Anda di halaman 1dari 23

KIT PANDUAN (KE ARAH

PENDAPATAN/KEUNTUNGAN 5 ANGKA
SEBULAN)

TIPS UNTUK LEPASAN


UNIVERSITI MELABUR
DALAM HARTANAH
DISCLAIMER/PENAFIAN

PERKONGSIAN INI ADALAH PERKONGSIAN SEMATA-MATA. TERDAPAT PELBAGAI CARA


UNTUK MELABUR, MERANCANG KEWANGAN DAN BERBISNES. PERKONGSIAN INI
HANYALAH UNTUK KESEDARAN DAN MEMBERI IDEA KEPADA ORANG AWAM TENTANG
PEMILIKAN HARTANAH, PERANCANGAN KEWANGAN DAN BISNES SEMATA-MATA.
SEGALA INFO DARI PERKONGSIAN INI HENDAKLAH DIKAJI SENDIRI BAGI MENGELAKKAN
SALAH FAHAM KEPADA PARA PEMBACA. INFO SEPERTI PLAN PEMBANGUNAN, CARA-
CARA, DAN KONSEP MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DARI PARA PAKAR YANG LAIN.
SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA. SAYA MENDOAKAN ANDA
BERJAYA DALAM PEKERJAAN, BISNES DAN PERLABURAN ANDA........
SEGALA PERTANYAAN TENTANG PERANCANGAN KEWANGAN BOLEHLAH
MENINGGALKAN MESEJ DI INBOX DAN SAYA CUBA MENJAWABNYA DENGAN BAIK.... TIPS
KALI INI LEBIH KHUSUS DAN SESUAI PADA MEREKA YANG BEKERJA
TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA....

Shukri Zohari
PERTAMA
JANGAN SESEKALI
MEMBELI KERETA DAHULU
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

JANGAN SESEKALI MEMBELI KERETA DAHULU

Kerana ia akan mengganggu DSR anda (Debt Service


Ratio).

Kerana ia adalah liabiliti pada mata bank


Kerana anda mampu menjadikan hartanah ini sebagai
pengukuhan kewangan anda

Kerana kereta banyak susut nilainya dari tahun ke tahun


KEDUA
DAPATKAN PEKERJAAN
SECEPAT MUNGKIN DAN
KUMPUL DEPOSIT
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

DAPATKAN PEKERJAAN SECEPAT MUNGKIN


DAN KUMPUL DEPOSIT
Pilih majikan yang membayar EPF dan SOCSO. Kerana majikan yang tidak
membayar EPF dan SOCSO bank akan anggap pekerjaan anda tidak stabil

Jangan 'demand' gaji. Ingat! Ini adalah strategi untuk anda menjana 'money
machine'. Anda harus 'menahan nafsu' sedikit. Yang penting dapatkan kerja dahulu
dan beli rumah kos rendah.

Kumpul duit simpanan setiap bulan untuk 'deposit'.


Payslip selama 6 bulan harus disimpan
Anda boleh semak syarat kelayakan gaji untuk rumah kos rendah yang anda
inginkan di website

Target rumah kos rendah dalam harga bawah RM200K sahaja. Lebih murah lebih
bagus.
KETIGA
MULA MEMBUAT RESEARCH
TENTANG RUMAH KOS
RENDAH
(KOS & PROSIDUR)
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

MULA MEMBUAT RESEARCH TENTANG KOS


DAN PROSIDUR
Antara yang anda harus kaji adalah: deposit, kos guaman untuk
perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman bank, kos penilaian
hartanah dan lain-lain.
Kaji syarat kelayakan pinjaman kos rendah. (Setiap Negeri adalah
berbeza).
Prosedur jual beli anda boleh dapatkan di website Kementerian
Perumahan dan Kajian Tempatan, serta website LPPEH
(Lembaga Penilaian dan Pentaksiran Ejen Hartanah). Ataupun
anda boleh rujuk dengan ejen hartanah, banker bahagian
pinjaman hartanah mahupun peguam.
KEEMPAT
KENALPASTI BANK YANG
SANGGUP MEMBANTU
PENGURUSAN PINJAMAN
HARTANAH ANDA DAN
SYARAT-SYARATNYA
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

KENALPASTI BANK YANG SANGGUP MEMBANTU


PENGURUSAN PINJAMAN HARTANAH ANDA DAN SYARAT-
SYARATNYA

Kerana tidak semua banker yang ingin menguruskan


pimjaman rumah kos rendah

Kerana kebanyakan rumah kos rendah mempunyai masalah


'hakmilik strata', masalah dengan pemaju dan lain-lain.
Tetapi jangan risau, jika loan anda lulus dan peguam serta
ejen anda sudah buat kajian. InshaAllah ok untuk anda
teruskan pembelian tersebut.
KELIMA
KENAL HARTANAH,
PEMILIK DAN EJEN
HARTANAH ANDA
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

KENAL HARTANAH, PEMILIK DAN EJEN HARTANAH ANDA


Pastikan hartanah anda telah dikenalpasti MASALAHNYA, CARA PENYELESAIANNYA, dan HAK ANDA JIKA
MASALAH TERSEBUT TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.
Jika pemaju asal bankrupt, tidak semua bank boleh meneruskan pinjaman anda.
Jika pemaju asal bankrupt, walaupun diambil alih oleh 'liquidator', tidak semua bank boleh meneruskan pinjaman
hartanah anda.
Kenalpasti 'Market Value' hartanah tersebut dengan penilai yang mewakili pihak bank anda.
Pastikan pemilik/vendor tidak bankrupt. Jika vendor mempunyai masalah CTOS, terdapat bank yang mungkin tidak
ingin memberi pinjaman hartanah pada anda. Kenal pasti kehendak vendor dan keterdesakan mereka ingin menjual
hartanah tersebut melalui ejen anda. Jangan sesekali memberi deposit pada vendor TANPA PERJANJIAN dan USUL
PERIKSA OLEH PEGUAM. Elakkan membeli rumah yang di 'KAVEAT' kan oleh AH LONG.
Segala pembayaran kepada vendor mestilah melalui peguam yang diiktiraf.
Deposit rumah mestilah dimasukkan ke akaun peguam yang dilantik ataupun agensi hartanah yang terlibat. Elakkan
MEMBERI TUNAI untuk elakkan dari kes PECAH AMANAH.
Ejen hartanah anda hendaklah tahu secara terperinci tentang hartanah tersebut. Info seperti yang boleh memberikan
pinjaman, nilai hartanah tersebut, serta MASALAH YANG ADA pada hartanah tersebut (jika ada).
KEENAM
KENALPASTI KOS YANG
ANDA HARUS TANGGUNG
BERKAITAN HARTANAH
YANG ANDA MINAT ITU
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

KENALPASTI KOS YANG ANDA HARUS TANGGUNG


BERKAITAN HARTANAH YANG ANDA MINAT ITU

Kos yang terlibat adalah: kos guaman perjanjian jual beli,


kos guaman pinjaman bank, kos penilaian, kos MRTA, serta
jumlah deposit yang anda harus sediakan. (Anda boleh rujuk
pada peguam atau ejen hartanah anda).

Terdapat bank-bank yang boleh menyerap kos-kos berikut


untuk dimasukkan ke dalam pakej pinjaman hartanah anda
bagi mengelakkan anda menggunakan tunai yang banyak.
KETUJUH
BANTUAN DAN MANFAAT
TIPS UNTUK LEPASAN UNIVERSITI MELABUR DALAM HARTANAH

BANTUAN DAN MANFAAT


Anda boleh menggunakan KWSP akaun 2 untuk
pembayaran baki deposit. (Sila rujuk website KWSP untuk
maklumat lanjut).

50% diskaun duti stem (untuk rumah pertama, hartanah


bawah RM500K).
MENGAPA HARTANAH KOS RENDAH
MENJADI KEUTAMAAN?
MENGAPA RUMAH KOS RENDAH?
KADAR SEWA/HARGA RUMAH YANG SEMAKIN
MENINGKAT
MENGAPA RUMAH KOS RENDAH?
KERANA ANDA BOLEH MENDAPAT KADAR SEWA
YANG LEBIH TINGGI DARI BAYARAN BULANAN
MENGAPA RUMAH KOS RENDAH?
IA AKAN MENJADI "MONEY MAKING MACHINE"
ANDA
MENGAPA RUMAH KOS RENDAH?
SUPAYA ANDA ADA 'BACK-UP' HARTA YANG
MAMPU MILIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA
ANDA
MARI KITA MULA MEMBINA
KEKAYAAN DAN
MERANCANG KEWANGAN
KITA DENGAN BAIK....

Shukri Zohari
- Perancang Kewangan dan Pengurusan
Hartanah Korporat
TERIMA KASIH DAN
SELAMAT MELABUR....
SEMOGA PERKONGSIAN
INI DAPAT MEMBERI
MANFAAT PADA ANDA

Shukri Zohari
- Perancang Kewangan dan Pengurusan
Hartanah Korporat

Anda mungkin juga menyukai