Anda di halaman 1dari 23

JUAL PRODUK TANPA

PESAING
Cara Mengkaji Produk Yang mendapat
Sambutan Tinggi dan Kurang Saingan

Oleh :
John Jenin
www.BisnesShopee.com

1
Hak Cipta Terpelihara © 2018 John Jenin.
Versi Kemaskini 4.1 - 2019
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan
dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada
pihak penulis. Kebanyakkan gambar digunakan adalah sekadar
hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu itu sendiri.

Diterbitkan oleh Klikjer Publishing (002746251-P)


No 23, Jalan 3/64, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Web : www.klikjer.com
WhatsApps : 0123655625
Email : admin@klikjer.com

2
Penafian

Naskah ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan


maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk
kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu
keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda..

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang


terkandung di dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan
dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung
atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai


untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan
tertentu kepada semua pihak.

Penting! Terma Dan Syarat Penggunaan

Ebook ini hanya untuk kegunaan individu pembeli sahaja. Tiada


Lesen “Private Label Rights” atau “Master Resale Rights”
disertakan pada ebook ini. Oleh itu, anda tidak dibenarkan sama
sekali menyalin, mengubah, membuat kelas/seminar
menggunakan kandungan ini dan juga tidak dibenarkan
menyebarkan ebook ini secara percuma atau menjualnya
kembali sama ada dalam bentuk ebook atau bercetak.

3
JUAL PRODUK TANPA PESAING
Adakah anda menjual produk dengan cara
tangkap muat? Asalkan berniaga? Ikut-ikut orang?
Tidak semua perniagaan itu sesuai dengan anda. Tak
semua perniagaan itu juga memberi keuntungan
walaupun ada orang yang berjaya mendapat jualan
yang meletup, tak semestinya apabila anda jual akan
meletup juga.
Berikut adalah cara bagaimana anda untuk
mengkaji produk yang anda boleh jual secara
sistematik berpandukan data-data yang tersedia di
internet.
Sekiranya kajian anda tepat, anda akan mudah untuk
menguasai pasaran produk anda, tidak perlu bersaing
dengan penjual lain yang lebih berpengalaman dan
mempunyai modal besar. Anda masih bolehh
membuat untung yang besar dengan permintaan yang
tinggi dan persaingan yang rendah.

1. KENAL PASTI MINAT DAN KEPAKARAN ANDA


Ramai orang cuba berniaga atau memberi
perkhidmatan ke atas perkara yang tidak disukai atau
4
dia tidak mempunyai kepakaran langsung. Perniagaan
seperti ini kebiasaannya sukar untuk bertahan lama,
apabila seseorang minat kepada sesuatu perkara, ia
akan terus bertahan walau apa pun badai yang akan
datang mereka tidak akan mudah mengalah. Bagi
mereka keuntungan bukan lah matlamat utama,
mereka minat dengan apa yang dikerjakan.

2. KAJIAN PASARAN - KENALPASTI MASALAH


YANG ANDA BOLEH SELESAIKAN
Dalam mencari perniagaan yang sesuai dengan
anda, anda perlu mengenalpasti masalah yang anda
dapat selesaikan dengan produk atau perkhidmatan
anda.
Sebagai contoh, banyak penjual online mempunyai
masalah mendapatkan pembungkus atau alat untuk
menguruskan tempahan mereka, anda boleh
5
mengambil peluang ini untuk menawarkan produk-
produk tersebut kepada mereka, anda boleh mencari
pembekal produk yang sesuai yang boleh
membekalkan anda produk tersebut dengan harga
dan kualiti yang berpatutan.
Antara tools yang anda boleh gunakan untuk
mengkaji pasaran ialah menggunakan syarikat search
engine sendiri iaitu Google iaitu Google Trend dan
Google Keyword External Tools. Banyak lagi tools yang
seumpama ini sekiranya anda jumpa di internet tetapi
kebanyakannya berbayar untuk versi penuh. Untuk
permulaan, tools percuma yang ditawarkan oleh
Google ini adalah terbaik dan tepat.

Google trend
Ini adalah satu daripada tools untuk
mengenalpasti permintaan ke atas sesuatu barangan,
anda boleh membuat carian mengenai permintaan ke
atas sesuatu produk atau perkhidmatan dengan
menggunakan tools percuma daripada Google ini iaitu
Google Trend. Anda boleh lawat link ini untuk mula
menggunakan Google Trend
https://trends.google.com/trends/
6
Sebagai contoh sekiranya anda bercadang untuk
menjual produk untuk memutihkan wajah, anda boleh
letakkan kata nama produk memutihkan wajah di
Google Trend dan anda akan dapat lihat sama ada
permintaan masih ada, meningkat, menurun atau
mendatar. Selepas trend ini dikenalpasti, anda boleh
membuat keputusan sama ada untuk meneruskan
idea anda atau tidak.
Anda boleh meletakkan beberapa nama produk
untuk kajian trend ini, sebagai contoh, kami gunakan
“pemutih kulit” dan “penghilang jerawat”. Kita dapat
lihat trend yang hampir sama bagi kedua2 produk ini,
sebanyak 79 carian. Jumlah carian adalah stabil untuk
tempoh 12 bulan kebelakangan.

7
Hasil semakan trend mendapati permintaan untuk
kedua-dua produk ini adalah stabil sepanjang tahun
dan anda boleh meneruskan idea anda sekiranya anda
bercadang menjual kedua produk ini.

Google External Keyword Tools

8
Ini adalah satu tools klasik bagaimana untuk
mencari produk yang mendapat sambutan tinggi, ia
digunakan oleh semua penggiat perniagaan online di
seluruh dunia. Dengan tools ini, anda boleh
mengenalpasti berapa banyak jumlah carian sesuatu
kata nama di Google.
Jumlah carian yang banyak menunjukkan produk
atau perkhidmatan tersebut mendapat sambutan dan
carian tinggi di internet. Anda juga boleh
mengenalpasti apa keyword (kata nama kunci) yang
selalu digunakan berkaitan produk yang mahu anda
jual, disini anda boleh mendapat idea baru. Gunakan
link ini
https://adwords.google.com/home/tools/keyword-
planner/
Anda perlu login terlebih dahulu ke akaun google
anda. Kemudian, pilih “Discover new keyword”.

9
Kita gunakan produk untuk memutihkan muka tadi
sebagai contoh lagi dalam menamakan produk anda
berasaskan jumlah carian tersebut.

Kita cuba search “pemutih muka”, kelebihan dan


kegunaan keyword external ini ialah untuk mengenal
pasti apa perkataan yang selalu dicari di internet.
10
Sekiranya kita hanya menggunakan “pemutih muka”,
perkataan itu terlalu luas dan tidak spesifik, untuk
memudahkan kita memenangi ranking carian di
search engine seterusnya berada di peringkat lebih
tinggi dalam carian, anda boleh mencari keyword atau
kunci kata yang lebih spesifik, kata nama yang lebih
spesifik ini dipanggil sebagai “long tail keyword”.

11
Sebagai contoh, lihat rajah, apabila kita menekan
butang “Get results”, keyword tools akan memberitahu
kita perkataan apa yang berkaitan dengan perkataan
yang kita cari, di dalam contoh ini “pemutih kulit”.
Sebelum itu, anda perlu setkan carian hanya untuk
negara Malaysia, supaya lebih tepat dan relevan
melainkan anda bercadang untuk memasarkan
produk keluar negara, boleh pilih negara-negara
tertentu ataupun keseluruhan carian tanpa
menamakan nama-nama negara, ini lebih khusus
untuk keyword/kata kunci berbahasa Inggeris.
Berikut adalah ringkasan carian, kami
menumpukan ke atas carian yang berkaitan dengan
produk sahaja. Anda dapat lihat purata jumlah carian
bagi semua produk di bawah adalah 100-1000 carian
sebulan. Kadar saingan adalah rendah dan sederhana.
Jika kita lihat terdapat juga suggested bid, ini berguna
jika anda bercadang untuk meletakkan sedikit modal
untuk mengiklan menggunakan Google Adds.
Tapi kajian ini adalah untuk pemasaran secara
percuma, jadi kami abaikan data tersebut.

12
Hasil carian menggunakan Google Keyword External
Tools
Keyword (kata Average Competition
nama) monthly search (Saingan)
(Purata Carian
Bulanan)
sabun 100-1k Low/ Rendah
pemutih
badan
pemutih ketiak 100-1k Low/ Rendah
cream 100-1k Low/ Rendah
pemutih wajah
produk 100-1k Medium/Sederhana
pemutih kulit
pelembab 100-1k Low/ Rendah
wajah
krim pencerah 100-1k Low/ Rendah
wajah
masker wajah 100-1k Low/ Rendah

13
Dengan data yang diperolehi di atas ini, anda
sudah boleh bayangkan atau mendapat sedikit idea
mengenai jenis produk yang sesuai untuk anda jual
atau promosikan, elakkan menjual produk yang tidak
mendapat permintaan atau mempunyai saingan yang
terlalu kuat.

3. KAJI PESAING ANDA


Setelah anda mengenalpasti produk yang anda
rasa boleh dijual dengan keuntungan yang
munasabah, kini anda perlu untuk mengkaji pesaing
anda, pesaing yang terlalu ramai dan kuat akan
menyukarkan anda untuk menjual produk anda, anda
perlukan modal yang tinggi untuk promosi dan masa
yang lama untuk melawan mereka yang telah bertapak
lama dengan niche mereka.
Bagi yang baru untuk mecuba perniagaan online
ini, anda sebaiknya memilih produk yang mempunyai
permintaan tinggi dan jumlah pesaing yang rendah.
Anda boleh terus mengulang langkah di atas dan terus
mencari sehingga berjumpa satu produk atau
perkhidmatan yang sesuai.

14
Sekiranya anda ingin terus menjual sebagai
contoh produk memutihkan muka, anda boleh memilih
kata nama yang mempunyai paling kurang saingan
sebagai contoh, dengan menggunakan data seperti di
keyword tools tersebut, anda boleh ke google search.
https://www.google.com.my/

Kita mulakan research kita untuk mengenal pasti


bakal pesaing kita, ingat, ini adalah penting, tak guna
sekiranya kita terus menerus mempromosi produk
tanpa kita kenal pasti semua perkara ini, ini adalah
persediaan perang untuk kita.
Berdasarkan hasil carian kata nama di keyword
tools tersebut, anda boleh mula mengesan pesaing
anda, masukkan kata nama tersebut diruang search

15
google, untuk lebih spesifik gunakan tanda “kata
kunci”. Kita lihat hasilnya;

“sabun pemutih badan” mempunyai 176,000 index di


google search, bermaksud jumlah listing berkaitan
sabun pemutih badan terdapat sebanyak 176,000.

“pemutih ketiak” mempunyai 426,000 index di google


search, bermaksud jumlah listing berkaitan pemutih
ketiak terdapat sebanyak 426,000.
Kita teruskan mencari semua pesaing bagi kata
kunci lain yang telah kita perolehi di atas tadi.
16
Masukkan keputusannya di dalam jadual supaya lebih
jelas.
Keyword Average Competition Google
(kata monthly (Saingan) Index
nama) search
(Purata
Carian
Bulanan)
sabun 100-1k Low/ Rendah 176,000
pemutih
badan
pemutih 100-1k Low/ Rendah 426,000
ketiak
cream 100-1k Low/ Rendah 1,000,000
pemutih
wajah
produk 100-1k Medium/Sederhana 210,000
pemutih
kulit
pelembab 100-1k Low/ Rendah 417,000
wajah

17
krim 100-1k Low/ Rendah 70,700
pencerah
wajah
masker 100-1k Low/ Rendah 411,000
wajah

Hasil kajian di atas, nampaknya kita telah


mempunyai pemenang, anda boleh mencuba mana-
mana produk untuk dijual, tetapi penumpuan harus
dibuat untuk produk yang mempunyai carian yang
banyak dan saingan yang terendah, dalam contoh di
atas, kita telah menjumpai tiga kata kunci yang paling
berpotensi,
1. Krim pencerah wajah
2. Produk pemutih kulit
3. Sabun pemutih badan
Apa yang kita boleh buat dengan kata kunci di
atas? Sekiranya anda belum mempunyai produk untuk
dijual, anda boleh mencari pembekal bagi produk-
produk tersebut. Kebiasannya tidak sukar untuk
berjumpa dengan pembekal tersebut, gunakan Search
Engine Google dan Facebook. Jika terdapat banyak
18
jenama, anda boleh menjual beberapa jenama atau
pilih jenama yang popular dan keuntungan yang tinggi.
Sekiranya anda memilih untuk memasarkan
produk contohnya “Krim Permaisuri Salju”, anda boleh
menambah nama kepada Krim Pencerah Wajah
Permaisuri Salju di listing anda, ia lebih mudah
mendapat carian oleh pelanggan, berbanding
menggunakan nama produk semata-mata.
Selain itu, sekiranya anda mempunyai dua pilihan
untuk menjual “pemutih ketiak” dan “sabun pemutih
badan”, setelah melakukan research seperti di atas,
anda sepatutnya memilih untuk menjual “sabun
pemutih badan” kerana saingannya yang kurang,
berbanding carian yang sama.

4. KENALPASTI KOS DAN UNTUNG

Setelah anda mendapat idea produk yang ingin


anda tawarkan, anda perlu mengenal pasti
keuntungan yang bakal diperolehi, untuk menjual di
Shopee, anda tidak perlu memikirkan kos untuk
menyenaraikan barangan anda kerana setakat ini,
semua adalah percuma. Anda boleh kira-kira kos
19
operasi lain seperti elektrik, internet, caj pos barang
(anda oleh memilih untuk menggabungkan kos pos ini
ke dalam harga barangan anda atau anda boleh
membuat secara berasingan dimana pembeli
dikenakan caj mengikut kadar semasa)
Sekiranya anda merasakan untung yang bakal
anda perolehi adalah memadai dengan usaha anda,
anda boleh teruskan. Sekiranya tidak, anda boleh
membuat carian yang baru. Ulangi langkah-langkah di
atas.
Jangan jual produk yang anda rasakan tidak
berbaloi ataupun untung terlalu sedikit yang
menyebabkan anda menanggung kos pula.

20
KESIMPULAN
Pesaing adalah salah satu halangan untuk anda
menjual dengan lebih banyak. Untuk mengelakkan
terus daripada pesaing adalah sangat sukar
melainkan anda menjalankan perniagaan monopoli.
Jangan ambil mudah pesaing anda, anda perlu
memastikan tahap persaingan anda di dalam
perniagaan adalah pada tahap minimum dan terkawal
untuk kelangsungan perniagaan anda.
Dengan kajian yang mencukupi, anda boleh
memenangi pelanggan tanpa perlu bekerja lebih keras
bersaing dengan penjual yang mempunyai modal yang
lebih besar dan berpengalaman.

Terima kasih

John Jenin
www.BisnesShopee.com

21
Dapatkan lebih banyak lagi ebook menarik dari pihak
kami!
(klik gambar ebook untuk info lanjut)

Atau.. Lawati www.klikjer.com/marketplace.html


untuk melihat semua ebook terbaik terbitan kami!

22

Anda mungkin juga menyukai