Anda di halaman 1dari 39

Hak Cipta Terpelihara © SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD.

Hak Cipta Terpelihara © SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD.


Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa
kebenaran pihak penulis dan pernerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan
dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan
asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan
secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran langsung atau tidak langsung
akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis
semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.
17 Strategi Marketing Jimat Kos

Sama macam mana-mana pelaburan dalam dunia, Marketing adalah proses


dimana kita perlu keluarkan duit untuk sesuatu yang belum pasti ada
pulangannya. Tapi, Marketing ialah proses yang wajib anda lakukan supaya
bisnes anda boleh bertahan. Henry Ford pernah kata:

“Orang yang menghentikan pengiklanan untuk simpan wang,


Ibarat orang yang menghentikan jam, untuk simpan masa”

Persoalannya.. Macam mana nak buat Marketing kalau bajet anda kecik?

Jangan risau.. Banyak taktik dan Teknik Marketing bajet rendah yang anda
boleh buat. Yang takde kos pun ada.. Jika dilakukan dengan konsisten,
Marketing bajet rendah ini juga boleh berikan impak yang SANGAT BESAR
kepada imej bisnes anda.

Jadi, anda dah ready nak tahu teknik-teknik tu? Jom kita tengok satu per
satu!
17 Strategi Marketing Jimat Kos

#1
Hasilkan “CONTENT”
yang Menarik
17 Strategi Marketing Jimat Kos

1) Hasilkan Content Yang Menarik

Bila bercakap pasal Marketing bajet rendah, inilah dia Teknik Marketing
Agung yang anda boleh buat. Anda boleh buat dengan percuma je con-
tent ni. Kongsikan apa apa sahaja yang berkaitan dengan bisnes anda
seperti tips, cerita, checklist, kata-kata motivasi, infografik, dan
sebagainya.

Dalam penghasilan content ni, anda harus ingat. Apa yang sampah bagi
anda, boleh jadi intan permata buat orang lain. Ramai lagi yang tak tahu
apa yang anda tahu! Jadi kongsikan sahaja apa yang anda tahu tu, wa-
laupun perkara itu sangat simple dan anda buat tiap hari.

Untuk permulaan, fokus kepada kuantiti, bukan kualiti. Dua-dua pent-


ing, tapi biasanya bila kita terlampau fikirkan kualiti, kita akan melam-
batkan proses penghasilan content tersebut.

Tetapi, jika anda menghasilkan content setiap hari, audiens anda akan
sentiasa “kenyang” dengan content anda. Sampai satu tahap, mereka
akan sentiasa ternanti-nanti apa yang anda akan kongsikan. Bila anda
tak post sehari pun, mereka dah tak senang duduk!

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#2
Hasilkan VIDEO
sebanyak-banyaknya
17 Strategi Marketing Jimat Kos

2) Hasilkan Video Sebanyak-banyaknya

Ya. Video juga adalah sejenis content. Tapi ia berada dalam kelasnya
yang tersendiri. Google menjangkakan pada tahun 2020, 90% orang
akan lebih suka tengok video berbanding content jenis lain.

Salah satu tips yang powerful dalam penghasilan video content ni


datang dari seorang Internet Marketer terkemuka di Amerika Syarikat,
iaitu Gary Vaynerchuk. Kata beliau:

“Document, don’t create”

Bila bisnes anda masih kecil dan kewangan masih sempit, anda tak
perlu pun berhabis ribuan ringgit untuk upah videographer, video
editor dan sebagainya semata-mata untuk hasilkan video yang bom-
bastic.

Rakam sahaja apa yang anda lakukan setiap hari, edit sikit guna InShot,
dan terus upload di YouTube, Facebook, atau Instagram. Antara video
yang tiap hari anda boleh buat ialah video step by step, behind the
scene, aktiviti harian, office tour, dan sebagainya.

Bila anda banyak menghasilkan video content seperti ini, audiens anda
akan nampak authenticity dalam bisnes anda, dan kepercayaan (trust)
terhadap brand anda akan meningkat berkali ganda!

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#3
KITAR SEMULA
video-video anda
17 Strategi Marketing Jimat Kos

3) Kitar Semula Content Anda

Ada masanya, anda akan kering idea untuk buat content. Dah habis
perah otak, masih tak jumpa idea. Bila ini berlaku, anda boleh cuba kitar
semula content lama anda.

Contohnya, anda pernah buat video yang sangat bermanfaat, dan


ramai orang suka. Anda boleh keluarkan pula content video itu dalam
bentuk artikel atau ebook. Atau jika anda pernah hasilkan infografik,
hasilkan pula video dari content infografik tu..

Selain dari kitar semula dari segi jenis content, anda boleh juga repost
content dari satu platform, ke platform yang lain. Contohnya artikel
anda di website, anda boleh repost di FB page anda.. Atau video di You-
Tube, anda boleh sharekan dalam emel kepada subscriber anda.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#4
REFFERAL PROGRAM
17 Strategi Marketing Jimat Kos

4) Referral Program

Bila anda yakin produk atau servis anda memang berkualiti dan disukai
pelanggan, anda boleh wujudkan Referral Program untuk bisnes anda.
Anda boleh minta pelanggan anda berikan nama kawan mereka yang
mungkin berminat untuk guna produk atau servis anda, kepada anda.

Tapi, Referral Program ini haruslah datang dengan tawaran yang


menarik. Tawarkan sesuatu kepada pelanggan untuk mereka bagi na-
ma-nama tersebut. Contohnya, bagi kupon percuma setiap kali mereka
berikan 5 nama kawan mereka. Barulah win-win!

Word of mouth (WOM) ini merupakan satu teknik yang sangat power-
ful. Ingat.. bila anda sendiri kata anda hebat, itu biasa-biasa. Tapi bila
orang lain yang kata anda hebat, itu LUARBIASA!

‘The best advertising is done by satisfied customers’


- Philip Kotler

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#5
ONLINE CONTEST
17 Strategi Marketing Jimat Kos

5) Online Contest

Contest atau pertandingan adalah elemen yang sangat berkesan untuk


buat audiens anda rasa excited! Anda boleh buat contest seperti Tag &
Win, Post & Win, Buy & Win, Lucky Draw, dan sebagainya.

Bila anda buat contest, anda harus jelas dengan objektif contest anda
itu. Sama ada untuk mengumpul leads, menaikkan jualan, meningkat-
kan bilangan audiens, untuk branding, dan sebagainya. Lain objektif,
lain caranya!

Dari segi hadiah pula, sangat penting untuk anda tahu apa yang keban-
yakan audiens anda nak. Buat survey atau poll dulu.. Tanya mereka,
hadiah jenis apa yang mereka nak. Yang penting, jangan syok sendiri!
Takde orang nak join nanti, kan susah..

Anda juga harus ingat.. Kira-kira untuk sediakan hadiah juga perlu
dibuat dengan rapi! Pastikan nilai hadiah yg anda nak bagi itu sesuai
dengan hasil yang anda nak dapatkan. Untuk permulaan, takpe bagi
hadiah biasa-biasa pun. Hadiah RM50 pun orang berebut tau!

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#6
EMAIL MARKETING
17 Strategi Marketing Jimat Kos

6) E-mail Marketing

Emel merupakan satu platform komunikasi yang boleh dikatakan tak


lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Haa.. Melalui emel, anda bukan
sahaja dapat memantapkan imej dan branding anda, anda juga boleh
hasilkan leads yang lebih berkualiti, dan pelanggan yang lebih setia.

Untuk permulaan, anda boleh gunakan servis e-mail marketing yang


percuma sahaja. Antara servis e-mail marketing yang anda boleh mula
gunakan secara percuma adalah MailChimp, GetResponse, ActiveCam-
paign, dan sebagainya..

Tetapi, bila saiz database anda sudah bertambah, dan anda mula
nampak hasil melalui e-mail marketing ni, sangatlah berbaloi untuk
anda upgrade kepada servis berbayar pula. Kerana servis berbayar ini
biasanya menawarkan lebih fungsi dan fleksibiliti untuk anda.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#7
BINA WEBSITE
17 Strategi Marketing Jimat Kos

7) Bina Website

Dalam zaman internet ni, kalau bisnes anda tak wujud di Google, boleh
dikatakan bisnes anda tu memang tak wujud langsung! Sebab seka-
rang, apa-apa pun orang nak, orang akan Google dulu. Jadi wujudkan-
lah diri anda di Google..

Untuk bina website, anda boleh dapatkan hosting dan domain dengan
harga yang sangat murah sekarang.. Serius murah! Anda boleh letak
segalanya tentang bisnes anda dalam website anda. Website tu ibarat
ofis atau kedai anda di dunia online.

Untuk permulaan, fokus untuk naikkan value website anda dahulu.


Adakan section “blog” dan penuhkan dengan sebanyak mungkin artikel
sharing, tips dan sebagainya. Bila dah ada value, Tarik pula trafik ke
website anda dengan apa jua cara pun.

Website itu juga boleh digunakan sebagai platform untuk anda jana da-
tabase. Nak tahu cara bina website yang convert dan cara jaga data-
base yang berkesan? Anda boleh datang ke Funnel Evo untuk belajar
dengan lebih lanjut.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#8
REKRUT EJEN ATAU
DROPSHIP
17 Strategi Marketing Jimat Kos

8) Rekrut Agen atau Dropship

Jika produk anda sudah sedikit terkenal, anda boleh menggunakan


sistem agen atau dropship. Terpulang kepada anda untuk meletakkan
yuran pendaftaran atau tidak kepada mereka. Dua-dua cara ada pro
dan kontranya.

Dengan bimbingan yang betul, agen atau dropship anda itu boleh jadi
papan tanda bergerak anda! Jika anda ada skill kepimpinan yang
mantap, jangan terkejut jika suatu hari nanti, anda tak perlu keluarkan
bajet untuk iklan langsung pun! Agen dan dropship anda yang akan
lakukan semuanya..

Tapi harus diingat. Bila anda guna sistem ni, anda berurusan dengan
manusia. Manusia ni macam-macam kerenah ada. Ada yang sesuai
dengan bisnes anda, ada yang tak sesuai. Lain orang lain kehendak, lain
sifat, lain motivasinya. Jadi anda harus bijak mengenali manusia dalam
bisnes anda.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#9
“PARTNERSHIP”
17 Strategi Marketing Jimat Kos

9) “Partnership”

Partnership atau Kolaborasi bersama pihak lain boleh meningkatkan


kesedaran orang ramai terhadap bisnes anda dengan pantas. Untuk
berkolaborasi, jangan pilih pesaing yang jual produk atau servis sama
macam anda. Sebaliknya, pilihlah rakan bisnes yang bisnesnya agak rel-
evan dan berkaitan dengan bisnes anda.

Contohnya, brand baju boleh buat partnership bersama brand kasut,


brand tudung, atau brand barang kemas. Brand-brand ini saling me-
lengkapi, dan audiens setiap brand ini juga lebih kurang. Jadi semua
brand ini boleh gandakan audiens mereka dengan cepat dan agak
rendah kosnya, disebabkan situasi win-win antara semua pihak terse-
but.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#10
E-BUSINESS CARD
17 Strategi Marketing Jimat Kos

10) E-Business Card

Cipta satu e-business card untuk perniagaan anda. dan generate QR


Code untuk business card anda tu. Disamping jimatkan kos, ia juga
boleh dikongsi di mana-mana sahaja seperti di Website, Social Media,
Whatsapp, Emel, Banner, Poster, Brochure dan sebagainya.

Ia juga senang untuk diedit. Kalau kad fizikal, salah print, dah tak boleh
ubah apa-apa dah. Tapi e-business card, bila-bila masa sahaja anda
boleh ubah apa yang patut.

Tak salah untuk anda ada business card fizikal, cuma anda boleh design
dengan lebih simple, dan letak link kepada e-business card anda untuk
mereka dapatkan lebih info.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#11
FREEBIES, FREEBIES,
FREEBIES.
17 Strategi Marketing Jimat Kos

11) Freebies, freebies, freebies

Marketing adalah proses untuk tarik pelanggan. Dan untuk tarik


mana-mana pelanggan pun, ada satu magic word yang anda boleh
guna.. Iaitu PERCUMA! Manusia memang suka benda percuma..
Makan free, ebook free, video free, kupon free, consultation free,
apa-apa yang free lah!

Jadi bisnes anda perlu ada sesuatu yang boleh diberi secara percuma.
Bagi mereka sesuatu dahulu dengan niat untuk kenal mereka, bina
hubungan dengan mereka, manfaatkan hidup mereka.

Bila mereka dah kenal anda, kemudian dah suka anda, jual lah apa yang
anda nak jual pun. Lagi best kalau anda belum jual lagi mereka dah
tanya dulu “Sis, sis.. Sis buat bisnes apa ye?”. Haaa kan best prospek
datang serah diri camtu? Hehe.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#12
BUAT “EVENT” ATAU
SEMINAR
17 Strategi Marketing Jimat Kos

12) Buat Event, Kelas, Atau Seminar

Bila anda berbisnes, lagi lagi online bisnes, takkan nak berborak dengan
customer guna internet je kan.. Anda mestilah wujudkan hubungan
dalam real life dengan pelanggan anda! Tak kenal maka tak cinta orang
kata.

Mereka ni dah lama follow anda, dah jadi fans anda dah pun, apa kata
anda ajak mereka jumpa.. Buat lah open house raya ke, kelas percuma
ke, meet and greet ke, barulah mereka tergila-gilakan anda dan brand
anda!

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#13
JOIN SEBANYAK
MUNGKIN EVENT
17 Strategi Marketing Jimat Kos

13) Join Sebanyak Mungkin Event.

Para usahawan yang dihormati sekalian. Ingat ya.. Bila anda buat
bisnes, anda diharamkan sama sekali untuk tinggal dalam dunia anda
sendiri. Anda perlu join sebanyak mungkin event dan kenal dengan
seramai mungkin orang.

Melalui event, anda boleh berinteraksi secara live dengan audiens


anda, anda boleh belajar macam-macam perkara dari pelbagai jenis
usahawan, anda boleh tahu trend semasa dalam industri, dan anda juga
boleh berkenalan dengan artis atau influencer tau! (Kalau ada lah.
Hehe.)

Kesilapan ramai peniaga adalah, apabila mereka join event, mereka me-
mandang semua usahawan lain yang join event tu sebagai pesaing.
Memang ada betulnya, tapi cuba ambil dari side positif. Ambil peluang
ni untuk bina hubungan, dan belajar sesuatu. InshaAllah.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#14
SPONSOR EVENT
ORANG LAIN
17 Strategi Marketing Jimat Kos

14) Sponsor Event orang lain.

“The more you give, the more you get”

Pernah dengar ayat ni? Haa walaupun ayat ni cliché, tapi ianya memang
betul pun. Bila anda menaja program orang lain, secara tak langsung
anda boleh dapat networking yang baru, nama yang baik, audiens yang
fresh, dan anda pun boleh dapat pengecualian cukai tau! Best ke best
sangat? Hehe.

Sponsor ni boleh dibuat dalam macam-macam bentuk. Boleh dari segi


kewangan, liputan media, produk, ataupun servis. Mana-mana event
pun dalam dunia ni akan memerlukan empat perkara ni. Jadi anda ban-
tulah mana yang boleh. InshaAllah lumayan pulangannya.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#15
GERILLA MARKETING
17 Strategi Marketing Jimat Kos

14) Gerilla Marketing

Konsep Gerilla Marketing ni merupakan konsep dimana promosi


dilakukan dengan masa, tenaga, dan imaginasi, bukan dengan bajet
yang besar. Idea konsep ini adalah, anda hendaklah nampakkan brand
anda dimana-mana, tak kira di online, mahupun offline!

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk Gerilla Marketing ini
adalah keluarkan merchandise untuk brand anda, seperti T-shirt dan
topi. Bila staf anda pakai baju atau topi ini dimana-mana, ini adalah
salah satu bentuk Gerilla Marketing!

Anda boleh juga buat stiker kereta. Kemana sahaja kereta anda pergi,
orang akan nampak brand anda! Tak mahal sangat pun buat merchan-
dise ni. Berbaloi tau buat!

Untuk buat Guerilla Marketing ni, anda haruslah berfikiran kreatif.


Anda nak berikan impak ke minda audiens anda, jadi anda tak boleh
buat cara biasa-biasa. Anda tak boleh buat benda yang sama dengan
orang lain.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#16
KEMPEN KESEDARAN
17 Strategi Marketing Jimat Kos

16) Kempen kesedaran

Bisnes wujud kerana masalah. Dan manusia ni memang ada banyak


sangat masalah! Jadi sebagai usahawan, apa yang anda boleh lakukan?

Haaa.. Anda boleh cuba ambil satu masalah yang relevan dengan
produk atau servis anda, besarkan masalah tu, dan buat kempen kese-
daran!

Contohnya, anda jual produk kuruskan badan. Of course anda nak


selesaikan masalah berat badan.. Jadi, anda bolehlah wujudkan
kempen kesedaran untuk jaga pemakanan atau amalkan gaya hidup
sihat!

Kempen kesedaran ni jika dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi


viral dan diikuti ramai. Lepastu, produk anda pun inshaAllah boleh ride
the wave.

p/s: Kempen guna straw besi pun masih bertahan sampai sekarang,
hanya disebabkan video seekor penyu yang viral.. Dari sini mungkin
anda boleh belajar sesuatu.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

#17
SURUH ORANG
“SHARE”
17 Strategi Marketing Jimat Kos

17) Suruh orang share!

Walaupun simple, tapi tak ramai orang berani buat. Bila anda dah buat
content, posting, atau offer yang best, jangan takut nak minta orang
share! Setiap kali post, tiap kali tu lah minta orang share.

Yang penting komunikasi. Anggaplah kalau anda tak bagitahu mereka,


mereka takkan faham! Bila dah suruh tu, mudahkan pula proses
mereka. Tak kisahlah butang repost ke, share ke, subscribe ke. Bagitahu
mereka sejelas-jelasnya kat mana butang nya, warna apa, bila nak kena
klik, dan sebagainya.

Copyright © FunnelEvo 2019


17 Strategi Marketing Jimat Kos

KESIMPULAN

Jadi itulah dia 17 Idea Marketing Murah yang anda boleh lakukan
untuk jana keuntungan besar di online, mahupun offline! Semoga anda
dapat nampak sedikit sebanyak apa yang anda boleh lakukan untuk
promote produk atau servis anda, walaupun bajet anda ciput..

Mungkin ada diantara anda yang dah tahu teknik-teknik ni, dan anda
pun dah lihat ramai buat teknik-teknik ni, Cuma anda je belum buat
lagi.. Kan? Hehe. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Orang dah buat dan
berkesan, kita ikut jela..

Yang penting, apa-apa pun yang anda buat, anda perlu jelas dengan ob-
jektif Marketing anda. Tanpa objektif yang jelas, usaha Marketing anda
ibarat memandu tanpa destinasi. Jalan melilau, tunggu masa minyak
nak habis je.

Akhir kata, terima kasih kerana download dan baca ebook ini. Moga
bermanfaat, dan selamat mencuba!

Copyright © FunnelEvo 2019

Anda mungkin juga menyukai