Anda di halaman 1dari 94

BUKU PANDUAN

KUNCI KEJAYAAN DIRI

Hakcipta Terpelihara © 2019


Kunci Kejayaan Diri

Kunci Kejayaan Diri Page 2 of 94


Sebagai pembeli produk suite DuitCloud, anda di berikan hak
penjualan semula sepenuhnya. Anda hanya boleh menjual
salinan e-book untuk jumlah lesen yang anda beli sahaja.
Contohnya jika anda telah membeli 20 lesen suite DuitCloud,
anda diberikan hak untuk menjual semula 20 salinan E-Book
ini sahaja. Anda tidak dibenarkan menjual lebih dari jumlah
lesen yang anda telah beli. Sila upgred atau tambah lesen jika
anda mahu menjual lagi banyak Salinan E-Book ini.
Hak penjualan semula ini termasuk hak untuk melabel atau
mengubah apa-apa di dalam E-Book. Anda juga dibenarkan
untuk mengubah, mengemaskini, menambah apa-apa ke
dalam E-Book ini. Bagaimanapun, sila kekalkan kenyataan ini
di dalam E-Book ini.
Jika anda telah membeli E-Book ini, hubungi
info@duitcloud.com untuk mendapat kepastian yang penjual
anda ada hak untuk menjual semula E-Book ini kepada anda.

Kunci Kejayaan Diri Page 3 of 94


Tiada sebarang bahagian di dalam buku ini boleh di keluarkan semula, di
jual semula, diedarkan, di cetak semula, diedar secara percuma atau diedar
sebagai bonus tanpa kebenaran dari pihak saya. Saya tidak akan teragak-
agak mengambil tindakan undang-undang hingga ke tahap yang paling
maksimam kepada mana-mana pihak yang melanggar hakcipta saya ini.

Segala maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat
pada masa ia dihasilkan. Saya sebagai penerbit buku ini tidak dapat
mengambil sebarang tanggung jawab atau risiko jika berlaku sebarang
kerugian atau kesan negatif akibat dari penggunaan buku panduan ini.

Kunci Kejayaan Diri Page 4 of 94


ISI KANDUNGAN

Bab 1 Menggunakan Buku Panduan

Bab 2 Pengenalan

Bab 3 Prinsip Satu – Penguasaan Minda

Bab 4 Prinsip Kedua – Matlamat Hidup

Bab 5 Prinsip Ketiga – Penguasaan Diri

Bab 6 Prinsip Keempat – Displin Diri

Bab 7 Prinsip Kelima – Penguasaan Masa

Bab 8 Prinsip Keenam – Berkhidmat Untuk


Orang Lain

Bab 9 Prinsip Ketujuh – Kehidupan


Sempurna

Bab 10 Berkongsi Sistem Hidup Ini

Bab 11 PENUTUP

Kunci Kejayaan Diri Page 5 of 94


BAB 1
MENGGUNAKAN
BUKU PANDUAN

Kunci Kejayaan Diri Page 6 of 94


Ikuti strategi berikut dalam membaca dan
mempelajari buku panduan kunci kejayaan diri
ini...

Saya telah menulis sebuah buku panduan yang lengkap


bukan semata-mata sebagai sama seperti saya. Tetapi juga
sebagai cara saya sendiri mengumpulkan semua yang saya
telah pelajari dan gunakan dan masukkan ke dalam sebuah
buku supaya saya sendiri boleh membacanya dan mengingati
semula teknik-teknik yang saya sendiri telah gunakan ini.

Jadi lakukan dan ikuti strategi-strategi untuk membaca buku


panduan lengkap ini seperti di bawah:

1. Baca Semuanya

Anda perlu membaca dan mengikut semua yang disuruh di


dalam buku ini. Penting untuk anda membaca semua dan
tidak tertinggal apa-apa prinsip di dalam buku ini. Kerana jika
anda tertinggal satu prinsip atau satu tool atau exercise yang
saya ceritakan di dalam buku ini, anda mungkin tidak akan
mencapai keputusan yang saya telah perolehi dengan
menggunakan teknik-teknik ini. Ia perlu di baca dan di
lakukan keseluruhnya.

2. Baca Berulang Kali

Saya ingin meminta anda untuk membaca buku panduan ini


berulang kali. Mungkin setiap 2 atau 3 hari, anda kembali
membacanya. Saya akan cuba untuk tidak menulis terlalu
panjang tetapi akan pastikan idea yang saya ingin sampaikan
anda dapat faham. Tetapi anda perlu baca berulang kali.

Kunci Kejayaan Diri Page 7 of 94


3. Bawa Ke Mana-Mana

Sila ke pejabat anda atau ke mana-mana kedai fotokopi atau


kedai print untuk cetak buku ini ke dalam format fizikal supaya
anda boleh mudah bawa ke mana-mana dan terus
membacanya dari masa ke semasa pada bila-bila masa dan
di mana-mana. Anda juga boleh save fail PDF ini ke dalam
Smartphone atau Tablet anda supaya senang dibaca pada
bila-bila masa. Ini untuk memenuhi kriteria supaya anda dapat
baca berulang-ulang. Jadi, cetak atau save buku ini ke
telefon Smartphone anda.

4. Baca Ikut Turutan

Saya juga ingin meminta anda untuk membaca ikut turutan


muka surat dan tidak membaca bahagian yang anda suka
dan kembali ke belakang. Saya risau ini akan menjejaskan
kefahaman anda dalam menggunakan teknik-teknik saya.
Saya telah susun buku ini supaya anda faham dulu satu-satu
prinsip sebelum membaca prinsip seterusnya. Jika anda baca
sana-sini, ia akan mengakibatkan anda keliru. Secara
rumusan, baca ikut turutan.

5. Buku Ini Adalah Sebuah Sistem

Teknik ini sebenarnya adalah satu sistem yang akan memberi


kejayan dalam diri. Ia bukan satu jalan yang cepat memasuki
apa-apa program pelaburan skim cepat kaya yang
memberikan pulangan atau keuntungan dalam sekelip mata.
Bagaimanapun, jika anda mengikuti sistem yang saya telah
bentangkan di dalam buku panduan ini, ada beberapa tools
yang anda boleh gunakan untuk dapat duit dalam sekelip
mata. Ia memang tidak mustahil dan memang telah
digunakan oleh ramai di dunia. Saya meminta anda untuk
membaca buku ini secara keseluruhannya untuk
Kunci Kejayaan Diri Page 8 of 94
mempelajarinya dan menggunakannya untuk mengubah
hidup anda. Ingat, buku kunci kejayaan diri ini adalah satu
sistem hidup orang yang berjaya.

6. Jangan sangsi atau malas

Keluhan yang biasa saya dengar ialah “saya dah pernah


dengar dan mencuba tetapi ia tidak berjaya”. Jangan sangsi
kerana saya sendiri telah gunakan sistem ini dan ia telah
mengubah hidup saya. Jika saya sendiri telah gunakan sistem
ini, tidak masuk akal mengapa ia tidak boleh menjadi untuk
diri anda. Jangan juga malas atau susah hendak melakukan
ini. Anda hanya perlu lakukan buat pertama kali sekali
sahaja. Sebaik anda lakukan buat pertama kalinya, anda
tidak akan ada masalah lagi melakukannya selepas itu.

Baiklah selamat membaca dan diharap anda juga boleh


berjaya mengubah hidup sama seperti saya.

Kunci Kejayaan Diri Page 9 of 94


Bersama buku ini saya sertakan sekali template-template
berikut:

1. Slide Powerpoint Template Buku Impian


2. Word Template Journal
3. Excel Spreadsheet Template To Do List
4. Excel Spreadsheet Template Jadual Harian
5. Excel Spreadsheet Template Carta GANTT
6. Word Template Ayat Marketing
7. Excel Spreadsheet Menu Makanan Harian

Anda sebenarnya perlu membina pelan-pelan template anda


sendiri. Ini diberikan kepada anda sebagai contoh untuk
memudahkan dan mempercepatkan proses menghasilkan
pelan anda sendiri. Jangan tiru bulat-bulat kerana anda
sendiri perlu memilih perjalanan hidup anda sendiri. Bina
sendiri, hanya gunakan segala template atas ini sebagai
contoh untuk anda.

Kunci Kejayaan Diri Page 10 of 94


BAB 2
PENGENALAN

Kunci Kejayaan Diri Page 11 of 94


Terima kasih kerana telah membuat keputusan yang paling
bijak dalam hidup anda iaitu membeli buku panduan ini. Saya
sebelum ini, cuba menghabiskan masa kadang-kadang
antara 2 atau 3 jam menceritakan kesemua teknik-teknik ini
kepada kawan-kawan yang saya telah jumpa tetapi masih
juga belum cukup dan tidak berpuas hati dalam penjelasan
saya itu.

Oleh itu, saya menulis buku ini supaya saya dapat letakkan
semua teknik-teknik ini secara keseluruhannya dan dengan
jelas 100%. Saya inginkan buku panduan ini dapat
memberikan panduan kepada isteri saya, kaum keluarga
saya, kawan-kawan dan sesiapa di luar sana.

Sejarah Hidup Saya

Kehidupan saya dulu memang lain dari yang sekarang.


Sering terumbang-ambing dan tiada arah tujuan. Saya biasa
mendengar bermacam-macam panduan atau galakan saya
dapat dari orang ramai bahawa anda mesti ada matlamat
yang jelas dalam hidup. Tetapi matlamat saya ketika itu hanya
mudah dan terlalu simple sekali – saya mahu gembira, mahu
berhenti kerja dan bersara muda dan tidak lakukan apa-apa
lagi dah selepas ini.

Bagaimanapun, matlamat ini nyata kurang jelas dan akibat itu


kehidupan saya juga sendiri kurang terang apa sebenarnya &
ke mana arah tujuan saya.

Saya menjadi malas dan tidak dapat lakukan apa-apa dalam


kehidupan ini. Kadang-kadang saya biarkan sahaja dunia ini
mengambil-alih kehidupan saya ini, mereka menolak saya ke
kiri dan ke kanan, ke depan dan belakang. Saya ikut sahaja
buta-buta apa yang disuruh. Kadang-kadang saya pergi ke
seminar-seminar preview guru di Malaysia dan berapi sekejap
Kunci Kejayaan Diri Page 12 of 94
semangat tetapi kembali pudar dalam masa hanya 1 hari.
Saya tidak gembira dengan kehidupan saya ketika itu dan
sudah seolah-olah tidak faham apa erti kehidupan ini
sebenarnya. Duit sentiasa kena keluar sana-sini dan tidak
pernah merasai apa-apa keseronokan dari membelanjakan
duit yang bukan banyak mana pun ketika itu. Kadang-kadang
apabila keluar jalan-jalan membelanjakan duit yang banyak
tetapi balik rumah seolah-olah macam tidak tahu apa yang
tekah dapat setelah menghabiskan duit jalan-jalan tersebut.

Pagi juga merupakan seksaan yang teramat sangat untuk


bangun. Rasa macam mengapa aku perlu harungi dunia ini
untuk sehari lagi. Tidak ada apa-apa semangat untuk bangun
tidur lagi. Suka masuk tidur tetapi bila tidur tidak nyenyak dan
kadang-kadang berjam-jam otak bermain-main memikirkan
masalah hidup dan dunia atas katil.

Pekerjaan saya seolah-olah neraka di dunia. Saya melaluinya


tanpa merasa apa-apa lagi. Ada juga hari-hari yang produktif
dapat menyelesaikan kerja tetapi 90% masa di tempat kerja
hanya kosong. Memadamkan kebakaran operasi tempat
kerja. Apabila bos minta sesuatu – saya lakukan. Apabila
teman kerja meminta sesuatu – saya memberi. Sudah tiada
strategi atau rancangan masa depan untuk kerjaya lagi dah.
Dalam pada itu, selalu risau dengan masa depan saya dan
keluarga. Sentiasa risau dibuang kerja. Risau tidak dapat
berikan anak isteri makanan dan tempat berteduh
secukupnya. Gaji yang diperolehi juga seolah-olah macam
dah takde apa-apa. Dapat dan bayar bil, dan habis begitu
sahaja cepat sekali. Tidak dapat merasai apa-apa nikmat dari
segala masa yang dikorbankan di tempat kerja. Disuruh
kadang-kadang untuk melakukan perkara yang kejam
terhadap orang lain semata-mata untuk sesuap nasi. Saya
bukan lagi pendamkan semua ini di dalam hati saya. Tetapi

Kunci Kejayaan Diri Page 13 of 94


saya seolah-olah sudah tiada ada apa-apa lagi perasaan
mengenainya.

Untuk menambahkan derita saya, badan saya seolah-olah


sentiasa tiada tenaga. Saya juga dalam kategori overweight
dan juga telah dapat penyakit kencing manis kerana
pemakanan yang tidak terkawal dan juga kerana stres
melampau di dalam hidup ini. Kadang-kadang 50% dari stres
datang kerana tidak mencapai apa yang kawan-kawan lain
telah capai dalam hidup ini. Setiap kali masuki Facebook dan
melihat kehidupan kawan-kawan saya merasa seolah-olah
ada banyak kepincangan dalam kehidupan saya ini. Sudah
hampir 10 tahun... sehari pun tidak bersenam sedangkan
semasa muda dulu merupakan seorang atlit wakil sekolah.

SEMUANYA BERUBAH...
Semuanya berubah satu hari selepas menjumpai seorang
kawan saya. Saya hairan sekali melihat kawan saya ini yang
bukan sahaja memang telah berjaya dalam perniagaan dan
kerjaya hidupnya dan mempunyai banyak wang. Tetapi yang
lebih mengkagumkan ialah dia nampak bertenaga sekali dan
bercakap dengan cukup positif tentang segala-galanya. Dia
juga kuat berjenaka membuatkan saya terbahak-bahak tidak
henti dalam perbualan kami. Badannya cukup solid sekali dan
perut flat berbanding saya yang sudah jauh boroi. Yang
hairan sekali ialah umur kami sama ketika itu, tetapi dia
nampak jauh lebih muda... hampir 10 tahun lebih muda dari
saya pada pandangan saya.

Dari situ saya mula mempelajari segala-galanya dari dia dan


juga saya gabungkan pelbagai teknik lain yang saya telah
pelajari selama ini yang memang nampak kesamaan seperti
yang dia telah cerita.

Kunci Kejayaan Diri Page 14 of 94


Semenjak itu, kehidupan saya berubah 360 darjah. Saya rasa
diri semakin sihat, duit memanjang masuk, tiada kerisauan
lagi mengenai masalah kewangan atau masalah diri. Saya
rasa cukup yakin dengan diri dan dunia ini. Saya semakin
sihat dan boleh sehingga memasuki larian maraton. Saya
juga sekarang sentiasa gembira dan positif mengenai dunia
dan mahu sentiasa memberitahu semua teknik-teknik ini
kepada sesiapa yang saya dapat jumpa. Ada satu teknik yang
saya guna memang benar-benar menjadi dan ajaib sekali.
Saya akan cerita dengan lebih lanjut selepas ini supaya tidak
menimbulkan kekeliruan apabila menceritakannya terlebih
dulu di bab pengenalan ini.

Anda Perlu Suatu Sistem Kehidupan

Apa yang saya telah pelajari untuk melakukan apa-apa anda


perlukan satu sistem tetap yang anda perlu ikuti bulat-bulat.
Walaupun anda berasa malas ataupun anda boleh melebihi
daripada sistem itu, pastikan anda tetap pendirian dan ikuti
sistem kehidupan ini.

Saya berikan contoh, dulu saya memang sukar sekali untuk


lakukan larian marathon ataupun sekadar mencapai 30 minit
larian tanpa henti-henti. Kemudian, satu hari saya membeli
sebuah buku bagaimana untuk lari oleh Dummies. Ia
mengajar satu sistem iaitu di namakan running plan. Dalam
running plan ini, anda perlu lari dan berjalan ikut masa yang
ditetapkan dan ia mula sedikit demi sedikit sehingga larian
saya makin lama setiap minggu. Akhirnya, saya berjaya
mencapai larian 30 minit tanpa henti-henti ini. Dari situ saya
belajar, sudah hampir 20 tahun saya mencuba untuk lakukan
larian marathon tidak henti-henti selama 30 minit tetapi
sentiasa gagal, walaupun hampir setiap hari cuba melatih diri.
Rupanya, hanya kerana satu sistem mudah yang diceritakan
dalam 4 muka surat sahaja menyelesaikan masalah ini. Oleh
Kunci Kejayaan Diri Page 15 of 94
itu, sama seperti larian saya tadi, saya andaikan saya
memerlukan satu sistem yang tetap dan tidak berubah-ubah
yang perlu saya ikuti setiap hari secara tetap.

