Anda di halaman 1dari 40

Penafian

E-book ini dihasilkan untuk memberi panduan secara


umum

kepada

merujuk

pembaca.

kepada

Pembaca

penasihat

atau

disarankan
pengamal

professional untuk sesuatu hasil yang bersifat khusus


kepada diri anda.
Tiada jaminan diperakukan bahawa maklumat yang
terkandung dalam e-book ini adalah tepat dan
lengkap.

Pengarang

secara

khususnya

tidak

bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,


liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan
naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Tips yang dinyatakan dalam naskah ini mungkin tidak


sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
Hak Cipta Terpelihara 2014 Dr A. Jamil

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua
cara

sama

mekanik,

ada

rakaman

secara
atau

elektronik,

fotokopi,

lain-lain

sebelum

mendapat izin daripada penulis.

Isi Kandungan
Penafian
Kata Pengantar
Pendahuluan
Susahkah menyimpan wang?
Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh membuat simpanan wang
secara konsisten?
7+1 Tips/ Helah menyimpan wang
TIPS 1
Buat bayaran ke dalam akaun simpanan secara berjadual melalui arahan
tetap (standing instruction).
TIPS 2
Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung transparent.
TIPS 3
Gandakan wang simpanan bila ada peluang
TIPS 4
Sistem 6 jars
Jar 1 = FFA - Financial Freedom account
Jar 2 = NEC Necessities (keperluan hidup)
Jar 3 = EDU Education (pendidikan)
Jar 4 = LTSS Long term saving for spending (perbelanjaan jangka
masa panjang)
Jar 5 = Give (memberi derma)
Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)
TIPS 5
Teruskan tabiat membuat bayaran
TIPS 6
Sukakan angka yang besar
TIPS 7
Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja
TIPS 8
Masih tidak boleh menyimpan?
Penutup

Kata Pengantar
Begitu pentingkah menyimpan wang?
Jawapan yang satu dunia tahu ialah Ya!!
Tetapi

betapa

sukarnya

slogan

menyimpan/

menabung wang untuk dilakukan.


Menurut pepatah yang popular, Put aside some
money for rainy days. Simpan wang untuk masamasa yang tidak dijangka. Wang simpanan amat
penting untuk masa hadapan anda dan keluarga. Ia
boleh digunakan untuk pelaburan, saat kecemasan,
perubatan,

kegunaan

pendidikan

anak-anak,

melancong, membeli rumah yang lebih selesa dan


kenderaan yang lebih baik serta untuk kegunaan
masa tua kelak.

Maka,

dalam

e-book

ini,

saya

berkongsi

pengalaman tentang penyimpanan wang yang


diperolehi

melalui

pembacaan,

pengalaman

peribadi serta pengalaman rakan-rakan. Panduan


ini

adalah

panduan

praktikal

yang

terbukti

berkesan kepada yang telah mengaplikasikannya


(termasuk saya sendiri).
Semoga Tuhan memberkati kalian yang tidak
berhenti mencari ilmu yang bermanfaat.
Selamat berjaya!

Dr A. Jamil (PhD)
Kinning Park,
Glasgow, Scotland, United Kingdom.

Pendahuluan
Susahkah menyimpan wang?

Terdapat

variasi

Sekelompok
daripada

jawapan

manusia

gaji

boleh

bulanannya

untuk

soalan

menyimpan
untuk

ini.
10%

simpanan.

Sekelompok lagi manusia mampu menyimpan


hingga 50-75% daripada gaji bulanannya.

Malangnya, sekelompok besar manusia gagal


menyimpan

wang

secara

konsisten.

Jika

menyimpan pun, wang tersebut akan digunakan


beberapa bulan selepas disimpan dalam bank atas
alasan yang bukan kecemasan, contohnya untuk
membuat persiapan hari raya dan sebagainya.
7

Kelemahan

manusia

dalam

memupuk

tabiat

menyimpan wang adalah akibat kesilapan cara


manusia berfikir. Berikut adalah antara cetusan
hati manusia tentang menyimpan wang:
(1) Aku dapat simpan RM100 sahaja sebulan,
berapa sangatlah yang boleh aku kumpul.
Lebih baik aku gunakan sahaja wang ini.
Kesilapan: Beliau tidak menyedari selepas 5
tahun,

jumlah

simpanannya

boleh

mencecah RM6000 tidak termasuk dividen.


(2) Bermula bulan ini, aku akan buat simpanan
wang

sebanyak

RM2000

sebulan.

Aku

makan mee segera sahajalah. (Selepas 3


bulan, RM6000 terpaksa dikeluarkan dari
bank untuk menanggung kos rawatan di
8

hospital dan terpaksa pula mengambil cuti


tanpa gaji).
Kesilapan: Jumlah simpanan yang tidak
realistik dengan keperluan hidup.
p/s: Untuk kesejahteraan hidup, anda boleh
memotong perbelanjaan yang lain seperti
pakaian, perhiasan dan hiburan. Tetapi
bukan

mengurangkan

kos

membeli

makanan berkhasiat. Ingat, kesihatan tubuh


badan dan otak adalah aset utama manusia
untuk mencari rezeki.
(3) Wow, cantiknya sport rim kereta dia. Boleh
gunakan wang simpanan yang ada untuk
tukar sport rim kereta aku, rasanya cukup tu
(mula mencongak jumlah simpanan yang
ada).
9

Kesilapan: menggunakan wang simpanan


untuk

memenuhi

keinginan,

bukan

keperluan.

10

Apa yang difikirkan oleh manusia yang boleh


membuat simpanan wang secara konsisten?

Golongan yang boleh membuat simpanan secara


konsisten sebenarnya mempunyai cara berfikir
yang berbeza. Sesetengah mereka sememangnya
mempunyai

tabiat

berdisiplin,

patuh

dan

sayangkan wang yang telah diusahakn dengan titik


peluh sendiri.

Golongan yang boleh menyimpan 10% daripada


jumlah pendapatan bulanan, mempunyai satu
fikiran normal iaitu, Oh, apa salahnya menyimpan
10% sahaja kerana saya boleh gunakan lebihan
90% wang untuk kegunaan yang lain!.

11

Golongan yang berjaya menyimpan 50-75% jumlah


pendapatan bulanan pula mempunyai fikiran yang
bijak dan berdisiplin. Mereka bijak mendidik diri
dan

bijak

menguruskan

wang,

walaupun

pendapatan mereka tidak tinggi. Golongan ini


mempunyai motivasi tinggi untuk mencapai citacitanya seperti untuk pelaburan, membeli aset,
menyambung pengajian, untuk perniagaan dan
sebagainya.

Malangnya,

masih

ramai

gagal

menyimpan

walaupun 10% dari hasil pendapatan bulanan


secara konsisten. Ya, secara konsisten, bukan
berselang-selang bulan mengikut kesukaan hati.

12

7+1 Tips/ Helah menyimpan wang

Maka, untuk membantu anda menyimpan wang


secara konsisten, saya akan senaraikan 7 tips
memberi helah kepada minda anda tentang
menyimpan

wang.

Jika

anda

masih

gagal

menyimpan wang dengan 7 helah tadi, ada 1 lagi


helah tambahan yang boleh dilakukan.

Hasilnya, anda akan menyimpan wang secara


konsisten

tanpa

perlu

memerah

orak

atau

bersusah payah. Kini, anda boleh menyimpan wang


(10-75% daripada jumlah pendapatan) secara
konsisten

sambil

tersenyum.

Lebih

banyak

disimpan, lebih bagus, asalkan ia realistik!

13

TIPS 1
Buat bayaran ke dalam akaun simpanan
secara berjadual melalui arahan tetap
(standing instruction).

Katakanlah gaji anda ialah RM2500 sebulan. Anda


menerima gaji pada setiap 20 haribulan. Anda
boleh

membuat

standing

instruction

supaya

RM250 (10% daripada RM2500) ditolak daripada


akaun anda pada setiap 21 haribulan untuk
dimasukkan ke dalam akaun simpanan pilihan
anda. Anda boleh membuat standing instruction
sendiri (secara online), melalui panggilan telefon
kepada pihak bank, atau pergi ke kaunter bank
untuk mendapatkan bantuan membuat standing
instruction dari pegawai di sana.
14

Anda boleh membuat standing instruction secara


interbank (antara bank atau dua bank berbeza).
Sesetengah bank meletakkan caj untuk tujuan
standing instruction interbank. Namun, caj ini tidak
mahal iaitu antara RM2-RM5 bergantung kepada
jenis bank.

Ia amat berbaloi kerana simpanan wang dilakukan


secara automatik. Anda pasti tidak akan terkenang
RM250 yang disimpan itu.

15

TIPS 2
Kumpul semua duit syiling dalam satu tabung
transparent.

Minta pasangan dan anak-anak mengisi duit


syiling (lebihan berbelanja) dalam tabung yang
diletak di kawasan yang mudah dilihat, contohnya
di sebelah televisyen dan sebagainya.

Beritahu anak-anak, apabila tabung itu penuh,


isinya akan dimasukkan dalam akaun simpanan
mereka. Anda juga boleh mengasingkan tabung
anak-anak

dengan

melabel

setiap

tabung

mengikut nama mereka. Sebaiknya, tabung itu


transparent, supaya isinya boleh dilihat. Ini akan
16

memberi

motivasi

kepada

anak-anak

untuk

menyimpan wang. Anda juga perlu mempunyai


tabung transparent ini. Anda/anak-anak akan
berasa bangga melihat tabung itu berisi penuh
dengan wang, walaupun duit syiling!

p/s: tabung transparent ini boleh berupa bekas


Tupperware atau jar. Tidak perlu membeli tabung
yang mahal.

17

TIPS 3
Gandakan wang simpanan bila ada peluang

Tahukah anda mengapa kebanyakan manusia


berada

dalam

bebanan

hutang

(yang

tidak

berkesudahan)?
Mengapa manusia gagal menyimpan wang, apatah
lagi untuk menggandakan wang simpanan?
Ini kerana manusia cenderung menggunakan
lebihan wang untuk membayar hutang atau
membuat hutang baru.

Lihat kepada tiga situasi yang sering berlaku


kepada manusia:

18

(1) Anda membayar RM600 sebulan untuk


membayar ansuran kereta. Setelah 9 tahun
berlalu, hutang kepada pihak bank telah
selesai. Bermakna, anda ada lebihan RM600
untuk bulan-bulan berikutnya. Ah, sesuatu
yang melegakan bukan?

Malangnya, kebanyakan manusia memilih


untuk menggunakan lebihan RM600 setiap
bulan ini untuk membuat hutang baru.
Maka, kitaran hutang anda tidak akan
berkesudahan hingga mati.

19

Manusia

yang

bijak,

akan

mengambil

RM600 ini untuk dimasukkan ke dalam


akaun/tabung
simpanan

simpanan.
wang

Maka,

akan

jumlah

bertambah.

Katakanlah jumlah simpanan wang yang


tetap (sebelum ini) adalah RM250. Apabila
hutang kereta telah dilangsaikan dengan
bank,

sewajarnya

meningkat

kepada

jumlah
RM850

simpanan
sebulan!

Lumayan bukan?

(2) Untuk anda yang bekerja makan gaji,


bukankah anda ada kenaikan gaji setiap
tahun?

Katakanlah

kenaikan

gaji

anda

adalah RM250 setahun, maka tambahkan

20

jumlah simpanan anda kepada *RM100


setiap bulan pada tahun tersebut.
Contoh: Jika anda boleh menyimpan RM250
x 12 bulan pada tahun 2014. Maka, anda
boleh tingkatkan menyimpan RM350 x 12
bulan

pada

tahun

2015.

Seterusnya,

simpanan meningkat kepada RM450 x 12


bulan pada tahun 2016. Ini bermakna jumlah
simpanan anda sewajarnya berganda dari
tahun ke tahun.

* RM100 adalah 40/100 daripada RM250.


Mengambil 40% daripada nilai kenaikan gaji
anda adalah nilai yang realistik. Lebihan
60% nilai kenaikan gaji anda adalah untuk

21

menampung kos sara hidup global yang


tentunya meningkat dari tahun ke tahun.

(3) Jika anda dinaikkan pangkat, menerima


kenaikan gred gaji atau jumlah pendapatan
(sale)

meningkat

(untuk

yang

bekerja

sendiri); gunakan wang kenaikan itu untuk


menambah wang simpanan.

(4) Jika

anda

menerima

bonus

tahunan,

gunakan peluang ini untuk mengambil


(sekurang-kurangnya)

40%

nilai

bonus

untuk menambah jumlah simpanan anda.

22

Contoh: Gaji bulanan anda ialah RM2500.


Bonus tahunan (jika bonus separuh gaji)
ialah RM1250.
Ambil

40%

daripada

RM1250

untuk

menambah jumlah simpanan anda. Ini


bermakna anda telah menambah RM500
dalam akaun simpanan pada tahun itu.

Kesimpulan:
Jika situasi 1 hingga 3 berlaku kepada anda,
jangan berlengah lagi, segera tambah wang untuk
standing instruction ke dalam akaun simpanan.
Situasi ke 4 pula berlaku setahun sekali. Erm,
penambahan RM500 (sekali dalam setahun) ke

23

dalam akaun simpanan, tidaklah teruk sangat


bukan?

Yang

penting,

jangan

pernah

berfikir

untuk

membuat hutang baru!

24

TIPS 4
Sistem 6 jars

Sistem 6 jars diperkenalkan oleh T Harv Eker iaitu


penulis buku terlaris Secret of the Millionaire
Mind.
Beliau menyarankan supaya kita menyediakan 6 jar
yang berbeza (anda boleh gunakan sebarang
bekas yang dirasakan sesuai untuk menyimpan
wang). Labelkan jar ini seperti di bawah:
Jar 1 = FFA - Financial Freedom account
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
FFA digunakan untuk anda membuat pelaburan
sebagai pendapatan pasif kelak.
25

Jar 2 = NEC Necessities (keperluan hidup)


Masukkan 50% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
NEC ialah bayaran keperluan hidup seperti bayaran
ansuran bulanan rumah dan kereta, makanan,
minuman, pengangkutan dan sebagainya.
Jar 3 = EDU Education (pendidikan)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Gunakan wang ini untuk menambah nilai diri anda
dengan membeli buku-buku bacaan bermanfaat,
menyertai seminar-seminar, membeli CD ilmu atau
menyambung pengajian.

26

Jar 4 = LTSS Long term saving for spending


(perbelanjaan jangka masa panjang)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Wang dalam LTSS digunakan untuk perbelanjaan
yang

besar

(kelak)

seperti

bayaran

muka

(downpayment) membeli kereta baru, rumah baru,


membeli perabot, membina gazebo di depan rumah
dan sebagainya.
Jar 5 = Give (memberi derma)
Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Gunakan wang dalam Give untuk tujuan amal dan
menderma.

27

Jar 6 = Play (memanjakan diri/ berseronok)


Masukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda
(selepas ditolak cukai).
Tabung Play boleh digunakan setiap akhir bulan
atau

setiap

perbelanjaan

dua

bulan

bergantung

yang

anda

ingini.

kepada

Anda

boleh

gunakan wang ini untuk membeli barangan yang


anda suka atau telah lama diidamkan. Ia juga
boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan spa
dan sebagainya. Apa sahaja asalkan anda seronok
melakukannya. Reward yourself!
Sistem 6 jars adalah satu metafora untuk anda
membuat 6 akaun simpanan wang yang berbeza.
Pindahkan

wang

pendapatan

anda

mengikut
28

peratus yang telah dicadangkan ke dalam 6 akaun


ini secara konsisten setiap bulan.
Namun demikian, banyak juga yang membuat
system 6 jars ini dengan meletak 6 tabung fizikal di
atas

meja

kerja

dan

sebagainya.

Secara

rasionalnya, teknik visual ini akan memberi lebih


motivasi

untuk

menyimpan

wang.

Terpulang

kepada anda bagaimana untuk melaksanakan


system 6 jars. Yang penting, teruskan menyimpan
wang dan pastikan wang itu selamat!
p/s: Untuk yang bekerja sendiri, perlu mewujudkan
Jar 7 iaitu Tax (cukai). Anda perlu mengasingkan
wang terhadap cukai yang dikenakan kepada
pendapatan hasil perniagaan anda.

29

TIPS 5
Teruskan tabiat membuat bayaran

Katakanlah bayaran ansuran bulanan motosikal


anda telah langsai, gunakan jumlah wang yang
sama untuk terus membuat bayaran. Tetapi buat
bayaran ke dalam akaun/tabung simpanan anda.
Beritahu diri anda yang anda akan terus membuat
bayaran

seolah-olah

anda

masih

membayar

ansuran bulanan motosikal.


Sedangkan anda sedang menggandakan wang
simpanan anda.
Seronok bukan?

30

TIPS 6
Sukakan angka yang besar

Adakah anda suka melihat amaun yang besar


tercatat dalam akuan simpanan anda?
Jika ya, anda boleh menjadikan ia sebagai satu
motivasi untuk anda terus menyimpan wang.
Individu

yang

mempunyai

keseronokan

menyimpan wang ini lazimnya seorang yang rajin,


berdisiplin dan mungkin juga mempunyai latar
belakang dari keluarga yang pernah susah (tidak
semua). Golongan ini dapat merasai the feeling of
satisfaction

(kepuasan

yang

tidak

terhingga)

apabila melihat angka dalam akaun simpanannya


semakin berganda.

31

Tambahan pula, golongan ini merasakan berbaloi


bekerja

keras

dan

dapat

menyimpan

wang.

Andakah itu? Jika ya, tahniah, anda adalah


manusia yang boleh menyimpan wang tanpa perlu
bersusah payah/ tanpa paksaan.

32

TIPS 7
Jaga-jaga, jika anda obses berbelanja

Tips ke-7 ini amat penting.


Ya, amat penting terutama bagi individu yang
pantang

mempunyai

wang,

pasti

ingin

dibelanjakan. Individu ini berbeza dengan individu


dalam TIPS 6 tadi.
Terdapat sesetengah manusia, mempunyai satu
misi automatik dalam fikirannya; jika aku punyai
wang, aku mesti beli sesuatu (walaupun barangan
itu bukan keperluannya). Arahan itu muncul secara
automatik dari minda. Sungguh ajaib tetapi
memudaratkan.
Inilah yang sering terjadi hingga wang dalam
33

akaun simpanan tidak berganda, malahan semakin


berkurang dan terus kosong.
Apa yang perlu golongan ini lakukan ialah:
(1) Simpan wang dalam akaun yang sukar
untuk dikeluarkan wang tunai (mungkin
anda boleh pilih bank yang tiada di kawasan
tempat anda tinggal).
(2) Simpan wang dalam akaun yang anda tiada
kad ATM. Ya, pastinya mengelak daripada
anda mengeluarkan wang secara mudah.
(3) Berikan kad ATM kepada ibu atau ayah di
kampung. (Saya yakin, ibu bapa adalah
pemegang amanah terbaik di dunia).
(4) Anda telah membuat standing instruction
ke dalam akaun simpanan bukan? Jangan
pernah fikitkan tentang wang itu. Lupakan
34

mereka. Gunakan mereka apabila anda


benar-benar memerlukan sahaja. Mungkin
semak jumlah dalam akaun simpanan
apabila anda telah menemui cara untuk
membuat pelaburan hartanah atau lain-lain
pelaburan yang bermanfaat.

35

TIPS 8
Masih tidak boleh menyimpan?

Saya mempunyai seorang rakan yang amat sukar


menyimpan wang. Isterinya seorang aktivis NGO
dan sering menyertai badan-badan amal hingga ke
luar negara. Jika suaminya mempunyai wang, pasti
si isteri akan meminta dengan alasan untuk
keperluan badan amal dan tujuan sosial. Selain itu,
si isteri juga mempunyai citarasa kehidupan yang
agak mewah.
Ya, tujuan amal itu sangat bagus, tetapi sehingga
ke tahap keluarga tiada dana simpanan, tiada dana
kecemasan, tiada dana pelaburan dan tiada dana
pendidikan anak-anak. Itu adalah petanda buruk

36

bukan?
Rakan saya telah cuba menyimpan wang dalam
akaun yang berbeza-beza. Tetapi isteri amat bijak,
kesemua akaun itu berjaya dikesan dengan mudah.
Puas rakan saya ini memikirkan bagaimana cara
menyimpan wang tanpa pengetahuan si isteri.
Akhiranya, beliau memasukkan wang simpanan ke
dalam akaun bank ibu dan ayahnya di kampung.
Mereka sama-sama berpakat untuk menamakan
beliau sebagai penama akaun tersebut.
Hasilnya sangat membanggakan, beliau berjaya
menyimpan sejumlah wang yang banyak dalam
kedua-dua akaun ibu dan ayahnya.
Tanpa disentuh.
37

Bukankah

saya

sudah

kata,

ibu

dan

ayah

sememangnya pemegang amanat paling jujur di


dunia.

38

Penutup
Semoga anda dapat mempraktikkan tips/ helah
yang telah disenaraikan tadi. Cuba lihat pepatah di
bawah,

Formal education will make you a living;


self-education will make you a fortune.
Jim Rohn
Saya yakin, dengan ilmu yang anda perolehi ini, jika
diamalkan

akan

membawa

anda

kepada

kesenangan hidup dan kelapangan fikiran. Didik


diri anda mengawal kewangan anda melalui ilmu
yang

diperolehi.

Jangan

berlengah

lagi,

mulakannya sekarang (now)!


Selamat berjaya!
39

e-publisher

40

Anda mungkin juga menyukai