Anda di halaman 1dari 23

dr.

azizul azli ahmad


Kewangan dan Hartanah
181,000 followers
F O RM ULA R A H SIA
PERSONAL BRANDING
&
penulisan viral
di

Hakcipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam naskhah Formula Rahsia Personal
Branding & Penulisan Viral di Facebook ini dilindungi hakcipta dan
TIDAK DIBENARKAN untuk diterbitkan semula, disebarkan, dijual,
dikongsi atau diberikan kepada pihak lain kecuali mendapat
keizinan rasmi daripada pihak penerbit ProParenting Resources.

Barang dan produk yang berbentuk digital berbeza dengan barang


yang berbentuk fizikal kerana barang fizikal yang dikongsi oleh 2
orang, tetap dikira sebagai 1 unit tetapi barang digital akan dikira
sebagai 2 unit jika dikongsi oleh 2 orang.

Terima kasih kerana menjaga amanah dan hakcipta naskhah ini.


mu tak
Jika usia yamai
en
mampu m , maka
usia dunia Menulis
h.
menulisla kamu
kenalkan an
didunia d almu
an am
panjangk t kelak.
di akhira

Dr. Azizul Azli Ahmad


Hartanah & Kewangan
Followed by

181,000
People on Facebook
Saya mula menulis di sosial media ini sewaktu sambung
pengajian PhD dengan UM. Masa banyak dalam bilik belajar
adakalanya bosan dengan bahan bacaan yang sama. Kajian
saya tentang senibina Islam, khususnya masjid masjid
tradisional Alam Melayu.

Saya pernah tinggal juga di Jawa selama 2 tahun buat kajian


lapangan waktu program sarjana sebelumnya.

Suatu hari isteri saya hadiahkan sebuah buku tentang kisah


seorang anak yang kecewa. Bapaknya pandai bijak bergaya dan
menjadi tokoh masyarakat.

Bapaknya memiliki Ph.D dan menjadi pendidik di negerinya.


Malangnya kehidupan bapaknya berakhir dengan kemiskinan
sebagai penjual aiskrim.

rim... Aiskr
isk im...
A
krimku.. k
ais Huk, hu
h
lila
Be

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 1 Hartanah & Kewangan
Saya terasa dengan kisah dari buku ini kerana waktu yang sama
saya sedang siapkan thesis pengajian Ph.D saya di Universiti
Malaya, apakah aku juga akan menjadi sepertimana kisah dalam
buku itu.

Saya sedar, saya tiada simpanan yang cukup. Duit selalu cukup-
cukup dan saya ada kerja partime lagi dengan mengajar sambilan
di kolej swasta.

Tetapi wang tetap tidak pernah cukup.

Sa
Ins ya
a f! menBguku itu b
sayaubah caer rjaya
Wang tenta a ber
tetap bukan ng wangfikir
i h ri sega
perla ini se lany.a
ukan galan ,
wang ya
.

Saya mula belajar,


hadir kursus, ambil exam,
belajar jadi pelabur dan paling istimewa saya berjaya
beli 6 rumah dalam masa setahun.

Saya mula pasang impian, jika boleh beli 6 kediaman setahun.


Pastinya, saya boleh sasarkan lebih lagi.

Saya tulis dalam komputer saya cantik cantik impian saya.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 2 Hartanah & Kewangan
a m e st i ad a
S ay

4 0nah
H a rta
usia
sebelum
!
40 tahun

Saya catat dan letakkan besar besar dalam bilik study saya waktu
itu.

Waktu itu usia telah cecah 35 tahun. Pada saya tiada yang
mustahil jika kita betul betul faham dan tahu menguruskan
dengan baik.

Saya bermula dengan modal RM2,000 sahaja simpanan saya.


Semua peserta seminar saya saya ceritakan kisah ini. Bagaimana
saya sebagai pensyarah yang hanya ada RM2,000 sahaja
simpanan waktu itu, malu gile kau!!!.

Sebab itu hartanah pertama saya beli pada harga RM16,000


sahaja. Modalnya cuma RM1,600 sahaja!

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 3 Hartanah & Kewangan
Bila semuanya lancar, saya beli rumah cantikkan kediaman ini
dan mula sewakan.

Saya buat strategi sendiri, saya nafikan teori hartanah


lama bahawa lokasi, lokasi, lokasi yang selama ini menjadi
mentera hartanah tidak laku lagi sebenarnya.

Saya buat strategik baru dan saya pernah bentangkan di beberapa


seminar besar termasuk di fakulti saya.

Stategik baru ini menjadikan saya berjaya kumpul hartanah


dengan lebih baik dan banyak.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 4 Hartanah & Kewangan
Kemuncak dalam tempoh 5 tahun menjadi pelabur, saya berjaya
penuhi permintaan isteri saya untuk jadi suri rumah sepenuhnya.
Beliau merupakan penjawat awam di Kementerian Kewangan.
Kami satu fakulti waktu mengaji sama sama dulu, maklumlah
gatal sangat nak bercinta. Maka saya jatuh hati padanya.

Saya yang gatal minat kat dia dulu, kalau dia tak suka saya.
Mungkin sampai sekarang hidup saya hidup menduda.

Dalam tempoh 5 tahun banyak perubahan hidup saya. Saya mula


ada keinginan untuk kongsikan apa saya lalui di media sosial.

Zaman ini, bukannya zaman motivasi lagi pada saya. Zaman


ini adalah zaman inspirasi. Saya mulakan perkongsian
apa yang saya buat di facebook secara serius pada tahun 2015.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 5 Hartanah & Kewangan
Bagaimana saya bermula membeli banyak hartanah dan strategik
saya gunakan untuk mendapat kepercayaan bank, dapatkan
penyewa dan gandakan simpanan yang ada.

Jika pada usia 35 tahun saya bermula, sebenarnya agak lewat


dan saya boleh penuhkan impian saya dalam masa 5 tahun.

Bagaimana jika saya bantu anak muda agar lebih awal bermula.
Jika saya yang usia 35 tahun waktu itu berjaya himpun beberapa
hartanah, makaimpian saya agar anak muda
memiliki hartanah lebih awal dari saya
sebenarnya. Mereka pasti lebih senang dan berjaya di masa
depan.

Kesedaran saya lewat, maka impian saya agar orang muda ada
kesedaran lebih awal dari saya.

Maka saya bermula. Ini apa yang saya lakukan.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 6 Hartanah & Kewangan
Langkah 1
Gambar Profil

Pastikan wajah kita jelas, jika sampai nampak lubang


hidung itu baik. Saya suka melihat profile gambar orang yang
nampak penuh wajahnya.

Bagi orang yang terlibat dalam bidang profesional, gambar yang


sesuai adalah ‘smart kasual’ pada saya.

Jangan terlalu formal. Ini sosial media bukan resume


kerja.

Gambar jelas ini akan tambah keyakinan orang terhadap kita.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 7 Hartanah & Kewangan
Semakin misteri wajah kita sebab faktor kurang cahaya atau
terlindung oleh teknik fotograpi semakin sukar kepercayaan
dibina.

Meletakkan gambar pasport juga tidak sesuai pada saya ia


kelihatan seperti terlalu kaku untuk berkomunikasi.

Langkah 2
Masa Menulis

Saya mula menulis seawal jam 6 pagi sebenarnya. Waktu


awal dulu jika lihat pos saya tahun 2015 sebelum suboh saya
dah poskan status untuk bacaan.

Semakin lama saya belajar, status yang sihat dan capai


audien yang baik bermula jam 8-10 pagi dan antara jam
7-9 malam.
Oleh kerana saya masih lagi bekerja dan perlu fokus juga pada
mahasiswa saya. Saya hanya tulis satu status panjang pada
jam 7-8 pagi.

Masa Masa
Untuk update Untuk update
Status FB Status FB

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 8 Hartanah & Kewangan
Saya menulis satu status pada waktu begini tanpa
pernah
tertinggal selama 3 tahun sebanyak 1095
tulisan!
Tetapi akhirnya saya sedar, saya ada lebih dari 3257 tulisan yang
saya himpunkan dalam note tulisan saya. Semua tulisan saya
saya tuliskan dalam note sebelum saya masukkan kedalam
facebook. Ia sebagai rekod catatan saya. Buangkan rasa malu dan
menulislah untuk sebarkan ilmu.

Rupanya menulis secara konsisten ini menjadikan kita sangat


bagus dan tajamkan cara berfikir.

Saya dilamar oleh beberapa rumah penerbitan buku kerana


mereka berminat dengan tulisan saya.

Status yang baik akhirnya boleh dihimpunkan menjadi sebuah


buku. Nah! Mulai sekarang belajarlah menghasilkan tulisan atau
status yang baik untuk dihimpunkan menjadi senaskah buku
hujung tahun ini kawan.

3257
3
tahun
1095
Status FB
sudah ditulis
tulisan
Dalam
masa simpanan
menulis nota

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 9 Hartanah & Kewangan
Langkah 3
Pakarkan diri,
Pasarkan diri

Topik tulisan saya adalah berkenaan kewangan dan hartanah.


Saya lebih minat topik hartanah kerana saya ingin kongsikan
kepada umum bagaimana memiliki hartanah.

Ramai beranggapan hartanah adalah mahal hakikatnya jika kita


bijak, modal memiliki hartanah boleh jadi sangat minimum.

Oleh kerana hartanah dan kewangan adalah sesuatu yang sangat


'dry' dan membosankan. Maka saya perlu cari jalan agar
penulisan status tidak membosankan.

Saya masukkan karektor 'gegadis' agar pembaca lelaki minat


untuk membeli hartanah untuk tawan hati gadis. Waktu ini
pembaca lelaki masih memonopoli pengikut saya di facebook.

Selama ini kita hanya ingin membeli kereta untuk tawan hati
wanita. Dengan hartanah juga boleh jika kita tahu caranya.

Saya mencari sisi lain tulisan agar tidak


membosankan tentang topik yang berat iaitu
kewangan.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 10 Hartanah & Kewangan
Langkah 4
Menulis Secara
Konsisten

Pasang impian untuk terus menulis dan pastikan facebook kita


menjadi Chanel TV pilihan pembaca sewaktu mereka melayari
media sosial.

Sediakan bahan bacaan dan konten yang baik selaras dengan


kepakaran kita.

Pentingnya membina kepakaran ini kerana dengan selalu menulis.


Kita akan dilihat sebagai pakar dalam topik
itu.
Hasil penulisan saya dalam bidang hartanah menjadikan saya
seringkali dijemput
oleh pemaju pemaju besar
untuk review hartanah mereka atau menjadi
jurucakap projek hartanah mereka.
Antara pemaju yang pernah mengundang saya kesan dari
penulisan di facebook adalah Mah Sing Group, Land Pacific,
MKLand Berhad, MTC Cyerber South, Lake Front View, PKNS,
PKNP, TTDI Development, IJM Land, Sime Darby Property, SP
Setia Berhad, Sunway, Eco World, IOI Property.

Semua ini menjana wang besar buat kita kawan sebenarnya. Saya
sendiri tidak pernah menjangkakan bahawa dengan bermula
hanya 'main main menulis' di ebook untuk mendidik anak muda
agar memiliki hartanah akhirnya membeli pulangan yang baik.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 11 Hartanah & Kewangan
Langkah 5
Cari ilmu dan
Belajar dengan pakar

Bagi menjadikan kualiti tulisan baik dan menguasai media


sosial, saya juga menghadiri
beberapa kelas untuk
belajar menulis konten yang baik dan sihat.

Ada kelas berbayar dan ada kelas percuma yang saya hadiri. Saya
percaya dengan belajar melalui seminar dan buku buku akan
membantu kita dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti
dan baik.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 12 Hartanah & Kewangan
Langkah 6
Cipta Jenama Sendiri

Selain mengunakan nama penuh saya sebagai jenama. Saya juga


mengunakan nama ‘Abah Qilah’ sebagai jenama lebih mesra
dan mudah diingati.

Qilah adalah anak kecil saya dan saya rasa ia akan jadi lebih dekat
dan mesra dengan pembaca.

Semakin formal tulisan kita, ia akan menjarakkan kita dengan


pembaca kita. Topik
kewangan dan hartanah
adalah topik formal dan membosankan. Ketika
awal penulisan saya, apa yang saya perhatikan hampir 70%
pembaca saya adalah lelaki dan peratusan lelaki yang minat dan
melabur adalah lebih tinggi berbanding wanita.

Tahun berikutnya, saya mula wujudkan watak Aqilah dalam


penulisan saya, kisah kehidupan anak kecil ini saya masukkan
dalam catatan saya di facebook. Kesannya luar biasa. Golongan
ibu-ibu dan wanita mula membaca dan ikuti tulisan saya di
facebook.

Mereka sangat mudah tersentuh bila cerita


pasal anak anak kecil ini menjadi bahan
tatapan meraka. Banyaknya kisah anak kecil ini sehingga
saya berjaya bukukan kisah ini dalam buku Rumah dan Orang
Rumah.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 13 Hartanah & Kewangan
Mencipta watak di facebook juga
agak penting kerana ia akan
mengubah audien yang
mengikuti kita nantinya. Selain
itu ia juga menjadi pola pembeli
buku terbesar saya adalah
wanita, mereka lebih minat
membaca.

Langkah 7
Tulislah Dari Hati

Saya kira tulisan yang baik adalah tulisan dari hati kita. Kita
luahkan apa perasaan kita dengan penuh santunnya atas apa
yang sedang berlaku.

Menulis berdasarkan pengetahuan yang kita ada dan kuasai


tulisan tersebut. Sebagai contoh dalam kewangan ada beberapa
aktiviti penipuan atau scam. Maka ambil tanggungjawab untuk
menulis dengan penuh rasa kasih sayang agar orang awam tidak
kena tipu.

Tulislah dengan niat menyampaikan ilmu agar


orang ramai mendapat manfaat dari penulisan kita dengan penuh
kasih sayang. Ingat menulis bukan untuk menempa nama tetapi
menyampaikan ilmu pengetahuan. Jujurnya diawal penulisan
saya, saya langsung tak pedulikan jumlah pembaca saya,yang
penting ilmu yang saya ingin sampaikan akan mendapat manfaat
kepada umum.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 14 Hartanah & Kewangan
Tetapi setiap kebaikkan itu pasti ada balasannya, tulislah dan
kebaikan itu pasti akan kembali pada kita. Dengan menulis di
media sosial saya boleh membuat simpanan lebih dari 6 angka
setiap tahun! Hebat bukan ganjaran yang Tuhan berikan jika kita
sebarkan kebaikan?

Menulislah dengan hati dan kebaikan


bukannya mengejar sebarang ganjaran, itu yang
saya lakukan tujuan untuk mendidik masyarakat agar pintar.

Langkah 8
Respon Pada Isu
Semasa

Oleh kerana topik saya banyak sekitar kewangan dan hartanah,


saya akan respon pada apa sahaja yang berlaku dipersekitaran
kita dalam hal hal melibatkan isu isu perumahan, kementerian,
kewangan, bajet negara, pendapatan isi rumah, gaji graduan ,
kesengaraan hidup, zakat, hibah, suami tak beri nafkah, suami
‘tara guna’ semua saya akan respon sebagai satu ikatan sosial
kepada bidang penulisan saya.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 15 Hartanah & Kewangan
Selain itu untuk mendapatkan idea penulisan saya akan menjadi
pembaca tetap semua website dan page besar melibatkan bidang
saya seperti dalam bidang hartanah saya akan selalu membaca
gilahartanah.com, hartabumi.com dan lain lain.

Mereka membantu saya menjana idea untuk kekal menulis


berdasarkan isu trending semasa yang sedang hangat
diperkatakan.

Langkah 9
Manfaatkan App
Telefon pintar

Selain menghasilkan tulisan yang yang baik dan berkesan pada


hati pembaca,manfaatkan beberapa app telefon pintar agar
tulisan kita menjadi indah dan cairkan jiwa pembaca.

Saya mengunakan app Fontee dan Canva di Play Store


secara percuma. Kedua app ini membantu menghasilkan tulisan
dan status yang baik untuk kita masukkan dan tampal di facebook
kita. Masukkan dalam hp pintar kita, belajar gunakan agar tulisan
kita menjadi lebih meriah dan berwarna warni.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 16 Hartanah & Kewangan
Gambar ini dihasilkan mengunakan app Canva di
telefon pintar kita.

Gambar ini dihasilkan mengunakan app Fontee di telefon


pintar kita. Pengunaan Fontee memberi kesan susunan tulisan
dan kata kata yang baik dan kemas untuk dibaca.

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 17 Hartanah & Kewangan
Tips pantas

9
Langkah
Menulis
Gaya Dr. Azizul Azli
di

1
Sediakan foto wajah jelas untuk profile

2
Tetapkan masa menulis

3
Tentukan topik, tema dan angle penulisan

4
Menulis Secara Konsisten

5
Tambah ilmu dalam bidang penulisan

6
Cipta Jenama Sendiri

7
Cipta watak di facebook

8
Respon Pada Isu Semasa

9
Muat turun App Fontee dan Canva di Playstore

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 18 Hartanah & Kewangan
Apa info dan formula berguna yang saya dapat daripada
naskhah ini?

Info dan formula berguna yang akan saya amalkan pada


penulisan di Facebook saya nanti adalah :

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 19 Hartanah & Kewangan
Mulai hari ini saya akan konsisten :

“Ilmu yang tak diamalkan


umpama cinta yang tak dibalas.“

Formula Rahsia Personal Branding & Dr. Azizul Azli Ahmad


Penulisan Viral di Facebook 20 Hartanah & Kewangan

Anda mungkin juga menyukai