Anda di halaman 1dari 54

WAWASAN 2020.

- Sembilan Cabaran

Oleh kerana ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan


maklumat tentang sembilan cabaran Wawasan 2020, maka saya
perturunkan seluruh nota saya di blog ini.
Nota ini telah saya siapkan semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan
di Jabatan Penerangan Malaysia kira-kira tahun 1980han.

CABARAN PERTAMA.
Membina Bangsa Malaysia yang bersatupadu diletakkan sebagai cabaran
pertama Wawasan 2020. Ini memberikan gambaran bahawa ia adalah
cabaran terpenting. Gambaran ini adalah tepat kerana pembentukan
bangsa yang bersatu dianggap syarat utama di dalam menjayakan segala
cita-cita negara yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun


jika sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama.
Kita akur dengan kata-kata seperti Muafakat membawa berkat. Kita akui
kebijaksanaan kata-kata pusaka Bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat. Kita juga sering melaungkan Bersatu Teguh
Bercerai Runtuh. Negara hanya dapat dibina di dalam suasana yang
aman dan damai. Ketenteraman ini hanya dapat dijamin dengan adanya
persefahaman di antara rakyat.

Kita juga telah menyaksikan beberapa negara di dunia yang menderita


akibat dilanda sengketa dan rusuhan kaum. Oleh itu Malaysia
menjalankan berbagai usaha untuk menjauhkan rakyat dari bencana ini.
Perpaduan di antara rakyat berbilang kaum adalah asas yang kukuh untuk
pembinaan negara. Menerusi penyatuan dan perpaduan ini dapatlah kita
berusaha menangani cabaran-cabaran seterusnya bagi merealisasikan
wawasan gemilang sebagai bangsa Malaysia yang berkeyakinan,
demokratik, makmur, bertolak ansur, liberal, saintifik, progresif,
penyayang, bermoral dan beretika.

Pengertian Bangsa Malaysia yang Bersatupadu


Apakah yang kita maksudkan dengan ungkapan Bangsa Malaysia yang
Bersatupadu? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada bangsa Malaysia yang
bersatupadu? Atau dengan kata lain, di dalam situasi bagaimanakah maka
kita dapat menganggap yang negara telah berjaya mengatasi cabaran
yang pertama ini.
Bangsa Malaysia yang bersatupadu bererti:
-Setiap rakyat dengan nyata dan ikhlas menerima negara Malaysia
sebagai tanahair yang tunggal dengan kesetiaan yang tidak berbelah
bagi.
- Setiap rakyat merasa komited untuk menjayakan cita-cita negara. Ini
bermakna matlamat negara telah dikongsi bersama oleh setiap rakyat.
-Setiap rakyat dengan rasa bangga mengidentifikasikan diri sebagai warga
Malaysia dan tidak seagai golongan sesuatu etinik, ras atau penghuni dari
sesuatu wilayah atau daerah. Adalah amat ideal kalau semuanya
mengamalkan cara hidup atau berbudaya Malaysia dan menghapuskan
ciri-ciri yang menonjolkan pengenalan mereka sebagai berketurunan
tertentu. Pendek kata mereka berjiwa Malaysia dan berupa Malaysia.
Namun walaupun masih ada ciri-ciri keturunan dan kedaerahan yang
diwarisi, mereka tidak akan membiarkannya menjaid sentimen sehingga
mencetuskan persengketaan.
- Setiap rakyat berpegang kepada nilai-nilai murni yang tidak bercanggah
di antara satu sama lain dan tidak merasa perlu untuk berperangperangan bagi menegakkan sesuatu pegangan hidup yang mungkin
berbeza dengan orang lain. Di sini tetap wujud sikap bertolak ansur demi
keharmonian bersama.
Usaha untuk membina bangsa yang bersatupadu
Apakah langkah yang sedang dijalankan bagi mencapai hasrat pembinaan
bangsa Malaysia yang bersatupadu?
Sebahagian dari langkah-langkah ini dapat dirumuskan oleh petikan
ucapan Dato Seri Dr Mahathir di bawah ini,
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah
memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga
puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional. Dasar-dasar tersebut termasu
Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatupadu, kita telah
memperkenalkan pelbagai dasar-dasar dan program dalam tempoh tiga
puluh tahun lalu selain Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan
Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk Dasar Pendidikan Negara, Dasar
Bahasa Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Perpaduan
negara adalah matlamat penting dalam dasar dan program berkenaan.

Kesemua dasar dan program ini boleh menyumbangkan ke arah hubungan


sosial yang sihat di kalangan masyarakat majmuk, perkongsian nilai dan
persepsi, persamaan ideniti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan
yang mengekalkan warisan bangsa.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap di majlis makan malam
anjuran Kelab Harvard di Kuala Lumpur pada 31 Januari 1992. Petikan ini
menjelaskan bahawa Kerajaan telah melancarkan dasar-dasar yang
bermatlamatkan penyatuan dan perpaduan rakyat.
1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) danDasar Pembangunan Nasional (DPN).
DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi
meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk
memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai
langkah pengukuhan perpaduan negara.
DPN menggariskan eberapa startegi yang diantaranya jelas
mencerminkan cita-cita memakmur dan membina bangsa yang
bersatupadu. Ianya mengambil langkah-langkah agi memastikan
pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama rata dan saling
melengkapi di antara satu dengan lain, memajukan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta
meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran
pembangunan dalam masyarakat perindustrian melalui s satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyususnan semula
masyarakat.
DPN juga bermatlamat untuk menghapuskan keadaan ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua
rakyat Malaysia. Adalah menjadi cita-cita DPN bagi memperkukuh
integrasi nasional dnegan mengurangkan jurang yang luas dalam
pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan
luar bandar dan dengan ini berupaya membangun sebuah masyarakat
progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh semua rakyat di samping
memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati
perasaan bangga dan cintakan negara.
Usaha-usaha yang lebih gigih dilaksanakan untk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayan khususnya di
antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program
pelaksanaan untuk mengatasi kemisikinan di bandar-bandar juga
dipertingkatkan. Kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi
penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan
kemudahan awam. Bandar dan desa di bangunkan dengan lebih teratur
pertumbuhan setinggan dikawal, peluang-peluang untuk peniaga dan
pengusaha kecil dibuka.
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan
penyusnan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah

strategi ini. Kedudukan ini boleh dicapai dengan perlaksanaan strategi


meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera. Matlamat
penyususnan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di
berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi
berbagai kumpulan etnik dalam negara.
2. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang lebih terlatih bagi pembangunan negara.
Dengan hasrta ini lahirlah Falsafah Pendidikan Negara yang memberi
penek Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan menjadi garis panduan dalam
membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan
antarabangsa.
Prinsip-prinsip Kebudayaan Kebangsaan yang telah dikenalpasti ialah:
1) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan persamaan di
bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia,
kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan
nilai-nilai keperibadiannya.
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar.
Unsur-unsur budaya lain seperti Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang
sesuai dan wajar boleh diberi pertimbangan dan penerimaan selagi tidak
wujud percanggahan dengan Perlembagaan Negara dan prinsip-prinsip
Rukunegara dan kepentingan nasional, serta asas-asas moral dan
kerohanian sejagat amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.
3) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan.
Agama merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara
serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperiadi mulia.
Penerimaan unsur-unsur budaya lain boleh dipertimbangkan selagi ia
tidak mencemarkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Negara, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dan segala usaha Kerajaan ini hanya akan
berjaya jika semua warga negara mencapai taraf perpaduan yang
sebenarnya.

CABARAN KEDUA
MEMBINA MASYARAKAT BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN BERKEYAKINAN

Cabaran kedua Wawasan 2020 sepenuhnya berbunyi :Mewujudkan


masyarakat yang berjiwabebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, b angga dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.
Dari cabaran kedua kita dapat menyenaraikan sifat-sifat yang dikehendaki
ada pada setiap rakyat atau bangsa Malaysia supaya mereka dapat
membina sebuah negara yang maju di dalam setiap bidang.Sifat-sifat ini
ialah:
Berjiwa bebas
mempunyai fikiran dan perasaan yang tenteram
sentiasa mahukan kemajuan
memiliki keyakinan terhadap kebolehandiri sendiri
merasa bangga dengan apa yang dicapai
gagahataukuatmenghadapipelbagaimasalah

Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada factor pembinaan insan, faktor
kejiwaan dan pembinaan semangat rakyat sebagai syarat penting di
dalam pembinaan Negara maju.
Secara ringkas ini dapat ditakrifkan:

1)Berjiwabebas
Jiwa yang bebas adalah jiwa yang tidak terkongkong dan terbelenggu
dengan sesuatu fahaman hingga menolak pembaharuan dan kemajuan.
Akibat dari cengkaman penjajah kita telah menyaksikan bagaimana rakyat
begitu memandang tinggi kepada dunia Barat. Penjajah telah Berjaya
sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat terhadap diri sendiri. Sikap
ini pernah disifatkan sebagai BerjiwaHamba. Pejuang-pejuang
kemerdekaan juga terpaksa berhadapan dengan sikap ini dan berusaha
menghapuskannya sebelum rakyat bersedia menyokong perjuangan
menuntut kemerdekaan negara.

Padatahun 1982, Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang


KeTimur sebagai satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu
membesarkan kemajuan negara Barat. Rakyat diminta supaya beralih
untuk melihat kebaikan yang terdapat di negara-negaraTimur seperti
Jepun dan Korea. Dasar Pandang keTimur ialah usaha untuk mencari
kekuatan dari nilai-nilai ketimuran termasuk nilai-nilaipositif yang kita
warisi dari peradaban kitasendiri.

Barat sebenarnya masih menjalankan berbagai-bagai taktik untuk


menguasai kita. Dr.Mahathir pernah mengingatkan supaya sentiasa
berwaspada kerana pada zaman ini terdapat penjajahan fikiran dalam
bentuk baru.Misalnya terdapat sekumpulan manusia yang cuba
menasihatkan rakyat supaya jangan bekerja kuat kerana kononnya ini
akan menjadikan manusia sebagai robot, sebagai hamba kepada majikan,

sebagai orang yang taksub dengan kebendaan.


Seterus nya Dr.Mahathir berkata, Mereka dari Negara maju, sudah
mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan
supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan
mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh
mereka, bahawa walaupun Negara telah dibebaskan, fikiran kita masih
dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung
kepada kesanggupan kita bekerja, dan bekerja dengan rajin, bukan
sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan
kesayangan kepada kebebasan dan maruahkita. (Perutusan PM
sempenaTahunBaru 82).

2)Memiliki perasaan dan fikiran yang tenteram


Ketenteraman jiwa adalah sesuatu yang amat berharga. Bahkan
ketenteraman boleh dianggap sebagai kebahagiaan.Seseorang amat
memerlukan ketenteraman jiwa dan fikiran bagi menghadapi pelbagai
cabaran di dalam dunia moden ini. Kita sedang menyaksikan bagaimana
sesetengah masyarakat di dunia kucar-kacir akibat pembangunan fizikal
tidak disembangi dengan pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai
menghadapi pelbagai cabaran.Ketenteraman jiwa juga berkait rapat
dengan pembentukan akhlak dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak
hilang pedoman hidup. Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan
memungkinkan pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan
lagi taraf kehidupan manusia.

3)Membina bangsa yang gagah

Wawasan 2020 bertujuan melahirkan satu bangsa yang kuat, kukuh dan
tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal
dan mental, serta kekuatan dari segi kerohanian dan kejiwaan.

Wawasan ini selaras dengan pandangan Islam khasnya hadis Rasulullah


s.a.w yang bermaksud Bahawa seorang mukmin yang kuat itu lebih baik
dan dikasihi Allah SWT daripadaseorangmukmin yang lemah.
Ini menjelas kan bahawa kekuatan jasmani dan rohani, akal dan emosi
perlulah diseimbangkan. Rakyat perlu mempunyai jiwa yang kuat dan
tahan.Bagi menjamin kekuatan Negara lebih-lebih lagi ketika dunia
sedang tercabar dengan berbagai anasir yang negatif.
Selain dari bermatlamatkan pembinaan bangsa yang bersatu padu,
system pendidikan di Negara kita juga berusaha mencipta insan yang
sempurna dari segi fizikal dan mentalnya. Kita berpegang kepada hakikat
bahawa otak yang baik berada di dalam badan yang sihat.
Sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh generasi muda masakini
berpunca dari kelemahan mereka menghadapi cabaran di sekelilingnya.
Kelemahan itu membuatkan mereka mudah terpengaruh dengan unsurunsur negatif yang bertentangan dengan etika, akhlak, malah merosakkan
akidah dan kehidupan. Jika kekuatan sebegini tidak dibina maka masa
depan negara dan bangsa tidak akan terjamin.
Terdapat hubungan yang rapat di antara wawasan membina kekuatan dan
pembinaan jiwa.Cara untuk mengecap erti kebebasan yang sebenarnya
ialah dengan membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi
dan kejiwaan.Dengan penguasaan ilmu kita akan bebas untuk
mengendalikan teraju Negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju di dunia. Sebaliknya, kelemahan akan
menyebabkan kita terus bergantung kepada negara lain. Dr.Mahathir
terus member penekanan kepada aspek ini.Mengikut Dr.Mahathir
kekuatan ini akan membebaskan kita daripada pergantungan
sepanjang masa kepada ilmu dan kebolehan serta kekayaan negaranegara maju. Selagi kita jahil dalam bidang-bidang pengetahuan dan
kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita
mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa
asing.(PerutusanPerdanaMenteri sempenaTahunBaru 1982).

Jika kita terus bergantung kepada orang lain, selama itulah kita mudah
diperhambakan.

Dr.Mahathir mengingatkan bahawa Amerika Syarikat berusaha


mencampuri urusan dalaman mana-mana Negara dengan alas an untuk
menegakkan hak asasi kemanusiaan akhir-akhir ini.Motif tersembunyi
adalah untuk memaksa Negara membangun tetap bergantung kepadanya
sehingga Amerika Syarikat boleh mengambil sumber daya Negara
membangun dengan bebasnya untuk kepentingan dan kejayaannya
sendiri.
Dengan terbinanya masyarakat Malaysia yang gagah kita akan menguasai
teknologi dan tidak ketinggalan di belakang. Masyarakat Malaysia
bergerak maju dengan penuh daya saing dan dinamik.Dengan fikiran
yang terbuka rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk menerima
perubahan dan kemajuan di samping dapat menilai dan menyesuaikan
perubahan dengan nilai hidup yang unggul.

Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 bukanlahsematamata wawasan ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan negara
perindustriansemata-mata. Ianya tetap mementingkan aspek kerohanian
dan pembinaan sikap positif serta nilai-nilai murni bagi mencapai
kebahagiaan yang sebenarnya.

CABARAN KETIGA

MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT


DEMOKRATIK YANG MATANG

Cabaran ketiga ini memperlihatkan hasrat Wawasan 2020 untuk


memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan sistem demokrasi Malaysia yang berorientasikan
masyarakat dan berasaskan muafakat dan musyawarah.
Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana
sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di dalam
perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Sebuah negara yang
tidak mempunyai kerajaan yang sah dan kukuh akan menghadapai
kekacauan dan huru hara. Kita melihat bagaimana beberapa negara di
dunia menjadi kucar-kacir akibat tidak ditadbir oleh kerajaan yang kuat
dan diterima oleh rakyat. Kerajaan adalah payung yang melindungi
rakyat. Kerajaan memegang teraju dan menentukan perjalanan negara.
Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha
kita untuk menuju taraf negara maju.
Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang kuat yang
dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Kita berpegang
kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia adalah sistem yang
terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan yang kemurnian demokrasi
di negara ini akan terus terpelihara. Rakyat diberi hak untuk memilih
Kerajaan kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara
Malaysia yang berdaulat.
Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah citacita kita bersama. Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat
memiliki kebebasan dalam memilih kerajaan yang akan memegang teraju
pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki kebebasan untuk melahirkan
pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan bahawa idea yang
disuarakan oleh rakyat itu pula adalah idea yang matang dan bernas.
Kematangan juga bererti rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa
tanggungjawab, dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada
kebenaran. Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan
teliti dan rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan
terbanyak.
Rakyat yang berfikiran matang akan menggunakan hak-hak demokrasi
mereka dengan cara yang sewajarnya. Mereka sentiasa peka akan
keadaan di sekeliling dan sentiasa berusaha agar semua rakyat dilindungi.

Jika ada sesuatu bantahan maka bantahan itu disampaikan dengan cara
yang bersopan dan berbudaya. Sepertimana mereka mahukan pendapat
mereka didengar dan dihormati mereka juga bersedia untuk mendengar
dan menghormati fikiran orang lain. Masyarakat dikatakan telah matang
dengan adanya sikap bertolak ansur dan bertoleransi sesama sendiri.
Dengan kematangan ini tidak akan wujud kumpulan-kumpulan pelampau
yang menuntut sesuatu dengan menggunakan kekerasan. Sifat-sifat
kesederhanaan menjadi amalan masyarakat.
Di dalam perkataan Dr. Mahathir Sesebuah negara atau masyarakat
hanya akan selamat dan stabil jika rakyatnya mempunyai sifat-sifat
kesederhanaan. Kita harus ingat bahawa dalam mana-mana masyarakat
pun tidak ada sesiapa yang akan mendapat semua kehendak hatinya.
Sudah tentu ada pihak yang tidak puas hati dengan tuntutan pihak lain.
Dengan itu perselisihan faham akan berlaku. apatah lagi dalam
masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Jika ada sikap yang rasional
serta perasaan bertanggungjawab dan bertimbangrasa, maka perbezaan
pendapat tidak akan membawa rusuhan. Sebaliknya akan wujud
kesanggupan untuk bertolak ansur. (Perutusan Tahun Baru 1992)
Rakyat yang demokratik tidak membiarkan negara diperintah dengan cara
kuku besi dan sentiasa berusaha agar setiap rakyat dilindungi. Unsur
demokrasi di dalam masyarakat Melayu terlihat di dalam pepatah yang
berbunyi Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Oleh itu
setiap orang tidak seharusnya membiarkan sesuatu kezaliman berlaku
tanpa mengambil sebarang tindakan.
Sebarang tindakan yang diambil untuk membetulkan pemimpin tidak
boleh diambil dengan cara yang melanggar peraturan negara. Kedaulatan
undang-undang perlu dipelihara. Setiap rakyat harus menghormati hakhak yang telah dipersetujui bersama yang termaktub di dalam
Perlembagaan Malaysia kerana perlembagaan itulah tonggak yang
menegakkan negara.
Sikap bertolak ansur antara kaum mesti diteruskan. Di dalam konteks ini,
Perdana Menteri, Dr. Mahathir sering menekankan bahawa demokrasi
bukanlah bererti kebebasan yang tidak terbatas. Beliau berkata
Demokrasi hanya boleh hidup, boleh mendatangkan kemajuan, kalau kita
tahu menggunakan hak kita sebagai rakyat yang berpegang kepada
demokrasi. (Ucapan ketika melancarkan Gerakan Semarak di Lubuk Jong,
Pasir Mas, Kelantan pada 6 Mac 1988)
Memetik kata-kata Dato Seri Dr. Mahathir, Kita perlu menjalankan tugas
dan tanggungjawab kita menurut kehendak Perlembagaan, samada yang

berhubung dengan politik,kewarganegaraan, peluang-peluang sosio


ekonomi, bahasa, agama atau berkaitan dengan kuasa Kerajaan Pusat dan
Negeri. Kita semua telah berikrar untuk menyempurnakan tugas dan
tanggungjawab ini bila kita mencapai persetujuan dahulu. Ikrar yang
dibuat ini mesti ditunaikan sepenuhnya dengan ikhlas dan jujur (Ucapan
di Majlis Makan Malam anjuran Kelab Harvard Malaysia, Kuala Lumpur,
pada 31 Januari, 1992)
Ini bererti rakyat merasa komited untuk menjamin kestabilan negara.
Pemimpin yang demokratik juga bersedia menerima teguran dan sanggup
bertindak mengikut pendapat yang bernas dalam usahanya untuk
menjayakan Wawasan 2020. Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh
Kerajaan adalah hasil kesanggupan Kerajaan membentuk pendekatanpendekatan berdasarkan cadangan-cadangan baru dari dalam dan luar
Kerajaan.
Sikap terbuka Kerajaan akan diteruskan tetapi Kerajaan juga tidak akan
lupa akan tanggungjawab terutamanya mengenai keselamatan dan
kestabilan negara. Orang asing tidak berhak menentukan apa yang baik
untuk negara ini. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang berhak dan
mereka boleh menyarankan pendirian mereka dengan cara yang tertib
khususnya melalui proses pilihanraya yang diperuntukkanoleh
Perlembagaan. Walau bagaimanapun kita merasa agak kesal bila
mengetahui masih ramai rakyat negara ini yang tidak mendaftar sebagai
pengundi. Kita merasa hairan kerana peratus rakyat yang keluar
mengundi adalah rendah. Hal ini amat mendukacitakan kerana di
sesetengah negara rakyat bermati-matian dan terpaksa bertumpah darah
untuk mendapat hak mengundi. Di negara-negara lain rakyat terpaksa
menempuh huru-hara bila diadakan pilihanraya. Seseorang rakyat yang
keluar mengundi terpaksa pula menghadapi berbagai risiko. Malah ada
yang terkorban di tengah jalan. Kita patut bersyukur yang keadaan
sedemikiantidak berlaku di negara kita. Kita tidak perlu bersusah-payah
untuk mendaftar sebagai pemilih. Malah ada gerakan melawat dari rumah
ke rumah untuk mendaftar pemilih baru. Bila tiba hari mengundi kita akan
dijemput dengan kereta hingga ke pintu pagar. Namun begitu masih ramai
yang tidak mendaftar dan masih ramai yang tidak mahu keluar mengundi.
Ini adalah realiti yang menyedihkan.
Demokrasi dianggap sebagai sistem yang terbaik untuk menjamin
kesejahteraan rakyat kerana pemimpin rakyat di negara yang demokratik
sebenarnya terdiri dari rakyat sendiri, Pemimpin juga adalah rakyat yang
telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin. Mereka adalah rakyat yang
telah dipilih oleh rakyat hanya untuk mewakili rakyat. Untuk bekerja bagi
kepentingan rakyat supaya rakyat di negara ini dapat hidup lebih bahagia.

Mengikut Dr. Mahathir demokrasi dipilih kerana kerajaan yakin akan


kematangan rakyat untuk memilih kerajaan. Kita telah memilih
demokrasi sebgai dasar pemerintahan negara kita. Kita percaya rakyat
bijak menentukan pilihan.Rakyat boleh dipercayai untuk menggunakan
hak untuk memilih pemimpin-pemimpin yang boleh berkhidmat kepada
mereka. Sebab itu kita dapat mendirikan kerajaan yang sentiasa
memikirkan tentang kepentingan rakyat. (Ucapan di pelancaran Gerakan
Semarak, Kelantan, 6 Mac 1988).
Mewujudkan Masyarakat Demokratik yang matang adalah penting untuk
menjamin kestabilan negara. Dr. Mahathir mengingatkan Kalau di negara
kita ini asyik berlaku kekacauan politik maka kerajaan tidak dapat
menumpukan masa untuk mempertingkatkan kemajuan. Kitalah yang
akan rugi. Oleh itu sistem demokrasi dan kemulian demokrasi haruslah
dipelihara dengan sebaik-baiknya.
CABARAN KEEMPAT

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT


YANG BERMORAL DAN BERETIKA

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah


negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan.
Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di
bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan
meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan
bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi,
maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati.
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan
atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan
material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai
jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat
menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti

perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju


pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju
keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya.
Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara
penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan
atau politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis
moral yang membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu
bangsa tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir
menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan
pembangunan material dengan pembangunan rohaniah.
Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan
2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana
merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai
penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan gagal jika mereka
tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan tanggungjawab ini. Oleh
itu adalah amat membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah dan
berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera.
Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita
tidak dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan
nilia-nilai murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama
golongan remaja.
Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di
bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat
bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah.
Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifatsifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba
menjatuhkan dan merosakkan yang lain.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan
2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada
kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan
bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya bergantung kepada
kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang
diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika
rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan,
berdisplin, amanah dan sebagainya.
Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan
sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan
sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan
membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif
harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan

kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada


sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada
pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di
dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai
individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan
mewarisi sifat-sifat yang murni.
Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai murni di
dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan betapa pentingnya
kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita.
Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu bangsa
bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun
bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai
pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia,
mereka tetap akan gagal.
Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh dibandingkan
dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga unsur
iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik
mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan
keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan
dipupuk dan seterusnya dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik
dan dapat meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.
Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal
ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran
pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana
jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan
saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan
menjalankan hidupnya dengan berperaturan atau displin. Menghormati
dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam
Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang
berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja,
kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti,
kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi,
kebajikan, penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja
nilai yang positif dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia
dilahirkan dalam keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia
benci pada segala yang buruk.
Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan
mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia.
Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan
menghayati satu set nilai universal, yang memungkinkan kewujudan
warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan kejiwaan. Kita

sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina negara maju.


Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai
bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.
Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang
bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga
diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah Pendidikan memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi
insan yang seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja
didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek
kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini
harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan
pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan
memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan
pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat
memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan
kemuliaan dirinya.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi
berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita
menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan
pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam
negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan
pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa
mengambil kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan
yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga
ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa
lemah untuk mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam
menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai
jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang
kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan
perang. Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar
(peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar
(peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan
menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka kembali ke
kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang mereka maksudkan
ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan dan
faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang
sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk
yang counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh
keluarga dan kerajaan.

Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama,


budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusiinstitusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus
membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam
menjayakan Wawasan 2020.

CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN TOLERANSI
Di dalam mencapai Wawasan 2020 Malaysia memerlukan suasana yang
stabil, harmonis dan tenteram. Hanya di dalam suasana yang tenteram
rakyat dapat menumpukan perhatian kepada pekerjaan mereka dan dapat
memberikan hasil yang baik untuk kepentingan negara. Hanya di dalam
keadaan yang tenang, rakyat dapat menyumbangkan buah fikiran bagi
memajukan negara. Keadaan yang tenteram ini tidak akan wujud
seandainya rakyat sering bersengketa dan berpecah belah. Oleh itu
Cabaran Wawasan 2020 yang kelima yang perlu ditangani ialah
mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi.
Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara
rasional dan tidak emosional. Mereka berfikiran luas dan sentiasa
menimbangkan dengan saksama sama ada sesuatu tindakan itu akan
membawa kebaikan kepada semua rakyat. Masyarakat yang matang tidak
akan bertindak dengan melulu tanpa berfikir panjang.

Masyarakat Liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan diri dari


fahaman yang sempit. Masyarakat yang liberal akan berfikiran terbuka
untuk menerima pengetahuan baru, dan sentiasa bersedia menimbang
buah fikiran yang diberikan oleh orang lain.
Sikap Bertoleransi amat penting di dalam masyarakat yang berbilang
kaum seperti di Malaysia. Sikap liberal dan bertoleransi ini diperlukan bagi
keamanan negara. Tanpa sikap toleransi akan tercetus pergeseran kaum
yang membahayakan negara kerana sensitiviti isu kaum dan agama
mudah mengakibatkan keretakan, pecah-belah dan ketegangan.
Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi adalah syarat yang
diperlukan bagi membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu
seperti mana yang digariskan pada Cabaran Pertama Wawasan 2020.
Seperti yang kita maklum, rakyat Malaysia menganut berbilang agama.
Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di
samping memberi kebebasan kepada penganut-penganut agama lain
untuk mengamalkan agama mereka. Hal ini tidak sepatutnya menjadi
penghalang kepada perpaduan negara kerana semua agama mengajar
manusia untuk berbaik-baik di antara satu sama lain. Rakyat Malaysia
boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama masingmasing.
Perkara ini amat jelas di dalam agama Islam Al-Quran menyebut Dan
kami telah jadikan kamu semua (manusia) berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak untuk saling kenal mengenali, saling tahu mengetahui
antara satu sama lain dan sesungguhnya manusia yang paling mulia di
sisi Allah ialah manusia yang paling bertaqwa kepadaNya.
Ini bererti umat Islam harus sedar bahawa manusia ini terpaksa hidup
dengan kenyataan bahawa terdapat banyak kaum di sekeliling mereka.
Allah s.w.t. juga telah menyeru. Hendaklah kamu tolong-menolong,
berbaik-baik dan bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada
kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan jangan kamu
bekerjasama, tolong-menolong dalam perkara yang menyahut dosa dan
permusuhan
Jika masyarakat Malaysia telah matang, bersikap liberal dan bertoleransi
tidak ada masalah bagi rakyat untuk bekerjasama di antara satu sama
lain. Kerjasama yang diseru ialah dalam perkara-perkara kebaikan dan
ditegah bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kerosakan.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil dalam usaha kita untuk


mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi ini? Salah
satu langkah yang berkesan ialah untuk semua komuniti berusaha
memupuk nilai-nilai seperti bertolak ansur dan sebagainya di dalam
komuniti masing-masin. Kebanyakan agama dalam dunia ini memang
sentiasa memberi penekanan bahawa perasaan muhibah adalah lebih
baik dari pergaduhan. Kita boleh mewujudkan penyatuan kaum yang kuat
di Malaysia sekiranya kita dapat mengambil satu set nilai-nilai universal
untuk semua kaum. Tiap kaum boleh memainkan peranannya dari segi
mendidik komuniti masing-masing dengan mendidik anak-anak supaya
berpegang kepada satu set nilai yang baik supaya setiap individu bersedia
untuk bekerjasama tanpa mengira keturunan dan agama.
Di dalam Islam tidak ada masalah sama sekali untuk bekerjasama dengan
orang yang bukan Islam. Islam mengajar umatnya untuk mencari
kesejahteraan dunia dan akhirat dan tidak menghalang mereka
bekerjasama dalam mempertingkatkan kesejahteraan bersama
Kematangan fikiran, sikap liberal dan bertoleransi ini dihargai oleh Islam
yang menyeru umatnya mempertingkatkan ilmu pengetahuan walaupun
di negara yang bukan negara Islam. Ini jelas dilihat dari hadis yang
bermaksud Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.
Langkah ke arah toleransi kaum juga diambil melalui Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Beberapa strategi Dasar
pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatu padu dan berdisiplin. Di antara strategi pelaksanaannya
ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah, mempertingkatkan pendidikan kerohanian,
moral dan disiplin serta menggalakkan aktiviti kokurikulum yang
memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan beruniform.
Di samping keluarga dan sekolah, pengaruh yang seterusnya ialah media
massa. Media massa mempunyai peranan penting di dalam menangani
cabaran kelima ini. Media massa boleh mendidik dan menyuburkan nilainilai murni seperti hormat menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi.
Media massa patut mendedahkan anak-anak kepada aspek-aspek budaya
lain supaya mereka lebih memahami dan dapat menerima cara hidup
yang berlainan. Pepatah Melayu ada menyatakan, Tak kenal maka tak
cinta.
Seluruh rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa mengingati dan
mengambil iktibar dari sejarah negara. Pada zaman Kesultanan Melaka
penduduk-penduduk yang berbagai kaum sudah dapat menerima satu
kebudayaan yang memang telah berakar umbi di Melaka. Misalnya, orang

Cina telah berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran tempatan


hingga terbentuknya masyarakat Cina Peranakan yang lebih dikenali
sebagai masyarakat Baba dan Nyonya yang telah pun menerima
beberapa unsur kebudayaan tempatan. Setiap rakyat wajib mengingati
sejarah negara di dalam mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan yang
dicapai ialah hasil kerjasama di antara kaum yang telah bersetuju dengan
beberapa perkara yang menjadi asas Kemerdekaan dan Perlembagaan
negara. Setiap rakyat harus memahami bagaimana Perlembagaan
mengiktiraf keistimewaan kedudukan bumiputera dan hak kerakyatan
bagi bukan Melayu, yang layak dan memilih untuk menjadi warganegara.
Dengan persetujuan semua kaum juga agama Islam diiktiraf sebagai
agama rasmi Malaysia.
Mewujudkan masyarakat matang, liberal dan bertoleransi ini adalah amat
penting kerana Malaysia tentu tidak mahu peristiwa malang 13 Mei 1969
berulang lagi. Tanpa masyarakat yang matang, liberal dan toleransi ini
Wawasan 2020 tidak akan menjadi kenyataan malah seluruh negara akan
terjerumus ke jurang kehancuran.

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020


SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020

CABARAN KEEMPAT

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT


YANG BERMORAL DAN BERETIKA

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah


negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan.
Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di
bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan
meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan
bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi,
maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati.
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan
atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan
material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai
jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat
menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti
perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju
pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju
keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya.
Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara
penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan
atau politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis
moral yang membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu
bangsa tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir
menerangkan Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan
pembangunan material dengan pembangunan rohaniah.
Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan
2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana
merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai
penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan gagal jika mereka

tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan tanggungjawab ini. Oleh


itu adalah amat membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di
kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah dan
berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera.
Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita
tidak dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan
nilia-nilai murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama
golongan remaja.
Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di
bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat
bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah.
Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifatsifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba
menjatuhkan dan merosakkan yang lain.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan
2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada
kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan
bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya bergantung kepada
kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang
diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika
rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan,
berdisplin, amanah dan sebagainya.
Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan
sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan
sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan
membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif
harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan
kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada
sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada
pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di
dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai
individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan
mewarisi sifat-sifat yang murni.
Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai murni di
dalam menjayakan Wawasan. Kita harus sedar akan betapa pentingnya
kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita.
Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu bangsa
bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun
bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai
pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia,
mereka tetap akan gagal.

Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh dibandingkan


dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga unsur
iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik
mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan
keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan
dipupuk dan seterusnya dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik
dan dapat meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.
Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal
ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran
pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana
jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan
saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan
menjalankan hidupnya dengan berperaturan atau displin. Menghormati
dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam
Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang
berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja,
kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti,
kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi,
kebajikan, penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja
nilai yang positif dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia
dilahirkan dalam keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia
benci pada segala yang buruk.
Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan
mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia.
Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan
menghayati satu set nilai universal, yang memungkinkan kewujudan
warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan kejiwaan. Kita
sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina negara maju.
Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai
bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.
Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang
bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga
diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah Pendidikan memberi
penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak,
seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi
insan yang seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja
didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek
kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini
harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan

pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan


memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan
pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat
memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan
kemuliaan dirinya.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi
berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita
menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan
pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam
negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan
pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa
mengambil kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan
yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga
ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa
lemah untuk mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam
menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai
jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang
kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan
perang. Mereka melaung-laungkan Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar
(peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar
(peperangan besar). Mengapa mereka mengatakan mereka akan
menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka kembali ke
kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang mereka maksudkan
ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan dan
faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang
sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk
yang counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh
keluarga dan kerajaan.
Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama,
budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusiinstitusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus
membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam
menjayakan Wawasan 2020.

CABARAN KELIMA
MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG MATANG, LIBERAL DAN TOLERANSI

Di dalam mencapaiWawasan 2020 Malaysia memerlukansuasana yang


stabil, harmonisdantenteram.Hanya di dalamsuasana yang
tenteramrakyatdapatmenumpukanperhatiankepadapekerjaanmerekadan
memberikanhasil yang baikuntukkepentingannegara.Keadaan yang
tenteraminitidakakanwujudseandainyarakyatseringbersengketadanberpec
ahbelah. OlehituCabaranWawasan 2020 yang kelima yang
perluditanganiialahmewujudkanmasyarakat yang matang, liberal
dantoleransi.

Masyarakat yang matangberertimasyarakat yang


dapatberfikirsecararasionaldantidakemosional.Merekaberfikiranluasdanse
ntiasamenimbangkandengansaksamasamaadasesuatutindakanituakanme
mbawakebaikankepadasemuarakyat. Masyarakat yang
matangtidakakanbertindakdenganmelulutanpaberfikirpanjang.

Masyarakat Liberal berertimasyarakat yang


telahmembebaskandiridarifahaman yang sempit.Masyarakat yang liberal
akanberfikiranterbukauntukmenerimapengetahuanbaru,
dansentiasabersediamenimbangbuahfikiran yang diberikanoleh orang lain.
SikapBertoleransiamatpenting di dalammasyarakat yang
berbilangkaumseperti di Malaysia.Sikap liberal
danbertoleransiinidiperlukanbagikeamanan
Negara.Tanpasikaptoleransiakantercetuspergeserankaum yang
membahayakannegarakeranasensitivitiisukaumdan agama
mudahmengakibatkankeretakan, pecah-belahdanketegangan. Masyarakat
yang matang, liberal danbertoleransiadalahsyarat yang
diperlukanbagimembinasebuahbangsa Malaysia yang
bersatupadusepertimana yang digariskanpadaCabaranPertamaWawasan
2020.

Seperti yang kitamaklum, rakyat Malaysia menganutberbilang


agama.Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di
samping member kebebasan kepada penganut-penganut agama lain
untukmengamalkan agama mereka. Hal ini tidak sepatutnya menjadi
penghalang kepada perpaduan Negara kerana semua agama mengajar
manusia untuk berbaik-baik di antara satusama lain. Rakyat Malaysia
boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama masingmasing.

Perkara ini amat jelas di dalam agama Islam seperti ayat Al-Quran yang
bermaksud Dan Kami telah jadikankamusemua (manusia) berbangsabangsadanberpuak-puakuntuksalingkenal-mengenali,
salingtahumengetahuiantarasatusama lain dansesungguhnyamanusia
yang paling mulia di sisi Allah ialahmanusia yang paling
bertaqwakepadaNya.

Iniberertiumat Islam harussedarbahawamanusia in


terpaksahidupdengankenyataanbahawaterdapatbanyakkaum di
sekelilingmereka.Allah SWT jugatelahmenyeru Hendaklahkamutolongmenolong, berbaik-baikdanbekerjasamadalamperkara yang
membawakepadakebaikan, kebajikandanketaqwaankepadaTuhan.Dan
jangankamubekerjasama, tolong-menolongdalamperkara yang
menyahutdosadanpermusuhan.

Jikamasyarakat Malaysia telahmatang, liberal


danbertoleransitidakadamasalahbagirakyatuntukbekerjasama di
antarasatusama lain. Kerjasama yang diseruialahdalamperkaraperkarakebaikandanditegahbekerjasamadalamperkara-perkra yang
membawakerosakan.

Apakahlangkah-langkah yang bolehdiambil di


dalamusahakitauntukmewujudkanmasyarakat yang matang, liberal
danbertoleransiini?Salah satulangkah yang
berkesanialahuntuksemuakomunitiberusahamemupuknilainilaisepertibertolakansurdansebagainya di dalamkomunitimasingmasing.Kebanyakan agama di
dalamduniainimemangsentiasamemberipenekananbahawaperasaanmuhib
ahadalahlebihbaikdaripergaduhan. Kita bolehmewujudkanpenyatuankaum
yang kuat di Malaysia sekiranyakitadapatmengambilsatu set nilai-nilai
universal untuksemuakaum.
Tiapkaumbolehmemainkanperanannyadarisegimendidikkomunitimasing-

masingdenganmendidikanak-anaksupayaberpegangkepadasatu set nilai


yang
baiksupayasetiapindividubersediauntukbekerjasamatanpamengiraketurun
andan agama.
Di dalam Islam tidakadamasalahsamasekaliuntukbekerjasamadengan
orang yang bukan Islam. Islam
mengajarumatnyauntukmencarikesejahteraanduniadanakhiratdantidakme
nghalangmerekabekerjasamadalammempertingkatkankesejahteraanbersa
ma. Kematanganfikiran, sikap liberal danbertoleransiinidihargaioleh Islam
yang menyeruumatnyamempertingkatilmupengetahuanwalaupun di
negara yang bukannegara Islam.Inijelasdilihatdarihadis yang bermaksud
Tuntutlahilmuwalaupunkenegeri China.

LangkahkearahtoleransikaumjugadiambilmelaluiDasarPendidikanKebangsa
andanDasarKebudayaanKebangsaan.BeberapastrategiDasarPendidikanKeb
angsaanbermatlamatuntukmelahirkansatumasyarakat yang
bersatupadudanberdisiplin. Di
antarastrategipelaksanaannyaialamenjadikanBahasaKebangsaansebagaib
ahasapengantar yang utama, mengadakankurikulum yang
samadanberorientasikan Malaysia bagisemuajenissekolah,
mempertingkatkanpendidikankerohanian, moral dandisiplin,
sertamenggalakkanaktivitiko-kurikulum yang
memupukdisiplinsepertipasukan-pasukanberuniform.

Di sampingkeluargadansekolah, pengaruh yang seterusnyaialah media


massa. Media massamempunyaiperanan yang penting di
dalammenanganicabarankelimaini. Media
massabolehmendidikdanmenyuburkannilainilaimurnisepertihormatmenghormati, bertolakansurdanbertoleransi.
Media massapatutmendedahkananak-anakkepadaaspek-aspekbudaya lain
supayamerekalebihmemahamidandapatmenerimacarahidup yang
berlainan. PepatahMelayuadamenyatakan Takkenalmakatakcinta.
Seluruhrakyat Malaysia
jugamestilahsentiasamengingatdanmengambiliktibardarisejarahnegara.Pa
dazamanKesultanan Melaka penduduk-penduduk yang

berbagaikaumsudahdapatmenerimasatukebudayaan yang
memangtelahberakarumbi di Melaka.Misalnya, orang
Cinatelahberjayamenyesuaikandiridenganpersekitarantempatanhinggater
bentuknyamasyarakatCinaPeranakan yang
lebihdikenalsebagaimasyarakat Baba danNyonya yang telah pun
menerimabeberapaunsurkebudayaantempatan.
Setiaprakyatwajibmengingatisejarahnegara di
dalammencapaikemerdekaan.Kemerdekaan yang
dicapaiadalahhasilkerjasama di antarakaum yang
telahbersetujudenganbeberapaperkara yang
menjadiasasKemerdekaandanPerlembagaannegara.Setiaprakyatharusme
mahamibagaimanaPerlembagaanmengiktirafkeistimewaankedudukanbumi
puteradanhakkerakyatanbagibukanMelayu,yanglayakdanmemilihuntukme
njadiwarganegara. Denganpersetujuansemuakaumjuga agama Islam
diiktirafsebagai agama rasmi Malaysia.

Mewujudkanmasyarakatmatang, liberal
danbertoleransiiniadalahamatpentingkerana Malaysia
tentutidakmahuperistiwamalang 13 Mei 1969 berulanglagi.
Tanpamasyarakat yang matang, liberal dantoleransiiniWawasan 2020
tidakakanmenjadikenyataanmalahseluruhnegaraakanterjerumuskejurangk
ehancuran.

m/s 37-42
CABARAN KEENAM

MEMBINA MASYARAKAT YANG MAJU DAN SAINTIFIK


Cabaran keenam Wawasan 2020 memperlihatkan bahawa masyarakat
yang diingini oleh Wawasan 2020 ialah masyarakat yang maju, saintifik,
dan progresif.
Masyarakat yang maju bererti masyarakat yang sentiasa bersedia
menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan bererti berubah
dari keadaan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Masyarakat
yang maju sentiasa terbuka untuk menerima idea dan dapat
mengubahsuai dengan situasi yang baru demi meningkatkan taraf hidup
mereka. Masyarakat yang berdaya maju tidak akan menutup pemikiran
mereka kepada unsur-unsur dari luar selagi mana unsur-unsur itu dapat
digunakan untuk kebaikan. Masyarakat progresif tidak kekal di dalam
kekolotan tetapi sentiasa mengikuti peredaran zaman.
Perkataan saintifik pula merujuk kepada pengetahuan atau ilmu yang
sistematik dan dapat dibuktikan kebenarannya. Oleh itu maju dan saintifik
bermaksud sentiasa meningkatkan mutu kehidupan dengan cara
meningkatkan pengetahuan yang saintifik.
Di dalam menuju negara maju, Dato Seri Dr. Mahathir sentiasa
menekankan bahawa perubahan sikap rakyat ialah faktor penentu berjaya
atau tidaknya impian kita. Orang Melayu tidak mampu untuk
mengasingkan diri mereka daripada perubahan yang berlaku di sekeliling.
Oleh sebab orang Melayu tidak mengubah cara hidup mereka dengan
cepat, mereka ditewas dan ditakluk. Hampir empat ratus lima puluh
tahun. Tetapi kemerdekaan yang diperolehi bukan terjamin selamalamanya. Jika kita tidak bersedia untuk mengikuti perubahan zaman,
pihak yang dahulu menjajah akan menjajah kita semua. Hanya kali ini
pendekatan penjajahan adalah berbeza. Mereka tidak lagi perlu
menempatkan tentera dan pentadbiran mereka untuk menakluk kita.
Melalui ilmu dan kepintaran serta kekayaan, mereka dapat menguasai
kita.
Islam sentiasa menyeru umatnya untuk bergerak ke hadapan. Manusia
diseru supaya berikhtiar dan bersedia untuk berubah. Terdapat ayat Quran
yang bermaksud Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri ( Surah Al Raad Ayat 11). Konsep Hijrah pula bererti

berpindah dari keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih
baik. Manusia disuruh berikhtiar dan tidak hanya menyerah kepada takdir.
Berputus asa dari rahmat Allah adalah sesuatu yang ditegah oleh Islam.
Terdapat ayat Quran yang berbunyi Janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah.
Menyerah kepada takdir semata-mata bererti tidak berjiwa maju. Memetik
pandangan Dr. Mahathir, Orang Islam yang hanya menyalahkan takdir
sedangkan ia boleh memperbaiki nasibnya adalah orang yang kurang
percaya kepada keadilan Allah s.w.t. Allah s.w.t. tidak memberi akal
fikiran, tenaga dan pancaindera kepada manusia jika mereka hanya
dikehendaki menunggu dan menerima nasibnya sahaja. Segala anggota,
tenaga dan akal fikiran diberi kepada makhluk Allah s.w.t. untuk
digunakan bagi menyelamat dan menjayakan diri mereka. Manusia
disuruh berdoa tetapi doa mesti disertakan dengan usaha.
Zaman beredar dan semuanya beredar dan berubah dengannya. Mereka
yang tidak sanggup berubah akan ketinggalan zaman. Tidak ada bangsa
atau negara yang boleh mengasingkan diri daripada perubahan yang
berlaku diseluruh dunia moden ini.
Kata Dr. Mahathir lagi Kejayaan atau kegagalan seseorang banyak
bergantung pada dirinya sendiri. Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan
yang menekan boleh berjaya sedangkan bangsa yang mempunyai negara
yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah. Sebabnya ialah
kualiti dan sifat yang ada pada bangsa-bangsa berkenaan.
Hanya jika kita dapat menjadi negara maju barulah kita akan dapat
bertahan jika sekatan dagang dan lain-lain ancaman bukan tentera
dilancarkan terhadap kita. ( Ucapan Dr. Mahathir di Pusat Dagangan
Dunia Putera 8 Nov, 1991).
Bagaimanakah maksud negara maju yang dimaksudkan oleh Dr.
Mahathir? Mengikut beliau Kita telah membentuk Wawasan 2020 yang
bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020. Negara maju yang dimaksudkan bukan semata-mata negara
industri yang pendapatan per kapitanya adalah sekian banyak. Yang
dimaksudkan dengan negara maju ialah negara yang berupaya
membangunkan diri sendiri melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan
moral yang tinggi yang akan membolehkan kita bersaing dengan negara
maju yang lain dalam semua bidang. ( Pusat Dagangan Dunia Putra 8
Nov. 1991)

Dr. Mahathir sentiasa menekankan kepentingan berjiwa maju dan


menguasai ilmu pengetahuan. Sesungguhnya tanpa ilmu pengetahuan
kemajuan tidak mungkin tercapai. Masyarakat Malaysia perlu bersedia
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi serta
sentiasa berfikir dan mencipta sesuatu yang lebih baik. Pengetahuan yang
saintifik adalah penting untuk membina generasi yang mempunyai
kecekapan dan kemahiran di dalam berbagai-bagai bidang. Tanpa ilmu
dan pengetahuan saintifik masyarakat tidak mungkin mencapai kejayaan
dan kecemerlangan.
Islam amat mendorong manusia untuk menimba ilmu dan menggunakan
akal fikiran. Manusia dikurniai akal fikiran dan inilah yang meningkatkan
martabat mereka sebagai makhluk ciptaan Allah. Allah telah mengajar
Nabi Adam tentang nama-nama benda, dan dengan ilmu pengetahuan ini
martabat Adam dilebihkan dari Malaikat dan iblis.
Terdapat banyak sekali ayat Quran yang menyeru manusia menggunakan
daya intelek. Allah menjelaskan bahawa setiap sesuatu telah dijadikan
untuk kebaikan manusia seandainya manusia mahu berfikir. Al-Quran
menerangkan bahawa manusia haruslah memerhati dan memandang
dengan mata hati segala sesuatu yang ada di sekelilingnya, seperti bukitbukau, gunung-ganang, tiupan angin dan bayu kerana semuanya
mengandungi pengajaran.
Dengan ilmu yang saintifik dan pemikiran yang kreatif manusia akan
mendapat penemuan-penemuan baru yang memberi manfaat kepada
kehidupan. Manusia diingatkan bahawa menuntut ilmu adalah wajib bagi
orang Islam yang lelaki ataupun perempuan. Di dalam Islam menuntut
ilmu adalah proses seumur hidup iaitu dari buaian hingga ke liang lahat.
Untuk menjadi maju dan progresif sesuatu masyarakat perlulah sentiasa
mengikuti perkembangan yang berlaku di sekeliling dan sanggup belajar
dari siapa sahaja. Ada hadis yang bermaksud bahawa umat Islam diseru
untuk belajar walaupun hingga ke negeri China, dan menuntut itu adalah
proses yang berterusan seumur hidup, dari buaian hingga ke liang lahat.
Ilmu pengetahuan disifatkan sebagai kriteria kekuatan ummah. Alam ini
dicipta sebegitu rupa supaya manusia dapat menggunakan akal fikirannya
secara bijaksana. Surah Al-Mukminun ayat 6 bermaksud, Orang mukmin
adalah orang yang bersegera untuk mendapatkan segala kebaikan dan
merekalah orang yang berada di hadapan dalam mendapatkan kebaikan
itu.
Wawasan 2020 bertujuan membawa negara kepada tahap kemajuan yang
setaraf dengan negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita ingin kepada

keadaan seperti keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda


sesetengah negara maju. Yang kita maksudkan ialah kebolehan,
pengetahuan dan kecekapan serta taraf yang sama atau lebih baik
daripada negara maju. Kemajuan yang diingini ialah kemajuan yang lebih
menyeluruh dengan mengambil iktibar dari keruntuhan aspek kerohanian
yang berlaku di negara maju.
Usaha serta tenaga yang berlipat ganda perlulah dicurahkan untuk
menjamin masa depan yang lebih gemilang bagi seluruh masyarakat
Malaysia.

CABARAN KETUJUH
MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA PENYAYANG
Y.A.B. Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya
penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih
daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara
atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
( Ucapan Dr. Mahathir sempena persidangan pertama Majlis Perdagangan
Malaysia, 28 Feb. 1991)
Dengan kata lain masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup
bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang
rasa. Setiap orang saling faham memahami dan hormat-menghormati.
Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda.
Individu di dalam sebuah masyarakat penyayang tidak hanya
mementingkan dirinya sendiri sahaja. Mereka tidak akan melakukan
sesuatu yang jelas akan membawa bencana kepada orang-orang di
sekeliling.
Sifat-sifat inilah yang diperlukan dalam usaha mencapai Wawasan 2020.
Matlamat Wawasan 2020 ialah pembangunan yang seimbang. Wawasan

2020 bertujuan membawa negara kepada kemajuan yang setaraf dengan


negara-negara maju. Ini tidak bermakna kita ingin kepada keadaan seperti
keruntuhan moral dan keangkuhan kuasa yang melanda sesetengah
negara maju. Tujuan Wawasan ialah kemajuan material yang diimbangi
dengan pembangunan rohani serta pengekalan nilai-nilai murni kita.
Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang berperibadi. Tanpa jiwa
penyayang kita akan mengulangi kesalahan negara maju yang mengalami
keruntuhan moral. Manusia sanggup menghancurkan manusia lain dalam
usaha mencari kekayaan. Walaupun demikian segala kekayaan tidak
dapat membahagiakan bila jiwa sentiasa dihimpit keresahan dan
kebimbangan.
Pengwujudan masyarakat penyayang dan budaya penyayang amat perlu
diberi perhatian dalam usaha kita menuju negara maju. Pada masa ini

rakyat Malaysia kelihatan sebagai rakyat yang pemurah dan sering memberi
sambutan baik terhadap r
an-rayuan derma dan bantuan dari masa ke semasa, namun terdapat pula
kejadian seperti membuang dan mendera anak, mengabaikan orang tua-tua,
merosakkan harta benda awam, membinasakan alam sekitar serta kegiatan
antisosial yang berleluasa. Tanpa budaya penyayang akan berlaku lebih banyak
kerosakan kepada manusia dan alam sekitar.
Asas yang paling kukuh untuk membina budaya penyayang ini ialah institusi
keluarga. Anak-anak yang dibesarkan dan dididik dengan penuh kasih

sayang di dalam keluarga yang bahagia akan membesar sebagai individu


yang berkualiti. Anak-anak ini akan mewarisi sifat-sifat positif dan nilainilai murni dari ibu bapa mereka. Oleh kerana itulah kita memberi
penekanan kepada pembentukan keluarga yang bahagia. Ibu bapa
diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk
memelihara keluarga dan mengasuh anak-anak untuk menjadi warga
yang berguna. Di dalam al-Quran dan hadis dapat ditemui banyak ayatayat yang mengingatkan manusia akan tanggungjawab memelihara
keluarga supaya terselamat dari kesengsaraan dan api neraka. Rasulullah
s.a.w juga telah bersabda seutama-utamanya dinar ialah dinar yang
dibelanjakan oleh seseorang kepada keluarganya. Ini bermakna manusia
mesti memberi keutamaan kepada kebajikan keluarganya sebelum
memberi bantuan kepada orang lain.
Setelah menunaikan tanggungjawab kepada keluarga, manusia juga
diingatkan bahawa kita masih mempunyai tanggungjawab terhadap jiran
dan manusia lain di sekeliling kita. Di dalam Islam terdapat hak-hak
seorang jiran dan terdapat seruan agar manusia berbaik-baik sesama
sendiri. Manusia diingatkan bahawa menjaga hubungannya dengan
manusia
( Hablumminannas) itu adalah penting seperti mana hubungannya dengan

Tuhan
( Hablumminnallah ). Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mencegah
manusia dari menyakiti sesama manusia. Islam juga mewajibkan zakat.
Melalui amalan berzakat ini orang-orang yang berharta boleh menolong
golongan yang memerlukan pertolongan. Islam memuliakan umat yang
pemurah. Amalan bersedekah akan mendapat ganjaran pahala dan
pahala ini akan berterusan walaupun setelah orang yang memberinya
telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud
Orang bodoh yang dermawan itu lebih dicintai oleh Allah daripada
seorang alim yang kedekut dan penyakit (hati) yang paling teruk ialah
kedekut.
Amalan masyarakat penyayang amat lumrah di dalam kehidupan nenek
moyang kita. Kehidupan mereka penuh dengan kegiatan-kegiatan
bersama. Mereka mengamalkan bergotong-royong dan berderau untuk
mencari rezeki ataupun bila mendirikan rumah mengadakan kenduri
kendera dan sebagainya. Anggota masyarakat tradisi tidak mengelak bila
diajak menyumbangkan tenaga bahkan mereka akan merasa tersinggung
dan tersisih jika tidak diajak turut serta di dalam aktiviti masyarakat.
Sikap inilah yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat yang
bermuafakat. Tanpa perasaan muafakat kita tidak akan dapat menangani
cabaran pertama Wawasan 2020iaitu membina bangsa Malaysia yang
bersatu padu.
Warganegara yang diidamkan oleh Wawasan 2020 ialah warganegara
yang setia dan sanggup bekerjasama. Keran itulah kita menjalankan
berbagai usaha untuk menanam perasaan berbaik sangka sesama
manusia. Warga yang penyayang tidak sekali-kali bersifat ganas, jauh
sekali dari merosakkan keharmonian hidup sendiri atau orang-orang lain
di sekelilingnya.
Golongan remaja adalah golongan terpenting di dalam konteks Wawasan
2020 kerana golongan inilah yang akan menyaksikan Wawasan ini
menjadi kenyataan dan merekalah yang bakal menerajui negara ini pada
masa hadapan. Malangnya pada masa ini terdapat berbagai-bagai
masalah sosial yang melanda kaum remaja. Gejala-gejala sosial seperti
penagihan dadah, melepak, ponteng sekolah dan berbagai jenayah juvana
adalah amat membimbangkan. Masalah ini perlu diatasi kerana ia boleh
menggagalkan cita-cita Wawasan 2020.
Jika diamati, gejala-gejala ini tidak akan berleluasa jika telah wujud
budaya penyayang di dalam masyarakat kita. Setiap orang menjalan
peranan untuk mengawasi, menasihati dan membetulkan tingkah laku

anak-anak remaja yang berada di hadapan mereka. Adalah lebih mudah


untuk mencegah dan membendung sebarang kelakuan yang buruk di
peringkat awal lagi.
Keluarga adalah asas pembinaan masyarakat. Di dalam keluarga yang
bahagia, anak-anak mendapat didikan yang sempurna. Mereka akan
membesar sebagai individu yang berkualiti yang akan memberi
sumbangan kepada pembangunan bangsa dan negara.
Salah satu faktor yang sering diberikan sebagai penyebab masalah moral
remaja alah kesibukan ibu bapa. Ibu-ibu yang bekerja di luar rumah tidak
dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak. Tetapi
jika kita renungkan sejenak maka kita dapati bahawa kesibukan ibu bapa
bukanlah suatu perkara yang baru di dalam masyarakat kita. Pada masa
dahulu pun ibu-ibu keluar membanting tulang di sawah-sawah dan di
ladang-ladang. Namun begitu pada masa dahulu cara hidup masyarakat
adalah berbeza dari masa sekarang. Bila ibu bapa tidak ada di rumah,
jiran-jiran mengambil alih peranan mereka sepenuhnya. Mereka
mengawasi anak-anak orang-orang lain seperti mana mereka mengawasi
anak-anak mereka sendiri. Mereka menjaga kebajikan dan menegur ajar
anak-anak jiran dan begitulah juga mereka mengharapkan jiran-jiran
menegur ajar anak-anak mereka semasa mereka tidak ada di rumah. Ibu
bapa juga mengajar anak-anak mereka supaya menghormati jiran seperti
mana mereka mahu anak-anak menghormati mereka. Dengan cara ini
anak-anak tidak berani berbuat perkara-perkara yang tidak baik kerana
takut dilihat oleh jiran-jiran.
Tetapi pada masa ini cara hidup yang sebegini boleh dikatakan hampir
pupus lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar. Ramai jiran yang tidak
mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang
aktiviti anak-anak jiran. Tidak kurang pula yang mudah merasa
tersinggung jika ada jiran-jiran yang menegur mana-mana kelakuan anakanak mereka. Oleh itu anak-anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah
merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.
Kerajaan telah menjalankan berbagai program bagi mengukuhkan
semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan rakyat. Menerusi program
Kampungku juga boleh disemai kembali kebijaksanaan budaya nenek
moyang kita yang mencintai kampung halaman. Perasaan cintakan
kampung halaman inilah menjadi asas kepada kegiatan-kegiatan
bergotong-royong. Lebih dari itu perasaan inilah juga yang menyebabkan
individu di dalam masyarakat tidak berani berbuat sesuatu yang boleh
mencemarkan nama baik kampung halaman. Orang-orang tua sering
berpesan supaya Jangan beri malu orang kampung. Menjaga nama baik
kampung menjadi tanggungjawab semua penduduk. Pepatah ada

mengatakan Adat berkampung, kampung dipertahankan.


Mempertahankan kampung yang dimaksudkan di sini bukanlah sekadar
mempertahankannya dari serangan musuh tetapi mempertahankan nama
baik dengan sama-sama menjaga tingkah laku dan budi pekerti. Ini bererti
setiap individu sangat mengambil berat akan pandangan masyarakat
terhadap mereka. Ini adalah salah satu ciri-ciri caring society atau
masyarakat penyayang.
Di dalam kehidupan dunia moden ini, anak-anak sering terpaksa hidup
berjauhan dari ibu bapa, sama ada untuk belajar atau bekerja. Ribuan
remaja meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di kilang-kilang.
Belia-belia yang berhijrah ke bandar menghadapi kejutan budaya dan
sesetengahnya terpengaruh oleh gejala-gejala yang negatif. Ini
menyebabkan bertambahnya masalah sosial di kalangan remaja. Keadaan
ini semakin buruk jika masyarakat mengamalkan sikap tidak peduli.
Keadaan ini juga boleh dikawal dengan wujudnya masyarakat penyayang
di mana anggota masyarakat tidak mengamalkan sikap tidak peduli.
Masyarakat mestilah turut sama membimbing dan mengawasi anak-anak
remaja yang kini telah jauh dari pengawasan ibu bapa. Di dalam hal ini
juga kita harus mengambil teladan dari masyarakat tradisi. Suatu ketika
dahulu seseorang tidak berani berbuat sesuatu yang menyalahi etika jika
mengetahui orang kampungnya ada berdekatan kerana takut perkara itu
akan dilaporkan kepada ibu bapa dan takut perbuatannya itu akan turut
memalukan orang kampung.
Amalan masyarakat penyayang sepatutnyalah diteruskan pada masa ini.
persatuan-persatuan sukarela boleh melibatkan belia-belia ke dalam
program-program kekeluargaan pihak majikan sepatutnya memberi
perhatian kepada kebajikan pekerja dan mengisi kekosongan mereka yang
jauh dari ibu bapa. Ini akan menolong memberikan ketenangan jiwa yang
akan dapat meningkatkan kualiti mereka sebagai pekerja.
Masyarakat yang penyayang merupakan masyarakat yang terbaik kerana
di sinilah terdapatnya segala nilai-nilai murni yang akan terus menjamin
kewujudan kita sebagai bangsa yang maju dan dihormati dunia.

CABARAN KELAPAN
MENJAMIN SEBUAH MASYARAKAT YANG ADIL DAN SAKSAMA EKONOMINYA

Cabaran yang kelapan ini memberikan tumpuan kepada bidang ekonomi.


Ekonomi dianggap sebagai keperluan asas sesebuah negara. Masyarakat
perlu berada pada tahap ekonomi yang memuaskan sebelum ia dapat
membangunkan aspek-aspek yang lain.
Keadaan ekonomi yang baik akan dapat membangunkan kesejahteraan
dan kebajikan yang lain. Sejak merdeka negara kita telah menjalankan
berbagai program dan rancangan untuk meninggikan taraf ekonomi
rakyat. Berbagai projek telah dilaksanakan seperti Rancangan
Pembangunan Luar Bandar, berbagai rancangan penerokaan tanah
hinggalah ke Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Program-program pembangunan ekonomi dijalankan dengan tujuan untuk
membasmi kemiskinan dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Menjelang tahun 2020 masyarakat Malaysia diharapkan dapat menikmati


ekonomi yang adil dan saksama.
Bagaimanakah keadaan ekonomi masyarakat Malaysia seperti yang dicitacitakan oleh Wawasan 2020? Dan apakah yang dimaksudkan dengan
ungkapan masyarakat yang adil ekonominya?
Pengertian masyarakat yang adil ekonominya bolehlah dirumuskan seperti
berikut:
1. Keadaan bila semua rakyat terlepas dari kemiskinan mutlak
2. Tiada rakyat yang menderita akibat kekurangan zat makanan dan
makanan tersedia secukupnya.
3. Tempat berlindung, perkhidmatan perubatan dan keperluan asas adalah
mencukupi.
4. Golongan menengah yang besar lagi giat.
5. Peluang-peluang tersedia untuk golongan yang berada pada taraf
ekonomi yang rendah untuk memperbaiki keadaan hidup mereka.
6. Terdapat imbangan yang wajar dalam bidang-bidang iktisas dari semua
jenis pekerjaan yang utama.
7. Terbentuknya sebuah komuniti perdagangan dan industri bumiputera.
8. Perkongsian sepenuhnya kemajuan ekonomi. Pengagihan yang adil dari
segala segi.
9. Terdapat imbangan yang adil di kalangan kelompok-kelompok etnik
termasuk bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi penyertaan dan
sumbangan terhadap sektor-sektor moden.

Apakah langkah-langkah yang telah dijalankan bagi mencapai matlamat


keadilan ekonomi untuk masyarakat Malaysia? Apakah usaha-usaha kita
untuk memastikan bahawa pembangunan ekonomi boleh dirasai bersama
oleh semua rakyat dengan tidak mengira keturunan dan wilayah mereka
berada?

Mengikut Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir keadilan ini hanya dapat
dicapai dengan usaha yang bukan sahaja bersungguh-sungguh tetapi
mestilah dijalankan dengan penuh kejujuran.

Peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa Kerajaan tidak lagi


dapat membiarkan haluan negara berkembang mengikut arus-arusnya
yang tersendiri. Justeru itu Rukunegara telah diisytiharkan pada tahun
1971. Rukunegara menjadi pegangan dan prinsip negara. Justeru itu juga
Dasar Ekonomi Baru dilancarkan pada tahun 1970. Dasar Ekonomi Baru
mempunyai matlamat penting untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan merapatkan jurang perbedaan antara rakyat serta
menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan. Rancangan Malaysia
Kedua, Ketiga, dan seterusnya Keempat mengamalkan Dasar Ekonomi
Baru. Dasar ini tidak bertujuan untuk mengambil hak sesuatu kaum tetapi
untuk merapatkan jurang perbedaan antara yang berada dengan yang
tidak berada,tanpa mengira keturunan masing-masing.
Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula untuk membetulkan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara kita ini di antara
kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan-kawasan di
wilayah yang sama. Matlamat utama ialah perpaduan negara.
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya


menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Kemiskinan merupakan sebab utama yang boleh menimbulkan rasa


kecewa dan tidak puas hati di kalangan rakyat, tidak kira di bandar atau di
luar bandar yang melibatkan semua kumpulan kaum. Kemiskinan juga
menimbulkan satu putaran yang berulang dari segi kejahilan,
kesengsaraan, daya pengeluaran yang rendah dan keadaan hidup yang
daif.
Di negara kita ini, suasana kemiskinan boleh mencacatkan perpaduan
negara. Kaum bumiputera telah jauh ketinggalan dan keadaan ini boleh
mencetuskan perasaan tidak puas hati yang boleh mengancam
keselamatan dan kedamaian negara.

DEB berusaha menyusun semula masyarakat dengan cara:

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di


luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna
tenaga yang terdapat sekarang, dengan cara yang progresif dan menerusi
pertumbuhan ekonomi seluruhnya, supaya penyertaan berbagai kaum
dalam sektor-sektor utama ekonomi akan mencerminkan kedudukan
tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang 1990.

Matlamat Dasar Pembangunan Negara (DPN)

Tempoh Dasar Ekonomi Baru telah tamat pada tahun 1990. Pada tahun
1991 Kerajaan telah mengumumkan Dasar Pembangunan Negara (DPN).
DPN mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbang ke
arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN menjurus secara langsung kepada matlamat mencapai keadilan
ekonomi. Ini termasuklah mewujudkan keseimbangan yang optimum di
antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang
saksama, memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor
utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan menjadi lebih sama
rata dan saling melengkapi dan membantu di antara satu dengan lain.
DPN juga mempunyai strategi untuk mengurangkan dan akhirnya
menghapuskan keadaan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian faedah yang diperolehi dari
pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia. DPN juga menggalakkan dan memperkukuhkan integrasi
nasional dengan mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan
ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar serta
membangunkan sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan
dinikmati oleh semua rakyat, di samping memiliki sikap dan nilai
kerohanian yang positif.
Di samping meneruskan cita-cita DEB, DPN mengemukakan beberapa
strategi baru iaitu:
Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. ( MPPB)
Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri
dalam proses penyusunan masyarakat.
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.
Usaha-usaha yang lebih gigih dijalankan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah khususnya di antara
negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga


dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif dikurangkan
menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan
pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan
kemudahan awam. Langkah-langkah juga diambil melalui perancangan
dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha
membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan
dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga
menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam
perniagaan dan industri kecil.
Peningkatan taraf sosial dan ekonomi masyarakat bumiputera boleh
dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan
penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan
membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.
Gunatenaga di berbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi disusun
supaya mencerminkan komposisi berbagai kumpulan etnik dalam negara.
Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan
prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan negara.
Kerajaan telah mengadakan berbagai usaha. Usaha ini tidak akan berjaya
tanpa penglibatan rakyat. Dr Mahathir sering mengingatkan kaum
bumiputera bahawa semangat ingin berjaya dan berdikari membolehkan
mereka bersaing dan merebut peluang-peluang yang timbul daripada
pembangunan ekonomi.

Mengikut Dr. Mahathir Kerajaan akan terus berusaha membantu kaum


bumiputera supaya setanding dengan bukan bumiputera di dalam
lapangan perdagangan dan perindustrian. Tetapi tumpuan akan diberi
kepada pengwujudan pengurus-pengurus dan pengusaha-pengusaha yang
berpengalaman, cekap, berinisiatif, berdikari dan dapat bersaing di
pasaran terbuka. Kerajaan mahukan satu masyarakat perniagaan dan
perindustrian Bumiputera yang berdayamaju, berdaya saing, dinamik dan
progresif setanding dengan kaum-kaum lain.

Ketika merasmikan Kongres Ekonomi Cina pada 18 Ogos 1992. Dr.


Mahathir mengingatkan kaum bumiputera supaya menggunakan peluang
yang ada dengan sebaik-baiknya. Mereka juga boleh menjalankan usaha
sama dengan kaum-kaum lain dan menerusi usaha sama seperti ini
mereka boleh mempelajari selok-belok perniagaan dari orang yang lebih
berpengalaman, bukan semata-mata dengan niat untuk menjadi cepat
kaya. Kaum lain pula hendaklah menganggap rakan usaha sama Melayu
mereka sebagai equal and real partners dan bukannya sebagai alat
ataupun front untuk mendapatkan kemudahan kerajaan. Sikap positif
seperti ini akan menjayakan rancangan pembangunan ekonomi yang
berkekalan dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Selain kegigihan dan kecekapan, kejujuran juga menjadi faktor di dalam
menentukan kejayaan DPN. Kaum bumiputera tidak seharusnya
mengulangi beberapa kesalahan yang telah dibuat di dalam tempoh DEB.
Mengikut Dr. Mahathir DEB tidak dapat mencapai sepenuhnya matlamat
yang ditentukan bukan kerana kelemahan Kerajaan. Jika dijumlahkan
semua agihan kekayaan yang dibuat oleh Kerajaan selama 20 tahun DEB
dilaksanakan, mungkin bumiputera hari ini akan memiliki lebih daripada
30 peratus ekonomi negara. Tetapi kerana ada yang tidak cekap atau
kurang amanah, maka sebahagian daripada apa yang diperolehi telah
terlepas daripada tangan bumiputera dan kembali kepada pihak lain.
Sebab itulah juga badan-badan amanah diperlukan bagi mengawal
pemilikan saham bumiputera.
Di bawah DPN kerajaan akan terus memberi peluang dan mengagihkan
sebahagian daripada punca kekayaan negara kepada bumiputera. Tetapi
kerajaan tidak boleh menentukan bahawa bahagian yang diperuntukkan
kepada bumiputera akan kekal dan bertambah. Bumiputera sendirilah
yang harus berusaha dan bertanggungjawab untuk memelihara dan
melipatgandakan harta kekayaan mereka.
Dr. Mahathir juga sering mengingatkan bahawa kaum-kaum lain tidak
sepatutnya merasa bimbang dengan segala langkah yang diambil untuk
membantu bumiputera kerana langkah-langkah ini akan membawa
kebaikan jangka panjang kepada negara dan semua rakyat. Kejayaan ini
kelak akan menjamin keadilan sosial dan pengagihan ekonomi yang
saksama seperti yang dicita-citakan oleh wawasan 2020 dan tertera

melalui cabaran kelapan ini.

CABARAN KESEMBILAN

MEMUPUK DAN MEMBINA MASYARAKAT MAKMUR

Cabaran kesembilan Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat


makmur, dengan ekonomi yang sesungguhnya berdaya-saing, dinamik,
tahan lasak dan mempunyai daya ketahanan .

Pengertian Masyarakat Makmur:


Masyarakat makmur bererti masyarakat yang berada pada tahap ekonomi
yang sangat baik.
Di dalam kamus Dewan perkataan Makmur bererti mempunyai hasil
yang banyak. Penduduk yang makmur hidup mewah dan serba cukup. Ini
bererti di dalam masyarakat makmur rakyat menikmati hidup yang serba
serbi mencukupi dan mampu menikmati taraf hidup yang baik.
Makmur juga merujuk kepada keadaan serba ada dan kaya raya. Di dalam
masyarakat makmur tidak akan wujud kemiskinan dan kesengsaraan yang

disebabkan oleh kemiskinan. Oleh itu perkataan Makmur merojok kepada


kemajuan dari segi kebendaan. Cabaran kesembilan ini menumpukan
perhatiannya kepada bidang ekonomi dan pembangunan fizikal.
Pada tahun 2020 negara Malaysia diharapkan akan mempunyai ekonomi
yang pelbagai dan seimbang. Hasil negara akan dilipatgandakan di dalam
semua bidang. Sektor industri akan berkembang pesat. Sektor pertanian
pula bertambah moden dan produktif. Pertumbuhan ekonomi negara
disokong pula oleh sektor perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Untuk menjamin kemakmuran negara, Malaysia harus mempunyai
kegiatan ekonomi yang mampu untuk bertindak dengan pantas dan dapat
menyesuaikan diri mengikut perubahan penawaran, permintaan dan
persaingan antarabangsa.

Untuk mencapai taraf masyarakat makmur, rakyat negara ini mestilah


mempunyai daya keusahawanan yang tinggi, mampu berfikir, mahir,
tekun, bermaklumat dan bijak bertindak. Mereka hendaklah bersedia dan
berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan di dalam pencapaian
mereka. Semua ini didokong oleh penggunaan teknologi tinggi dan
sentiasa diubahsuai untuk meningkatkan kekesanan. Peningkatan
teknologi dan pendapatan rakyat tidak pula bermakna kos sara hidup
akan turut meninggi. Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera
dengan kadar inflasi dan kos sara hidup yang rendah.
Negara makmur yang kita ingini ialah negara yang gagah di dalam bidang
industri dan perdagangan dan indah pula dari segi budaya dan peribadi.
Setiap rakyat bekerja dengan tekun untuk meningkatkan kecemerlangan
diri tetapi tidak melupakan tanggungjawab sosial kepada bangsa dan
negara.

