Anda di halaman 1dari 11

31 Contoh Soalan Temuduga Kerja

Kerajaan Yang Wajib Anda Tahu


November 18, 2014

Anda sedang mencari contoh soalan temuduga kerja?

Kali per tama menghadiri sesi temuduga


kerja kerajaan khususnya melibatkan pihak SPA?

Jika ya,tentu sahaja anda berasa teruja dan mungkin juga gementar bukan?

Dan yang paling penting, tentu anda sedang tercari-cari contoh-contoh soalan yang
biasa ditanya oleh pihak penemuduga.

Jika tidak,tidak mungkin anda berada disini

Koleksi contoh soalan temuduga di bawah ini merupakan hasil yang dikumpulkan
daripada pengalaman mereka yang pernah menjalani temuduga dengan agensi
kerajaan (khususnya SPA) sebelum ini.

Soalan-soalan ini dipecahkan mengikut kategori-ketegori tertentu.

BONUS :Download Ebook PERCUMA 15 Sebab Utama 90% Calon gagal Temuduga
(Dan Bagaimana Anda Boleh Mengatasinya).KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD
Koleksi 31 Contoh Soalan Temuduga
Kerja
Contoh Soalan Temuduga Mengenai Diri Anda (Soalan
Peribadi)

1. Sila perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit latar belakang
anda.

Ini biasanya soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga sebaik sahaja anda
duduk.

Sebenarnya soalan ini ditanya kerana beberapa tujuan iaitu:

o Untuk menenangkan anda ( siapa yang tidak berasa gementar semasa di


temuduga bukan?)
o Melihat sikap ramah mesra anda.
o Mengesan masalah dalam diri anda.

Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first
impression) penemuduga terhadap anda amat penting.

Tips : Pastikan jawapan anda pendek dan ringkas (sekitar 2-3 minit sahaja)

Ceritakan secara ringkas (sebaiknya dalam bahasa inggeris):

 Nama penuh anda.


 Asal dan tempat menetap sekarang.
 Ceritakan perihal keluarga (perkerjaan ayah dan ibu,bilangan adik beradik
etc).
 Latar belakang akademik anda ( keputusan peperiksaan sekolah dan
universiti).
 Latar belakang Kepimpinan semasa di sekolah dan di universiti.
 Ceritakan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri anda.
 Ceritakan harapan dan keinginan anda untuk menjawat jawatan yang
dipohon.

2.Kenapa anda yang harus kami pilih?Apakah kelebihan anda?

Soalan ini kelihatan mudah namun sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya.

Tidak percaya?

Cuba anda jawab soalan ini.Seolah-olah seperti masuk ” bakul angkat sendiri”

bukan?

Tips : Kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang bakal
dipegang.

Contoh jawapan:

 Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk


mengenali dan menyelesaikan masalah yang sukar.

 Saya juga memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk
berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang
tugasan dengan baik.

 Saya mampu berkerja sebagai satu pasukan dan mampu menyokong ahli-ahli
pasukan untuk mencapai misi dan visi jabatan/agensi/kementerian.

 Saya juga seorang yang bijak menggunakan masa dan menguruskan urusan
secara teratur.

 Akhir sekali,saya juga adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan memliki
keinginan yang membara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh
jabatan /agensi/kementerian ini.

 Justeru itu saya yakin saya adalah calon yang terbaik untuk memegang
jawatan ini.

3.Apakah kelemahan anda yang perlu kami ketahui?

Soalan ini agak “tricky”.

Secra logiknya takkan anda ingin memberitahu kelemahan diri.

Namun jika mengatakan diri anda tiada kelemahan maka anda akan di anggap
sebagai seorang yang kurang jujur. (Nobody perfect,is it?)

Tips : Topengkan kekuatan sebagai kelemahan.


Sebagai contoh..

o Sebagai manusia biasa,saya juga mempunya kelemahan namun ia tidaklah


seteruk yang disangkakan.

o Saya seorang yang tegas,saya inginkan ia sempurna dan menetapi masa.


Mungkin akan ada yang tertekan denga sikap saya namun saya yakin ia
bermanfaat untuk kemajuan syarikat/jabatan.

o Saya juga seorang yang cerewet. Maksud saya,saya cerewet dan teliti dengan
buti-butir projek.Saya tidak akan terima dan mulakan sesuatu projek
melainkan saya tahu secara detail tentang projek tersebut.

Anda juga boleh beritahu kelemahan yang lalu yang telah berjaya anda
perbaiki dan atasi.

4.Mengapa anda berminat berkerja dengan kerajaan?

Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya berkerja
dalam sektor awam.

Contoh jawapan:

 Berjaya menempatkan diri didalam sektor kerajaan merupakan satu


kebanggaan bagi diri saya kerana secara langsung saya dapat berbakti kepada
negara yang say cintai.

 Bidang pekerjaan di sektor awam juga merupakan minat dan cita-cita saya
sejak di universiti lagi ditambah pula kedua orang tua saya merupakan
penjawat awam yang sudah berbakti sejak 30 tahun yang lalu.

 Selain itu,saya ingin membalas jasa kerajaan yang telah memberikan saya
bantuan dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi
sebelum ini.

 Dan tidak dapat dinafikan juga berkerja di sektor awam mebeikan saya
jaminan masa depan buat saya dan keluarga.

 Risiko untuk kehilangan kerja amatlah rendah berbading berkerja di sektro


swasta ditambah pula dengan krisi ekonomi yang sedang melanda kini.

 Disamping itu,terdapat banyak faedah-faedah tambah seperti cuti tahuna,cuti


bersalinan,KWSP,kemudahan melakukan pinjaman bank dan sebagainya.

5.Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?

Sudah pasti terdapat pelbagai sebab (khasnya sebab yang kurang baik)
mengapa anda meninggalkan pekerjaan lama.
Namun,cuba seboleh yang mungkin memberikan jawapan yang positif untuk soalan
ini.

Tips : Jangan sekali-kali menceritakan keburukan majikan lama anda ketika


temuduga!

Terangkan tentang matlamat kerjaya anda (matlamat jangka panjang dan pendek)
dan bagaimana pekerjaan yang anda sedang pohon meneyediakan persekitaran yang
lebih untuk kemajuan karier anda.

Dan nyatakan juga terdapat banyak sudut positif dari pekerjaan lama anda yang
anda boleh aplikasikan dalam jawatan yang anda pohon.

Disini penemuduga cuba untuk menilai komitmen yang anda bakal beri kepada
pekerjaan baru dengan menilai sikap anda terhadap majikan lama.

Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Jawatan Yang Dipohon

6.Setakat yang anda maklum,apakah tugas yang bakal anda pikul?

Untuk menjawab soalan ini anda perlu arif dengan deskripsi tugas yang anda pohon.

Jawapan anda mencerminkan kesungguhan anda untuk memikul jawatan tersebut.

Untuk jawatan dalam SPA,sila rujuk bahagian deskripsi tugasan di dalam laman web
rasmi SPA:

Deskripsi Tugas Jawatan Dalam SPA

7.Apakah yang anda pelajari di universiti dan kaitannya dengan tugas


jawatan…?

8.Soalan berkaitan peranan jabatan dan kementerian.

Bergantung kepada jawatan yang anda pohon.

Skop soalan:

o Huraikan fungsi jabatan dan kementerian……?


o Apakah yang anda faham tentang peranan kementerian berkenaan?
o Senaraikan piagam pelanggan kementerian/jabatan…….
9.Soalan berkaitan perkhidmatan awam.

 Apakah peranan yang dimainkan oleh SPA? Sila rujuk sini untuk Latar
Belakang SPA

 Apakah cabaran yang sedang dihadapi oleh sektor awam malaysia.

 Bagaimanakah untuk menangani gejala rasuah yang menular di dalam sektor


awam.

Contoh Soalan Temduga Berkaitan Kenegaraan & Dasar


Kerajaan

Tips :Sila beri jawapan yang mununjukkan anda menyokong dasar kerajaan .

10.Kerajaan memperkenalkan konsep KPI.Apakah KPI dan fungsinya?

Sila Rujuk SINI dan SINI untk maklumat berkaitan KPI

11.Selain KPI, apakah langkah tambahan yang membolehkan majikan menilai serta
mengukur kemampuan seorang pekerja.

12.Apakah yang anda faham tentang konsep 1 Malaysia.Apakah pendapat anda


tentang konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri ini.

Rujukan untuk Konsep 1 Malaysia

13.Apakah tema bajet tahun ini.Nyatakan intipati penting di dalam bajet yang
dibentangkan (terutamanya melibatkan kementerian yang anda pohon)

Rujukan untuk Bajet 2015

14.Senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

15.Apakah yang anda faham tentang GST.Bagaimanaa ia dapat membantu dalam


pengurusan negara.
Rujukan untuk GST

16.Huraikan dengan ringkas maksud dan peranan GTP yang diperkenalkan oleh
Perdana Menteri.

Rujukan untuk GTP

17.Senarai perdana menteri dan peranan utama yang telah dimainkan oleh mereka.

