah sentiasa berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna. Ini dapat dicapai dengan mengamalkan sistem pengurusan kualiti secara berperingkat seperti GHP, GMP dan HACCP. Produk makanan yang dipasarkan perlu memenuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. 4.3.1 Tujuan a) Memastikan produk PKS mematuhi Perundangan Makanan b) Memastikan produk PKS selamat untuk dimakan daripada aspek bahaya kima mikrobiologi dan fizikal c) Produk diproses dengan cara betul 14

d) Menyokong program pelantikan vendor FAMA berjenama AgroMas dan OleMas e) Menyediakan maklumat pemakanan bagi penyediaan label pembungkusan yang betul 4.3.2 Skop Perkhidmatan Perkhidmatan yang diberikan kepada usahawan PKS adalah seperti berikut :

Bil 1 2 3 4

Kategori Perkhidmatan
Analisis kepatuhan produk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Analisis Maklumat Pemakanan. Khidmat nasihat pembangunan sistem kualiti. Program Audit Pembekal (PAP)

Kepentingan Kepada Usahawan


Memastikan produk tidak menyalahi perundangan makanan. Memastikan produk mempunyai maklumat pemakanan. Memberikan pengetahuan bagi melaksanakan sistem pengurusan kualiti seperti GHP, GMP dan HACCP. Pemeringkatan tahap keupayaan pengurusan kualiti

4.4 Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) Program ini dikenali sebagai program pembangunan usahawan Gerai Buahbuahan Segar atau nama singkatannya GBBS. Fokus program ini ialah membangunkan usahawan pemasar buah-buahan dalam pasaran peruncitan yang lebih teratur dan seragam. GBBS adalah gerai milik usahawan yang dipilih oleh FAMA untuk dibangunkan. GBBS menampilkan imej yang menarik, teratur, kemas dan peragaan yang seragam di seluruh negara dari segi rekabentuk kanopi, rak jualan buah, penggunaan warna dbahan-bahan promosi.

15

Gambar 1 dan 2 Merupakan antara GBBS yang dibangunkan oleh FAMA

4.4.1 Objektif a) Mewujudkan rangkaian gerai buah-buahan dengan perlkhidmatan yang mesra pelanggan b) Sebagai salah satu saluran alternatif mengurangkan masalah pemasaran buah-buahan tempatan c) Membantu usahawan gerai buah-buah memperkembangkan urusniaga buahbuahan dan meningkatkan pendapatan melalui pengurusan gerai yang cekap, seragam dan berkesan d) Mewujudkan satu rantaian pemasaran runcit buah-buahan di seluruh negara yang boleh dijadikan contoh terbaik dari segi pengurusan perniagaan runcit. 4.4.2 Perkhidmatan FAMA Setiap usahawan yang dipilih di bawah program GBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar. 4.4.3 Kumpulan Sasaran tempatan sebagai saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan tempatan berkualiti

16

Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia ada berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju.

4.5 Program Pembangunan AgroBazaar Kedai Rakyat Agrobazaar Kedai Rakyat adalah premis perniagaan milik usahawan yang menjalankan perniagaan berangan keperluan harian secara runcit, dengan menawarkan harga berpatutan dan menampilkan imej yang menarik, tersusun, kemas dan seragam di seluruh negara. Ia merupakan cadangan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berikutan timbulnya isu kenaikan harga barangan asas akibat kenaikan harga minyak yang membebankan kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. 4.5.1 Objektif program

17

a) Matlamatnya ialah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh orang-orang kampug di samping menjual barangan keperluan asas dengan harga yang telah ditetapkan b) Salah satu mekanisma mengatasi kemiskinan dan memberi peluang menambah pendapatan kepada masyarakat setempat c) Menawarkan barang keperluan asas dan produk-produk pertanian pada harga patut dan sebagai mekanisme mengawal inflasi di samping memudahkan mesyarakat setempat mendapatkan bekalan d) Untuk menggalakkan aktiviti urusniaga produk hasil-hasil pertanian yang diusahakan (Konsep pasaran-pengeluaran-pemasaran) masyarakat setempat selaras dengan kempen kereajaan Pertanian adalah Perniagaan e) Menyediakan outlet pemasaran a;ternatif kepada masyarakat setempat yang bersifat kekal dan mudah ditemui 4.5.2 Insentif dalam Projek Agrobazaar Kedai Rakyat a) Pinjaman pelbagai peralatan yang telah ditentukan berkaitan dengan produk b) Mengecat semula premis bahagian luar dan dalam ruang perniagaan c) Kursus keusahawanan d) Papan tanda perniagaan yang seragam e) Pembekalan bahan-bahan untuk promosi

Gambar 3 18

Gambar 4

Gambar 3 Kedai Rakyat Peramu, Pahang Gambar 4 Kedai Rakyat Seksyen 11, Shah Alam 4.5.3 Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat Konsep Agrobazaar Kedai Rakyat yang akan di bangunkan adalah seperti berikut: a) Agrobazaar Kedai Rakyat adalah milik usahawan b) Mempunyai identity sendiri c) Mempunyai keseragaman dari segi rekabentuk papan tanda dan warna cat premis perniagaan d) Berperanan mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian orang kampung serta barangan keperluan asas e) Operasi di bawah seliaan dan pemantauan FAMA 4.5.4 Komoditi jualan a) Komoditi yang diurusniaga hendaklah memberi tumpuan kepada barangan keperluan utama seperti yang disyaratkan b) Menjual produk Halal sahaja c) Jualan ternakan hidup tidak dibenarkan kecuali ikan air tawar dan ikan hiasan d) Tidak dibenarkan menjual barangan yang menyalahi undang-undang e) Barangan lain sebagai pelengkap dan daya tarikan dibenarkan dengan kelulusan FAMA. 4.5.5 Perkhidmatan FAMA Setiap usahawan yang dipilih di bawah program GBBS akan diberi bantuan dalam bentuk pinjaman peralatan, bahan-bahan promosi serta bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar. 4.5.6 Kumpulan Sasaran Peniaga runcit buah-buahan tempatan di seluruh negara yang telah sedia berniaga di lokasi strategik dan berdaya maju. 19

5.0 KEJAYAAN FAMA Setelah beberap tahun penubuhan FAMA, pelbagai kejayaan dan pembaharuan yang telah dilakukan oleh FAMA untuk meningkatkan lagi taraf serta kualiti hasil pertanian di negara kita. Antara kejayaan yang telah dicapai oleh FAMA ialah :

20

5.1 Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) TEMAN merupakan sebuah organisasi milik penuh FAMA yang memegang peranan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan. Operasi TEMAN adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintergrasi di mana trasasksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.

5.1.1 Visi TEMAN Menjadi pusat pembekalan atau pasar borong keluaran pertanian contoh yang beroperasi secara cekap, telus dan terjaga dari segi kualiti produk dan perkhidmatan bagi meningkatkan kualiti hidup kesemua golongan di samping meningkatkan sumbangan keluaran pertanian kepada Keluaran Negara Kasar

21

5.1.2 Misi TEMAN Dalam masa 5 tahun akan datang, TEMAN akan menjadi penyumbang utama negara dalam pemborongan dan pengagihan keluaran pertanian dan meningkatkan jumlah dan volum pasaran eksport bagi buah-buahan dan sayursayuran tempatan. Di samping meningkatkan langkah keselamatan dan penjagaan kualiti keluaran pertanian, TEMAN juga menawarkan kepelbagaian produk bagi memenuhi kehendak pelbagai golongan pembeli. 5.1.3 Objektif Objektif Terminal Agribisnes Negara termasuklah : 1. Membangun dan mentransformasikan prasarana pemasaran produk pertanian dan makanan. 2. Meningkatkan dan mempromosikan amalan terbaik industri daripada segi kualiti, pensijilan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan kepiawaian mutu makanan 3. Menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem agihan dan pengedaran yang cekap bagi perniagaan agro 4. Menghasilkan kecekapan pasaran dengan mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan pembekal dan pemborong dengan menggunapakai mekanisma harga yang adil dan telus.

5.1.4. Pengguna TEMAN a) Pengeluar/pengimport/pemunggah atau pengangkut b) Pemborong utama c) Agen pasaran d) Orang tengah/pembeli institusi e) Pemborong

