Anda di halaman 1dari 37

Tatakelakuan

Jadual Kandungan

Perusahaan Beretika 3
Pengenalan 4
Tentang Tatakelakuan 4

INTEGRITI PRODUK DAN KEWANGAN 5


Rekod Kewangan, Kawalan dan Penipuan 5
Maklumat Dalaman 7
Kualiti dan Keselamatan Produk 10

AMALAN PERNIAGAAN 12
Anti Rasuah dan Anti Sogokan 12
Konflik Kepentingan dan Hadiah 14
Persaingan Adil dan Saksama (Anti Monopoli) 17

PERSEKITARAN TEMPAT KERJA 19


Peluang Pekerjaan Sama Rata 19
Anti Gangguan 21
Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar 23
Maklumat Sulit dan Keselamatan Data 25
Sistem Maklumat Elektronik 28
Melindungi Aset Syarikat 30
Aktiviti Politik 31

Prosedur Pelaporan 33
Pengakuan 35
3

Perusahaan Beretika

Brunswick terus komited untuk melaksanakan perniagaan dengan penuh berintegriti.


Bagi memastikan semua pekerja dapat membuat keputusan yang bijak dan beretika,
Tatakelakuan Brunswick menjadi sumber garis panduan yang lengkap dengan
panduan amali. Tatakelakuan ini merangkumi pelbagai topik yang berkaitan dengan
nilai syarikat dan mematuhi keperluan undang-undang. Kami menggalakkan semua
pekerja untuk selalu menjadikan Tatakelakuan ini sebagai sumber rujukan apabila
berurusan dengan Pegawai Etika sekiranya ada sebarang kemusykilan.
Teras strategik perniagaan ini akan memastikan kita sentiasa mengamalkan nilai
etika kita apabila perniagaan syarikat mula berkembang dan menuju ke peringkat
global. Bagi menjadikan syarikat ini “Rakan Terbaik” [“Be the Best Partner”], kita
mesti bertindak penuh integriti dengan cara membuat pilihan yang betul dan
bertanggungjawab atas setiap tindakan kita. Apabila kita bertindak dengan penuh
integriti, kita dapat meningkatkan reputasi pada pandangan para pemegang saham,
pelanggan, wakil penjual, rakan perniagaan, pembekal, komuniti, pegawai kerajaan
dan rakan sekerja.
“Budaya Menang” [“Winning Culture”] boleh dilaksanakan dengan cara kita menilai
perbezaan dalaman syarikat atau dalam kalangan rakan perniagaan dan pelanggan
kita. Kita juga perlu melayan semua orang dengan rasa hormat, bermaruah dan
adil. Persekitaran kerja yang positif akan mewujudkan rasa hormat dan kepercayaan
mutual di samping menggalakkan permuafakatan dengan komunikasi yang jujur
dan terbuka.
Kita akan terus berusaha mengukuhkan dan menjadikan syarikat sebagai “Peneraju
Produk” [Product Leader”] dengan melaksanakan tindakan yang betul dan mencapai
hasil perniagaan yang positif. Perniagaan kita mendapat kepercayaan pelanggan
kerana kita mengamalkan sifat tertanggungjawaban, sentiasa menunjukkan nilai
bersama yang mampan serta memenuhi semua komitmen kita.
Semua nilai etika dalam teras strategik adalah sebahagian daripada Tatakelakuan
Brunwick. Ia adalah rangka kerja perlaksanaan dan pencapaian komitmen kita untuk
menjalankan perniagaan penuh integriti. Integriti memerlukan keberanian moral
dan turut membantu kita mencapai matlamat perniagaan dengan cara yang betul.
Yang benar,

Mark D. Schwabero
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif
Brunswick Corporation
4

PENGENALAN
Integriti adalah asas perniagaan kita di seluruh dunia. Tatakelakuan Brunswick Corporation membantu
dalam mentakrifkan tingkah laku kita sebagai wakil global Brunswick Corporation. Kita semua perlu
bertanggungjawab terhadap prinsip Tatakelakuan, terhadap dasar Syarikat dan terhadap undang-undang.
Pelanggaran mungkin mengakibatkan tindakan displin, sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan.
Oleh sebab kejayaan kita berkait rapat dengan reputasi kita, kita perlu melindungi reputasi tersebut.
Apabila kita terus menggalakkan budaya etika dan pematuhan, kita meningatkan peluang kita untuk berjaya

TENTANG TATAKELAKUAN
Penggunaan istilah “Brunswick” dalam seluruh Tatakelakuan merujuk kepada Brunswick Corporation,
divisyen, subsidiari dan rangkaiannya di seluruh dunia. Tatakelakuan ini terguna pakai kepada semua pekerja
Brunswick, dan menjangkau sehingga Lembaga Pengarah Brunswick, vendor, pembekal dan ejen.
Tatakelakuan ini bukanlah kontrak, dan tidak mengubah hubungan antara Brunswick dan pekerjanya,
dan tidak menjamin pekerjaan bagi sebarang tempoh masa yang tertentu. Tatakelakuan ini boleh dipinda
atau diubah oleh Syarikat pada bila-bila masa.
Syarikat ini tertakluk kepada undang-undang kebanyakan negara di seluruh dunia. Pekerja perlu
mematuhi semua undang-undang, peraturan-peraturan dan pengawalseliaan yang berkenaan. Jika sebarang
peruntukan Tatakelakuan atau dasar lain bercanggah dengan undang-undang berkaitan, undang-undang
tersebut akan diguna pakai. Tatakelakuan ini menggantikan Membuat Pilihan Tepat: Panduan Brunswick
Untuk Tingkah Laku di Tempat Kerja (“Panduan ini”). Sebarang rujukan kepada Panduan dasar Brunswick
perlu dianggap merujuk kepada topik yang sama dalam Tatakelakuan ini.
Integriti Produk dan Kewangan 5

Rekod Kewangan, Kawalan dan Penipuan

P elabur, pemiutang dan lain-lain pihak mempunyai kepentingan yang sah


dalam integriti maklumat kewangan dan perakaunan kita. Brunswick komited
untuk memastikan laporan kewangan dan rekod perakaunan tepat, lengkap dan
benar, dan menggunakan sistem kawalan yang sesuai.
Sentiasa merekod dan mengklasifikasikan transksi dalam tempoh perakaunan yang betul dan dalam
jabatan dan akaun yang sesuai. Pastikan semua laporan kepada pihak berkuasa pengawalseliaan adalah
penuh, adil, tepat, tepat pada masa dan boleh difahami. Jangan sekali-kali memalsukan atau memutar
belitkan sifat sebenar sesuatu transaksi.
Menyimpan rekod yang betul termasuk bukan hanya rekod yang tersedia untuk pihak ketiga, tetapi
juga rekod dalaman seperti rekod masa bekerja, laporan perbelanjaan, borang tuntutan manfaat dan bahan
permohonan kerja. Kita tidak boleh sekali-kali memperdaya atau menipu sesiapa, atau memalsukan fakta.
Aktiviti penipuan bukanlah suatu kesilapan—ia adalah tindakan secara sengaja memberikan gambaran yang
salah atau menyembunyikan fakta. Brunswick tidak bertolak ansur terhadap pekerja yang terlibat dalam
sebarang rancangan untuk menipu wang atau harta seseorang.

KOTAK ALATAN

Contoh Kawalan dan Perekodan Tidak Betul


 Seorang pengurus jualan menganggarkan dia tidak akan mencapai sasarannya bulan itu. Untuk
memenuhi perbezaan itu, dia menyewa gudang untuk menerima produk kemudian merekodkan
penghantaran ke gudang itu sebagai jualan.
 Seorang pengurus bil tidak menyemak semula bil yang direkodkan pada setiap hujung bulan perakaunan
untuk memastikan jualan telah direkodkan pada tempoh yang betul.
 Seorang pengurus mengubah invois dari suku tahun terdahulu untuk menjadikannya kelihatan perlu
dibayar pada suku tahun ini untuk memenuhi peruntukan beliau.

Contoh Penipuan
 Memalsukan atau mengubah cek..
 Memalsukan laporan.
 Seorang pekerja menggunakan kad kredit korporatnya untuk membayar perbelanjaan peribadi.
 Mencatatkan nilai aset atau liabiliti yang diketahui kurang atau lebih daripada nilai sebenarnya.
 Menaikkan angka jualan akhir tahun dengan menghantar inventori yang diketahui akan rosak atau
“tidak mematuhi” dan akan dipulangkan.
 Memalsukan maklumat laporan perbelanjaan hiburan dan perjalanan.
 Seorang pemasang bot dengan tidak wajar mengambil sesetengah bahagian yang rosak, kemudian
membawa pulang bahagian itu dan, lama kelamaan mengumpul cukup bahagian untuk memasang
bot sendiri.
 Mengubah, mengeluarkan atau menghapuskan dokumen kecuali sejajar dengan dasar.
 Seorang jurutera menyalin perisian komputer ke dalam banyak komputer Syarikat walaupun hanya
satu lesen/salinan tulen perisian tersebut telah dibeli.
 Menggelapkan aset atau menyalahgunakan harta Syarikat.
 Seorang pekerja menyerahkan laporan perbelanjaan yang termasuk perbelanjaan perjalanan
daripada perjalanan peribadi.
Integriti Produk dan Kewangan 6

S&J

S Baru-baru ini, saya mengetahui bahawa sesetengah bayaran direkodkan sebagai pengiklanan tetapi
sepatutnya untuk hiburan. Oleh sebab jumlah yang dibelanjakan tepat, adakah menjadi masalah
jika pengekodan perbelanjaan tersebut tidak tepat?
J Ya. Buku kita perlu disimpan dengan huraian tepat dan menggambarkan sepenuhnya semua transaksi
kita. Transaksi salah atau memberi gambaran salah tentang kewangan melanggar Tatakelakuan
dan dasar Brunswick, dan mungkin melanggar undang-undang.

S Baru-baru ini, saya menggabungkan perjalanan perniagaan dan perjalanan peribadi, dan secara tidak
sengaja saya menggunakan kad kredit korporat bagi makan malam keluarga. Apakah yang patut
saya lakukan?
J Kad kredit korporat hanya untuk perbelanjaan perniagaan sahaja. Jika anda secara tidak sengaja
membayar perbelanjaan peribadi menggunakan kad kredit korporat anda, pastikan anda merekod caj
tersebut dengan tepat sebagai peribadi pada akaun perbelanjaan anda dan, sudah tentu, anda
bertanggungjawab untuk membayar jumlah penuh sebelum tarikh tempoh.

S Saya telah diminta oleh penyelia saya untuk menandatangani rekod kewangan yang saya percaya
tidak tepat, tetapi penyelia saya menegaskan bahawa rekod itu adalah benar. Apakah yang patut
saya lakukan?
J Jangan sekali-kali menandatangani rekod perniagaan jika anda percaya ia tidak lengkap, tepat dan
sahih. Syarikat juga melarang penyelia anda atau orang lain daripada mempengaruhi, memaksa atau
memanipulasi anda atau sesiapa untuk memberikan rekod tidak tepat. Anda perlu berkongsi
kebimbangan anda dengan penyelia dan/atau membuat laporan kepada Syarikat melalui salah satu
daripada cara yang digariskan dalam Tatakelakuan.

S Saya sedang menyediakan laporan kewangan bagi audit suku tahun kedua. Pasukan jualan kami
sedang bekerja untuk menutup jualan yang tidak akan selesai sehingga minggu pertama suku tahun
ketiga. Sekiranya saya pasti bahawa perjanjian itu akan berjaya, bolehkah saya mempercepatkan
rekod hasil daripada projek ini ke dalam pendapatan suku tahun kedua?
J Tidak. Ini adalah penipuan dan pemalsuan rekod kewangan, yang melanggar Tatakelakuan dan dasar
Syarikat. Semua maklumat kewangan yang kita rekod perlulah tepat dan lengkap.

S Saya mendapat peluang kenaikan pangkat dan saya menyenaraikan ijazah sarjana muda pada
permohonan saya, walaupun saya sebenarnya tidak pernah mendapat ijazah. Saya hanya kurang
beberapa jam kredit, tetapi saya telah mengambil semua kursus yang paling penting. Adakah
saya perlu berterus-terang?
J Ya. Adalah penipuan jika anda menyatakan ijazah yang tidak pernah anda terima. Anda perlu
memaklumkan kepada pengurus pengambilan tentang tindakan anda dan hakikat bahawa anda
sebenarnya tidak mempunyai ijazah.

S Semasa lawatan perniagaan baru-baru ini, saya merancang untuk mengambil teksi dari lapangan
terbang ke hotel tetapi hotel menyediakan perkhidmatan pergi balik percuma. Bolehkah saya masukkan
$20 yang sepatutnya dibelanjakan untuk membayar teksi ke dalam laporan perbelanjaan saya?
J Tidak. Ia adalah penipuan untuk memasukkan butiran ke dalam laporan perbelanjaan anda yang tidak
berlaku secara sah semasa lawatan perniagaan anda.

Dasar yang berkaitan

Perbelanjaan Perjalanan dan Perniagaan Pekerja Yang Boleh Dibayar Balik (X.00.02)
Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03)
Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03)
Integriti Produk dan Kewangan 7

Maklumat Dalaman

B agi melakukan pekerjaan kita dengan berkesan, kita mungkin kadang kala
mengakses kepada maklumat yang tidak tersedia untuk orang di luar
Brunswick. Sering kali, maklumat bukan umum atau “maklumat dalaman”, data
kewangan tertentu, bahan teknikal dan rancangan masa depan, sebagai contoh,
bahan atau sesuatu yang akan mempengaruhi seorang individu untuk membeli,
menjual atau memegang sekuriti.
Sesiapa yang mempunyai maklumat bahan dalaman tentang Brunswick, seperti pekerja, pembekal,
pelanggan atau pesaing, mesti menyimpannya secara rahsia dan tidak boleh menggunakannya untuk
keuntungan peribadi atau memberikannya kepada orang lain. Jual beli dalam sekuriti Brunswick (seperti
saham biasa, pilihan atau sekuriti di pasaran yang lain) atau sekuriti mana-mana syarikat lain berdasarkan
pengetahuan maklumat dalaman anda, atau berkongsi maklumat dalaman dengan pihak lain supaya
mereka boleh berdagang di sekuriti itu, ia bukan sahaja tidak adil dan tidak jujur, ia juga tidak sah di sisi
undang-undang. Tiada perbezaan jika anda berkongsi maklumat bahan dalaman dengan sengaja atau tidak
sengaja, atau dalam bentuk komunikasi bersemuka, bertulis, menerusi Internet atau e-mel (di dalam atau
di luar Syarikat). Berkongsi maklumat itu supaya orang lain boleh jual beli di sekuriti Brunswick adalah
menyalahi undang-undang.
Brunswick membuat pendedahan maklumat awam dengan mengeluarkan pernyataan surat akhbar
dan/atau dengan memfailkan laporan dengan Suruhanjaya Pertukaran dan Sekuriti Amerika Syarikat (United
States Securities and Exchange Commission). Kemudian, maklumat akan disiarkan di www.brunswick.com.
Sebaik sahaja maklumat didedahkan dengan betul, ahli lembaga, kakitangan dan keluarga yang rapat dan
ahli keluarga mereka mesti menunggu satu hari perniagaan selepas hebahan umum sebelum membeli atau
menjual sekuriti Brunswick.

BERKOMUNIKASI DENGAN MEDIA DAN KOMUNITI KEWANGAN


Kakitangan Brunswick tidak boleh membuat pernyataan umum kepada pihak media bagi pihak Syarikat tanpa
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pengurusan kanan. Setiap Bahagian mempunyai kakitangan
yang dibenarkan untuk menangani permintaan dalam mendapatkan maklumat tentang Bahagian itu dan
produknya, lazimnya wakil daripada perhubungan awam atau pemasaran, atau eksekutif kanan. Dalam
parameter tertentu, hanya kakitangan yang dilantik dibenarkan mengeluarkan maklumat untuk, dan bertindak
balas kepada permintaan untuk maklumat daripada, akhbar, penganalisis atau pihak lain di luar Syarikat.
Sebarang permintaan untuk maklumat kewangan atau maklumat yang boleh menjejaskan harga
saham Syarikat mesti dihantar ke Bahagian Perhubungan Pelabur dan Korporat Brunswick (Corporate and
Investor Relations Department Brunswick).

KOTAK ALATAN

Contoh Maklumat Bahan Dalaman

Maklumat bahan ialah apa-apa maklumat yang pelabur mungkin mempertimbangkan sebagai maklumat
penting semasa menentukan sama ada untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti, termasuk:

 Keputusan kewangan, ramalan, dan unjuran.

 Perubahan pengurusan.

 Keputusan strategik.

 Merancang untuk mengeluarkan sekuriti.

 Pemerolehan, penggabungan atau pelupusan yang belum selesai.

 Pengetahuan jualan atau kontrak pembelian besar yang diberikan.


Integriti Produk dan Kewangan 8


Perubahan penting dalam anggaran pendapatan atau dividen.


Tindakan undang-undang yang belum selesai atau terancam.


Kebankrapan akan berlaku atau kewujudan masalah kecairan yang teruk.


Kehilangan pengurusan utama, wakil penjual atau pelanggan besar.


Pembelian semula saham.


Penyiasatan kerajaan.


Penarikan balik produk.


Perubahan pada pelanggan penting.


Reka bentuk produk atau strategi baru.


Rancangan perkembangan perniagaan.

Contoh Penggunaan Maklumat Bahan Dalaman Yang Tidak Sepatutnya



Semasa makan tengah hari, pengurus kilang mendapati potensi pengambilalihan yang akan
meningkatkan pasaran saham dan keuntungan masa depan Brunswick. Dia kembali ke pejabat dan
memanggil brokernya untuk membeli saham tambahan Syarikat.


Seminggu sebelum pengumuman awam oleh Syarikat mengenai jangkaan keuntungan yang lebih rendah,
seorang sekutu kewangan menghubungi bapanya dan menggalakkannya menjual saham Brunswicknya.


Seorang pekerja mendapat tahu Brunswick sedang mempertimbangkan pemerolehan syarikat enjin
kecil yang didagangkan secara terbuka dan menghantar mesej melalui Facebook mendesak sahabatnya
membeli saham syarikat kecil itu.


Sebagai sebahagian daripada kerjanya, seorang pekerja mendapati pelanggan utama sedang mula
mengembangkan perniagaan secara besar-besaran dan akan membeli produk Brunswick yang bernilai
berjuta dolar. Pekerja segera membeli saham pelanggan.

Contoh Jawapan Tidak Sesuai Kepada Permintaan untuk Mendapatkan Maklumat



Penganalisis kewangan bertanya kepada pengurus pemasaran Brunswick mengenai pasaran saham
Syarikat, dan pengurus memberikan maklumat tentang rancangan pemasaran semasa dan akan datang
serta unjuran saham.


Jurutera R&D menggambarkan proses pembangunan produk baru yang diusahakan pasukannya
kepada majalah perdagangan tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk bercakap dengan
wartawan.


Pengurus kilang memberitahu seorang pemberita bahawa dia akan menghubunginya sekiranya dia
mendengar tentang rancangan mengambilalih syarikat lain.
Integriti Produk dan Kewangan 9

S&J

S Saya mempunyai beberapa maklumat mengenai prestasi kewangan Brunswick untuk suku tahunan
disebabkan oleh tugas saya dalam kewangan. Saya mahu membuat perubahan kepada peruntukan
pelaburan saya dalam simpanan persaraan saya, tetapi dana ini termasuk saham Brunswick dan akan
mengakibatkan lebih banyak pembelian saham Syarikat. Bolehkah saya teruskan?
J Tidak. Jika anda mempunyai maklumat bahan bukan umum tentang Brunswick, undang-undang
sekuriti A.S. melarang anda daripada membeli atau menjual sekuriti Brunswick, termasuk yang ada
dalam rancangan persaraan. Pengarah dan pegawai juga tertakluk kepada sekatan tambahan dalam
keupayaan mereka untuk melibatkan diri dengan urusniaga di sekuriti Brunswick..

S Jika saya telah pun merancang untuk jual beli sebelum saya tahu mengenai maklumat bahan,
bolehkah saya teruskan dengan transaksi?
J Tidak. Orang yang melakukan jual beli saham Syarikat semasa sudah tahu tentang maklumat bahan
bukan umum akan dianggap telah dijual atau beli berdasarkan maklumat itu walaupun maklumat
dalaman bukan faktor penting dalam keputusan jual belinya.

S Saya dalam bidang kewangan dan sering berbual-bual mengenai perniagaan dengan pasangan saya.
Itu bukan masalah, kan? Saya hanya sekali-sekala mendedahkan maklumat bukan umum dan
suami atau isteri saya mengetahui agar tidak memberitahu orang lain.
J Ini adalah masalah yang boleh merugikan anda dan Syarikat. Jika pasangan anda ada menggunakan
maklumat bahan bukan awam yang diberikan oleh anda untuk membeli atau menjual sekuriti,
atau berkongsi maklumat ini dengan jiran atau kawan, anda berdua boleh didakwa atas kesalahan
perdagangan orang dalam. Anda tidak sepatutnya memberi mana-mana maklumat bukan umum kepada
pasangan anda atau kepada orang lain di luar Brunswick.

Dasar yang berkaitan

Pendedahan dan Jual Beli Saham (L.01.01)


Pendedahan kepada Media dan Komuniti Kewangan (C.02.03)
Media Sosial (H.01.05)
Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03)
Integriti Produk dan Kewangan 10

Kualiti dan Keselamatan Produk

D i seluruh dunia, pengguna memilih jenama Brunswick untuk kualiti dan


kebolehpercayaan. Adalah kritikal bagi produk Brunswick untuk terus
mengekalkan reputasi tinggi itu. Kita tidak akan menjual produk melainkan kita
percaya ia berkualiti tinggi dan selamat apabila digunakan dengan betul.
Memastikan keselamatan produk ialah tanggungjawab setiap pekerja Syarikat, tidak kira di mana jua
anda bekerja. Brunswick menjangka pekerjanya bertindak dengan melaporkan sebarang kebimbangan
berkaitan dengan keselamatan, kecacatan atau kepincangan mana-mana produk Syarikat kepada pengurusan
tempatan atau sejajar dengan prosedur bahagian. Jangan membuat keputusan yang akan menjejaskan
kepercayaan pengguna kepada produk kita. Kejayaan berterusan kita bergantung kepada keupayaan melebihi
jangkaan kualiti pelanggan kita dan ditegaskan di sebalik semua yang kita lakukan.

KOTAK ALATAN

Contoh Kaedah Pelaporan Yang Betul Mengenai Kebimbangan Keselamatan dan


Kualiti Produk
 Wakil khidmat pelanggan menerima panggilan telefon daripada seorang pelanggan yang melaporkan
bahawa salah satu daripada produk Syarikat patah semasa penggunaan, mencederakan pelanggan. Wakil
tersebut mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada pelanggan supaya dia boleh dan segera
melaporkan perkara itu kepada penyelianya.

 Seorang jurutera memberitahu bahawa penambahbaikan reka bentuk yang sedang diusahakan boleh
mewujudkan hazad keselamatan jika pelanggan tidak diberitahu secukupnya tentang perubahan
versi itu berbanding produk versi sebelumnya. Jurutera menghubungi penyelianya untuk
membincangkan isu itu.

 Pekerja pengeluaran mendapati bahawa hos daripada pembekal baru tidak diikat dengan selamat pada
produk Syarikat. Dia mengesyaki getaran enjin itu boleh melonggarkan hos dan memberitahu penyelia
bahawa terdapat keperluan untuk menyiasat bahagian baharu itu dengan lebih teliti.

Contoh Kegagalan Mengambil Tanggungjawab untuk Keselamatan Produk


 Seorang pelanggan memberitahu wakil jualan bahawa dia terpaksa berhenti membeli daripada Syarikat
kerana “orang ramai asyik dicederakan oleh produk anda.” Wakil menganggap aduan ini terlalu kabur
dan gagal melaporkannya kepada penyelianya..

 Beberapa kakitangan memberitahu penyelia penghantaran mereka bahawa pembungkusan produk tidak
direka dengan baik, dan produk mungkin mengalami kerosakan dalam penghantaran dan menyebabkan
masalah kemudian. Bagi memastikan tiada kelewatan penghantaran, penyelia memberitahu kakitangan
untuk melakukan yang terbaik dengan bahan penghantaran yang diberikan kepada mereka.

 Seorang pekerja mendapati bahawa terdapat peningkatan signifikan dalam tuntutan jaminan yang
berkaitan dengan komponen yang gagal. Dia menyedari bahawa kegagalan komponen ini boleh
mewujudkan hazad keselamatan. Walau bagaimanapun, disebabkan dia sibuk, dia mengabaikan
masalah ini.
Integriti Produk dan Kewangan 11

S&J

S Syarikat mula menggunakan label amaran baru dan saya mendapati bahawa tulisannya hilang
apabila terkena bahan kimia pembersihan kita dalam pengeluaran. Adakah label ini selamat untuk
digunakan?
J Tidak. Menyediakan penyataan amaran kepada pelanggan kita adalah penting. Anda perlu melaporkan
perkara ini dengan segera kepada pengurusan tempatan untuk tindakan pembetulan.

S Saya mendapati rakan sekerja mengambil jalan pintas apabila merangka dokumen kejuruteraan.
Saya bimbang bahawa tindakan ini akan memberi kesan terhadap pengeluaran. Apakah yang patut
saya lakukan?
J Anda perlu melaporkan isu ini. Adalah penting bahawa lukisan reka bentuk adalah tepat dan lengkap.

S Saya mendapati satu komponen tidak dipasang menurut proses yang didokumenkan. Saya menyemak
produk lain dan mendapati semua telah dipasang dengan betul. Haruskah saya hanya betulkan
komponen yang salah itu dan teruskan?
J Tidak, anda perlu memberitahu penyelia atau ketua anda supaya mereka boleh menyemak semula
isu ini. Memahami cara kesalahan tersebut berlaku adalah sama penting seperti memperbetulkan
pemasangan itu.
Amalan Perniagaan 12

Anti Rasuah dan Anti Sogokan

B runswick mengekalkan integriti tahap tertinggi apabila berurusan dengan


pegawai kerajaan dan sektor swasta. Anda dilarang sama sekali daripada
menawarkan, membenarkan, memberi atau menjanjikan sebarang bentuk rasuah
atau sogokan, tidak kira lokasi global. Tambahan lagi, penyataan atau rekod
palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap boleh mengakibatkan penalti
undang-undang dan juga percanggahan kepada dasar Brunswick.
Kita menunjukkan integriti dengan tidak memberi hadiah atau membuat pembayaran yang bertujuan
untuk mempengaruhi, atau kelihatan mempengaruhi, keputusan perniagaan. Banyak negara, termasuk
Amerika Syarikat, melarang pembayaran tidak wajar kepada pegawai kerajaan atau sebarang jenis rasuah.
Akibat melanggar undang-undang ini mungkin teruk, termasuk denda dikenakan ke atas individu utama dan
syarikat, serta hukuman penjara.
Brunswick tidak akan mengupah atau menggunakan pihak ketiga yang akan menawarkan atau
memberi rasuah ketika bertindak bagi pihak kita atau dalam menggunakan nama kita. Pembekal,
kontraktor, perunding dan rakan niaga lain perlu mematuhi piawaian yang sama seperti kita. Jika anda
bertanggungjawab untuk memilih atau menyelia pihak ketiga, pastikan anda mengikuti proses usaha wajar
Syarikat sebelum memulakan mana-mana perhubungan perniagaan dengan mereka.

KOTAK ALATAN

Contoh Percanggahan Dasar Anti Sogokan dan Anti Rasuah


 Dewan bandar raya sedang menjalankan pengundian pembelian besar, dan sedang mempertimbangkan
untuk menggunakan produk Life Fitness. Pengurus syarikat menawarkan sebuah mesin berlari
setempat kepada seorang anggota majlis sebagai pertukaran untuk undi pilihan.

 Pengurus projek membayar pegawai dalam lembaga pengezonan tempatan dengan bayaran tunai
untuk memberi kontrak bot tertentu kepada Syarikat.

 Pembidaan pembekal pada kontrak Syarikat yang menawarkan “bayaran” kepada pekerja perolehan
untuk menyediakan maklumat yang tidak diketahui oleh pembida lain, termasuk bidaan terendah yang
diterima setakat masa itu.

Contoh Buku dan Rekod Tidak Tepat yang Melanggar Dasar Anti Sogokan
dan Anti Rasuah
 Membuat rekod yang kelihatan seolah-olah pembayaran telah dibuat kepada individu, tetapi sebenarnya
pembayaran dibuat kepada individu lain.

 Menyerahkan laporan perbelanjaan yang tidak mengandungi butiran perbelanjaan yang tepat,
seperti tidak mengenal pasti tetamu yang betul (yang tidak hadir) dalam laporan perbelanjaan yang
mengandungi butiran hidangan mahal tetapi kelihatan munasabah.

 Meletakkan tarikh yang sudah lepas pada invois untuk merekodkan jualan pada suku tahun yang
sebelumnya.
Amalan Perniagaan 13

S&J

S Siapakah seorang pegawai kerajaan?


J Pegawai dan pekerja kerajaan, jabatan atau agensi; individu yang bertindak atas kapasiti rasmi untuk
atau bagi pihak jabatan atau agensi kerajaan; parti politik, pegawai parti politik dan calon untuk jawatan
awam; pegawai dan pekerja perusahaan milik kerajaan; dan pegawai dan pekerja organisasi antarabangsa
awam. Adalah tanggungjawab anda untuk memahami sama ada individu yang berurusan dengan anda
adalah pegawai kerajaan. Sekiranya anda tidak pasti, berunding dengan Jabatan Undang-undang.

S Apakah jenis barangan yang mungkin dianggap sebagai rasuah atau sogokan?
J Rasuah atau sogokan yang dilarang adalah apa-apa barangan yang mempunyai nilai termasuk wang
tunai, saham, hadiah peribadi yang mewah atau hiburan, percutian, tawaran pekerjaan masa depan atau
sumbangan politik. Tiada ambang kewangan; apa-apa jumlah boleh ditafsirkan sebagai rasuah atau
sogokan.

S Perunding kita yang membantu dalam perhubungan kerajaan baru-baru ini telah meminta kita
meningkatkan nilai komisyen yang amat tinggi. Saya mengesyaki perunding itu berniat untuk
memberikan wang ini kepada pegawai kerajaan tempatan. Apakah yang patut saya lakukan?
J Melaporkan syak wasangka anda kepada Jabatan Undang-undang. Tiada pembayaran sedemikian
sepatutnya diberikan kepada perunding sehingga Syarikat menyiasat kebimbangan anda.

S Kita sedang mempertimbangkan kilang baru di salah satu daripada pasaran kita. Kerajaan tempatan
boleh memberi kita insentif untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk kilang ini dalam
negaranya. Kerajaan tersebut meminta kita menghantarkan wakilnya ke kilang kita di negara lain
bagi mengkaji perniagaan dan operasi kita. Bolehkah kita menanggung kos perjalanan ini?
J Pertama, berunding dengan Jabatan Undang-undang. Sebarang perjalanan sedemikian mesti diluluskan
terlebih dahulu. Penelitian yang rapi diperlukan untuk mendapatkan maklumat kos perbelanjaan
perjalanan, pegawai yang terlibat, individu yang akan mengikut dan sekiranya terdapat sebarang tujuan
lain untuk perjalanan itu.

Dasar yang berkaitan


Borang Pra Kelulusan Dasar Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03)
Perbelanjaan Perjalanan dan Perniagaan Pekerja Yang Boleh Dibayar Balik (X.00.02)
Amalan Perniagaan 14

Konflik Kepentingan dan Hadiah

K ita tidak patut melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang mewujudkan,
kelihatan untuk mewujudkan, konflik kepentingan. Konflik kepentingan
akan terjadi apabila kepentingan peribadi dan keluarga anda mengganggu— atau
kelihatan mengganggu —dengan kemampuan anda membuat keputusan
profesional bagi pihak Brunswick. Konflik boleh berpunca daripada beberapa
isu, termasuk pekerjaan sampingan di luar syarikat, kepentingan dalam syarikat
pesaing atau perhubungan keluarga.
Anda perlu berhati-hati sekiranya anda diberi tanggungjawab untuk memilih atau menguruskan
pembekal bagi pihak Brunswick. Kepentingan dan perhubungan peribadi anda tidak sepatutnya mengganggu,
atau kelihatan mengganggu, dengan kemampuan anda untuk membuat keputusan demi kepentingan terbaik
bagi Syarikat. Anda perlu sentiasa mematuhi garis panduan pembelian yang berkenaan dalam memilih
pembekal.
Namun begitu, anda perlu ingat, bukan semua perkara yang mungkin menjadi konflik kepentingan
antara anda dan Brunswick membahayakan atau dilarang. Sesetengah konflik kepentingan boleh dibenarkan
sekiranya didedahkan sejak awal dan sudah diluluskan. Walaupun terdapat konflik kepentingan yang sudah
didedahkan dan diluluskan, sekiranya anda perlu lengkapkan soal selidik pendedahan konflik kepentingan
tahunan, anda perlu berbuat demikian setiap tahun, sekiranya konflik itu masih wujud.

HADIAH, JAMUAN MAKAN DAN HIBURAN


Hadiah, jamuan makan dan hiburan perlu menyokong kepentingan perniagaan Brunswick, jarang diberikan
dan sentiasa mematuhi undang-undang yang berkenaan dan dasar Syarikat. Hiburan yang dibenarkan
adalah hiburan yang berlaku dalam suasana yang konsisten dengan komitmen kita untuk sentiasa saling
menghormati. Hadiah yang melibatkan wang tunai atau setara dengan wang tunai (contohnya, baucar hadiah)
tidak sepatutnya diberi kepada, atau diterima oleh, mana-mana pihak.
Sekiranya, sebagai sebahagian daripada amalan perniagaan yang sah, anda ingin menawarkan
atau menerima hadiah yang bernilai lebih daripada $100, anda perlu melaporkan butiran hadiah berkenaan
dalam Borang Laporan Hadiah, dan hadiah itu mesti diluluskan oleh pengurus anda atau pihak Pejabat
Etika sebelum hadiah itu ditawarkan, diberi atau diterima.
Nilai hadiah yang ditawarkan kepada, atau diterima daripada pegawai kerajaan tidak boleh melebihi
$100. Sebarang pemberian hadiah kerajaan perlu diberi atau diterima dalam majlis umum dan secara terbuka,
direkodkan dengan teratur dalam buku dan rekod Syarikat, dengan syarat pemberian ini adalah atas
budi bicara antara dua pihak dan tidak melanggar undang-undang tempatan. Sekiranya anda mempunyai
kemusykilan sama ada hadiah, jamuan makan dan hiburan kepada atau daripada pegawai kerajaan itu
dibenarkan, sila menghubungu Jabatan Undang-undang.

KOTAK ALATAN

Contoh Konflik Kepentingan


 Melakukan kerja luar yang menganggu kedudukan anda di Syarikat atau menggunakan harta, peralatan,
maklumat Syarikat atau sumber lain untuk menyiapkan kerja luar itu.

 Pengurus kilang kerap menerima botol wain yang mahal daripada seorang pembekal, dan gagal
mendedahkan hadiah itu dalam Borang Laporan Hadiah.

 Anda atau ahli keluarga anda mempunyai kepentingan pemilikan (selain daripada pemilikan jumlah
minima saham—kurang daripada $50,000 nilai pasaran dalam saham syarikat didagang secara terbuka)
di syarikat lain yang menjalankan perniagaan atau bersaing dengan Brunswick.
Amalan Perniagaan 15


Pegawai pembelian memilih syarikat mesin layan diri daripada bapanya untuk menyediakan mesin
layan diri di Brunswick, tetapi gagal untuk mendedahkan kepada sesiapa bahawa bapanya yang memiliki
syarikat mesin layan diri itu.


Menggunakan maklumat yang anda belajar di Syarikat untuk kebaikan peribadi, memanfaatkan ahli
keluarga atau memanfaatkan syarikat lain yang anda mempunyai kepentingan ekonomi.


Eksekutif kanan, yang juga merupakan anggota lembaga pengarah perbadanan yang membekalkan
perkhidmatan dan produk kepada Brunswick, mendedahkan sebahagian daripada rancangan strategik
sulit Brunswick kepada syarikat luar bagi meningkatkan peluang syarikat itu diberikan kontrak.


Menyertai transaksi perniagaan untuk kelebihan peribadi berdasarkan maklumat sulit yang dikendalikan
sebagai pekerja Syarikat.


Mengambil saudara mara bekerja di syarikat sebagai pekerja bawahan yang melaporkan terus
kepada anda.


Mempunyai hubungan romantik dengan pekerja bawahan langsung atau dalam keupayaan fungsian anda.


Menawarkan atau menerima hadiah lebih besar daripada nilai nominal.


Pengurus jualan membawa ahli pasukannya dan beberapa pelanggan ke kelab eksklusif untuk hiburan
orang dewasa.


Pengurus pembelian menikmati pakej percutian permainan ski dengan semua perbelanjaan ditanggung
oleh pihak pembekal.

S&J

S Saya adalah pengurus yang mengambil pekerja baru. Sepupu saya berkelayakan tinggi dan sedang
mencari kerja. Bolehkah saya mengambilnya bekerja?
J Walaupun sepupu anda mungkin berkelayakan tinggi, anda perlu mendedahkan konflik ini kepada
pengurus anda sebelum bertindak mengisi jawatan kosong itu atau menjalankan temuduga dengan
sepupu anda. Jika diputuskan bahawa sepupu anda akan ditemuduga untuk mengisi jawatan
kosong, anda mungkin tidak dibenarkan untuk menyertai sesi temu duga atau membuat sebarang
keputusan pengambilan pekerja.

S Saya mendapati bahawa jabatan saya sedang berunding kontrak yang akan menjadikan syarikat isteri
saya sebagai pembekal utama Brunswick. Bolehkah ini mewujudkan konflik kepentingan?
J Ya. Konflik kepentingan, atau penampilan konflik kepentingan, mungkin akan muncul dalam keadaan ini,
kerana anda boleh kelihatan cenderung ke arah syarikat isteri anda. Anda perlu melengkapkan borang
pendedahan konflik kepentingan dan, jika sesuai, anda akan dikeluarkan daripada proses membuat
keputusan. Dengan melakukan ini, anda boleh mengelakkan situasi yang boleh menunjukkan proses
mempengaruhi yang tidak wajar, atau kelihatan mempengaruhi secara tidak wajar, keupayaan anda untuk
melakukan keputusan perniagaan objektif dan adil.

S Saya memiliki perniagaan kecil sebagai projek sampingan. Apabila saya tiada kerja di pejabat,
bolehkah saya melakukan perkara peribadi saya? Dan bolehkah saya membuat beberapa salinan
dengan peralatan pejabat Brunswick?
J Tidak. Ia tidak pernah sesuai untuk menjalankan perniagaan luar semasa waktu kerja atau menggunakan
harta Syarikat. Tambahan lagi, kerja lain anda mungkin tidak mengganggu keupayaan anda semasa
melakukan kerja anda di Brunswick. Juga anda tidak bersaing dengan Brunswick, atau menjadi pembekal
atau pembekal kepada Brunswick. Namun begitu, anda mesti sentiasa mendedahkan pekerjaan luar
sedemikian sebelum semua isu itu timbul dan mendedahkannya dalam soal selidik pendedahan konflik
kepentingan tahunan jika kedudukan anda memerlukan anda melengkapkan soal selidik.
Amalan Perniagaan 16

S Saya mahu menghantar hadiah kepada pelanggan besar sempena Sambutan Tahun Baru untuk
berterima kasih atas kerjasama perniagaan mereka. Bolehkah saya menghantar bakul hadiah buah
pada harga $50 setiap satu?
J Ini mungkin hadiah perniagaan yang sesuai dan munasabah yang mematuhi piawaian Syarikat.
Melainkan ini akan meletakkan pelanggan pada kedudukan yang mereka mungkin kelihatan berat sebelah
atau terdesak untuk membuat keputusan khusus, hadiah tahunan yang jarang diberi ini mungkin
boleh diterima.

S Bolehkah saya menerima kad hadiah restoran kegemaran saya daripada pihak pembekal?
J Tidak. Tidak kira jumlahnya, Brunswick tidak membenarkan sebarang pemberian atau penerimaan hadiah
dalam bentuk wang tunai atau setara wang tunai seperti kad hadiah atau cek.

S Syarikat baru sahaja menandatangani kontrak berjuta dolar untuk tempoh beberapa tahun, dengan
pembekal yang saya cadangkan. Bagi mempamerkan produk mereka yang akan datang, pihak
pembekal telah mempelawa keluarga saya untuk menghadiri sukan Siri Dunia, termasuk tambang
penerbangan, penginapan dan makan malam di tempat pembekal akan mempersembahkan produk
barunya. Memandangkan kontrak dengan pembekal ini telah ditandatangani, bolehkah saya
menerimanya?
J Hadiah yang ditawarkan oleh pembekal ini adalah berlebihan dan tidak sesuai dalam keadaan ini.
Hadiah ini mungkin bertujuan mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak adil, atau kelihatan
kepada pihak lain membawa pengaruh yang tidak wajar. Tambahan lagi, jumlah nilai hadiah yang
ditawarkan adalah berlebihan. Tawaran ini mesti didedahkan terlebih dahulu kepada pengurus anda
dan Pejabat Etika. Kemungkinan besar anda akan diarahkan supaya tidak menerima tawaran ini,
keseluruhannya atau sebahagiannya.

S Saya akan menghadiri majlis anugerah bot dengan wakil daripada Pihak Pengawal Pantai. Saya mahu
memberinya kemeja atau topi Syarikat. Adakah ini boleh diterima?
J Ya, hadiah ini yang mempunyai nilai nominal (bawah $100) boleh diberikan, selagi ia diberikan secara
terbuka dan telus, direkodkan di dalam buku dan rekod Syarikat dengan teratur dan boleh diterima
di bawah undang-undang tempatan. Jika anda mempunyai apa-apa soalan tentang sama ada anda perlu
memberi hadiah ini atau bagaimana untuk merekodkannya, hubungi Jabatan Undang-undang.

Dasar yang berkaitan

Pensijilan Pendedahan Konflik Kepentingan—Borang Manual


Pensijilan Konflik Kepentingan (E.02.06)
Pekerjaan Saudara Mara dan Individu Signifikan yang Lain (H.02.04)
Borang Laporan Hadiah (E.02.05)
Pekerjaan Luar (H.02.05)
Anti Rasuah dan Anti Sogokan (L.01.03)
Amalan Perniagaan 17

Persaingan Adil dan Saksama (Anti Monopoli)

B runswick bersaing dalam pasaran global dengan berasaskan produk,


perkhidmatan dan kakitangan yang unggul. Kita tidak akan bersaing dengan
menggunakan tindakan tidak wajar yang bertujuan untuk menjejaskan syarikat
yang lain, memaksa berundur daripada atau menghalang kemasukan ke
dalam pasaran.
Kita komited dalam mematuhi semua undang-undang persaingan yang berkenaan di semua lokasi
kita. Walaupun undang-undang anti monopoli (seperti yang dikenali di AS) sangat kompleks, secara
umumnya, adalah salah di sisi undang-undang untuk membuat sebarang perjanjian dengan syarikat pesaing
yang menyekat persaingan secara tidak munasabah, termasuk walaupun tidak terhad kepada, perkara berikut:
> Harga (termasuk syarat pembayaran dan diskaun)
> Produk dan perkhidmatan
> Amalan Perniagaan
> Wilayah
> Saluran pengedaran
> Senarai pelanggan
Perjanjian haram ini tidak semestinya dalam bentuk kontrak ditandatangani; ia boleh dalam bentuk
“perjanjian” lisan antara pihak yang terlibat. Tindakan ini boleh membawa risiko serius kepada anda dan
Brunswick. Beredar dengan segera dari sebarang mesyuarat atau pengumpulan maklumat yang melibatkan
syarikat pesaing dan juga sekiranya wujudnya kelakuan anti-persaingan. Laporkan sebarang perbincangan
atau tingkah laku yang mungkin melanggar dasar ini dan jangan membincangkan sebarang perkara ini
dengan mana-mana pesaing, agensi pengawalseliaan atau peguam luar, sebelum mendapat khidmat nasihat
daripada Jabatan Undang-undang Bahagian atau Jabatan Undang-undang Korporat terlebih dahulu.

KOTAK ALATAN

Pengumpulan Maklumat Mengenai Pesaing

Pengumpulan maklumat berkaitan dengan pesaing kita—Perisikan Daya Saing—adalah amalan perniagaan
yang sah dan membantu kita kekal berdaya saing dalam pasaran. Mencari maklumat melalui sumber umum
seperti surat khabar, internet atau pemfailan umum adalah dibenarkan dan digalakkan, kerana ia adalah
pengumpulan maklumat bukan sulit daripada pelanggan, rakan niaga, broker dan pembekal. Namun begitu,
anda tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti tidak sah dalam mendapatkan maklumat persaingan, dan
anda juga tidak dibenarkan menerima, mendedahkan atau menggunakan maklumat yang diperolehi melalui
pelanggaran perjanjian sulit antara salah satu pesaing kita dan pihak ketiga. Brunswick melarang sama sekali
memberi gambaran salah tentang identiti atau fakta penting, sebarang bentuk pencerobohan, pengintipan
dawai, pengintipan terus, penyembunyian atau penggodaman melalui komputer untuk mendapatkan
perisikan daya saing, atau apa-apa cara pengumpulan perisikan daya saing yang melanggar undang-undang
atau Tatakelakuan.

Contoh Persaingan Tidak Adil


 Dua syarikat yang bersaing bersetuju untuk “memboikot” rakan niaga atau pembekal tertentu dalam
usaha mendapat kelebihan kompetitif.

 Dua syarikat yang bersaing bersidang dan bersetuju untuk menetapkan harga jualan yang akan dikenakan
kepada pelanggan atau harga belian kepada pembekal.

 Dalam perbualan telefon biasa, wakil jualan daripada dua syarikat berasingan bersetuju untuk
membahagikan pelanggan atau wilayah kawalan pasaran: “Kita akan mengelakkan daripada mencerobohi
wilayah kawalan masing-masing.”
Amalan Perniagaan 18


Pekerja syarikat mendapatkan maklumat sulit daripada seorang pekerja baru yang pernah bekerja
di syarikat pesaing.


Wakil jualan membuat pernyataan yang tidak tepat atau mengelirukan berkenaan pesaing dalam
pembentangan kepada bakal pelanggan syarikat.


Seorang pekerja menggodam sistem e-mel syarikat pesaing dengan tujuan mendapatkan maklumat
kompetitif.

S&J

S Salah seorang sahabat saya bekerja dengan syarikat pesaing Brunswick. Baru-baru ini, dia memaklumkan
kepada saya bahawa syarikatnya sedang membida dua projek dan Brunswick turut menyertai bidaan
ini. Dia mencadangkan bahawa untuk dia meletakkan harga bidaan tinggi bagi salah satu bidaan,
manakala Brunswick boleh melakukan perkara yang sama dengan pihak lain, ini membolehkan kedua-
dua syarikat kami memenangi kontrak. Apakah yang patut saya lakukan?
J Anda tidak sepatutnya sama sekali membincangkan mengenai pembahagian pelanggan atau harga bidaan
dengan syarikat pesaing. Membuat sebarang perjanjian dengan pesaing yang menghalang persaingan
adalah pelanggaran secara tidak langsung terhadap dasar syarikat dan undang-undang. Sekiranya situasi
ini berlaku di tempat awam, jelaskan dan tegaskan bahawa anda tidak bersetuju dengan cadangan
tersebut. Anda juga perlu memaklumkan perkara ini dengan segera, sama ada kepada Bahagian anda
atau Jabatan Undang-undang Korporat atau Pejabat Etika.

S Saya terdengar mengenai mesyuarat syarikat pesaing yang diadakan di pameran perdagangan.
Saya ingin menghadiri mesyuarat tersebut, tetapi saya bimbang kemungkinan mereka akan menghalang
saya masuk jika mereka mengetahui saya bekerja untuk Brunswick. Bolehkah saya menghadiri
mesyuarat itu sekiranya saya merahsiakan identiti saya?
J Tidak. Penyembunyian identiti dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarikat
pesaing adalah tindakan yang tidak wajar. Anda perlu berunding dengan Bahagian anda atau Jabatan
Undang-undang Korporat sebelum menghadiri sebarang mesyuarat dengan pesaing.
Persekitaran Tempat Kerja 19

Peluang Pekerjaan Sama Rata

B runswick menghargai kepelbagaian. Brunswick tidak bertolak ansur


dengan sebarang diskriminasi di tempat kerja—sama ada bangsa, warna kulit,
agama, jantina, umur, negara asal, status kewarganegaraan, kurang upaya,
orientasi seksual, status veteran atau apa-apa status lain yang dilindungi oleh
undang-undang yang berkuat kuasa.
Kita menawarkan peluang pekerjaan yang sama rata dan sebarang keputusan pengambilan
pekerja dibuat berdasarkan merit. Ini meliputi semua aspek perhubungan pekerjaan, termasuk perekrutan,
pengambilan, pertukaran, kenaikan pangkat, tugasan, latihan, penamatan, keadaan kerja, pampasan dan
lain-lain terma dan syarat pekerjaan. Brunswick melarang sama sekali sebarang tindakan balas terhadap
sesiapa yang membuat aduan dengan niat baik tentang kelakuan diskriminasi.

KOTAK ALATAN

Contoh Pelanggaran Peluang Pekerjaan Sama Rata


 Seorang penyelia sedang mempertimbangkan dua pekerja yang sama berbakat, untuk kenaikan pangkat
dalam jabatan beliau: seorang wanita yang baru berkahwin dan seorang lelaki yang sudah berumahtangga
dan mempunyai anak. Penyelia ini memutuskan untuk menaikkan pangkat calon lelaki, dengan
mempercayai bahawa selepas calon wanita itu mempunyai anak, dia akan lebih cenderung mengambil
cuti lanjutan atau meletak jawatan.

 Seorang pekerja kurang upaya yang perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak, tidak terpilih
untuk memegang jawatan dalam bahagian jualan yang melibatkan interaksi awam yang luas, walaupun
pekerja ini mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan dan rekod prestasi dan kelayakan yang
cemerlang. Penjelasan yang diberikan adalah individu yang tidak bergantung kepada kerusi roda, mungkin
akan dapat mencapai sasaran jualan yang lebih tinggi.

 Seorang pekerja dalam bidang pembuatan dipecat kerana penyelianya berpendapat bahawa sesiapa
yang mempunyai kepercayaan yang sama, kemungkinan bersikap ganas.

 Sebuah syarikat sentiasa mengambil pekerja daripada satu kumpulan etnik secara konsisten, mereka
membenarkan amalan ini dengan rasional bahawa “pekerja bangsa lain tidak dapat menyesuaikan diri
dengan kumpulan pelanggan kita.”

S&J

S Saya memohon kerja di jabatan yang terdiri daripada lima orang pekerja lelaki. Pengurus jabatan
tersebut menawarkan kerja itu kepada seorang calon lelaki (saya adalah calon perempuan).
Saya berasa seolah-olah telah didiskriminasi. Apakah yang boleh saya lakukan?
J Jika anda percaya bahawa anda telah didiskriminasi, laporkan perkara ini sama ada kepada penyelia anda,
Talian Bantuan Etika, kaunselor Etika tempatan anda atau melalui salah satu pilihan lain yang digariskan
dalam Tatakelakuan. Isu ini akan disiasat dengan segera, mengikut kesesuaian. Anda tidak akan tertakluk
kepada sebarang tindak balas kerana membuat aduan dengan niat baik.
Persekitaran Tempat Kerja 20

S Saya adalah pengurus pengambilan pekerja dan saya mempunyai beberapa calon yang baik daripada
pelbagai latar belakang yang sangat berbeza. Saya ingin menawarkan kerja itu kepada salah seorang
calon yang berasal daripada bangsa dan agama yang sama dengan saya, walaupun dia tidak mempunyai
sesetengah kemahiran penting berbanding calon lain. Saya berpendapat bahawa kami akan dapat
bekerjasama dengan baik kerana dia mempunyai nilai-nilai yang sama dengan saya. Adakah ini salah?
J Pengambilan pekerja untuk jawatan tertentu sentiasa berdasarkan merit adalah penting. Anda perlu
membuat keputusan pengambilan pekerja itu berdasarkan pengalaman, kemahiran kerja, kelayakan dan
criteria lain yang berkaitan dengan kerja itu. Membuat keputusan pengambilan pekerja dengan andaian
bahawa anda akan dapat berkomunikasi lebih baik atau berkongsi nilai yang sama dengan seseorang
yang sama latar belakang dengan anda adalah tindakan yang tidak wajar. Anda mungkin akan dapati
kepelbagaian latar belakang dalam pasukan anda—di samping kemahiran kerja yang diperlukan—dapat
menyumbang kepada hasil kerja lebih cemerlang daripada pasukan anda.

Dasar yang berkaitan

Peluang Pekerjaan Sama Rata dan Tindakan Afirmatif (H.01.01)


Warga Amerika Golongan Kurang Upaya (Americans with Disabilities, ADA) (H.01.03)
Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07)
Media Sosial (H.01.05)
Persekitaran Tempat Kerjat 21

Anti Gangguan

N ilai sepenuh sumbangan setiap individu dalam Syarikat hanya boleh


diketahui apabila kita melayan antara satu sama lain dengan penuh hormat,
amanah dan kemuliaan, yang kita harapkan. Brunswick menegaskan persekitaran
kerja yang bebas daripada ugutan dan gangguan daripada sesiapa sahaja,
termasuk penyelia, rakan sekerja, pembekal, pelanggan atau pihak ketiga
yang lain.
Gangguan di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Ia adalah kelakuan yang tidak
diingini seperti gangguan lisan, fizikal atau visual—yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan,
bermusuhan dan mengacam. Gangguan di tempat kerja juga termasuk berjenaka, ejekan, penghinaan,
membuli, serangan di tempat kerja atau jenaka praktikal yang ditujukan kepada seseorang, atau ia boleh
berlaku apabila terma pekerjaan dikaitkan kepada unsur gangguan seksual yang tidak disenangi. Brunswick
tidak akan bertolak ansur dengan sebarang gangguan, tidak kira sama ada anda berada di dalam premis
Syarikat atau di luar waktu bekerja atau di acara berkaitan dengan perniagaan yang berlaku di premis
luar, seperti percutian atau perjalanan berkaitan dengan perniagaan. Kelakuan sedemikian adalah dilarang
sama sekali, walaupun ia tidak mencapai tahap yang menyalahi undang-undang.
Sekiranya anda pernah mengalami, menyaksikan atau mengetahui sebarang perlakuan yang melanggar
Dasar Gangguan Syarikat, anda perlu melaporkan perkara ini menurut prosedur yang digariskan dalam
Dasar Gangguan atau Tatakelakuan. Penyiasatan yang sewajarnya akan dijalankan dengan segera dan sulit
sebaik mungkin. Anda tidak akan menerima sebarang tindakan balas kerana melaporkan pelanggaran
dengan niat baik atau penyertaan dalam penyiasatan itu dengan niat baik.

KOTAK ALATAN

Contoh Pelanggaran Dasar Gangguan


 Menyentuh sambil meraba rakan sekerja secara sengaja.

 Menyampaikan gurauan kasar (“off-color”) yang berkaitan dengan jantina, bangsa, negara asal
atau agama.

 Menghantar atau berkongsi pelbagai e-mel lucah atau menyinggung perasaan melalui sistem maklumat
elektronik Syarikat.

 Meminta atau menakutkan pekerja lain untuk berjanji temu atau berhubungan secara seksual,
dengan menggunakan pemecatan atau sebarang kesan negatif lain sebagai ugutan sekiranya permintaan
ditolak.

 Mengunjungi tapak web lucah dengan menggunakan komputer Syarikat, di tempat kerja atau acara
yang berkaitan dengan kerja.
Persekitaran Tempat Kerja 22

S&J

S Saya bekerja dengan beberapa syarikat pembekal dan telah membina perhubungan profesional yang
kukuh dengan wakil mereka. Baru-baru ini, salah seorang wakil syarikat pembekal ini mula menggoda
saya dengan menghantar e-mel bersifat godaan. Saya berasa tidak selesa, tetapi saya tidak pasti
tindakan yang bersesuaian memandangkan wakil pembekal itu bukan salah seorang pekerja Brunswick.
Apakah yang patut saya lakukan?
J Walaupun wakil berkenaan bukan kakitangan Syarikat, anda perlu melaporkan situasi ini. Brunswick
berusaha mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan, walaupun daripada pihak ketiga
yang bukan pekerja. Gangguan boleh termasuk e-mel dan godaan yang tidak disenangi daripada orang
luar Syarikat yang mewujudkan persekitaran kerja yang bersifat mengancam, menakutkan atau tidak
selesa. Brunswick mengambil serius terhadap semua laporan gangguan dan akan melakukan penyiasatan
yang sewajarnya.

S Saya menutup rambut saya di tempat kerja sebagai salah sebahagian daripada tatacara kepercayaan
agama saya. Pada permulaannya, rakan sekerja saya bertanya kepada saya tentang agama saya
kerana mereka ingin tahu tetapi baru-baru ini mereka mula mengejek saya dan mengatakan agama
saya sebagai “agama yang bodoh”. Apakah tindakan yang boleh saya ambil?
J Anda perlu melaporkan semua insiden ini dengan segera menurut prosedur yang disenaraikan dalam
Dasar Gangguan atau Tatakelakuan. Menurut dasar kita, gangguan adalah termasuk ejekan dan
penghinaan terhadap agama seseorang individu. Sekiranya anda membuat laporan dengan niat baik, anda
tidak akan dikenakan tindakan balas dan Syarikat akan dapat menyelesaikan isu itu dengan segera.

S Saya kerap bergurau senda di tempat kerja. Salah seorang rakan sekerja saya memberitahu saya
bahawa dia berfikir sesetengah gurauan saya menyinggung perasaan, tetapi saya berasa yang
dia terlalu sensitif. Apabila saya bertanya kepada rakan sekerja saya yang lain, mereka mengatakan
bahawa mereka tidak tersinggung dengan gurauan saya. Adakah saya telah melanggar Tatakelakuan?
J Anda perlu sentiasa berhati-hati bahawa kelakuan anda tidak menggalakkan dan tidak mewujudkan
persekitaran kerja yang menakutkan, bersifat mengancam atau menyinggung mana-mana rakan sekerja
anda yang lain. Walaupun majoriti rakan sekerja anda tidak tersinggung, tetapi sekurang-kurangnya
seorang daripada mereka telah memberi respon bahawa dia berasa tersinggung. Anda perlu berhenti
menyampaikan gurauan yang menjurus kepada persekitaran yang bermusuhan demi rakan sekerja
tersebut atau rakan sekerja yang lain.

S Penyelia saya telah menyiarkan komen bersifat perkauman mengenai rakan sekerja saya melalui
Facebook. Adakah ini suatu bentuk gangguan menurut dasar Syarikat?
J Mewujudkan persekitaran seteru di tempat kerja berdasarkan bangsa seseorang adalah dilarang
sama sekali di bawah dasar Syarikat, walaupun perkara itu berlaku di tapak media sosial. Anda perlu
memaklumkan perkara ini kepada penyelia anda, atau menghubungi Pejabat Etika atau dengan
menggunakan mana-mana cara laporan yang disenaraikan dalam Tatakelakuan.

Dasar yang berkaitan

Gangguan (H.01.02)
Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07)
Media Sosial (H.01.05)
Persekitaran Tempat Kerja 23

Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar

B runswick mempercayai bahawa kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan


pekerja adalah penting untuk kejayaan yang berterusan. Brunswick komited
untuk menyediakan produk dan pengalaman dengan cara yang meminimumkan
impak operasi Syarikat kepada alam sekitar dan memastikan kemampanan
alam sekitar dalam operasi perniagaannya.
Kita mempromosikan secara aktif tentang kesihatan dan keselamatan pekerja melalui dasar dan
program yang membantu individu melindungi diri mereka dan rakan sekerja mereka. Kita mesti mengikuti
prosedur bekerja yang selamat dan berusaha secara aktif untuk mencegah kemalangan. Jika anda menyedari
sebarang ancaman kepada keselamatan ahli pasukan atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan
perniagaan kita, sila laporkan melalui pengurusan tempatan atau sejajar dengan prosedur laporan dalam
Tatakelakuan. Di samping itu, anda perlu melaporkan dengan segera sebarang penyakit atau kecederaan
di tempat kerja sejajar dengan garis panduan tempatan.
Ingati, keselamatan harus diutamakan sentiasa. Walaupun di tempat kerja, setiap individu mesti
kekal bebas daripada pengaruh dadah, alkohol atau apa-apa bahan lain yang boleh menjejaskan keupayaan
untuk bekerja dengan selamat dan berkesan. Brunswick melarang pekerja daripada mengguna, menyimpan,
memindah, menjual, memberi, membuat atau di bawah pengaruh dadah atau alkohol, termasuk ganja,
semasa melakukan perniagaan Syarikat di dalam atau di luar premis Syarikat, atau semasa mengendalikan
apa-apa kenderaan atau peralatan Syarikat.
Brunswick melarang sama sekali keganasan atau ancaman keganasan di tempat kerja. Ahli pasukan
yang terlibat dalam kelakuan sedemikian akan tertakluk kepada tindakan disiplin, sehingga dan termasuk
penamatan kerja.

KOTAK ALATAN

Contoh Salah Laku Berkaitan dengan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar
 Di dalam kawasan kilang yang mempunyai pelbagai mesin berat beroperasi pada tahap kebisingan tinggi
dan memerlukan pekerja memakai perlindungan pendengaran, pekerja gagal menggunakan peralatan
keselamatan yang sesuai.

 Seorang pengurus kilang cuba menjimatkan wang Syarikat dengan membuang sisa-sisa bahan beracun di
plot kosong bersebelahan kilang, dan tidak melupuskannya mengikut dasar Syarikat dan undang-undang
yang berkenaan.

 Untuk meningkatkan pengeluaran, seorang pekerja pembuatan mengalihkan alat kawalan keselamatan
daripada mesin demi mengelakkan keperluan untuk menyelaraskannya.

S&J

S Saya dapati kerosakan alat pelindung keselamatan pada sebuah mesin. Ia akan mengambil masa
yang lama untuk diperbaiki, dan kami mempunyai jadual pengeluaran yang ketat. Apakah yang patut
saya lakukan?
J Sekiranya alat perlindungan keselamatan mesin yang anda kendali mengalami kerosakan, perkara
itu perlu dilaporkan dengan segera dan mesin itu juga tidak patut digunakan sehingga tindakan
pembaikpulihan dilakukan untuk membetulkan kerosakan alat perlindungan keselamatan itu. Semua pihak
bertanggungjawab bagi memastikan persekitaran yang selamat. Keselamatan pekerja adalah keutamaan
Brunswick.
Persekitaran Tempat Kerja 24

S Saya mengesyaki rakan sekerja saya kadang kala datang bekerja dalam keadaan mabuk dan
berkemungkinan meminum alkohol di tempat kerja. Saya bimbang dengan kesihatan dan keselamatannya.
Apakah yang boleh saya lakukan?
A Anda perlu merujuk situasi ini kepada penyelia anda dengan segera. Penyelia anda akan mengambil
tindakan sewajarnya untuk menangani kebimbingan tersebut. Ingati, keselamatan sentiasa diutamakan,
bagi anda dan rakan sekerja yang lain.

S Saya tidak pasti perkara yang perlu dilakukan dengan sisa-sisa cat dan bahan kimia yang dibiarkan
merata-rata di sekitar kawasan kilang. Patutkah saya membuang sisa-sisa itu begitu sahaja?
A Tidak, Anda perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada wakil kesihatan dan keselamatan persekitaran
tempatan mengenai cara pelupusan sisa-sisa cat dan bahan kimia secara selamat.

Dasar yang berkaitan

Tempat Kerja Bebas Dadah dan Bahan Larangan (H.05.01)


Keselamatan Tempat Kerja (H.05.03)
Pencegahan Keganasan Di Tempat Kerja (H.05.04)
Persekitaran Tempat Kerja 25

Maklumat Sulit dan Keselamatan Data

M aklumat sulit adalah termasuk maklumat mengenai perniagaan, operasi,


pekerja, pelanggan, rakan niaga, strategi produk dan rahsia perdagangan
Brunswick. Semua pihak bertanggungjawab untuk melindungi maklumat sulit
Syarikat. Maklumat sulit juga termasuk sebarang maklumat yang tidak diketahui
oleh pihak luar yang mempunyai nilai kepada Brunswick, atau pendedahan
maklumat sebelum peringkat matang yang boleh membantu pesaing atau
membahayakan Syarikat.
Maklumat sulit juga merangkumi maklumat peribadi pekerja, rakan niaga dan pelanggan, termasuk
kesihatan peribadi, kewangan atau maklumat lain yang dikekalkan dalam Syarikat secara sah. Brunswick
komited untuk mengekalkan privasi dan keselamatan semua maklumat peribadi dan memastikan pengendalian
maklumat ini mematuhi undang-undang privasi yang berkenaan. Kita perlu mengumpul, mengguna dan
memproses data peribadi hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, menghadkan akses maklumat ini
kepada mereka yang mempunyai tujuan perniagaan yang sah untuk menggunakan maklumat tersebut, dan
perlindungan penuh dikenakan dalam mengelakkan pendedahan yang tidak dibenarkan. Kita juga tidak
membenarkan pendedahan maklumat kepada pihak ketiga, kecuali yang dibenarkan oleh dasar kita.
Pastikan anda mematuhi semua prosedur keselamatan dan perlindungan sewaktu mengendalikan
maklumat sulit. Pastikan juga anda berhati-hati dan berfikir teliti apabila berkongsi maklumat sulit secara
bertulis—termasuk dalam e-mel—dan perbualan peribadi. Pertimbangkan persekitaran anda ketika berbual
melalui telefon bimbit atau di tempat awam. Tanggungjawab anda untuk mengekalkan privasi dan
keselamatan maklumat sulit berterusan walaupun anda bukan lagi pekerja Syarikat.
Kekalkan atau hapuskan rekod sulit sejajar dengan dasar pengurusan rekod dan keselamatan data.
Sesetengah rekod yang berkaitan dengan tindakan undang-undang, audit dan penyiasatan mungkin perlu
disimpan menjangkau keperluan biasa. Ikuti garis panduan undang-undang berkaitan bagi memastikan
anda tidak memusnahkan atau menghilangkan maklumat yang penting.

KOTAK ALATAN

Perlindungan Jenama Kita

Kita bertanggungjawab untuk mengekalkan dan membina aset terbesar Brundswick—jenama kita. Kita
mempunyai tanggungjawab untuk mengukuhkan dan melindungi cap dagangan, hak cipta, paten dan harta
intelek Brunswick yang lain. Logo dan nama kita adalah contoh cap dagangan yang diiktiraf di peringkat
dunia yang tidak boleh disalahgunakan. Anda perlu berunding dengan Jabatan Undang-undang sebelum
menggunakan logo Brunswick untuk promosi dan bahan lain, dan penggunaan logo bahagian lain perlu
diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Pemasaran daripada bahagian itu.
Tambahan lagi, kadang kala anda mungkin mencipta bahan atau membangunkan proses dalam
urusan kerja anda, dan ciptaan ini adalah milik Brunswick. Harta intelek ini adalah antara aset yang paling
berharga bagi Brunswick. Apabila anda meninggalkan Brunswick, anda mesti memulangkan semua
harta intelek dan produk kerja yang lain dalam simpanan anda, termasuk sebarang salinan. Jangan sekali-kali
membenarkan harta intelektual ini digunakan atau dikongsi dengan pihak luar Syarikat tanpa dokumen
undang-undang yang sewajarnya.
Persekitaran Tempat Kerja 26

Contoh Maklumat Sulit



Perjanjian bertulis dan lisan antara Brunswick dan pekerja, ejen, rakan strategik dan/atau pihak
ketiga.

Harta intelek—seperti cap dagangan, paten, hak cipta dan rahsia perdagangan yang dimiliki oleh
Syarikat.

Rancangan pemasaran.

Maklumat harga.

Spesifikasi teknikal.

Maklumat peribadi pekerja, seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor keselamatan sosial, akaun
bank atau maklumat manfaat yang diterima.

Maklumat peribadi atau kewangan pelanggan.

Maklumat kewangan syarikat (cth: buku daftar invois, rekod pembayaran gaji, penyata kewangan,
ringkasan akaun yang perlu dibayar, senarai pembekal, maklumat harga dan kos, dll.).

Maklumat perniagaan lain dan kewangan mengenai potensi pemerolehan dan/atau pelancaran
produk baru.

Lukisan kejuruteraan bagi produk semasa dan produk baru yang berpotensi.

Senarai pelanggan dan perjanjian, data saham pasaran, perjanjian pembekal, pelan strategik, dll.

Contoh Perlindungan yang Sesuai untuk Maklumat sulit



Seorang pekerja kejuruteraan dan reka bentuk produk memastikan dia meletakkan lukisan produk
sensitif di dalam laci berkunci sebelum beredar untuk makan tengah hari.