18.Nama menteri dan timbalan manteri serta carata organisasi kementerian .


(jawatan didalam kementerian yang dipohon)

19.Apakah visi dan misi kementerian ……?

20.Apakah kempen-kempen yang telah dianjurkan okeh kementerian ……?

21.Huraikan tentang Rukun Negara

Contoh Soalan Temuduga Berkaitan Isu Semasa (Dalam &


Luar Negara)
Contoh Isu Semasa Dalam Negara

22.Jelaskan konflik yang berlaku di Lahad Datu.

23.Apakah keputusan yang berlaku di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13?

24.Apakah yang anda faham tentang tragedi malang yang menimpa MH370 dan
MH17?

25.Apakah isu perkauman yang hangat dibangkitkan dewasa ini?

26.Apakah tema hari kemerdekaan tahun ini?

Contoh Isu Semasa Luar Negara

27.Krisi yang berlaku di antara Ukraine dan Russia.

28.Usaha menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.

29.Krisi yang berlaku di Syria.

30.Campurtangan asing dalam kedaulatan sesebuah negara.

Soalan Penutup
31.Adakah anda mempunyai sebarang persoalan yang ingin ditanyakan
kepada saya?

Ini merupakan kebiasaan yang dilakukan oleh penemuduga sebelum mengakhiri sesi
temuduga dengan anda.

Dan ini juga merupkan peluang anda untuk mengakhiri sesi temuduga anda dengan
cemerlang.
Salah satu jawapan terbaik adalah dengan bertanyakan peluang anda untuk
menjawat jawatan yang dipohon.

Selain itu ucapkan terima kasih kepada pihak penemuduga kerana memberi anda
peluang dan lahirkan keterujaan anda untuk menjawat jawatan berkenaan sekiranya
dipilih.

Akhir kata,semoga contoh soalan temuduga ini dapat membantu sedikit sebanyak
sesi temuduga yang anda akan lalui nanti.

Kami ucapkan selamat berjaya untuk anda.

Nota : Koleksi contoh soalan temuduga ini merupakan perkongsian yang diambil
sebahagiannya daripada blog-blog termasuk Nukilan Gadis Kampung, Jaringan
Niaga, Jawatan Kerajaan Terkini, & Cpintrass.

9 Tips Untuk Tinggalkan Tanggapan Baik


Bakal Majikan Terhadap Anda.
July 19, 2014

Tips Untuk Tinggalkan Tanggapan Baik Bakal Majikan.


Jika ingin membentuk tanggapan yang baik bakal majikan terhadap diri anda, anda
boleh lakukan perkara berikut.

1.Bawa beberapa set resume untuk di rujuk panel temuduga.

Memang anda sudah hantar resume pada mereka.

Namun, ketika sesi temuduga mungkin ada beberapa orang yang akan menyoal
anda.

Pinjamkan set resume anda untuk mereka rujuk supaya senang mereka menilai diri
anda.

2.Berpakaian seperti seorang yang professional.

Jangan pandan remeh hal pakaian kerana ada ia boleh memberi tanggapan yang
buruk pada diri anda jika anda berpakaian tidak kemas.

3.Sampai awal ke tempat temuduga.Jangan sampai lewat.

Apabila anda sampai awal, anda akan di pandang sebagai seorang yang menepati
masa.

4.Jangan makan gula – gula atau mengunyah chew gum di tempat


temuduga.

Anda duduk diam dan tunggu sahaja dengan sabar giliran anda di panggil.

5.Jangan cakap terlalu gopoh atau nampak seperti kelam kabut.

Bercakap menggunakan nada yang tenang dan menggunakan ayat yang ringkas dan
padat.

Pastikan diri anda penuh dengan pengetahuan yang sepatutnya anda


tahu.

7.Jangan risaukan calon–calon temuduga yang lain.

Pedulikan mer6.eka.Tumpukan pada diri anda sahaja.Jika anda memikirkan


mereka, anda akan mula mengikut rentak mereka menjawab soalan kelak.

Anda perlu jadi dir isendiri untuk meninggalkan tanggapan yang baik pada pihak
penemuduga.

8.Kawal pernafasan anda.

Sebelum masuk bilik temuduga, anda tarik nafas dalam – dalam .

Lepaskan nafas dengan kadar yang perlahan dan senyumkan bibir, tumpukan
perhatian dan melangkah dengan penuh yakin.
Katakan dalam hati yang anda boleh lakukannya.

9.Mengucapkan terima kasih selepas tamat sahaja temuduga.

Jangan lupa beri salam juga pada awal temuduga.

Anda mungkin juga menyukai