Anda di halaman 1dari 33

Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Rahsia Hasilkan Produk Jenama Sendiri

Penulis Oleh Mohd Ilham Rusli

Diterbitkan Oleh Mohd Ilham Rusli

Diedarkan Oleh Syarikat ILHAMIC RESOURES (002083655-T)

Edaran Sah Hanya Di http://www.produkjenamasendiri.com

Terbitan Pertama Julai 2013 | Terbitan Kedua Disember 2013

1
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

VERSI KEMASKINI DISEMBER 2013


Ini BUKAN e-Book percuma. Anda tidak mempunyai hak untuk menjual, menyebar,
menyalin, berkongsi kandungan produk ini secara percuma kepada sesiapa pun jua.
SYARAT & TERMA
Dengan memiliki produk informasi ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk
mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini diterbitkan oleh Mohd
Ilham Rusli dan dilindungi undang-undang dibawah Akta Hak Cipta 1987. Pengguna
tidak dibenar untuk menyebar produk ini dengan apa jua cara sekalipun. e-Book ini
hanyalah untuk kegunaan peribadi pengguna sahaja. IP gadget anda telah direkodkan
sebagai langkah berjaga-jaga jika ada salah guna pada masa hadapan.
Pengguna juga tidak dibenarkan untuk menyalin ulang manamana bahagian dalam
produk informasi ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan atau
perbuatan menyebar produk ini tanpa kebenaran sama ada secara sengaja ataupun
tidak sengaja akan menyebabkan dakwaan undang-undang. Sesetengah nama produk,
syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam produk ini adalah dilindungi oleh
hak cipta atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan
terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.
PENAFIAN
Pihak penulis dan penerbit telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan informasi
yang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu e-Book ini dicipta namun tiada
jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan dapat digunapakai
selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut perubahan masa.
Pihak penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat
yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung
atau tidak langsung sepanjang penggunaan informasi di dalam produk ini.
Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna sama ada
dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana ia adalah
bergantung kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Pengguna adalah
bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan
kandungan di dalam produk informasi ini.
Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam
kegiatan khidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk
merujuk kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan. Tujuan utama
informasi yang diberikan adalah untuk perkongsian informasi dan hiburan semata -
mata. Informasi yang dibekalkan tidak ada kena mengena dengan manamana pihak
sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.
Jika anda dapati terdapat mana-mana pihak atau individu yang mengedarkan atau
berkongsi secara percuma, sila laporkan pada kami di emel ilhamjutawan@gmail.com
ganjaran akan diberikan jika benar terdapat perkara dinyatakan diatas.

2
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan 4-7

2. Panduan Bina Produk Jenama Sendiri 8-26

3. Carta Alir Bina Produk Jenama Sendiri 27

4. Senarai Bidang Produk 28

5. Senarai Bidang Produk Pilihan Tertinggi 29

6. Senarai Pengilang Kontrak GMP / IMP 30

7. Senarai Syarikat Konsultan 31

8. Kesimpulan 32

3
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

PENGENALAN

Membina jenama bukan hanya dengan sekelip mata untuk ianya berada mekar

dibibir pelanggan atau pengguna produk dan juga perkhidmatan yang kita sediakan.

Jenama juga merupakan sebahagian strategi produk dan perniagaan anda, walaupun

sebaik mana pengurusan perniagaan anda jalankan, jika produk jenama sendiri anda

tidak menghasilkan jualan, tiada guna juga. Untuk anda menjadi zero ke hero dan dari

hero menjadi superhero.

Definisi jenama. Tetapi, sebelum pergi lebih jauh, mari saya kenalkan tentang

definisi jenama menurut Kamus Oxford. Iaitu merupakan pemberian nama dan imej

keatas barangan atau servis untuk orang tertarik untuk mendapatkan atau membelinya.

Penjenamaan juga membezakan perniagaan anda dan seluruh usaha pasaran

perniagaan anda menjadi lebih mudah untuk meniti dibibir pelanggan.

Mari kita ketahui apakah tiga (3) unsur Utama untuk penjenamaan, tidak kira

untuk produk atau penjenamaan syarikat, jika tiga (3) unsur ini ada pada satu-satu

jenama, maka jenama ini berada dilandasan yang betul untuk Berjaya, dibawah ini

disenaraikan tiga (3) unsur tersebut:

1. Dikenali

2. Disukai

4
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

3. Dipercayai

Mengapa jenama sangat penting kepada perniagaan, produk dan

perkhidmatan yang kita sediakan? Ini kerana ianya akan membentuk identiti syarikat

kita, produk kita dan sebagainya. Seterusnya menambahkan kekuatan jenama kita

dipasaran. Serta menjadikan kekuatan, simbol kualiti dan yang penting apabila berada

sebaris dengan pesaing dalam pasaran dan pemasaran perniagaan.

Apa produk yang ada sekarang ini tidak memenuhi lagi kehendak pasaran

Malaysia. Tidak mengapa, jika anda katakan ianya sudah tepu, mari kita jenguk ke

pasaran global, terutama dalam industri makanan halal dunia. Dan satu lagi perkara

penting yang perlu anda ketahui adalah, apa yang ada sekarang juga tidak mengikut

apa yang pelanggan mahukan. Persoalan kedua, ialah adakah anda dapat berikan

kepuasan kepada pengguna. Contohnya seorang penghidap kencing manis, sudah

pasti memerlukan ubat atau herba tradisional yang mampu merawat penyakitnya.

Produk yang dihasilkan dan diperkenalkan kepada umum mestilah ada jenama,

apa yang perlu ada dalam jenama tersebut? Pertama adalah nama, kedua logo, ketiga

simbol, keempat grafik, kelima adalah tagline. Jenama yang ada diproduk saling berkait

rapat dan boleh diibaratkan bahan perasa dalam makanan yang tukang masak

sediakan.

5
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Produk baru yang anda hasilkan mestilah mempunyai nilai tambah yang lain

daripada yang lain. Mungkin anda fikir dalam sesuatu industry sudah ramai pesaing

yang menghasilkan produk sama dengan idea anda, sebagai strategi dan tip daripada

saya anda boleh menambah nilai keatas produk yang sediada tersebut. Jika anda

mampu menambah nilai dan melangkaui pesaing, anda seorang usahawan yang

berinovasi dan kreatif.

Dewasa ini, manusia semuanya mengejar masa dan perlu berada dalam

keadaan bersedia. Contoh yang terdekat ialah dalam penyediaan makanan, seringkali

makanan segera menjadi pilihan para manusia amnya terutama kepada ibu bapa yang

sibuk bekerja, anak-anak mereka tidak kurangnya juga. Senang kata seluruh ahli

keluarga mempunyai masa yang terhad. Contohnya pes makanan yang siap sedia

untuk dimasak.

Permasalahan inilah yang akan mewujudkan peluang-peluang perniagaan.

Bidang -bidang produk yang boleh dihasilkan, saya sertakan pada akhir bab ini. Antara

yang popular dan mempunyai permintaan yang tinggi ialah produk harian pengguna

seperti bidang makanan, minuman dan lain-lain.

Bagaimanakah cara mengeluarkan produk jenama anda sendiri? Disini saya

akan terangkan dari A hingga Z, bermula dari peringkat pendaftaran perniagaan

6
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

sehingga pemasaran produk tersebut. Hasrat saya adalah untuk melahirkan lebih

ramai usahawan dikalangan rakyat Malaysia, khasnya dikalangan Muslim, agar dapat

mereka membayar zakat dengan jumlah yang lebih besar dan membantu mereka yang

fakir miskin, insyaAllah doakan saya juga.

Cara mudah untuk hasilkan produk tanpa perlu kita keluarkan modal yang besar

adalah dengan secara kontrak pengilangan dengan mana-mana kilang yang

menyediakan dan menawarkan perkhidmatan tersebut untuk produk yang kita ingin

pasarkan. Sehingga hari ini semakin ramai usahawan yang menjalankan aktiviti

perniagaan ini, dimana akan menjimatkan tenaga, masa dan kos.

Kontrak pengilangan dalam bahasa yang mudah ialah kita mengupah kilang

untuk membina dan merekabentuk produk yang kita inginkan, seperti formula bahan-

bahan, rekabentuk bungkusan dan sebagainya. Penghasilan produk dengan cara ini

akan memberikan banyak kelebihan kepada para usahawan, ini kerana usahawan tidak

perlu mahir dalam pembuatan produk tersebut dan sebagainya.

Dengan penghasilan produk jenama anda sendiri, anda bebas merancang dan

menentukan idea, rekaan pembungkusan, formula produk, strategi pemasaran dan

sebagainya. Anda tidak lagi terikat, jika anda menjadi agen, sub stokis, stokis dan

sebagainya, anda akan terikat dengan pengeluar produk tersebut. Seperti jumlah jualan

yang terhad, komisyen jualan yang sedikit. Kini apabila produk ini siap dihasilkan dalam

masa 30 hari, anda yang menentukan segalanya dengan lancar dan terperinci.

7
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

PANDUAN BINA PRODUK JENAMA SENDIRI

Peringkat Pertama

Saya akan menerangkan tentang penubuhan syarikat atau pendaftaran

perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Mengapa saya

mengutamakan pendaftaran perniagaan terlebih dahulu, berbanding penciptaan idea

produk dan sebagainya. Jikalau anda sudah mendaftar entiti perniagaan anda, sila

abaikan bab ini.

Haruslah diingatkan jika anda ingin membuat pinjaman dari mana-mana institusi

kewangan seperti perbankan dan sebagainya, mereka akan menilai usia syarikat anda.

Tidak semestinya juga, lebih lama lebih bagus, bergantung pada prestasi kewangan.

Tidak kira Syarikat Sendirian Berhad atau milikan tunggal seperti penggunaan

penghujung nama syarikat - enterprise, resources, solution dan sebagainya.

8
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Panduan dan cara mudah daftar niaga SSM ini ada saya tuliskan dalam e-book

lain yang diberi percuma, aplikasikan segera. Usahawan sifat semulajadinya akan

merebut peluang yang datang kepada mereka.1

9
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Kedua

Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan sebelum ini, anda boleh terus jadikan

ini langkah pertama, pada peringkat kedua ini ialah dengan mencari idea yang sesuai

untuk produk yang bakal dikeluarkan. Saya sarankan apa yang anda minat atau

berbakat? Jika anda minat bidang kecantikan, cari idea yang lebih terperinci, seperti

produk kecantikan muka yang tengah hangat sekarang ini. Contoh produk berasaskan

kolagen dan sebagainya.

Jika anda mempunyai formula sendiri dari idea atau petua orang lama boleh

juga anda realisasikan dan terjemahkan dalam bentuk yang professional. Untuk

pengetahuan, ada sahabat saya yang keluarkan formula berasaskan petua orang lama,

tengah top produk beliau sekarang ini. Apa tunggu lagi? Cuba dapatkan petua-petua

dari Nenek atau Datuk Kita.

10
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Oh ya, disini saya akan bagitahu kaedah untuk mencari idea produk jika anda

tidak mendapat idea sehingga anda baca tulisan ini, teruskan pembacaan anda. Anda

boleh melakukan kajian seperti kehendak pasaran, pasaran pada masa kini dan juga

pasaran pada masa hadapan.

Ada sesetengah produk mungkin top pada masa ini, tapi tidak pada masa

hadapan, juga ada yang sebaliknya. Kajian kehendak pasaran ini sangat mudah,

tidak perlu turun padang untuk berjumpa setiap bakal pelanggan untuk membuat

tinjauan secara manual dan mengisi borang yang leceh.

Semuanya anda boleh lakukan dengan carian dihujung jari sahaja. Baiklah,

saya tidak mahu bercerita panjang dengan contoh yang terlampau banyak, ada

sesetengah perkara perlu dijaga dan dirahsiakan juga untuk privasi dan tidak

melanggar undang-undang hak cipta dan sebagainya saya perlu mematuhinya.

Kita masih berada diperingkat kedua, cuma saya akan menerangkan tentang

kajian produk melalui carian online, anda boleh membuat semakan melalui link ini

https://adwords.google.com/o/KeywordTool kemudian anda isi perkataan collagen,

web ini akan senaraikan carian tertinggi tentang produk collagen tersebut, dari laman

search engine Google. Dibawah ini saya sertakan print screen untuk memudahkan

anda untuk memahami penjelasan saya.

11
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

12
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Selain itu, anda boleh juga lawati forum online, blog, web dan sebagainya,

tengok pada bahagian komen bakal pengguna. Jika terdapat banyak komen pada

perbincangan tersebut, ini menunjukkan terdapat kehendak dan keperluan dalam

pasaran yang perlu dipenuhi dan dicipta. Seterusnya anda lakukan carian melalui

laman search engine pada link saya berikan pada perenggan diatas, bagi

mengukuhkan dakwaan dan sangkaan tersebut.

Sudah dapat idea ke belum? Tidak mengapa, idea tidak muncul dengan tiba-tiba,

cuba anda cari disekeliling anda. Selain itu, cuba anda brainstorming bersama suami,

isteri, keluarga, rakan dan sebagainya. Saya lebih suka kalau produk yang dihasilkan

dari bakat dan minat semulajadi anda sendiri, ini kerana anda akan lebih memahami

kehendak dan keperluan apabila produk tersebut dikeluarkan, anda juga lebih

berkeyakinan dan bersemangat. Keyakinan terhadap produk juga perlu ada dalam diri

setiap usahawan, jika usahawan sendiri tidak berkeyakinan terhadap produk mereka,

apatah lagi bakal pengguna.

Izinkan saya bercerita tentang produk sahabat saya yang menghasilkan

produk susu Unta, mengapa beliau memilih produk tersebut? Pada pendapat saya,

merupakan sesuatu yang unik, mengapa saya kata unik? Mana ada Unta di Malaysia,

bahan mentah juga susah dapat, permintaan tinggi. Sudah pasti susu Unta tersebut

diimport dari Negara Timur Tengah seperti Mesir dan sebagainya. Mungkin anda terfikir

13
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

tentang daya tahan susu tersebut, susu Unta yang dikeluarkan adalah dalam bentuk

serbuk dan dipaketkan dengan design dan jenama syarikat beliau tersendiri.

Seterusnya, pengajaran dari cerita diatas anda perlu mencari keunikan dalam

penghasilan produk, dengan menambah nilai produk yang sedia dalam pasaran.

Contohnya, produk sejuk beku seperti karipap, apakata jika anda tukar inti dalam

kepada perisa coklat atau vanilla, ini akan membezakan karipap anda dengan

karipap orang lain, seperti yang diketahui ramai, kanak-kanak suka pada perisa coklat,

kemudian dipekkan satu persatu, ini akan meluaskan skop pasaran perniagaan

anda.

Nah, satu idea produk sudah saya berikan pada perenggan diatas, sila

jangan terlepas pandang ketika membaca e-book ini. Siapa cepat dia dapat, sila rebut

peluang saya berikan ini cepat-cepat. Idea-idea baru akan saya kongsikan dari masa ke

semasa di fanpage rasmi Bina Produk Jenama Sendiri.

14
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Ketiga

Pada peringkat ini, sediakan satu rancangan perniagaan yang berkualiti samada

secara lengkap atau ringkas, mengapa saya sarankan untuk menyediakan rancangan

perniagaan. Tujuan menyediakan rancangan perniagaan adalah untuk beberapa

perkara, antaranya untuk:-

1. Mencari Pelabur.

2. Mendapatkan pinjaman.

3. Pengukur kepada pencapaian perniagaan anda.

4. Mengenal pasti pesaing utama perniagaan anda.

5. Meningkatkan peluang untuk Berjaya.

6. Menilai kelemahan dan kekuatan anda.

Walaupun anda mempunyai modal atau dana tersendiri, saya galakkan anda

untuk membina rancangan perniagaan juga. Agar sebagai satu panduan untuk

anda pada masa kini dan masa hadapan, serta mengelakkan anda tersasar dari

misi, visi dan objektif anda yang pada asalnya sudah ditetapkan. Jika dipertengahan

jalan dalam membangunkan perniagaan dan produk anda terdapat masalah dan

sebagainya, anda boleh kembali membuat semakan kepada apa yang telah

andarancangkan sebelum ini, adakah tersasar atau sebaliknya. Untuk maklumat lanjut

berkenaan ini, anda boleh membaca di e-book Rancangan Perniagaan Berkualiti yang

telah saya hasilkan.

15
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Keempat

Seterusnya, saya tunjukkan jalan pintas untuk menghasilkan produk anda

sendiri, iaitu melalui pihak konsultan, mereka akan membantu anda dari proses

pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), sijil Halal dan

sebagainya, jika anda ingin hasilkan produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya dan

lain-lain pendaftaran, design kotak, pembungkusan dan lain-lain juga mereka akan

uruskan, saya akan jelaskan pada perenggan dibawah.

Sijil halal adalah satu pilihan, jika anda tidak ingin di kacau oleh pihak berwajib

pada kemudian hari, sebaiknya anda sediakan sijil kelulusan halal dan sijil kelulusan

KKM. Jika ingin memohon sijil-sijil tersebut, pihak anda perlu uruskan perkara ini,

sebenarnya tidak remeh sediakan apa yang mereka khendaki, seperti sijil SSM, salinan

Kad Pengenalan pemilik dan beberapa perkara lagi. Tempoh kelulusan dari

permohonan KKM adalah selama dua minggu bekerja sahaja. Seterusnya, bagi

kelulusan halal, selama 90 hari bekerja. Perlu dimohon selepas keputusan kelulusan

KKM. Produk anda boleh dikeluarkan jika sijil halal dalam proses menunggu kelulusan,

seperti yang dinyatakan pada awal perenggan ini.

16
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Kelima

Pengeluaran sampel dihasilkan oleh pihak pembangunan & kajian atau

research and development (R&D) dalaman oleh pihak pengilang kontrak. Mereka

akan menghasilkan daripada formula atau resepi yang dicadangkan oleh pihak

anda. Setelah itu, mereka akan keluarkan hasil tersebut dan menghantar kepada anda

untuk komen daripada sampel tersebut. Jika anda berpuas hati daripada sampel

pertama tersebut, boleh memasuki fasa seterusnya.

17
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Jika sebaliknya, anda boleh menghantar maklumbalas serta komen, kemudian

mereka akan menghasilkan sampel kedua dengan kajian yang baru atau melakukan

tambahan dan pengurangan formula, bergantung kepada produk, hanya pihak R&D

lebih mengetahui, cukup saya jelaskan disini untuk bahagian ini.

Kos untuk penghasilan sampel hanya beberapa ratus ringgit malaysia sahaja,

amat berpatutan, dengan maksimum dua kali sampel boleh dikeluarkan. Perkara ini

bergantung kepada pihak pengilang, perkara yang saya sampaikan disini, hanyalah

berdasarkan pengalaman saya dalam menghasilkan produk tersebut. Pada tinjauan

yang saya lakukan, jika R&D oleh pihak luar seperti Universiti dan sebagainya, lebih

18
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

mahal. Semakan nutrisi ini boleh dilakukan kemudian hari dengan pihak makmal luar,

apabila produk anda sudah berdaya maju.

Peringkat Keenam

Persetujuan kepada sampel dan beberapa perkara, perkara ini biasanya akan

dijelaskan oleh pihak konsultan yang dilantik. Antaranya seperti pemilihan nama

produk, rekaan produk, rekaan kotak, pemilihan botol, cara pembungkusan dan

lain-lain, jangan risau mereka akan uruskan perkara ini. Pada perenggan dibawah saya

akan bongkarkan syarikat yang mengilang dan membekalkan botol-botol, samada jenis

kaca atau plastic, sangat banyak pilihan buat anda, custom made atau ready made.

Jika berkelapangan boleh berkunjung terus ke syarikat tersebut.

19
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Pengilang dan pembekal yang saya tunjukkan pada gambar premis diatas

terletak dibandar Damansara, tiada kaitan saya dengan mereka. Disini saya tunjukkan

sebagai contoh, pengilang dan pembekal sebenarnya banyak terdapat di Malaysia,

terutama di Ibu Kota dan di Pulau Pinang.

20
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Bagi custom made kos untuk rekaan dan pembuatan botol atau kos kotak akan

meningkat, tetapi kepuasan terhadap produk amat tinggi. Jika sebaliknya, kebiasaanya

sudah ada yang menggunakan rekaan tersebut. Tetapi tidak menjadi masalah, asalkan

produk anda ada permintaan dan berkualiti. Rekaan design luar kotak atau botol yang

menjadi penarik apabila melihat produk anda serta kualiti dalamannya.

Nama produk boleh dicadangkan beberapa nama yang bersesuaian dan

catchy, cadangkan nama yang boleh dibawa ke pasaran antarabangsa. Mengapa

pentingnya nama produk? diibaratkan sebagai satu jenama yang perlu diperkenalkan

dalam pasaran. Apabila jenama kita boleh dipasarkan dan mempunyai beberapa

kelebihan, antaranya:-

21
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

1. Senang diingati dan mudah dikenali.

2. Senang dicari apabila bersama pesaing.

3. Sebagai tempat rujukan.

4. Membina dan mendapat kepercayaan.

5. Jualan berulang atau mempunyai pelanggan tetap.

Apabila nama kita sudah berada dipasaran, akan memudahkan proses penjenamaan

dan pemasaran. Apa yang penting berhemah dan mempunyai perancangan jangka

masa panjang dan pendek.

22
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Ketujuh

Pengeluaran produk, pada peringkat ini pihak pengilang akan meminta sijil

pendaftaran perniagaan, anda tidak perlu bersusah payah lagi sebab sudah

diselesaikan perkara ini pada peringkat pertama. Minimum bagi pengeluaran produk

adalah 1000 unit.

Ya, seribu unit sahaja, tidak banyak, satu bilik bersaiz 10 X 10 pun tidak

memenuhi lagi ruang tersebut, ini berdasarkan pengalaman saya, lagi kecil saiz produk

yang anda hasilkan lagi minima kos dan ruangan simpanan stok. Mahukan kuantiti lebih

daripada 1000 unit pun tidak menjadi masalah, pastikan anda mempunyai ruang

simpanan sebaiknya dan bajet mencukupi.

Nasihat saya agar, perbanyakkan bajet untuk pemasaran, perkara ini saya

jelaskan dalam e-book bonus percuma Strategi Pemasaran Berkesan Untuk Produk

Anda. Pemasaran penting untuk menjenamakan produk anda dimata bakal pelanggan

anda, lebih kerap produk anda muncul diarena pasaran, akan meningkatkan aktiviti

jualan anda. Tahukah anda? Jenama gergasi yang berada dipasaran sekarang, sudah

100 tahun pun dalam pasaran, masih mengiklankan produk mereka di media massa.

23
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Kelapan

Pada peringkat kelapan, sambil menunggu produk anda dikeluarkan dan siap

dihasilkan, cuba anda sediakan strategi pemasaran yang bakal anda lakukan,

mungkin pada peringkat kedua diatas iaitu dengan membina rancangan perniagaan,

telah anda catatkan secara ringkas pada bahagian pemasaran. Terpulang kepada anda

untuk memasarkan produk anda, samada secara online atau offline. Tidak perlu saya

ceritakan pasal pemasaran secara terperinci disini kerana dalam e-book strategi

pemasaran berkesan dan berkualiti telah saya jelaskan.

24
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Kesembilan

Apabila produk sampai ke tangan anda, persoalan simpanan stok pula menjadi

masalah, sebenarnya mudah. Jangan lupa sediakan satu stor atau sudut dalam

rumah anda pada tempat yang selamat, jauh dari sumber api, sumber air,

letakkan dalam suhu bilik, jauh dari kanak-kanak dan lain-lain.

Jika anda sudah mempunyai premis perniagaan tidak menjadi masalah.

Kebanyakan juga pengeluar produk ini dihasilkan oleh suri rumah, hanya bekerja dari

rumah, BUKAN Skim Cepat Kaya. Mereka memasarkan secara online dan mendapat

tempahan juga secara online, berkenaan kaedah pemasaran ini saya dedahkan dalam

ebook Pemasaran Produk Secara Berkesan.

25
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Peringkat Kesepuluh

Bersedia untuk melaksanakan peringkat kelapan yang telah saya jelaskan

pada perenggan diatas. Lakukan pemasaran sepertimana yang telah anda rancang

dengan sebaiknya. Apabila habis 1000 unit pertama, anda boleh melakukan repeat

order, sebaiknya sebelum kehabisan stok secara keseluruhan, bagi mengelakkan

produk anda kehabisan sepenuhnya.

Jika anda mempromosi secara besar-besaran sediakan produk tersebut dengan

mencukupi, bagi mengelakkan kekecewaan kepada pelanggan anda nanti. Anda juga

boleh melakukan pra-pelancaran atau pelancaran secara besar-besaran. Pra

pelancaran boleh dibuat sebelum produk dikeluarkan, sebagai penjenamaan kepada

syarikat anda dan menjadi trademark untuk memudahkan pencarian agen, stokis, sub

stokis dan sebagainya.

26
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Carta Alir Panduan Bina Produk Jenama Sendiri.

Daftar Niaga SSM

Cipta Idea Produk

Rancangan Perniagaan

Konsultan Pengilang Kontrak

R&D dan Sampel R&D dan Sampel

Pengeluaran Produk Pengeluaran Produk

Rancang Pemasaran Rancang Pemasaran

Produk Siap 30 Hari Produk Siap 30 Hari

Produk Dilancarkan & Produk Dilancarkan &


Dipasarkan Dipasarkan

27
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

SENARAI BIDANG PRODUK

Bil. Bidang Utama Sub Produk


1. Livestock a. Cow
b. Goat
c. Duck
d. Chicken

2. Health & Medical a. Drugs


b. E-Cigarette
c. Sex Products
d. Dental Products
e. Herbal Products
f. Herbal Massage Oil
g. Surgical Equipment
h. Health Supplements

3. Food & Beverages a. Coffee & Tea


b. Dairy Products
c. Snacks
d. Soft Drinks
e. Frozen Foods
f. Confectionery

4. Beauty & Personal Care a. Soaps


b. Perfumes
c. Essential Oil
d. Cosmetics Products
e. Skin Care Products

28
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

SENARAI PRODUK PILIHAN TERTINGGI

Bil. Bidang Sub Produk


1. Food & Beverages a. Coffee & Tea
b. Dairy Products
c. Soft Drinks
d. Frozen Food

2. Beauty & Personal Care a. Soaps


b. Cosmetics Products
c. Perfumes

29
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

CADANGAN SENARAI PENGILANG KONTRAK

Bil. Pengilang Alamat Pengilang Telefon


1. Dr. Amin * 012-6441404
JENAMA SENDIRI COM
2. SIDRATUL CORPORATION* Perindustrian IKS MIEL,
Kuala Kangsar, Perak.
3. SHERB MANUFACTURING
4. TPM Biotech Bukit Jalil

*Cadangan saya supaya dapatkan khidmat terus Dr. Amin dari Syarikat Jenama
Sendiri. Beliau mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang. Nyatakan dapat
maklumat daripada Mohd Ilham Rusli, Penulis ebook Rahsia Bina Produk
Jenama Sendiri.

30
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

SENARAI SYARIKAT KONSULTAN

Bil. Syarikat Konsultan Alamat Telefon/ Web


1. World Trade Halal 24, Seksyen 7, Shah www.worldtradehalal.asia
Alam, Selangor.

2. PERSADA RESOURCES* Kota Bharu, 019-9889922


PIC: Encik Khaidhier Halim Kelantan

3. OEM Malaysia Alor Setar, Kedah. www.oemmalaysia.com

4. ZY PHYTO TECH Puncak Alam, 03-60388898


Selangor.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan konsultan, biasanya akan terdapat


penambahan kos, seperti untuk yuran perkhidmatan dan perundingan mereka.

*Cadangan saya supaya dapatkan khidmat terus Tuan Khaidhier dari Syarikat
PERSADA. Beliau mempunyai prestasi yang baik dan cemerlang. Nyatakan dapat
maklumat daripada Mohd Ilham Rusli, Penulis ebook Rahsia Bina Produk
Jenama Sendiri.

31
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

KESIMPULAN

Akhir kalam, saya ucapkan selamat maju jaya dalam menghasilkan produk

jenama anda sendiri. Jika anda pembeli e-book Rahsia Bina Produk Jenama Sendiri

ini, anda berhak mengemukakan persoalan secara terus ke emel saya.

Versi kemaskini seterusnya akan diberikan juga kepada pembeli e-book versi

pertama ini, kandungan pada versi seterusnya adalah berkenaan pengiraan untung

rugi, penyediaan carta gantt, daripada persoalan pembeli ebook ini dan banyak lagi.

Nantikan

Penulis
Mohd Ilham Rusli
Kuala Lumpur
ilhamjutawan@gmail.com

www.fb.com/milhamic

32
Panduan Membina Produk Jenama Sendiri Mohd Ilham Rusli

Dapatkan e-Book Ini Segera:

http://www.rancanganperniagaan2u.com

http://www.produkjenamasendiri.com

http://www.carabisnesonline.com

33

Anda mungkin juga menyukai