Anda di halaman 1dari 23

Hamizi Hamdan

SEKOLAH TAK AJAR

1
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Kandungan
Prakata 3
Penulis 4
Gaji Tidak Berkadar Terus Dengan CGPA 5
Majikan Tidak Bayar Gaji Lebih Kerana Anda
Ada Lebih Banyak Sijil (Ijazah) 6
Sangat Jarang Orang Kaya Makan Gaji 7
Ijazah Adalah Perangkap 8
Kelemahan Orang Ada Ijazah Yang Menghalang Bisnes 9
Belajar Fokus 10
Kejayaan Tidak Datang Bergolek 11
Orang Gila Itu Banyak 12
Melabur Untuk Memandaikan Diri 13
Ubah Persekitaran Jika Mahu Berubah 14
Hilang Kawan 15
Datang Senang Selepas Susah 16
Tinggalkan Perkara Yang Negatif 17
Recharge (Caj Semula) 18
Bagi Lebih Banyak Dapat Lebih Banyak 19
Getaran Halangan 20
Akhir Kata 21

2
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Prakata
E-book Sekolah Tak Ajar ini adalah e-book kedua oleh penulis berdasarkan
kompilasi post-post yang pernah ditulis di dalam blog yang bertajuk sama
yang telah dipadamkan.

Kandungan e-book ini banyak berkisar perkara-perkara yang penulis belajar


melalui pengalaman hidup apabila menghadapi cabaran paling getir pada
tahun 2010 sehinggalah kehidupan kembali selesa sekarang.

Di atas kesedaran untuk membantu ramai orang yang menghadapi masalah


yang bertimpa-timpa, tetapi buntu memikirkan jalan penyelesaiannya maka
penulis berusaha mengeluarkan e-book ini.

Diharap sedikit ilmu yang disampaikan di sini dapat membantu para


pembaca dalam mengendurkan kekusutan hidup.

3
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Penulis

Hamizi Hamdan, berumur 38 tahun adalah seorang Perunding Hartanah


Berdaftar dengan PropLand Consultancy (Shah Alam). Berpengalaman
selama 7 tahun dalam industri hartanah dan pernah menguruskan Agensi
Hartanah Berdaftar sebelum bersama PropLand Consultancy.

Selain itu Hamizi juga aktif berblog dan menulis di website dan Facebook Page
HamiziHamdan.com berkaitan industri hartanah.

4
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Gaji Tidak Berkadar Terus Dengan CGPA


Semasa belajar kita terlalu idealistik. Kita sangka semakin hebat gred CGPA
kita maka semakin tinggi gaji kita boleh dapat. Itu tidak benar dan hanya
khayalan semata-mata.
Gaji pekerja tidak berkadar terus dengan CGPA. Gaji pekerja berkadar terus
dengan berapa banyak duit dia boleh bawa masuk ke poket majikannya.

Lebih banyak duit kita buat untuk majikan, maka lebih banyak lagi gaji kita
majikan sanggup bayar. Otak dan CGPA adalah dua perkara berbeza.

5
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Majikan Tidak Bayar Gaji Lebih Kerana Anda Ada Lebih


Banyak Sijil (Ijazah)
Sesetengah kita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan
harapan akan diberikan gaji yang tinggi kerana sijil tambahan yang kita ada.
Itu juga adalah sangkaan yang salah.

Majikan tidak teruja dengan kelayakan akademik kita semata-mata. Majikan


lebih terpikat dengan kemampuan kita meningkatkan nilai bisnes mereka.
Semakin bijak kita membantu meningkatkan pendapatan majikan, semakin
tinggi juga nilai kita di mata mereka.

Mungkin kerana sijil tambahan tadi kita ada sedikit kelebihan di atas kertas di
permulaan pekerjaan tetapi akhirnya kecerdasan otak kita juga yang akan
meletakkan kita di kedudukan yang sesuai. Jadi kepada yang banyak sijil
jangan terlalu selesa dan kepada yang tidak banyak sijil tidak perlu bersedih,
otak anda yang majikan pentingkan.

6
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Sangat Jarang Orang Kaya Makan Gaji


Jika dihimpunkan majoriti orang yang kaya-raya, sangat sukar untuk dijumpai
mereka itu bekerja makan gaji. Mungkin ada, tetapi sangat sedikit.
Ia jadi lebih jarang berlaku di Malaysia. Kalau ada pun di Malaysia, tidak lama
lagi akan ditangkap oleh SPRM.
Kebanyakan orang yang menjadi kaya kerana bisnes menyedari lama dahulu
bahawa mereka tidak akan mampu jadi kaya-raya jika berterusan bekerja
untuk orang lain (makan gaji).

7
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Ijazah Adalah Perangkap


Lebih banyak ijazah yang kita ada akan menjadikan kita sukar melepaskan
kerja (dengan bayaran gaji semasa) untuk memulakan bisnes. Kita jadi sangat
penakut untuk mengambil risiko.

Jikalaupun kita masih ada minat untuk bisnes, kita hanya sanggup buat secara
sambilan. Cubaan membuat bisnes sambil bekerja (sambilan) selalunya
gagal. Duit modal selalu habis begitu sahaja.

Kegagalan bisnes sambilan ini berpunca oleh komitmen masa terhadap kerja
makan gaji yang terlalu banyak, mentaliti makan gaji dibawa ke bisnes serta
kerana tidak boleh menunjukkan (memasarkan) bisnes secara terus-terang
kerana takut diambil tindakan oleh majikan.

Walau telah diketahui 3 punca kegagalan bisnes sambilan itu, masih kita tidak
berani berhenti kerja untuk fokus berbisnes.

Berdasarkan pemerhatian, mereka yang berijazah ini akan terpaksa berani


berbisnes sepenuh masa apabila mereka dibuang kerja (diberhentikan kerja
oleh majikan). Kalau hendak harap kerelaan sendiri memang susah berlaku.

8
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Kelemahan Orang Ada Ijazah Yang Menghalang Bisnes


Ini adalah kelemahan biasa orang yang ada ijazah bila kita berbisnes. Kita
mempunyai perasaan yang kita manusia paling pandai dalam dunia.

Jarang sangat kita ingin mendengar pendapat orang lain, tetapi kita suka
memberi pendapat tanpa diminta. Sebagai permulaan, jikalau pun kita
sangat pandai dalam hal-hal tertentu, tetapi dalam hal bisnes ada skil yang
kita kena pandai iaitu skil zip mulut (diam). Bisnes melibatkan 80% kerja-kerja
PR (public relation). Tidak perlu menunjuk pandai tetapi perlu orang suka
kepada kita.

Ego orang pandai ini sukar hendak dibuang. Selalunya hanya boleh dibuang
jika kita jumpa orang lebih pandai daripada kita. Tetapi bila kita memilih untuk
bisnes belajarlah untuk buang ego.

9
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Belajar Fokus
Ada orang sangat rencam. Semua benda hendak dibuat dalam satu masa.
Tidak dinafikan ada orang yang mampu berbuat demikian tetapi ia hanya
sebilangan kecil.

Bila kita sudah tekad hendak buat satu perkara, abaikan ajakan peluang
untuk perkara lain. Sebagai contoh jika kita bertekad hendak jadi Perunding
Hartanah, jangan pula kita hendak jadi Ejen Insurans dan Ejen Saham Amanah
serentak misalnya kerana kita fikir kita boleh jual 3 produk sekaligus dalam satu
perjumpaan.

Buatlah satu-persatu sehingga berjaya. Jangan kelam-kabut dan akhirnya


semua tidak jadi. Ada sebab orang tua-tua buat pepatah yang dikejar tidak
dapat, yang dikendong keciciran.

Cara untuk fokus adalah dengan berani mengatakan TIDAK bila kawan-
kawan mengajak buat perkara lain sedang kita mengusahakan sesuatu kerja
atau bisnes. Bersikap opportunis bukanlah pilihan buat ketika ini.

10
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Kejayaan Tidak Datang Bergolek


Ubahlah mentaliti subsidi. Belajar macam mana orang Cina mengajar anak-
anak mereka, jangan bergantung kepada kerajaan dan jangan bergantung
kepada manusia lain, kita kena usaha sendiri.

Kejayaan itu datang dari keringat dan air mata. Kita nampak orang berjaya
itu senang kerana kita tidak pernah membaca kisah semasa mereka susah
dahulu.

Kalaulah menjadi senang itu senang, maka ramai orang sudah kaya-raya di
dunia ini. Ingat perkataan ini, Jalan menuju kejayaan itu dull and dry. Tidak
seronok. Kerana itu ramai yang tidak mahu melaluinya dan kekal susah.

Bila kita ada minda yang percaya kejayaan hanya dating dengan usaha
keras maka kita tidak mudah untuk mengalah apabila dilanda cabaran dan
dugaan. Kita tahu bahawa kita sedang on the way.

11
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Orang Gila Itu Banyak


Banyak orang mahu memperbaiki taraf hidup supaya lebih baik, tetapi hanya
segelintir sahaja yang berjaya berbuat demikian. Banyak yang kecundang
kerana mereka masih membuat perkara yang mereka biasa buat berulang-
ulang kali.

Perkara yang luar biasa boleh berlaku apabila kita melakukan perkara di luar
kebiasaan kita. Hanya orang gila yang masih buat perkara yang sama
berulang kali dan berharap hasil yang berbeza setiap kali.

Keluarlah daripada zon selesa kita dan buatlah sesuatu yang luar kebiasaan
kita setiap hari, kerana keajaiban hanya berlaku apabila kita berada di luar
zon selesa.

12
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Melabur Untuk Memandaikan Diri


Sebelum kita hendak buat macam-macam perkara yang luar biasa,
lengkapkan lah diri ilmu pengetahuan. Jangan berhabis duit memulakan
sesuatu bisnes misalnya, tanpa pergi belajar dahulu.

Tidak semestinya kita perlu pergi kelas yang mahal-mahal. Sentiasa ada kelas-
kelas yang murah. Tujuan pergi belajar adalah untuk memandaikan diri dan
mengelak dari ditipu kerana newbie selalu mudah tertipu.

Sentiasa lah sedar diri bahawa kita ini newbie (mangsa mudah) yang
ditunggu-tunggu pemangsa (penipu).

13
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Ubah Persekitaran Jika Mahu Berubah


Keinginan ingin berubah sahaja mungkin sekali tidak mencukupi untuk kita.
Persekitaran kita juga harus menyokong kita untuk berubah. Faktor-faktor
persekitaran yang kita perlu ubah adalah:
i. tempat tinggal
ii. tempat kerja
iii. kawan-kawan

Ada lain faktor-faktor kita tidak boleh hendak ubah, tetapi kita kena
menguruskannya dengan baik, iaitu:
i. keluarga yang tidak menyokong
ii. saudara-mara yang tidak menyokong

Di saat kita ingin bergerak ke hadapan, memang banyak yang cuba menarik
kita ke belakang. Akhirnya keputusan di tangan kita, adakah kita ini ada hati
untuk berubah?

14
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Hilang Kawan
Harga yang perlu dibayar bila hendak berjaya adalah kehilangan kawan-
kawan baik. Di saat kita sedang berusaha berubah, kita akan kehilangan
kawan-kawan. Tiba-tiba sahaja kawan-kawan kita rasa kita adalah orang
yang berlainan.

Jangan bersedih. Bila kita naik satu lagi level, Tuhan akan menggantikan
kawan-kawan yang akan menyokong kita. Itu semua hanyalah satu proses.

15
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Datang Senang Selepas Susah


Bersusah-susahlah dahulu senangnya akan datang di kemudian hari. Jika kita
melakukan sebaliknya, nescaya jauh lagi perjalanan kita. Jika dahulu kita tidur
mesti 8 jam sehari, sekarang kurangkan lagi waktu tidur dan lebihkan masa
untuk bekerja. Jika dahulu kita berehat dua hari seminggu, kurangkan lah jadi
sehari seminggu.

Pada awal bisnes kena work hard. Bagi bisnes start-up, banyak kerja kita
kena buat sendiri. Kita belum ada kemewahan untuk menggajikan ramai
pekerja untuk membantu kita.

16
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Tinggalkan Perkara Yang Negatif


Sangat sukar nak kekal positif, tapi sangat mudah nak jadi negatif. Perkara-
perkara negatif ini mudah sahaja menarik kita ke arah negatif dan kita akan
mengambil masa yang lama untuk pulihkan tenaga positif tadi. Itu sebabnya
lebih baik elakkan diri daripada sumber negatif yang mampu mengganggu
emosi dan tenaga positif kita.

Cara-cara untuk mengekalkan tenaga positif kita adalah dengan:


i. menjauhkan diri kita daripada mereka yang negatif tetapi jika kita tak
boleh elak, jangan respon atau bertindak-balas terhadap mereka
ii. bergaul dengan mereka yang positif
iii. bercampur dengan orang bisnes kerana mereka sentiasa kurang
bercerita hal orang lebih kepada cerita peluang bisnes
iv. kurangkan menonton cerita Melayu yang meleret-leret (meleleh-leleh)
v. berhenti membaca tabloid yang penuh dengan cerita seks, jenayah
melampau, kemalangan melampau dan seumpamanya
vi. berhenti complaint dan buat sesuatu
vii. mengisi masa lapang dengan benda berfaedah
viii. tidak melayan perasan yang entah apa-apa kerana ini bermakna kita
mensia-siakan masa
ix. support pasangan masing-masing yang dah mula hendak negatif
x. jangan terlibat dengan perbalahan politik jika tak pandai mengurus
emosi

Bukan mudah hendak kekal positif. Jadi bila dah positif jangan sia-siakan
dengan bergaul dengan sumber negatif.

17
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Recharge (Caj Semula)


Kita ini manusia dan bukan robot, walau bagaimana positif kita sekalipun,
akhirnya kita akan kepenatan dan keletihan. Adalah dicadangkan untuk kita
bercuti setiap 3 bulan dan destinasi yang sesuai adalah di tepi pantai atau
tempat yang aman damai.

18
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Bagi Lebih Banyak Dapat Lebih Banyak


Kita pasti pernah dengar kenyataan dalam bahasa Inggeris more you give,
more you get. Ini adalah kunci paling penting jika kita hendak berjaya.

Kita perlu banyak membantu orang lain jika kita ingin berjaya. Selagi kita masih
mementingkan hanya diri kita sendiri, maka kita akan gagal mencapai
kejayaan.

Dalam bisnes, perkataan membantu menyelesaikan masalah orang lain


adalah jawapan kepada kejayaan atau kegagalan bisnes kita. Adakah
bisnes kita membantu banyak orang? Itu persoalan yang kita harus tanya
pada diri sendiri. Lagi banyak orang mendapat manfaat daripada bisnes kita
maka makin hebatlah pulangan bisnes kita.

19
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Getaran Halangan
Apabila kita telah melakukan pelbagai perkara dengan betul langkah demi
langkah tetapi masih tidak berjaya atau pun menjadi semakin teruk, mungkin
terdapat halangan yang tidak terlihat pada mata kasar kita.

Halangan yang dimaksudkan adalah halangan daripada ibubapa kita dan


bagi wanita mungkin juga suami sendiri. Mereka bukanlah kelihatan
membantah kita, tetapi mereka mungkin berkecil hati tanpa kita sedari.

Adalah baik jika kita cuba bertanya mereka sendiri apakah yang membuat
mereka berkecil hati, minta maaf dan berilah komitmen kita untuk
memperbaikinya.

Jika ini belum dibuat, jangan cuba untuk membuat pelaburan bisnes yang
besar. Ia sangat merbahaya.

20
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Akhir Kata
Terima kasih kerana telah membaca e-book ini sehingga akhir. Diharap apa
yang ditulis di dalam e-book ini walaupun ringkas dapat memberi manfaat
kepada para pembaca sekalian. Semoga anda semua berjaya menjadi
orang yang hebat.

21
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

AKAN DATANG! Buku fizikal pertama hasil tulisan Hamizi Hamdan dan Dr. Mona
Isa dari UiTM Shah Alam yang bertajuk Membeli Rumah Semudah ABC
diterbitkan oleh Trueweallth.

Buku ini sangat padat dengan maklumat untuk pembeli rumah gabungan
teori dan praktikal. InshaAllah bakal menjadi hits. Nantikan kemunculannya
sekitar Disember 2016 nanti.

22
Hamizi Hamdan
SEKOLAH TAK AJAR

Anda boleh download e-book pertama hasil tulisan Hamizi Hamdan yang
bertajuk Bijak Hartanah Street Smart Edisi Pembeli Rumah secara PERCUMA
di website www.HamiziHamdan.com

E-book ini memberikan tips-tips ringkas kepada pembeli rumah berdasarkan


pengalaman sebagai Perunding Hartanah dan juga sebagai pembeli rumah
sendiri.

23

Anda mungkin juga menyukai