Anda di halaman 1dari 48

dr.

kamarul ariffin nor sadan


Perubatan & Rehabilitasi
228,000 followers
F O RM ULA R A H SIA
PERSONAL BRANDING
&
penulisan viral
di

Hakcipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam naskhah Formula Rahsia Personal
Branding & Penulisan Viral di Facebook ini dilindungi hakcipta dan
TIDAK DIBENARKAN untuk diterbitkan semula, disebarkan, dijual,
dikongsi atau diberikan kepada pihak lain kecuali mendapat
keizinan rasmi daripada pihak penerbit ProParenting Resources.

Barang dan produk yang berbentuk digital berbeza dengan barang


yang berbentuk fizikal kerana barang fizikal yang dikongsi oleh 2
orang, tetap dikira sebagai 1 unit tetapi barang digital akan dikira
sebagai 2 unit jika dikongsi oleh 2 orang.

Terima kasih kerana menjaga amanah dan hakcipta naskhah ini.


e n u li sla h,
M b u at
kera n a ia
m u a b a di,
suara dengari
tetap di seribu
walau agi.
tahun l

Dr. Kamarul Ariffin


Perubatan & Rehabilitasi
Followed by

228,000
People on Facebook
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
adalah seorang doktor
perubatan yang bertugas di
sebuah klinik swasta dan
memiliki sebuah pusat
rehabilitasi. Beliau giat menulis
topik-topik kesihatan dan
kempen-kempen
memperkasakan OKU di media
sosial.

Beliau mula menggiatkan diri


dalam bidangpenulisan
di Facebook sekitar
tahun 2014 ketika beliau
mula berkhidmat sebagai
pegawai perubatan di sebuah
hospital kerajaan di Johor Bahru.

Pada ketika itu beliau menulis


sekadar untuk berkongsi kisah-
kisah dugaan dan cabaran hidup
seorang doktor. Namun
sambutan yang amat
menggalakkan daripada para
pembaca telah menyuntik
semangat beliau untuk menulis
dengan lebih serius.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 1 Perubatan & Rehabilitasi
Ketika ebook ini ditulis, profil Facebook beliau telah diikuti oleh
sekitar 228,724 orang.

Selain itu beliau juga telah menghasilkan sejumlah buku bersama


penulis lain, dan beberapa buku solo. Buku-buku kategori bukan
fiksyen dan fiksyen beliau telah tercalon sebagai buku laku keras
di kedai buku MPH untuk beberapa tahun berturut-turut.

.
in i p anjang pi
Ebook ediakan ko
s
Harap teh sebelum
atau baca ya!
mem

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 2 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 1
Profil: Nama, Gambar,
Aturan

Nama Profil
Pilihan yang terbaik adalah penggunaan nama sebenar
anda. Penggunaan nama sebenar memberi signal kepada
audiens bahawa anda adalah seorang tidak berselindung dan
bertanggungjawab kepada apa yang anda tulis. Hal ini penting
dalam meyakinkan mereka untuk mengikuti anda.

Namun penggunaan nama pena adalah


dibolehkan dengan bersyarat. Nama pilihan anda
hendaklah bukan:

Nama Haiwan atau Benda

Contoh: Kucing Gebu, VTEC KL, Selipar Jepun, dsb.

Nama begini menyebabkan audiens sukar


memberi kepercayaan kepada anda. Ia boleh
mendatangkan masalah jika anda berhasrat menggunakan
Facebook sebagai platform jualan.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 3 Perubatan & Rehabilitasi
Nama Deskriptif

Contoh: Lelaki Penggoda, Gadis Metropolitan, Pengumpul Pahala,


dsb.

Nama begini memberi audiens wasangka yang mungkin tak


menggambarkan perihal sebenar berkenaan diri dan penulisan
anda. Sewajarnya anda dinilai dari kontenanda, bukan nama anda.

Nama Perniagaan

Contoh: Atifah Coway, Ariff Prudential, Saleha FarmFresh, dsb.

Penggunaan nama perniagaan dalam nama profil akan


menyebabkan orang teragak-agak nak ikuti profil anda. Orang tak
suka ikuti ejen jualan. Ejen jualan yang suka ikut orang dan itu buat
orang rimas.

Mohon ya..
In
zaman Frie i bukan
atau MIRC ndster
u
pakai nam ntuk kita
a
bagi meng palsu
ora
makwe. t

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 4 Perubatan & Rehabilitasi
Gambar Profil

Pilihan gambar yang terbaik adalah gambar anda yang sebenar.


Pilih gambar yang kemas dan memperlihat rupa anda yang tulen
serta terkini, bukan yang telah disunting melampau atau 10 tahun
lepas. Audiens lebih selesa mengikuti profil yang ada wajah.

Tak kacak atau tak cun tak jadi masalah.

Mengenali wajah seseorang menggalakkan hubungan yang lebih


insani. Bila berkomunikasi, walaupun di sosial media, audiens
akan membayangkan mereka sedang bercakap dengan anda
sambil memandang wajah anda.

Audiens tak selesa bercakap dengan benda, haiwan atau sesuatu


gerakan, maka letaklah gambar anda sebagai gambar profil. Biar
orang selesa.

Apabila orang selesa berkomunikasi dengan anda, barulah mereka


akan ikuti profil anda.

Pastikan gambar profil anda bukan:

Gambar Haiwan
atau Benda

Gambar Kartun

Gambar Orang Lain

Logo Perniagaan

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 5 Perubatan & Rehabilitasi
Aturan (Setting) Profil
Bagi membolehkan orang ikuti profil anda, anda perlu tetapkan
aturan profil Facebook anda dengan betul. Jika tak betul, memang
tak akan berjaya dapatkan pengikut (follower).

Friends
Bilangan rakan yang boleh anda ada hanya 5000 orang.
Pastikan anda hanya menambah(add) dan luluskan(approve)
permohonan profil yang anda kenal sahaja ke dalam senarai ini.
Tak usah masukkan profil yang anda tak berapa kenal agar anda
masih boleh kawal privasi anda.

Followers
Bilangan pengikut tiada had. Secara lalai (default),
profil Facebook anda kadangkala tidak boleh diikuti oleh umum,
jadi anda perlu ubah aturannya. Ini langkah yang amat penting.

Caranya:
Pergi ke Settings > Public Posts > Who Can Follow Me dan pilih
Public daripada menu pilihan menurun (dropdown)

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 6 Perubatan & Rehabilitasi
Post Privacy Setting
Aturan privasi hantaran(post) adalah aturan yang menentukan
siapa yang boleh membaca apa yang anda tulis di Facebook anda.
Ada beberapa aturan:

Public : boleh dibaca oleh semua orang

Friends : boleh dibaca oleh rakan anda sahaja

Only Me : boleh dibaca oleh anda sahaja

Custom : boleh dibaca oleh yang anda izinkan

Pilih aturan yang sesuai dengan hantaran. Hantaran yang ditulis


untuk dibaca oleh umum, pilihlah aturan Public.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 7 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 2
Asas Menulis : Ejaan,
Tanda Baca dan Perenggan

Ejaan
Dalam menarik minat audiens, ada beberapa kelebihan menulis
dengan ejaan yang sempurna, tanpa singkatan atau ejaan
kolokial.

Pemahaman
Bahasa Melayu mempunyai banyak variasi, pelbagai loghat dan
telo mengikut lokaliti, jadi ejaan yang sempurna boleh
mengelakkan salah faham dan kekeliruan memandangkan ia
ejaan yang standard.

Kita tak mahu tulis lain, orang faham lain.

Ejaan yang tak sempurna juga boleh jadi menjengkelkan kerana ia


memerlukan audiens untuk mentafsir apa yang cuba ditulis.

Itu memenatkan dan mengganggu fokus, dan boleh


mengakibatkan audiens berhenti membaca separuh jalan.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 8 Perubatan & Rehabilitasi
Terjemahan
Facebook mempunyai kebolehan terjemah satu bahasa kepada
bahasa lain secara automatik. Ini membolehkan capaian sampai
kepada pengguna Facebook yang berlainan penguasaan bahasa.

Contoh: Bahasa Melayu kepada Inggeris, Mandarin, dsb. Malah


juga kepada bahasa-bahasa yang ditutur oleh negara lain.

Namun, kebolehan terjemah itu dibatasi dengan kesempurnaan


ejaan sesuatu hantaran. Facebook tak boleh tafsir dan terjemah
perkataan yang tak ditulis dengan ejaan standard.

Buta
Facebook ini digunakan oleh semua orang, termasuk orang buta.
Orang buta boleh gunakan Facebook dengan bantuan teknologi
teks-ke-percakapan (text-to-speech @ TTS). Apa yang anda tulis
akan ditukar kepada audio percakapan.

Bayangkan bagaimana aplikasi TTS itu mahu sebut perkataan


yang dieja dengan singkatan. Pasti keluar bunyi yang sukar
difahami oleh pendengarnya.
Nota: Facebook Dr Kamarul diikuti oleh beberapa orang buta dan
salah seorangnya adalah Azmi Saat, vokalis kumpulan Caliph
Buskers.
Sa ya p un
follow Dr.
Chaku tau!

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 9 Perubatan & Rehabilitasi
Tanda Baca
Seperti ejaan yang sempurna, tanda baca yang sempurna juga
memberi keselesaan kepada para audiens. Ia akan membenarkan
audiens dengan nada, intonasi dan emosi yang betul.

1 Elakkan menulis guna huruf besar pada


keseluruhan ayat kerana selain tanda seru, ejaan
huruf besar juga melambangkan emosi marah atau
amaran.

2 Elakkan guna terlalu banyak elipsis (...)


dalam hantaran. Gunakan koma untuk menandakan pausa
dalam ayat. Gunakan noktah di setiap pengakhiran ayat.

3 Elakkan guna terlalu banyak emoji dalam


hantaran. Ia akan buat hantaran anda kelihatan serabut.
Boleh gunakan emoji sepuasnya di ruangan komen.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 10 Perubatan & Rehabilitasi
Perenggan
Elemen lain yang boleh membantu tulisan anda nampak tersusun
dan menarik hendak dibaca adalah pembahagian isi penulisan
kepada beberapa bahagian, atau perenggan.

Satu topik atau idea ditulis dalam satu


perenggan. Idea berikutnya hendaklah ditulis dalam
perenggan baru. Baru mudah faham. Jika penulisan dalam bentuk
penceritaan, setiap adegan perlu ditulis dalam perenggan sendiri.

Di Facebook, setiap perenggan seeloknya kompak dan padat, iaitu


hanya mempunyai sekitar 4-5baris, atau 20-30
perkataan di dalamnya. Ia akan mengurangkan
keletihan mata para audiens.
Hantaran yang berperenggan, panjang mana pun orang selesa
baca. Di sosial media, cerpen 1000-2000 patah perkataan, pun
orang baca sampai habis dan boleh viral. Maknanya orang baca
sampai habis.

Tapi bayangkan hantaran 2000 patah perkataan yang tiada


perenggan. Pasti terasa lemas dan lelah nak habis habiskan
bacaan. Silap-silap berhenti membaca separuh jalan.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 11 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 3
Pemilihan Nic dan
Penjenamaan Diri

Pemilihan Nic (Niche)


Nic penulisan bermaksud sesuatu
topik atau bidang
khusus yang difokus oleh seseorang penulis.
Seorang penulis yang mempunyai nic penulisan lebih mudah
mendapat pengaruh dan pengikut (followers) di media sosial,
berbanding penulis yang tiada pengkhususan topik dalam
penulisannya.

Apabila anda mempunyai nic, dan kerap menulis berkenaan topik


di dalam nic itu, anda akan dilihat sebagai seorang yang
mempunyai pengetahuan atau kepakaran tentang topik
berkenaan. Audiens lebih cenderung ikuti(follow) orang yang
mahir tentang apa yang ditulisnya.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 12 Perubatan & Rehabilitasi
Contoh nic yang popular di Facebook:

DIY & Kesihatan &


Life Hacks Kecergasan

Resipi & Petua


Masakan
Pengurusan Wang
Rumahtangga & & Hartanah
Kekeluargaan
Hobi & Kelab

Saya faham
bagaimana. Tapi
memilih nic nak
ya ng
sesuai deng
an
saya?

Memandangkan nic yang anda pilih adalah sesuatu yang anda


akan tulis dalam jangka masa panjang, maka pemilihan
hendaklah dibuat dengan teliti. Antara perkara yang perlu diambil
kira adalah:

1 Perkara yang anda benar-benar mahir


dan kuasai.
Pilih nic yang anda punyai pengetahuan mendalam. Tak
usah pilih nic yang anda tak mahir, kemudian memandai-
mandai mengenainya.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 13 Perubatan & Rehabilitasi
2 Perkara yang anda minat dan seronok
untuk tulis.
Nic yang anda minat dan sanggup belajar lebih mendalam.
Jika anda sendiri tak minat, anda tak akan mampu
konsisten menulis mengenainya.

3 Perkara yang orang ingin tahu dan mahu


belajar.
Pilih nic yang mempunyai ramai peminat, serta tinggi
permintaannya. Tak digalakkan pilih nic yang anda syok
sendiri, atau terlalu sempit skopnya.

Nota : Anda boleh memilih lebih daripada satu(1) nic namun


elakkan gabungan yang terlalu banyak. Dua(2) atau tiga(3) sahaja
sudah memadai. Jika anda pilih nic yang skop sempit atau kurang
popular, pilih lebih daripada satu nic.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 14 Perubatan & Rehabilitasi
Penjenamaan Diri (Personal Branding)

Di media sosial ada ramai penulis, dan untuk menjadi terkenal,


anda perlu mememperkenalkan diri. Bukan mudah nak
memperkenalkan diri pada pengguna Facebook yang langsung tak
tahu kewujudan anda. Di sini pentingnya penjenamaan diri.

Penjenamaan diri ini adalah identiti yang anda


mahu tonjolkan kepada para audiens. Identiti ini
kena kuat dan jelas, dan mempunyai kekuatan untuk menarik
perhatian audiens serta mempengaruhi mereka untuk mengikuti
profil anda.

Ada dua(2) cara menjenamakan diri. Contoh:

Khairul Hakimin Mohammad


merupakan seorang pembina kandungan
(content creator) yang menjenamakan
dirinya sebagai “Bapa Viral Kebangsaan”
serta “Konten Master Kesayangan Negara”.
Gelaran yang dipilih sangat catchy dan
berkesan untuk menarik perhatian audiens

Beliau sendiri meletakkan jenama itu


kepada dirinya. Ini penjenamaan jenis
pengisytiharan diri (self proclaimed).

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 15 Perubatan & Rehabilitasi
Kamarul Ariffin Nor Sadan
merupakan seorang doktor perubatan yang
menulis tentang tips kesihatan dan gemar
kongsikan kisah seram. Audiens menggelar
beliau “Doktor Seram”. Padanan unik
antara bidang sains dan mistik menjadi
daya penarik yang kuat.

Gelaran ini diberikan oleh orang ramai


kepada beliau. Ini penjenamaan jenis
pengisytiharan komuniti (community
bestowed).

Dua-dua jenis penjenamaan boleh digunakan, malah boleh


gunakan dua-duanya sekali. Gunakan kreativiti anda untuk
mendapatkan kebaikan daripada setiap penjenamaan berkenaan.

Selain itu, pastikan jenama diri yang anda pilih itu nanti sesuai
dan selari dengan pilihan nic penulisan anda. Jenama diri dan nic
perlu saling melengkapi antara satu sama lain.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 16 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 4
Idea dan Konten

Idea
Dalam usaha membina pengaruh dan pengikut, seorang penulis
perlu konsisten menulis, namun ketandusan idea dan sumber
inspirasi untuk menulis adalah salah satu faktor yang
menyebabkan usaha ini terhalang.

Idea adalah konsep atau intipati utama


sesuatu penulisan.
Idea boleh datang dengan pelbagai bentuk, antaranya: audiensan,
perbualan dan pengalaman. Oleh itu penulis perlu melakukan
perkara-perkara berikut agar tidak keputusan idea:

Membaca
Ikuti penulis berpengaruh di media sosial yang mempunyai nic
yang sama dengan anda dan perhatikan topik yang dikupas. Baca
juga akhbar agar cakna isu semasa. Lazimnya, anda perlu baca
sekitar sepuluh(10) atau lebih artikel sebelum mendapat satu(1)
idea untuk menulis.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 17 Perubatan & Rehabilitasi
Bersosial
Perbualan, sama ada di media sosial atau pun bersemuka
adalah cara yang baik untuk mendapat cerita, pandangan,
maklum balas serta persoalan daripada perspektif kedua. Ini
semua sumber idea, jadi banyakkan berinteraksi dengan orang
pelbagai latar.

Aktiviti Luar
Menjadi penulis tidak bermakna anda perlu berada di hadapan
komputer atau di meja tulis sepanjang masa. Anda perlu keluar
rumah, mengalami, selami dan dalami kehidupan untuk faham
aspirasi masyarakat. Barulah anda mampu menulis sesuatu yang
dekat di hati mereka.

Buat Catatan
Perkara penting setelah lakukan aktiviti-aktiviti ini adalah buat
catatan, sama ada dalam buku,
aplikasi telefon atau
storan awan(cloud storage). Kadangkala inspirasi
menulis tidak terus datang pada masa idea yang timbul ketika
aktiviti dilakukan, tetapi di masa akan datang.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 18 Perubatan & Rehabilitasi
Idea ini ibarat benih, dan mencatat idea itu ibarat menyemainya.
Jika kita semai benih hari ini, esok lusa apabila keadaan sesuai, ia
akan bercambah. Begitulah juga idea kita yang catat, ia akan
bercambah bila keadaan sesuai nanti.

Konten
Sesebuah idea harus dikembangkan dengan baik menjadi satu
pakej pengisian yang berkualiti, menarik dibaca, serta mempunyai
nilai kongsi yang tinggi.

Anda perlu menulis dengan sasaran agar hantaran anda akan


memberi sesuatu nilai yang baik, dan boleh dimanfaatkan oleh
kepada audiens. Barulah hantaran itu ada nilai kongsi yang tinggi.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 19 Perubatan & Rehabilitasi
Nilai Kongsi
Nilai kongsi bermaksud nilai baloi sesuatu untuk di kongsikan.
Lebih tinggi nilai kongsi sesuatu hantaran, maka lebih tinggi
kebarangkalian para audiens akan tekan butang kongsi (share).

Mengapa jumlah perkongsian (share) sesuatu


hantaran itu penting?
Hanya apabila hantaran anda dikongsi oleh ramai orang, profil
anda akan mendapat pendedahan kepada kelompok para audiens
baru yang lebih luas. Secara tidak langsung meningkatkan
peluang anda mendapat pengikut yang baharu.

Bagaimana menulis hantaran tinggi nilai kongsi


dan berkualiti?
Hantaran yang mempunyai tinggi nilai kongsi adalah hantaran
yang mengandungi satu atau lebih elemen-elemen berikut:

1 Pendidikan
Konten memberi ilmu dan
inspirasi.
Contoh: penjelasan isu kesihatan serta, tutorial
baiki kereta, resepi masakan, nasihat suami-
isteri, tip kewangan, dsb.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 20 Perubatan & Rehabilitasi
2 Hebahan
Konten pemberitahuan sesuatu
yang bermanfaat.
Contoh: Permohonan sumbangan, iklan peluang
pekerjaan, pengesyoran restoran, karnival jualan
murah, dsb.

3 Hiburan
Konten santai yang memberi
kesenangan hati.
Contoh: cerpen(seram, drama, komedi, dsb),
persembahan komedi, lirik dan klip video lagu,
filem pendek, dsb

4 Ulasan
Konten berkenaan pendapat
anda seputar isu semasa.
Contoh: pendapat yang disokong fakta sahih
berkenaan drama, filem, lagu, serta isu dalam
dan luar negara.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 21 Perubatan & Rehabilitasi
Pengisian
Umumnya, ada empat(4) komponen yang menentukan kualiti
pengisian sesuatu hantaran yang ditulis. Setiap hantaran perlu
ada semua komponen itu, iaitu:

1 Informasi / Fakta / Maklumat


Pastikan fakta yang dikemukakan
adalah lengkap, terkini dan sahih.
Menyebarkan maklumat salah atau palsu
mencalarkan kredibiliti anda sebagai seorang
penulis.

Contoh: anda ingin ulas dan hebahkan


keenakan makanan sebuah sebuah gerai di
sebuah gerai. Anda haruslah meletakkan
alamat(lokasi) lengkap dan terkini gerai
tersebut. Barulah ia memberi manfaat kepada
audiens.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 22 Perubatan & Rehabilitasi
2 Laras / Lenggok Bahasa
Gunakan laras dan lenggok
bahasa yang sesuai dengan
audiens sasaran. Pastikan bahasa,
mudah difahami, santai, sesuai dengan tahap
pendidikan kebanyakan orang, dan bernada
neutral.

Contoh: jika menulis sesuatu yang agak teknikal


untuk orang awam, elakkan guna istilah terlalu
saintifik atau perkataan sukuan(negeri/bangsa).
Elak juga perkataan yang kelihatan angkuh atau
mengajar-ajar.

3 Emosi / Perasaan / Jiwa


Menunjukkan emosi bukan setakat dengan satu
perkataan, tetapi menggunakan ayat
gambaran yang boleh
dibayangkan keadaan dan
perasaannya oleh audiens.
Contoh: Marah ditulis dengan gambaran —
“Meletup-letup jantung dalam dada. Bahang
naik sampai ke telinga. Namun kerana perlu
kekal profesional, aku simpan amarah aku
dalam kepalan tangan dan ketapan gigi.”

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 23 Perubatan & Rehabilitasi
4 Impak / Kesan / Nilai Positif
Pastikan hantaran mempunyai
pengajaran dan ilmu yang
memberi impak kepada audiens.
Audiens sentiasa dambakan input-input yang
boleh menjadikan diri mereka lebih baik.

Contoh: hantaran yang berkisar tentang


kepincangan kekeluargaan adalah konten
negatif, tetapi ia boleh dilihat sebagai konten
positif jika diakhiri dengan cara-cara untuk
untuk mengelakkan masalah itu daripada terjadi
pada keluarga sendiri.

Selain 4 komponen tadi, ada beberapa lagi komponen


opsyenal(pilihan) yang boleh dimasukkan ke dalam hantaran
untuk menambah nilai dan keberkesanan hantaran tersebut, iaitu:

5 Tajuk / Pendahuluan / Headline


Komponen ini opsyenal kerana ada penulis
berpendapat ia perlu untuk menarik minat
pembaca, manakala ada penulis yang
berpendapat tajuk akan membuatkan hantaran
jadi tidak santai.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 24 Perubatan & Rehabilitasi
Anda boleh praktikkan kedua-dua fahaman ini! Boleh sahaja
letakkan tajuk pada hantaran yang difikirkan sesuai, dan
meninggalkannya pada hantaran santai.

Jika anda ingin letakkan tajuk, anda boleh gunakan formula yang
dinamakan Formula Tanda Baca:

Tanda Pagar (#)


Tajuk Mengandungi Frasa Viral

Andainya isu pengangguran sedang hangat diperkatakan di media


sosial, anda boleh tulis hantaran dengan konten dan tajuk yang
berkaitan isu berkenaan, contoh:

“Anda Tak Akan Jadi Penganggur Jika Tahu 10


Rahsia Ini.”

Tanda Seru (!)


Tajuk Mencetuskan Cemas atau Panik

Isu pengangguran bukan sahaja boleh memberi kesan kepada


audiens belum bekerja, malah audiens bekerja juga. Tulis konten
dengan tajuk mencemaskan, contoh:

“20,000 Hilang Pekerjaan Tahun Ni! Jangan Jadi


Mereka!”

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 25 Perubatan & Rehabilitasi
Tanda Soal (?)
Tajuk Menimbulkan Persoalan dan Keraguan

Tajuk menimbulkan persoalan dan keraguan.Semua soalan pasti


perlukan jawapan, jadi lontarkan soalan untuk tarik perhatian
pembaca. Terutamanya jika soalan itu dikaitkan dengan diri
mereka, contoh::

“Adakah Anda Memiliki Ciri-Ciri Bakal


Penganggur?”

6 Call-To-Action (Ajakan
Bertindak)
Sepertimana isu penggunaan tajuk, sebahagian
penulis media sosial yang menggalakkan
penggunaan call-to-action(CTA) manakala
selebihnya menganggap CTA sebagai terlalu
mendesak.

CTA adalah ajakan untuk audiens


bertindak melakukan sesuatu
atau memberi respon segera.
Contoh penggunaan CTA dalam hantaran:

“Follow saya untuk dapatkan resepi masakan


yang padu!”
“Tekan butang share agar lebih ramai
mendapat manfaat!”
”Klik pautan di bawah untuk tempah produk ini
sekarang!”
Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin
Penulisan Viral di Facebook 26 Perubatan & Rehabilitasi
Ada audiens memerlukan dorongan untuk bertindak, jadi hantaran
yang mempunyai CTA boleh mempengaruhi audiens begini.

Ada audiens tidak selesa disuruh dan diarah, jadi CTA dalam
hantaran boleh menyebabkan audiens begini menjauhkan diri.

Jadi, jika anda menggunakan CTA, pastikan ayatnya bersifat


ajakan, bukan mengarah.

7 Visual/Gambar/Video
Di Facebook, konten utama adalah penulisan
tetapi anda boleh digunakan gambar jika ianya
membantu menambah nilai pada hantaran
anda.

Jika penulisan anda berbentuk


penceritaan(storytelling), material yang sesuai
adalah gambar atau video kandid. Gabungan ini
memberi tanggapan cerita anda itu benar dan

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 27 Perubatan & Rehabilitasi
bukan dibuat-buat. Kisah benar lebih disukai
audiens.

Jika penulisan anda berbentuk artikel, gambar


atau video yang sesuai adalah gambar
infografik. Infografik membantu audiens faham
informasi dan ia memberi tanggapan bahawa
penulis mahir dengan fakta yang
dipersembahkan.

Apapun, utamakan hantaran


berbentuk teks kerana medan visual
adalah di Instagram dan Youtube, bukan di
Facebook. Di Facebook ini teks masih
mendominasi.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 28 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 5
Penceritaan vs Artikel

Penceritaan (Storytelling)
Jika anda ingin bersosial dengan orang rakan-rakan cara paling
santai dan seronok adalah melalui bercerita. Tidaklah anda jumpa
kawan di kafe atau warung, kemudian membuat pembentangan,
atau berpidato, kan?

Begitu juga di sosial media, kerana ia adalah wadah bersosial, dan


cara paling efektif bersosial tetap juga dalam bentuk penceritaan.
Bezanya, media sosial membenarkan kita bercerita kepada lebih
ramai orang.

Buat penulis baru, teknik penceritaan adalah teknik yang


paling berkesan untuk mula membina pengikut dan pengaruh.
Audiens suka mengikuti penulis yang gemar bercerita perkara-
perkara yang dekat di hati mereka.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 29 Perubatan & Rehabilitasi
Mengetahui hal ini, anda perlu menggunakan penceritaan
walaupun untuk menyampaikan sesuatu yang serius atau sarat
fakta. Paling tidak, mulakan hantaran dengan penceritaan,
kemudian baru ubah kepada bentuk penyampaian lain.

Contoh: Seorang doktor yang ingin mendidik audiens di kalangan


ibubapa tentang gelaja batuk. Beliau harus menulis hantaran
dengan gaya penceritaan seperti berikut:

Dr. Chaku
Just now

“Doktor, anak saya ulang-ulang


batuk! Dah sebulan. Kenapa, ya?”

Merisaukan! Kebelakangan ni ramai


ibubapa yang bawa anak-anak ke
klinik sebab batuk berulang-ulang.
Minggu ni sahaja dah 5 orang. Baik
sekejap, kemudian batuk semula.
Ibubapa mula resah, anak tak dapat
fokus belajar.

Ada banyak sebab mengapa anak-


anak batuk, tak baik-baik. Entah-
entah tuberkulosis(TB)! Bahaya tu!
Jadi ibubapa perlu tahu perkara-
perkara berikut tentang gejala batuk
agar anak-anak boleh cepat baik.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 30 Perubatan & Rehabilitasi
Gaya penceritaan begini amat disukai oleh audiens wanita. Ia
santai dan memberi ruang kepada anda bermain dengan emosi.
Manfaatkan gaya penceritaan untuk tarik perhatian audiens
wanita.

Artikel Teknikal

Artikel adalah gaya penulisan teknikal yang


memberi fokus kepada pembentangan dan
penerangan fakta. Ia biasanya lebih formal dan ditulis
untuk terbitan majalah, laman web, akhbar, atau buku teks.

Namun ada ketikanya, hantaran berbentuk artikel yang


memaparkan fakta boleh mendapat sambutan yang baik daripada
audiens di media sosial. Walaupun begitu, tidak semua penulis
sesuai yang menulis gaya ini mendapat hasil yang diharapkan.

Gaya penulisan ini lebih berkesan buat penulis sudah


berpengaruh, iaitu yang mempunyai jumlah pengikut(followers)
melebihi 25,000 orang, atau penulis yang mempunyai kredibiliti
serta kelayakan formal atau kepakaran untuk menulis sesuatu
artikel yang teknikal.

NEWS

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 31 Perubatan & Rehabilitasi
Mengetahui hal ini, adalah baik jika anda memilih nic dan
penjenamaan diri berdasarkan profesion atau kelayakan formal
anda. Ia memberi anda kredibiliti untuk anda menulis hal
berkaitan profesion anda.

Contoh: Seorang doktor yang ingin mendidik audiens di kalangan


ibubapa tentang gejala batuk. Beliau boleh menulis artikel yang
agak teknikal tetapi ringkas dan padat seperti ini:

Dr. Chaku
Just now

ANAK BATUK LEBIH SEBULAN? AWAS,


ITU MUNGKIN KANSER!

Batuk adalah gejala yang berlaku


akibat gangguan pada salur
pernafasan atas, bawah atau kedua-
duanya. Gejala batuk ini lazimnya akan
pulih dalam masa beberapa 3-7 hari.
Batuk yang berlarutan sehingga
satu(1) bulan boleh disebabkan oleh
masalah kesihatan yang serius
seperti:

● Asma tidak terkawal

● Pneumonia (jangkitan kuman


pada paru-paru)

● Tuberkulosis (batuk kering)

● Kanser paru-paru

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 32 Perubatan & Rehabilitasi
Apapun, tidak salah jika anda ingin bereksperimentasi dengan
penulisan artikel. Artikel sangat berkesan kepada audiens lelaki,
dan mereka yang mempunyai corak pemikiran objektif.

Langkah 6
Sensitif Masa vs
Malar Segar

Sensitif Masa (Time Sensitive)


Mengulas isu semasa yang hangat dengan
baik, boleh menjadikan hantaran anda
menjadi viral, dan kemudian memberi pulangan dalam
bentuk pengikut baru. Ini sesuatu yang sering dilakukan oleh
penulis untuk melebarkan pengaruh.

Selain itu, hantaran jenis hebahan yang mempunyai komponen


yang lengkap yang viral akan menaikkan sambutan dan populariti
perkara yang dihebahkan. Ia sangat berpengaruh untuk
mengiklankan perniagaan, kempen, pesta, penulis, produk dan
sebagainya.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 33 Perubatan & Rehabilitasi
Namun begitu, hantaran seperti ini bersifat sensitif masa. Ia
hanya berkesan jika ia ditulis dan muat naik pada masa serta
situasi yang tepat. Anda kena peka dengan permintaan dan
kehangatan isu semasa. Jika terlepas peluang keemasan itu,
maka hantaran tidak akan menjadi.

Menjadi yang pertama mengulas tidak menjamin hantaran anda


akan menjadi viral dan berpengaruh. Jadi tak perlu kejar untuk
jadi yang pertama. Tulis ulasan atau hebahan dengan lengkap.
Pastikan fakta yang dikemukakan adalah tepat serta sahih. Itu
lebih penting.

Malar Segar (Evergreen)


Hantaran berbentuk inspirasi, pendidikan
(penceritaan atau artikel) dan hiburan paling berkesan
jika ada isu semasa yang berkaitan, namun jika terlepas masa
hantaran itu masih boleh mendapat sambutan yang baik. Malah
boleh diulang siar lagi di masa akan datang.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 34 Perubatan & Rehabilitasi
Hantaran begini malar segar, bermakna dengan sedikit kemaskini
berkala ia boleh relevan sepanjang masa. Kemaskini hanya perlu
dibuat jika ada penemuan baru yang bercanggah dengan fakta
sebelum ini, atau ada penambahan baru yang signifikan.

Ulang siar hantaran sendiri, sama ada kongsi semula(reshare)


atau terbit semula(republish) yang malar segar tidak menjadi
masalah kerana jumlah pengikut meningkat, jadi ada
kemungkinan pengikut baru belum pernah baca hantaran
tersebut.

Anda boleh ulang siar sesuatu hantaran malar


segar setelah setelah dua(2) tahun, atau
apabila berlaku isu semasa yang berkaitan
dengan konten hantaran berkenaan. Hantaran
konten inspirasi adalah hantaran paling malar segar dan boleh
memberi impak tinggi.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 35 Perubatan & Rehabilitasi
Langkah 7
Penglibatan &
Pemasaan

Penglibatan (Engagement)
Facebook ni sosial media, jadi perlulah kita gunakan ia
sepertimana tujuan ia direka iaitu bersosial. Di Facebook cara
bersosial adalah kongsi dan memberi reaksi pada hantaran, dan
membalas komen di ruangan komentar atau di Facebook
Mesengger.

Ini dipanggil penglibatan(engagement). Semakin tinggi


penglibatan anda dengan audiens, semakin tinggi penglibatan
audiens terhadap hantaran anda.

1 Reaksi (Reaction)
Ada lima(5) iaitu— like, love, haha, sad,
angry. Ia secara umum mengukur tahap
penerimaan audiens terhadap hantaran. Namun
ia tidak boleh digunakan secara objektif kerana
kadangkala audiens memberi reaksi yang tak
benar-benar melambangkan apa perasaan

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 36 Perubatan & Rehabilitasi
mereka kerana ada audiens yang memberi
reaksi tanpa membaca hantaran sepenuhnya.

Reaksi juga boleh diberi pada komen audiens di ruangan


komentar hantaran anda. Anda digalakkan memberi respon pada
komen audiens, setidak-tidaknya dengan memberi reaksi tanda
anda ambil maklum atau baca komen mereka.

2 Komen (Comment)
Ruangan komentar adalah ruang
untuk anda berkomunikasi dua
hala dengan audiens. Cara anda ramah
membalas komen, melambangkan peribadi
anda sebenar. Jika anda kerap kongsi hantaran
yang bermanfaat, tetapi di ruangan komen, anda
gemar menggunakan bahasa yang ofensif,
maka kredibiliti anda akan tercalar. Jadi balas
komen dengan berhemah.

Jika berkesempatan, balas setiap komen di ruangan komentar


hantaran anda, Kecuali komen provokasi atau negatif. Anda boleh
pilih untuk abaikan, atau padam sahaja komen begitu. Jangan
biarkan ruangan komen dicemari hal negatif.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 37 Perubatan & Rehabilitasi
3 Kongsi (Shares)
Hantaran yang tinggi nilai kongsi akan dikongsi
oleh audiens. Perkongsian hantaran kita oleh
audiens itu akan meluaskan penyebaran dan
capaian hantaran serta profil kita kepada
audiens dari kelompok baharu. Ia akan
membantu kita menarik pengikut baharu. Ini
cara paling mapan dan lestari untuk membina
lebih ramai pengikut.

Bayangkan ia seperti sebuah pengiklanan untuk profil kita. Seperti


anda tahu, pengiklanan kosnya tinggi, tapi dengan pengiklanan
melalui begini adalah percuma dan berlaku secara alami tanpa
paksaan.

Pemasaan (Timing)

Memuat naik hantaran pada masa yang sesuai penting bagi


memastikan capaian hantaran dapat dimaksimakan. Audiens
tidak berada di Facebook sepanjang masa, jadi perlu tahu waktu-
waktu puncak di mana kebanyakan audiens sedang berada di atas
talian.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 38 Perubatan & Rehabilitasi
Berikut adalah masa sesuai untuk memuat naik hantaran:

1 Pagi (7.00-8.00 AM)


Ketika ini ramai orang sedang
bersarapan atau baru tiba di
tempat kerja. Lazimnya ketika bersarapan
atau sebelum mula bekerja, orang akan
membuka media sosial. Waktu seperti ini tidak
ramai orang yang memuat naik hantaran, jadi
jika anda memuat naik hantaran pada masa ini,
peluang hantaran dilihat lebih tinggi.

2 Tengah hari (12.00-1.00PM)


Waktu tengah hari begini, orang
makan dan rehat. Memeriksa media
sosial menjadi kemestian sebelum mula masuk
kerja semula. Di waktu begini, hantaran yang
ringkas dan padat paling berkesan, kerana
audiens mempunyai masa yang suntuk.
Hantaran berbentuk jualan dan hebahan juga
sesuai pada waktu begini.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 39 Perubatan & Rehabilitasi
3 Malam (8.00-11.00PM)
Ini waktu santai. Kebanyakan
orang sedang tenang bermalas-
malasan di rumah. Waktu begini sesuai
muat naik hantaran penceritaan sarat emosi,
atau hebahan. Oleh kerana ramai di rumah,
suami isteri boleh berbincang tentang nasihat
rumah tangga yang anda kongsi, restoran yang
anda syorkan, tip kewangan keluarga, dsb.

Selain itu, jika anda muat naik hantaran pada masa yang
konsisten setiap hari, pengikut anda akan sentiasa menunggu
hantaran baharu anda. Contohnya, setiap hari anda muat naik
hantaran jam 9.00 malam, maka pada sekitar masa tersebut,
pengikut anda akan pergi ke profil anda untuk periksa hantaran
baharu anda.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 40 Perubatan & Rehabilitasi
Akhir Kata

Banyak ilmu yang perlu ditimba dan diamalkan untuk membina


pengaruh. Ia bukan usaha sekelip mata. Ia akan memerlukan
pengorbanan masa, buah fikiran dan tenaga.

Namun ia tak mustahil. Anda cuma perlu konsisten usahakannya


dan tidak mudah mengalah.

Apabila anda jadi orang berpengaruh di sosial media, anda


kena jadi orang yang mudah didekati, disapa
dan ditegur. Ramai orang yang dah berpengaruh jadi pantang
ditegur bila buat kesilapan.

Pengaruh di sosial media ni boleh memberi


manfaat pada diri dan orang ramai, namun ia
juga boleh merosakkan diri dan orang ramai
juga.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 41 Perubatan & Rehabilitasi
Pengaruh adalah kuasa, dan kuasa ni ibarat pisau. Betul anda
gunakannya, maka eloklah hasilnya. Salah anda guna, maka
tanggunglah dosanya.

Mohon padaNya agar kita semua sentiasa terpelihara daripada


sifat-sifat keji.

Jangan lupa untuk menjadi manusia, kerana audiens selesa


mengikuti manusia yang punyai kehidupan, bukan seornag duta
yang hidupnya terlalu kaku dan ideal.

Sekali sekala belanjalah gambar swafoto, bergurau, dan sedikit


berkenaan aktiviti kehidupan. Itu buat anda jadi lebih insani dan
disenangi.

Semoga bermanfaat.

Ikhlas,

Kamarul Ariffin Nor Sadan

ikuti Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

www.facebook.com/chaku

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 42 Perubatan & Rehabilitasi
Tips pantas

9
Langkah
Menulis
Gaya Dr. Kamarul Ariffin
di

1
Sediakan nama profile sebenar atau
nama pena yang sesuai

2
Pemilihan gambar profile yang sesuai

3
Tetapkan aturan (settings) profil

4
Tetapkan bentuk format penulisan

5
Pilih nic(niche) untuk topik penulisan
dan Penjenamaan Diri

6 7
Tentukan Idea dan Tentukan bentuk penulisan,
konten penulisan Penceritaan atau Artikel

8 9
Tentukan penulisan Pastikan
Sensitif Masa atau engagement & timing
Malar Segar setiap hantaran
terjaga

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 43 Perubatan& Rehabilitasi
Apa info dan formula berguna yang saya dapat daripada
naskhah ini?

Info dan formula berguna yang akan saya amalkan pada


penulisan di Facebook saya nanti adalah :

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 44 Perubatan & Rehabilitasi
Mulai hari ini saya akan konsisten :

“Ilmu yang tak diamalkan


umpama stetoskop tanpa
doktornya.“

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Kamarul Ariffin


Penulisan Viral di Facebook 45 Perubatan & Rehabilitasi

Anda mungkin juga menyukai