22

5.2 Pasar Tani Mega dan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) Pasar Tani Mega diperkenalkan bagi memberikan satu anjakan imej yang baru dan seterusnya mengekalkan daya saing pasar tani. Ia merupakan satu lambing kejayaan milik bersama usahawan tani yang menjadi peserta pasar tani dan juga pengeluar iaitu petani, penternak dan nelayan. Pasar Tani Mega memperkenalkan beberapa ciri baru yang menonjolkan suasana ceria, mesra pelanggan dan peragaan barangan yang lebih kemas, teratur dan hygenic serta ruang membeli belah yang lebih luas. Sehingga akhir tahun 2006, sebanyak 35 buah Pasar Tani Mega telah diwujudkan di seluruh negara. Selain itu, FAMA juga mewujdkan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) yang merupakan salah satu daripada program pembangunan usahawan di bawah bimbingan FAMA. Ia merupakan rangkaian gerai jualan buah-buahan milik usahawan sedia ada di seluruh negara yang telah dipilih untuk ditambahbaik dengan imej yang seragam dan susunatur yang kemas serta menarik. GBBS menjadi saluran alternatif kepada pengguna mendapatkan buah-buahan yang berkualiti serta sebagai ruang kepada usahawan untuk meningkatkan urusniaga buah-buahan. Program ini merupakan satu usaha bagi menarik orang ramai mendapatkan bekalan secara langsung dan seterusnya meningkatkan penggunaan perkapita buah-buahan tempatan. Sehingga kini FAMA telag Berjaya membangunkan seramai 163 usahawan dengan 326 gerai di seluruh negara.

5.3 Jenama AgroMas dan OleMas OleMas merupakan suatu jenama nasional barangan makanan keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah melepasi satu tahap kualiti yang mampu bersaing dengan produk lain di pasaran. Program penjenamaan produk keluaran PKS ini dibangunkan bersama antara jabatan dan agensi di bawak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Hasil 23

kerjasama ini telah menempatkan enam jenis produk di pasaran sejak tahun 2004 iaitu Sri Kaya Madu, Kuah Rojak Madu, Sos Cili Padi, Sos Pedas Berkicap, Sos Nenas Bercili dan Kuah Percik. AgroMas pula merupakan jenama produk yang diedarkan oleh FAMA. Produkproduk yang dijenamakan di bawah AgroMas adalah merupakan produk-produk terpilih dan berpotensi untuk berkembang. Ia terdiri daripada produk keluaran kilang FAMA sendiri dan juga keluaran dari kalangan pengusaha PKS tempatan yang berdaya saing dan maju. 5.4 Pembangunan sistem dan kawalan pasaran serta E-Permit Dalam era globalisasi dan liberalisasi persaingan dalam pasaran hasil-hasil pertanian menjadi amat sengit. Faktor kualiti seperti penerapan standard dan traceability, pembungkusan yang baik dan menarik akan menjadi kelebihan kepada sesuatu keluaran. FAMA akan melaksanakan Peraturan-peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang menetapkan beberapa perkara : a) Standard gred keluaran pertanian b) Standard pembungkusan keluaran pertanian c) Standard pelabelan kepada pembungkusan d) Pengeluaran perakuan untuk keluaran pertanian yang akan dieksport FAMA juga telah mengaplikasikan sistem e-Permit bagi membolehkan permit import (menerima dan memproses permohonan permit) dikeluarkan secara elektronik. Semua informasi permit import yang diluluskan dihantar secara elektronik ke Jabatan Kastam Malaysia. Sistem ini dibangunkan secara web-based. Pelaksanaan e-Permit telah dibangunkan pada awal tahun 2004 dan FAMA merupakan salah sebuah agensi kerajaan yang pertama melaksanakan sistem ini.

24

6.0 PENUTUP Setelah kita melihat pelbagai usaha, program dan pembangunan yang ditawarkan oleh FAMA, dapat kita perkatakan bahawa FAMA telah merintis suatu jalan yang terpuji untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti hasil pertanian di negara kita. Pelbagai program diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada pengeluar dan pengguna. Pengeluar mendapat kemudahan dan bantuan daripada pihak FAMA dari segi pemasaran dan khidmat nasihat. Manakala pengguna pula mendapat manfaat dengan memudahkan mereka untuk membeli hasil pertanian yang elok dan segar.

25

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa sejak penubuhan FAMA, peningkatan mutu dan kualiti hasil pertanian negara telah meningkat secara drastik. Ini dapat dilihat pada pembangunan yang diwujudkan oleh FAMA. Terminal Agribisnes Negara adalah contoh terbaik untuk menggambarkan kejayaan yang dicapai oleh FAMA. ia menunjukkan kepada kita bahawa hasil pertanian merupakan suatu medium penting untuk menentukan tahap pembangunan negara. Di samping itu, ia juga mendatangkan pulangan yang lumayan kepada para petani dan penternak. Mereka telah mendapat suntikan bantuan daripada FAMA untuk mengetengahkan jualan mereka dengan mengambil bahgian dalam Pasar Tani Mega atau Gerai Buah-buahan Segar (GBBS). Dengan ini, diharapkan semua rakyat negara yang terlibat dalam aktiviti pertanian dan penternakan mendapat bantuan pemasaran dan khidmat nasihat daripada pihak FAMA untuk meningkatkan lagi mutu, kualiti serta hasil jualan mereka. Ini selari dengan seruan kerajaan untuk merealisasikan konsep Pertanian adalah Perniagaan.

BIBLIOGRAFI Buku Harcharan Singh Khera (1999), Ekonomi Moden, Percetakan Abadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor Harcharan Singh Khera (1999), Masalah-masalah Ekonomi Malaysia, Percetakan Abadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

26

Internet 1. Visi, misi dan objektif, http://www.fama.gov.my/web/guest/vision_mission_objectives 2. Projek dan program pembangunan, http://www.fama.gov.my/web/guest/programmes_projects 3. Kedai rakyat, http://www.fama.gov.my/web/guest/kedai_rakyat 4. FAMA, http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Pemasaran_Pertanian_Persekutuan 5. Pasar Tani, http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_tani 6. Agensi Kerajaan Malaysia, http://mapyourinfo.com/wiki/ms.wikipedia.org/FAMA/

REFLEKSI

Satu tugasan kerja kursus pendek telah diberikan kepada para guru pelatih opsyen Pengajian Sosial semester 6 PISMP. Pada kali ini, tugasan yang diberikan ialah berkaitan dengan kursus Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi (PSS 3112). Kami dikehendaki membuat tugasan berkaitan agensi milik kerajaan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan setelah perbincangan dilakukan bersama di dalam kelas, kami bersetuju membuat keputusan bahawa setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang dan 11 agensi terlibat dalam kerja kursus ini. Oleh yang demikian, setiap kumpulan mempunyai agensi-agensi yang berbeza. Bagi menyiapkan 27

tugasan ini, perbincangan bersama-sama rakan sekuliah telah diadakan. Masingmasing memberi idea tentang peranan agensi-agensi yang terbabit. Kami juga berbincang tentang agensi-agensi yang lain yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Kami membuat rujukan daripada buku-buka yang terdapat di perpustakaan dan berkaitan dengan tajuk tugasan ini. Selain daripada itu, kami turut membuat rujukan berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam internet. Pelbagai maklumat yang kami temui, dan ia perlu dianalisis untuk mendapatkan fakta yang sahih dan benar sahaja. Selain daripada melakukan tugasan ini dengan jayanya walaupun kami kesibukan melakukan tugasan-tugasan lain, kami juga mendapat manfaat dengan mengetahui tugas-tugas agensi ini dan mengetahui sumbangan yang telah dilakukan untuk membangunkan ekonomi negara. Dengan tugasan ini, pelbagai pengetahuan baru yang kami perolehi dan ia perlu diteruskan pada masa akan datang. Saya juga berharap tugasan ini dapat dijadikan rujukan oleh pihak yang ingin mengetahui agensi ini secara mendalam.

Mohamad Asyraf bin Mohamad Agus 6 PISMP KS/PJ/PM 2 REFLEKSI

Pada semester ini, guru-guru pelatih Pengajian Sosial Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) kursus Pengajian Sosial perlu membuat tugasan kerja kursus pendek bagi kursus Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi (PSS 3112). Pada kali ini, kami dikehendaki membuat tugasan berkaitan agensi milik kerajaan yang menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Sepanjang menyempurnakan tugasan ini, saya bersama rakan banyak membuat tinjauan serta mengumpulkan maklumat yang melibatkan agensi tersebut. Malah, saya juga banyak peroleh pelbagai input mengenai program-program yang dijalankan oleh 28

FAMA yang sememangnya berada di luar jangkaan saya. Antaranya ialah mengenai penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan serta penemuan-penemuan yang diperoleh. Selain itu, langkah dan inisiatif yang diberikan oleh pihak FAMA dalam membantu kaum bumiputera khususnya pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS). Di samping itu, tugasan ini sedikit sebanyak telah membantu tahap kefahaman saya mengenai peranan-peranan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan adalah berbeza walaupun berada dalam bidang yang sama. Dengan itu, saya dapati agensi FAMA telah banyak membantu memulihkan, memperkembangkan dan menjana ekonomi negara dengan program dan perkhidmatan yang dilakukan. Sememangnya ini merupakan tindakan terpuji dan ia juga adalah tugas dan peranan FAMA untuk melakukan sedemikian. Saya juga berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan dan banyak maklumat baru yang saya perolehi dari agensi ini.

Azhari bin Muhyiddin 6 PISMP KS/PJ/PM 2

29

Anda mungkin juga menyukai