Anda di halaman 1dari 12

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

IMPAK PEMBERIAN SUBSIDI KEPADA EKONOMI MALAYSIA

1.1

PENGENALAN
Subsidi merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang dibayar kepada suatu

perniagaan atau sektor ekonomi. Kebanyakan subsidi dibuat oleh kerajaan kepada
pengeluar atau pengedar di dalam sebuah industri untuk mencegah kemerosotan
industri itu dan sebagai hasil dari satu kesinambungan ketidakuntungan operasi atau
suatu kenaikan harga produk atau hanya untuk menggalakkannya bagi menggaji lebih
banyak pekerja.
Subsidi boleh dianggap sebagai satu bentuk kefahaman perlindungan atau
halangan perdagangan dengan membuat barangan domestik dan perkhidmatan secara
kompetitif buatan menentang import. Subsidi mungkin mengganggu pasaran, dan boleh
mengenakan kos ekonomi yang besar. Bantuan kewangan di dalam bentuk subsidi
mungkin datangnya dari kerajaan, tetapi istilah subsidimungkin merujuk kepada
bantuan oleh orang lain, seperti individu atau institusi bukan kerajaan.
Ia juga merupakan bantuan kewangan disediakan kerajaan bagi memastikan
harga bagi beberapa barangan dan perkhidmatan berpatutan untuk membantu rakyat
Malaysia yang memerlukan barangan dan perkhidmatan berkenaan. Pengurangan
subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi
berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang
sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada
tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah.

1|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai
Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), mengumumkan
bahawa kerajaan tidak mampu lagi menampung kadar subsidi seperti yang ada
sekarang. Malah negara akan muflis/bankrap dalam masa lima tahun kalau kadar
perbelanjaan negara tidak dikurangkan.
Beliau juga membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami
krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Salah satu cara menjimatkan
perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.
Subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak
dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya
adalah untuk kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Sebenarnya Malaysia adalah negara yang paling tinggi subsidi di dunia, subsidi
berjumlah RM74 bilion tahun lalu memanglah besar. Daripada jumlah itu, subsidi sosial
sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8
bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap
isi rumah.

2|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

1.2

KEPERLUAN MENGURANGKAN SUBSIDI NEGARA

Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan
mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan
subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau
turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu
sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.
Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang
mengakibatkan peningkatan tarif elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam
dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan
subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara
berpendapatan tinggi dan maju.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak
di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi
sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga
mencecah RM3.1 bilion. Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan
meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga
peratus selepas 2013 (Siti, 2011).
Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan
Malaysia Ke-10 rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam
Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.

3|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri
akan memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran dan akan memastikan
penggunaan sumber yang optimum, Malaysia sudah mengambil langkah konkrit
terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini. Ini adalah langkah bersama yang
diputuskan kerajaan dan rakyat langkah ini dipersetujui Kabinet sebulat suara, tetapi ia
tidak dilakukan kerajaan secara bersendirian. Melalui proses Makmal dan Hari Terbuka,
ribuan rakyat Malaysia memberikan input terhadap keputusan ini, selepas mereka
mengikuti lain-lain inisiatif, termasuk Program Transformasi Kerajaan dan sekarang
Bidang Keberhasilan Utama yang mana makmal sedang berlangsung (1Klik, 2010).
2.1

PERMASALAHAN KAJIAN

Kebaikan Subsidi Dalam Memajukan Ekonomi Negara


Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu
dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi. Ambil contoh subsidi baja. Petani
dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim
subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang. Subsidi menjana ekonomi.
Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu.
Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual
dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal.
Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia
menambah kepada nilai ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya
pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

4|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Kesan Negatif Penarikan Subsidi Dalam Ekonomi Negara


Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kemiskinan. Jika subsidi baja dan
subsidi harga padi ditarik balik, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan
tegar dan hasil padi/beras negara merudum. Subsidi adalah sebahagian daripada
ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah
kuasa membeli dan mengurangkan inflasi. Sebaliknya jika subsidi ditarik balik, kos
makanan akan meningkat kerana harga gula dan petrol meningkat. Golongan
berpendapatan rendah akan menghadapi masalah kewangan.
Pengurangan subsidi pasti akan menjejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli
mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan
perkhidmatan. Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan
menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap
peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk
daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan
(profiteering). Api inflasi akan menyemarakkan. Jika di luar kawalan, ekonomi Negara
juga akan lumpuh.

2.2

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini untuk memperlihatkan keperluan sistem subsidi kepada rakyat
negara dan kesan yang akan mempengaruhinya. Apa yang pasti melalui subsidi ini akan
wujud kesan baik dan buruk yang perlu diberi perhatian khusus supaya ia tidak
mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara. Antara objektif kajian ini ialah:

5|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Melihat keperluan subsidi ini kepada pembangunan negara.


Pengurangan subsidi sektor mana yang perlu diberi perhatian utama.
Apakah masalah ekonomi negara yang menyebabkan perlunya pengurangan
subsidi ini.

3.1

SOROTAN LAMPAU

Ashauer (1989), Easterly dan Rebelo (1993), Baxter dan King (1993) serta Bose, Haque
dan Osborn (2007) yang mengesahkan bahawa peruntukan perbelanjaan atau
pelaburan kerajaan ke atas infrastruktur akan menambahkan pembentukan modal
awam yang mampu mempengaruhi produktiviti faktor dan output sektor swasta.
Lanjutan kepada kajian-kajian tersebut, Shelton (2007) serta Folster dan Henrekson
(2001) juga mendapati bahawa Walaupun keluaran negara meningkat, namun akibat
daripada komposisi golongan tua dalam masyarakat juga bertambah, maka berlaku
peningkatan perbelanjaan awam bagi golongan ini terutama sekali belanja sekuriti
sosial.
Easterly dan Levine (1997) pula membuktikan wujud korelasi negatif antara
pecahan etnik di Afrika dengan penentuan perbelanjaan awam disebabkan tiada kata
sepakat yang dicapai akibat daripada set cita rasa dan keutamaan yang berbeza antara
etnik. Walaupun begitu, mengikut Al-Faris (2002), keputusan ujian sebab-penyebab
mengikut versi Granger bagi kebanyakan negara lebih menerima Hukum Wagner
memandangkan nisbah yang tinggi diperuntukkan ke atas perbelanjaan awam yang
dianggap kurang produktif seperti pertahanan dan subsidi.

6|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Kadar inflasi Malaysia pada tahun 2010 berada pada kadar 2.2%, berdasarkan
laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62
peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Data ini yang
dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom
mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi
sedang meningkat, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam
beberapa bulan akan datang. Kini penganalisis mempersoalkan sama ada Bank of
England sudah kehilangan kredibiliti.

7|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4
peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan
paling kuat terhadap inflasi. Dalam hal ini kadar inflasi di Malaysia dijangka berada pada
kadar 2.5% hingga 3% peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua
ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya
kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi
yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan
kadar 2.75 peratus, tahap Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat
pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa (Siti Rizadiana, 2011).
Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada
Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar
inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang ekoran kenaikan harga
komoditi dan makanan serta pelaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat
sehingga 3.25 peratus dan dijangka kenaikan untuk kali ketiga sebanyak 25 mata asas
lagi sekiranya diperlukan.
Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.
Inflasi di negara ini boleh dikawal dan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan
mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan
subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank
Negara Malaysia (BNM) dan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau
turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini (Siti Rizadiana, 2011). Hutang negara akan
meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi
kerajaan.
8|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Ini menunjukkan kecenderungan kerajaan melaksanakan belanjawan berhemat


dengan menetapkan peruntukan belanja pembangunan terlebih dahulu dan diikuti
pengagihan belanja mengurus. Langkah ini juga dilihat mampu menjimatkan jumlah
belanja mengurus semasa memandangkan jumlah belanja mengurus akan hanya
diketahui setelah projek pembangunan dirancang dengan lebih teliti terutama sekali
daripada aspek peruntukan kos dengan mengambil kira pergerakan tingkat harga
semasa.

3.2

HIPOTESIS KAJIAN

Kerajaan telah membelanjakan RM 10.32 bilion sebagai subsidi untuk barangan


keperluan asas bagi tahun 2010. Jumlah ini dijangka akan mencecah RM 20.6 bilion pada
tahun 2011. Subsidi RM 10.32 bilion yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan
harga barangan keperluan asas. Melalui pendekatan subsidi, kerajaan menanggung
sebahagian kos harga barangan keperluan supaya harga barangan tersebut dalam
pasaran

tempatan

dikurangkan

agar

golongan

pendapatan

rendah.

Rasional

pengurangan bajet subsidi bagi keperluan berikut adalah:


1. Apakah benar kerajaan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk subsidi?
2. Adakah benar dakwaan harga barang kian naik kerana kerajaan tidak cekap?
3. Apakah impak pendekatan pemberian subsidi kepada pertumbuhan ekonomi negara?

9|

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

4.1

METODOLOGI KAJIAN
Untuk mengkaji keperluan atau perbelanjaan kerajaan yang telah dikeluarkan

untuk subsidi. Kajian akan menilai perbelanjaan yang telah dikeluarkan bermula dari
tahun 2004 hingga tahun 2010 dan rasional perlunya ada pengurangan subsidi kerajaan
terhadap perkara-perkara tertentu berdasarkan persekitaran semasa yang kita ketahui
permasalahannya.
Perbandingan peratusan tersebut juga melihat kemampuan ekonomi negara
mengapa perlunya ada pengurangan subsidi terhadap barangan tersebut. Perbandingan
tersebut juga melihat jumlah pendapatan negara secara keseluruhan, perbelanjaan
mengurus dan jumlah perbelanjaan subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk
menampung kos-kos tertentu dalam subsidi. Selain itu menilai keperluan rakyat yang
terpaksa ditanggung akibat dari pengurangan subsidi kerajaan, terutama kepada
mereka yang berpendapatan rendah.

10 |

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Rujukan

1Klik. (2010). Program Rasionalisasi Subsidi.


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi
/7088-program-rasionalisasi-subsidi.html

Hasil Bukan Cukai Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun
2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.
https://www.google.com/search?newwindow=1&hl=en&biw=1366&bih=600&site=img
hp&tbm=isch&oq=+Pendapatan+Kerajaan+dari+2009++2011&gs_l=img.12...44043.440
43.0.49456.1.1.0.0.0.0.87.87.1.1.0...0.0...1c.1.9.img.rXluCkoSKhw&q=Pendapatan%20Ker
ajaan%20dari%202009%20%202011#imgrc=nKA8oCxBWEzVDM%3A%3BQSU3feZ2T
SbcCM%3Bhttp%253A%252F%252Fkickdefella.files.wordpress.com%252F2008%252
F06%252Fhasilkerajaan.jpg%3Bhttp%253A%252F%252Fedyesdotcom.blogspot.com%
252F2008%252F06%252Ffakta-keuntungan-petronas-olehsheih.html%3B600%3B551

11 |

GMGF2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

Malaysian Inflation Rate


https://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&source=images&cd=&cad=rja&do
cid=6Ouv0Mq6k3MM&tbnid=rEaYkKcy5991OM:&ved=0CAUQjRw&url=http%3A%2F%
2Fwww.emeraldinsight.com%2Fjournals.htm%3Farticleid%3D847736%26show%3Dht
ml&ei=FvZxUcWBCMnYrQfL54DoBw&psig=AFQjCNHYfaFfNEmwrowRQu22redzUtTe2
w&ust=1366509414705519

Program Rasionalisasi Subsidi


http://www.epu.gov.my/17072010_HM_program

Siti Rizadiana Rahmat. (2011). Kadar Inflasi Di Malaysia Membimbangkan.


http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/586kadar-inflasi-di-malaysia-membimbang.

12 |

Anda mungkin juga menyukai