Anda di halaman 1dari 12

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

BAB 1

PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi maklumat (ICT) yang begitu pesat telah menwujudkan


lonjakan paradigma baru kepada kehidupan masyarakat dunia. Dengan perkembangan
teknologi ini secara tidak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan masyarakat hingga ke
seluruh pelusuk dunia. Kemajuan teknologi memiliki beberapa manfaat bagi kehidupan
manusia salah satunya meningkatkan peradaban manusia itu sendiri. Secara keseluruhannya
teknologi telah membawa pertumbuhan yang luar biasa dan bermanfaat kepada umat
manusia.

Menyentuh kepada peningkatan kualiti hidup manusia teknologi telah memainkan


beberapa peranan penting iaitu dalam memberi manafaat berkomunikasi, pendidikan,
perbankan, perniagaan dan lain-lain.

Kerajaan juga menggunakan teknologi iaitu kemudahan ICT dalam pemyampaian


maklumat dan urusan pentadbiran jentera kerajaan. Contohnya EG-HRMIS.

Menurut Dato Haji Abdul Wahab Adam di dalam Buletin EG-HRMIS menyatakan
HRMIS adalah satu daripada projek kerajaan elektronik atau Electronic Goverment (EG).

Sistem HRMIS juga boleh dikenali sebagai e-Dokumen iaitu dokumen atas talian.

Menurut Irwansyah Putra (2012) dalam Sprague (1995) menyebut bahawa e-


Dokumen adalah penerapan teknologi untuk menjimatkan penggunaan kertas,
mempercepatkan penyampaian maklumat dan meningkatkan keberkesanan proses
pengurusan dokumen. Teknologi pengurusan dokumen ini memaparkan pelbagai idea dan
konsep ke dalam bahasa pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan ini menghasilkan teknologi
pengurusan dokumen untuk menyelesaikan masalah penyimpanan dan pencarian dokumen
sehingga membolehkan penjimatan kos.

1
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Mengikut Koo (1988) dalam Irwansyah Putra (2012) juga mengatakan bahawa
walaupun e-Dokumen tidak terwujud dengan paperless sebenar, sistem pengurusan dokumen
berasaskan elektronik akan sangat diperlukan pada masa hadapan kerana sistem ini berkesan
dan cekap.
Menurut Kranch (1998), e-Dokumen memiliki sambungan dan sistem back-up data
yang berkesan dan cekap. Namun, sistem ini boleh melebihi kertas yang terkumpul dengan
banyak apabila sistem ini terkendala dengan aplikasi yang mudah terkena virus komputer,
elektrikal yang tidak stabil dan pemadaman data yang disengaja atau tidak disengaja.

BAB 2

PERBANDINGAN PENGGUNAAN SISTEM E-GOVERNMENT DUNIA

2.1 Pengenalan
Ucapan Dr. Ahmad Jailani Mohamad Yunus, Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi) sempena pelancaran HRMIS 2.0 serta program What Up
HRMIS pada 25 Mac 2015 di Auditorium JPA, Putrajaya menyampaikan kemudahan
teknologi maklumat merupakan enabler kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Penggunaan teknologi terkini kunci kepada peningkatan sistem penyampaian kerajaan dan
produktiviti anggota awam. Ini boleh dilihat melalui pencapaian Korea Selatan dalam
mengekalkan kedudukan pertama di dalam United Nation E-Government Ranking selama tiga
kali berturut-turut iaitu pada tahun 2010, 2012 dan 2014. Korea Selatan mempunyai
kemudahan infrastruktur yang efektif dan mampan sehingga membolehkan mereka
mempunyai kemudahan e-Government dan e-Mobile yang bertaraf dunia. Manakala
Australia yang menduduki tempat kedua dalam penarafan tersebut juga mempunyai portal e-
Government yang komprehensif melalui konsep single sign on yang membolehkannya
menghubungkan semua perkhidmatan kerajaan di pelbagai peringkat.

Menurut United Nation E-Government Ranking, Malaysia pada tahun 2014 berada di
tangga ke 52 daripada 193 negara dunia. Menurut United Nation E-Government Survey 2014
dalam www.unpan.org/e-government pendapatan negara dan pembangunan e-kerajaan adalah
bergantung kepada tahap pendapatan sesebuah negara adalah petunjuk umum kapasiti
ekonomi dan kemajuan Ianya memberi pengaruh yang kuat kepada pembangunan e-kerajaan
negara. Akses kepada infrastruktur ICT dan penyediaan pendidikan, termasuk ICT
celik huruf, adalah sangat berkaitan dengan tahap pendapatan negara. Kekurangan ini akan
2
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

menimbulkan kekangan yang kuat dalam melaksanakan inisiatif e-kerajaan,


walaupun sesebuah negara meletakkan dasar yang kukuh dan strategi, hasilnya adalah terhad
walaupun usaha di sesetengah negara untuk menawarkan perkhidmatan dalam talian, potensi
penuh e-kerajaan adalah jauh daripada kenyataan sepenuhnya. Ini jelas kelihatan di kalangan
negara yang berpendapatan rendah dan negara miskin bergantung kepada EGDI
( E-Goverment Development Index). Rajah 2.1 menunjukkan perkhidmatan atas talian
mengikut kumpulan pendapatan dan rajah 2.2 menunjukkan perkhidmatan atas talian
mengikut negara Asia.

Rajah 2.1 Menunjukkan Perkhidmatan Atas Talian Mengikut Kumpulan


Pendapatan

Sumber daripada United Nation E-Government Survey 2014


dalam www.unpan.org/e-government

3
225140
Rajah 2.2 Menunjukkan Perkhidmatan Atas Talian Mengikut Negara Asia.
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Sumber daripada United Nation E-Government Survey 2014


dalam www.unpan.org/e-government

4
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

BAB 3
TEKNOLOGI MENINGKATKAN KUALITI MASYARAKAT

Teknologi masa kini telah banyak mengubah peradaban manusia samada masyarakat
mahupun jabatan kerajaan. Contoh dalam bidang pengurusan sumber manusia (HR) banyak
perubahan telah berlaku mengambil contoh Sistem HRMIS PDRM yang diperkenalkan bagi
memberi kemudahan kepada pekerja dalam berurusan berkaitan pengurusan sumber manusia
Pendahuluan

Dalam dunia yang semakin maju ini pelbagai bidang mengalami perubahan. Justeru itu, Polis

Diraja Malaysia (PDRM) tidak mahu ketinggalan mengejar arus pemodenan Polis Diraja

Malaysia (PDRM) selari dengan jabatan-jabatan kerajaan lain yang telah terdahulu

mengamalkan sistem HRMIS. Sebelum PDRM beralih kepada sistem HRMIS, terlebih

dahulu PDRM menggunakan sistem kompol.

Sistem KOMPOL

Sistem KOMPOL (Komunikasi Maklumat Polis Online) mula dibangunkan pada

tahun 1975 bagi menyimpan maklumat dalam mainframe (Kerangka Utama). Pada

penghujung 2007 kontrak sistem KOMPOL berakhir, PDRM telah membangunkan sistem

sementara yang dikenali sebagai Interim Personel Sistem (IPS) untuk menyimpan data

sebelum proses migrasi kepada sistem HRMIS.

Sistem HRMIS

Perlaksanaan Sistem HRMIS (HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

INFORMATION SYSTEM) atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai Sistem Maklumat

Pengurusan Sumber Manusia banyak mengubah sistem pentadbiran PDRM kepada

pengurusan sumber manusia yang lebih sistematik dan inovatif.

5
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dibangunkan selaras

dengan visi pengurusan sumber manusia iaitu untuk Menjadi Pemimpin Dalam Membangun

dan Mengurus Sumber Manusia Dalam Mencapai Wawasan Kerajaan. Visi ini telah

diputuskan dalam seminar HR Function Visioning Workshop for Senior Management yang

diadakan pada 21-22 Jun 1999. Matlamat ini juga seiring dengan visi Kerajaan untuk menjadi

negara maju menjelang tahun 2020.

HRMIS PDRM dibangunkan dan diselenggara khusus untuk keperluan PDRM. Ini

bagi memastikan keselamatan maklumat sumber manusianya terpelihara, memandangkan

PDRM adalah agensi yang terlibat secara langsung dalam pengurusan keselamatan negara.

Jabatan Pengurusan PDRM selaku jabatan yang bertanggungjawab ke atas dasar pengurusan

sumber manusia PDRM dipertanggungjawabkan bagi menerajui pelaksanaan HRMIS PDRM.

Pegawai-pegawai dari bahagian yang merupakan pemilik proses iaitu Bahagian Perkhidmatan

/ Perjawatan, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Latihan Bahagian Penyelidikan /

Pembangunan dan BAKA terlibat secara langsung dalam mengesahkan proses sumber

manusia yang dibangunkan dalam HRMIS. Mereka juga terlibat pada peringkat pengujian

aplikasi bagi memastikan polisi yang berkuat kuasa dipatuhi. Pada peringkat pelaksanaan,

mereka berperanan mengesahkan penambahbaikan polisi sumber manusia selaras dengan

perubahan dari semasa ke semasa. Justeru itu, Bahagian Perkhidmatan / Perjawatan dan Unit

HRMIS IPK Perlis telah diberi tanggungjawab untuk mengurus pelaksanaan HRMIS dan

membekalkan maklumat sumber manusia PDRM.

PDRM dari semasa ke semasa memberi pendedahan kepada warganya kepada

teknologi. Walaupun, berlaku kepincangan di awal penubuhannya dari segi kekurangan

peralatan seperti komputer, scanner dan sebagainya, capaian talian HRMIS yang lemah di

kawasan-kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak serta sikap segelintir

anggotanya yang tidak celik IT.

6
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

Pelaksanaan projek Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) dalam

Polis DiRaja Malaysia adalah berasaskan kepada Pekeliling Perkhidmatan bilangan 12 tahun

2005 yang berkuatkuasa pada 8 Jun 2005. Antara kandungan lain pekeliling ini adalah adalah

seperti berikut :-

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab

sebagai agensi utama kepada perlaksanaan di sektor awam.

Perlaksanaan sistem HRMIS ini telah dimaklumkan kepada semua agensi kerajaan

melalui surat bertarikh 17 September 1999.

Semua agensi kerajaan perlu menangguhkan sebarang usaha untuk membangunkan

sistem berkaitan pengurusan sumber manusia yang baru bagi mengelak pembaziran

dan pertindihan sistem. JPA telah memberi kelulusan kepada PDRM untuk mengurus

tadbir sistem HRMIS secara Data Teragih melalui surat rujukan

JPA(S)(HMS)146/45/1klt5(27) bertarikh 19 April 2007.

3.4 Fungsi Unit HRMIS Di Dalam PDRM

1. Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan

awam yang berkesan melalui maklumat Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

yang lebih lengkap.

2. Mengautomasikan proses-proses operasi PSM.

3. Membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemaskini

untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.

4. Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, penyelarasan

proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window.

7
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

5. Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paperless.

6. Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan

fleksibel serta kemaskini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai

peringkat agensi.

Sistem HRMIS PDRM ini mempunyai 13 modul di antaranya adalah modul pengurusan

saraan, faedah dan ganjaran. Pada mulanya perlaksanaan Sistem HRMIS jabatan ini

menerima arahan daripada pucuk pimpinan supaya melaksanakan modul pengurusan saraan

faedah dan ganjaran submodul pengurusan cuti terlebih dahulu melalui Arahan Pelaksanaan

HRMIS bilangan 2 tahun 2010 bertarikh 20 Disember 2010 dalam rujukan KPN 60. Ini

adalah selaras dengan usaha mewujudkan pengurusan sumber manusia yang lebih efisien,

semua permohonan cuti kini boleh dilakukan secara dalam talian (Online) sepenuhnya

menggunakan sistem HRMIS.

8
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

BAB 9

KESIMPULAN

Polis DiRaja Malaysia sedang mengalami transformasi yang secara tidak langsung mencabar
keupayaan warga PDRM untuk keluar dari zon selesa dan membudayakan amalan kerja yang
cemerlang, memperkasa budaya produktif dan inovatif, berprestasi serta berintegriti tinggi
dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Sepanjang empat tahun ini, HRMIS PDRM telah berjaya menambahbaik sistem Pengurusan
Sumber Manusia daripada Record Keeping kepada Process Driven berteraskan kompetensi
selaras dengan hasrat Kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan dan hala tuju strategik
Pengurusan Sumber Manusia. Pencapaian serta kejayaan yang telah dicapai ini tidak mungkin
direalisasikan tanpa usaha padu serta sumbangan warga kerja PDRM yang tidak pernah
mengenal erti jemu dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Dalam perlaksanaan HRMIS ini, Polis Diraja Malaysia perlu mengorak langkah dalam
memastikan teknologi hijau yang diwar-warkan sebagai matlamat dalam amalan hijau dan
aplikasi teknologi hijau PDRM 2016 hingga 2020 tercapai dengan cemerlang dan ianya
merupakan satu usaha murni bagi mentranformasikan Malaysia ke arah pembangunan yang
lestari.

9
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

RUJUKAN

Nor Faradiana binti Rosli,(2009) Aplikasi Good Governance Dalam Agensi Awam : Kajian
Kes Universiti Utara Malaysia

Kranch, D. A. (1998). Preserving Electronic Documents. Proceedings of the third


ACM Conference On Digital Libraries, 17(3), 38-48.

Rozita Abdul Mutalib, Fariza Romli,Mokhtafizam Mokhtar & Noor Farihah Mohd Noor,
(2008). Etika Pentadbir Awam : Sintok. Malaysia

Irwansyah Putra, (2012). Menilai Faktor Yang Menpengaruhi Penerapan Edokumen Dalam
Pengurusan: Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Darulaman: Sintok, Malaysia

Rosisilah Jamil, (2008). Analisis Keperluan Latihan Teori Dan Praktis. Selangor : Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

MAMPU. (2011). Kajian Keberkesanan Pelaksanaan SMPC Dan SMPT Dalam Pengurusan
Sumber Manusia Sektor Awam: Putrajaya

Sabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd. Radzuan B. Rahid & Ruhana Busu.(2004).
Pengurusan:Penerbit Tompson Learning: Singapore.

Rushami Zien Yusoff.(2005).Pengurusan Kualiti Prinsip Dan Pelaksanaan:Pusat Penerbitan


Universiti(UPENA):Selangor.

http://www.eghrmis.gov.my/docs/pdf/buletin/2011/kajian-brc.pdf

http://www.unpan.org/e-government

10
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

11
225140
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

12
225140

Anda mungkin juga menyukai