Anda di halaman 1dari 3

Soalan biasa ditanya oleh SPA atau Institusi Kerajaan.

1. Sila perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit latar belakang
anda.

Ini biasanya soalan pertama yang ditanya oleh penemuduga sebaik sahaja anda duduk.

Sebenarnya soalan ini ditanya kerana beberapa tujuan iaitu:


o

Untuk menenangkan anda ( siapa yang tidak berasa gementar semasa

di temuduga bukan?)
o
Melihat sikap ramah mesra anda.
o
Mengesan masalah dalam diri anda.
Jangan ambil ringan semasa menjawab soalan ini kerana pandangan pertama (first
impression) penemuduga terhadap anda amat penting.
Tips : Pastikan jawapan anda pendek dan ringkas (sekitar 2-3 minit sahaja)
Ceritakan secara ringkas (sebaiknya dalam bahasa inggeris):

Nama penuh anda.

Asal dan tempat menetap sekarang.

Ceritakan perihal keluarga (perkerjaan ayah dan ibu,bilangan adik beradik etc).

Latar belakang akademik anda ( keputusan peperiksaan sekolah dan universiti).

Latar belakang Kepimpinan semasa di sekolah dan di universiti.

Ceritakan nilai-nilai murni yang terdapat didalam diri anda.

Ceritakan harapan dan keinginan anda untuk menjawat jawatan yang dipohon
2.Kenapa anda yang harus kami pilih?Apakah kelebihan anda?

Soalan ini kelihatan mudah namun sebenarnya agak sukar untuk menjawabnya.
Tidak percaya?
Cuba anda jawab soalan ini.Seolah-olah seperti masuk bakul angkat sendiri

bukan?
Tips : Kaitkan kelebihan yang anda ada dengan skop tugasan jawatan yang
bakal dipegang.
Contoh jawapan:

Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk

mengenali dan menyelesaikan masalah yang sukar.


Saya juga memiliki tahap keyakinan yang jitu serta berkebolehan untuk

berkomunikasi dengan baik dan mampu menerima maklumat dan sebarang tugasan
dengan baik.
Saya mampu berkerja sebagai satu pasukan dan mampu menyokong ahli-ahli

pasukan untuk mencapai misi dan visi jabatan/agensi/kementerian.


Saya juga seorang yang bijak menggunakan masa dan menguruskan urusan

secara teratur.
Akhir sekali,saya juga adalah seorang pekerja yang berdedikasi dan memliki

keinginan yang membara untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh jabatan
/agensi/kementerian ini.
Justeru itu saya yakin saya adalah calon yang terbaik untuk memegang jawatan
ini.

3.Apakah kelemahan anda yang perlu kami ketahui?

Soalan ini agak tricky.


Secra logiknya takkan anda ingin memberitahu kelemahan diri.
Namun jika mengatakan diri anda tiada kelemahan maka anda akan di anggap sebagai
seorang yang kurang jujur. (Nobody perfect,is it?)
Tips : Topengkan kekuatan sebagai kelemahan.
Sebagai contoh..
o
Sebagai manusia biasa,saya juga mempunya kelemahan namun ia tidaklah
seteruk yang disangkakan.
o
Saya seorang yang tegas,saya inginkan ia sempurna dan menetapi masa.
Mungkin akan ada yang tertekan denga sikap saya namun saya yakin ia bermanfaat
untuk kemajuan syarikat/jabatan.
o
Saya juga seorang yang cerewet. Maksud saya,saya cerewet dan teliti dengan
buti-butir projek.Saya tidak akan terima dan mulakan sesuatu projek melainkan saya
tahu secara detail tentang projek tersebut.

Anda juga boleh beritahu kelemahan yang lalu yang telah berjaya anda
perbaiki dan atasi.
4.Mengapa anda berminat berkerja dengan kerajaan?

Penemuduga ingin melihat sejauh mana anda mengetahui tentang budaya berkerja
dalam sektor awam.
Contoh jawapan:

Berjaya menempatkan diri didalam sektor kerajaan merupakan satu kebanggaan

bagi diri saya kerana secara langsung saya dapat berbakti kepada negara yang say
cintai.
Bidang pekerjaan di sektor awam juga merupakan minat dan cita-cita saya sejak

di universiti lagi ditambah pula kedua orang tua saya merupakan penjawat awam
yang sudah berbakti sejak 30 tahun yang lalu.
Selain itu,saya ingin membalas jasa kerajaan yang telah memberikan saya

bantuan dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi sebelum


ini.
Dan tidak dapat dinafikan juga berkerja di sektor awam mebeikan saya jaminan

masa depan buat saya dan keluarga.


Risiko untuk kehilangan kerja amatlah rendah berbading berkerja di sektro

swasta ditambah pula dengan krisi ekonomi yang sedang melanda kini.
Disamping itu,terdapat banyak faedah-faedah tambah seperti cuti tahuna,cuti
bersalinan,KWSP,kemudahan melakukan pinjaman bank dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai