Anda di halaman 1dari 42

taufiq harith kamarul fadli nur aliah azizul khairul khairul

razif faisal ariffin salleh mohd nor azli hakimin ezuwan


nor sadan muhammad

w w w. i m pak vi r a l . com
F O RM ULA R A H SIA
PERSONAL BRANDING
&
penulisan viral
di

Hakcipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam naskhah Formula Rahsia Personal
Branding & Penulisan Viral di Facebook ini dilindungi hakcipta dan
TIDAK DIBENARKAN untuk diterbitkan semula, disebarkan, dijual,
dikongsi atau diberikan kepada pihak lain kecuali mendapat
keizinan rasmi daripada pihak penerbit ProParenting Resources.

Barang dan produk yang berbentuk digital berbeza dengan barang


yang berbentuk fizikal kerana barang fizikal yang dikongsi oleh 2
orang, tetap dikira sebagai 1 unit tetapi barang digital akan dikira
sebagai 2 unit jika dikongsi oleh 2 orang.

Terima kasih kerana menjaga amanah dan hakcipta naskhah ini.


Kehebatan
Pengaruh
Penulisan &
Personal Branding
Di Facebook
Ramai tak tahu sebenarnya kekuatan penulisan di media sosial
terutamanya penulisan di Facebook memberikan impak yang
sangat dasyat.

Pernah Netflix, antara rangkaian 'streaming video' terkemuka


dunia dengan capaian di lebih daripada 130 negara tiba-tiba ingin
menaikkan dan mengubah harga servis mereka. Ianya
membuatkan pelanggan mereka protes secara besar besaran
dengan meninggalkan 82,000 komen yang negatif di media sosial.

Tahu tak apa yang terjadi kepada Netflix selepas itu?

Dalam masa beberapa bulan sahaja, syarikat terbabit kehilangan


800,000 pelanggan yang sedia ada dalam sekelip mata! Itulah
kesan pengaruh media sosial kepada sebuah syarikat gergasi
dunia, apatah lagi pada komuniti kecil kita di Malaysia.

Jeff Bezos, pengasas Amazon dan juga orang nombor 1 paling


kaya di dunia berkata,

- Jeff Bezos

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 1 Pendahuluan
Gary Vaynerchuck, antara seorang pakar Personal Branding di
media sosial dengan kekayaan bernilai $50 million juga berkata,

- Gary Vaynerchuck

Nampak tak betapa mereka tahu kepentingan sebuah Branding?

Survey daripada 2018 CareerBuilder menyatakan bahawa 70%


majikan menggunakan media sosial untuk menyaring calon
pekerja ketika proses pemilihan dan 43% majikan melihat kepada
media sosial pekerja untuk memantau mereka.

Media sosial sudah menjadi IC ataupun pengenalan diri kita


kepada dunia di luar sana. Salah seorang influencer yang menulis
di dalam naskhah ini juga pernah menggunakan pencapaian
beliau di media sosial untuk memohon kerja dan hanya dalam
sekelip mata, beliau diterima bekerja!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 2 Pendahuluan
Majikan mana yang
tak mahu pekerja
dengan
100,000 followers
di Facebook kan?

Mengikut survey yang dilakukan oleh CivicScience mendapati :

Daripada segi pengaruh Influencer Facebook yang mempunyai


Personal Branding yang kuat di Facebook pula, kita boleh lihat ada
Influencer yang mampu mempengaruhi keputusan kerajaan, ada
yang mampu menaikkan jenama sesebuah syarikat dalam masa
yang sangat singkat.

Ada juga yang mampu membuat jualan sehingga 6 angka dalam


masa beberapa minit dan ada yang mampu menyebarkan mesej
kesedaran kepada jutaan rakyat Malaysia dalam masa 1 malam
sahaja tanpa mengeluarkan satu sen pun!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 3 Pendahuluan
Nampak tak betapa hebatnya pengaruh penulis yang mempunyai
Personal Branding yang kuat di Facebook? Pengaruh mereka
mampu mengalahkan kehebatan pengaruh artis dan kehebatan
penulisan viral mereka membuatkan penulisan mereka dibaca
oleh ratusan ribu orang dalam masa yang sangat singkat tanpa
mengeluarkan sebarang kos!

Tak dapat dinafikan lagi, kekuatan penulisan dan jumlah follower


adalah matawang sosial (social currency) terbesar
pada zaman kini.

Mereka yang mempunyai Personal Branding yang kuat di media


sosial bukan sahaja mampu mempengaruhi pembelian yang
dilakukan oleh pengikut mereka, mereka juga sebenarnya mampu
mempengaruhi pengikut dan pembaca mereka secara
keseluruhannya!

Kekuatan dan kehebatan


penulisan kita di media sosial
sebenarnya adalah sejenis
personal presence.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 4 Pendahuluan
Apa itu 'personal presence'?
Perasan tak, biasanya di suatu majlis keramaian, akan ada
seseorang yang apabila dia hadir di tengah tengah majlis maka
semua mata akan tertumpu kepadanya, apabila dia mula
bercakap maka semua mulut akan terdiam seribu bahasa dan
mula fokus kepada butiran kalimat yang keluar daripada mulutnya
dan apabila dia mengatakan sesuatu maka semuanya akan
mengiyakan perkataannya.

Inilah yang disebut sebagai PERSONAL PRESENCE! Dengan


'personal presence' ini :

Seorang
jurujual
akan lebih
dipercayai
pembeli
Seorang Seorang
pekerja bos akan
akan lebih lebih
dihargai didengari

Seorang Seorang
pendakwah awam lebih
akan lebih didengari
disukai Seorang
surirumah pun menteri
komuniti
boleh menjadi
lebih
berpengaruh
daripada
seorang
permaisuri!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 5 Pendahuluan
Apakah yang membuatkan seseorang
itu mempunyai 'personal presence'
yang begitu hebat di Facebook?
Sudah semestinya berdasarkan kehebatan
penulisannya!

Lebih-lebih di platform Facebook yang menggunakan penulisan


sebagai cara dan medium utama untuk berinteraksi.

Personal Presence yang konsisten dan aktif di media sosial inilah


yang disebut sebagai Personal Branding. Ya, ketika mana
orang dah perasan dengan kehadiran kita di media sosial dan
nama kita selalu meniti di bibir dan tulisan mereka, ketika itulah
kita sebenarnya sudah memiliki Personal Brand kita yang
tersendiri!

Personal Branding yang paling


berkesan adalah apabila kita
diingati oleh orang ramai secara
konsisten.

Kalau mengikut
The Marketing Rule of 7
di dalam mazhab dunia
pemasaran,

seorang pelanggan itu perlu


melihat iklan kita sebanyak
7 kali
sebelum mereka membuat
keputusan untuk membeli.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 6 Pendahuluan
Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai jenis iklan dan promosi
sekarang, itulah gunanya Formula Rahsia Penulisan Viral supaya
penulisan dan iklan kita bukan cuma viral sekali sekala tetapi viral
dan dilihat oleh pembaca kita setiap hari setiap masa secara
konsisten!

Manfaat Mengasah
Kemahiran Menulis
Di Facebook
Nak tak kalau anda ditunjukkan cara
bagaimana untuk membuatkan pembaca di
Facebook mengikuti arahan anda seperti :

Membeli Membeli Menggunakan


produk anda Buku anda khidmat anda

Menyebarkan Mengikut
kebaikan ilmu dan semua telunjuk,
idea anda saranan dan
arahan anda
tanpa
banyak bertanya

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 7 Pendahuluan
Sangat mudah sebenarnya. Ini semua cuma memerlukan
pembaca anda itu melalui 3 fasa ini sahaja, iaitu :

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3

Mula mula ni kita kena bagi pembaca di


luar sana TAHU kewujudan kita. Biar
Fasa 1
mereka semua daripada tak kenal kita
siapa menjadi kenal. Kalau boleh, nama
kita pun kita nak mereka hafal!

Kenal sahaja tidak cukup, pembaca

Fasa 2 juga perlu SUKA pada kita. Pembaca


perlu suka dan tertunggu tunggu
untuk tahu perkembangan dan cerita
tentang diri kita.

Suka dan kenal sahaja tidak cukup untuk


membuatkan pembaca membuat pembelian,
Fasa 3 mengikut arahan dan mendapatkan
perkhidmatan kita. Mereka perlu PERCAYA juga
pada kita. Mereka perlu percayakan kredibiliti
dan peribadi diri kita. Untuk mendapatkan rasa
PERCAYA ini memerlukan mereka TAHU dan
SUKA pada kita dulu.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 8 Pendahuluan
Menakjubkan, anda semua tak perlu pening dan sakit kepala
untuk memikirkan ketiga tiga fasa ini jika anda belajar dan
amalkan betul betul Formula Rahsia Personal Branding &
Penulisan Viral yang akan didedahkan di dalam naskhah ini
sebentar sahaja lagi.

Ya, dengan penulisan yang hebat, viral dan berpengaruh, anda


sebenarnya sedang membawa pembaca anda untuk melalui
ketiga tiga proses di atas tanpa anda sedari! Bila pembaca anda
dah melalui ketiga tiga fasa di atas, anda suruhlah mereka buat
apa sahaja, mereka pasti akan ikuti dan turuti.

Itulah kenapa ada penulis di Facebook yang mampu membuat


jualan di Facebook 5 hingga 7 angka tanpa menggunakan iklan
berbayar sama sekali.

Inilah
'zero cost
marketing'
yang sebenarnya!
MARKETING
CAMPAIGN

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 9 Pendahuluan
Rahsia
Mindset Penulis
Terhebat
Facebook

Sebenarnya ada antara kami semua yang dah pernah bongkarkan


dan ajarkan Formula Rahsia Personal Branding & Penulisan Viral
kepada kelompok yang terpilih sebelum ini tetapi hanya segelintir
sahaja yang berjaya menjadi Influencer dan penulis yang hebat di
Facebook.

Bila selidik punya selidik, rupanya perbezaan utama antara


mereka yang berjaya dengan mereka yang tidak berjaya bukanlah
pada teknik dan gaya penulisan semata mata tetapi perbezaan
utama mereka adalah pada MINDSET!

Sini kami bongkarkan pada anda semua 5 JENIS MINDSET


utama penulis yang berjaya membina 'personal branding' yang
hebat di Facebook. Mindset yang didedahkan ini bukannya untuk
dibaca semata mata tetapi supaya anda semua pun boleh
mempraktikkannya.

Mindset #1
Konsisten Menulis

Sebelum menulis, kita kena tahu dulu tentang

4 Stages of Learning atau biasa juga disebut sebagai


4 Stages of Competence.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 10 Pendahuluan
Fasa
1
Masa kita di tahap ni, kita sendiri pun tak tahu yang kita tak
pandai menulis. Zero! Jangan risau, kebanyakan orang yang
sedang membaca naskhah ini sekarang dah melepasi tahap ini.

Fasa
2 !
Pada tahap ini, kita sedar yang kita belum cukup ilmu dan
kemahiran untuk berjaya. Masa ni lah proses pembelajaran sedang
bermula. Saat anda dah berjaya membeli naskhah ni maka anda
dah pun berjaya berada di tahap Conscious Incompetence ini.
Tahniah!

Fasa
3
Ketika anda dah berjaya mengamalkan & mempraktikkan formula
yang ditulis di dalam naskhah ini, anda akan masuk ke tahap
Conscious Competence. Syaratnya mudah sahaja, anda cuma perlu
ikuti tips dan formula yang diberikan sambil terus mencuba,
mencuba dan mencuba tanpa putus asa.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 11 Pendahuluan
Fasa
4
Tanpa anda sedar, anda akan mencapai tahap Unconscious
Competence! Dengan syarat, anda mengamalkan tips dan formula
yang diberikan dan praktikkan setiap hari.

Kalau kita tanya penulis penulis terhebat di Facebook tentang


bagaimana penulisan mereka boleh viral dan dikongsi oleh ribuan
orang setiap hari, akan ada antara mereka yang akan berkata
bahawa mereka cuma tulis macam biasa sahaja.

Padahal, mereka sebenarnya dah mencapai tahap Unconscious


Competence! Mereka sendiri pun tak sedar yang penulisan mereka
hebat kerana minda mereka dah terbiasa dengan formula formula
penulisan yang mereka sendiri praktikkan suatu ketika dahulu.

Macam kita dulu belajar memandu kereta lah. Mula mula dulu nak
kena fikir nak pakai kaki mana satu nak pijak minyak, tangan
mana satu nak pulas stereng, gear berapa nak kena guna bila naik
bukit dan bermacam lagi hal teknikal tapi bila tiap hari kita pandu
kereta, kita masih fikir lagi tak semua tu? Semuanya terjadi secara
automatik kan? Itulah yang dinamakan Unconscious
Competence!

Anda pun akan mencapai tahap ini dalam penulisan di Facebook


jika anda tidak berputus asa dan menulis setiap hari secara
konsisten dengan menggunakan formula yang akan dibongkarkan
sebentar sahaja lagi, insyaAllah!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 12 Pendahuluan
Mindset #2
Resilien

Ada yang pelik kenapa penulis penulis yang hebat di Facebook ni


tak pernah berhenti menulis walaupun ditohmah, difitnah dan
dikecam? Seolah olah hati mereka ni sangat kebal cacian.

Tidak! Mereka bukannya kebal. Mereka juga selalu jatuh terduduk,


menangis dan hampir berputus asa sama seperti orang lain juga
tetapi mereka memiliki sifat resilien.

Apa itu resilien?


Resilien ini adalah daya tahan
dan kemampuan untuk bangkit
berkali kali daripada kejatuhan.

Sekali jatuh, sekali mereka


bangkit. Sepuluh kali jatuh,
sepuluh kali mereka bangkit.

Kalau seribu kali


Ya, hati mereka juga kadang- mereka jatuh pun,
kadang terguris dan pecah tapi seribu kali juga
mereka ni jenis degil dan lah mereka
'strong-willed'! Mereka punya bangkit.
sifat resilien yang kental!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 13 Pendahuluan
Cara
1
Dapatkan target yang jelas dan spesifik dulu
sebelum mula menulis supaya fokus anda tidak mudah goyah
oleh kecaman dan pengaruh luar.

Tulis secara spesifik di buku diari, buku nota, Dream Board


ataupun Visual Board anda tentang target anda. Contohnya :

Tulis bilangan dan jumlah


pengikut setia di Facebook yang
ingin anda capai

Pendapatan bulanan yang anda


ingin capai melalui penulisan dan
jualan di Facebook

Ataupun berapa jumlah SHARE


dan LIKE yang ingin anda
dapatkan setiap kali anda
membuat posting di Facebook

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 14 Pendahuluan
Cara
2
Pastikan komen dan kritikan yang membina
sahaja di posting Facebook anda.

Tidak semua kritikan itu tidak bagus untuk kita. Adakalanya


kritikan itulah yang membuatkan penulisan kita semakin tajam
dan hebat dengan syarat, kritikan itu mestilah kritikan yang
berbentuk Constructive Criticism. Constructive Criticism
ialah kritikan yang :

Tidak Tidak berniat Ditulis dalam Menegur


membuka menjatuhkan bahasa yang secara
aib kita kita sopan berhemah

Ditulis dengan tujuan untuk membetulkan kesalahan kita

Cara
3
Kawal Kritikan & Komen Yang Menjatuhkan.
Seperti yang kita tahu, kita takkan mampu menutup mulut dan
pandangan orang lain terhadap kita kerana ianya berada di luar
kawalan kita.

Tetapi di Facebook, kita diberikan butang kawalan untuk


mengawal, menyekat dan memilih tetamu yang kita mahukan
untuk muncul ruang Facebook kita.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 15 Pendahuluan
Apakah butang kawalan itu?

Ianya adalah butang BLOCK &


UNFRIEND.

'Unfriend' di Facebook tidak bermakna


kita memutuskan silaturrahim di dunia
realiti. Ianya cuma dicipta untuk
mengawal & memilih tetamu jenis
apakah yang layak untuk bertandang ke
ruang Facebook kita.
click>>

click>>
Kita berhak memilih untuk tetamu yang click>>

bertandang ke ruang Facebook kita click>>

kerana komen yang berbentuk click>> click>>

Destructive Criticism akan


membawa aura yang negatif kepada diri
kita dan juga pembaca pembaca yang
lain juga.

Contoh komen berbentuk Destructive


Criticism :

Menyakiti dan Membawa


Membuka Menggunakan
'troll' yang pengaruh
aib kita kata kata kesat
keterlaluan negatif

Ditulis dengan tujuan menjatuhkan air muka dan


kredibiliti kita

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 16 Pendahuluan
Cara
4
Pernah tak anda buat Whatsapp Group khusus untuk berbincang
tentang penulisan di Facebook atau Telegram Group khusus untuk
membincangkan topik topik dan perkembangan terbaru tentang
penulisan di Facebook?

Jika belum, mungkin inilah masanya untuk anda memulakannya


kerana mempunyai sokongan daripada ahli kumpulan anda akan
membuatkan anda lebih termotivasi dan bersemangat untuk
menulis di Facebook setiap hari. InsyaAllah!

Anda juga boleh berpakat dengan sahabat Facebook yang lain


untuk :

Saling memperkenalkan kawan


kawan Facebook yang lain
kepada follower anda sendiri

Berpakat untuk menjadi penulis


jemputan kepada sahabat
sahabat Facebook yang lain

Berpakat untuk minta follower


masing masing untuk follow
sahabat Facebook yang di dalam
pakatan anda

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 17 Pendahuluan
Cara
5
Bentuk Jiwa Menjadi Lebih Hebat & Besar.
Hati dan jiwa yang besar mampu menyerap tekanan dan
masalah. Makin besar jiwa, makin besar tekanan dan
masalah yang mampu diserapnya.

Besarkanlah jiwa kita dengan :

Mencari matlamat dan target


yang lebih besar untuk dicapai

Jangan sekadar menulis di


Facebook untuk duit & harta
semata mata

Memaksa diri untuk menulis


perkara perkara positif setiap hari
sehingga ianya menular kepada
jiwa dan minda kita

Memberikan manfaat sebanyak


mungkin kepada pembaca kita
sehingga kita dianggap sebagai
'Problem-Solver' kepada masalah
utama mereka

InsyaAllah, bila kita mampu mengamalkan kelima lima cara


ini, kita akan mampu bangkit berkali kali daripada kejatuhan
dan mampu konsisten menulis walaupun dikecam dan dihina
sehingga kita digelar penulis yang resilien!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 18 Pendahuluan
Mindset #3
Memberi solusi dan kebaikan
tanpa henti

'Pengikut tidak boleh dibeli.


Mereka datang
secara sukarela dan
dengan keinginan diri
sendiri'.

Apa yang boleh menarik follower


untuk mengikuti seseorang di
Facebook tanpa paksaan?

Caranya adalah, jadilah seperti


GULA yang selalu diekori
gerombolan semut walau di mana ia
berada!

Apakah 'gula' terbaik yang mampu


menarik gerombolan manusia
berbondong-bondong mengikuti
Facebook kita?

Tak lain dan tak bukan adalah SOLUSI & NILAI BAIK yang
boleh mereka pelajari daripada wall Facebook kita setiap hari.

Berikan mereka konten yang mengandungi nilai kebaikan dan


solusi kepada masalah mereka setiap hari sehingga mereka boleh
tertekan dan naik stress jika tak dapat membaca konten kita
walaupun cuma satu hari!
Formula Rahsia Personal Branding &
Penulisan Viral di Facebook 19 Pendahuluan
Mindset #4
Kawalan Diri
Emosi penulis dapat dibaca dengan mudah oleh pembaca. Itulah
kenapa perlunya kita mengelakkan diri daripada menulis di wall
Facebook ketika emosi kita sedang tidak terkawal seperti sedang
marah ataupun sedang dalam kesedihan yang melampau.

Menulis hanya ketika emosi sedang terkawal dan stabil


menunjukkan kita mempunyai 'self-control' yang kuat. Penulis
yang mempunyai 'self-control' yang kuat akan dilihat lebih
berpengaruh & berkarisma dibandingkan penulis yang menulis
dalam keadaan emosi yang tidak terkawal.

Menulis dalam keadaan emosi tidak terkawal membuatkan


penulisan kita :

Menyakiti hati pembaca

Mengandungi ayat ayat


sindiran yang keterlaluan

Mengandungi ayat ayat


yang menunjukkan
ketidakmatangan kita

Mengandungi pernyataan
yang mengundang
kecaman ramai

Inilah 'personal branding' yang kita perlu elakkan jika kita


mahukan pengikut dan follower yang berkualiti di Facebook.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 20 Pendahuluan
Mindset #5
Penulis Viral

Setiap kali kita mahu mula menulis di Facebook, tanyakan diri kita
beberapa pertanyaan ini :

Adakah penulisan Kalau saya jadi pembaca


dan artikel ini akan artikel dan penulisan ini,
dikongsi oleh ramai adakah saya sendiri akan
orang? tekan butang share?

Apakah isu dan elemen Adakah isu ini pernah viral


viral yang terdapat di sebelum ini? Kerana isu yang
dalam penulisan ini? sudah pernah viral, biasanya
akan lebih mudah untuk viral
sekali lagi.

Macam mana nak buat


supaya lebih ramai orang Adakah konten yang
berminat nak tekan ditulis sudah betul betul
butang share? menyelesaikan masalah
orang lain?

Inilah pertanyaan pertanyaan yang biasanya berlegar legar di


kepala penulis penulis yang berpengaruh di Facebook.

Itulah kenapa mereka hebat menulis, kerana mereka fokus untuk


menjawab persoalan persoalan ini dan fokus untuk meningkatkan
kemahiran dan kualiti penulisan setiap kali mereka menulis.

Jadi untuk menjadi penulis yang hebat dan viral di Facebook,


pastikan persoalan ini berlegar legar di minda setiap kali hendak
memulakan penulisan di Facebook.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 21 Pendahuluan
Tips pantas

Jenis Mindset
Penulis Berjaya di
1
Mindset Konsisten Menulis

2
Mindset Resilien

3
Mindset Memberi Solusi dan
Kebaikan Tanpa Henti

4
Mindset Kawalan Diri

5
Mindset Penulis Viral

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 22 Pendahuluan
7
Persamaan
Rahsia
Yang terdapat pada

8 Influencer
Yang menulis dalam
Naskhah ini

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 23 Pendahuluan
1.
Mereka Pandai Memindahkan

Emosi & Rasa


Mereka Kepada Pembaca
Mereka pandai memindahkan rangsangan VISUAL,
AUDITORI, KINESTETIK yang dirasakan kepada pembaca
sehingga pembaca merasakan dengan jelas apa yang dialami dan
dirasai oleh penulis.

Visual
Mereka menulis tentang apa
yang mereka lihat sehingga
kita sendiri boleh merasakan
apa yang dilihat oleh mereka

Saya LIHAT sendiri si wanita itu jatuh dengan


wajahnya tersembam ke tanah apabila diseret
oleh peragut yang berhati binatang itu!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 24 Pendahuluan
Auditori
Mereka menulis apa yang mereka
dengar sehingga kita pun seolah
olah mendengar apa yang mereka
dengar.

Sayup sayup KEDENGARAN suara tangisan nenek tua


dari arah kuburan usang itu. Suara itu seolah olah
meratap sedih seperti seorang wanita yang baru
kematian suaminya. Ah! Suaranya seakan makin
mendekat! Aku boleh mendengar dengan jelas suara
nenek tua itu kini di belakang aku!

Kinestetik
Mereka menulis pengalaman mereka, apa yang mereka sentuh
dan pegang, dan semua pengalaman yang mereka rasakan sendiri
sampai kan anda sendiri boleh merasakan dengan terperinci
tekstur & pengalaman yang mereka alami!

Cuaca di sini sudah mencecah 50oc. Kepanasannya


sungguh menyengat kulit! Pijar dan pedih RASANYA
seluruh tubuh ini! Entah bagaimana lah rasanya
penduduk di Kuwait yang cuacanya mencecah 60oc saat
ini!

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 25 Pendahuluan
2.
Mereka Tahu Secara Spesifik

Pemicu Emosi
Yang Akan Menyentap
Emosi Pembacanya

Ada 2 jenis Pemicu Emosi yang kita kena tahu iaitu :

Pemicu Emosi Positif


Pemicu Emosi Positif ialah kisah dan isu apa sahaja yang
membuatkan pembacanya ketawa, gembira, bahagia, bangga
dan termotivasi emosinya.

Contoh isu yang mengandungi Pemicu Emosi Positif :

Kisah kejayaan muridnya

Kejayaan pembacanya
menyimpan wang

Kisah & testimoni


keberhasilan perniagaannya

Kisah pengalaman
peribadinya bersama
anak dan isteri

Dan banyak lagi

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 26 Pendahuluan
Pemicu Emosi Negatif
Pemicu Emosi Negatif ialah isu atau
kisah yang apabila ditulis akan
membuatkan pembaca merasa sebak,
hiba, sedih, geram dan marah.

Kisah kematian orang yang


disayangi

Kisah penderaan anak

Kisah kerugian dalam


perniagaan

Kisah bahaya hutang


piutang yang berlaku
dalam masyarakat

Testimoni kisah kerugian &


akibat mereka yang tidak
mendengar nasihat kita
Dan banyak lagi

Yang penting, anda sendiri kena tulis dan tahu apakah Pemicu
Emosi Positif & Negatif pembaca anda sendiri.

Caranya adalah dengan bertanyakan sendiri kepada follower anda


ataupun anda perhatikan sendiri isu yang terdapat di dalam
penulisan dan artikel anda yang pernah mendapat jumlah share
yang tinggi.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 27 Pendahuluan
10 Pemicu Emosi Positif pembaca saya adalah :
1 6

2 7

3 8

4 9

5 10

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 28 Pendahuluan
10 Pemicu Emosi Negatif pembaca saya adalah :
1 6

2 7

3 8

4 9

5 10

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 29 Pendahuluan
Apa gunanya tahu tentang
Pemicu Emosi pembaca kita?

Pembaca akan merasa Anda tak mudah kering


konten dan penulisan anda idea untuk menulis
berwarna warni dan hidup

Anda boleh tahu isu apa yang mudah viral


dalam kalangan pembaca anda. Pemicu
Emosi Negatif biasanya lebih viral daripada
Pemicu Emosi Positif.

Anda boleh menjual tanpa menjual.


Nampak menarik kan?

Ceritakan setiap hari di Facebook anda secara konsisten


sampaikan pembaca anda itu sendiri yang teruja dan paksa anda
untuk menjual produk dan seminar online itu kepada mereka!

Inilah rahsia softselling atau yang biasa kita panggil menjual


tanpa perlu menjual tu.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 30 Pendahuluan
3.
Mereka Mempunyai
Pendirian Yang Teguh
Dengan Idea Dan Pendapat
Masing Masing

Bukannya penulisan mereka tak pernah direndahkan, dicerca,


dikecam dan dimaki tetapi mereka memilih untuk tetapkan
pendirian mereka.

Kerana mereka mempunyai rasa percaya diri (self


confidence) yang tinggi pada penulisan mereka. Adakalanya kita
silap dalam memberikan pendapat, itu kita boleh terima tetapi
jangan terlalu goyah dengan komen komen netizen kerana ada
sesetengah netizen menjadikan komen sebagai platform untuk
mencari perhatian (attention-seeking).

Pastikan diri kita juga :

yakin dengan penulisan sendiri


teguh pendirian jika berada di
pihak yang benar

tidak mudah goyah dengan


makian, kecaman dan orang yang
mahu menjatuhkan
ada falsafah dan pegangan yang
kuat terhadap sesuatu perkara

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 31 Pendahuluan
4.
Mereka Mengamalkan
Formula
80%-20%
80% fokus mereka adalah untuk memberi nilai kepada pembaca
mereka. Hanya 20% je fokus mereka untuk menjual.

Anda takkan nampak mereka menjual & mengiklankan produk


setiap hari! Kenapa?

Kerana mereka tahu dengan jelas bahawa untuk menjadi


berpengaruh & mempunyai Personal Branding yang hebat di
Facebook, mereka haruslah lebih banyak memberi dan
mengenyangkan pembaca mereka dengan cerita cerita inspirasi,
motivasi, tunjuk ajar dan konten konten yang positif.

Ada antara influencer ini menulis tanpa henti selama 1 tahun


tanpa pernah membuat iklan secara terang terangan! Ada juga
yang selama bertahun tahun konsisten menulis sehingga tidak
pernah membiarkan wall Facebook mereka kosong tanpa posting
melebihi 48 jam!

Bukan kerana mereka gila menulis tapi kerana mereka tahu betul
formula untuk menjadi berpengaruh & hebat Personal Branding-
nya adalah dengan memberi, memberi dan memberi tanpa henti!

Suaplah pembaca kita sampai mereka kekenyangan. Biar mereka


sendiri yang minta kita berhenti menyuap sambil mereka menjerit
"Shut up and take my money!"
Formula Rahsia Personal Branding &
Penulisan Viral di Facebook 32 Pendahuluan
5.
Mereka Menulis
Seakan Akan
Mereka Bercakap
Ya, apa yang mereka tulis sama seperti apa yang keluar
daripada mulut mereka. Inilah rahsia mengapa penulisan
mereka kelihatan sangat hidup!

Nak dapatkan penulisan yang hidup seperti mereka


semua? Caranya adalah :

Menulis sambil kita ucapkan apa yang


sedang kita tulis. Pastikan apa yang
anda tulis itu boleh diucapkan oleh mulut
anda dengan senang dan lancar

Jangan terlalu terpengaruh dengan


imbuhan yang terdapat pada sesuatu
perkataan kerana penulisan di
Facebook bukanlah penulisan buku teks

Tetapi untuk menjaga kredibiliti dan


autoriti anda, pastikan anda
menggunakan ejaan penuh dan
menggunakan bahasa dan perkataan
yang senang difahami oleh majoriti
pembaca

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 33 Pendahuluan
6.
Mereka tahu tentang konsep

Reach & Retain


Bagaimana untuk capai lebih ramai
Reach pembaca?

Ini mudah, kerana dengan hanya bercerita dan berkongsi


ilmu, menyelesaikan masalah pembaca, ditambah pula
ada posting kita yang viral maka jumlah follower akan
bertambah dengan sendirinya.

Bagaimana untuk kekalkan kesetiaan


Retain follower dan pembaca yang sedia ada?

Ini yang ramai orang tidak mampu buat kerana mereka


tak tahu bagaimana untuk membuatkan para follower
setia dan tertunggu tunggu di wall Facebook mereka.

Itulah kenapa perlunya kita membuat 'emotional bonding'


dengan follower kita untuk mendapatkan kesetiaan mereka.
Caranya adalah dengan :

Kongsikan sedikit Selalu


sebanyak cerita bertanyakan
kehidupan peribadi soalan pada
kita asalkan tidak follower dan
terlalu berlebihan pembaca kita

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 34 Pendahuluan
Selalu
mendoakan Layan
kesejahteraan komen-
dan kebaikan komen
mereka mereka

Jika terlalu sibuk, Usahakan


usahakan untuk untuk jawab
like komen PM dan soalan
mereka soalan mereka

7.
Mereka Semua Mempunyai
Channel Telegram
Masing Masing
Kelapan lapan Influencer Facebook yang
menulis di dalam naskhah ini
mempunyai Channel Telegram masing-
masing.

Ada beberapa rahsia kenapa


mereka membuka Channel
Telegram walaupun sudah
mempunyai bilangan follower
yang ramai di Facebook, antara
rahsianya adalah :

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 35 Pendahuluan
1
Sebagai backup kita sekiranya Facebook menghadapi masalah

Kita kena tahu walau sekuat apa pun kedudukan kita Facebook, kita
tetap dikira sebagai menumpang di rumah orang. Rumah ini
walaupun masih stabil tetapi bila bila masa sahaja ianya boleh
runtuh dan lenyap seperti mana yang pernah terjadi kepada
Friendster dan MySpace.

2 3
Reach ataupun open rate Channel Telegram
di Channel Telegram adalah pengikut kita
lebih tinggi yang sudah melepasi
daripada Facebook tapisan kesetiaan.

Di Facebook peribadi Mereka yang masuk ke


kita, reach hanyalah Channel Telegram kita
sekitar 3% sahaja tetapi biasanya lebih setia,
di Channel Telegram terfokus dan lebih mudah
ianya boleh mencecah membeli apa sahaja
sehingga 25%-30% produk kita. Inilah yang
tetapi kelebihan kita namakan sebagai
Facebook adalah pada targeted audiences.
butang share.

Walaupun follower kita


baru mencecah 100 Walau apa pun, fokus adalah
orang tetapi sekiranya lebih utama. Bangunkan dulu
kita membuat posting
follower dan tribe kita di
dan artikel viral di
Facebook, ianya boleh Facebook. Kalau dah mencecah
sampai kepada ratusan 10 ribu orang follower di
ribu orang!
Facebook boleh la nak fokus di
Telegram pula.

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 36 Pendahuluan
Channel Telegram
8 Influencer

Khairul Ezuwan Cikgu Fadli Salleh


Positioning Positioning

t.me/khairulezuwan t.me/MohdFadliSalleh

Khairul Hakimin Nur Aliah Mohd Nor


Muhammad Positioning
Positioning
t.me/nuraliahmohdnor
t.me/ContentKHM

Dr. Taufiq Razif Harith Faisal


Positioning Positioning

t.me/NotaTaufiqRazif t.me/HarithFaisal

Dr. Kamarul Ariffin Dr. Azizul Azli


Positioning Positioning

t.me/NotaDrKamarul t.me/NotaAzizulAzli

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 37 Pendahuluan
Tips pantas

7
Persamaan
Rahsia
Yang terdapat pada 8 Influencer
yang menulis dalam naskhah ini

1
Mereka Pandai Memindahkan
Emosi Dan Rasa Mereka Kepada Pembaca

2
Mereka Tahu Secara Spesifik Pemicu Emosi
Yang Akan Menyentap Emosi Pembacanya

3
1Mereka Mempunyai Pendirian Yang Teguh
Dengan Idea Dan Pendapat Masing Masing

4
Mereka Mengamalkan Formula 80% - 20%

5
Mereka Menulis Seakan Akan Mereka Bercakap

6
Mereka tahu tentang konsep Reach & Retain

7
Mereka Semua Mempunyai
Channel Telegram Masing Masing

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 38 Pendahuluan
Apa info dan formula berguna yang saya dapat daripada
naskhah ini?

Info dan formula berguna yang akan saya amalkan pada


penulisan di Facebook saya nanti adalah :

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 39 Pendahuluan
Mulai hari ini saya akan konsisten :

Formula Rahsia Personal Branding &


Penulisan Viral di Facebook 40 Pendahuluan

Anda mungkin juga menyukai