Seorang akauntan sentiasa mengaktifkan perlindungan kata laluan pada komputernya sebelum
meninggalkan pejabat.

Seorang pengurus Sumber Manusia meyimpan maklumat peribadi yang sensitif di dalam kabinet
yang berkunci.

Seorang pekerja perolehan mendapatkan perjanjian kerahsiaan yang ditandatangani oleh rakan niaga
prospektif sebelum memberikan maklumat sulit mengenai Brunswick.

Contoh Perlindungan yang Tidak Sesuai untuk Maklumat Sulit



Sepupu seorang pekerja memulakan perniagaan dan meminta senarai pelanggan dan rakan sekerja
supaya dia boleh menghubungi mereka tentang perniagaan barunya. Pekerja memenuhi
permintaan itu.

Seorang jurutera menjual maklumat kepada pesaing tentang proprietari teknologi membentuk logam
yang telah dibangunkan oleh Syarikat.

Pengurus pemasaran sangat teruja mengenai konsep baru bot dan berkongsi maklumat bersama
keluarga dan rakan sebelum ia dipasarkan.

S&J

S Saya menerima panggilan telefon daripada bahagian Sumber Manusia syarikat lain. Dia sedang
mengendalikan projek penanda aras dan ingin mendapatkan semua data pekerja saya seperti, tarikh
permulaan kerja, jawatan dan gaji pokok. Saya tidak tahu tindakan yang perlu saya lakukan.
J Maklumat tentang pekerja kita adalah sulit dan hanya harus diberikan kepada pihak yang mempunyai
kuasa untuk mendapatkan maklumat ini. Jangan sekali-kali memberikan maklumat melainkan anda pasti
ia adalah tindakan yang sewajarnya. Dalam keadaan ini, dapatkan nasihat daripada Pejabat Sumber
Manusia dan Privasi.
Persekitaran Tempat Kerja 27

S Saya sentiasa melawat tempat lain untuk urusan kerja dan membawa komputer riba ke mana-mana
sahaja. Saya melawat pelanggan dan selepas bermesyuarat, pelanggan menjemput saya untuk
memakan malam. Adakah saya perlu membawa komputer riba saya itu ke restoran atau menyimpan
komputer riba di dalam kereta sewa saya?
J Dalam situasi ini, anda perlu membawa komputer riba bersama anda ke dalam restoran bagi memastikan
keselamatan data yang maksimum. Walaupun anda telah mengunci komputer riba di dalam kereta,
namun seseorang boleh memecah masuk dan mencuri komputer riba atau kereta itu sekali. Pilih untuk
menjadi proaktif dan prihatin terhadap maklumat sulit dengan menyimpan komputer riba di bawah
pengawasan langsung dan perlindungan anda.

S Saya telah mencipta reka bentuk bot baru untuk Brunswick yang tidak pernah digunakan. Saya akan
meninggalkan syarikat untuk memulakan perniagaan baru. Bolehkah saya menggunakan reka
bentuk itu?
J Tidak. Reka bentuk yang anda reka semasa bekerja dengan Syarikat adalah “hak intelektual” syarikat.
Apabila anda meninggalkan Brunswick, anda mesti kembalikan kesemua harta intelektual Brunswick.
Menyimpan atau menggunakan mana-mana harta sedemikian tanpa kebenaran mungkin menyalahi
undang-undang hak cipta dan Tatakelakuan.

S Saya adalah wakil jualan baru di Brunswick. Saya mempunyai senarai kos produk dan harga keutamaan
pelanggan untuk pelanggan bekas majikan saya dan saya berasa hendak menggunakannya bagi
membantu kerja saya di Brunswick. Adakah ini masalah?
J Ya. Brunswick menghormati maklumat sulit dan proprietari pesaing kita. Seperti kita melindungi
maklumat sulit kita, kita juga melindungi maklumat pesaing, pelanggan dan rakan niaga.

S Saya menjumpai dokumen mengenai gaji beberapa pekerja lain di jabatan saya. Bolehkah saya
kongsikan dengan orang lain?
J Tidak. Anda tidak mempunyai sebab perniagaan untuk memiliki maklumat ini kerana ia adalah perihal
peribadi kepada pekerja lain. Anda perlu memulangkan dengan segera dokumen ini kepada Sumber
Manusia dan jika sesuai, lupuskan mengikut dasar pengurusan rekod dan keselamatan data.

S Saya menerima e-mel daripada rakan saya yang bekerja untuk pesaing Brunswick. E-melnya
terkandung lampiran mengenai strategi promosi syarikatnya dan ditandakan “sulit”. Saya sedar
bahawa dia telah tersilap menghantar e-mel itu kepada saya, tetapi memandangkan saya mempunyai
maklumat itu, bolehkah saya menggunakannya?
J Tidak. Rakan anda tidak sengaja mendedahkan maklumat ini, dan dengan jelas ia ditandakan sulit.
Oleh itu, anda tidak boleh menggunakannya dan sama ada mengembalikannya semula atau
memusnahkannya dengan segera.

Dasar yang berkaitan

Privasi Perlindungan Maklumat Kesihatan (H.04.13)


Dasar Klasifikasi Data Kawalan (P.01.02)
Pengurusan Rekod (L.03.01)
Dokumen Garis Panduan Identiti Korporat (Komunikasi/Template dan
Panduan Gaya/Identiti Korporat Brunswick)
Persekitaran Tempat Kerja 28

Sistem Maklumat Elektronik

T eknologi maklumat elektronik memainkan peranan penting dalam cara kita


menjalankan perniagaan. Sistem maklumat elektronik Brunswick, termasuk
Internet, e-mel, telefon, mesin faks, mel suara, peranti mudah alih dan mesej
segera, disediakan untuk membantu anda dalam melakukan kerja anda dan,
oleh itu, ia harus digunakan untuk tujuan perniagaan. Penggunaan peribadi
adalah dibenarkan dengan had munasabah, dan kegunaan peribadi tidak boleh
mengganggu tugas kerja anda.
Sistem maklumat elektronik Brunswick adalah harta syarikat dan sebarang mesej yang ditulis,
dihantar, atau diterima adalah harta syarikat juga. Syarikat berhak untuk memantau penggunaan sistem
elektronik, sama ada digunakan untuk perniagaan atau peribadi, dan untuk menyekat atau memintas
kandungan, mesej atau fail, yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Pemantauan itu dilakukan
untuk menjalankan siasatan dalaman, melindungi hak undang-undang Brunswick dan memastikan pematuhan
dengan dasar dan undang-undang yang berkenaan. Dasar dan prinsip Brunswick yang digariskan dalam
Tatakelakuan turut diguna pakai untuk penggunaan sistem maklumat Syarikat dan elektronik dan sama
ada penggunaan itu adalah untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Ingati bahawa mesej elektronik temasuk
e-mel, mesej segera dan teks mesti diuruskan dengan tahap profesionalisme dan penjagaan yang sama
seperti yang anda ambil dalam mengarang surat menyurat Brunswick.
Apabila menggunakan tapak web Media Sosial untuk menyiarkan maklumat, terlibat dalam
perbincangan atau berkomunikasi tentang Syarikat, sama ada atau tidak anda menggunakan sistem syarikat,
anda mesti mendedahkan perhubungan pekerjaan anda dengan Brunswick secara jelas dan nyata. Selain
itu, maklumat yang disiarkan bagi pihak Brunswick mestilah termasuk fakta yang benar dan disahkan.
Anda tidak boleh memberikan gambaran yang salah tentang diri anda atau Brunswick.

KOTAK ALATAN

Contoh Penyalahgunaan Sistem Maklumat Elektronik Syarikat


 Seorang pekerja menghantar jenaka kepada rakannya di luar Syarikat yang bersifat menyinggung
kumpulan agama tertentu.

 Seorang pekerja menggunakan komputer syarikat untuk mengakses bahan lucah.

 Seorang pengurus pemasaran menghantar maklumat sulit pembangunan produk baru ke luar
Syarikat tanpa kebenaran yang wajar.

 Seorang penganalisis menggunakan sistem maklumat Syarikat bagi tujuan peribadi secara berlebihan,
seperti menghantar e-mel yang kerap melalui komputer kerjanya untuk mempromosikan perniagaan
berasaskan rumah.

 Seorang pekerja menggunakan tapak media sosial untuk membuat komen bersifat perkauman
yang menghina rakan sekerjanya.

 Seorang pekerja memberi komen kepujian tanpa mendedahkan nama ke atas produk Brunswick tanpa
mendedahkan bahawa dia bekerja di Brunswick.
Persekitaran Tempat Kerja 29

S&J

S Seorang ahli pasukan menghantar e-mel kepada saya yang bertanggapan stereotaip dan menghina
kaum lelaki. Saya mahu hantarkan kepada rakan di luar Syarikat yang saya tahu dia akan memikirkan
ia lucu. Bolehkah saya hantarkan e-mel ini kerana kawan saya tidak bekerja di sini?
J Tidak. Anda tidak boleh menggunakan sistem maklumat elektronik Brunswick untuk menghantar bahan
yang mungkin menyinggung kepada sesiapa di dalam atau di luar Brunswick. Menghantar bahan
sebegitu mungkin menyalahi dasar Gangguan, Tatakelakuan dan undang-undang. Anda perlu memadamkan
dengan segera e-mel itu dan memaklumkan kepada Bahagian Teknologi Maklumat bahawa anda
menerima e-mel sedemikian.

S Saya menulis blog dan saya mahu menulis mengenai produk hebat Brunswick. Adakah iini boleh
diterima?
J Jika anda mahu menulis mengenai produk syarikat, anda mesti menulis dengan jelas bahawa anda
adalah pekerja Brunswick dan anda mesti memastikan komen anda yang disiarkan itu mengandungi
hanya fakta yang betul mengenai produk kita.

Dasar yang berkaitan

Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07)


Media Sosial (H.01.05)
Carian Tempat Kerja (H.05.05)
Persekitaran Tempat Kerja 30

Melindungi Aset Syarikat

K emudahan, peralatan, bahan, hartanah, teknologi, maklumat dan jenama


kita telah diperolehi melalui kerja keras ramai orang. Kita terhutang
budi antara satu sama lain, pelanggan, pemegang saham dan rakan niaga kita
untuk melindungi harta Brunswick daripada kecurian, kerugian, pembaziran atau
kerosakan.
Lindungi aset Brunswick dan gunakannya dalam cara yang dimaksudkan. Jangan gunakan aset
Syarikat untuk kepentingan peribadi atau kepentingan orang lain, selain daripada Syarikat. Jangan
gunakan komputer atau peralatan Syarikat untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang atau
tidak beretika seperti perjudian atau pornografi. Kecurian aset Syarikat boleh mengakibatkan bukan hanya
pemecatan kerja tetapi juga pendakwaan jenayah. Penggunaan harta Brunswick yang tidak sesuai atau
menyalahi undang-undang akan menyakiti kita semua.

KOTAK ALATAN

Contoh Aset Syarikat


 Produk dan wang syarikat.

 Waktu bekerja pekerja.

 Sistem komputer dan perisian.

 Telefon.

 Mesin Fotostat.

 Kereta syarikat.

 Cap dagangan syarikat.

S&J

S Saya mempunyai perniagaan kecil yang membuat kad jemputan perkahwinan dan saya mereka kad
jemputan untuk rakan sekerja. Bolehkah saya gunakan komputer syarikat bagi tujuan itu, jika ia hanya
mengambil masa beberapa hari?
J Tidak. Penggunaan ini adalah lebih daripada had kegunaan peribadi sampingan yang dibenarkan oleh
dasar Brunswick.

S Pengurus saya telah meminta saya untuk membantu menguruskan keperluan peribadinya ketika
waktu bekerja Syarikat,: seperti mengambil cucian kering dan membeli-belah untuk hadiah peribadi.
Adakah ini masalah?
J Ya, pengurus anda telah menyalahgunakan waktu kerja anda, yang merupakan aset Syarikat. Anda perlu
melaporkan kejadian itu seperti yang dinyatakan dalam Tatakelakuan, supaya ia boleh diselesaikan.

Dasar yang berkaitan

Komunikasi Elektronik dan Penggunaan Internet (E.02.07)


Media Sosial (H.01.05)
Persekitaran Tempat Kerja 31

Aktiviti Politik

B runswick menghormati hak anda untuk menyertai aktiviti politik mewakili


pihak anda sendiri atau mana-mana pihak atau calon yang anda pilih,
tetapi meminta anda mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti politik di
tempat kerja. “Aktitivi politik,” untuk tujuan dasar ini, bermaksud aktiviti yang
tidak berkaitan secara langsung dengan isu pekerjaan yang dikenal pasti secara
spesifik.
Anda mesti berhati-hati supaya tidak menggunakan nama, harta atau sumber Brunswick yang lain
untuk menyokong aktiviti politik peribadi anda, dan anda perlu menggunakan budi bicara dalam
membincangkan pandangan politik peribadi anda dengan hubungan perniagaan pihak ketiga. Pekerja tidak
dibayar balik oleh Syarikat untuk sumbangan politik peribadi, dan pampasan pekerja tidak akan ditambah
atau diselaraskan untuk mencerminkan sumbangan politik yang dilakukan. Anda digalakkan untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti politik dan sivik dengan syarat aktiviti dilakukan selepas waktu bekerja dalam
masa anda sendiri dan atas perbelanjaan anda sendiri, dan mematuhi undang-undang yang berkenaan. Anda
tidak boleh mencadangkan atau mengatakan bahawa sumbangan masa, sumber atau wang anda adalah
daripada atau disahkan oleh Brunswick. Anda tidak akan dihukum atau diutamakan kerana membuat atau
tidak membuat sumbangan peribadi.

KOTAK ALATAN

Contoh Aktiviti Politik yang Tidak Sesuai di Tempat Kerja


 Seorang pengurus meminta pekerja di jabatan beliau untuk membeli tiket untuk kutipan pendermaan
politik bagi calon yang disokong oleh pelanggan utama.

 Di tempat letak kereta syarikat selepas waktu bekerja, seorang sekutu kilang mengedarkan risalah
calon yang bertanding untuk jawatan politik.

 Seorang pengurus menghantar e-mel dari komputer pejabatnya kepada rakan beliau untuk menggesa
mereka supaya mengundi calon yang disokongnya.

S&J

S Kawan saya sedang bertanding untuk jawatan politik, dan saya ingin membantu dalam kempen
tersebut. Adakah ini dibenarkan?
J Ya. Aktiviti politik peribadi anda adalah hak anda. Anda hanya perlu memastikan bahawa anda tidak
menggunakan sumber syarikat, termasuk waktu bekerja syarikat, e-mel atau nama Syarikat,
untuk memajukan kempen.

S Isteri saya sedang bertanding untuk wakil negeri. Bolehkah saya menggunakan komputer Brunswick
dan mesin fotostat untuk membuat risalah dan poster untuk isteri saya?
J Tidak. Anda tidak boleh menggunakan sumber syarikat untuk menyokong aktiviti politik peribadi.
Persekitaran Tempat Kerja 32

S Pengurus saya sangat lantang tentang kepercayaan politiknya yang sangat jauh berbeza daripada
saya. Kadang kala dia juga membuat komen mengenai kaum, agama atau negara asal calon
bertanding, yang menyinggung saya. Bolehkah dia menafikan kenaikan pangkat atau gaji, atau
memecat saya, kerana saya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai politik?
J Tidak, pengurus anda tidak boleh mengambil tindakan terhadap pekerja yang mempunyai kepercayaan
politik yang berbeza. Selain itu, jika kelakuan beliau mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan,
mengancam atau berbahaya di bawah Dasar Gangguan Syarikat, anda mempunyai kewajipan untuk
melaporkannya supaya ia boleh disiasat mengikut kesesuaian.

Dasar yang berkaitan

Gangguan (H.01.02)
33

PROSEDUR PELAPORAN
Jika anda mengetahui pelanggaran Tatakelakuan atau mana-mana dasar Brunswick, anda mesti melaporkannya
dengan segera menggunakan salah satu kaedah berikut. Laporan boleh dibuat dengan tanpa mendedahkan
nama dan penterjemah disediakan untuk Talian Etika bebas tol. Laporan akan dirahsiakan bagi memastikan
penyiasatan dijalankan dengan adil dan menyeluruh secara konsisten.


Memaklumkan penyelia anda;


Menghubungi Kaunselor Etika di lokasi anda (secara peribadi, melalui telefon, melalui surat atau melalui
e-mel);


Menghubungi Talian Etika bebas tol A.S. (877.684.5252) atau Talian Etika bebas tol antarabangsa
(nombor yang disenaraikan di bahagian akhir Tatakelakuan);


Menggunakan proses berasaskan web: www.bcethics.com
–atau–
pekerja yang bertempat di EU menggunakan proses berasaskan web di: https://bcethicseu.alertline.com ;


Menghubungi Pejabat Etika secara peribadi, melalui mel (1 N. Field Court, Lake Forest, IL 60045), telefon
(847.735.4318), e-mel (ethics.advisory@brunswick.com) atau faks (847.735.4388); atau


Menghantar surat kepada Peguam Am Syarikat.

Talian Etika dikendalikan oleh syarikat luar dan tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Anda
boleh membuat laporan dengan tanpa mendedahkan nama jika anda mahu, walaupun kerahsiaan nama boleh
membataskan keupayaan kami untuk menyiasat kebimbangan anda dengan lebih efektif. Brunswick akan
segera menyiasat laporan mengikut kesesuaian, dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita semua
mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi sebarang penyiasatan dan berkongsi maklumat secara terbuka
dan jujur. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk berkomunikasi kembali kepada anda sebaik sahaja
siasatan telah selesai.

TOLERANSI SIFAR TERHADAP TINDAKAN BALAS


Jika anda membuat laporan dengan niat baik, menggunakan mana-mana prosedur yang dinyatakan dalam
Tatakelakuan, anda tidak akan dikenakan tindakan balas kerana berbuat demikian. Mana-mana pekerja
yang bertindak balas kerana laporan sedemikian, atau yang mengganggu penyiasatan berdasarkan laporan
sedemikian, akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk penamatan kerja. Jika anda percaya
bahawa seseorang telah bertindak balas terhadap anda, segera membuat laporan dengan menggunakan salah
satu daripada kaedah yang diterangkan di atas.
Tindakan membuat tuduhan palsu secara sengaja, berbohong kepada penyiasat atau enggan
bekerjasama dengan penyiasatan adalah pelanggaran terhadap Tatakelakuan. Membuat laporan dengan
“niat baik” tidak bermakna anda adalah betul apabila anda mengetengahkan kebimbangan; ia hanya bermakna
anda mempunyai niat yang baik atas kepercayaan anda bahawa wujudnya pelanggaran itu, yang mungkin
atau sudah berlaku dan anda adalah benar ketika anda membuat laporan.
34

KOTAK ALATAN

S&J

S Adakah kerjaya saya akan terjejas jika saya membuat laporan?


J Tidak. Pengurusan Brunswick komited untuk mengekalkan persekitaran terbuka yang menggalakkan
isu-isu pematuhan dan etika boleh dibangkitkan dengan niat baik tanpa akibat negatif terhadap pelapor
kerana membuat laporan itu. Brunswick akan memberi respons kepada semua kes tindakan balas yang
dilaporkan dan mengambil tindakan segera. Kelakuan tindakan balas oleh mana-mana pekerja tidak
akan diterima.

S Saya melihat situasi yang saya mengesyaki tindakan itu melanggar Tatakelakuan. Adakah saya perlu
melaporkannya, walaupun saya tidak benar-benar pasti tindakan itu bermasalah?
J Ya, anda bertanggungjawab untuk melaporkan dengan segera kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan.
Laporan anda akan diambil secara serius dan disiasat mengikut kesesuaian. Melaporkan syak wasangka
yang akhirnya didapati isu tidak wujud adalah tindakan yang lebih baik daripada mengabaikan
kemungkinan pelanggaran terhadap undang-undang atau dasar Syarikat.

S Apakah yang akan berlaku jika seseorang membuat laporan dengan niat jahat untuk menyebabkan
saya menghadapi masalah?
J Semua siasatan akan dikendalikan secara profesional dan objektif. Sengaja membuat laporan dengan
“niat jahat” adalah pelanggaran yang serius dan boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga
dan termasuk penamatan kerja.

Dasar yang berkaitan

Prosedur untuk Pemprosesan Perakaunan. dan Aduan Perkara Kewangan (E.02.01)


Dasar Pemberi Maklumat (E.02.03)
Dasar Gangguan (H.01.02)
35

Pengakuan:
Komitmen Peribadi Anda untuk Membuat Pilihan Tepat

Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan memahami maklumat


dalam Tatakelakuan Brunswick Corporation dan bersetuju untuk mengikuti
Tatakelakuan dan dasar Brunswick yang lain.

Nama Pekerja Tarikh

Tandatangan Pekerja Tarikh


36

ETHICS TOLL-FREE HELP LINE NUMBERS

AT&T AT&T
COUNTRY SERVICE ACCESS CODE HELP LINE COUNTRY SERVICE ACCESS CODE HELP LINE

Australia Optus 1.800.551.155 800.556.2803 Mexico 01.800.288.2872 888.802.9416


Telstra 1.800.881.01 1 Alternative 01.800.462.4240
Por Cobrar 01.800.1 12.2020
Belgium 0.800.100.10 888.507.5629 Espanol

Nertherlands 0800.022.91 1 1 888.802.9418


Brazil 0800.890.0288 888.649.901 1
or
0800.8888.288
New Zealand 000.91 1 800.721.0942

Canada —— 877.684.5252
Norway 800.190.1 1 888.802.9432

China Beijing 108.888 888.649.9014


vicinity
Poland —— 0.0.800.1 1 1.1717
Shanghai 108.1 1
vicinity

Denmark 8001.0010 888.649.9026 Portugal 800.800.128 800.569.9578

France 0800.99.001 1 888.649.9047 Russia 8^ 10.800.1 10.101 1 888.802.9441


or Moscow 363.2400
0805.701.288
Outside 8^ 495.363.2400
Moscow
Germany 0.800.2255.288 888.649.9048
St. 363.2400
Petersburg

Hong Kong Hong Kong 800.96.1 1 1 1 888.649.9054 Outside St. 8^ 812.363.2400


Telephone Petersburg

New World 800.93.2266 Singapore Sing Tel 800.01 1 1.1 1 1 888.802.9451


Telephone
StarHub 80.0001.0001
Hungary 06.800.01 1 1 1 888.649.9057
Sweden 020.799.1 1 1 888.802.9454

Italy 800.172.444 888.649.9058


Switzerland 0.800.89001 1 888.802.9458

Japan KDDI 00.539.1 1 1 888.649.9059


Thailand 1.800.0001.33 888.802.9459
NTT 0034.81 1.001 or
Softbank 00.663.51 1 1 001.999.1 1 1.1 1
Telecom
United BT 0800.89.001 1 800.569.9578
Korea DACOM 0030.91 1 888.649.9062 Kingdom
C&W 0500.89.001 1
DACOM US 550.2872
Military
United —— 877.684.5252
Korea 0072.91 1
Telecom States

Korea 550.4663
Telecom
US Military
ONSE 0036.91 1

Anda mungkin juga menyukai