Anda di halaman 1dari 1

Penswastaan di Malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan Malaysia

yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan bagi
meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Sesetengah
agensi kerajaan pula amat menarik dan menguntung . Kerajaan tidak perlu meminjam
dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri
boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.

Biasanya agensi ini menyediakan utiliti utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik,
telekomunikasi dan lain-lain. Kerajaan Malaysia mengambil teladan dari negara Barat
terutama Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian lama.

Persaingan akan meningkatkan kecekapan dan kerajaan tidak akan dipersalahkan jika
kelemahan berlaku. Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tun Dr Mahathir
Mohamad lebih percaya kepada perkongsian pintar antara kerajaan dan pihak swasta.
Syarikat multinasional atau gergasi ini akan menjadi penaung kepada syarikat yang lebih
kecil .

Peluang pekerjaan juga akan bertambah , dinamik dan mudah alih. Pekerja yang tidak
setuju dengan dasar itu, boleh memohon kekal dengan kerajaan tetapi dipindahkan ke
tempat yang baru. Mereka juga boleh memilih untuk berhenti dan mendapat pampasan
yang tinggi. Wang pampasan boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan , menjadi
usahawan baru.

Selama ini kerajaan tidak dapat membuang pekerja yang tidak cekap. Dengan dasar
penswastaan ini, pekerja secara automatik menjadi lebih rajin kerana mendapat bayaran
gaji yang tinggi. Mereka boleh kerja lebih masa dan bekerja lain di luar perkhidmatan.

CEO dan staf akan lebih bertanggungjawab kerana syarikat itu milik mereka. Mereka ada
syer di dalamnya. Semasa penswastaan dilaksanakan, sejumlah saham diberikan kepada
CEO dan semua staf secara percuma atau saham istimewa.

Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam


mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelabuaran yang lebih besar dan yang
membawa kepada pengembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga berlaku menerusi
peningkatan kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan melalui penggunaan
sumber yang lebih kecil. Program penswastaan telah memberi kesan gandaan keapda
ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai