Anda di halaman 1dari 30

PENTING : Kenapa Pentingnya Untuk Kenal Dan Follow Up

Ejen Anda Dalam Sistem Ejen?

Apa itu ejen? Ejen adalah individu yang membantu dari segi menjana jualan sesuatu produk

atau servis yang anda tawarkan kepada pelanggan anda. Mereka boleh jadi juga di kalangan

pelanggan anda, kawan kawan, ahli keluarga ataupun lain lain.

Kebiasaanya, banyak pemilik produk ataupun stokis berjaya merekrut ejen dengan begitu

ramainya. Jumlah ejen yang mereka berjaya merekrut telah cecah berpuluh puluh kadang

kadang cecah ratusan orang dan ribuan orang.

Merekrut memang mudah, contohnya untuk produk Gel Amani, saya meletakkan syarat

menjadi ejen adalah, merekah harus membeli lebih dari 2 botol Gel Amani, secara automatik

mereka boleh menjadi salah seorang ejen kami.

Di dalam e book ini, saya tidak mahu fokus kepada cara cara merekrut ejen kerana saya

pasti anda sudah lebih tahu bagaimana cara melakukannya, tetapi saya lebih suka fokus

kepada bagaimana anda mahu kekalkan ejen anda itu dan membangunkan mereka menjadi

leader kepada ejen ejen lain yang di bawah mereka. Itu cabaran yang lebih hebat saya rasa

apabila anda ingin mentrasformasikan seseorang untuk mengeluarkan potensi diri serta bakat

mereka. Anda perlu ingat yang semua ejen ejen anda ini adalah manusia yang mempunyai

1001 satu personaliti serta 1001 latar belakang yang berbeza beza.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 1


Dari pengalaman saya sebagai pemilik produk dan individu yang menguruskan stokis stokis

dan ejen ejen Gel Amani di Wasima Wafa Sdn. Bhd, saya berjaya kenal pasti dan

menyenaraikan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik produk dan stokis bila

berurusan dengan ejen ejen anda.

Banyak sebenarnya masalah yang dihadapi dengan ejen dan stokis ini, tetapi kali ini saya

mahu fokus kepada 3 topik utama yang memang selalu terjadi,

1. Anda sukar maintain ejen yang ada membuatkan anda kena cari ejen baru sentiasa

2. Jumlah ejen boleh tahan ramai yang aktif tapi tetap tidak dapat hasil sales

3. Masalah paling biasa dihadapi adalah ejen TIDO!

Setelah saya buat munasabah diri dan ada bertanya sendiri pada ejen ejen yang bermasalah,

saya temui punca sebenar masalah itu. Masalah yang saya senarai di atas kerap kali berlaku

kerana yang pertama, semasa anda merekrut ejen anda itu anda banyak menceritakan

pencapaian yang anda perolehi. Contoh anda cakap kepada ejen anda yang baru, Bro, aku

dah buat setahun dah boleh beli itu dah boleh ada ini. Cara ini tidak salah sebenarnya, sebab

testimony dari anda boleh membuatkan ejen rasa teruja dan semangat bekobar - kobar.

Yang jadi masalah dari testimoni anda ialah, anda hanya cerita pasal testimoni! Bila yang anda

mahu sampaikan cara cara atau langkah langkah yang perlu ejen anda lakukan supaya dia

berjaya macam anda? Ejen anda tidak tahu lansung cara cara nak jual, macam mana teknik

pemasaran, macam mana kemahiran closing dan lain - lain. Saya tidak mengatakan anda tidak

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 2


tahu tentang marketing dan sales, tetapi banyak orang yang merekrut tidak tahu macam

mana ingin mengajar tentang itu semua kepada ejen ejen di bawah anda. Anda bukanlah

leader yang hebat jika anda tidak mampu melahirkan beberapa lagi leader di bawah anda.

Selepas daripada beberapa sesi soal jawab serta survey yang saya lakukan kepada ejen - ejen

di Wasima Wafa Sdn. Bhd. Saya boleh keluarkan satu senarai semak untuk rujukan para leader,

stokis dan sesiapa yang ada ejen di bawahnya.

Ada beberapa langkah untuk kita bimbing ejen ejen kita supaya mereka dapat capai sasaran

peribadi mereka dan sasaran yang diberikan oleh anda.

Tips #1: Kenali kebolehan ejen anda!

Orang kata tak kenal maka tak cinta, sudah kenal maka hati pun berbunga bunga. Tak gitu?

Anda wajib kenal ejen anda secara terperinci yang anda mampu. Yang pertama sekali haruslah

anda kenal nama ejen anda. Nama ini penting supaya kita dapat pecahkan ais diantara ejen

dengan anda. Sudah mengenali nama, anda harus tahu tahap kebolehan ejen anda. Tahap

kebolehan ini terbahagi kepada beberapa kebolehan, seperti kebolehan IT atau komputer,

kebolehan berkomunikasi, kebolehan dari segi keyakinan, dan lain - lain kelebihan diri ejen

anda itu. Selidik dan ketahui kekuatan ejen anda terlebih dahulu.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 3


Apa perlunya tahu tentang kebolehan ejen anda itu? Dengan mengetahui kebolehan

kebolehan ejen anda ini, lebih mudah untuk anda mencadangkan strategi atau sasaran

kepada mereka. Sebagai contoh yang mudah, seperti mana saya sebut pada awal e book ini

bahawa ejen ejen anda akan ada 1001 personaliti dan kebolehan yang berbeza. Ada di

kalangan ejen anda yang lansung tidak meminati cara atau teknik menjual secara online,

tetapi lebih menggemari menjual secara offline dengan cara mengedar produk ke kedai,

menjual produk di dalam lingkungan kumpulan tersendiri, dan juga teknik kak kiah.

Masalah yang selalu saya dapat kenal pasti adalah, stokis atau leader selalunya menyuruh

ejen - ejen melakukan teknik yang dia sendiri sudah buat. Sebagai contoh, stokis atau leader

tersebut telah berjaya membuat jualan yang tinggi dengan cara online. Disebabkan itu, stokis

atau leader memaksa ejen ejen mereka mengikut cara yang sama iaitu dengan membuat

online. Walhal ejen itu tidak meminati lansung dengan jualan secara online dan memiliki

kekurangan dalam kebolehan IT dan kemahiran menggunakan komputer.

Anda sebagai stokis atau leader tidak tahu sama ada ejen anda ini minat atau tidak jualan

secara online TETAPI masih memaksa si ejen untuk mengikut cara anda menjual secara online.

Insiden seperti ini bakal menimbulkan keraguan di fikiran ejen ejen anda. Kenapa? Saya ada

satu cerita yang akan buat anda terus faham.

Ceritanya begini, cerita ini berlaku di dalam sebuah hutan. Raja rimba, sang singa ingin

mengadakan pertandingan untuk memilih pembantu kepada raja rimba. Siapa yang berjaya

dalam pertandingan itu akan dapat keselesaan dan keselamatan berada di samping sang singa.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 4


Ada beberapa ekor haiwan yang berminat hadir ke pertandingan tersebut. Antara yang hadir

ialah, seekor gajah, seekor monyet, seekor kuda dan juga seekor ular sawa. Setelah semua

haiwan telah berkumpul, sang singa pun keluar dari tempat tinggalnya dan bertemu semua

haiwan haiwan yang hadir.

Setelah memberi tahu tentang syarat syarat dan ganjaran yang bakal dimenangi, sang singa

pun mengumumkan apakah ujian yang harus mereka lalui untuk menjadi pembantunya. Ujian

yang di tetapkan oleh singa ialah, sesiapa yang berjaya memanjat pokok yang tertinggi di

hutan ini dan berjaya menjadi orang pertama sampai di puncak, dialah pemenangnya. Anda

rasa antara gajah, monyet, kuda dan ular sawa, siapa yang akan menang? SUDAH TENTULAH

SI MONYET! Adakah ujian itu adil buat haiwan lain selain monyet? SUDAH TENTU TIDAK! Jika

haiwan lain tidak memenangi cabaran itu, adakah mereka lemah? SUDAH TENTU TIDAK! Saya

harap anda boleh faham pengajaran dari cerita dia atas.

Berbalik kepada cerita tentang ejen anda, ejen yang tidak mempunyai kebolehan dan

kelebihan dalam jualan secara online tetapi tetap dipaksa oleh anda untuk lakukannya, akan

mengambil masa yang lebih lama untuk menghadam ilmu jualan online. Bukan salah sesiapa,

tetapi ini perkara biasa, kerana manusia secara fitrahnya mengambil masa yang panjang

untuk memahami benda yang baru diajar kepadanya.

Inilah yang mengakibatkan apabila anda sebagai stokis atau leader mengajar berhari hari

cara membuat iklan di FB dan kemahiran - kemahiran jualan secara online, ada ejen yang tidak

berjaya lakukan kerana tidak faham, tidak pasti macam mana nak buat, mudah lupa akan apa

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 5


yang diajar dan juga menghadapi masalah masalah lain seperti akaun di flag atau iklan FB

disapproved.

Mungkin masalah masalah biasa seperti akaun di flag dan iklan FB disapprovedberjaya di

selesaikan dengan tunjuk ajar anda, tetapi akan datang lagi masalah lain seperti, ejen - ejen

tidak berjaya mendapatkan iklan yang murah, tidak dapat respon dari pelanggan, tidak dapat

PM dari pelaggan dan tiada komen di iklan yang dibuat oleh ejen.

Dan mungkin sekali lagi anda berjaya membantu menyelesaikan masalah ejen - ejen tersebut

dan masalah lain pula yang timbul. Masalah - masalah yang kritikal seperti, tidak berjaya

close sale. Tidak ada guna jika, iklan berjalan dengan cantik, iklan murah, banyak PM dan

comment diterima, TETAPI TIDAK ADA JUALAN. Pada saya, buatlah secantik mana pun iklan

tetapi jika tidak ada jualan, bermakna iklan itu gagal. Jika tidak ada jualan, sudah tentu tidak

ada follow up yang bakal dilakukan. Akhirnya ejen itu patah semangat dan gagal terperaplah

ejen anda itu menjadi ejen yang TIDUR.

Tips #2: Banyakkan Bertanya!

Cara cara mahu mengatasi masalah yang anda baca di atas adalah mudah. Jangan risau saya

tetap akan kongsikan, teruskan membaca untuk ketahuinya. Jadi selepas anda mengenal pasti

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 6


masalah yang dihadapi oleh ejen anda, seeloknya anda bertanya kepada ejen itu sendiri apa

rancanganya untuk membuat jualan produk anda supaya anda dapat mengelak masalah

masalah lain timbul.

Dengan bertanyakan kepada ejen anda, apa rancangannya untuk menjual produk tersebut,

ejen anda sendiri akan merancang startegi pemasaran, mengetahui prospek yang menjadi

sasaran, sasaran kumpulan umur prospek dan lain lain strategi. Percayalah, dari hanya

bertanya secara terus kepada ejen anda, anda sudah boleh kenal pasti kekuatan dan

kelebihan ejen tersebut, samada online atau offline. Mudah bukan? Yang mudah inilah yang

selalu anda lupa mahu lakukan.

Seterusnya, setiap ejen yang bersetuju untuk menjadi ejen anda, apabila ditanya pasti sudah

mempunyai startegi pemasaran yang bermain di dalam mindanya. Jika anda bertindak

sebagai stokis atau leader, haruslah mendengar secara teliti rancangan yang dibentangkan

oleh ejen ejen anda. Anda sebagai stokis atau leader dinasihatkan supaya mengelak

daripada memberi startegi dan rancangan terlebih dahulu kepada ejen anda yang mungkin

tidak sesuai dengan mereka dan menggangu energy mereka yang sedang meningkat naik.

Stokis atau leader kadang - kadang bersifat ego melambung serta bersikap tidak terbuka

apabila ejen membentangkan strategi dan rancangan. Sebab apa? Ini kerana strategi dan

rancangan yang dibentangkan itu tidak pernah diketahui oleh mereka dan juga ada anggapan

tidak berminat dengan strategi tersebut. Janganlah macam itu saudara.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 7


Bagilah peluang ejen ejen anda buat terlebih dahulu. Kecuali jika anda sudah pernah

melakukan strategi itu dan hasilnya kurang memuaskan, anda bolehlah memberi pandangan

sebagai orang yang berpengalaman. Jika anda tidak pernah lakukan strategi itu, tetapi ejen

anda ada pengalaman melakukannya, apa salahnya biarkan ejen anda mencuba terlebih

dahulu sambil diawasi oleh anda.

Tips #3: Tahu pekerjaan ejen anda!

Macam mana? Setakat ini banyak ke tidak input tentang cara untuk maintain ejen yang anda

pelajari? Okay sekarang sambung lagi. Untuk lebih mengenali ejen-ejen anda, anda perlu

mengetahui juga butiran - butiran peribadi ejen anda. Macam mana mahu dapatkan butiran

tersebut? Mudah sahaja, anda boleh sediakan sekeping borang butiran peribadi beserta fail

peribadi untuk setiap ejen anda. Apa yang penting sangat fail peribadi ejen ini?

Di dalam butiran peribadi tersebut, anda perlu tahu butiran peribadi ejen anda seperti

pekerjaan, taraf pendidikan, pendapatan dan lain - lain. Agak pelik bukan? Kenapa perlu tahu

semua itu untuk hanya menjadi seorang ejen. Ini sebabnya, percayalah dari butiran yang anda

dapat inilah akan menentukan cara anda berkomunikasi dengan ejen anda.

Sebagai contoh, dikalangan ejen anda mungkin ada daripada mereka yang bekerja dalam

golongan profesional seperti doktor, jurutera, pegawai kerajaan dan lain-lain. Sebab dari

butiran inilah anda sudah pasti tahu dan sudah memilih cara komunikasi yang sesuai dengan

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 8


ejen anda. Gaya bahasa, topik perbualan dan juga sasaran prospek yang diberi kepada ejen

anda juga akan berbeza beza.

Butiran ini juga bakal membantu anda sebagai stokis atau leader untuk kenal pasti bagaimana

anda ingin memotivasikan ejen anda. Memotivasikan mereka dengan menggunakan

kelebihan dan kepakaran yang sudah ada dalam diri mereka yang mana mereka sering

gunakan di dalam pekerjaan mereka. Sebagai contoh, seorang daripada ejen gel amani adalah

seorang doktor. Sebagai seorang doktor, sudah tentu dia pernah belajar lebih mendalam

tentang sakit sendi, sakit otot dan lain lain yang berkaitan. Jadi di sini anda sudah kenal pasti

kelebihan ejen anda yang mana ejen anda ini boleh gunakan untuk memasarkan produk

tersebut.

Satu lagi contoh, ejen anda adalah seorang pengarah sumber manusia (HR) di sebuah syarikat.

Sebagai seorang HR director, sudah pasti dia mengetahui bagaimana untuk bercakap di

hadapan khalayak ramai dan juga sudah tentu dia tahu cara - cara membina hubungan dengan

staff dan lain - lain. Oleh itu kemahiran - kemahiran ini boleh digunakan di dalam pemasaran

dan jualan produk anda dengan cara, mungkin ejen anda lebih sesuai buat secara offline, di

mana dia memberi penerangan kepada orang ramai tentang kelebihan dan keunikan produk

anda. Selain itu, ejen anda juga mudah membina trust bersama pelanggan kerana dia

memiliki kemahiran berkomunikasi yang sering digunakan di dalam pekerjaannya.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 9


Jadi disini, percaturannya sangatlah mudah. Ingatlah pesanan saya ini, janganlah kita sebagai

stokis atau leader apabila anda merekrut ejen ejen baru, janganlah sesekali menentukan

bagaimana cara mereka akan memasarkan produk, sebaiknya bertanyalah kepada mereka

apa idea yang ada dalam pemikiran mereka dan dari idea mereka itu anda sumbanglah

nasihat untuk penambahbaikkan.

Ini lagi satu, jangan salah faham, apabila saya beritahu bahawa anda tidak boleh beri startegi

atau rancangan kepada ejen - ejen anda bukan bermakna anda melepaskan tangan. Anda

boleh sebenarnya memberi idea dan juga pendapat yang bersesuaian kepada ejen anda.

Sebagai contoh, jika stokis atau ejen anda bekerja sebagai seorang cikgu. Anda boleh beri

input yang lebih tentang bagaimana untuk close sale jika kumpulan sasaran ejen anda

adalah guru - guru. Anda boleh bagi cadangan kepada ejen anda mengembangkan sasaran

prospek dari satu sekolah ke sekolah lain dan juga merekrut ejen - ejen lain dia bawahnya.

Selain dari itu, ada dikalangan ejen anda yang tidak bekerja dan duduk di kawasan kampung.

Anda boleh bagi cadangan kepada mereka untuk memasarkan produk anda di surau surau

di kampung, ambil peluang jika ada penceramah yang datang memberi ceramah di surau

untuk mempromosikan produk itu di surau surau lain dan juga mengedar risalah ke warung

- warung kopi. Ini lebih menyenangkan ejen anda kerana, itu adalah kelebihan dan kekuatan

mereka.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 10


Tips #4: Kenal pasti berapa pendapatan ejen anda!

Selain dari itu, sebagai stokis atau leader, anda perlu tahu pendapatan ejen anda dan juga

berapakah jumlah pendapatan yang dia harapkan dari perniagaan menjual produk anda.

Kenapa ini penting? Sebagai contoh, ejen anda bekerja sebagai HR director, bergaji sebanyak

RM 10,000 sebulan. Anda mengatakan pada ejen anda itu, perniagaan ini bakal

menambahkan pendapatannya sebanyak RM 200 sebulan. JIka anda berada di tempat ejen

anda itu, adakah anda akan berasa teruja dan semangat untuk menjual produk tersebut?

Jawapannya sudah tentu TIDAK sama sekali. Tidak akan hadir rasa ghairah ingin menjual jika

tawaran yang dibuat tidak setanding gaji bulanan ejen - ejen anda. Mungkin ada yang

berminat walaupun gaji bulanan sudah RM10,000 dan boleh menambahkan pendapatan

sebanyak RM 200 lagi. Tetapi mengikut dari pengalaman saya majoriti tidak akan berminat.

Akan tetapi, anda perlu berhati - hati jangan pula anda membuat kesilapan dengan memberi

tawaran pendapatan dari hasil jualan terlalu tinggi sehinggakan ejen anda merasakan sasaran

yang anda letakkan kepadanya terlalu tinggi dan berat untuk dicapai.

Berilah sasaran yang sesuai, sebagai contoh jika ejen anda bergaji RM 10,000 sebulan,

mungkin anda boleh ajar ejen anda untuk buat hasil jualan sebanyak RM2,000 ke RM 5,000

sebulan. Tambahan lagi, jika ejen anda bergaji dalam lingkungan RM1,000 RM 1,500, anda

perlu ajar ejen anda untuk mendapatkan keuntungan dalam RM 300 ke RM 500 sebulan.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 11


Jumlah yang mana ejen anda merasakan agak mudah untuk capai dan boleh menampung

perbelanjaan bulanan mereka.

Selain dari memberi jumlah wang ringgit sebagai sasaran, anda juga boleh menawarkan

sasaran dengan cara meringankan komitmen mereka untuk setiap bulan.

Sebagai contoh, anda bantu ejen anda buat keuntungan sebanyak RM 800 RM 1,500 untuk

ejen anda lepas bayar ansuran kereta mereka. Kalau anda tahu jenis kenderaan yang

digunakan oleh ejen - ejen anda itu adalah lebih bagus.

Sebagai contoh lagi, anda tahu ejen anda menggunakan Perodua Myvi sebagai kenderaannya

dan bayaran bulanan di dalam lingkungan RM 400 ke RM 500 sebulan. Anda tawarkan

kepadanya, beritahu ejen anda yang anda boleh bimbing dia untuk dapatkan pendapatan dari

jualan produk sebanyak RM 400 ke RM 500 untuk membayar ansuran bulanan keretanya.

Dari situ kita boleh bimbing ejen kita dan juga bagi gerak kerja macam mana ingin dapatkan

RM 400 ke RM 500 sebulan untuk membayar keretanya. Anda boleh sediakan gameplay

kepada ejen anda setelah dia tahu sasarannya.

Tips #5: Ketahui STATUS ejen anda!

Seterusnya, anda juga perlu tahu taraf perkahwinan ejen anda. Adakah dia bujang, berkahwin,

duda, janda dan juga bilangan anak - anak. Sebab apa perlu tahu taraf status mereka? Kerana

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 12


di situ kita boleh bermain dengan emosi mereka untuk menggerakkan mereka jika mereka

terhilang semangat. Patah semangat dan hilan momentum ini biasa bagi seorang ejen.

Sebagai contoh, ini perbualan yang boleh anda gunakan untuk bermain dengan emosi mereka.

Raya dah dekat nie, anak anak kau ramai, dengan gaji kau RM 1000 sebulan kalau kau tak

buat sesuatu sekarang, tak merasa raya nanti anak - anak kau, tak kesian ke kat anak anak

kau?

Tetapi hati hati! Jangan pula tersilap main emosi! Anda guna sentimen anak anak untuk

menyentuh emosi seorang yang berstatus bujang. Adakah itu tepat? Jadi itulah sebab anda

perlu kenal latar belakang dan juga status ejen anda untuk anda mencari titik lembut di dalam

hati mereka supaya boleh menyentuh emosi mereka untuk menggerakkan diri mereka

membuat jualan bila mereka hilang momentom.

Seperkara lagi saya mahu pesan. Jangan guna cerita yang membuatkan ANDA emosi untuk

cuba menyentuh emosi EJEN anda. Status dan latar belakang anda dengan ejen anda mungkin

berbeza. Anda mungkin berkeluarga dan sudah ada anak, ejen anda pula mungkin seorang

budak bujang yang baru tamat pengajian universiti. Itu TEREMOSI sendiri namanya!

Tips #6: Tahu konflik atau masalah peribadi ejen anda!

Tambah lagi dalam anda mengenali ejen - ejen anda itu, lebih bagus jika anda tahu, apa

pekerjaan ibu dan ayah ejen - ejen anda, apa masalah yang dihadapi oleh ibu bapanya,

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 13


bagaimana situasi adik - beradik ejen anda di rumah dan lain lain. Sebagai contoh, anda tahu

hanya ejen anda seorang sahaja yang kurang berjaya di dalam kalangan adik beradiknya, anda

boleh beri memotivasikan ejen anda dengan mengatakan kau mesti berjaya juga macam adik

beradik kau yang lain. Lain pula jika semua adik - beradik ejen anda tidak berapa berjaya

dalam kehidupan, anda boleh memotivasikan dia dengan katakan you have to do something

in order to inspire others.

Walau sehebat mana peluru emosi yang anda ada di tangan, tetapi kalau peluru emosi itu

ditembak kepada sasaran yang tidak tepat, maka sia-sialah kemahiran, kehebatan anda untuk

bermain dengan emosi ejen ejen anda. Anda perlulah menjadi seorang yang menjaga rahsia

dan tidak menceritakan apa apa tentang masalah peribadi ejen anda kepada orang lain.

Jangan gunakan masalah peribadi ejen anda sebagai topic gossip dan buah mulut orang lain.

Jadi berhati hati, biar pecah di perut jangan pecah di mulut!

Tips #7: Kenali pasangan ejen anda!

Seterusnya, ketahui apa pekerjaan pasangan stokis atau ejen anda. Ini kerana, untuk

menyediakan gameplay yang sesuai untuk ejen ejen anda, kita tidak mahu gangguan dari

orang lain seperti suami atau isteri. Contohnya, seorang ejen wanita anda sedang ghairah

melakukan jualan di booth yang dibuka di sebuah pasaraya. Akibat terlalu ghairah membuat

jualan sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai isteri di rumah dan telah mula

menaikkan kemarahan si suami.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 14


Apabila suami sudah mula tidak gemar dengan aktiviti si isteri, suami akan mula merungut

dan pergaduhan mungkin berlaku. Pergaduahan antara suami isteri ini boleh menyebabkan

masalah juga kepada jualan dan prestasi ejen anda. Jadi anda perlu berpesan kepada ejen

anda agar berpada padalah membuat jualan jangan sampai tanggungjawab lain diabaikan.

Anda tidak mahu ejen anda menghadapi masalah dirumah disebabkan oleh aktiviti jualan

yang anda mahu ejen anda lakukan. JANGAN JADI ORANG KETIGA!

Tips #8: Tahu matlamat dan harapan ejen anda!

Matlamat dan harapan penting buat anda sebagai stokis atau leader. Ambil masa untuk selidik

apa matlamat sebenar ejen ejen anda. Tanyakan kepada ejen ejen anda apakah harapan

dan matlamat dia setelah menyertai anda di dalam perniagaan. Dari apa yang saya lalui di

Wasima Wafa Sdn Bhd. Apabila menguruskan stokis dan ejen untuk Gel Amani, ada daripada

mereka menyertai saya sebagai stokis atau ejen dengan matlamat yang salah. Kenapa saya

cakap matlamat mereka salah? Ini kerana mereka ingin menjadi stokis dan ejen hanya kerana

mereka ingin menyertai kelas kelas FB Ads yang bernilai ribuan ringgit secara percuma, kelas

marketing tertutup yang eksklusif dan kelas - kelas advanced secara percuma.

Ini kerana sebelum ini, saya hanya membuka kelas kelas itu kepada mereka yang mendaftar

sebagai stokis atau ejen, tidak pada orang awam. Perkara ini seperti mengambil kesempatan

dan sudah tentu matlamat asal mereka untuk menjadi stokis atau ejen sudah terpesong jauh.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 15


Jadi untuk mengelak perkara ini berlaku, anda harus kenal pasti siapa yang betul betul nak

berniaga bersama sama anda. Ejen mana yang benar benar ingin buat pendapatan

tambahan untuk diri sendiri dan orang lain. Setelah mengenal pasti, anda boleh lebih fokus

kepada ejen - ejen yang mempunyai matlamat yang betul untuk dibimbing dan dibantu.

Tidak guna membimbing orang yang mempunyai matlamat yang salah, sebagai contoh,

seorang dari ejen anda memiliki produk sendiri, dia adalah pemilik produk. Dia menyertai

anda sebagai ejen bukan untuk sama sama menjual dan berniaga tetapi hanyalah untuk

mencedok ilmu dan kemahiran anda secara percuma. Ini boleh menyebabkan terjadinya

masalah kepada anda, sebagai orang yang merekrut ejen mungkin akan putus asa untuk terus

follow up, bimbing dan memotivasikan dia tetapi ejen anda masih tidak bergerak dan banyak

memberi alasan alasan kerana fokusnya adalah kepada produknya tersendiri.

Tips #9: Dokumen dan file untuk setiap stokis

Selepas mengenali ejen ejen anda. Anda perlu menyediakan satu file untuk setiap seorang

ejen anda. File ini harus mempunyai butir butir peribadi mereka seperti, nama, umur,

kawasan tempat tinggal, pekerjaan, taraf pendidikan, status hubungan, jumlah anak, waktu

kerja dan lain lain.

Selain daripada itu, yang paling penting yang perlu ada di dalam file itu adalah repot jualan

dibahagiakan kepada setiap hari, mingguan, bulanan, sasaran jualan dan juga menyediakan

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 16


satu ruang untuk senarai masalah - masalah yang dihadapi oleh ejen - ejen anda untuk

mencapai sasaran jualan.

Sebagai contoh, masalah yang diberi adalah, tidak cukup masa, tengah berpantang selepas

bersalin, dalam proses meningkatkan kemahiran FB ads dan lain lain masalah.

Anda juga boleh menyediakan satu lagi ruangan untuk tindakan atau ruangan untuk perbaiki

kelemahan yang di hadapi oleh ejen anda. Ejen - ejen anda akan menggunakan ruangan ini

untuk menyatakan startegi mereka untuk menandingi masalah yang telah dinyatakan di

ruangan masalah.

Ruangan tambahan seperti things to delegate juga boleh dibuat di dalam borang tersebut

untuk ejen - ejen anda bergerak lebih sistematik. Dalam ruangan tersebut, mereka mungkin

akan menulis sebagai contoh, memerlukan pembantu untuk membantu dari segi repot jualan

harian, operasi, penghantaran, mengepos barang - barang dan juga lain lain.

Dengan adanya dokumen dan file tersebut, ini bakal memudahkan kerja anda untuk anda

mengawasi dan mengawal pergerakan jualan ejen - ejen anda secara sistematik dan terperinci.

Info info yang anda dapat ini juga akan membantu anda mengetahui bagaimana untuk

follow up ejen anda, kerana anda mempunyai rujukan tentang perkembangan, matlamat,

dan strategi yang mereka sendiri nyatakan di dalam file peribadi mereka. Dokumen dan file

ini penting kerana anda adalah seorang manusia dan anda tidak akan mampu mengingati

setiap satu strategi ejen ejen anda.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 17


Bayangkan jika anda memiliki lebih daripada 30 orang ejen. Mampukah anda mengingati

setiap masalah, strategi dan repot jualan seorang demi seorang? Sudah tentu tidak! Dengan

adanya sistem dokumen dan file ini, boleh menyenangkan kerja anda.

Sebagai contoh, seorang ejen anda menulis strategi untuk minggu ini adalah menambah lagi

ejen baru di bawahnya. Jadi dari pihak anda, sudah ada dialog perbualan untuk follow up

dengan mereka pada minggu itu. Anda hanya perlu menelefon mereka dan bertanyakan

tentang strategi yang mereka sendiri tulis. Mudah bukan? Mudah tapi tak senang dan semua

orang boleh lakukan.

Tetapi tidaklah setiap ejen memerlukan dokumen atau file yang lengkap, kerana mungkin ada

di kalangan ejen - ejen anda itu adalah abang anda, adik anda, sepupu, kawan baik, saudara

mara, jiran yang dah lama kenal, yang mana anda dah tahu tentang mereka luar dan dalam.

Tapi jika anda masih mahukan formality pada semua ejen ejen anda walaupun anda

mengenali dengan rapat, adakan dokumen dan file untuk semua tidak menjadi kesalahan.

Dokumen dan file ini akan berbeza sedikit untuk stokis yang sangat baru menyertai anda dan

lansung tidak ada pengalaman menjadi ejen atau lansung tidak pernah menjual mana mana

produk. Ini kerana anda perlu memberitahu terlebih dahulu halangan halangan biasa yang

bakal dirempuhi oleh mereka dan cara cara untuk mengatasi masalah tersebut. Barulah

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 18


mereka boleh meletakkan sasaran serta startegi mereka di dalam dokumen dan file yang anda

disediakan.

Tips #10: JADUAL itu PENTING!

Walaupun ejen - ejen anda mempunyai sasaran tersendiri, strategi yang mantap, sudah biasa

dengan halangan dan dan sudah tahu cara mengatasi halangan tersebut, tetapi gerak kerja

ejen - ejen anda akan tetap tidak teratur dengan tiadanya JADUAL.

Dokumen dan file yang disediakan adalah untuk gerak kerja ANDA sebagai pemilik produk

atau orang yang bertanggungjawab menguruskan stokis dan ejen. Tetapi bagaimana pula

gerak kerja ejen -ejen anda? Apakah yang menjadi panduan mereka untuk setiap gerak kerja

hari - hari? Itulah pentingnya setiap seorang ejen anda memiliki JADUAL peribadi yang mereka

sendiri rangka mengikut kesesuaian waktu bekerja, waktu bersama keluarga, waktu rehat dan

juga waktu menjalankan perniagaan mereka.

Anda tidak boleh menyediakan satu jadual yang sama untuk setiap ejen, malahan anda

lansung tidak layak untuk menyediakan jadual untuk mereka. Ini kerana, waktu bekerja setiap

stokis dan ejen adalah berbeza.

Sebagai contoh, ejen A bekerja di dalam waktu pejabat dari jam 8.00 pagi ke 5.30 petang.

Manakala ejen B pula bekerja secara waktu shift, ada masa waktu pejabat, ada minggu mula

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 19


bekerja petang dan adakalanya mula bekerja pada sebelah malam. Jadi adakah adil bagi ejen

ejen anda jika dipaksa mengikut satu jadual yang telah ditetapkan oleh anda?

Sudah tentu tidak jawapanya. Itulah pentingnya mereka sendiri perlu merangka jadual dan

berbincang dengan anda tentang jadual mereka.

Tidak kisah bagaimana mereka menyusun jadual mereka, anda hanya perlu menetapkan satu

tempoh masa minimum untuk mereka fokus dalam perniagaan. Contohnya, anda meletakkan

tempoh syarat mereka perlu ada dalam sehari adalah selama 2 jam untuk menjalankan

perniagaan. Seminggu 14 jam dan 56 jam sebulan. Masa dua jam ini adalah disusun mengikut

kesesuaian mereka samada selepas waktu kerja, sebelum waktu kerja atau semasa cuti. Ianya

terpulang kepada ejen anda dan di sini anda memberi flexibility kepada mereka di mana

mereka akan benar - benar hargai.

Tapi jadual ini mesti ada pasangannya. Seperti juga manusia yang diciptakan berpasang

pasangan. Siapa pasangan kepada jadual ini? Sudah tentu jadual yang disediakan akan

menjadi sia sia jika tidak ada DISIPLIN untuk mengikut jadual yang telah dirangkakan. WAJIB

Disiplin dengan jadual. Jika merancang tanpa tindakan ianya hanyalah angan-angan. Tindakan

yang berterusan yang ada di dalam jadual pastinya memerlukan disiplin yang kuat.

Selepas ejen - ejen anda telah tetapkan jadual waktu kerja mereka, anda perlu bantu mereka

lawan rasa flexible yang kuat itu supaya mula berdisiplin. Anda perlu pastikan ejen - ejen anda

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 20


mematuhi jadual yang telah dibuat, mereka perlu bijak menguruskan jadual mereka.

Contohnya, jika perlu cuti, rancang cuti dan perlu diganti semula masa cuti itu untuk pastikan

tugasan yang telah dijadualkan siap seperti dirancang. Anda perlulah ada satu salinan jadual

mereka di dalam dokumen dan file anda. Ejen - ejen anda perlu jujur dalam hal ini kerana

tidak ada sesiapa yang akan mengawasi mereka 24 jam. Semua ejen anda adalah lelaki dan

wanita yang dah matang, pandai pandailah urus jadual.

Jika ejen ejen anda ini berniaga dengan disiplin sepertimana mereka bekerja, pasti akan

mudah capai semua sasaran penting dan InshaAllah lebih bagus lagi kerana mereka akan lebih

semangat bila dapat hasilnya yang lumayan.

Tips #11: Kepentingan Rekod Jualan Harian!

Repot rekod jualan harian ini penting untuk tujuan memotivasikan ejen - ejen anda. Kadang -

kala, ejen - ejen anda tidak sedar akan potensi diri mereka dalam jualan kerana mereka tidak

ada rekod jualan harian yang boleh menunjukkan peningkatan ataupun penurunan supaya

mereka harus bekerja keras lagi untuk esok hari.

Repot rekod jualan iIni juga perlu untuk mengekalkan momentum ejen ejen anda. Manusia

paling senang hilang momentum serta hilang semangat untuk melakukan sesuatu perkara jika

tidak ada dorongan atau kejayaan kejayaan kecil di persembahkan kepada mereka. Ejen

ejen anda juga kadang - kala tidak sedar akan prestasi mereka meningkat hari demi hari

kerana sebelum ini tidak ada pengukur untuk mengukur prestasi mereka.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 21


Contohnya, salah seorang ejen anda merasa hilang semangat pada minggu ini kerana tidak

berjaya menjual 10 unit botol pada minggu itu. Dia hilang semangat kerana kawan kawan

ejen yang lain berjaya menjual berpuluh puluh botol pada minggu itu. Dia berasa malu

dengan yang lain dan rasa putus asa. Tetapi secara tidak sedar, perkembangan dia pada

minggu ini adalah lebih baik pada minggu lepas di mana repot rekod jualan harian pada

minggu lalu hanya menunjukkan dia berjaya menjual hanya 6 botol. Nampak atau tidak

kegunaan repot rekod jualan harian itu? Anda sebagai orang yang bertanggungjawab

menguruskan ejen - ejen boleh memberitahu tentang prestasinya dalam masa 2 minggu,

memotivasikan ejen anda dan mengembalikan momentum dan juga semangatnya.

Satu lagi kelebihan dengan adanya rekod jualan harian juga memudahkan anda untuk

mengawasi prestasi ejen - ejen anda. Sebagai contoh, ejen A berjaya menjual 50 unit botol

pada minggu ini manakala ejen B berjaya jual hanya 25 unit botol. Ucapkan tahniah dan kata

kata positif kepada kedua dua ejen ini kerana anda tidak mahu membezakan bezakan

mereka dari segi jualan dan momentum jualan. Anda perlu ingat bahawa lain ejen, lain cara

kerjanya.

Jadi selepas mereka sudah tahu prestasi mereka pada minggu itu, barulah anda boleh

letakkan sasaran jualan kepada mereka. Contoh, kepada ejen A anda nasihatkan dia untuk

letakkan sasaran sebanyak 80 unit botol pada minggu seterusnya kerana dia berjaya menjual

50 unit botol minggu lepas dan anda mahu momentum dia terus naik, manakala kepada ejen

B anda nasihatkan untuk meletakkan sasaran dalam 30 unit botol sahaja kerana anda tidak

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 22


mahu dia terasa seperti terpaksa mengejar sasaran terlalu tinggi dan juga merasa terbeban

dengan sasaran yang dinasihatkan oleh anda.

Anda perlu menasihati ejen - ejen anda supaya bersifat REALISTIK dalam meletakkan sasaran

jualan mingguan. Contohnya, oleh kerana minggu lepas ejen A berjaya jual 50 unit botol, pada

minggu hadapan dia telah meletakkan sasaran menjual 100 botol. Ini akan membahayakan

ejen anda kerana dia terlalu bercita cita tinggi. Anda perlu duduk dan berbincang serta

bertanya kepadanya apa yang dia lakukan minggu lepas hingga mampu menjual sebanyak 50

botol. Tanya dia satu persatu secara terperinci tentang gerak kerjanya, berapa jumlah wang

yang dilaburkan untuk iklan di Facebook, berapa pelanggan yang dari hasil follow up dan

berapa banyak orang baru yang dia jumpa yang berjaya menghasilkan jumlah jualan 50 botol.

Ini membolehkan anda tahu dari mana datangnya jumlah jualan yang banyak itu. Dari hasil

repot rekod jualan harian juga anda boleh kenal pasti sama ada ejen anda ini benar benar

menjual ataupun hanya bernasib baik kerana ramai ejen ejen lain di bawahnya restock

pada minggu itu. Ini kerana anda akan dapat kenal pasti pattern ejen yang benar - benar

menjual. Bagaimana?

Macam mana mahu lihat pattern ejen anda yang benar benar menjual dari repot rekod

jualan harian mereka? Dalam repot rekod jualan hariannya, jika setiap hari akan ada hasil

jualan seperti sebagai contoh pada hari Isnin terjual 10 botol, hari Selasa 7 botol, hari Rabu 8

botol dan seterusnya setiap hari akan ada beberapa unit botol yang dijual. Ini bermakna ejen

anda ini memang benar benar menjual produk anda setiap hari. Samada kepada prospek

baru, follow up atau lain lain.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 23


Jika patternnya lompong lompong seperti contoh, pada hari Isnin tidak ada jualan unit

botol, hari Selasa pun tidak ada jualan botol, tiba tiba hari Rabu ada menjual 30 unit botol,

hari Khamis 20 unit botol, Jumaat dan sabtu tiada botol dan ahad 15 unit botol. Ini

menunjukkan ejen anda bukanlah seorang yang rajin menjual tetapi hanya tunggu untuk ejen

ejen di bawahnya kembali restock daripadanya. Anda boleh rumuskan ejen ejen seperti

ini hanya menunggu ejen ejen lain di bawahnya restock sebagai tidak lagi aktif.

Daripada situ anda boleh memberi arahan baru kepada ejen - ejen yang hampir hampir tidak

aktif seperti dulu dan hanya menunggu ejen ejen lain restock untuk mulakan startegi baru,

teknik pemasaran baru dan prospek baru bagi mendapatkan jualan setiap hari.

Repot rekod jualan harian juga akan membantu anda mengenal pasti ejen yang mana yang

sedang menurun prestasinya, yang dalam perjalanan mahu tidur dan juga yang tidak fokus.

Momentom dan semangat stokis atau ejen kebiasaanya akan hilang sedikit apabila bercuti

lama dari menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang ejen. Contohnya, jualan ejen

A jatuh bermula dari hari Isnin hingga Khamis kerana ejen A tengah asyik bercinta dengan

kekasih pada minggu itu. Ataupun bermacam lagi penyebab apabila ejen anda masih dalam

mood berhari raya ataupun mood bercuti.

Alhamdulillah, apabila saya mula mengambil repot rekod jualan harian, saya nampak impak

yang besar terhadap ejen ejen saya. Kesannya adalah, apabila setiap hari anda meminta

repot rekod jualan harian, ejen - ejen yang tidak ada jualan selama tiga hari berturut - turut

akan mula merasa segan dan malu dengan anda dan rakan - rakan ejen yang lain. Ini akan

membuatkan mereka secara automatik bergerak sendiri untuk mendapatkan jualan pada

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 24


esok hari supaya tidak lagi menghantar repot rekod jualan dengan jumlah botol terjual adalah

0. Anda tidak perlu memotivasi mereka untuk mengerakkan mereka, mereka akan termotivasi

sendiri apabila melihat rakan rakan ejen yang lain memberi repot rekod jualan harian

dengan jumlah botol yang makin meninggi setiap hari.

Tips #12: Rapat rapatkan hubungan dengan ejen anda!

Jadikan satu amalan bagi anda sebagai pemilik produk atau individu yang bertanggungjawab

menguruskan ejen - ejen untuk menelefon ejen - ejen anda sekurang kurangnya seminggu

sekali untuk hanya bersembang dan bertanya khabar serta diselitkan tentang perkara

perkara tentang perniagaan secara tidak sedar. Janganlah sesekali menelefon mereka dan

terus bertanyakan tentang pergerakkan perniagaan semata mata.

Sebagai contoh, soalan yang boleh anda tanyakan untuk mulakan perbualan adalah seperti

apakah perkara yang paling best berlaku dalam diri anda pada minggu lepas? Jangan

sesekali mulakan perbualan dengan soalan iklan FB dah jalan ke belum? Customer haritu dah

follow up? Berapa ejen baru yang dah daftar? Soalan soalan seperti ini bakal mematikan

mood ejen - ejen anda dan juga memberi tekanan yang tidak sepatutnya kepada mereka.

Dengan merapatkan hubungan anda bersama ejen anda. Mereka akan rasa lebih selesa untuk

bertanyakan soalan, meluahkan perasaan dan juga merujuk kepada untuk jalan penyelesaian.

Kebiasaanya, ejen ejen akan ada soalan soalan yang dia rasa remeh, soalan yang dianggap

soalan bodoh atau mereka buntu untuk membuat keputusan di mana anda perlu membantu

mereka.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 25


Jika hubungan anda dengan mereka rapat dan buat mereka selesa dengan anda, mereka akan

terus hubungi anda bertanyakan soalan soalan atau pendapat anda tentang sesuatu perkara.

Kalau anda asyik bersifat dingin, menunjukkan keegoan anda sebagai orang yang berpangkat

tinggi dari ejen ejen anda, mereka akan bertanyakan soalan soalan mereka kepada rakan

rakan ejen mereka yang mana sama seperti mereka tidak tahu jalan penyelesaian yang tepat.

Cara saya merapatkan hubungan bersama ejen ejen di bawah jagaan saya adalah dengan

cara menghubungi mereka setiap hari melalui aplikasi Whatsapp. Saya membuat broadcast

list khas yang menyenaraikan semua ejen ejen saya. Apa gunanya broadcast list ini? Saya

menggunakan broadcast list untuk menghantar kata kata memotivasikan diri setiap pagi,

nasihat nasihat dari pakar pakar pemasaran, mutiara kata pada setiap hari Jumaat dan lain

lain tips berniaga.

Bagusnya broadcast list ini adalah, mesej yang anda kirimkan itu akan diterima secara

peribadi oleh ejen - ejen anda. Elakkan menghantar kata kata motivasi, tips tips, mutiara

kata dan lain lain kepada group group di dalam aplikasi whatsapp. Kenapa saya suruh

elakkan? Ini kerana tidak ada sentuhan peribadi personal touch apabila anda menghantar

di dalam group group aplikasi Whatsapp. Kesannya tidak begitu memberi impak kepada si

pembaca kerana mesej tersebut dihantarkan kepada umum bukan diterima secara peribadi.

Group group di dalam whatsapp anda boleh gunakan untuk berkongsi tentang prestasi ejen

- ejen anda setiap minggu. Dari situ, mereka akan memotivasikan diri secara automatik kerana

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 26


yang berada di atas akan lebih bersemangat dan yang berada di bawah akan terasa tercabar

dan bertekad membuat perubahan dalam startegi pemasaran. Yang ini hantar untuk umum

baca tidak menjadi masalah.

Tips #13: Anugerah Dan Ganjaran

Penganugerahan dan ganjaran adalah penting untuk momentum dan motivasi para ejen.

Ganjaran haruslah tidak menggangu komisen jualan ejen - ejen anda. Sebagai contoh, anda

membuat tawaran ganjaran RM 1.00 untuk setiap botol yang dijual oleh ejen - ejen anda. Jika

pada bulan itu, ejen anda berjaya menjual 100 unit botol, maka dia layak untuk mendapat

ganjaran berupakan wang tunai RM 100. Bentuk ganjaran tidak semestinya anda menawarkan

wang tunai sahaja, anda juga boleh memberi banyak pilihan ganjaran seperti gelang emas,

voucher percutian, voucher beli belah ataupun barang barang elektrik untuk rumah.

Ganjaran haruslah mengikut kesesuaian kumpulan umur dan jantina ejen anda. Jika ejen anda

ramai wanita, ganjaran seperti emas, percutian atau voucher beli belah mungkin dapat

menarik perhatian mereka. Selain itu, anda juga boleh menawarkan ganjaran seperti, jika ejen

berjaya menjual 100 unit botol untuk bulan ini, mereka akan mendapat 5 unit botol lagi secara

percuma, bermaksud mereka boleh mendapatkan untung 100% dari harga jualan tersebut

kerana produk itu mereka perolehi tanpa sebarang modal dan kos.

Dengan memberi ganjaran dan juga mengadakan repot rekod jualan harian, kedua dua ini

akan menyokong antara satu sama lain. Kenapa saya cakap ianya menyokong satu sama lain?

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 27


Ini kerana jika anda hanya asyik menekan ejen ejen anda untuk mengadakan jualan setiap

hari, meminta repot untuk rekod jualan harian, memberi pelbagai cara pemarasan ianya

secara tidak lansung akan menjadi beban kepada ejen ejen anda secara tidak sedar jika anda

tidak menghargai usaha mereka dan juga anda tidak memberi apa apa ganjaran atas

pencapaian mereka.

Ganjaran juga boleh diberi dari segi tawaran untuk pelanggan yang dalam masa yang sama

memberi ganjaran jualan berlipat ganda kepada ejen - ejen anda. Contohnya, apa yang saya

lakukan adalah, saya membuat tawaran kepada pelanggan, sesiapa yang membeli 2 botol Gel

Amani akan dapat harga promosi iaitu RM 160.00 dan juga mendapat ganjaran pulangan

bernilai RM10.00 berupakan Gel Amani yang di dalam botol lebih kecil kuantitinya.

Dengan membuat tawaran atau promosi kepada pelanggan anda, sekaligus akan

menambahkan jualan ejen - ejen anda. Jualan mereka akan meningkat disebabkan pelanggan

tertawan dan jatuh hati ingin membeli produk anda kerana promosi yang ditawarkan oleh

syarikat anda melalui ejen - ejen anda. Saya pernah buat promosi sebegini dan hasilnya, salah

seorang dari stokis saya yang jualannya meningkat dari 30 40 unit botol seminggu, melonjak

naik ke 40 100 unit botol seminggu.

Teknik ganjaran seperti ini bakal membantu anda dari segi pemasaran. Ini kerana, jika teknik

ini salah seorang ejen anda lakukan dan dia mendapat hasi dari teknik ini, anda boleh

menjadikan dia sebagai contoh kepada ejen ejen lain yang mana teknik pemasaran dan

promosi yang anda suruh mereka lakukan ini adalah berkesan, rugi jika yang lain tidak ikut

buat teknik yang anda sarankan.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 28


Percayalah, jika satu teknik anda suruh ejen ejen anda lakukan dan mereka berjaya

mendapatkan hasil, teknik teknik pemasaran yang seterusnya pasti ejen anda akan ikut buat

tanpa banyak soal dan alasan. Tetapi anda perlu pastikan anda telah terlebih dahulu mencuba

teknik pemasaran yang anda mahu ejen ejen anda lakukan, dan hasilnya haruslah bagus dan

tidak menggunakan kos yang terlalu tinggi.

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 29


#Rumusan & Penutup

Jadi itulah 12 tips yang dapat saya kongsikan melalui pengalaman saya selama 3 tahun

menguruskan stokis dan ejen Gel Amani di Wasima Wafa Sdn. Bhd. Saya tidak cakap tips

tips yang saya berikan ini adalah tips paling tepat dan hanya tips dari saya sahaja yang paling

betul.

Ia akan berbeza berbeza mengikut situasi ataupun individu yang anda hadapi. Saya harap

tips yang saya kongsikan ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda dan dalam urusan

anda mengurus ejen ejen di bawah anda menjana pendapatan mereka.

Jangan berhenti memberikan tunjuk ajar kerana kita akan lebih tenang dan bahagia secara

spiritual jika kita terus dan terus membantu orang orang lain menambahkan nilai hidup

mereka.

Anda boleh terus follow saya di:

FB: Leo Adi Putra

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Wasima Academy melalui:

FB: Gergasi Hijau

IG: Gergasi Hijau

Blog: www.gergasihijau.com

Hotline: +6 019 999 4334 (Cik Emma)

Editor: Mohamad Hilmi Bin Abd Nasir

INTENSIVE AGENT MASTERY | LEO ADI PUTRA | WASIMA ACADEMY | 2016 30

Anda mungkin juga menyukai