Anda di halaman 1dari 51

ASAS

PEMASARAN ONLINE

ASAS
PEMASARAN
ONLINE

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

FOXEE

FOXEE adalah sebuah Business Learning Platform PERTAMA di Malaysia yang bersistematik
menggunakan sistem bagi mengumpulkan semua usahawan-usahawan online di Malaysia.

Dalam Platform FOXEE terdapat 2 keahlian UTAMA iaitu:-

1) FOXEE STARTUP (Basic Membership)

Anda akan belajar Asas dalam Bisnes Online serta belajar cara borong barang dari China
secara online tanpa perlu ke China.

2) FOXEE UNITY (Advance Membership)

Ahli UNITY dapat menajamkan skills sedia ada melalui eLearning Centre. Antara ciri-ciri yang
ada didalam eLearning adalah Courses, Tutorial, Video Tutorial, Webinar serta UNITY
Directory.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

ASAS PEMASARAN ONLINE

eBook ini kami tidak ajar cara membeli dari China. Sila rujuk pada eBook Lubuk Shopping
China yang kami berikan semasa anda selesai mendaftar. eBook ini memfokuskan bagaimana
anda nak mula berniaga menggunakan FB dan instagram tanpa melibatkan kos yang besar.

eBook ini ditulis oleh saya sendiri, Aten Adanan. Apa yang saya kongsikan adalah 100%
daripada pengalaman saya.

1. Kami guide cara yang betul untuk anda berniaga di 3 Channel Marketing tanpa melibatkan
Kos yang tinggi iaitu FB PROFILE, FB GROUP Dan INSTAGRAM.

2. Saya gunakan ilmu dan pengalaman yang ada selama hampir 10 tahun untuk di gunakan
bagi memulakan perniagaan anda.

3. InsyaAllah kalau buat apa yang saya akan ajarkan, anda berpotentsi mendapatkan
minimum 4 angka hingga 5 angka sebulan

4. Anda boleh terus jadi dropship under kami (www.tens.space). Info lanjut akan di
terangkan kemudian dipenghujung eBook.

Ilmu ini boleh di gunakan pada perniagaan anda semua, yang baru nak mula berniaga atau
yang sudah lama berniaga tapi tak tahu ILMU yang kita perlu ada bagi memastikan
perniagaan kita dapat bertahan lama.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Pendahuluan

Firstly kak Aten nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kepercayaan dari anda
semue tidak kira yang pernah berniaga atau baru nak belajar berniaga. Ramai yang ingin
berniaga tapi masih tak dapat rentak bagaimana nak bermula.

Kak Aten bukan cikgu, bukan mentor apatah lagi sifu. Apa yang kak Aten bakal kongsikan
bersama anda semua adalah hasil daripada pengalaman sendiri, pembelajaran, panduan dan
seminar-seminar yang pernah kak Aten ikuti. Dari situ kak Aten gabungkan menjadi 1
panduan untuk korang gunakan untuk perniagaan.

Objektif utama eBook ini tidak la tertumpu pada menjual produk semata, tapi lebih kepada
ILMU pembelajaran bagaimana kita nak berniaga. Kadang-kadang kita berniaga tapi sales
tiada. Ingat ye, ini bukan masalah barang yang kita jual tak ada orang nak, tetapi MASALAH
UTAMA adalah kurangnya ILMU yang kita ada dalam bidang perniagaan. Jika kita ada ILMU,
percayalah apa yang kita jual pasti laku. setuju?

Kak Aten selalu tekanakan dan sentiasa tanam dalam diri bahawa pentingnya 5 perkara
untuk kita berjaya dalam apa jua. 5 perkara ini sangat bergantung antara Satu sama lain.

1. Ilmu

2. Mentor

3. Sistem

4. kuasa tindakan

5. Impian

Contoh mcm ni la. Kita berperang dulu ke atau kita fikir strategi dulu sebelum berperang?
Kalau kita terus berperang confirmmmm kecundang!

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Haa, sama jugak la halnya.. Jika kita berniaga, Jika kita tiada 5 perkara di atas kita akan asyik
blurrr saje.. Tak tahu nak buat apa, nak meniaga APA. Nak mula dari mana dan nak berniaga
apa. Percayalah anda memang berniaga, tapi perniagaan anda tidak akan kekal lama.

Contoh. Orang kata susah nak jual pre order, tapi bagi kak Aten, takde la susah mana, sebab
kak Aten tahu caranya (ILMU)

Nasihat kak Aten, jangan pernah rasa rugi untuk invest pada ILMU. Sentiase upgrade ILMU..
Ilmu boleh dapat secara PERCUMA (Google dan Berbayar)

Cari cikgu, cari MENTOR dalam bidang yang sama yang betul-betul sesuai dengan perniagaan
kita.

Untuk berjaya dalam sesuatu bisnes, korang wajib ada sistem yang teratur dan berkesan.
Sampai satu masa, SISTEM ini boleh bantu korang untuk tidak perlu lagi bekerja kuat. Tapi
sistem yang akan bekerja dan jana duit untuk kita.

Apa yang paling penting adalah KUASA TINDAKAN yang menentukan perjalanan ke destinasi
yang anda IMPIKAN.

Perkara yang paling penting yang perlu anda tahu, KEJAYAAN tidak datang dalam sekelip
mata. Ianya memerlukan masa, tetapi dengan adanya ILMU anda dapat singkatkan masa.
Kak Aten akan share ILMU yang ada secara berperingkat.

So mari kita audit diri kita masing-masing, Anda sekarang berada dimana? Follow kak Aten
rapat-rapat untuk next step.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

SILIBUS ASAS PEMASARAN ONLINE FOXEE

Untuk eBook ni kak Aten fokuskan cara kita nak buat sales tanpa melibatkan marketing yang
banyak, tetapi InsyaAllah hasil yang kita perolehi berganda-ganda. Ada 3 platform yang kak
Aten akan ajar anda semua, untuk berniaga. Iaitu :

1. Facebook PROFILE

2. Facebook GROUP

3. Instagram

Tahukah Anda, dengan hanya 3 platform ini sahaja iaitu (FB PROFILE, FB GROUP Dan
INSTAGRAM) korang mampu menjana sehingga 4 ke 5 angka sebulan kalau betul caranya,
iaitu (fokus+konsisten=success)

Tahniah kepada sesiapa yang dah ada perniagaan sendiri tu. Jangan lepas ni kak Aten Bagi
ilmu korang tukar ye bisnes korang. Yang ADA kekalkan, cume kita nak perbaiki di mana
kesilapan yang kita lakukan. Macam Kak Aten jelaskan sebelum ini, objektif utama eBook ini
tidak la tertumpu pada menjual produk semata, tapi lebih kepada ILMU pembelajaran
bagaimana kita mahu berniaga..

Nak berniaga tak susah, tapi jadi susah sebab tiada ILMU dalam bidang itu. Nanti mula la kita
salahkan Individu atau Produk itu. salah cara itu. STOP BLAMING!

Sebenarnya, kak Aten nak korang gunakan ilmu yang kak Aten sampaikan untuk
penambahbaikan dalam perniagaan masing-masing. Guna sistem yang kak Aten akan berikan
dengan sepenuhnya. Kalau betul-betul mahu berjaya. Fikiran kene positive sentiasa. Kalau
apa yang Kak Aten ajarkan baik, ikut.. Mane rase tak baik dan tak sesuai abaikan. Boleh?

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Okey langkah pertama, kita tumpukan pada FB sahaja. Kita buat step by step okey.. FB kita
sentuh lebih pasal personal touch, personal branding, cari customer yang betul, dan macam
mana kita nak tarik customer beli melalui FB Profile kita tanpa sebarang MARKETING COST.

Kita sedia maklum, kalau kita main iklan di FB page, kita kene buat ads baru orang nampak
kemunculan Kita. Lagi satu, ia melibatkan kos yang berpanjangan. Kita kena konsisten untuk
permulaan, fokus mencari lebih ramai pelanggan.

Tetapi berbeza dari FB Profile, FB Group dan Instagram, di mana zero modal untuk kita
mulakan dan teruskan. Kalau kita tahu dan pandai gunakannya tools yang ade dengan
semaksimumnya, senang sangat untuk kita meniaga.

Saya nak ajar hanya gunakan FB profile, FB group dan Instagram sahaja kita boleh buat 4 ke 5
angka. Tapi FB Page wajib ade cume saya tak tekankan pada pembelajaran di sini. Saya
hanya nak ajar dan nak anda semua tahu, yang basic sahaja kita mampu buat untung yang
berterusan.

Seterusnya, Kak Aten nak cerita panjang lebar mengenai apa pentingnya Personal Branding
dan cara kita nak setting account FB kita sebagai seorang peniaga.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

FACEBOOK PROFILE

- Personal Branding

- Cara Setting Profile

Personal Branding sangat penting bagi mereka yang serius berniaga, ianya sangat penting
untuk kita di kenali menerusi perniagaan kita. Sekarang kita mula dengan FB Profile. Langkah
pertama ini sangatlah penting untuk orang mengenal dan mengetahui siapakah diri kita di
Mata mereka

Cantikkan profile FB anda. Supaya nampak anda seorang berniaga.

Info basic yang wajib ada pada FB profile anda

1. Nama yang senang orang nak ingat (Contoh Aten adanan)

2. Gambar muka sendiri (bukan muka kucing)

3. Cover photo mesti berlatarbelakangkan apa yang korang buat (Contoh saya buat servis di
mana saya mengajar orang beli barang dari China so gambar cover photo saya menceritakan
apa yang saya buat)

4. Details info (Nama company | sapa Anda)

5. Nama instagram

6. Nama website

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Contoh seperti di bawah

Siapa sudah pass bab ni? Maksud saya FB profile die settings mcm ni? Yang bertanda hijau tu
wajib anda tulis di account FB anda. Sapa yang dah buat, tahniah! Siapa yang belum buat
lagi, boleh la terus buat ya. Ini adalah info basic yang anda wajib ada.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Okey, selepas dah siap setting account FB anda, langkah seterusnya saya nak kongsikan apa
yang anda wajib buat setiap hari di FB profile kita supaya orang tahu kewujudan kita dan
siapa kita.

FB STORY - Setiap hari wajib update supaya follower atau kawan kita tahu kewujudan kita
(kalau kerap anda update FB story anda, comfirm orang akan terclick jugak)

SHARING - Di wall fb masing-masing. Sehari min 1x, nak lagi power 4x sehari.

Kalau tidak pandai nak post status apa-apa, anda boleh cuba kaedah ini :

- Bina post bertanya Kan soalan

- Anda boleh share pasal apa yang anda buat..

- Video pendek yang menarik

- Tips yang bermanfaat (Contoh cara bukak account company)

- Anda boleh share tips yang anda rasa orang suka (Contoh cara kekal langsing kalau anda
jual bahagian kecantikan dan kesihatan)

- Anda boleh share quote

- Anda boleh share mcm mana anda bangkit dari kegagalan

- Kalau dah biasa, anda boleh saja bercerita pada kawan-kawan anda tentang apa sahaja
perkara yang berkenaan dengan perniagaan anda

- Secret tips ; setiap kali post status di FB anda jangan lupa di akhiri dengan hashtag (#) anda
setiap kali anda post.

Nota kaki : Jangan hard sell pada FB. Sehari sekali aja. (sebab tu penting ya, step yang
pertama saya suruh buat) info basic yang wajib ade pada FB profile kita yang lain selitkan
apa yang saya cakap yang bertanda.

Memang mula-mula nampak mcm orang gile, anda tanye, anda like, anda jawab tetapi kalau
anda buat benda ni secara konsisten selama 3 bulan pertama pasti nampak perubahan yang
ketara. Cubalah!

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Makan masa tetapi tidak mustahil boleh jadi penuh sekejap sahaja

1. Anda on kan butang follow pada FB anda

2. Anda berkawan dengan semua orang yang positive di FB anda. Kalau tidak suka unfriend
sahaja (Cari kawan yang positive)

3. Anda cari kawan di FB group, cara ni sangat pantas untuk dapatkan follower (secret
weapon)

Caranya--> anda buat contest seminggu sekali. Pemenang bertuah dapat apa-apa mengikut
kemampua. Kalau jual beg, boleh bagi beg.

Dalam status tu wajib anda suruh mereka buat

- follow anda

- see first

- share Di wall FB masing2

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Anda buat seminggu sekali selama 3 bulan pertama. Perlukan modal sedikit tetapi hasilnya
sangat memberangsangkan.

Di bawah adalah contoh keberkesanan ahli dari program dropship yang lepas cara cari
kawan di FB Group.

Dalam mase 3 jam sahaja. Hampir penuh kawan di FB profile dia, dari 1 group sahaja.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE


Sebab kurang orang respon pada status kita

Kalau anda selalu update status tapi tiada orang layan atau kurang respond kemungkinan
ada beberapa sebab

1. Setiap minit kita update status

2. Kawan yang ada di FB anda tidak active

3. Apa yang mereka cari tiada pada status anda

4. Mungkin anda jarang update status, menyebabkan orang tidak tahu kewujudan anda
(pentingnya konsisten buat apa yang saya ajar) FBStory, dan update status di profile setiap
hari.

5. Anda just share article orang lain tapi tak pernah buat status sendiri

6. Mungkin sebab anda tidak pernah komen atau like status orang lain

7. Mungkin sebab anda suka post benda negative dan annoying.

8. Ini paling kritikal, mungkin sebab kawan dekat FB anda cume anda sahaja

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Marketing kena buat setiap hari, memang penat tapi wajib kena buat. Marketing tidak boleh
berhenti tapi boleh di kurangkan pada waktu-waktu yang tak produktif. Kalau kadan-kadang
sahaja buat, income pun kadang-kadang ajela ade.

Walaupun masih demam kita masih lagi boleh buat marketing. Sebab tidak perlu berdepan
dengan orang.

Caranya

1. Setiap waktu 3x umpan. Pag , Tengah hari dan Malam..

2. 1 Kali pos minimum 3 group yang berbeza. Jadi total 9 iklan di group yang berbeza setiap
hari, kalau banyak lagi bagus.

3. Guna ayat yang berbeza. Kadang cara penyampaian yang berbeza boleh menyebabkan
orang tertarik.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

4. Boleh juga jika nak tarik orang, adakan contest di FB Group tu sendiri (teknik sama mcm
FB profile)

1. Ikut group yang related dengan perniagaan kita

Contoh : jual baju baby. Join sahaja seberapa banyak group yang ada berkaitan baby, boleh
search dekat button search di FB. Taip baju baby murah ke baju baby lawa ke baju baby
preluv (Saya join lebih dr 150 group) kene rajin cari.

2. Untuk yang ada barang ready stock guna kaedah ini. Join group sekitar tempat tinggal
kita dan berhampiran tempat tinggal kita.

Contoh : kita duduk putrajaya, kita join group yang dekat dengan area kita seperti komuniti
putrajaya, komuniti bangi, warga Shah Alam, penduduk cheras dan shah alam. Then kita
boleh terus hard sell.

Contoh ayat : hi semua, Saya ada jual baju budak murah, ada kasut, rompers dan beg budak.
Esok dan lusa saya free. Sapa2 yang duduk Di sekitar KL, nak order Saya boleh COD, banyak
sangat baju yang Cantek2.. Sila2 la jenguk FB atau insta saya (Siapa yang like dan komen Kita
terus add friend or suruh mereka follow anda rapat-rapat)

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

3. Untuk yang jual barang pre order pun boleh jugak guna keadah ini. Cuma
penyampaiannya sedikit berbeza.

Contoh:hi semua, lawa tak beg ni? Harga pasaran rm100 tapi saya jual rm70 ajew, sebab
saye amek direct dr kilang..lagi murah dr tempat biasa..ade sapa2 nak selit order?Hari ni
order dapat after 9 Hari waktu bekerja..yang bestnye ade cod taw Di sekitar KL Dan
Selangor..boleh bayar 2x(kalau Harga barang mahal)ok sapa2 nak order boleh terus inbox
Saya or wasap saya or boleh tinggalkan no phone di bawah.

Sebelum saya sentuh bab instagram, saya harap siapa yang dah ada perniagaan di Instagram
jangan tukar perniagaan, apa yang perlu kita tukar adalah style kita berniaga. Dari biasa-
biasa kepada luar biasa sehingga kita mampu membuat duit menggunakan platform ini
dengan semaksimumnya. Tak kisah untuk retail dan servis, moga ilmu yang akan Kak Aten
berikan boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

SILIBUS INSTAGRAM

1. Cara setting bio di instagram

2. Basic app yang wajib ade di Instagram

3. Cara kita nak naikkan follower di Instagram secara konsisten

4. Apa yang perlu kita update dekat instagram setiap hari

5. Cara nak jadikan followers kepada fan/customer

6. Masa Emas yang wajib kita post dekat instagram setiap hari

7. 5 apps untuk jadikan gambar cantik dekat instagram

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Maklumlat yang wajib ade pada setiap instagram kita, detail mestilah jelas. First impression
orang, kalau first step anda ini tidak lengkap, peluang untuk orang follow anda adalah sangat
tipis.

Pada permulaan perniagaan , orang tidak tahu siapa kita, orang tidak tahu mcm mana nak
cari Kita. Sebab itu la penting nya kita wajib isi detail perniagaan kita supaya bila customer
search di bahagian top people kedai kita yang akan muncul dahulu berbanding dengan
kedai-kedai yang berjenama seperti brand terkemuka.

Saya bagi contoh account instagram yang boleh dijadikan rujukan.


Yang bertanda adalah maklumat wajib anda kena ada dan di isi di tempat yang betul

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

1. Apa yang kedai kita tawarkan/jual

2. Jika ada website, alamat kedai masukkan

3. Keterangan ringkas mengenai barang yang kita jual

4. Call to action (website or whatsapp)

Kenapa perlu ada details yang betul pada bio kita? Saya bagi beberapa contoh :

Bila kita search beg, cuba lihat tensspace.handbag berada paling atas antara brand-brand
yang ada, rahsianya di sini adalah cara kita setting bio di instagram kita, dan yang paling
utama adalah konsisten post di ig setiap hari, insyallah Instagram kita akan berada dalam 20
teratas yang tersenarai dalam pencarian.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Cuba lihat lagi, bila kita search pada bahagian people, instagram kita masih lagi tersenarai di
antara product yang kerap orang cari, seterusnya bila detail kita betul kita punya product
still lagi berada di top 20.

Maklumat tambahan jika anda mempunyai pelbagai item untuk di jual, asingkan mengikut
niche bisnes anda, create beberapa instagram supaya perniagaan anda nampak sempurna

Contoh

Ø IG 1 ---> Women clothing (baju, seluar, shawl)


Ø IG 2 ---> Beg (back pack, women bags, man bags, luggage)

Contoh anda ada 3 jenis product, nama kedai anda tensspace, anda boleh buat mcm ni

Ø tensspace.bags
Ø tensspace.clothing
Ø tensspace.beauty&health

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Contoh yang tak bagus untuk 1 account instagram

Ø Baju baby
Ø Perabut
Ø Aksesori kereta
Ø Handbags

All in 1. Nampak macam pasar malam bukan? Semua ada, pening orang nak tentukan mana
satu perniagaan kita. Kalau semua konsisten post setiap hari nanti anda punya instagram
akan tersenarai dalam top 20 di pencarian.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Saya nak share tips penting yang wajib kita tahu, bila gunakan platform instagram sebagai
sumber pendapatan. Tidak di nafikan jika kita berniaga di instagram lagi-lagi yang ambil
barang dari china dan yang jual copy ori, kebarangkalian peratus untuk anda hilang
instagram adalah tinggi. Ini berdasarkan pengalaman saya yang lepas.

Tips penting

1. Jika anda gunakan 100% channel Instagram untuk berniaga, Saya berpendapat mesti ade
lebih dari 2 account untuk backup

2. Bagi yang jual barang berjenama, anda di larang keras untuk menggunakan #tag yang
bukan milik anda. Contoh anda jual copyori dior tapi anda claim #diorori #diormalaysia
#sayajualdior #diorpremium #diormurah (kebarangkalian account anda akan di padam
sangat tinggi)

3. Create 1 or 2 #tag anda sendiri. Contoh #atenpreluv #atenfeedback

4. Pentingnya ada website untuk kita kekal dalam perniagaan di masa akan datang

5. Cara kita berniaga menentukan hala tuju kita (Jangan salahkan produk)

6. Berniaga mesti ada ILMU baru boleh make money beribu ringgit

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Aplikasi sangat penting bagi memudahkan kita membuat kerja. Lagi2 yang berniaga di
instagram, ingat ye, gambar yang cantik dan jelas amatlah penting untuk kita meraih
like/komen dari followers kita, Ia juga boleh membantu kita membuat kerja dengan lebih
detail dan teratur. Hanya dengan menggunakan phone sahaja kita boleh dapat hasilkan
gambar yang sangat cantik dan menarik sama macam menggunakan adobe photoshop.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE


Just search text on photo Nant Akan kelua pelbagai apps yang kita boleh guna untuk
edit text pada photo



Insta grid pula untuk edit gambar pada post di instagram, fungsinya untuk crop atau
membahagi sebuah gambar ke dalam beberapa bahagian. Contoh 3×1, 3×2, 3×3, 3×4,
dan 3×5


Okey ni Antara apps yang bagi saya wajib ada. Schedule post

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Anda boleh schedule post di instagram anda seminggu terus. Unlimited post tetapi
berbayar. RM90/ month. Ianya sangat berbaloi dan menyenangkan bagi yang sangat
sibuk bekerja pada yang sama ingin berniaga juga.



Okey next step, Kak Aten nak share kepada anda semua cara bagaimana untuk
naikkan followers di instagram secara konsisten maksudnye benda yang anda tidak
boleh miss buat Atau dalam erti kata lain jika salah satu di bawah ni anda tak buat,
InsyaAllah apa yang anda jual, banyak mane pun stock anda tak ada / jarang orang
nak beli dan instagram anda akan kekal mcm tu sahaja sampai bila-bila. Jadinya sia-
sia anda berniaga.

1) FOLLOW UNFOLLOW
Teknik ni perlukan kerajinan yang tinggi. Bila kita follow orang, baru orang akan
follow kita balik. Sehari minimum 1000 orang kita boleh follow, tapi perlu ingat ianya
perlukan kerajinan yang konsisten, masa dan tenaga. Kalau jenis yang malas macam
Kak Aten cara ni memang tak sesuai dan membazir masa.


2) GUNAKAN BOT (SERVIS NAIKKAN FOLLOWER)
Bot ni adalah robot yang bantu kita untuk follow dan unfollow secara automatik.
Macam saya terangkan Di group luna support. Servis naikkan follower saya buat ni

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

secara konsisten selama 2 tahun pertama. Boleh jadi sangat berkesan, jika targetted
kita tepat (kene banyak study dan pahamkan siapa target market kita yang sebenar)
jika kita buat secara konsisten sebulan boleh mencapai 3k follower. Sekarang banyak
sangat yang jual sistem untuk naikkan followers. Kita boleh bayar servis kepada yang
berkenaan atau beli sistem dan buat sendiri.

3) SWAP REVIEW
Teknik ni adalah kita bertukar review dengan IGShop yang lain dalam niche yang
sama atau pun yang berbeza.

Contoh 1 - Jika anda jual phone, cari instagram atau kawan anda yang jual casing
phone. Korang boleh bertukar-tukar review atas persetujuan masing-masing dan kos
pun zero (free marketing cost). Bak kata pepatah win-win situation.
Contoh 2 - Swap review dengan mana-mana instagram lain yang lebih kurang jumlah
follower mereka sama dengan kita. Kalau instagram kita masih sedikit, kene buat
teknik no 2 secara konsisten terlebih dahulu. Tetapi boleh je kalau kita mintak tolong
kawan-kawan kita yang berniaga di instagram untuk review instagram kita

4) PAID REVIEW
Sebenarnya teknik ni antara teknik yang paling berkesan untuk kita mendapatkan
followers yang berterusan, ia memerlukan modal sedikit berbanding teknik yang lain
tetapi apa salahnya jika teknik ini mampu memberi pulangan yang lumayan kepada
kita setiap bulan.

Sehari follower kita boleh meningkat sehingga 100-500 orang minimum kalau betul
tempatnya kita beriklan. Anda perasan tak bnyk ig shop buat iklan di ig yang lain?
Mereka kerap sponsor barang-barang mereka kepada Artis dan instafamous? Ianya
tentu memerlukan kos, tapi untuk meningkatkan jenama kita, apa salahnya. Tak
kisahlah untuk menyebarkan jenama kita supaya di kenali orang atau meningkatkan
jualan kita secara konsisten setiap bulan dua element ini sangat berkaitan. Boleh Jadi
peningkatan followers pun cepat dan kalau betul tempatnya dapat menjana jualan
berlipat kali ganda. (kene rajin buat research tempat pengiklanan yang sesuai)

Die ade 2 konsepnya kita bayar pada orang yang mempunyai followers yang ramai
untuk review IGshop kie, atau kita bagai mereka barang untuk promote kan produk
yang kita jual, ianya memerlukan kos. tapi percayala pulangannyanya sangat berbaloi
(perlukan masa)

Kalau anda buat semua di atas secara konsisten InsyaAllah 4 ke 5 angka sebulan.
Boleh jadi 6 angka kalau betul caranya.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE




Sebenarnya kalau di kaji banyak benda yang kita boleh share di Instagram.
Jika kita berniaga di Instagram, kita kene tahu bahawa gamba yang cantik a.k.a
creative memainkan peranan yang sangat penting untuk kita tarik audience supaya
mereka akan follow ig Kita tanpa di paksa.


Kadang kesilapan kita sebagai peniaga, kita terlalu kerap menjual (post gamba
product) sampaikan kita lupe cara bagaimana nak tackle hati bakal
customer/follower kita. Nampak benda ini mudah, tapi boleh terkesan pada
perniagaan kita. Jika Di biarkan begitu sahaja.


Kita pun sedia tahu, sekarang orang yang berniaga semakin hari semakin bertambah,
sebab tu la kita kene sentiase peka terhadap perubahan yang ade di Instagram mahu
pun FB bagi yang berniaga supaya perniagaan/brand kita boleh KEKAL sampai bila-
bila. Di sini Kak Aten nak share sedikit tips yang mungkin anda boleh jadikan rujukan.
Jujur apa yang Kak Aten buat pada perniagaan, semua Kak Aten akan bongkarkan.
Jom kita belajar bersama-sama.



www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

1. PRODUK SAMA, GAMBAR BERBEZA

Jika anda ambil barang direct dari China atau mana-mana seller yang lain, cuba anda
pelbagai jenis gambar, tidak bergantung pada gambar dari website sahaja. Bukan
semua barang anda perlu beli, beli barang yang anda rase boleh menarik minat
customer.

Contoh: Mungkin anda boleh beli barang tu dan snap gamba sendiri, pelbagaikan
cara sesuatu produk tu di persembahkan.

Percayakah Anda? Jika kita snap gamba sendiri, kita tidak perlu takut pada harga
pesaing kita, jual bende sama, yang harganye jauh lebih murah dari kita. Kita bebas
letakkan harga bersesuaian dengan kehendak kita tanpa orang syak wasangka.

Contoh seperti di bawah
Saye ada beberapa instagram. Dan saya boleh jual beg yang sama pada harga yang
berbeza. Di sebabkan faktor ini la - GAMBAR



Saya boleh jual 3 Harga yang berbeza pada produk yang sama. customer?
Alhamdulillah ade orang beli. Dari pengalaman saya, harga bukan masalahnya, tapi
paling penting cara kita nak marketkan produk kita yang paling UTAMA

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE


Dari pengalaman saya juga, saya rasa anda pun sama. Product yang sama kita jual
berbeza dari segi harganya di Shopping Mall dan Insta Shop lain. Ini sangat berkait
rapat dengan gambar.

Jadi di sini saya nak tegaskan kalau anda berniaga di instagram anda wajib memiliki
gambar yang jelas, cantik dan kreatif.

2. POST GAMBAR AKTIVITI SEHARIAN

Kalau pergi COD barang, pos barang, bungkus barang, barang sampai dari china,
sekali sekala mintaklah selfie sikit atau snap gambar anda bersama barang anda atau
buat video pendek. Anda boleh share di IG story atau di post. Gunakan tools yang ade
Di instagram semaksimum mungkin..sementara semuenye Di sediakan secara
PERCUMA.


Gambar-gambar ni lah nak tunjukkan kita ni trusted seller, kita aktif berniaga pada
setiap masa, secara tak langsung orang yang ragu-ragu nak beli dengan kita terus
inbox Kita. Walaupun IG Kita tak sehebat IG orang yang dah lama berniaga, at least
proses tu ada (daily update)

Contoh seperti gambar rajah di bawah

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE





3. TESTIMONI PEMBELI

Yang ni mesti buat ye. Tidak kisah dalam bentuk video atau pun screenshot dari
whatsapp. Tujuannya adalah untuk membina kepercayaan customer yang akan
datang. Testimoni kene simpan elok-elok. Sama seperti database, ia sangat penting,
selalu di gunakan untuk marketing. Selain itu juga, ia adalah senjata kita yang paling
utama jikalau tiba-tiba instagram Kita di padam oleh mark Zuckerberg (Saya dah kene
padam 2 Kali) sekurang-kurangnya kita ada benda untuk di jadikan buktikan untuk
new customer kita nanti.

Tips--> masa create account Instagram baru, masukkan testimoni, gambar parcel kita
dari customer kita yang lalu. Untuk mendapatkan kepercayaan.





www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Contoh seperti gambar rajah Di bawah






4. SHARE ISU VIRAL YANG POSITIVE

Perasan tak kita, di Malaysia sekarang ni, sikit-sikit viral. Ade 2 jenis viral. Positive dan
negative. Apa yang kita perlu alert di sini, jadikan isu-isu viral sebagai teknik
marketing kita untuk mencari lebih ramai followers. Tapi ambil yang positive aja ya.

Contoh baru-baru ni pasal perkahwinan fattzura. Haa apa lagi, share aje la. Gambar
mempelai tu. Selitkan #tag yang same dengan isu tu.

Contoh #fattzura #fattahamin #fazura

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE





Cube tengok die punye likes? Terkejut rase. heheh.. Ini di panggil organic follower.
Tidak ada buat ads pun mereka serah diri untuk like posting kita ni di sebabkan #tag
yang kita gunakan bersesuaian pada masa itu. (isu viral)



5-KONGSI TIPS YANG BERMANFAAT

Kalau jual handbag. Share lah tips2 berkenaan dengan handbag.

Contoh
- Handbag yang sesuai untuk para momies
- Jenis bag yang sesuai untuk students ke kuliah


Apa yang kita nak share tips tu mesti ade related dengan benda yang Kita jual. Taklah
Instagram kita penuh dengan gambar produk semata-mata kan? Mungkin follower
akan bosan. Mungkin boleh diselitkan dengan quote atau simple wish untuk setiap
hari.



www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Contoh seperti gambar rajah Di bawah





6. UPDATE IG STORY(SETIAP HARI)

Penting ya, supaya follower tahu kewujudan kita dan siapa kita (yang ni kene post
banyak pasal produk) biar orang tahu kita berniaga.

Sehari update banyak-banyak pun lagi bagus. Lama-lama ada la tu orang DM
mane yang rase IG story tu best, jangan lupa highlightkan okey!

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

7. ASK AND QUESTIONS



Ø Tanye pendapat berkenaan Produk dalam bentuk Gambar atau Survey
Ø Boleh share mengenai bahan lawak dan isu semasa
Ø Boleh bagi peluang untuk followers promote perniagaan mereka di post khas
yang anda buat (Jangan lupe balas balik komen-komen mereka)

Contoh seperti gambar rajah di bawah

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



kesemua saya share di atas tadi adalah contoh2 untuk kita tarik followers yang baru
dan lama dekat di hati kita (engagement)



8. FLASH SALE (SALE MENGEJUT)
Sekali sekala buatlah sale, tapi jgn buat sale sampai langsung takda untung. Berpada-
pada selagi ia boleh menambahkan lagi pendapatan kita.

Actually orang selalu buat sehari, tapi kalu nak extra money, extend la lagi.. tapi
jangan terlalu lama, kalau lama tak panggil flash sale dah.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE





9. LIVE SEMIMGGU 2 OR 3 KALI

Live adalah salah satu cara nak kenal rapat dengan bakal customer Kita, ada pelbagai
cara antaranya

Ø Live pasal product
Ø Live pasal tips
Ø Live pasal benda-benda yang ada related dengan perniagaan kita
Ø Live pasal barang yang baru sampai
Ø Live nak pergi pos parcel

(Xya tunjuk muke pun xpe)imbas2 sahaja

Amaran keras: kalau dah selalu buat pasti ketagih nak buat





www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

10. ACTIVE FOLLOWER



Perasan tak ade ig shop yang buat status

‘Nak hadiah tak? Sentiase la active Komen Di setiap status sis yee..sis akan bagi
hadiah pada yang sentiase active Di ig sis’ . Bagilah hadiah dekat follower yang active
Komen dekat semua status Kita. Sebulan sekali pun okey. Pernah tak lihat ig die sikit
permulaannya, tapi banyak sahaja orang yang komen. Ade kadang2 tag kawan2
mereka sekali. Mula2 Komen, lama2 yang komen jadi active follower, lepas tu tetibe
jadi buyer or boleh jadi dropship kita. Untung kan berniaga baik pada semue orang
walaupun kita tak kenal.


11. GIVEAWAY

Giveaway actually adalah trick halus di gunakan oleh semua pesaing online shop
untuk kita menyebarkan nama ig shop kita di merate2. Menggunakan followers kita.
Bagaimana caranya?

Ade 2 jenis :
Ø Minta followers anda tag 3 rakan mereka
Ø Repost balik status anda yang nak di promote

Buat lah selama sebulan kalau hadiahnye lumayan. Simple bukan, Belajar sesuatu?
Mudah tak nak buat untuk kita kekal active Di ig? Ni Kak Aten kupaskan Satu persatu,
supaya anda semue paham apa yang Kak Aten cuba sampaikan.

NOTA TAMBAHAN

Target malaysian follower gune #tag sepeti di bawah


Contoh #begmurahmalaysia #bajurayamalaysia

Target luar malaysian follower gune #tag sepeti di bawah
Contoh #bagsbrunei #shoebrunei

Kalau tak nak serabut, #tag boleh letak pada 1st komen.
Ingat ye #tag tak berfungsi sekiranya kita private ig kita, kalau kita private ig, kita
gune bnyk mana #tag pun tiada guna. Orang memang takkan nampak kita



www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Tools Yang Wajib Kita Ada Untuk Menyenangkan Kerja Kita



1. Apphi (schedule post)
2. Follower assistant (cari follower)
3. App untuk edit gambar supaya nampak cantik setiap post kita


3 basic ni wajib ade pada phone masing-masing. Ianya sangat membantu kita kekal
konsisten post sepanjang waktu di instagram




5 Aplikasi yang sangat awesome untuk edit Gambar/Video

VSCO - android & iPhone
Apps yang paling diminati ramai. Lagi-lagi yang minat pada fotografi. Ade banyak
sangat jenis filter. Kebanyakkan yang pakai mereka yang berjiwa hipster.


Wordswag - android n iPhone
Sangat membantu anda untuk mendapatkan tulisan yang sangat cantik dan menarik
seolah-olah anda menggunakan Adobe Photoshop

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Bubble - iphone
Aplikasi bubble untuk menambah grafik mcm bentuk awan yang selalu di guna dalam
penulisan komik. Boleh cuba supaya nampak kelainan pada gambar kita nanti.


IGSaver - iPhone n android
Untuk save apa-apa video yang anda suka dari Instagram orang lain


InShot - iPhone
Untuk edit video. Boleh adjust dari segi suara, caption, masa dan sebagainya




RAHSIA GAMBA NAMPAK LAIN

Okey saya tunjukkan 1 contoh. Ini bagi yang berniaga di instagram. Yang ade barang
ready stock tapi nak cuba cara post yang berbeza, supaya gambar yang di post di
Instagram berbeza dari gambar yang sedia ada di website taobao atau dari
pemborong.


Bahan-bahannya ialah :
Ø Kertas pembalut hadiah jenis paper yag coraknya cantik saya beli dekat DIY
hanya RM0.50 sekeping sahaja. 2 keping RM1
Ø App typorama
Ø Snap dekat dengan cahaya semulajadi (saya snap di balkoni rumah)

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE


Sebelum edit


Selepas edit

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

Anda perasan tak?

Kita sedia tahu waktu setiap orang meluahkan masa melihat phone adalah berbeza,
betul? Mampu tak anda post setiap waktu yang berbeza secara KONSISTEN untuk
memenuhi kehendak mereka semue ini?


Solutions kepada masalah ini. Kita perlu ade 1 app yang boleh schedule kerja kita
sepanjang hari. Ia boleh jadi Money Machine untuk perniagaan kita, walaupun tanpa
melihat ig, setiap hari ade je customer buat order, tanpa membuang masa kita.

Seronok tak walaupun tanpa melihat instagram kita mampu menjana pendapatan
tanpa batasan? Pengalaman dari diri sendiri. Mase Apphi PERCUMA, saya gunakan
dengan sebaiknye. Setiap hari saya akan schedule terus untuk semimggu punya kerja.
Sehari 15 Gambar saya peruntukan. Saya konsisten selama hampir 1 tahun lebih
tanpa skip, hasilnye fuhhh fuhhh.


Tetapi bile apps tu dah tak ade, dan memerlukan masa untuk saya kerjakannya, saya
akui saya tak dapat nak konsisten secara manual (setiap jam/hari kene post) dan
sales saye drop lebih 60% dari kebiasaan. Semua sedia maklum bahawa saya bukan

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

menghadapi instagram 24jam. Saya ade banyak commitment lain. Dan dari situ saya
akui pentingnya konsisten post di instagram setiap hari walaupun hanya sekeping
gambar.

Ingat kunci kejayaan untuk yang berniaga di Instagram adalah konsisten post di
Instagram setiap hari.

Ingat pesan saya sampai mati. Walaupun satu hari nanti anda berguru dengan orang
yang power bab marketing di Instagram dan FB percayalah mereka pun akan ulang
benda yang sama mcm saya ajarkan.

Konsisten buat marketing setiap hari
Konsisten buat marketing setiap hari
Konsisten buat marketing setiap hari

Terutamanya yang nak minimumkan kos pemasaran 3 medium ni sangat penting :

FB PROFILE
FB GROUP
INSTAGRAM


Untuk yang baru mula berniaga, yang tak nak mereka kenal anda siapa. Saya galakkan
anda fokus dan konsisten di instagram berbanding di medium-medium lain.
















www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE

CARA MENDAFTA SEBAGAI DROPSHIP TENSSPACE



Bole buka website kami www.tens.space untuk daftar



First skali, anda semua kene register didalam website. Siapa yang dah register,
tahniah kerana bertindak pantas.

Siapa yang belum, saya saya share dulu caranya.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Tekan bahagian my account, Tekan button submit



Masukkan email Dan password yang Anda Ingin gunakan





www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Next pihak admin akan set account anda sebagai dropship dalam masa 48 jam atau
lebih cepat.

Anda akan dibawa ke my account. Jika anda sudah berada di page ini bermakna anda
sudah berjaya register.



Ini apa yang anda nampk sblm disahkan sebagai dropship

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Setelah disahkan.. Anda akn lihat harga dropship



Now saya share cara nak membeli. Sangat mudah bagi siapa yang dah biasa shopping
online. Pilih item yang berminat. Dan click pada nama item.




www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Tekan button add to cart



Item akan dimasukkn ke dlm cart dan tekan check out




www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Anda akan dibawa ke ruangan billing



Isi ruangan billing



www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Masukkan nama penerima, ingat. Ni penting kerana alamat ini yang kami gunakan
untuk post barang pelanggan anda.



Shipping akan ditentukn mngikut lokasi. Sila double check alamat dan tekan proceed
to billplz.

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE


Anda dibawa ke ruangan untuk bayar. Boleh buat online banking juga, atau gunakan
kad kredit melalui PayPal



Tentukan pilihan dan tekan pay

www.foxee.my
ASAS PEMASARAN ONLINE



Selepas buat bayaran anda akan dapat pengesahan melalui email, dan team kami
akan uruskan barangan anda. Hantar terus kepada customer.

Masukkan detail dan buat bayaran seperti biasa.

Kebanyakkan item semue pre order, ambil dari Taobao semua. Standard 9-14 hari
waktu bekerja (ada di tulis dalam website)

As simple as that.

Tracking number akan dapat melalui email selepas pengeposan di lakukan.

www.foxee.my

Anda mungkin juga menyukai