Pandangan Islam Terhadap Masyarakat Makmur


Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk memperbaiki keadaan
ekonomi dan menyeru manusia supaya bekerja keras bagi mencari rezeki

di atas muka bumi. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa setiap sesuatu


ciptaanNya di muka bumi ini adalah untuk dimanfaatkan demi
kesejahteraan hidup manusia.
Islam tidak melarang umatnya mengumpul harta atau mencari kekayaan.
Apa yang dipentingkan ialah harta yang dicari itu ialah dari sumber yang
halal. Islam mewajibkan zakat dan menyeru umatnya mengeluarkan
sedekah jariah supaya kekayaan dapat dimanfaatkan bersama oleh orangorang lain. Islam menegaskan bahawa apabila manusia mati kebaikan dari
sedekah jariahnya akan terus menyambung pahalanya walaupun amalan
lain telah terputus darinya. Kemuliaan orang yang mengeluarkan sedekah
jelas dilihat kerana Tangan yang memberi dianggap lebih baik dari
tangan yang menerima. Di dalam Islam harta adalah pemberian Allah
kepada manusia sebagai amanah untuk manusia mengurus, mengerjakan
dan melaksanakan pada jalan yang diredai. Kemiskinan juga dikatakan
sebagai hampir kepada kekufuran.
Dalam masyarakat Islam hari ini ternyata bahawa kemunduran ekonomi
adalah faktor utama yang menyebabkan umat Islam tidak berjaya untuk
maju dalam dunia antarabangsa.

Apakah langkah-langkah dan usaha kita untuk mencapai matlamat


Pengwujudan Masyarakat Makmur?
Sejak merdeka kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai projek
pembangunan yang bertujuan membantu rakyat memperbaiki taraf hidup
mereka. Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi
kerana tanpa ekonomi yang baik tidak mungkin akan tercapai kemajuan di
bidang-bidang lain seperti pendidikan, kesihatan, budaya dan sebagainya.
Dari sejak Rancangan Malaysia Pertama hinggalah ke pada masa
sekarang, tumpuan diberikan kepada rancangan membasmi kemiskinan.
Sejak peristiwa 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan
dengan matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat bagi mencapai perpaduan negara. Sejak 1990, DEB telah
digantikan dengan Dasar Pembangunan. (DPN) yang mempunyai
matlamat yang sama dengan beberapa pendekatan yang baru.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


DPN dapat membantu mencapai cita-cita mengwujudkan masyarakat
makmur. Di bawah DPN langkah-langkah telah diambil untuk mencapai
integrasi nasional melalui pengagihan ekonomi yang saksama. Selain dari
itu tumpuan yang sama penting ialah bagi memastikan pembangunan
yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan
pertumbuhan yang lebih sama rata dan saling melengkapi di antara satu
dengan lain. Melalui DPN juga usaha-usaha dijalankan bagi
membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana rakyat
menikmati kesejahteraan dan memiliki sikap dan nilai kerohanian yang
positif serta memiliki rasa bangga dan cintakan negara.
Di bawah DPN, tumpuan diberikan bagi memajukan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif khasnya melalui
program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan sikap bagi mencapai
kecemerlangan.
Di samping itu DPN juga menjadikan sains dan teknologi sebagai satu
asas penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi dalam
usaha membangunkan sebuah negara perindustrian moden.
Turut diberikan perhatian di dalam DPN ialah pemeliharaan alam sekitar
dan ekologi supaya jangka panjang, pembangunan dan sumber negara
dapat dikekalkan secara berterusan di samping meningkatkan kualiti
hidup rakyat.
DPN juga menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah
masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera bagi
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan bumiputera
dalam kegiatan ekonomi.

Dasar Perindustrian Negara


Sejak tahun 70-an kerajaan menitikberatkan pertumbuhan industri bagi

menampung keperluan pekerjaan. Mulai tahun 80-an, program


perindustrian negara mengalami perubahan dengan galakkan industri
berat yang bertujuan memperkukuhkan asas perindustrian negara dan
menambah kemahiran rakyat yang dapat mempercepatkan proses
pembinaan sebuah negara perindustrian.
Kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk Perindustrian yang mengandungi
strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke
dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras
kepada sebuah negara maju. Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih
diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport.

Dasar Pertanian Negara


Dasar ini digubal untuk memaksimakan pendapatan sektor pertanian.
Melalui penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan
berkesan. Usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan daya pengeluaran
dan pendapatan pengusaha dan pekebun kecil. Dasar ini juga bertujuan
memaju dan meningkatkan hasil dan mutu komoditi-komoditi terpilih
untuk bahan makanan dan perindustrian.

Persyarikatan Malaysia
Melalui Persyarikatan Malaysia kedua-dua sektor awam dan swasta
bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk meningkatkan hasil
negara.
Selain dari dasar-dasar kerajaan yang tersebut di atas usaha-usaha ke
arah negara makmur juga dijalankan melalui bidang-bidang lain seperti
pendidikan dan berbagai program pembaharuan dan peningkatan
produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam.

Tumpuan kepada daya pengeluaran dibuat kerana ia merupakan kunci


kepada semua masalah ekonomi. Bukan sahaja pengeluaran boleh
menambahkan pendapat dan kebahagiaan hidup tetapi ia juga penting
bagi mengatasi masalah inflasi dan lain-lain malapetaka ekonomi.
Bagi Dr. Mahathir adalah penting bagi Malaysia mencapai kemajuan
material kerana kemajuan material akan membebaskan kita daripada
pergantungan sepanjang masa kepada negara-negara maju.
Pergantungan akan menggugat kemerdekaan. Apabila kita telah mencapai
taraf kemakmuran atau serba cukup kita tidak lagi dapat digugat dan
dipaksa tunduk kepada kuasa asing.
Pembangunan ekonomi adalah keperluan asas bagi pencapaian Wawasan
2020. Dr.Mahathir berkata, Untuk mencapai Wawasan 2020 kita perlu
pertumbuhan ekonomi diparas tujuh peratus setahun atau sekali ganda
setiap sepuluh-tahun. Ini bermakna pada tahun 2020 ekonomi kita akan
menjadi lapan kali lebih besar daripada sekarang.
Setakat manakah kita mempunyai peluang untuk mencapai cita-cita ini?
Mengikut Dr. Mahathir, peluang kita adalah cerah. Beliau mempunyai
pandangan yang positif. Di dalam perutusan khas menyambut tahun baru
1992, Dr. Mahathir berkata, Dalam masa 34 tahun kita telah berjaya
meningkatkan pendapatan per kapita yang dianggap sebagai ukuran
pembangunan, sebanyak hampir sembilan kali ganda. Untuk Wawasan
2020 kita perlu tingkatkan pendapatan per kapita sebanyak lapan kali
ganda dalam 30 tahun. Dengan rekod ini matlamat bukan mustahil.
Ketika berucap di Perhimpunan UMNO di PWTC pada 8hb. November 1991,
Dr. Mahathir sekali lagi memberikan harapan bahawa Wawasan 2020 ini
akan tercapai. Ia tidak mustahil kerana purata pertumbuhan dalam dekad
70 dan 80 an ialah hampir tujuh peratus. Lagipun segala infrastruktur
sudah atau sedang disediakan. Sistem politik dan pentadbiran yang kukuh
dan cekap sudah terbentuk. Sistem kewangan urusan bank, pasaran
saham dan modal sudah wujud dan mampu menampung segala
keperluan. Demikian juga dengan peningkatan kebolehan dalam bidang
industri dan dagangan. Pendekatan baru dalam semua bidang boleh
diterima dan diamalkan dengan cepat.
Oleh yang demikian setiap rakyat Malaysia patutlah menggandakan usaha
dengan penuh keyakinan.

BIBLIOGRAFI
1. Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia Melangkah Ke Hadapan (kertas kerja)
28.2.1991
2. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan di Majlis Makan Malam Kelab Harvard,
Kuala Lumpur, 31 Januari 1992.
3. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan sempena Tahun Baru 82 melalui RTM.
4. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan sempena Tahun Baru 92 melalui RTM.
5. Dr.Mahathir Mohamad, Ucapan di Pusat Dagangan Dunia Putera, 8
November 1991.
6. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan perasmian Kongres Ekonomi Cina, Kuala
Lumpur, 18 Ogos 1992.
7. Dr. Mahathir Mohamad, Ucapan di Perhimpunan UMNO di Pusat
Dagangan Dunia Putera, 8 November 1991.
8. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Dasar- Dasar Negara,
1993.
9. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Rakyat adalah Pemimpin,
Pemimpin adalah Rakyat (Ucapan Dr. Mahathir Mohamad di Lubuk Jong,
Pasir Mas, Kelantan) 6 Mac 1988.

10. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Mahathir, Pimpinan


Cemerlang, 1986.
11. Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Rancangan Malaysia
Keenam, 1991.
12. Aziz Deraman Wawasan Kebudayaan 2020 Membina Masyarakat
Unggul dlm. Jurij Haji Jalaludin, Wawasan 2020 Aspek Politik dan Sosial.

Kejayaan Wawasan 2020 terletak kepada sejauh mana rakyat memahami


hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya, seperti kata Perdana
Menteri.

Kita tidak boleh bertindak dengan berkesan tanpa memahami apa yang
kita buat dan apa hasil daripadanya. Setiap rakyat perlu memahami
pembabitan mereka dalam proses pembangunan negara ( Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad, Wawancara RTM Bersama Perdana Menteri Julai
1993).

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita


akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak
kelahiran kita sebagai negara merdeka ( Dr. Mahathir Mohamad, kertas
kerja, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, 28. Feb. 1991)
http://zurinahhassan.blogspot.com/2014/02/wawasan-2020.html

Cabaran dan langkah untuk mewujudkan negara maju pada tahun 2020
A) Cabaran
Kewangan:
1. Kekurangan modal
2. Nilai mata wang turun naik/spekulasi
Pelaburan:
3. Kejatuhan pasaran saham
4. Pelabur berpindah ke negara lain
5. Masalah menarik pelabur asing
Teknologi
6. Teknologi masih rendah
7. Masih bergantung kepada teknologi luar
Globalisasi
8. Pengiktirafan oleh negara-negara maju
9. Persaingan dengan negara maju
10. Salah guna laman sesawang
Pasaran
11. Menembusi pasaran antarabangsa
12. Pasaran terhad
13. Tekanan/sekatan negara maju
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
B)

Tenaga kerja
Kurang mahir
Bergantung kepada negara luar
Ramai tenaga mahir
Kurang pengetahuan
Gejala sosial
Keruntuhan ahklak
Dadah
Nilai-nilai kemanusiaan pudar
Langkah
Penguasaan ilmu

21.
22.
23.
24.
25.
26.

Menjadi hubungan pendidikan


Mengubahsuai kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa
Pendidikan sepanjang hayat
Melahirkan modal insan
Pendidikan maya
Pendidikan ke luar negara

27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.

Kemahiran
Penguasaan ICT
Memperkukuhkan perpaduan rakyat
Meneroka teknologi baru
Meningkatkan R&D
Memastikan Wawasan 2020 dicapai
Konsep 1 Malaysia
Meneruskan dasar ekonomi baru
Meningkatkan mutu pendidikan
Memperkukuhkan peranan negara sebagai hub halal
Meneroka pasaran baru
Menjadikan minda rakyat kelas pertama
Menjadi pusat kecemerlangan ilmu

Anda mungkin juga menyukai