Anda di halaman 1dari 3

Kunci kejayaan kepada sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran yang baik dan

sistematik. Tidak kiralah apa saiz perniagaan anda, sama ada syarikat yang baru
menapak ataupun syarikat mega, untuk memastikan perniagaan anda kekal berjaya,
anda memerlukan strategi pemasaran yang baik.

Untuk pengetahuan anda, strategi pemasaran adalah pendekatan jangka panjang dan
berpandangan ke depan serta rancangan permainan keseluruhan organisasi atau
perniagaan. Tujuan asas strategi pemasaran ni adalah untuk mencapai kelebihan daya
saing yang mapan dengan memahami keperluan dan kehendak pelanggan.

Selain itu, elemen strategi perniagaan yang paling penting yang diperlukan ialah
apabila anda mahu memperkenalkan sesuatu produk baru dalam perniagaan anda.
Justeru, dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa tips yang paling berkesan
bagaimana untuk melakukan persediaan bagi memasarkan produk baru.

10 Strategi Pemasaran Yang Berkesan


Strategi Pemasaran 1: Pelan Pemasaran Yang Kukuh

Langkah pertama dan paling utama untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan
mempunyai satu pelan pemasaran yang sangat baik. Ia merupakan satu-satunya cara
terbaik untuk berjaya di dalam perniagaan anda.  

Apa yang perlu untuk pelan pemasaran ini? Sebagai permulaan, pastikan anda
memahami apakah corak pemasaran dalam industri yang anda ceburi.  Sebagai contoh
dalam industri penjualan hadiah ini, anda perlu selidik apakah produk yang paling
digemari dan dituntut oleh pelanggan anda.

Seterusnya, anda boleh memulakan perancangan pemasaran bagi dua kaedah utama
iaitu pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang. Ini akan membuatkan
strategi pemasaran anda lebih sistematik serta mampu meningkatkan hasil jualan
produk anda.

Strategi Pemasaran 2: Kenal Pasti Pesaing

Sebelum memperkenalkan produk baru di pasaran, anda perlu mengkaji pesaing-


pesaing anda terlebih dahulu. Ini bukanlah taktik untuk menjatuhkan perniagaan
orang lain tetapi kaedah ini diterapkan untuk memastikan dan menggelakkan sebarang
persamaan samada fizikal produk ataupun kaedah pemasaran.  

Namun begitu, jika industri yang anda ceburi itu pasarannya kecil, persamaan ini
adakalanya tidak boleh dielak.  Jika ini terjadi, anda perlu menambah beberapa
perkara untuk menarik minat pelanggan anda untuk tahu lebih lanjut tentang produk
atau perkhidmatan yang anda sediakan.

Strategi Pemasaran 3: Menghasilkan Produk Berkualiti

“Quality is the key”


Untuk menghasilkan sesebuah produk yang baharu, aspek kualiti perlu diutamakan. Ia
bukan sahaja sebagai permulaan yang baik bagi perniagaan anda malah mampu
membina kepercayaan kepada pelanggan anda. 

Kalau produk dah berkualiti, pasti ramai yang akan membelinya dan sekali gus
membantu proses pemasaran tersebut. Jika barang kita bagus, susah semestinya ramai
yang akan membeli berulang kali. 

Oleh itu, anda sebagai peniaga perlu menjalankan kajian yang terperinci tentang
produk yang anda akan keluarkan. Pastikan proses penghasilan menepati elemen
kualiti yang benar-benar diharapkan.

Strategi Pemasaran 4: Pembungkusan Produk Yang Menarik

Siapa pernah dengar pepatah “Dari mata turun ke hati?” Jangan ingat pepatah itu
untuk orang yang dilamun cinta je tau.

Jika anda ingin memasarkan sesuatu produk baru, cara pembungkusan produk juga
memainkan peranan yang penting. Bagi pelanggan, selain daripada kualiti produk,
pembungkusan juga mampu mempengaruhi pilihan mereka.

Katakan ada dua produk yang sama, tetapi produk anda memiliki packaging yang
lebih menarik dan kreatif, pasti pelanggan tersebut akan lebih tertarik dengan produk
anda.

Jadi gunakan peluang ini untuk anda perbaiki cara pembungkusan produk anda.
Disarankan untuk anda memilih bungkusan yang bewarna-warna, material yang tahan
lama dan boleh juga disertakan dengan sticker produk anda. Kalau siapa yang belum
ada sticker, and boleh custom sendiri di sini.

Strategi Pemasaran 5: Menguasai Pemasaran Digital

Dalam kemodenan dan kepesatan teknologi pada hari ini, cara pemasaran produk juga
semakin berubah. Dengan adanya internet, produk kita mampu dipasarkan ke seluruh
dunia hanya dengan satu klik sahaja!

Gunakan peluang ini sebaiknya untuk memasarkan produk anda di semua platform
media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok. Dengan jutaan
pengguna dalam laman sosial tersebut pasti ia akan meningkatkan lagi jualan produk
anda.

Strategi 6: Menentukan Lokasi Jualan Produk

Walaupun dunia perniagaan pada hari ini semakin aktif menerusi urusan jual beli
secara dalam talian. Namun ia tidak menolak hakikat untuk kita terus menjual produk
secara fizikal.

Sebagai peniaga, anda perlu memikirkan lokasi yang sesuai untuk menjual produk
anda. Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah golongan sasaran anda.
Sebagai contoh jika anda menjual kek, anda perlu melihat kepadatan penduduk di
suatu tempat. Selain itu, anda juga perlu melihat jika ada peniaga lain yang turut
menjual kek. Jangan lupa untuk sediakan banner atau papan tanda produk yang anda
tawarkan.

Strategi 7: Tawarkan Promosi

Siapa yang tak suka harga murah kan? Ya semua orang suka akan promosi. Jadi
gunakan kesempatan ini untuk menawarkan promosi kepada pelanggan anda.

Bila bercakap soal harga produk ini, anda tidak boleh sewenang-wenangnya
memberikan promosi. Namun, ia memerlukan penelitian yang terperinci kerana
melibatkan soal kos dan keuntungan. 

Oleh itu, perancangan promosi yang anda ingin jalankan perlulah “win-win situation”.
Di mana anda tidak kerugian dan pelanggan juga dapat menikmati tawaran. Dengan
menjalankan promosi ini, secara tidak langsung anda dapat memasarkan perniagaan
dan memperolehi hasil daripada jualan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai