Anda di halaman 1dari 9

Disediakan oleh : Nasrol Sani

Pengenalan

Hi & salam hormat,

Nama saya Mohamad Nasrol atau dikenali sebagai Nasrol Sani. Apabila
kita buat iklan FB Ads, kadang-kadang hasilnya tak seperti yang
diharapkan. Itu adalah perkara normal. Persoalan seterusnya ialah, apa
yang perlu dilakukan?

Jawapannya ada dalam panduan percuma ini...

Saya harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda


sepertimana ilmu ini bermanfaat buat saya. Buat nota & jadikan
perkongsian ini sebagai rujukan apabila anda membuat iklan FB Ads.

Apa tunggu lagi? Jom baca..

1
1# Seni visual

Gambar adalah elemen yang paling penting. Kenapa? Kerana ianya mudah
untuk menyampaikan mesej, mudah diingati oleh bakal prospek &
cenderung buatkan orang tekan butang SHARE

Ini antara ciri-ciri gambar yang bagus:

1. Simple, jelas & menarik perhatian prospek


2. Boleh dipercayai oleh target prospek anda
3. Penggunaan tona warna fokus kepada produk
4. Menunjukkan apa yang prospek bakal dapat
5. Penggunaan tema warna yang selari
6. Mampunyai arahan bertindak atau headline
7. Catchy & buat orang rasa ingin tahu.

Kebanyakan orang hanya menggunakan gambar produk semata-mata.


Ianya bukan tak bagus. Cuma kurang impak berbanding gambar yang ada
manusia. Sebagai contoh, gambar orang menggunakan produk.

Jika bakal pelanggan kita adalah golongan remaja, maka gambar yang
boleh kita gunakan ialah gambar yang ada golongan tersebut
menggunakan produk.

2
2# Seni hubung kait

Ingat, kita menggunakan pengiklanan berbayar FB Ads. Sekiranya iklan


yang dipaparkan tidak relevan, maka kita akan bazirkan masa & wang.

Oleh itu, kita perlu kenal pasti dahulu siapa yang nak beli produk.

Kemudian barulah cari kaitan antara mereka dengan produk yang ingin
dijual. Gunakan 4 perkara ini untuk mula cari kaitan antara bakal pembeli
dengan produk :

1. Keinginan
2. Kerisauan
3. Ketakutan
4. Kesakitan

Adakah mereka beli kerana ianya mudah? Atau kerana takut kehilangan?
Atau risau tak mampu? Atau kerana menderita sakit yang tak tertanggung?
Cari maklumat ini di tempat target market beri feedback, untuk produk
yang menyelesaikan masalah yang sama. Antaranya ialah fanpage
pesaing, website HQ, forum & blog.

Seterusnya ialah cari jalan cerita yang sinonim antara target market dengan
produk. Ini kerana jalan cerita lebih berkesan berbanding menampakkan
manfaat semata-mata. Ayat, gambar, video (thumbnail video) perlu
menampakkan kaitan antara produk dengan target market.

3
3# Seni tarikan

Apa yang boleh membuatkan target market tertarik dengan produk? Apa
yang membezakan produk yang kita jual berbanding orang lain?

Dengan menyatakan produk tersebut adalah no 1 di Malaysia, tidak akan


membuatkan orang benar-benar tertarik untuk membelinya. Tetapi jika kita
menawarkan penjimatan 20% ataupun jaminan wang dipulangkan dalam
30 hari In shaa Allah akan membuatkan target market lebih tertarik.

Antara tarikan yang kuat ialah adanya social prove.

Ada orang menggunakan artis ataupun orang-orang yang terkenal dalam


menarik perhatian target market. Ada orang menggunakan gambar
pengguna memegang produk dengan wajah yang ceria. Ada orang
menggunakan gambar bilangan manusia yang ramai seperti peserta
seminar.

Tujuannya ialah supaya iklan boleh dipercayai & tidak nampak hype.

4
4# Seni arahan

Seni yang terakhir ialah seni mendapatkan respon daripada target market.
Arahan bertindak digunakan untuk menggalakkan prospek bertindak
segera. Antara ayat yang boleh digunakan ialah:

whatsApp sekarang
whatsApp hari ini
whatsApp cepat

Selain menggunakan perkataan sekarang, cepat, hari ini, sebelum


pukul 3 untuk menggalakkan prospek bertindak segera, arahan bertindak
juga perlu dikuatkan dengan sebab.

whatsApp hari ini & jimat RM15

Antara seni arahan yang digunakan dalam iklan:


1. diulang beberapa kali
2. digabungkan dengan tempoh terhad
3. digabungkan dengan kuantiti terhad
4. digabungkan dengan tawaran percuma
5. berbentuk soalan

Ada juga iklan yang tidak memaparkan arahan spesifik. Meninggalkan


prospek dalam keadaan tanda tanya sehingga satu-satunya cara untuk
prospek dapatkan maklumat lanjut ialah dengan like page.

5
Contoh

6
Suka Dengan 4 Tips Ini?

Suka dengan perkongsian ringkas ini? In shaa Allah masalah iklan kurang
respon dapat diatasi dengan 4 seni ini. Catat sesuatu & semak semula
iklan anda dengan soalan di bawah:

1. Adakah penggunaan gambarnya bagus?


2. Adakah iklan tersebut relevan dengan prospek?
3. Adakah iklan tersebut mampu menarik perhatian prospek?
4. Adakah arahan bertindaknya jelas & berkesan?

Seterusnya ...

7
Jangan Burn Duit Melulu...

In shaa Allah dengan 4 seni ini anda akan berjaya buat iklan yang
berkesan. Paling penting sekali ialah elakkan buat iklan sambil lewa kerana
ini akan membazirkan masa & wang.

Pernah dapat hasil sebegini?

Ini cara bijak untuk tahu samaada iklan patut diteruskan ataupun tidak:
https://www.facebook.com/nasrolsanidotcom/photos/a.157642591067578.1
073741828.143600409138463/735878646577300/?type=3&theater

Jumpa lagi,
Nasrol Sani

Anda mungkin juga menyukai