Anda di halaman 1dari 15

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

PENGENALAN
APA ITU E-PEROLEHAN?
E-Perolehan adalah satu sistem, elektronik dimana ia akan memudahkan aktiviti
perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan. ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional
(secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi
Internet.

ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam


jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian
serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog
produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau
eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian
pelayar web. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan
dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan
membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka
dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat
menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran
pendaftaran melalui ePerolehan.

1|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

LATAR BELAKANG ORGANISASI


Bahagian Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha bagi
menjalankan pengauditan pengurusan kewangan, pengauditan prestasi, siasatan
dan pemeriksaan mengejut.

Pengauditan Pengurusan kewangan adalah untuk

menentukan sama ada pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut kehendak


undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Pengauditan prestasi pula adalah
untuk menentukan sama ada sesuatu aktiviti dilaksanakan dengan cekap, berhemat
dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Manakala siasatan dijalankan mengikut

arahan pihak pengurusan atasan dan pemeriksaan mengejut mengikut Arahan


Perbendaharaan.
Visi
Untuk menjadi penjana maklumat kawalan dalaman kepada Ketua Setiausaha
berhubung dengan akauntabiliti Kementerian Dalam Negeri.
Misi
Melaksanakan pengauditan secara professional dan mengemukakan laporan /
pemerhatian audit yang bebas kepada Ketua Setiausaha ke arah meningkatkan
prestasi pengurusan kewangan Kementerian Dalam Negeri
Objektif:
1. Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan
peraturan kewangan, undang-undang,
ditetapkan;

2|

peraturan dan prosedur yang telah

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

2. Menentukan program dan aktiviti Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya


diuruskan dengan ekonomi, cekap dan berkesan;

TOPIK KAJIAN - PENCEGAHAN AP59 DALAM PENGURUSAN PEROLEHAN KDN


Pencegahan AP59 Dalam Pengurusan Perolehan KDN merupakan inisiatif
penting dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan perolehan di peringkat
Jabatan dan Agensi pada tahap yang paling tinggi.
Tugas mengendalikan pengurusan perolehan dengan cekap dan berkesan
adalah merupakan satu amanah besar bagi setiap pegawai Kerajaan. Pencapaian
dan kejayaan organisasi diukur melalui pengurusan perolehan yang teratur dan
berhemah. Ini bagi memastikan segala proses dan pengurusan perolehan mengikut
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Walau bagaimanapun, pengurusan perolehan yang tidak cekap akan
mengundang kepada berlakunya pembayaran melalui AP59. Antara kelemahan yang
sering dibangkitkan ialah perolehan dibuat tanpa peruntukkan dan perolehan tidak
mematuhi peraturan kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

3|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

ANALISIS PERBANDINGAN.
Pada amnya, Arahan Perbendaharaan 59 (AP59) merupakan satu tatacara
pembayaran bagi perolehan sesuatu bekalan, perkhidmatan atau kerja yang
dipesan, dibekalkan atau dilaksanakan dengan suci hati tetapi menyalahi peraturan
kewangan yang berkuat kuasa. Di samping itu, AP59 juga bertujuan untuk
menentukan punca berlakunya perolehan yang telah menyalahi peraturan kewangan
yang berkuat kuasa serta mengesyorkan tindakan sucaj atau/dan tatatertib ke atas
pegawai yang bertanggungjawab.
Sehingga akhir tahun 2012, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai
sejumlah RM26.63 juta pendahuluan diri di bawah AP59 yang belum diselaraskan
dan ini telah meletakkan KDN antara kementerian yang tertinggi mempunyai kes di
bawah AP59. Antara punca berlakunya AP59 adalah disebabkan perolehan dibuat
tanpa peruntukan dan tidak mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
Oleh yang demikian, pemantauan dan penyeliaan secara berterusan oleh
Ketua Jabatan hendaklah di ambil sebagai langkah-langkah pencegahan kes di
bawah AP59. Selain itu, kesedaran terhadap peraturan dan undang-undang
kewangan oleh setiap pegawai dan kakitangan KDN, Jabatan dan Agensi hendaklah
di ambil perhatian serius bagi mengelak kes di bawah AP59 terus berlaku secara
tidak terkawal.
Walau

bagaimanapun,

tindakan

pembetulan

dan

siasatan

hendaklah

dijalankan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2009 - Pengurusan


Pembayaran Di Bawah AP59 sekiranya wujud elemen pelanggaran peraturan
kewangan yang menyebabkan pembayaran perolehan di bawah AP59. Tindakan
surcaj dan/atau tatatertib ke atas pegawai yang bertanggungjawab hendaklah dibuat
4|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

sebagai tindakan punitive supaya pelanggaran yang sama tidak terus berlaku dan
berulang pada masa hadapan.

PENGURUSAN PEROLEHAN - SYARAT-SYARAT KERJA PEROLEHAN

Jadual 1

5|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

6|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

7|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

Jadual 2

8|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

Jadual 3

Jadual 4

9|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

10|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

PROSEDUR PEROLEHAN MENGIKUT BAHAGIAN AUDIT DALAMAN KDN

11|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

12|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

13|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, tugas mengendalikan pengurusan perolehan dengan cekap
dan berkesan adalah merupakan satu amanah besar bagi setiap pegawai Kerajaan.
Pencapaian dan kejayaan organisasi diukur melalui pengurusan perolehan yang
teratur dan berhemah. Ini bagi memastikan segala proses dan pengurusan
perolehan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Kerajaan.
Walau bagaimanapun, pengurusan perolehan yang tidak cekap akan mengundang
kepada berlakunya pembayaran melalui AP59. Antara kelemahan yang sering
dibangkitkan ialah perolehan dibuat tanpa peruntukkan dan perolehan tidak
mematuhi peraturan kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Pengurusan Perolehan hendaklah dibuat mengikut peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan. Ianya memerlukan semua pegawai yang terlibat memberi
fokus yang jelas, perhatian yang serius serta pemantauan yang berterusan dalam
usaha untuk mengawal pelanggaran tatacara pengurusan perolehan yang telah
ditetapkan.

14|

GMGF 2023| PENTADBIRAN KEWANGAN

RUJUKAN
________,(____),__________,_________________,___________.( Atas talian)
www.moha.gov.my
________,(____),__________,_________________,___________.( Atas talian)
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/ad-pengenaln
________,(____),__________,_________________,___________.( Atas talian)
http://home.eperolehan.gov.my/v2/index.php
________,(____),__________,_________________,___________.( Atas talian)
http://www.perdasama.org.my/
________,(____),__________,_________________,___________.( Atas talian)
http://home.eperolehan.gov.my/v2/images/stories/downloads/pdf/eP.Manual.QT.2805
08.pdf.

15|

Anda mungkin juga menyukai