Anda di halaman 1dari 21

AFAH N KEBANGSAAN

ROHANI INTELEK
INSAN ILMU PENGETAHUAN AKHLAK MULIA

SEIMBANG DAN
JASMANI
EMOSI
TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT HARMONIS

KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN


PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH
MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI
SEGI INTELEK, ROHANI. EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN KEPERCAYAAN DAN
KEPATUHAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA,
BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA
MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN WARGANEGARA MALAYSIA
KEMAKMURAN YANG MASYARAKAT BAIK
DAN NEGARA.
Percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan negara
Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
UNSUR INTELEK
Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut: Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada
kebenaran
Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif Daya pemikiran yang logik dan analisis Ilmu yang
bermanfaat Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka
membaca serta cintakan ilmu pengetahuan
UNSUR ROHANI DAN EMOSI Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek
berikut:
Keyakinan terhadap Tuhan Kepercayaan beragama Kemantapan jiwa Penghayatan
nilai-nilai murni dan norma masyarakat Berbudi pekerti mulia Berbakti dan berkorban
UNSUR JASMANI Ciri-ciri unsur jasmani ialah:
Kecergasan fizikal dan kesihatan diri Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal
sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya
demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi
pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada
masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami
daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik ekonomi, sosial,
keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran-mata pelajaran yang
diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas
melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus
ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga
atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat yang
diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata
atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu
ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, atau pun yang bertentangan dengan
Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan ugama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami
berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara
dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan
kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi
sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. 6.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-
hari
dengan baik.
IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari
membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama bagi seseorang guru di
hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan
sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di
sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, (termasuk guru terlatih yang bertugas dalam
pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.)
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM
KEBANGSAAN) 1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat
peraturan-peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
2. Tafsiran. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;
"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh
Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang
bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;
"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap
hari persekolahan dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa
selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;
"jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;
"kegiatan kokurikulum" ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;
"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;
"mata pelajaran elektif' ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di
sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;
"mata pelajaran tambahan" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar
menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari
oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
"mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain
daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah
sepanjang tahun persekolahan atau mana-mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;
"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.
3. Kurikulum Kebangsaan.
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:
(a) mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5; (b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam
Jadual 2, 6 dan 7; (c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8; (d) mata pelajaran elektif
yang dinyatakan dalam Jadual 9; (e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4;
dan (f) mata pelajaran untuk peringkat Sijrl Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan
dalam Jadual 10.
(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan; (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab; (c) penyertaan dalam badan
beruniform; dan (d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah
kerajaan d a n bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan dalam Jadual 11 hingga 15.
4. Bahan kurikulum dan kokurikulum. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan
pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM
KEBANGSAAN) 1997*
5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu. Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar
boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan
pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda
hendaklah terpakai di sekolah itu.
6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk-pemeriksaan.
(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk
pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan
pelajaran bagi semua mata pelajaran.
(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan
jarak jauh, hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk
penggal persekolahan semasa.
(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, / melalui suatu notis secara bertulis,
untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran,
dan/atau jadual waktu, dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.
7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua
Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid
di bawah tanggungjawabnya.
8. Buku rekod guru. Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak
jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak
lewajLdaripada hari akhir.persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-
bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata
pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
9. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam
bahasa kebangsaan. Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod
guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan
untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan,
seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan
pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan / dalam
tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.
10. Jadual waktu perlu dipamerkan. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan
sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat
yang mudah dilihat di sekolah itu.
11. Penalti.
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual
waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan
seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu
yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.
12. Pemansuhan. Peraturan-Peraturan (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956 dan Kaedah-Kaedah Sekolah
Lepas-Rendah (Kursus-Kursus Pengajian) 1962 adalah dirhansuhkan.
Diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA
LUMPUR Telefon : 03-2586900 Fax : 03-2535150
_____________________________________________________________________________________________
_______
KP(BS)8591/Jilid XV/(3) 9 Mac 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:
"Buku Rekod Mengajar Guru", bertarikh 1 Julai 1963.
2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-
maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod
Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.
3. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii)
Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut
dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.
(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan
pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-
kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif
itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai
dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan
Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua Pengetua, Guru Besar dan guru di negeri
Ybhg. Dato/ Datin/Tuan/Puan.
6. Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
DATO'DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS


SURAT PEKELILING IKHTISAS
Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh
Pasar Besar, Telefon : 2922066 Kuala Lumpur 50604. Kawat : 'PELAJARAN'
_____________________________________________________________________________________________
______
KP(BS)8591/Jld 11/(44) 13hb.Mac, 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia
Y.B. Dato/ Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan
panitia mata-mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah
menubuhkan panitia mata-mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau
bagaimanapun, sama ada panitia mata pelajaran itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa
pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah,
panitia mata-mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang
perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, perhubungan dua hala di antara pihak sekolah
dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuh atau
memperkemaskan lagi panitia mata-mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-pembelajaran di sekolah
dapat ditingkatkan.
3.1 Latarbelakang
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang
dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu
lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada m atl am at penca pai an akade mi k pa ra pela j
ar di sekola h ter capai atau ti dak . Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau
mengajar sesuatu m a t a pelajaran yang sama menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pehdidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling
membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta "kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan
mereka. Dengan demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan
menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama
ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan
sahaja dalam bidang pengajaran bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
pelajar- pelajar.
3.2 Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan
tidak perlu menubuh pelbagai panitia mata pelajaran) 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh
seorang guru kanan yang dilantik
sebagai ketua panitia oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah. 3.2.3 Semua ketua panitia mata pelajaran
adalah secara otomatis menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata
pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia
dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah. 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam
perjumpaan-perjumpaannya
berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa
oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong
Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman. 3.2.5 Di sekolah-sekolah di
mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk
berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi /membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang
dihadapi dan mengesyorkan segala padangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.
SURAT PEKELILING IKHTISAS
3.3 Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran: 3.3.1 Memperbaiki dan
meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran; 3.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan
strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran; 3.3.3 Memperbaiki prestasi
pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam
mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/sasaran yang ditunjukkan dalam
rancangan akademik sekolah; 3.3.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau
kelab akademik.
3.4 Peranan Panitia
Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan
peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas:
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli
panitia; 3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan.
Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara
tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar-
pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi
tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan; 3.4.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan
peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan
berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan pembelajaran; 3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara
berkala, sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan
mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara 'ad hoc' bila dan jika perlu; 3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat
dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal)
untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan, seperti masalah-masalah yang
berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau
seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di
sekolah dan menjalinkan
hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11
Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di
sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12 Bekerjasama dengan Iain-Iain panitia dan
membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar-
pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu. 3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk
menyediakan minit mesyuarat dan
mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit
atau laporanmesyuarat, surat menyurat dan
rekod-rekod yang berkaitan.
4. Harap Y.B. Dato'/Tuan memaklumkan kandungan surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.
Sekian. 'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
(HJ. JUMAAT BIN DATO' HJ. MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
SURAT PEKELILING IKHTISAS
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan, Paras 5, Blok J Selatan, Pusat Bandar Damansara 50604 Kuala
Lumpur Telefon : 2556900
_____________________________________________________________________________________________
______
KP(BS)8591/Jld 11/(77) 11 November 1987
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.B. Dato'/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh
Penqetua/Guru Besar Sekolah
Tugas dan fungsi Pengetua/Guru Besar sebagai pemimpin profesionalisme, pengurus dan pentadbir hari ini adalah
berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesionalisme di sekolahnya, tanggungjawab utama seorang Pengetua/Guru
Besar ialah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum dijalankan
melalui proses dan aktiviti pengajaran- pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di
sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematis dari pihak Pengetua/Guru Besar sekolah itu. Ini
termasuklah penyeliaan pengajaran-pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya menjadi perkara
yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Oleh itu dan dengan tujuan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran di sekolah, Pengetua/Guru Besar hendaklah
diperingatkan bahawa penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang amat
penting.
2. Berikut adalah syor garis panduan bagi melaksanakan tugas penyeliaan di dalam kelas:
2.1 Rasional
2.1.1 Pelaksanaan kurikulum adalah unsur TERAS fungsi institusi persekolahan. Dengan itu perhatian yang lebih
hendaklah diberikan kepada penyeliaan pengajaran- pembelajaran. 2.1.2 Sebagai pemimpin profesionalisme di
sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah pelaksana utama kurikulum di sekolahnya. Oleh itu tugas penyeliaan
pengajaran- pembelajaran adalah merupakan tugas terpenting yang perlu dititikberatkan. 2.1.3 Penyeliaan adalah
satu aspek terpenting dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Oleh itu penyeliaan tidak boleh
dipisahkan dari peranan Pengetua/Guru Besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin profesionalisme di
sekolahnya. 2.2 Tujuan
2.2.1 Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum
sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan
negara. 2.2.2 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada Pengetua/ Guru
Besar untuk memperbaiki proses pengajaran-pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh
digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu. 2.3 Bidang
2.3.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada 2 (dua) bidang:
a. bidang organisasi dan b. bidang pengajaran dan pembelajaran. Bidang Organisasi Di antara ciri-ciri organisasi
yang perlu diberi perhatian ialah:i. i. Iklim kelas:
organisasi kelas kawalan murid komunikasi motivasi sikap murid kebersihan dan perhiasan ii. Penyeliaan gerakerja
iii. Penilaian prestasi iv. Profil murid v. Panitia matapelajaran
SURAT PEKELILING IKHTISAS
Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Di antara ciri-ciri yang perlu diperhatikan ialah: i. Rancangan pengajaran;
Objektif Isikandungan ii. Persediaan alat/bahan pengajaran dan penggunaannya. iii. Penyampaian isi pelajaran. iv.
Teknik bersoaljawab. v. Interaksi guru murid. vi. Penggunaanmasa.
2.4 Prinsip Perlaksanaan
2.4.1 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar ke
atas semua guru. 2.4.2 Rekod penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dicatit dengan
ringkas dan tepat. 2.4.3 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi
masa,
matapelajaran, tingkatan/tahun dan guru. 2.4.4 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan
Penolong Kanan dan Penvelia Petanq. Walau bagaimanapun tanggungjawab sepenuhnya terletak di tangan
Pengetua/Guru Besar. 2.4.5 Penyeliaan pengajaran-pembelajaran di kelas hendaklah dijalankan secara sistematis
dan
berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Dalam usaha
mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran di kelas, Pengetua/Guru Besar perlu mendapat maklumat yang
tertentu. Maklumat-maklumat itu dapat digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas perbincangan dengan
guru-guru.
3. Surat Pekeliling ini adalah untuk mengingatkan kembali mengenai peri mustahaknya tugas-tugas penyeliaan
pengajaran- pembelajaran sebagai salahsatu tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. la tidak sekali-kali
menafikan pentingnya tugas-tugas dan tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan seorang Pengetua/Guru Besar
dalam Iain-Iain aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu Pengetua/Guru Besar perlu diingatkan
mengenai peri pentingnya melaksanakan tugas-tugas secara yang seimbang agar pelaksanaan suatu tugas tidak
akan menyebabkan tugas-tugas lain tidak diberi perhatian sewajarnya.
4. Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling Bil. 3/1987 ini kepada semua sekolah dinegeriY.B.
Dato/Tuan/Puan.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
(DATUK WIRAABDUL RAHMAN HAJIARSHAD) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia "BERKHIDMAT UNTUK
NEGARA "

Anda mungkin juga menyukai