Anda di halaman 1dari 36

BENGKEL TEMUDUGA

Panduan Dan Tips Temuduga


PENGENALAN
• Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya
faktor penentu seseorang calon itu berjaya di
dalam temuduga. Sebaliknya ada banyak
faktor yang boleh mempengaruhi sama ada
faktor dalaman @ luaran. Antara faktor
dalaman ialah seperti keyakinan diri,
kebolehan berinteraksi dan sebagainya.
Manakala, faktor luaran pula seperti
tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri
dan sebagainya.
Ada Beberapa Perkara Penting Yang
Perlu Anda Lakukan Sebelum Menghadiri
Sesuatu Sesi Temuduga
1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan
kehendak majikan.
2. Selidik profil syarikat dan panel temuduga.
3. Buat persediaan berhubung dengan soalan-soalan
yang berkemungkinan ditanya dengan jawatan
yang dipohon.
4. Latihan tubi soalan-soalan tersebut dengan
jawapan yang tepat dan munasabah.
5. Jika anda mempunyai masa untuk melakukan
latihan temuduga, lakukannya.
6. Jika anda ada peluang untuk dirakamkan, lakukannya.

7. Jangan berlatih menghafal segala soalan-soalan yang


disediakan di dalam buku secara bulat-bulat.

8. Kebolehan yang boleh ditukar milik; Pastikan bahawa


anda menyatakan dengan terang mengenai
kebolehanyang boleh ditukar milik serta contoh dan
bukti perlaksanaannya.
PERINGATAN:
Persediaan sebelum temuduga sahaja belum cukup kerana anda
perlu mewujudkan keserasian ketika sesi temuduga. In bertujuan
untuk memastikan sesi temuduga di antara calon dan panel
temuduga berjalan lancar. Keserasian terjalin apabila calon dapat
memenuhi kehendak panel temuduga manakala penemuduga selesa
berkomunikasi dengan calon.
Ada beberapa faktor penentu yang sering
dititkberatkan oleh majikan dan boleh
disesuaikan dalam sesi temuduga antaranya:
• Sikap positif terhadap pekerjaan.
• Cekap dalam bidang pekerjaan yang dipilih.
• Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan.
• Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran
untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.
• Kebolehan untuk berhubung dipelbagai peringkat dan jawatan.
• Yakin dan fleksibel.
• Mempunyai motivasi diri yang tinggi.
• Berkeupayaan untuk memimpin.
• Boleh bekerja secara berkumpulan.
“Sentiasa beringat bahawa sesi temuduga pekerjaan adalah
peluang untuk menunjukkan keupayaan diri yang sebenar kepada
majikan, terpulang kepada anda untuk memperagakan
kesemua kualiti diri yang ada pada anda…”
APA YANG PERLU ANDA
TAHU???
1. SELIDIK LATAR BELAKANG
SYARIKAT
Soalan yang biasa ditanya…
“ Apakah yang anda tahu tentang
syarikat ini? ”

Malah sekiranya tidak ditanya soalan tersebut,


anda seharusnya memberitahu panel temuduga
tentang pengetahuan anda terhadap syarikat
tersebut.
Bagaimana?
1. Melalui laporan tahunan syarikat.
2. Melalui rakan @ kenalan yang bekerja
di syarikat tersebut.
3. Melalui pelanggan dan pembekal yang
berurusan dengan syarikat.
4. Melalui perpustakaan: cetakan &
kemudahan internet.
2. KEHADIRAN KE TEMPAT
TEMUDUGA

• Jangan lewat…!!!
- Kajian: calon yang hadir 5 minit lewat
akan dikira gagal untuk sesi temuduga tersebut.

• Pastikan datang AWAL dari waktu temuduga.


Kebaikan: Dapat memerhati tingkahlaku pekerja
& mengenalpasti suasana kerja di
syarikat tersebut.
Bagaimana?
1. Pastikan anda mengenalpasti lokasi syarikat.

2. Jika anda tidak biasa dengan lokasi syarikat, dapatkan


direktori dan bantuan peta lokasi.

3. Internet adalah sumber yang dapat membantu anda


mengenalpasti lokasi syarikat.

4. Benarkan sedikit masa untuk tersesat @ terperangkap


di dalam kesesakan trafik dan mencari ruang letak
kereta. Dengan erti kata lain, jangan tiba terlalu awal.
Jika lokasi temuduga anda sangat berhampiran dengan
kediaman anda, gunakan masa dengan berkesan.
Keterampilan
diri
Bagaimana kod pemakaian anda ketika
menghadiri temuduga ???...
Yang Tidak Elok….
BERTINDIK
BERTINDIK

BERTATOO
BERTATOO
RAMBUT BERWARNA

PAKAIAN
PAKAIAN LELAKI
LELAKI

• Warna pakaian ( hitam, merah & berwarna-warni )


• Jenis pakaian ( jeans, t-shirt & dll )
• Jenis tali leher ( warna yang tidak sepadan dengan
baju )
PAKAIAN
PAKAIAN WANITA
WANITA

•Pakaian yang menjolok mata @ seperti lelaki


• Pemakaian warna tudung yang tidak sesuai
• Warna pakaian yang garang / striking
Ketika Masuk
Bilik Temuduga…
• Ketuk pintu….masuk….berikan senyuman dan
ucapkan “ Selamat pagi” @ beri salam kepada
panel penemuduga.

• Kemudian hulurkan tangan untuk berjabat


tangan dan bersalam bersama panel
penemuduga.

• Berjabat tangan mestilah secara lembut


tetapi tegas.

• Jangan sesekali berjabat tangan /


bersalaman secara longlai dan tidak
bertenaga.
• Serahkan fail yang mengandungi sijil-sijil
akademik dan ko-kurikulum anda kepada
penemuduga dihadapan anda.

• Jangan duduk sebelum panel memberi


kebenaran untuk anda duduk.

• Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih


kepada beliau.

• Letakkan beg ( jika wanita), dibelakang badan


– tempat bersandar @ di sebelah kerusi.

• Duduklah seselesa yang mungkin, dalam


keadaan relaks tetapi mestilah tegak.
• Jawablah setiap persoalan yang
dilontarkan secara tenang dan sedikit
senyuman.

JANGAN
SESEKALI …..
• Jawab secara bersahaja seperti “a ah”.
• Bercakap secara terlalu lembut dan terlalu
perlahan.
• Memegang muka, mulut dan mengeliatkan
kepala.
• Berpeluh secara berlebihan.
• Merokok.
• Mengunyah gula-gula getah (chewing gum).
• Menggoyangkan kaki @ bersilang kaki.
• Bermain-main dengan pensil @ pen sambil
mengaju-ajukan tangan.
• Bersiul.
• Menjegilkan mata.
• Membersihkan kuku.
• Menggunakan slang ketika menjawab
soalan.
• Menggunakan nama penemuduga tanpa
menggunakan gelaran yang
sepatutnya.
• Memegang dan bermain dengan
barang-barang yang ada di meja panel
penemuduga.
• Mengusik-usik rambut.
• Memotong percakapan panel
penemuduga.
SOALAN YANG BIASA
DITANYA …
1. Penguasaan bahasa ke-2
2. Perkara yang terbaik pernah dilakukan @
dicapai
3. Kemahiran-kemahiran teknikal yang ada
pada calon
4. Pengetahuan am
5. Kekuatan atau kelebihan anda
6. Kelemahan diri yang dimiliki
7. Pernah menghadapi apa-apa konflik
bersama majikan terdahulu @ pensyarah
8. Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda
bekerja?
9. Bagaimanakah anda menerangkan tentang
jawatan yang dipohon adalah bersesuaian
dengan diri anda
10.Bagaimana status pendidikan anda dapat membantu
kerjaya anda di dalam syarikat ini?
TIPS MENJAWAB
SOALAN
• Cara terbaik untuk mempamerkan atau
menunjukkan keinginan anda terhadap
jawatan yang dipohon semasa
ditemuduga ialah mesra dan sentiasa
tersenyum.

• Nada suara ketika menjawab soalan


yang diajukan mestilah tegas dan jelas.
Tujuannya adalah untuk mempamerkan
keyakinan diri anda semasa
ditemuduga.
JIKA ANDA DITANYA MENGENAI
KEKUATAN DAN KELEBIHAN
ANDA?

Beritahu mengenai kelebihan


yang ada pada diri anda dan
bagaimanaia boleh membantu di
dalam pekerjaan yang anda
pohon.
JIKA DITANYA MENGENAI KELEMAHAN
ANDA PULA, ANDA HARUS BERHATI-HATI.
Pilihan untuk jawapan sebegini ( jawapan
yang negatif tetapi sebenarnya bagus /
positif ). Contohnya :

1. “ Saya kadang kala kurang sabar, tetapi ia


membuatkan saya bekerja dengan lebih
baik.”

2. “ Bila saya memulakan sesuatu projek atau


tugasan baru, kadangkala saya lupa makan
tengahari.”

3. “ Disebabkan saya adalah seorang yang


sukakan kesempurnaan, kadangkala ia
sukar kerana saya rasakan orang lain tidak
dapat memberikan yang terbaik sepertimana
diri saya.”
BERIKAN JAWAPAN NEGATIF YANG TIADA
KESINAMBUNGAN DAN KAITAN DENGAN
PEKERJAAN ANDA ITU:

1. “ Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya


selalu bawa kamus bersama saya.”

2. Yakinkan penemuduga bahawa tiada


kelemahan yang tidak boleh anda atasi
sekiranya anda diberi jawatan tersebut.

3. Beritahu juga, sekiranya terdapat


kekurangan / kelemahan anda akan
menanganinya dan belajar dari pengalaman
itu.
APAKAH YANG ANDA INGIN
LAKUKAN DI DALAM
KEHIDUPAN ANDA?

1. Seimbangkan jawapan anda pada soalan sebegini


dan terangkan keikhlasan, cita-cita dan keinginan
anda untuk bekerja disyarikat tersebut.

2. Elakkan dari bercakap mengenai keinginan anda


untuk membuka perniagaan sendiri, membuka
konsartium dan sebagainya.

3. Tidak perlu menceritakan perihal kehidupan personal


anda samada berkahwin atau bujang, tetapi lebih
tekankan kepada impian dan matlamat anda untuk
berjaya dengan syarikat itu.
BAGI SOALAN MENGAPA
SYARIKAT INI PERLU
MENGAMBIL ANDA BEKERJA?

Terangkan tentang sumbangan


yang boleh anda beri kepada
syarikat disamping kualiti-kualiti
kerja lain yang boleh anda
lakukan.
FAKTOR
PENYEBAB MENGAPA
SESEORANG PEKERJA ITU
GAGAL MENDAPAT KERJA
1. TIADA KEYAKINAN DIRI

Ianya boleh disebabkan oleh


kurang pengalaman, kurang
maklumat semasa mengenai
pelbagai perkara. Oleh itu, perlu
banyak pergaulan untuk
menambah pengetahuan dan
keyakinan apabila berinteraksi
2. KURANG BERGAUL

Kurang kecenderungan untuk bergaul


dengan masyarakat luar, sebaliknya
menghadkan pergaulan kepada rakan
seperjuangan atau ahli keluarga
sahaja. Ini menyebabkan maklumat
dan pengetahuan yang dimiliki
terbatas. Pergaulan yang luas dapat
meningkatkan daya komunikasi sama
ada secara formal atau sebaliknya.
3. TIADA PERSEDIAAN

Tidak membuat persediaan


secara fizikal dan mental untuk
menghadapi dunia pekerjaan
ketika belajar dan selepas
menamatkan pengajian di pusat
pengajian tinggi.
4. KURANG PENAMPILAN

Tidak membiasakan penampilan


yang kemas, segak, anggun,
menarik dan bergaya setiap hari.
Ini menyebabkan anda rasa
kurang selesa dan kekok
berkeadaan sebegitu ketika
menghadiri temuduga.

Anda mungkin juga menyukai