Anda di halaman 1dari 23

1

TIP
MENGHADAPI
TEMUDUGA

Ts. Muhamad Bukhari bin Othman


Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni
Kolej Komuniti Sabak Bernam
KANDUNGAN
1 Pengenalan
2 Bab 1 – Persediaan
3 Bab 2 – Perkara penting hadapi temuduga
4 Bab 3 – Teknik jawab soalan
5 Bab 4 – Senarai website menawarkan pekerjaan
6 Kesimpulan
PENGENALAN
Tip Menghadapi Temuduga

1
TIP MENGHADAPI TEMUDUGA

Pengenalan
Dunia hari ini penuh mencabar, persaingan semakin sengit, siapa yang
bijak dan mendahului pencabarnya akan mampu menguasai pekerjaan
dan perniagaan. Namun ada sebilangan kecil di antara kita mengambil
mudah dalam beberapa perkara menyebabkan kita ketinggalan dan kita
hanya mampu menyalahkan takdir tanpa tekun berusaha dan mencari
ruang dan peluang.

Walaupun sukar, namun kita harus percaya bahawa usaha dan


ketekunan akan membawa kita kepada kejayaan. Ebook Tip
Menghadapi Temuduga’ ini adalah salah satu usaha membantu calon
yang baru sahaja menamatkan pengajian untuk menghadapi temuduga
dengan berkesan. Ini kerana terdapat banyak keluhan daripada majikan
bahawa kebanyakan calon tidak bersedia dan tidak mampu
memberikan keyakinan kepada majikan untuk mengambil mereka
bekerja sedangkan kelulusan dan kemahiran yang ada pada calon
sangat baik, tetapi apabila sesi temuduga calon ini tidak mampu
mendapatkan pekerjaan kerana faktor sikap dan persaingan pekerjaan
yang semakin terbuka.

Oleh itu, besarkan harapan agar ebook ini dapat memberikan manfaat
kepada calon temuduga bagi mengadakan persediaan yang ‘simple’
tetapi mampu memberikan impak yang postif Ketika menghadapi sesi
temuduga.

2
BAB 01

Persediaan
Persediaan penting bagi menghadapi temuduga

3
Persediaan
• Penampilan diri :
a) Pakaian calon temuduga hendaklah kemas dan tidak
mencolok mata. Sebaiknya calon melakukan kajian apakah
etika pakaian di syarikat yang hendak ditemuduga.
b) Pakaian hendaklah simple dan warna pakaian sebaiknya
plain dan tidak menganggu pandangan mata.
c) Pastikan rambut disikat dengan rapi, kuku dipotong supaya
nampak teratur dan kemas.

• Berkeyakinan tinggi dan bersemangat :


a) Sentiasa mengekalkan ekpresi wajah yang sentiasa senyum
dan ceria walaupun calon berasa tidak puas hati atau
terganggu dengan soalan daripada panel.
b) Mengeluarkan suara yang jelas ketika bercakap dan
mengekalkan momentum sehingga ke penghujung temuduga
bagi mengekalkan aura positif.

• Ketika di bilik temuduga :


a) Ketuk pintu sebelum masuk dan sentiasa meminta izin
terlebih dahulu.
b) Beri salam terlebih dahulu dan sambut salam jika
penemuduga menghulurkan tangan.
c) Meminta kebenaran untuk duduk, kemudian calon
hendaklah cepat menyesuaikan diri dengan kerusi dan
persekitaran bilik temuduga.

4
Persediaan
• ‘Eye Contact’ :
a) Adakalanya calon melihat ke arah lain Ketika menjawab
pertanyaan, mungkin ini berlaku kerana perasaan gementar atau
kurang yakin
b) Calon hendaklah sentiasa mengekalkan hubungan mata
dengan penemuduga.

• Menjadi diri sendiri :


a) Lebih baik calon bercakap dengan cara yang natural, barulah
kita akan kelihatan jujur.
b) Elakkan berbohong dan sentiasa menjadi diri sendiri.
c) Intonasi hendaklah konsisten sepanjang temuduga.

5
BAB 02

Perkara
Penting Hadapi
Temuduga
Perkara yang perlu di ambil berat ketika temuduga

6
Perkara penting
hadapi temduga
• Lambat hadir ke temuduga :
• Adalah pantang syarikat apabila calon hadir lambat ke temuduga,
ini akan memberikan persepsi yg buruk kepada calon kerana
kebanyakan syarikat sangat mementingkan masa.

• Kurang persediaan untuk ditemuduga :


• Calon tidak membawa fail dokumen yang diperlukan majikan.
• Menunjukkan bahawa calon seperti tidak berminat dan tidak
bersunguh-sungguh.

• Kesalahan tatabahasa atau ejaan pada surat permohonan kerja :


• Ini akan jelas menunjukkan bahawa calon bukan orang yang teliti
dalam penyediaan dokumen, kadang kala pekerjaan yang calon
mohon ada melibatkan keperluan untuk menghasilkan laporan.
• Ini akan memberi gambaran awal bahawa calon tidak mampu
menghasilkan laporan dengan baik.

• Penguasaan bahasa yang teruk dan sukar difahami :


• Adalah sangat penting bagi calon untuk menyediakan ringkasan
isi penting apa ingin diperkatakan ketika temuduga supaya
nampak lebih tersusun dan tertib.
• Elakkan guna bahasa pasar seperti ganti nama ‘kita orang’,
• Gunakan Bahasa yang ringkas dan mudah difahami dan tidak
meleret-leret.

7
Perkara penting
hadapi temduga
• Meminta gaji yang melampaui batas :
• Calon hendaklah realistic dan membuat ‘market survey’
berapakah kelayakan gaji yang sesuai bagi calon yang baru
graduasi.
• Yang paling penting adalah mendapatkan pengalaman terlebih
dahulu barulah kita layak untuk ‘demand’ gaji yang tinggi apabila
kita dah Berjaya menguasai sesuatu bidang tersebut.

• Mengeluh, merengek ketika temuduga:


• Menunjukkan sikap yang tidak profesional apabila kita mengeluh,
ini juga akan memberikan gambaran awal yang tidak baik kerana
kebanyakkan majikan mahukan pekerja yang sentiasa positif dan
tidak membawa budaya ‘toxic’ kepada syarikat.

• Memburukkan bekas majikan :


• Ini adalah satu lagi contoh calon yang tidak professional kerana
memburukkan majikan lama, ini juga akan memerangkap calon
kerana penemuduga akan melihat bahawa anda orang yang akan
bercakap belakang dan tidak boleh dipercayai.

• Sombong, angkuh dan suka cakap besar :


• Calon hendakkan menunjuk kemampuan diri dengan cara yang
positif dan merendah diri, bukannya dengan cara dengan
membanggakan diri terlalu berlebihan. Ini akan memberikan
gambaran bahawa anda seorang yang bakal tidak digemari oleh
rakan sekerja yang lain dan sukar menerima pandangan orang
lain.

8
BAB 03

Teknik Jawab
Soalan
Teknik berdepan soalan daripada penemuduga

9
Tentang Diri
Soalan yang paling kerap disoal dalam sesi temuduga. Ikut langkah di
bawah untuk tarik perhatian penemuduga.

• Sediakan ringkasan terkini kerjaya anda. Ringkasan kerjaya anda


merupakan isi penting kepada respon anda. Oleh itu, sila pastikan
ianya menarik dan menyokong objektif pekerjaan anda.

• Pastikan penemuduga memahami tentang pengalaman anda


untuk diguna pakai dalam jawatan yang dipohon.

• Pastikan jawapan anda sesuai dengan keperluan organisasi


pekerjaan tersebut.

10
Tentang Syarikat
• Perkara yang paling teruk boleh terjadi dalam temuduga adalah
menghadiri temuduga tanpa mengetahui serba sedikit tentang
syarikat tersebut.

• Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu terhadap syarikat


tersebut:

• Carian atas talian (online), lihat laman web syarikat tersebut.


Kenalpasti latar belakang syarikat tersebut, siapakah mereka,
apakah perniagaan mereka dan mengapa anda mahu bekerja
dengan mereka.

• Ini membolehkan anda menjawab soalan tersebut dengan mudah.

11
Kenapa anda ingin
bekerja dengan
kami
Anda mempunyai 2 objektif utama dalam menjawab soalan ini:

Anda perlu yakinkan penemuduga bahawa anda menyukai syarikat


tersebut dan merasakan bahawa ia adalah tempat yang anda untuk
terus maju berkembang dan melihat sebagai sebuah syarikat yang
baik.

Jual diri anda dan tunjukkan bahawa anda mempunyai pengetahuan


tentang syarikat tersebut, kemahiran serta pengetahuan anda yang
mendatangkan kebaikan kepada syarikat tesebut.
Contoh : Saya suka bekerja dengan orang ramai dan ingin
melakukannya dengan syarikat yang mempunyai reputasi baik seperti
syarikat anda. Saya telah melihat laman web syarikat anda dan saya
boleh lihat bahawa syarikat ini mempunyai asas yang kukuh dan nilai
yang sangat baik.

12
Apakah kekuatan
anda
Kekuatan anda adalah kombinasi bakat, pengetahuan dan kemahiran
anda. Tulis pernyataan positif yang anda boleh sebut dengan penuh
keyakinan. Contoh : Kekuatan saya adalah fleksibiliti mengawal
perubahan. Sebagai pengurus khidmat pelanggan dalam pekerjaan
sebelum ini, saya mampu merubah persekitaran kerja yang negatif
dan menubuhkan pasukan yang sangat memberi sokongan. Bagi
kelemahan pula, saya merasakan bahawa kemahiran pengurusan saya
boleh dimantapkan lagi, dan saya sentiasa cuba untuk
meningkatkannya.
Apabila berhadapan dengan soalan ini, anda perlu jawab jawapan
yang penemuduga mahukan. Jawapan anda menggambarkan diri
anda.
Berikan pernyataan yang bertenaga - apa yang anda boleh tawarkan
kepada syarikat tersebut.
Pastikan penemuduga tahu bahawa walaupun anda mungkin bukan
calon yang sempurna, tetapi anda bekerja keras untuk mengatasi apa
saja kelemahan anda.

13
Apakah kelemahan
anda
Jangan sesekali gunakan “terlalu kuat bekerja” dan “terlalu
mementingkan kesempurnaan” sebagai jawapan kerana kedengaran
negatif.
Untuk kelemahan, pilih satu yang tidak mempengaruhi kelayakan anda
untuk jawatan yang dipohon. Kemudian, huraikan kepada penemuduga
apa yang anda lakukan untuk mengatasi kelemahan tersebut.
Perkara paling penting adalah anda harus menunjukkan bahawa anda
belajar dari kesilapan dan kelemahan anda dan mengambil tindakan
untuk perbaiki kelemahan tersebut.
Contoh : Jika jawatan yang dipohon tidak memerlukan anda bercakap
di hadapan orang ramai, beritahu penemuduga bahawa anda
mempunyai kelemahan bercakap di hadapan orang ramai dan
seterusnya menekankan bahawa anda sedang mengikuti kursus ucapan
awam untuk mengatasi masalah tersebut.
Yakinkan penemuduga bahawa sekiranya anda mengenalpasti
sesuatu masalah, anda akan terus mengambil tindakan untuk
memperbetulkannya.

14
Intro Page

Sumbangan yang
anda boleh berikan
Jangan cari jawapan di laman web, sebaliknya berikan jawapan
berdasarkan apa yang anda rasa dan secara ikhlas.
Nyatakan apa yang anda boleh lakukan untuk membantu syarikat
tersebut. Lalui proses temuduga dengan penuh keyakinan seolah-olah
anda tiada saingan kerana anda adalah yang terbaik.
Contoh : Saya adalah calon yang terbaik untuk jawatan ini dan saya
sudah bersedia untuk mengerah tenaga untuk syarikat ini. Saya
sudah bersedia memberi 300% sumbangan saya terhadap syarikat ini.
Pastikan anda tidak terlalu bermegah sehingga kedengaran
menjengkelkan. Jadi diri sendiri, dan dalam masa yang sama jadikan
diri anda sepertimana yang mereka inginkan dalam syarikat mereka.

15
Kenapa anda ingin
tinggalkan
pekerjaan sekarang
Kekal postitif walau dalam apa pun keadaan.
Contoh : Saya ingin mencari pengalaman baru dalam syarikat ini.

Jangan sesekali berikan jawapan :

Merujuk kepada masalah besar dengan pengurusan.


Bercakap buruk tentang penasihat, rakan sekerja atau syarikat tempat
anda bekerja sekarang.

BAGAIMANA ANDA MENGAWAL


Bagaimana anda
STRESS & TEKANAN

mengawal stress
Berikan jawapan yang positif, dan sertakan contoh yang realistik
tentang bagaimana anda mengawal tekanan atau stress di tempat
kerja.

16
Mengapa perlu
mengambil anda
bekerja
Berikan sebab –sebab mengapa anda adalah calon terbaik
berbanding calon lain.
Fokus kepada nilai diri anda.
Contoh : Saya mempunyai daya fokus yang tinggi walaupun dalam
situasi yang penuh tekanan dan sukar.

Di mana
DIMANA anda
ANDA akan
AKAN melihat
MELIHAT DIRI
ANDA 5 ATAU 10 TAHUN LAGI
diri anda 5 atau 10 tahun
lagi
Berhati-hati dengan perancangan anda.
Penemuduga akan melihat beberapa aspek dalam soalan ini:
- Adakah anda seorang yang membuat perancangan awal dan
menetapkan matlamat? Anda sepatutnya menjadi individu
tersebut.
- Adakah matlamat anda bersesuaian dengan syarikat dan
jawatan yang dipohon? Matlamat anda perlu seiring dengan
perjalanan kerjaya untuk jawatan tersebut. Ini adalah kerana
syarikat tidak mahu kehilangan pekerja dalam masa yang
singkat.

Contoh : Selepas 5 tahun, saya melihat diri saya sebagai seorang


yang lebih berkemahiran di dalam bidang saya
17
BAB 04

Senarai Website
Yang
Menawarkan
Pekerjaan
18
Sumbangan yang
anda boleh berikan
JOBSTREET.COM SPA.GOV.MY
JOBMALAYSIA.GOV.MY
MAUKERJA.MY MY.JORA.COM
GRADMALAYSIA.COM
MONSTER.COM.MY
MYSTARJOB.COM
LINKEDIN.COM

Melalui laman sesawang ini calon boleh mengetahui sekiranya


terdapat jawatan kosong atau pun tidak

19
Kesimpulan
Proses temuduga merupakan sesuatu yang sangat penting bagi
permulaan sesuatu karier. Usaha sangat penting bagi
memastikan kita mampu memperkasakan potensi bakat yang
ada pada diri kita, keazaman yang kuat mampu menjadikan kita
insan yang berjaya.

Semoga dengan adanya ebook ini sedikit sebanyak dapat


membantu bakal calon temuduga untuk mendapatkan tip awal
sebagai persediaan menghadapi temuduga yang sebenar.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai