in Marudi, SARAWAK)
By abuadam
In Travel
Tiga jam tepat selepas memudiki Batang Baram yang berliku-liku umpama ular
dipukul, kami sampai di pekan Marudi. Jam di Xperia X10 ku menunjukkan pukul 11
pagi. Pekan kecil yang tak berapa kecil di pinggir sungai. Taman awam dengan piazza
(dataran) di tengah-tengah pusat bandar, dipagari bangunan rumah kedai 2 tingkat,
antaranya bank-bank RHB, BSN, AMbank, Public Bank, dan pejabat agensi kerajaan
seperti kastam, bomba, dan jeti. Pekan kecil yang tersorok ini mempunyai banyak
bank komersial. Ini menunjukkan pekan ini makmur dengan aktiviti perniagaan hasil
dari industri sungai dan pembalakan dan kelapa sawit. Jeti di tepi sungai itu
sibuk dengan aktiviti aktiviti pagi. Bot laju yang baru berlabuh. Bot laju yang bersedia
untuk belayar menuju dsetinasi yang ditentukan. Ada ke hulu sehingga Long Lama,
pintu masuk ke Taman Negara Mulu melalui jalan sungai. Ada ke hilir sehingga ke
Kuala Baram (Miri) . Peraih menanti barang muatan yang baru sampai dari Kuala
Baram (Miri). Penumpang-penumpang menunggu bot ekspres masing-masing ke
destinasi masing-masing.
Terdapat sebuah masjid besar yang baru di pekan Marudi yang terletak di sebelah
masjid lama yang kini diguna sebagai kelas fardu ain. Di sebelah masjid terdapat
sederet bangunan kerajaan di tepi sungai. Suasana yang sunyi dan tenteram penuh
dengan ketenangan dihembusi bayu sungai Baram memberi ilham kepada penggiat
seni dan pekerja korporat yang ingin lari dari rat-race dan hiruk pikuk bandaraya
mega.
Di sekitar jam 2 petang, transport sampai untuk mengambil kami ke Bandaraya Miri
melalui jalan balak dan kelapa sawit. (Transport ialah panggilan orang tempatan
kepada kenderaan 4WD, sepertimana ekspres merujuk kepada bot laju atau bot
ekspres). Kesemua 8 seats dalam Toyota Landcruiser dipenuhi. Pemandunya anak
muda yang agak rocker, yang tahu setiap lubang di dan bonggol di jalan balak. Kami
sampai Piasau, Miri hampir jam 4. Dan aku terpaksa ke Kuala Baram sendiri untuk
mengambil kereta yang ditinggalkan di jeti Kuala Baram pagi tadi.