Buku ini adalah mengenai sistem kehidupan ini. Ini adalah


sistem kehidupan saya dan hari ini saya ingin berkongsi
rahsia sistem kehidupan saya ini.

Saya tulis buku ini untuk panduan saya sendiri...


Seperti yang saya telah cerita sebelum ini, saya tulis buku ini
hanya sebagai panduan untuk diri saya sendiri supaya saya
dapat tuliskannnya secara nyata dan saya dah lihat kembali
siang dan malam dan baca dari mana-mana. Tetapi saya juga
menulis ini supaya dapat sampaikan idea saya ini kepada
isteri dan keluarga dan kawan-kawan saya. Kemudian,
sebagai panduan untuk sesiapa sahaja seperti anda di luar
sana. Di harap anda juga mendapat manfaat sama seperti
saya dapat darinya.

Jangan Tergesa-gesa
Di akhir bab nanti saya akan memberikan anda satu jalan
untuk cepat menjana pendapatan. Tetapi itu bukan
penyelesainnya. Mencari pendapatan yang cepat bukan
penyelesaiannya. Jika anda betul-betul baca segala apa yang
saya cerita dalam buku ini, anda akan dapat sendiri mencari
segala macam cara untuk mendapat pendapatan yang cepat.

Baca kesemua isi kandungan buku ini dan praktikkannya.

ANDA JUGA BOLEH LAKUKANNYA...


Saya yakin anda juga boleh lakukannya. Jika saya boleh
lakukannya, anda juga boleh. Mengapa tidak? Teknik ini
bukannya susah mana dan sesiapa sahaja boleh lakukan.
Kunci Kejayaan Diri Page 16 of 94
Bagaimanapun, ia memerlukan hanya sedikit “will power“
atau kekuatan diri untuk melakukannya terutamanya untuk
beberapa strategi yang saya akan cerita selepas ini.

Mulakan membaca dan habiskannya cepat!

Kunci Kejayaan Diri Page 17 of 94


BAB 3
PENGUASAAN
MINDA

Kunci Kejayaan Diri Page 18 of 94


Prinsip pertama yang anda perlu kuasai adalah menguasai
minda anda dengan sentiasa berfikiran positif dalam
segala-galanya. Lihat sesuatu yang negatif yang telah
berlaku dalam kehidupan anda sebelum ini sebagai sesuatu
yang boleh dipelajari dan gunakan sebagai pengajaran untuk
masa depan dan oleh itu ia adalah sesuatu yang positif sekali
kerana ia akhirnya boleh di gunakan di masa depan untuk
keuntungan yang lebih.

Dalam dunia ini tiada yang negatif sebenarnya. Mungkin


sesuatu kecelakaan yang berlaku seperti kemalangan,
kebakaran, kerugian duit nampak seperti negatif tetapi bila
anda lihat kembali, di masa akan datang anda akan lihat ini
positif sekali kerana ia telah memberikan pengajaran untuk
kehidupan anda. Jadi anda perlu anggap segala-galanya
sebagai sesuatu yang positif.

Saya berikan satu contoh. 15 tahun lalu saya telah melakukan


sebuah pelaburan hartanah di kawasan yang tidak strategik
dan telah melakukan sebuah pelaburan yang terburu-buru.
Akibatnya saya kerugian hampir RM200,000 kerana
pelaburan hartanah ini. RM200K ini dalam bentuk tunai. Tunai
duit muka, tunai dari KWSP dan tunai dari bayaran bulanan
terkumpul saya. Jika dilihat sekali imbas mungkin nampak
sesuatu yang terlalu teruk dan kerugian yang besar sekali dan
dianggap sesuatu yang negatif. Saya boleh bayangkan apa
boleh buat dengan duit sebanyak itu ketika itu, mungkin boleh
pergi jalan-jalan ke Eropah dan lain-lain atau mungkin boleh
dilaburkan ke dalam perniagaan. Tetapi, oleh kerana kerugian
RM200K ini, saya dapat belajar segala selok-belok pelaburan
hartanah. Saya juga sudah dapat merasai segala
kesengsaraan dan tidak akan melakukan lagi pelaburan
terburu-buru seperti ini. Dan selepas itu, saya lakukan satu
lagi pelaburan hartanah dan dapat keuntungan sebanyak
RM500K darinya. Jika saya tak hilang RM200K, mungkin
Kunci Kejayaan Diri Page 19 of 94
saya tidak akan dapat pulangan pelaburan hartanah yang
jauh lebih banyak sebanyak RM500 ribu ini.

Jangan biarkan satu saat pun fikiran negatif meresap ke


dalam minda anda. Sentiasa jaga minda anda dan buang
semua yang negatif dan gantikan dengan yang positif.
Pemikiran negatif ini adalah seperti penyakit virus yang
berjangkit. Mula-mula kecil tetapi lama-lama ia akan merebak
dan menjadi lebih teruk. Akhirnya ia akan berjangkit pula
kepada orang lain.

Berikut adalah TIGA teknik yang anda perlu gunakan untuk


membuang semua negatif dari minda anda:

1. Gantikan Negatif Dengan Positif

Jika anda tiba-tiba terfikir sesuatu yang negatif atau tiba-tiba


anda sudah mula hilang keyakinan diri, mula-mula tahu apa
yang anda fikir ini adalah sesuatu yang negatif. Anda patut
membawa sebuah buku nota yang kecil dan bawa ke mana-
mana. Bawa ia ke tepi tempat tidur anda, bawa ke dalam bilik
air dan lain-lain. Kemudian, tanda yang anda telah fikir
sesuatu yang negatif. Sebelum anda tidur, lihat berapa fikiran
negatif yang telah cuba memasuki minda anda. Kemudian,
cari dalam pengalaman anda hari yang paling bahagia dan
paling menyeronokkan untuk diri anda. Bayangkan dalam
minda anda seolah-olah hari ini terjadi kembali. Sebagai
contoh, antara hari yang saya cukup gembira sekali adalah
semasa saya muda, cergas dan kurus, pergi jalan-jalan di
Eropah, pergi ke Paris dan lain-lain. Ingat kembali masa-
masa ini, ingat kembali segala kenangan sama seperti anda
lalui dulu. Anda pasti dapat padamkan terus apa-apa perkara
negatif yang anda fikirkan pada waktu itu.

Kunci Kejayaan Diri Page 20 of 94


2. LIMA minit meditasi

Pagi-pagi selepas bersembahyang Subuh bagi yang


beragama Islam, lakukan perkara berikut. Bagi yang bukan
beragama Islam, lakukan terus teknik ini. Pandang pada
suatu objek seperti gambar alam sekitar atau apa-apa objek
dan tumpukan perhatian anda sepenuhnya pada objek
tersebut. Jangan fikirkan apa-apa yang luar. Buangkan
segala pemikiran luar. Lupakan tentang kesesakan lalulintas
yang anda perlu harungi selepas ini, lupakan tentang anak
yang perlu dihantar atau meeting yang anda perlu hadiri pagi
ini. Buang semua sekali pemikiran. Setiap kali fikirkan luar
datang, tumpukan kembali fokus anda kepada objek tersebut.
Lakukan ini selama 5 minit sahaja setiap pagi. Ia nampak
mudah sekali, tetapi apabila anda mencubanya, bukan
semudah yang di sangka. Jika anda dapat mengawal dan
fokus kepada objek tersebut bermaksud anda boleh
mengawal minda anda selepas ini. Lakukan ini sampai bila-
bila pada tempat yang sama semasa tiada orang dan senyap

Kunci Kejayaan Diri Page 21 of 94


sekali dan pada waktu yang sama setiap hari termasuk
hujung minggu, hari cuti dan lain-lain. Jika bercuti ke mana-
mana, lakukan di bilik hotel anda atau di mana-mana pada
waktu yang sama.

Anda perlu pastikan anda lakukan ini selama 30 hari atau


sebulan supaya anda biasa dengan latihan minda ini.

3. Mimpi Diri Yang Sempurna

Pagi-pagi selepas meditasi ini, habiskan 20 minit dengan


muzik meditasi dan tutup mata, tarik nafas panjang keluar dan
masuk. Muat turun muzik meditasi dari Youtube. Setelah jiwa
anda benar-benar tenang, mula bayangkan dengan jelas
sekali yang anda merupakan orang yang sempurna,
mempunyai badan yang sempurna tanpa penyakit, mental
yang kuat, mempunyai kehidupan yang sempurna selepas ini.
Bayangkan seolah-olah ia benar-benar terjadi. Rasakan
seperti ia benar, lihat keliling dan lihat diri anda dalam mimpi
di siang hari ini. Letak alarm clock selama 20 minit. Kemudian
bangun dari mimpi ini dan mengeliat badan dan mulakan hari
anda dengan penuh semangat sekali.

Jadi…

Secara kesimpulan lakukan 3 teknik ini untuk membersihkan


minda anda dari segala yang negatif. Pemikiran yang
Kunci Kejayaan Diri Page 22 of 94
negatif akan membelenggu hidup anda. Saya boleh berikan
satu contoh: Dulu saya sudah hampir untuk mencapai
pemikiran yang bersih positif dan mula menampakkan hasil
dalam kerjaya saya. Malangnya, hanya satu malam sahaja,
tiba-tiba tak pasal-pasal saya mula terfikir benda-benda
negatif yang tidak sepatutnya seperti penyesalan kepada
perkara yang lepas dan tiba-tiba ia terus beranak dan hinggap
kepada segala-galanya. Esok paginya saya dah mula susah
bangun tidur dan sudah tidak bermaya dan tidak mahu pergi
kerja dan terus minta MC. Pada hari itu, sehari suntuk saya
habiskan masa atas katil tidur sahaja semata-mata kerana
patah semangat. Patah semangat kerana saya membiarkan
satu saat pemikiran negatif kecil meresap ke dalam minda
saya. Oleh itu, ini lah prinsip pertama yang anda perlu
lakukan. Buang yang negatif dan ganti dengan positif. Jaga
minda anda dengan baik-baik.

Kunci Kejayaan Diri Page 23 of 94


BAB 4
MATLAMAT HIDUP

Kunci Kejayaan Diri Page 24 of 94


Prinsip kedua yang anda perlu kuasai sekarang ialah
mempunyai hidup yang bermatlamat. Dulu saya biasa
mendengar ramai orang kata apa sebenarnya yang kita mahu
adalah sebuah hidup yang bahagia dan gembira tanpa perlu
lakukan apa-apa. Saya melihat ramai rakan-rakan kerja
senior yang selama saya bekerja dengan mereka mempunyai
matlamat untuk pencen pada umur 55 tahun dan ambil duit
KWSP mereka sebanyak RM1 juta dan hidup dengan duit
dividen ASB, Tabung Haji dan lain-lain dan duduk saja di
rumah tidak lakukan apa-apa dan rehat menonton televisyen
sepanjang hari. Ini adalah resipi untuk mereka mati cepat
sebenarnya. Kebanyakan mereka sebaik bersara, dalam
setahun sahaja dapat pelbagai penyakit seperti sakit jantung
dan lain-lain. Ada seorang kawan saya, meninggal terus
dalam masa 1 tahun selepas dapat duit KWSP dia. Ini adalah
kerana selama bertahun-tahun bekerja dia meletakkan
matlamat bahawa sebaik dia pencen dan dapat duit KWSP
dia, bermakna dia telah mencapai apa yang di ingini dalam
dunia dan cukuplah setakat itu. Apa yang nak dikejar lagi.
Memang betul, dapat sahaja apa yang di hajati, terus boleh
meninggalkan dunia ini.

Ada juga rakan yang berasa cukup stres dan boring sekali
duduk rumah. Mereka mencari jalan untuk kembali ke dunia
pekerjaan... setiap hari, lebih rela dimarahi bos dari duduk di
rumah. Ada seorang rakan kerja saya dulu, walaupun bersara
sebagai seorang manager atasan, tetapi setelah beberapa
tahun bersara sudah tak tahan duduk rumah. Walaupun duit
masih banyak dari simpanan dan KWSP, tapi dia pernah
menceritakan kepada saya dia kadang-kadang ada “suicidal
thought“ atau keinginan/pemikiran untuk bunuh diri. Ini
walaupun dengan segala duit di dalam dunia ini, dia lebih rela
datang kembali kerja dan masuk kerja bawah orang-orang
bawahan dia sebelum ini dan sanggup di marahi mereka.

Kunci Kejayaan Diri Page 25 of 94


Apa yang saya ingin sampaikan hanya contoh bahawa jika
anda tiada matlamat dalam dunia ini atau tiada matlamat yang
jelas yang anda ingin capai maka anda akan sentiasa tidak
gembira dan hidup dari hari ke hari dan tiada arah tujuan.

Rahsia kebahagian di dunia ini adalah sebenarnya


mempunyai satu matlamat hidup yang jelas yang anda ingin
capai pada masa tertentu. Dalam contoh-contoh saya berikan
sebelum ini, ramai yang telah bekerja lama mempunyai
matlamat untuk bersara tetapi setelah bersara sudah tidak
tahu apa yang hendak lakukannya lagi. Sepatutnya, selepas
bersara dia sepatutnya mempunyai matlamat baru atau
sepatutnya dari awal lagi sudah mempunyai satu matlamat
yang besar dan jelas yang ingin dicapai dan ia akan
berterusan walaupun selepas bersara. Lagi satu contoh yang
saya dapat berikan ialah Bill Gates. Walaupun sudah menjadi
orang terkaya di dunia, dia berhenti terus dari perniagaan dan
menumpukan segala fokus dia untuk menubuhkan sebuah
badan kebajikan yang terbesar di dunia. Ini supaya dia akan
ada satu matlamat yang besar yang perlu dilakukannya
sampai ke akhir hayat dia.

Semasa kerja juga, saya pernah jumpa dengan seorang


rakan kerja yang suka main Sports Toto atau 4D. Walaupun,
dia beragama Islam dia tetap mahu bermain judi ini. Saya pun
hairan sekali, saya tanya dia, tau tak bahawa statistik
menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk menang
memang jauh sekali. Tak mungkin sampai bila-bila dia
sebenarnya ada peluang sedikitpun untuk menang.
Jawapannya membuatkan saya terfikir juga. Dia kata jika dia
beli tiket judi pada hari Isnin, sekurang-kurangnya setiap hari
selepas ini dalam seminggu dia boleh hidup dengan
kemungkinan yang dia mungkin akan menjadi seorang
jutawan selepas ini. Sesungguhnya hanya kerana
kemungkinan ini, dia sudah boleh hidup bahagia. Dan apabila
Kunci Kejayaan Diri Page 26 of 94
keluar nombor dan dia tidak menang, takpe... sekurang-
kurangnya selama seminggu dia sudah gembira hidup
dengan kemungkinan akan menang dan menjadi seorang
jutawan.

HAPPINESS IN LIFE IS THE JOURNEY OF TRYING TO


REACH YOUR GOALS

Lagi satu contoh yang saya dapat berikan ialah diri saya
sendiri. Dahulu semasa di sekolah saya merupakan seorang
pelajar yang cemerlang. Saya mempunyai satu matlamat
yang jelas sekali. Memperolehi keputusan SPM yang paling
cemerlang sekali supaya mendapat biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya memang
mencapai matlamat ini, dan mencapainya dengan jauh lebih
baik lagi. Saya berjaya memasuki sebuah universiti yang
dianggap antara terbaik di United Kingdom dan pergi dengan
sebuah biasiswa dari sebuah syarikat terkemuka yang juga
memberi jaminan menyediakan pekerjaan sebaik saya habis
belajar.

Malangnya, sebaik saya sampai ke United Kingdom, hidup


saya menjadi bercelaru dan tiada arah tujuan. Saya ponteng
hampir semua kelas-kelas saya. Pernah di marahi oleh tutor
dan dipanggil orang yang tidak bertanggungjawab. Saya
mencuba segala-galanya tetapi tidak berdaya. Kehidupan
saya di UK ketika itu hanya dua perkara sahaja – enjoy life
jalan-jalan dan cuba kejar wanita yang saya idami ketika itu.
Saya gagal dalam peperiksaan ketika itu dan pulang ke tanah
air dengan hanya ijazah Pangkat 3 sahaja. Mujur, syarikat
yang memberi biasiswa tersebut masih mengambil saya
bekerja selepas itu. Tetapi semasa pekerjaan pun, keadaan
ini masih berulang-ulang malah menjadi lebih teruk lagi.

Kunci Kejayaan Diri Page 27 of 94


Tetapi untuk memendekkan cerita dan memberi rumusan dari
contoh di atas adalah saya semasa di sekolah mempunyai
matlamat yang jelas dan cukup bahagia dan gembira
menjalani perjalanan yang mencabar untuk mencapai
matlamat ini iaitu mendapat keputusan SPM yang terbaik
sekali di banding dengan orang lain supaya dapat ke luar
negara. Malangnya, setelah mencapai segala ini dan sudah
tahu pekerjaan sudah di jamin di tanah air, hidup saya jadi
kelam-kabut dan segala stres datang bersamanya.

Cerita atas ini memberi pengajaran kepada saya yang saya


mesti ada satu matlamat yang jelas seperti dapat SPM 9A
supaya dapat biasiswa ke luar negara dan bukan semata-
mata belajar bagus-bagus dan SPM bagus. Ia mesti terang
dan jelas... SPM 9A1 dan dapat biasiswa Petronas ke United
Kingdom dan belajar ke London School Of Economics.

Matlamat anda mesti jelas seolah-olah ia sudahpun berlaku.


Anda hanya mengisi masa dan buat perkara-perkara yang
akan menyebabkan ini terjadi nanti.

Baiklah setelah hampir bermuka surat saya cuba jelaskan


betapa pentingnya anda ada matlamat hidup, berikut adalah
EMPAT langkah yang anda boleh lakukan untuk
memperjelaskan matlamat anda dan hidup bahagia dalam
perjalanan menuju matlamat ini.

1. Fokus Matlamat Habis-Habisan

Anda perlu memberikan tumpuan 100% sepenuhnya kepada


matlamat anda. Matlamat anda perlu jelas sekali dan anda
mesti dalam keadaan seolah-olah matlamat anda ini
sudahpun tercapai sebenarnya. Anda hanya memenuhi masa
sebelum matlamat ini sampai masanya. Ingat anda perlu
tumpuan betul-betul kepada satu matlamat yang jelas sekali
Kunci Kejayaan Diri Page 28 of 94
dan bayangkan seperti ia sudah berlaku dan hanya tunggu
masa sahaja. Saya akan berikan lagi beberapa teknik yang
anda perlu lakukan setiap hari untuk menumpukan lagi fokus
matlamat anda ini.

Jika anda betul-betul berikan segala penumpuan kepada satu


fokus sahaja maka segala fokus dan tenaga akan tertumpu
ke sini. Bukan sahaja tenaga dalaman diri anda tetapi tenaga
ini akan menarik segala-galanya dikeliling anda ke arah
matlamat anda ini.

Ada banyak kisah-kisah yang menunjukkan teknik fokus


tumpuan ini benar-benar terjadi. Konsep ini di panggil “Law
Of Attraction” dan ada banyak guru yang mengajar teknik ini
hari ini. Dalam satu contoh, ada suri rumah yang tiada
pekerjaan atau apa-apa skil di dalam dunia ini,
membayangkan dengan penuh tumpuan setelah mempelajari
teknik “Law of Attraction” mempunyai sebuah rumah besar
baru. Dia melukis dan menampal sebuah rumah yang di
impikan dalam buku impian dia. Dan benar, dalam sebulan
selepas itu, dia menjumpai sebuah perniagaan on-line dan dia
mencapai matlamat ini iaitu mendapat rumah sama seperti
yang dia bayangkan. Betul-betul sama seperti yang dalam
buku impian dia.

Tetapi saya beri kisah saya sendiri sebagai contoh yang


bagus. Ada satu ketika dulu, walaupun gaji tidak seberapa,
saya membayangkan diri saya mengingini kereta BMW 318i
E46 model warna biru gelap. Saya pergi test drive kereta ini
dan merasa kenikmatan memandunya. Tetapi apabila
salesman tanya nak beli ke tidak, saya pun dengan penuh
malunya kata takpe, saya hendak balik dan berbincang
dengan isteri walaupun belum berkahwin lagi ketika itu. Dan
betul, setelah beberapa tahun, saya benar-benar telah dapat

Kunci Kejayaan Diri Page 29 of 94


kereta ini, model yang sama dan warna yang sama seperti
yang saya bayangkan.
Juga, setelah menjumpai teknik Law of Attraction ini, saya
membayangkan sebuah rumah Semi-D yang besar dengan
laman yang besar dan saya sedang bermain-main dengan
anak di laman tersebut. Hiasan dalaman rumah saya juga
saya bayangkan sama seperti saya lihat dalam filem dan
televisyen. Hanya dalam 6 bulan selepas itu, saya dapat
segala-galanya. Sama betul-betul sebiji seperti yang saya
impikan. Seorang anak dan sebuah rumah yang sama seperti
saya gambarkan dan juga bermain-main dengan anak di
laman sama seperti yang impikan sebelum ini.

2. Fokus Kepada Impian Anda

Jangan hadkan imaginasi anda. Letakkan matlamat yang


tinggi yang boleh dicapai anda. Jangan sekadar letak
matlamat jangka pendek dan yang mudah diperolehi. Letak
matlamat jangka panjang yang boleh diperolehi. Jika anda
mahu sebuah rumah besar, fokus dan beri tumpuan kepada
rumah paling besar yang anda pernah lihat. Jangan hadkan
imaginasi anda, percaya yang anda boleh capainya. Anda
juga perlu faham apa yang anda betul-betul mahu dalam
hidup ini dan bukan apa yang orang lain mahu anda lakukan
dalam hidup ini.

Saya dulu juga, segala kerjaya saya telah ditentukan oleh


orang lain. Sebaik keluar SPM, orang lain telah kata yang
saya perlu masuk buat ijazah itu dan ini, dan akhirnya
menentukan perjalanan kerjaya anda sehingga hari ini.
Jangan biarkan orang lain tentukan matlamat kehidupan
anda. Jangan bertanya kepada sesiapa, anda gunakan
imaginasi anda dan betul-betulkan letakkan matlamat yang
anda mahu sahaja. Misalannya, ada orang mahu letak

Kunci Kejayaan Diri Page 30 of 94


matlamat mahu pergi ke Antartika. Letakkan matlamat ini dan
anda akan terpegun melihat ia terjadi nanti secara sendirinya.

3. Fokus Dengan Perasaan Meluap-luap

Jika anda sudah letakkan matlamat yang anda sendiri


impikan. Pastikan anda letakkan fokus ini secara meluap-luap
setiap hari. Saya akan berikan teknik-teknik praktikal lepas ini.
Perasaan meluap-luap ini seolah-olah anda terfikir sentiasa
siang malam mengenai matlamat yang anda benar-benar
capai. Perasaan meluap-luap ini boleh dinaikkan pula dengan
alunan muzik “epic” bagi merangsang lagi semangat meluap-
luap ini.

4. LIMA langkah fokus matlamat anda

Berikut LIMA langkah praktikal yang anda perlu lakukan untuk


merealisasikan semua matlamat anda di atas:

1. Mimpi Nyata & Terang

Kunci Kejayaan Diri Page 31 of 94


Tutup mata dan mimpi secara nyata dan terang. Lihat
segala aspek matlamat anda ini. Contohnya, jika anda
mahu kereta BMW, tutup mata dan rasakan dan dengar
bunyi pintu kereta BMW apabila ia di tutup. Bayangkan
anda sedang duduk dan membetulkan tempat duduk
kereta anda. Untuk mendapat mimpi yang jelas, pergi ke
showroom BMW dan uji pandu kereta BMW anda.
Anggap kereta tersebut sudahpun menjadi milik anda.
Tunggu untuk ambil kunci sahaja. Kalau rumah yang
anda idamkan pergi ke showhouse rumah banglo dan
lihat di dalam nya. Ingati semuanya, dan setiap hari
mimpi dengan nyata segala yang anda lihat dalam
lawatan ke show house anda tadi. Bayangkan anda
sedang bermain-main dengan anak di laman rumah
banglo besar ini.

2. Umumkan Kepada Orang Ramai

Jangan malu, jangan segan… umumkan sahaja kepada


orang ramai. Jika anda mahu kurus, umumkan sahaja
dalam WhatsApp group anda mengajak sesiapa untuk
masuki marathon bersama dalam masa setahun lagi.
Kunci Kejayaan Diri Page 32 of 94
Umumkan kepada suami atau isteri atau pasangan
anda. Umum di dalam Facebook, Intagram dan merata-
rata lagi. Jika anda mahu membeli kereta, umumkan
kepada kawan-kawan ajak untuk ke showroom test-drive
kereta. Pasti ramai mahu ikut anda ke sana.

3. Letakkan Atas Kertas

Beli sebuah buku dan tulis secara terang apa matlamat-


matlamat anda. Anda mungkin ada matlamat kesihatan
dan rupa, matlamat kewangan dan matlamat spiritual.
Letakkan dengan jelas dan berikan tempoh yang jelas
untuk capai ini. Kemudian, cari gambar-gambar
matlamat anda ini dan tampal di dalam “buku impian”
anda ini. Pastikan matlamat anda ini jelas seperti berikut:

Beli kereta BMW 5.20 warna merah pada 1hb Januari


2017.

Dan cari gambar BMW 5 series berwarna merah dalam


majalah-majalah kereta dan tampal sana.

Jika anda mahu badan yang sihat, bayangkan gambar


seorang pelari maratón. Cari mana-mana gambar
seorang atlit maratón dan tampal dalam buku ini.

Jika anda ingin gunakan Powerpoint slide juga boleh.


Copy dan paste gambar-gambar impian anda ke dalam
slide ini. Masukkan lagu bagi membangkitkan semangat
anda lagi. Saya masukkan sebuah template contoh yang
anda boleh gunakan beserta buku ini.

Kunci Kejayaan Diri Page 33 of 94


4. Lihat Buku Ini Setiap Hari

Setiap hari anda perlu lihat buku ini dan bayangkan


secara jelas berdasarkan gambar-gambar yang anda
telah tampalkan dalam buku ini. Setiap bagi, berikan
masa selama 20 minit untuk melihat buku ini dan
membayangkan anda seolah-olah sudahpun memiliki
impian-impian anda. Saya akan ajarkan anda teknik
20/20/20 selepas ini di mana 20 minit terakhir adalah
khas untuk anda melihat buku impian anda dan
membayangkan matlamat anda secara jelas setiap.
Sebelum tidur juga, lihat buku ini. Letak buku impian
anda di sebelah katil anda untuk memudahkan ini.

Lakukan semua ini selama 30 hari dan selepas itu ia


akan menjadi suatu kebiasaan yang anda perlu lakukan
setiap hari sampai bila-bila.

Kunci Kejayaan Diri Page 34 of 94


Jadi…

Secara kesimpulannya, matlamat adalah penting untuk anda


memberi fokus dalam kehidupan anda dan memberi panduan
dalam segala aktiviti harian anda. Ia adalah kompas kepada
anda dan juga membantu anda supaya sentiasa sibuk untuk
mencapai matlamat anda ini. Apabila anda sibuk, segala
tumpuan anda akan hanya kepada satu ini sahaja dan anda
tidak akan rasa letih atau jemu melakukan sesuatu untuk
mencapai matlamat impian anda ini. Tenaga akan datang
sendiri hanya kerana fokus anda ini. Tidak perlu sebarang
ubat ajaib untuk tenaga tambahan apa-apa. Matlamat ini
sendiri adalah minyak membara yang menghasilkan tenaga
dalam diri anda ini.

Matlamat akan menghasilkan kegembiraan semula jadi


dalam kehidupan harian anda.

Kunci Kejayaan Diri Page 35 of 94


BAB 5
PENGUASAAN DIRI

Kunci Kejayaan Diri Page 36 of 94


Anda telah mempelajari bagaimana untuk membuang semua
pemikiran negatif dari minda anda. Dan juga, anda telah
mempelajari bagaimana pentingnya menetapkan matlamat
untuk diri anda. Sekarang, prinsip ketiga yang anda perlu
kuasai adalah penguasaan diri. Penguasaan diri
bermaksud membina kekuatan sifat diri dari segi minda, fizikal
dan jiwa. Bagaimana untuk menguasai diri adalah dengan
melakukan yang berikut:

1. Kekuatan sifat diri

Anda perlu memupuk sifat-sifat diri anda. Ini akan diterangkan


dengan lebih lanjut dalam tolos practical yang anda boleh
gunakan selepas ini. Bina kekuatan diri supaya anda sendiri
yang menentukan hidup anda. Mesti cekal dan kuat dalam hal
ini. Seperti yang saya cerita sebelum ini, oleh kerana
kekuatan diri saya lemah ketika itu, kehidupan saya seolah-
olah di kuasai orang lain dan bukan diri saya. Bila orang suruh
saya ketuk, saya ketuk tanpa soal dan tanpa berfikir. Saya
sudah tidak dapat berfikir lagi ketika. Jangan jadi seperti ini.
Bina kekuatan diri anda untuk menentukan kehidupan anda
sendiri.

2. Bina kekuatan mental

Apabila lain-lain aspek dunia kita lemah, maka ia akan mula


hinggap dan melemahkan mental kita. Apabila ini terjadi, kita
seolah-olah senang dipengaruhi kiri dan kanan. Mental dan
emosi kita akan lemah, dan kita akan mula percaya
bermacam-macam. Kita akan senang dipengaruhi oleh
sesiapa. Sebagai contohnya, apabila kehidupan keseluruhan
kita pun kelam-kabut dan kusut, kewangan sudah terdesak,
badan lemah dan tidak bertenaga, kita akan mula percaya
dengan apa-apa sahaja. Contohnya, apabila datang orang
mengatakan ada pelaburan yang memberi 30% dalam masa
Kunci Kejayaan Diri Page 37 of 94
12 hari, bagi yang lemah mentalnya memang akan mudah
terperanguh. Kuatkan mental anda. Saya akan beri langkah-
langkah praktikal untuk membina kekuatan mental ini.

3. Bina keberanian

Anda perlu keberanian untuk lakukan apa yang anda mahu.


Dunia ini tiada batas dan had limit. Ia adalah bergantung
kepada diri anda sahaja sebenarnya. Minda anda sendiri
yang menentukan limit anda. Contohnya, jika anda ke gym
dengan personal trainer, kadang-kadang mereka akan
arahkan anda angkat berat sampai anda tidak mampu lagi
tetapi setelah didesak anda sebenarnya boleh lakukannya.
Minda anda yang mula-mula fikir anda tidak boleh. Jika anda
mahu, apa-apa sahaja mungkin.

Anda perlu berani kerana benar. Hanya keberanian yang


membezakan anda orang yang gagal dan berjaya. Fikirkan
apa yang paling teruk boleh terjadi kalau anda gagal.
Misalannya, jika anda berminat berniaga jual nasi lemak di
waktu pagi kerana mendengar pendapatan yang tinggi
darinya, anda perlu ada lesen berniaga di suatu kawasan.
Ramai apabila mendengar perlu minta lesen sudah takut dan
tidak mahu meneruskan lagi impian mereka. Tetapi fikirkan,
apakah yang paling teruk akan terjadi, mungkin Majlis/Dewan
akan datang dan serbu segala peralatan anda. Apa yang
anda hilang? Kemungkinan sekadar periuk, mangkuk dan
mungkin beberapa bungkus nasi lemak. Anda mungkin rugi
sedikit dari segi itu, tetapi anda telah mencuba dan sudah
pastinya ia merupakan cabaran yang begitu seronok sekali.
Mungkin anda sudah untung jauh lebih besar sebelum kena
serbu. Saya bukan hendak menggalakkan anda melakukan
perniagaan yang haram. Dalam contoh yang ekstrem di atas,
saya ingin menunjukkan yang anda perlu berani dan fikir apa
yang paling teruk akan berlaku jika anda lakukan sesuatu.
Kunci Kejayaan Diri Page 38 of 94
Jika paling teruk sekadar hilang duit, tetapi anda sekurang-
kurangnya sudah mencuba melakukannya dan belajar
darinya untuk melangkah lagi dari pengalaman tersebut. Jadi,
keluar dan berani lakukan sesuatu yang luar biasa.

Juga saya ingin saya perkatakan sedikit mengenai dunia


pekerjaan dan kerjaya. Saya dulu pun bertahun-tahun bekerja
dan mempunyai sebuah kerjaya. Pekerjaan banyak
membantu dari segi kewangan dan juga memberi anda skil-
skil yang anda tidak akan dapat perolehi dengan sekadar
pergi ke universiti. Tetapi dunia pekerjaan ini sebenarnya
merbahaya dan menghadkan minda anda kepada peluang
yang lebih besar di luar sana. Setelah anda bekerja bertahun-
tahun mungkin anda juga akan terpengaruh dengan cara
pemikiran ini. Ini adalah cara pemikiran yang kebolehan dan
keupayaan untuk mengubah hidup anda adalah terhad
sekadar satu nombor yang diberikan oleh majikan anda. Saya
teringat lagi, apabila memasuki dunia pekerjaan dahulu,
semasa interview, HR akan menentukan pada umur 40an,
tangga gaji anda patut berada pada satu nombor yang telah
ditentukan dalam masa beberapa minit tau jam interview
sahaja. Dalam erti-kata, orang lain telah menentukan
kehidupan anda pada awal 20an sehingga anda bersara 55
tahun nanti. Bukan anda yang menentukan hidup anda tetapi
HR yang menentukannya.

Kuasai hidup anda dan bina keberanian untuk membina


sebuah perniagaan. Dari sini, anda akan sendiri menentukan
had limit hidup anda sendiri.

4. Bina minda, fizikal dan jiwa

Anda perlu membaiki ketiga-tiga aspek di atas serentak untuk


mengubah dan membetulkan kehidupan anda. Tidak boleh
sekadar membetulkan minda anda tetapi badan serta jiwa
Kunci Kejayaan Diri Page 39 of 94
anda tergadai. Kapal kehidupan anda akan tenggelam jika
salah satu dari atas rosak. Contohnya, jika fizikal anda tidak
terjaga. Anda makan tidak terkawal dan jarang-jarang
melakukan senaman. Ia akan memberi kesan kepada kedua-
dua minda dan jiwa anda. Saya pernah dulu kecewa kerana
tidak mendapat sesuatu dan serta merta badan saya lemah
dan seolah-olah hilang imunasi dan saya jatuh sakit selama
seminggu. Dalam kes tersebut saya belajar yang jiwa dan
spiritual anda boleh menjejaskan kesihatan anda juga.
Contoh lagi, jika anda dapat kuasai dua prinsip yang saya
telah ajar sebelum ini, tetapi anda leka dengan kesihatan
serta spiritual anda. Lambat-laun minda anda akan terjejas
juga. Ketiga-tiga minda, fizikal dan jiwa ini berhubung-kait
rapat antara satu sama lain. Anda perlu baiki dan bergerak
serentak membetulkan ketiga-tiga aspek dalam kehidupan
anda ini.

5. Perubahan yang tak henti-henti

Sama seperti yang saya cerita sebelum ini, ramai suka kata
mereka ingin bersara dan berhenti buat segala-galanya dan
berehat. Masa itu minda anda akan mula berhenti dan semua
sekali akan berhenti termasuk jantung anda. Dunia ini
sentiasa berubah, maka pastikan anda juga sentiasa berubah
dan naik dan naik lagi. Pastikan setiap hari ada
perkembangan terbaru dalam hidup anda. Setiap hari duit
dalam ASB atau akaun bank semakin banyak. Semakin hari
anda semakin kurus dan sihat. Anda dulu boleh berlari 10k,
keesokan harinya cuba lagi 15k pula dan seterusnya. Hari
demi hari perlu ada perubahan yang lebih baik dari
sebelumnya. Tidak ada sesuatu yang tetap dalam dunia ini.
Kerajaan boleh berubah-ubah, manusia boleh berubah. Alam
sekitar juga berubah-ubah. Jadi anda juga perlu berubah naik
lagi. Cari segala kesilapan atau kelemahan anda dan baiki
lagi. Setiap hari anda mencari-cari. Anda akan lakukan ini
Kunci Kejayaan Diri Page 40 of 94
sampai bila-bila. Tidak ada full stop tidak lakukan apa-apa lagi
selepas bersara.

No such thing as retirement.

6. SEPULUH langkah praktikal

Lakukan semua sepuluh di bawah untuk menguasai diri anda.


Ia boleh dilakukan sebaik anda selesai membaca buku ini. Ia
adalah:

1. Meditasi senyap

Ini adalah aktiviti yang sama saya cerita sebelum ini. Cari
tempat yang senyap dan berikan 5 ke 15 minit untuk
bermeditasi dan buang segala pemikiran dalam minda.
Berikan masa untuk minda anda berehat. Anda juga boleh
berikan masa selama beberapa minit selepas sembahyang
untuk berdoa dan meminta Tuhan memberikan kekuatan
untuk anda menguasai diri. Bagi yang bukan beragama
Islam, saya menyarankan setiap beberapa jam untuk
mencari tempat yang senyap dan bermeditasi untuk
sekadar beberapa minit. Juga bagi yang beragama Islam,
pastikan sembahyang anda adalah yang benar-benar
khusyuk 5 kali sehari.

Kunci Kejayaan Diri Page 41 of 94


2. Senaman Setiap Hari

Ini adalah penting sekali. Dulu saya tidak pernah bersenam


selama hampir 10 tahun. Saya andaikan saya sudah
banyak berjalan maka cukuplah sekadar itu. Bersenam
yang saya maksudkan ialah berjalan atau berlari selama 20
minit sehingga badan anda keseluruhannya berpeluh tidak
henti-henti. Saya sarankan anda hanya sekadar memakai
kasut sukan dan jalan sahaja sekitar taman anda. Jika
anda ada treadmill lagi bagus. Senaman ini akan
mengeluarkan satu kimia yang bernama endorphin. Kimia
ini akan mengimbangkan emosi anda dan memberi lebih
kekuatan tenaga dan juga memberikan minda anda
kesegaran untuk anda menjalani kehidupan anda samada
dalam pekerjaan anda atau dalam dunia perniagaan anda
atau pun dalam hubungan keluarga anda.

Saya ingin menyarankan anda bangun awal 5:00 pagi tepat


dan perkara pertama yang anda lakukan ialah bersenam
selama 20 minit. Ini akan membangunkan segala-galanya
dalam kehidupan anda dan hari anda akan terus cergas
sepanjang hari selepas itu.

Saya juga menyarankan anda meletakkan matlamat untuk


mencapai larian tidak henti-henti selama 30 minit. Ini

Kunci Kejayaan Diri Page 42 of 94


adalah matlamat jangka panjang yang anda perlu capai.
Untuk mencapai ini, gunakan pelan larian seperti di sini.
Ikuti pelan ini selama 30 hari untuk mencapai larian 30 minit
tanpa henti.

3. Kurangkan Nasi & Tambah Sayur

Kurangkan portion nasi anda ke satu perempat. Selalu


orang akan meminta nasi separuh. Minta nasi suku.
Kemudian tambah banyak sayur-sayur dalam menú anda.
Kurangkan makanan yang berminyak dan daging merah
seperti daging lembu, makanan laut dan lain-lain.

Anda akan berasa cergas dan gembira selepas waktu


makan. Berbanding dengan memakan yang berat,
kebiasaannya anda seronok masa makan tetapi akan rasa
badan berat selepas itu.

Satu lagi tips dan trick adalah untuk makan malam sebelum
jam 8 malam. Lebih baik kalau boleh sebelum sembahyang
Mahgrib. Selepas itu, hanya sekadar minum air sahaja.
Anda akan dapat lihat keberkesanannya keesokan harinya.

Kunci Kejayaan Diri Page 43 of 94


4. Belajar tidak henti-henti

Baca banyak buku dan banyak belajar benda baru atau


berulang-ulang kali membaca, menghafal dan pelajari
setiap yang diceritakan dari buku-buku ini. Bukan hanya
sekadar membaca tetapi mempelajarinya sama seperti di
sekolah. Belajar adalah proses seumur hidup sampai bila-
bila dan sampai ke tua. Ada satu kata dalam Inggeris old
dogs can no longer learn. Anjing tua tidak boleh belajar lagi
atau otak orang tua dah tak boleh belajar adalah tidak
benar. Anda perlu terus menerus belajar bermacam-
macam benda baru. Pergi ke kelas, masuk seminar, tengok
televisyen untuk belajar. Jangan berhenti belajar! Belajar
juga adalah sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya.

5. Tulis journal setiap malam

Setiap malam sebelum anda tidur tulis dan simpan ke


dalam journal tentang hari anda pada hari itu. Beli sebuah
buku nota seperti diari. Satu kolumn untuk apa yang anda
telah lakukan dari pagi hingga ke malam dan satu lagi
kolumn untuk mencerita apa yang anda sepatutnya
lakukan untuk membetulkan atau lain kali lakukan.
Misalannya, jika pada hari itu anda terlebih makan. Tulis
Kunci Kejayaan Diri Page 44 of 94
dalam journal kesilapan terlebih makan ini dan apa yang
anda patut lakukan lain kali. Apabila anda tulis segala yang
anda lakukan sepanjang hari, anda sudah memberi isyarat
kepada minda anda yang anda telah lakukan sesuatu
kesilapan dan akan membetulkannya lain kali. Tulis juga
kejayaan misalannya berjaya bersenam selama 20 minit
dan ulangi lagi.

Saya sertakan satu template journal yang anda boleh


gunakan beserta buku ini.

6. Bangun awal 5 PAGI

Manusia sebenarnya hanya perlukan 6 jam tidur. Tidur


awal malam sebelumnya dan bangun 5 pagi setiap hari
tidak kira hari bekerja atau cuti. Dengan bangun awal ini,
anda memberi isyarat kepada minda anda yang anda
berupaya menguasainya. Selain darii tu, bangun seawal 5
pagi ini memberikan anda advantage terhadap orang lain.
Kajian telah menunjukkan yang minda manusia
sebenarnya hanya berfungsi paling produktif antara 5 pagi
ke 10 pagi sahaja. Selepas itu, ia akan perlahan dah tidak
lagi berfungsi dengan baik selepas itu. Gunakan pagi ini

Kunci Kejayaan Diri Page 45 of 94


dengan sepenuhnya untuk melakukan perkara-perkara
yang paling penting dalam hidup anda dan juga perkara
yang berhubung kait paling rapat untuk memenuhi
matlamat anda sebelum ini. Gunakan juga peraturan
20/20/20 iaitu pada awal 5 pagi, anda akan bersenam
selama 20 minit kemudian 20 minit selepas itu anda akan
buat senarai To-Do anda iaitu senarai apa yang anda perlu
lakukan untuk hari itu. Saya akan terangkan dengan lebih
panjang mengenai senarai To-Do anda selepas ini.
Kemudian 20 minit seterusnya anda gunakan untuk proses
mimpi nyata matlamat anda seperti yang saya telah cerita
sebelum ini. Selepas anda lakukan 3 proses ini, minda dan
mood anda akan berubah terus selepas jam 6 pagi itu.
Anda boleh mandi dan sembahyang dan terus ke tempat
selepas itu. Satu lagi yang anda perlu lakukan ialah sampai
ke pejabat atau mulakan perniagaan anda jauh lebih awal
dari sesiapa. Pastikan anda yang membuka lampu pejabat.
Ini memberi isyarat kepada minda yang anda telah menang
mengalahkan orang lain sebelum kerja belum pun bermula.

Tidur awal jam 10 jam supaya anda dapat tidur secukupnya


sebanyak 6 jam sekurang-kurangnya. Sebelum tidur
jangan tengok televisyen dan mainkan alunan lagu-lagu
perlahan dengan headphone Smartphone anda supaya
tidur anda lena.

Kunci Kejayaan Diri Page 46 of 94


7. Hidup Dengan Alunan Muzik

Penuhkan hari-hari anda dengan alunan muzik-muzik yang


memberi semangat dan menyeronokkan jiwa anda.
Contohnya dalam kereta anda boleh pasang lagu sekuat-
kuatnya dan ikut menyanyi seperti di kareoke. Ia akan
memberi semangat di kala kemurungan dan menaikkan
mood anda. Sebaik anda rasa bosan atau stres pasang
lagu untuk menghilangkan kebosanan atau stres ini selain
dari teknik mencari positif yang saya telah ajar sebelum ini.

8. Sebut Mantra Secara Kuat

Ada satu mantra yang anda perlu sebut sekuat yang anda
boleh pagi, tengah hari dan malam semasa ada
berseorangan. Ia adalah:

SAYA LEBIH LAGI DARIPADA APA YANG ORANG


LAIN NAMPAK. SEGALA KEKUATAN DUNIA
BERADA DALAM DIRI SAYA.

Utarkan mantra ini siang and malam kuat-kuat. Cetak juga


bagi anda mudah nampak.

Kunci Kejayaan Diri Page 47 of 94


Kemudian selang seli setiap beberapa jam (kemungkinan
selepas sembahyang) dengan di bawah:

SAYA ADALAH INSAN YANG UNIK DAN LAIN DARI


ORANG LAIN. SAYA DILAHIRKAN UNTUK SUATU
TUJUAN YANG AKAN MENGUBAH DUNIA INI.

Cetak juga bagi anda mudah nampak. Anda akan dapat


lihat hasilnya dalam masa 24 jam selepas itu. Teknik ini
telah lama digunakan sejak zaman berzaman.

Mantra-mantra ini perlu di sebut dengan kepercayaan


penuh. Anda mesti percaya dengan penuh perkataan-
perkataan yang anda utarkan ini.

9. Kuatkan sifat-sifat diri anda

Anda perlu kuatkan sifat-sifat ini di dalam diri anda dan


sentiasa berpegang kepadanya. Ia adalah produktif, belas
kasihan, rendah diri, kesabaran, kejujuran dan keberanian.
Pastikan setiap yang anda lakukan dalam menuju
matlamat akhir anda memenuhi semua sifat-sifat ini.

10. Hidup Sederhana & Simple

Jangan jadikan hidup anda ini terlalu rumit. Buang dan


bersihkan banyak benda dalam hidup anda. Ada satu
konsep yang cukup bagus saya pelajari iaitu GTD. Ia
menyuruh kita mengosongkan minda kita dengan
memindahkan segala dalam minda kita ke dalam satu
sistem di luar. Jika anda ada seribu satu benda untuk ingat
di dalam otak anda seperti perlu ingat untuk membayar bil,
perlu ingat untuk membeli sesuatu dan lain-lain ia akan
menjadikan minda anda berat dan rungsing kerana terlalu
banyak benda berada di dalam minda anda. Kosongkan
Kunci Kejayaan Diri Page 48 of 94
segala-galanya, biar hanya yang penting tinggal. Mana-
mana yang penting masukkan ke dalam sistema luaran
seperti Google Calendar dan lain-lain. Salah satu teknik
yang saya ingin anda lakukan sekarang ialah senaraikan
segala-gala yang ada di dalam minda anda sekarang ke
atas kertas. Tuliskan semuanya. Contohnya, tukar bulb
lampu, beli pensil, beli roti dan lain-lain. Kemudian,
letakkan apa langkah seterusnya yang membolehkan anda
tutup ítem tersebut. Contohnya, beli roti. Letak pergi ke 7-
eleven esok jam 8 malam. Dan seterusnya. Serta-merta
anda akan merasa seronok bukan kerana anda sudah tahu
apa yang perlu dilakukan selepas jadi benda ini telah
pindah keluar. Anda hanya perlu lihat sahaja senarai
tersebut dan lihat apa yang anda perlu lakukan. Minda dan
jiwa anda telah kosong sekarang.

Lakukan perkara-perkara berikut untuk kosongkan minda


anda dan mempunyai kehidupan yang sederhana dan
simple:

1. Kemas Rumah & Bilik Anda

Ambil masa sehari untuk kemas rumah dari atas ke bawah.


Buang semua benda yang tidak penting. Jualkan baju atau
apa-apa barangan yang tidak penting di dalam hidup anda.
Simple yang perlu sahaja. Bagi meja anda kosong se
kosoong-kosongnya. Kalau boleh kurangkan juga segala
perabot. Sepatutnya ada hanya beberapa perabot yang
benar-benar penting sahaja. Interior deco style Zen adalah
bagus.

Kunci Kejayaan Diri Page 49 of 94


2. Senaraikan To-Do Anda

Senaraikan segala-galanya yang anda perlu lakukan


dalam hidup anda sekarang ini. Cuba ingat segala-galanya.
Dari cuba habis baca buku ini ke bayar bil Celcom dan lain-
lain. Buat keputusan apa langkah seterusnya yang perlu
anda lakukan untuk menutup setiap ítem dalam senarai To
Do anda. Dalam Prinsip Penguasaan Masa di bab akan
datang saya akan terangkan dengan lebih banyak lagi
mengenai strategi To Do ini. Masukkan segala To Do ini ke
dalam Google Calendar.

3. Kurangkan Perbelanjaan Bil

Buangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Ada setengah


orang suka ada super bike selain dari kereta mereka.
Superbike ini digunakan pada hujung minggu untuk
keseronokan sahaja. Ada setengah orang ada Astro tapi
tak pernah tengok langsung pun. Buang mana-mana yang
tidak perlu supaya anda lapang minda. Biarkan sekurang-
kurangnya perbelanjaan. Juga, jika anda terlalu banyak
rumah sewa dan ini akan membebankan minda anda, lebih
baik dijual serta-merta. Rumah boleh dibeli semula. Takde
hal. Jangan membebankan minda anda. Biar ia KOSONG.

4. Kurangkan Tanggungjawab Sosial Anda

Ada setengah orang suka menjadi bermacam-macam ahli


jawatankuasa kampung, taman, AJK alumni dan lain-lain.
Ini sebenarnya bagus kerana ia merapatkan diri anda
dengan komuniti tetapi juga membebankan dan boleh
menyebabkan anda kusut pemikiran dan minda akan
dibebani dengan pelbagai masalah. Elok dibuang dulu ke
semua tanggungjawab ini, setelah anda rasa lebih lapang,
boleh dimasuki semula.
Kunci Kejayaan Diri Page 50 of 94
Secara rumusannya, cari segala benda dalam hidup anda
yang anda boleh selesaikan dan cuba tutup. Sebenarnya,
saya akan cerita jauh lebih banyak mengenai ini di dalam
bab akan datang.

Jadi…

Secara kesimpulannya, penguasaan diri iaitu penguasaan


ketiga-tiga minda, fizikal dan jiwa secara serentak adalah
kritikal kepada perubahan serta kejayaan hidup anda.

Kunci Kejayaan Diri Page 51 of 94


BAB 6
DISPLIN DIRI

Kunci Kejayaan Diri Page 52 of 94


Prinsip seterusnya adalah displin diri. Displin diri adalah
sangat penting kerana dengannya anda dapat menguasai
minda anda, jika anda menguasai minda bermakna anda
dapat menguasai hidup anda, jika anda dapat menguasai
hidup anda bermakna anda dapat menguasai masa depan
anda. Displin diri adalah penentu samada anda dapat terus
menepati janji dengan diri anda untuk melakukan sesuatu dan
juga menepati janji kepada orang lain. Tanpanya anda akan
karam begitu sahaja kerana gagal mengawal hidup anda.

Buktikan kepada minda anda yang anda berdisplin tinggi.


Lakukan banyak perkara-perkara kecil yang akan membina
kepada aspek-aspek yang lebih besar. Contohnya, seperti
bangun awal pagi 5 pagi, datang lebih awal ke kerja, datang
lebih awal dari orang lain untuk appointment, mengikuti jadual
hidup dan lain-lain. Sikit-sikit dan lama-lama akan jadi bukit.

Displin diri adalah penting untuk anda tolak segala pemikiran


negatif 100% dari diri anda. Inilah matlamat anda sebenarnya
iaitu untuk menolak segala yang negatif dalam hidup anda.

Anda perlu displin diri dalam segala aspek hidup anda. Bukan
sahaja satu aspek tetapi segala-galanya. Berikut adalah DUA
cara untuk anda menguatkan displin diri dalam menghadapi
cabaran dunia ini:

1. Buang yang negatif dengan visi positif

Teknik ini sama dengan sebelum ini. Misalannya dalam teknik


sebelum ini, saya ada menyuruh anda mulai hari ini bangun 5
pagi. Pada jam 5 pagi, begitu sukar sekali untuk anda bangun
dan melakukan senaman. Pada ketika itu, anda perlu
bayangkan bagaimana diri anda jika anda melakukan
senaman setiap pagi. Bayangkan dalam minda anda dengan
begitu jelas seolah-olah ia sudah berlaku bagaimana anda
Kunci Kejayaan Diri Page 53 of 94
dapat begitu kurus dan cergas sekali. Bayangkan dengan
kuat sekali. Ini dapat menguatkan azam untuk anda bangun
dari tidur dan melakukan senaman ini. Sekarang pastikan
anda lakukan ini selama 30 hari, selepas ini ia akan menjadi
kebiasaan yang anda akan rasa lain macam jika tidak
lakukannya. Juga, pastikan untuk semua appointment
dengan kawan-kawan atau rakan kerja atau rakan niaga,
anda datang awal. Ini akan memberi bayangan yang anda
berdisplin tinggi. Datang 30 minit lebih awal dari orang lain
dan sementara menunggu boleh membaca buku dan lain-lain.

Setelah anda berjaya menguasai displin diri untuk sesuatu


aspek hidup anda ini, tandakan dalam buku nota anda dan
masukkan ke dalam journal malam anda sebagai suatu
kejayaan. Pastikan journal anda nanti penuh dengan nota
mengenai bagaimana anda mengawal displin diri ini.

2. Mantra

Sebutkan mantra yang saya telah berikan sebelum ini setiap


hari. Sebutkan sekurang-kurangnya 30 kali sehari semasa
anda berjalan kaki ke kerja atau semasa anda bersenam
mengelilingi taman perumahan anda.

SAYA LEBIH LAGI DARIPADA APA YANG ORANG


LAIN NAMPAK. SEGALA KEKUATAN DUNIA
BERADA DALAM DIRI SAYA.

3. Sembahyang

Teknik ini sesuai untuk orang Islam. Tetapi bagi yang bukan
beragama Islam, anda boleh lakukan ibadat agama anda
sendiri secara konsisten mengikut jadual.

Kunci Kejayaan Diri Page 54 of 94


Bagi saya, anda perlu lakukan ibadat sembahyang 5 waktu
sehari tanpa tertinggal satu waktu pun walaupun anda berada
di luar. Surau ada di mana-mana di Malaysia ini. Jika ke luar
negara boleh lakukan semabahyang Jamak dan Qasar.
Ibadat ini adalah penting kerana bukan sahaja ia membina
displin diri anda tetapi ia membina kembali sifat displin diri
anda di kala kelemahan dalam diri anda mula timbul. Dan
sudah semestinya ia memberikan ketenangan jiwa kepada
anda setiap beberapa jam. Saya sarankan anda mula lakukan
ini selepas ini. Ya, pastikan sembahyang anda khusyuk.

Buku ini bukan buku agama. Cuma saya ingin cerita sendiri
apa teknik-teknik yang telah memberikan kesan kepada diri
saya.

Lagi sekali bagi yang bukan beragama Islam, jalankan ritual


agama anda sendiri menurut masa-masa yang ditetapkan.

Jadi…

Secara kesimpulannya, displin diri perlu di bina dalam


segala aspek kehidupan anda. Bina kecil-kecilan sehingga
anda dapat menguasai displin diri anda secara
keseluruhannya.

Kunci Kejayaan Diri Page 55 of 94


BAB 7
PENGUASAAN MASA

Kunci Kejayaan Diri Page 56 of 94


Sekarang tiba masa untuk saya mengajar anda mengenai
prinsip penguasaan masa. Prinsip ini adalah prinsip yang
paling praktikal yang anda boleh terus lakukan serta-merta
selepas ini. Prinsip penguasaan masa ini penting kerana ia
berhubung-kait dengan semua prinsip di atas. Jika anda
mahir dalam menggunakan teknik-teknik yang saya akan
cerita dalam bab ini, ia akan menguatkan sekali segala
prinsip-prinsip yang saya telah cerita sebelum ini.

MASA ITU ADALAH EMAS

Anda sudah dengar ini berpuluh kali atau mungkin diberitahu


oleh ibu bapa kita tidak henti-henti. Malangnya, ramai dari kita
termasuk diri saya dulu, tidak menjaga betul-betul masa ini
dan membuangnya begitu sahaja.

Masa adalah terhad. Anda hanya ada 24 jam dalam sehari


dan mungkin anda hidup setakat umur 60 tahun. Jadi jangan
sia-siakan walau sesaat masa anda. Jangan buang satu minit
masa pun melakukan perkara-perkara tidak berfaedah seperti
melihat rancangan televisyen yang tiada apa-apa faedah atau
filem yang karut. Gunakan setiap masa anda dan hidup
sepenuhnya... live life to the fullest, setiap minit di rancang
awal-awal dan lihat kebaikan masa digunakan dan rancang
bila ia perlu lakukan. Penuhkan dengan pelbagai aktiviti-
aktiviti yang bermanfaat. Jangan lagi membuang masa anda
menonton berita atau surf Facebook tak henti-henti tanpa
manfaat apa-apa. Kadang-kadang anda melihat berita-berita
pelik seperti anak kena culik ayahnya dan berbincang seolah-
olah ia memberi kesan kepada kehidupan anda. Dan lebih
teruk lagi, ia dibincangkan dengan hebat di Facebook.

Jika anda dapat menguasai masa anda dengan merancang


segala aktiviti-aktiviti anda awal-awal seperti bila patut mandi,
bila patut makan dan lain-lain. Hidup anda akan lebih terurus
Kunci Kejayaan Diri Page 57 of 94
dan juga ini memberi isyarat yang anda telah berjaya
menguasai masa dan juga minda anda.

Berikut adalah teknik-teknik yang anda boleh lakukan terus


dan mulakan selepas ini:

1. Sediakan Jadual Harian

Anda perlukan sebuah jadual harian yang menetapkan


secara terperinci apa yang anda perlu lakukan setiap hari.
Saya ada sertakan sekali sebuah contoh template saya
sendiri untuk dijadikan panduan anda untuk membina jadual
harian anda sendiri. Berikut adalah contoh sebuah jadual:

5:00AM – 5:20AM Bangun dan bersenam


5:20AM – 5:40AM Sediakan To-Do Harian Anda
5:40AM – 6:00AM Belajar Benda Baru Dan Lakukan Mimpi Visi Matlamat
6:00AM – 6:20AM Mandi
6:20AM – 6:40AM Sembahyang dan Mantra
6:40AM – 6:55AM Makan Pagi
6:55AM – 7:30AM Bertolak Pergi Kerja
7:30AM – 7:50AM Sampai Tempat Kerja & Lihat Buku Impian
7:50AM – 8:00AM Lihat To-Do Tempat Kerja
8:00AM – 6:00PM Kerja
6:00PM – 6:30PM Sampai Rumah & Bersenam
6:30PM – 6:50PM Mandi
6:50PM – 7:20PM Makan Malam
7:20PM – 7:40PM Sembahyang dan Mantra
7:40PM – 8:30PM Tulis Journal Harian Anda & Berehat
8:30PM – 8:45PM Sembahyang
8:45PM – 10:00PM Rehat dan Bermain Dengan Anak
8:45PM – 5:00AM Tidur

Buat jadual untuk setiap hari dalam seminggu termasuk apa


yang anda perlu lakukan pada hari Sabtu dan Ahad.

Pastikan anda mengikuti jadual yang anda reka sendiri ini dan
tepatinya. Jangan melanggarnya kecuali ada isu kecemasan
seperti kematian dan lain-lain.
Kunci Kejayaan Diri Page 58 of 94
Dengan ada jadual harian kehidupan anda ini, anda sudah
dapat melihat sendiri atas kertas apa yang anda perlu lakukan
setiap hari. Ini akan memaksa otak kiri anda untuk pastikan
anda ikutinya. Dengan jadual ini juga anda tidak akan buang
masa hidup anda walau sesaat pun.

2. Buat Nota To Do

Anda perlukan sebuah senarai To Do iaitu senarai apa yang


anda perlu lakukan untuk hari itu. Mula-mula buat satu To Do
untuk lihat segala-gala yang anda perlu lakukan dalam hidup
ini. Masukkan segala To Do seperti cat rumah, baiki tayar
kereta, bawa ibu bapa ke klinik dan lain-lain. Pastikan
kesemuanya sudah masuk. Jika anda terlupa masukkan ke
dalam senarai To Do keseluruhan ini, bawa buku nota ke
mana-mana dan catat serta-merta apabila anda teringat dan
masukkan kemudian ke dalam senarai To Do keseluruhan ini.

Kemudian, letakkan tarikh bila anda hendak selesaikan setiap


ítem dalam senarai anda ini. Sekarang adakan pula senarai
To Do harian anda pula. Pada jam 5:20 pagi selepas anda
selesai melakukan senaman anda, masukkan dari senarai
keseluruhan tadi ke dalam senarai To Do harian anda. Biar ia
masih dalam To Do keseluruhan anda. Apabila selesai, tanda
hijau pada ítem tersebut. Ini memberikan isyarat kepada
minda anda telah berjaya melakukan sesuatu. Lagi banyak
hijau bermakna anda telah berjaya pada hari tersebut.

Pada hari Isnin pula, buat satu To Do mingguan. Masukkan


semua ítem dalam senarai keseluruhan anda ke dalam
senarai mingguan pada hari Isnin ini. Dan setiap hari anda
memindahkan sahaja dari senarai mingguan ke senarai
harian. Dengan ini anda sudah ada semuanya terancang.

Kunci Kejayaan Diri Page 59 of 94


Sekarang pergi ke Google Calendar dan masukkan kesemua
To Do anda ini ke dalamnya.

Buat juga perancangan terperinci hingga ke SATU tahun dan


masukkan di kedua-dua senarai To Do keseluruhan dan juga
Google Calendar anda.

3. Buat Gantt Chart Hidup Anda

Gunakan template yang saya sediakan bersama buku ini


untuk menyediakan carta Gantt kehidupan anda. Buat carta
Gantt untuk setahun dan rancangan 10 tahun. Gunakan
matlamat yang anda telah cipta sebelum ini di dalam buku
impian dan cari matlamat-matlamat kecil yang perlu dilakukan
untuk mencapai matlamat besar terakhir anda ini.
Misalannya, matlamat akhir anda ialah untuk menjadi kaya
dan menjana RM200,000 sebulan pada umur 40 tahun. Untuk
mencapai matlamat ini, anda perlu pelbagai matlamat-
matlamat kecil yang lain seperti mencapai matlamat
kesihatan, mencapai matlamat pekerjaan, mencapai
matlamat perniagaan, mencapai matlamat pelaburan dan
lain-lain lagi bergantung kepada diri masing-masing.
Masukkan kesemua matlamat-matlamat kecil untuk mencapai
matlamat besar ini ke dalam carta Gantt anda tadi kemudian
lihat pula apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai
matlamat ini. Contohnya, dalam pekerjaan, anda mungkin
anda matlamat untuk mendapat gaji RM20,000 sebulan.
Untuk dapat ini, mungkin anda perlu belajar separuh masa
dan ambil MBA contohnya. Atau belajar lagi skill-skill lain
seperti pengurusan masa, negotiation skills, managing self
skills dan lain-lain. Kemudian, anda mungkin perlu lakukan
kajian luar untuk mencari pekerjaan lain yang memberikan
gaji yang lebih besar, menyediakan CV terbaik, pergi latihan
untuk public speak, interview, pergi ke kelas-kelas Bahasa
Inggeris dan bermacam-macam lagi sehingga anda boleh
Kunci Kejayaan Diri Page 60 of 94
mencapai matlamat ini. Letak kesemuanya ke dalam carta
Gantt ini. Anda jangan fikir dulu samada ini boleh dilakukan
atau tidak. Masukkan ia dulu dan pecah-pecahkan lagi ke
langkah-langkah yang perlu dilakukan.

Dengan ini, anda boleh lihat keseluruhannya dalam kertas


dan sebuah lukisan keseluruhannya. Minda kiri anda akan
senang memahami ini.

Sekarang cari printer berwarna dan cetak carta Gantt


kehidupan anda ini dan lekat pada dinding rumah anda
supaya anda boleh lihat setiap hari.

4. Pareto

Saya tidak pasti anda pernah dengar mengenai teori Pareto.


Kebanyakan guru suka bercerita mengenai ini. Semasa saya
di tempat kerja juga, teori ini digunakan secara meluas dalam
syarikat saya. Teori ini mengatakan bahawa hanya 20% dari
segala usaha anda yang sebenarnya menghasilkan 80% dari
semua hasil atau output. Teori ini dijumpai oleh seorang ahli
ekonomi dari Itali bernama Pareto yang jumpa bahawa dalam
dunia ini, hanya 20% memiliki segala kekayaan negara.
Kemudian, apabila dikaji semula, ia juga adalah benar untuk
segala-galanya dalam kehidupan kita ini. Ia juga benar
sehingga ke alam semulajadi dan barang-barang mekanikal
seperti hanya 20% dari enjin kereta yang menghasilkan
tenaga untuk kereta bergerak dan lain-lain.

Untuk dipraktikkan dalam kehidupan anda, bukan semua


perkara perlu dilakukan untuk menghasilkan kejayaan. Anda
perlu mencari apa sebenarnya 20% usaha yang perlu
dilakukan dan menumpukan segala usaha ke 20% ini yang
akan menghasilkan 80% kejayaan anda.

Kunci Kejayaan Diri Page 61 of 94


Saya beri contoh, bagi manusia, kita ada masa dalam sehari
sebanyak 24 jam sahaja. Dari 24 jam ini, 6 jam adalah untuk
tidur. Bermakna anda tinggal hanya 18 jam waktu berjaga
yang anda boleh lakukan pelbagai aktiviti untuk
merealisasikan matlamat dan impian anda. Menggunakan
teori Pareto ini, 20% dari 18 jam berjaga adalah 3.6 jam atau
3 jam 30 minit sahaja. Masa ini adalah masa terbaik yang
anda perlu gunakan untuk menghasilkan segala usaha anda
mencapai matlamat anda ini.

Lihat carta di bawah, tenaga anda adalah tertinggi dari jam 6


pagi ke 10 pagi. Di sini adalah masa terbaik untuk anda
lakukan perkara-perkara yang paling penting dalam
hidup anda.

Gunakan sepenuhnya 3.6 jam ini untuk lakukan perkara-


perkara yang paling penting dalam hidup anda. Kemudian
masa-masa yang lain adalah untuk perkara yang remeh
temeh lain seperti periksa e-mail, cuci rumah, baca berita dan

Kunci Kejayaan Diri Page 62 of 94


lain-lain. Kawasan-kawasan biru atas sebenarnya adalah
masa untuk anda tidur.

Bagi yang bekerja, saya sarankan anda tolak seawal-awalnya


dari rumah di kala lalulintas masih kosong. Mungkin
sembahyang Subuh di pejabat. Ini supaya anda tidak
membuang masa anda yang paling berharga iaitu dari jam 6
pagi ke 10 pagi ini.

Apa Yang Anda Patut Lakukan Selama 3 Jam Ini?

Lakukan benda-benda yang ada kena mengena dengan


matlamat anda. Jika anda bekerja tetapi menjalankan
perniagaan sambilan anda adalah matlamat utama anda,
mungkin jam 6am ke 10am ini digunakan untuk merancang
perniagaan anda, atau melancarkan kempen WhatsApp atau
email semasa waktu. Saya akan cerita di bab terakhir
bagaimana anda boleh berniaga sambilan semasa kerja.
Tetapi ini bukan bermakna anda curi masa semasa kerja atau
apa. Berikan masa mungkin selama satu jam dari 3.6 jam
masa bertenaga dan paling produktif ini untuk kerja pejabat

Kunci Kejayaan Diri Page 63 of 94


anda. Selebihnya anda ada berjam-jam lagi untuk melakukan
bermacam-macam rutin kerja-kerja pejabat ini.

Jam 3PM pula patut gunakan untuk tidur petang. Jika di


pejabat, anda boleh lelap sekejap di dalam surau atau di atas
kerusi pejabat anda selama 30 minit. Jangan bagi bos anda
nampak, nanti menjejaskan prestasi pula.

Hantar Kerja Ke Orang Lain & Cost Benefit Analysis

Bukan kesemua kerja yang perlu anda lakukan. Anda perlu


lihat aktiviti tersebut dan lihat samada ia lebih elok dilakukan
oleh orang lain atau tidak. Jangan fikir kerana anda mahu
jimat kos, maka anda sendiri perlu lakukan segalanya. Adalah
jauh lebih produktif dan juga lagi elok memberikan fokus lebih
kepada aktiviti yang dapat menjana hasil lebih untuk
mencapai matlamat anda. Juga, elok diberikan sesuatu
aktiviti yang orang lain lebih bagus dan mahir buat. Gunakan
CBA (Cost Benefit Analysis) untuk menentukan samada anda
patut buat atau tidak kerja ini.

Saya beri satu contoh di bawah bagaimana untuk buat


keputusan sama ada satu aktiviti itu perlu dilakukan oleh anda
atau tidak:

Dalam bab terakhir nanti saya akan berikan kepada anda satu
perniagaan sambilan yang anda boleh gunakan (jika betul
anda laksanakan seperti yang saya arahkan) untuk dapat
pendapatan RM6,000 sebulan sekurang-kurangnya.
Pendapatan ini hanya boleh diperolehi pada hari kerja sahaja,
jadi ada 20 hari bekerja dalam sebulan. Bermakna,
pendapatan anda adalah RM300 sehari. Sabtu dan Ahad
tidak dikira kerana selalunya tiada jualan pada hujung
minggu. Seperti yang saya jelaskan tadi anda ada 18 jam
waktu berjaga. Ini bermaksud anda boleh menjana
Kunci Kejayaan Diri Page 64 of 94
pendapatan RM17 sejam. Nilai masa diri anda ialah RM42
sejam.

Dari sini, kita boleh menentukan samada masa anda patut


dihabiskan untuk sesuatu aktiviti atau lebih baik anda bayar
sahaja orang lain untuk lakukannya. Misalannya, mencuci
kereta. Saya dulu biasa pada hujung minggu mencuci kereta
dari jam 8 pagi sampai ke 10:30 pagi. Ini tidak termasuk kos
untuk membeli peralatan, sabun dan lain-lain. Bermakna saya
telah habiskan 2.5 jam untuk aktiviti ini dalam sehari. Waktu
ini iaitu 8 pagi ke 10 pagi merupakan waktu paling produktif
untuk manusia. Ia patut di habiskan untuk melakukan sesuatu
perniagaan yang menjana pendapatan. Tetapi saya
menghabiskan masa ini untuk mencuci kereta. Opportunity
loss saya kerana cuci kereta sendiri adalah 2.5 jam X RM17
sejam = RM42.50. Ini belum termasuk kos sabun, peralatan
dan lain-lain. Saya anggarkan saya telah habiskan secara
keseluruhannya RM50 di sini. Jika saya menghantar kereta
ke pusat cuci, saya hanya perlu bayar RM8 untuk cuci kereta
dan boleh selesai dalam 20 minit sambil membaca buku atau
menggunakan Smartphone untuk perniagaan saya.
Bermakna saya telah rugi RM42 kerana mencuci kereta
sendiri. RM42 ini besar sekali kerana jika anda simpan di
dalam ASB, duit ini akan menjadi dua kali ganda dalam masa
10 tahun. Ini satu hujung minggu sahaja, jika saya bersih
kereta sendiri setiap minggu bayangkan berapa yang saya
akan rugi.

Ada orang kata cuci kereta bagus kerana ia adalah senaman.


Senaman yang anda perlukan adalah senaman aerobik yang
betul-betul pam jantung anda seperti berlari atau berenang.
Anda perlu hanya 30 minit sehari untuk betul-betul bersenam
secara sepenuhnya. Mencuci kereta selama 2.5 jam tidak
akan dapat sama seperti 30 minit berlari walau anda gosok
sekuat-kuatnya kereta itu sekalipun.
Kunci Kejayaan Diri Page 65 of 94
5. Katakan TIDAK Kepada Orang Lain

Selalunya kita sudah ada perancangan tetapi tiba-tiba datang


bermacam-macam aktiviti yang orang lain mahu anda
lakukan serta merta. Seperti apa yang saya ajar sebelum ini,
semua aktiviti anda perlu dirancang lebih awal dan masuk ke
dalam senarai To Do keseluruhan anda dan disalurkan masuk
ke senarai to do harian anda. Jika ia tidak ada dalam senarai
to do anda, bermakna ia bukan sesuatu yang penting. Anda
masukkan sahaja ke dalam senarai to do anda dan tentukan
masa bila yang ia perlu dilaksanakan. Hanya beritahu orang
tersebut yang aktiviti itu akan di lakukan nanti, minta tunggu
kerana anda sibuk dengan hal lain yang penting buat masa
ini.

Tetapi mungkin ada aktiviti yang penting dan perlu dilakukan


serta-merta. Bagaimana? Begini, apabila anda menerima
sesuatu aktiviti, mula-mula sekali masukkan ke dalam senarai
To Do anda. Lihat samada ia penting dan berhubung-kait
dengan matlamat akhir anda. Jika tidak penting, cuba
masukkan dan tentukan tarikh akan datang untuk
melakukannya. Cari dalam jadual anda bila yang anda boleh
lakukan ini. Jika ia penting, cari slot kosong pada hari ini juga
untuk lakukan tetapi pastikan anda sudah masukkan ke
dalam To Do sebelum buat keputusan ini. Jangan tergesa-
gesa untuk melakukan segala benda di depan mata. Ini yang
selalunya menyebabkan kehidupan kita kelam-kabut kerana
mengganggap segala benda adalah penting, walhal
sebenarnya tidak kerana kita tidak mengambil masa untuk
berfikir tentangnya.

Lihat setiap aktiviti, masukkan ke dalam senarai To Do dan


buat keputusan bila untuk buat kerana ia akan mengakibatkan
anda untuk mengubah aktiviti yang lain juga.

Kunci Kejayaan Diri Page 66 of 94


Contohnya, dengan tiba-tiba lampu dinding rumah kami
terbakar satu. Ada lampu lain yang masih bernyala dan masih
terang. Tetapi isteri saya ketika itu menganggap ia penting
kerana tidak mahu tangguh-tangguh. Padahal waktu itu saya
mempunyai banyak lagi aktiviti lain yang jauh lebih penting.
Saya beritahu dia, saya akan lakukan ini di waktu lain. Muka
dia masam tetapi anda mesti belajar untuk berkata TIDAK.
Saya masukkan ke dalam senarai To Do saya untuk lakukan
keesokkan harinya pada jam 3 petang iaitu masa yang paling
tidak produktif untuk diri saya. Ia merupakan penyelesaian
yang sempurna sekali.

Lakukan apa-apa aktiviti anda dengan menggunakan sistem


di atas ini.

6. Hidup Simple & Sederhana

Saya sudah cerita dalam bab sebelum ini. Tetapi saya ada
beberapa langkah tambahan seperti di bawah:

1. Keluarkan Semua Aktiviti Ke Dalam To Do &


Calendar

Saya dah cerita sebelum ini, buat senarai To Do dan


masukkan semua ke dalam Google Calendar. Anda
akan keluarkan semua ini dari ingatan anda dan minda
anda akan kosong dan boleh menumpukan perhatian
kepada aktiviti-aktiviti penting yang kena mengena
dengan matlamat akhir anda.

2. Kurangkan harta & barangan

Jangan terlalu banyak harta benda. Banyak kebendaan


sebenarnya tidak perlu. Saya telah jelaskan tentang ini
sebelum ini.
Kunci Kejayaan Diri Page 67 of 94
3. Kurangkan aktiviti anda

Saya juga sudah jelaskan sebelum ini. Biar anda dapat


fokus sepenuhnya minda anda kepada benda yang
benar-benar penting sahaja.

4. Pass kerja ke orang lain

Saya sudah cerita dengan panjang lebar tadi.

7. Hidup Seolah-Olah Hari Ini Adalah Hari Terakhir Anda

Jadikan hari ini seolah-olah hari terakhir anda. Anda akan


lihat dunia lain selepas ini. Anda mungkin mahu bertemu
dengan setengah-setengah orang atau lakukan sesuatu
sebelum anda pergi.

8. Do things thinking

Failure is not an option. Jangan terlalu memikirkan apa yang


akan terjadi atau perkara yang negatif mengenai sesuatu.
Fikir hanya satu sahaja iaitu tentang kejayaan sahaja. Masa
adalah terhad, penuhkan hidup anda dengan kejayaan.
Jangan buang masa fikir mengenai kalau anda gagal macam
mana.

9. Jangan Fikir Pasal Yang Lepas

Hanya fikir tentang masa akan datang sahaja. Yang lepas


sudah lepas, biarkan ia sahaja. Anda tidak boleh lakukan apa-
apa lagi tentangnya. Anda perlu fikir apa langkah seterusnya
selepas ini. Buangkan perkataan ini dari minda ada…
PENYESALAN. Tiada penyelesalan dalam hidup ini. Segala
Kunci Kejayaan Diri Page 68 of 94
benda yang terjadi adalah sesuatu yang positif kerana ia
memberi pengajaran dan teladan untuk membina diri anda
yang lebih berjaya lagi selepas ini. Anda mungkin tidak akan
berjaya di masa hadapan jika perkara yang lepas itu tidak
terjadi. Saya berikan contoh, saya telah lakukan suatu
pelaburan sebanyak RM100,000 dulu untuk sebuah premis
perniagaan tetapi perniagaan itu tidak yang seperti kami
sangka. Sejak itu, saya cuba gunakan aset yang dilaburkan
untuk menjana sana sini duit untuk dapat kembali RM100,000
walaupun telah jelas pelaburan itu merupakan suatu
kesilapan. Bagaimanapun, pelaburan ini merupakan
pengajaran dan teladan yang bagus di masa akan datang. Ia
juga memberi saya pengalaman yang akan digunakan lagi
sekali di masa akan datang. Sudah tidak guna lagi dan
membuang masa cuba kekal dengan premis tersebut kerana
memang duit tidak akan balik modal lagi. Lagi elok berhenti
sahaja dan keluar dari situ dan cuba buat perniagaan lain lagi
yang jauh lebih menguntungkan. Tenaga anda perlu
difokuskan untuk perniagaan lain selepas itu. Perniagaan itu
dah tidak menjadi. Kemungkinan besar, perniagaan baru
anda boleh menjana pendapatan berapa kali ganda banyak
lagi dari apa yang anda hilang RM100,000 itu.

Jadi arkitek masa depan anda. Jadikan kegagalan lepas


sebagai teladan sahaja. Sebenarnya jangan anggap
langsung pun yang ia suatu kegagalan. Jangan berdendam
dengan sesiapa. Yang lepas adalah lepas. Jika anda ada
pengalaman buruk dengan sesiapa, hanya elakkan orang
tersebut sahaja, tidak perlu untuk berdendam dan mencari
jalan untuk balas dendam.

Kunci Kejayaan Diri Page 69 of 94


10. Jadual Makan & Jadual Riadah

Atas ini juga patut ada jadual khas untuknya. Saya ada
sediakan template jadual yang anda boleh gunakan.
Jadi…

Secara kesimpulannya, penguasaan masa dan


pengurusannya adalah kritikal kepada kejayaan anda.
Perlu lakukan semua seperti yang saya cerita di atas.

Kunci Kejayaan Diri Page 70 of 94


BAB 8
BERKHIDMAT UNTUK
ORANG LAIN

Kunci Kejayaan Diri Page 71 of 94


Prinsip Keenam adalah sentiasa berkhidmat untuk orang lain.
Pastikan itu moto hidup anda. Apa-apa yang anda lakukan,
biar ia adalah untuk kebaikan orang lain. Pastikan matlamat
yang anda pilih juga bukan sahaja memberi keuntungan dan
kebaikan kepada diri anda tetapi kepada orang lain juga.

Setiap hari pastikan anda lakukan sesuatu yang memberi


manfaat kepada orang lain. Misalannya, mungkin setiap hari
anda boleh memberi ucapan selamat pagi dan bergembira
kepada ahli-ahli WhatsApp group. Apabila ahli WhatsApp
group anda menerima ucapan selamat pagi ini, mereka juga
akan dapat merasakan tenaga yang anda hasilkan pada pagi
itu. Dan ini akan memanfaatkan mereka juga.

Apabila anda menunjukkan kebaikan kepada orang lain, ia


akan datang balik dua kali ganda kepada anda. Tenaga dari
kebaikan yang anda hasilkan dan pass ke orang lain ini akan
datang balik berkali-kali ganda lagi. Pada awal-awal pagi,
pasti anda lakukan bermacam-macam kebaikan seperti
memberikan salam pagi, membantu ahli keluarga anda pergi
sekolah, memberikan salam kepada sesiapa sahaja yang
anda temui dengan satu senyuman akan memberikan tenaga
yang luar biasa kepada sesiapa yang menerima dan ini akan
datang kembali kepada anda. Mulakan pagi anda dengan
ucapan selamat pagi dan senyuman.

Salah satu cara untuk memastikan anda berkhidmat kepada


orang lain dan masyarakat secara keseluruhannya ialah
dengan memastikan anda betul-betul laksanakan segala
yang diajar di dalam buku ini selama 30 hari dan mahir dan
hafal segala yang diajar. Kemudian, tiba masa untuk anda
pula menjadi guru dan memberitahu dan berkongsi dengan
kesemua orang tentangnya. Anda boleh menggalakkan
isteri/suami anda, ahli-ahli keluarga anda, kawan-kawan
anda, rakan kerja anda dan sesiapa sahaja yang anda temui
Kunci Kejayaan Diri Page 72 of 94
tentang strategi sistem hidup ini. Tetapi sebelum anda dapat
memberitahu sesiapa anda sendiri perlu memperbaiki diri
anda dan menggunakan sistem ini dan lihat sendiri
kebaikannya. Kemudian barulah anda beritahu dan berkongsi
kepada semua orang mengenai sistem ini.

Kawan adalah penting. Pastikan anda ada sekurang-


kurangnya TIGA kawan rapat yang anda boleh percayai dan
berkongsi segala cerita baik dan buruk anda. Ini bukan
sekadar kawan dalam Facebook. Ini adalah kawan yang anda
jumpa sendiri dan berinteraksi secara fizikal. Ini juga bukan
pasangan hidup anda iaitu suami/isteri/kekasih anda. Untuk
memastikan anda mencapai ini, pastikan anda mempunyai
strategi untuk berjumpa seorang kawan setiap minggu
mungkin di Starbucks untuk berborak. Anda akan dapat
manfaat berkali ganda dengan bersosial dengan rakan handai
begini. Jangan jadi katak di bawah tempurung dan tidak mahu
berjumpa sesiapa dan menumpukan sahaja masa untuk
kerjaya atau perniagaan. Interaksi sosial dengan kawan-
kawan adalah penting. Ia akan memberikan semangat
kepada diri anda dan membantu anda untuk mencapai
matlamat anda. TETAPI pastikan anda berkawan dengan
orang yang positif. Elakkan berjumpa dengan orang-orang
yang negatif dan sentiasa mahu bercerita tentang segala
masalah dunia tanpa mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.

Selain dari itu, beri tumpuan kepada keluarga anda. Hadiri


segala jamuan dan kenduri. Kenali mereka. Adakan lawatan
ke rumah-rumah keluarga yang sudah lama tidak jumpa.
Tidak semestinya anda lakukan ini semasa musim raya
sahaja tetapi anda boleh lakukan ini pada bila-bila masa
sahaja. Anda juga boleh mengadakan bermacam-macam
jamuan keramaian di rumah anda sendiri dan menjemput
kaum keluarga untuk merapatkan hubungan. Ini adalah satu
Kunci Kejayaan Diri Page 73 of 94
jalan untuk mencapai ini. Percayalah, ini memang akan
memberikan anda satu kepuasan dan membantu anda
mencapai matlamat anda.

Biar semangat positif anda meresap kepada mereka.


Berkongsi tenaga positif ini dengan mereka. Biar mereka
nampak yang anda optimis tentang dunia ini. Dan mereka
pasti akan menerima impact dari optimis anda ini.

Jadi…

Kesimpulan dari bab ini adalah - memberi kembali dan


berkhidmat untuk orang lain akan memberikan pulangan
yang berganda-ganda pada diri anda dan juga akhirnya akan
dapat membantu anda mencapai matlamat anda. Perlu
lakukan semua seperti yang saya cerita di atas.

Kunci Kejayaan Diri Page 74 of 94


BAB 9
KEHIDUPAN
SEMPURNA

Kunci Kejayaan Diri Page 75 of 94


Prinsip terakhir yang anda perlu pelajari dalam buku ini
adalah prinsip ketujuh iaitu mencapai kehidupan yang
sempurna. Untuk mencapai kehidupan yang sempurna anda
perlu mempelajari satu teknik yang di namakan Power Of
Now. Teknik ini memang berkesan sekali dan memberikan
perbezaan yang nyata dalam hidup saya. Apabila saya
menggunakan teknik ini, baru saya dapat mengecapi nikmat
kehidupan dari hari ke hari.

The Power Of Now mengajar anda supaya hidup dengan


gembira dan penuh dengan cabaran pengembaraan yang
menarik. Cuba benda-benda baru yang anda takut lakukan
sebelum ini seperti berenang, naik payung terjun, fly foxing
dan lain-lain lagi. Atau paling senang naik roller coaster. Pada
mulanya ia memang menakutkan tetapi setelah anda
lakukannya, anda akan mendapat nikmat yang hebat darinya.

Salah satu teknik yang saya telah gunakan ialah mencari


kebaikan dan nikmat dalam setiap saat hidup anda. Memang
pelik sekali alam ini, segala-galanya telah terjadi dengan
begitu sempurna sekali seperti bunga-bunga, pokok-pokok,
burung-burung dan lain-lain. Bangunan-bangunan yang
dicipta manusia juga menakjubkan sekali kerana beribu-ribu
orang telah menaburkan jasa dan tenaga membinanya dari
tiada apa-apa ke sebuah bangunan yang tinggi.

Lakukan ini:

Pilih mana-mana pagi, semasa anda berjalan ke kerja, lihat


persekitaran anda. Lihat bunga-bunga, pokok-pokok, rumah,
bangunan dan tumpukan perhatian kepada objek-objek ini.
Hanya tumpu sepenuh fokus kepada persekitaran ini dan
bersyukur atas kejadian mereka dan dapatkan nikmat dari
kejadian ini. Tumpukan sepenuhnya. Tumpukan juga kepada
bunyi-bunyi, bau-bau dan lain-lain. Anda juga lakukan ini
Kunci Kejayaan Diri Page 76 of 94
semasa di taman. Ia memang lebih menjadi jika anda dalam
persekitaran alam semulajadi. Dapatkan nikmat dengan
memberi tumpuan penuh kepada alam sekitar dan setiap
objek dalamnya dan hargai atau bersyukur dengan
kejadiannya. Lakukan ini seorang diri dan dalam 30 minit
setiap hari. Anda boleh lakukan ini dalam perjalanan ke
tempat kerja atau semasa anda melakukan senaman setiap
pagi. Lakukan ini pagi-pagi kerana inilah masa yang terbaik
untuk minda anda menjadi kreatif. Anda akan mendapat
ketenangan yang berlipat ganda dari ini.

Salah satu cara untuk anda memahami teknik ini ialah apabila
anda bermain badminton atau apa-apa sukan yang lain dan
mempunyai seorang lawan dalam satu pertandingan. Apabila
anda bermain badminton ini, anda akan menumpukan
sepenuhnya kepada perlawanan tersebut. Anda tumpu
kepada segala strategi, short, smash dan lain-lain. Pada saat
ini, anda akan lupa terus tentang segala masa lampau anda,
masa akan datang dan lain-lain. Tumpuan anda pastinya
pada now iaitu pada saat tersebut di court badminton
tersebut. Saya pasti anda sudah merasainya. Jika mahu
mencuba, ajak kawan seorang untuk bermain badminton dan
cuba teknik ini sekali lagi. Cuba bawa pengalaman yang sama
ke hari-hari biasa anda.

Juga, pastikan anda hidup di hari ini. Ya, hidup di hari ini.
Bukan hidup berdasarkan apa yang lepas dan juga bukan di
masa akan datang. Sebelum ini, dalam bab mengenai
matlamat saya menyuruh anda untuk bayangkan anda
seolah-olah sudah mencapai matlamat anda. Tetapi selalu
ingat anda masih berada di hari ini sekarang. Pastikan anda
menikmati hidup anda sekarang. Bersyukur dengan apa yang
anda telah dapat sekarang dari segala segi dan gabungkan
dengan kepercayaan yang anda akan dapat apa yang anda

Kunci Kejayaan Diri Page 77 of 94


mahu di masa akan datang. Kehidupan anda akan berubah
mulai hari ini.

Ada satu filem yang bertajuk Click lakonan Adam Sandler


yang saya tonton satu ketika dulu. Ia berkisar mengenai
seorang suami yang sentiasa tidak gembira dengan hidupnya
kerana dia terlalu sibuk dengan pekerjaannya dan selalu
dibuli oleh bosnya, di rumah dia pula anak-anak dia selalu
nakal dan buat bising. Isterinya pula meminta bermacam-
macam benda dan selalu mengganggunya. Jadi, pada hari
jadinya, oleh kerana stres ini dia telah meminta supaya hidup
dia hari ini berubah. Kemudian dia memperolehi sebuah
universal remote control yang boleh fast forward melintas
terus ke saat-saat stres ini dan juga saat-saat boring dalam
hidupnya. Oleh kerana tidak sabar lagi, dia asyik tekan butang
fast forward hidupnya ke depan dan depan kerana setiap kali
dia rasa hidup dia stres dan boring ketika itu. Akhirnya, dia
sampai ke satu waktu apabila dia sudah tua dan kesemua
anak-anaknya sudah besar dan tidak mahu berjumpa dia lagi.
Isterinya juga sudah bercerai dan berkahwin dengan orang
lain. Pada saat itu, baru dia sedar dia terburu-buru menekan
butang fast forward hidupnya tanpa mendapat nikmat melalui
perjalanan hidupnya. Bermain-main dengan anak, melihat
anak masuk universiti, pergi melancong bersama dan lain-
lain. Nasib baik, pemberi universal remote control ini memberi
dia peluang untuk patah balik ke hidup dia sebelum ini. Dan
sejak itu, dia hidup dengan penuh nikmat melalui segala getir
cabaran dan melalui segala kegembiraan hidup ini.

Filem di atas mengajar kita bahawa kegembiraan dalam hidup


kita sebenarnya adalah perjalanan atau pengembaraan hidup
yang kita lalui setiap hari dalam menuju ke matlamat terakhir
kita. Hargai setiap saat hidup anda hari ini dan dapat
kenikmatan darinya. Hidup sepenuhnya sekarang juga.
Lupakan segala-gala yang lepas dan hidup hari ini penuh
Kunci Kejayaan Diri Page 78 of 94
nikmat dengan penuh strategi untuk mencapai matlamat
anda.

Teknik terakhir dalam bab ini dan juga berhubung kait rapat
dengan semua teknik di atas adalah bersyukur dengan apa
yang anda ada setiap hari. Anda perlu bersyukur dengan apa
yang anda ada. Jika anda bandingkan dengan orang lain –
ada bermacam-macam yang mereka tidak ada dan ada
sudah anda. Anda ada tangan dan kaki dan kesihatan anda.
Ramai yang tiada ini semua. Anda perlu bersyukur dan
mendapat nikmat dari ini semua. Ada ramai orang seperti di
Syria hidup dalam peperangan menjadi pelarian dan makan
tidak cukup sementara anda di Malaysia ini boleh dapat
segala-galanya makanan, perlindungan, pekerjaan, peluang
untuk berniaga dan lain-lain. Bersyukur setiap hari. Cara saya
lakukan ini ialah dengan sentiasa berdoa kesyukuran selepas
sembahyang. Saya juga adakan doa kesyukuran selalu dan
menjemput kaum keluarga saya. Apa yang tidak cukup dalam
hidup anda ini, anda sudah ada matlamat untuk betulkannnya
tetapi anda juga patut bersyukur dengan segala apa yang
anda sudah ada hari ini dan ini akan memberikan nikmat dan
kegembiraan lagi dalam hidup anda hari ini.

Walaupun anda dalam keadaan yang paling terdesak dalam


hidup anda sekarang seperti hampir muflis atau dikejar oleh
along, cari sesuatu yang anda dapat syukuri dan bina hidup
anda darinya lagi selepas ini.

Jadi…

Kesimpulan dari bab ini adalah – hidup dengan penuh


nikmat dan hidup dengan luarbiasa dan bersyukur dengan
apa yang anda ada SEKARANG. Dengan ini anda akan
mencapai suatu KEHIDUPAN YANG SEMPURNA.

Kunci Kejayaan Diri Page 79 of 94


BAB 10
BERKONGSI SISTEM
HIDUP INI

Kunci Kejayaan Diri Page 80 of 94


Anda sekarang telah belajar segala-galanya. Sekarang tiba
masa untuk anda praktikkan segala teknik yang diajar dan
anda akan lihat hasilnya.

Bagaimanapun perjalanan anda bukan setakat di sini sahaja.


Tugas anda selepas mempelajari sistem hidup saya ini
adalah untuk berkongsi dengan semua orang yang anda
kenali dan juga mencari orang lain untuk memberitahu berita
baik ini. Saya ada satu cara untuk anda lakukan ini tetapi
sebelum itu, saya ingin kupas satu lagi idea yang saya telah
cerita sedikit kepada anda sebelum ini.

Membina Kerjaya Adalah Sesuatu Yang Buruk Untuk


Anda

Dalam bab sebelum ini saya telah cerita kepada anda


mengapa membina kerja bukan idea yang bagus untuk anda.
Saya sendiri pernah bekerja hampir bertahun-tahun dalam
dunia korporat. Apabila anda bekerja, pandangan anda
adalah terhad. Mimpi anda juga ada had limitnya. Anda
mungkin bercita-cita untuk menjadi seorang CEO tetapi
sebelum anda hendak sampai ke sana mungkin semangat
serta minda anda sudah koyak rabak dengan segala unsur
negatif dalam pemikiran dan minda anda. Bekerja ini penuh
dengan unsur politiknya, unsur tikam belakang dan unsur
mementingkan diri. Ini lumrah manusia, setiap orang takut
kehilangan kerja masing-masing jadi mereka
mempertahankan kedudukan masing-masing walaupun
kedudukan yang mereka ambil itu salah. Anda juga dipaksa
bekerja dari jam 8 pagi hingga ke 6 petang dan banyak masa
ini hanya terbuang begitu sahaja. Mungkin hanya beberapa
jam sahaja yang benar-benar produktif, selebihnya hanya
lakonan semata-mata. Saya pernah bekerja di sebuah
syarikat yang mempunyai 10 tangga gaji. Tangga gaji 1
adalah CEO manakala tangga gaji 10 adalah eksekutif. Jika
Kunci Kejayaan Diri Page 81 of 94
anda dapat naik pangkat satu tangga gaji, hadiahnya adalah
kenaikan gaji sebanyak 5%. Ini bermakna tidak kira apa pun
anda lakukan, itu sahaja yang anda akan dapat. Untuk
sampai ke tangga gaji pertengahan pun akan mengambil
sekurang-kurangnya 15 tahun untuk sampai sana.
Kebanyakan orang yang bekerja dengan saya dulu, hanya
berlakon semata-mata dan buat-buat sibuk. Saya pernah
ingat dahulu, pada jam 7 malam hampir semua rakan kerja
masih di pejabat, tetapi kebanyakan mereka hanya tengok
Youtube, ataupun membuat kerja dengan perlahan. Kerja-
kerja yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa 1 jam
menjadi sampai 2 hari dan dibuat perlahan-lahan sampai
malam untuk menunjukkan yang mereka sibuk dan bekerja
kuat. Kenaikan pangkat adalah berdasarkan apa yang bos
anda lihat bukan berdasarkan hasil yang anda telah lakukan.

Dan apabila mereka tidak memerlukan anda lagi, dengan


cepat segala VSS dan lain-lain akan keluar. Anda diperlukan
di situ setakat bila anda diperlukan sahaja. Mereka tidak kisah
tentang anda sebenarnya. Organisasi adalah dipenuhi
dengan manusia dan manusia adalah orang yang sentiasa
risau dan takut. Apabila mereka sendiri takut mereka hilang
kerja dan menjejaskan kehidupan mereka dan tersayang
mereka, anda yang dibawah akan menjadi sasaran orang
atasan. Tidak kira jika anda selama ini telah melimpah segala
yang terbaik untuk syarikat tersebut. Akhirnya apa yang
paling penting untuk sesebuah syarikat atau organisasi =
PROFITS (keuntungan).

Jangan biarkan diri anda dihadkan di dalam hidup ini. Jangan


biar orang lain menguasai hidup anda. Hidup dengan luar
biasa dan berani mengambil cabaran.

Cara yang sepatutnya anda lakukan ialah dengan


memulakan perniagaan. Dengan perniagaan, anda sendiri
Kunci Kejayaan Diri Page 82 of 94
menentukan hidup anda sepenuhnya. Tiada limit dalam hidup
anda. Anda nak buat RM100 JUTA pun boleh. Asalkan
perniagaan anda berjaya. Dengan kerjaya, hidup anda
adalah terhad. Tetapi memulakan perniagaan bukan
semudah dan sesenang yang semua orang sangka.

Teori 10,000 Jam

Teori ini di popularkan oleh penulis Malcolm Gladwell dalam


bukunya bertajuk “Outliers“. Seorang saintis bernama Anders
Ericsson telah melakukan kajian dan mendapati bahawa yang
sebenarnya tiada genius dalam dunia ini. Orang yang berjaya
dalam perniagaan atau apa-apa sahaja adalah orang yang
berusaha keras dan telah mencuba dan mencuba dan
mencuba dan gagal berkali-kali. Ada banyak kajian telah
dilakukan oleh saintis Barat di mana mereka telah mengkaji
kanak-kanak yang mempunyai IQ tertinggi dan apa yang
mereka jadi atau lakukan setelah mereka menjadi dewasa.
Hampir semua tidak dapat menyamai pencapaian yang sama
dengan orang-orang yang IQnya rendah bila tiba dewasa.
Hampir semua orang yang berjaya di dunia hari ini bukan
kerana IQ atau nasib sebenarnya. Ia adalah terhasil dari kerja
kuat dan masa yang lama diberikan untuk sesuatu. Orang-
orang seperti Bill Gates, Steve Jobs, Thomas Edison dan
Albert Einstein telah memberikan hampir 10,000 jam masa
mereka dan melalui pelbagai rintangan dan kegagalan
sebelum berjaya dalam apa yang mereka lakukan. Albert
Einstein bukan seorang genius. Dia merupakan seorang
kerani sahaja. Tetapi kerana usaha dan masa yang
ditaburkan untuk mencari formula e=mc², dia berjaya juga
akhirnya. Dia telah habiskan masa sebanyak 10,000 jam
untuk ini.

Apa kesimpulan dari atas ini? Jika anda mahu berjaya dalam
sesuatu, anda perlu ada sekurang-kurangnya 10,000 jam
Kunci Kejayaan Diri Page 83 of 94
mencubanya. Mengalami banyak kegagalan dan banyak
belajar dalam proses. Misalannya jika sekarang anda bekerja
sebagai seorang kerani dengan sebuah syarikat minyak dan
tiba-tiba anda mahu meniaga dan membuka restoran. Ada
kemungkinan besar anda akan menghadapi kegagalan.
Tetapi kegagalan bukan sesuatu yang buruk. Kegagalan
adalah proses sebelum anda mencapai kejayaan dalam apa
yang anda mahu. Jadi, jika anda mahu meniaga apa-apa pun,
anda mesti bersedia untuk menemui kegagalan tetapi anggap
kegagalan itu satu benda yang positif dalam membina
perjalanan anda ke arah kejayaan.

Mulakan Perniagaan Internet Marketing Anda

Sebelum anda mengambil langkah besar memulakan


perniagaan yang besar-besaran dan banyak modal, ada satu
perniagaan yang mudah, tiada modal dan juga boleh
dilakukan secara sambilan sahaja. Sementara anda mencari
ilham membina perniagaan matlamat akhir anda ini, masuk
program affiliate saya. Dengan memasuki program affiliate ini,
anda dapat lakukan dua perkara: SATU – berkongsi sistem
hidup ini dengan semua orang dan DUA – menjana
pendapatan sambilan dari mana-mana tanpa berhenti kerja
lagi. Akhirnya memang matlamat anda adalah untuk berhenti
kerja (jika ini matlamat sebenar anda), tetapi buat masa ini,
anda boleh menjana pendapatan yang mudah ini dulu dan
menyimpan wang ini untuk dijadikan modal mencuba
perniagaan yang besar. Ikuti langkah-langkah berikut:

LANGKAH 1
DAFTAR AFFILIATE

Sila ke laman web Ubah-Hidup.Com dan turun ke bawah


sekali dan cari link Pendaftaran Affiliate. Klik pada link
tersebut dan daftarkan akaun anda. Masukkan segala info
Kunci Kejayaan Diri Page 84 of 94
anda seperti nama, alamat email dan lain-lain. Kemudian,
sebuah email akan di hantar kepada anda dengan link affiliate
anda. Sekarang tugas anda adalah hanya untuk memberitahu
sesiapa sahaja link affiliate anda ini. Itu sahaja yang anda
perlu lakukan. Ikut langkah seterusnya untuk beberapa
kaedah internet marketing yang anda boleh lakukan.

LANGKAH 2
EMAIL KEPADA SEMUA KAWAN

Masuk ke akaun Gmail anda dan mula email kepada semua


kawan. Gunakan ayat template yang saya telah berikan
beserta buku ini. Letak link affiliate anda dalam ayat
marketing ini. Anda boleh menghantar email ini pada bila-bila
masa dengan menggunakan Smartphone anda. Lakukan
semasa anda sedang menunggu orang masuk meeting atau
semasa menunggu LRT dan lain-lain.

LANGKAH 3
WHATSAPP KEPADA SEMUA KAWAN

Hantarkan WhatsApp kepada semua kawan-kawan anda


tentang berita baik ini. Gunakan ayat yang sama di atas dan
hantar kepada semua contacts anda. Kerja ini boleh
dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa semasa di
pejabat juga boleh.

LANGKAH 4
CIPTA WHATSAPP GROUP

Anda boleh mempromosi ke semua WhatsApp group yang


anda sedang sertai tetapi anda juga boleh mencipta pelbagai
WhatsApp group seperti group sekolah, group kerja, group
universiti, group keluarga dan lain-lain. Anda menjadi admin
kepada kesemua group ini dan boleh dari masa ke semasa
Kunci Kejayaan Diri Page 85 of 94
mempromosi link affiliate anda. Anda juga boleh cipta group
Telegram dan lain-lain. Sentiasa cipta banyak-banyak
WhatsApp group.

LANGKAH 5
PROMOSI WECHAT

Promosi dengan Wechat juga. Cari orang dalam kawasan


anda dan beritahu mengenai berita baik ini.

LANGKAH 6
VIRALKAN DI FACEBOOK & INSTAGRAM

Postkan berita-berita viral dan juga kisah-kisah inspirasi,


kemudian letak link affiliate anda di bawah untuk mempromosi
program affiliate ini. Viralkan bermacam-macam cerita dan
tambahkan sebanyak-banyak kawan yang anda boleh. Dari
masa ke semasa lakukan posting mempromosi link affiliate
anda. Kerja ini boleh dilakukan di mana-mana samada di
pejabat atau pun semasa menunggu sesiapa. Lakukan 2
posting sehari berita-berita viral. Ingat tambah sebanyak-
banyaknya kawan.

LANGKAH 7
BUKA BLOG ANDA SENDIRI

Pergi ke Blogger.com dan buka blog anda sendiri. Pergi ke


Youtube dan ke salah sebuah video seperti ini untuk belajar
bagaimana membuka sebuah blog dan melakukan posting
dan lain-lain lagi.

Lakukan posting tentang perjalanan hidup seharian anda


dalam menggunakan teknik ini di sini. Mungkin anda tidak
mahu letak kesemuanya seperti di dalam journal anda setiap
malam kerana isu privacy. Tetapi ceritakan serba sedikit.
Kunci Kejayaan Diri Page 86 of 94
Lakukan ini setiap pagi. Anda boleh lakukan ia dari
Smartphone anda di pejabat. Tulis dalam 2 ke 3 perenggan.

Kemudian lakukan FB posting juga dan berikan link blog anda


dalam posting tersebut.

Lakukan posting mengenai berita-berita viral hangat dan beri


pandangan dan komen anda sendiri mengenainya. Pastikan
letak juga di FB mengenai ini. Jika boleh lakukan 2 posting
sehari. Satu pagi dan satu petang dalam pukul 4pm sebelum
anda balik kerja.

Juga, lakukan posting cerita-cerita inspirasi seperti di bawah:


A fishing boat docked in a tiny Mexican fishing village. A tourist complimented the local fishermen on
the quality of their fish. He asked how long it took to catch them.

"Not very long." they answered in unison.

"Why didn't you stay out longer and catch more?"

The fishermen explained that their small catches were sufficient to meet their needs and those of their
families.

"But what do you do with the rest of your time?"

"We sleep late, fish a little, play with our children, and take a nap with our wives. In the evenings, we
go into the village to see our friends, have a few drinks, play the guitar, and sing a few songs. We have
a full life."

The tourist interrupted:

"I have an MBA from Harvard and I can help you! You should start by fishing longer every day.

You can then sell the extra fish you catch.

With the extra revenue, you can buy a bigger boat."

"And after that?"

"With the extra money the larger boat will bring, you can buy a 2nd one and a 3rd one and so on until
you have an entire fleet of trawlers.

Instead of selling your fish to a middle man, you can then negotiate directly with the processing plants.
Maybe even open your own plant.

You can then leave this little village and move to Mexico City, Los Angeles or even New York City!

Kunci Kejayaan Diri Page 87 of 94


From there you can direct your huge new enterprise."

"How long would that take?"

"20 perhaps 25 years." replied the tourist.

"And after that?"

"After what? Well my friend, that's when it get really interesting, answered the tourist, laughing.

When your business get really big, you can start buying and selling stocks and make millions!"

"Millions! Really?And after that?" asked the fishermen.

"After that you'll be able to retire, live in a tiny village near the coast, sleep late, play with your
children, catch a few fish, take a nap with your wife and spend your evenings drinking and enjoying
with your friends."

"With all due respect sir, but that's exactly what we are doing now.

So what's the point of wasting 25 years?" asked the Mexicans.

Moral of this story:

Know where you're going in life. You may already be there!

Many times in life, money is not everything.

“Live your life to the fullest before life becomes lifeless”.

Anda boleh mudah sahaja Google kisah-kisah inspirasi


seperti ini dan mungkin juga lakukan alih-bahasa ke Bahasa
Melayu jika anda mahu.

Letakkan signature dalam email anda mengenai blog ini juga.

LANGKAH 8
LETAKKAN LINK PADA SETIAP POSTING

Di bawah ke semua posting anda, letak ayat seperti berikut:

-------------------
Mahu ubah hidup anda sama seperti saya. Lawati laman berikut untuk mempelajari
bagaimana saya telah melakukannya dan bagaimana anda juga dapat lakukannya...
Klik sini <alamat link affiliate>
-------------------

Kunci Kejayaan Diri Page 88 of 94


Gantikan dengan link affiliate anda sendiri. Letak pada semua
posting anda. Mungkin anda ada idea untuk ayat yang lebih
menarik, silakan untuk mengubahnya.

LANGKAH 9
VIRALKAN BLOG ANDA KE FACEBOOK / WHATSAPP /
INSTAGRAM

Sekarang viralkan kisah-kisah inspirasi / berita-berita hangat


/ menarik dan letak perkataan berikut selepas berita viral
anda. Untuk lagi kisah-kisah menarik, klik <alamat blog
anda>. Lakukan ini tiap-tiap hari dengan Smartphone anda.

Berapa Yang Anda Boleh Jana?

Anda akan memperolehi RM40 untuk satu jualan. Matlamat


anda ialah untuk memastikan setiap hari 7,000 orang melihat
viral anda di Facebook, Instagram, WhatsApp group dan lain-
lain. Dari 7,000 ini, 10% akan klik pada link dan 1% akan
membeli. Jadi pendapatan anda dijangka sebanyak RM5,600
di sini. Anda boleh naikkan ini lagi dengan menambahkan lagi
ramai kawan-kawan di FB, Telegram, WhatsApp dan lain-lain.

Tips Untuk Anda Berjaya

1. Tumpu Kepada 20%

Seperti yang saya cerita sebelum ini, tumpu dan fokus kepada
hanya 20% cara yang berjaya sahaja untuk mempromosi
laman blog atau link affiliate anda. Masa juga adalah penting,
lakukan segala posting dari jam 6 pagi ke 10 pagi sahaja iaitu
di masa anda paling kreatif. Lakukan dari Smartphone sahaja.

Kunci Kejayaan Diri Page 89 of 94


2. Beli Smartphone

Beli sebuah Smartphone jika anda masih belum membelinya


dengan Data Plan sekali. Ada satu Digi data plan, sekadar
perlu bayar RM57 sebulan sahaja. Kurangkan panggilan,
lebihkan berkomunikasi dengan WhatsApp sahaja zaman
sekarang.

3. Tukar Ayat Marketing Selalu

Tukar ayat marketing selalu. Tukar juga berita viral selalu.


Pantau segala berita paling menarik hari ini dan sebarkan
cepat-cepat ke semua group WhatsApp dan lain-lain. Tetapi
sebelum anda sebarkannya, pastikan anda letak link ke
blog anda di bawahnya. Ini penting sekali. Contohnya, jika
anda berita tentang kapal terbang terhempas, sebarkan
cepat-cepat dan viralkan dengan link blog anda. Orang lain
akan sebarkan lagi berita ini juga. Pastikan link anda dalam
satu mesej tersebut supaya bila orang forward, dia akan
forward sekali dengan link blog anda.

4. Gunakan Teknik Habis-Habisan

Sama seperti yang saya ajar dalam buku ini. Hidup luar biasa
dan dengan penuh keseronokkan. Live life to the fullest...
sepenuhnya. Lakukan ia habis-habisan dengan perasaan
yang meluap-luap.

Jadi…

Kesimpulan dari bab ini adalah – berkongsi maklumat ini


dengan semua orang dengan menjadi affiliate saya.

Kunci Kejayaan Diri Page 90 of 94


BAB 11
PENUTUP

Kunci Kejayaan Diri Page 91 of 94


Dalam bab penutup ini, saya ingin beritahu satu ayat sahaja...
Anda telah belajar segalanya, sekarang tiba masa untuk anda
melakukannya... sepenuhnya seperti yang saya telah ajar.

Sebelum saya pergi, lihat cerita di bawah (sama seperti


sebelum ini) :
Sebuah bot nelayan mendarat di sebuah perkampungan nelayan di Mexico.
Seorang pelancong dari Amerika memberi pujian betapa segarnya ikan-ikan yang
dijual. Dia bertanya kepada nelayan berapa lama masa dia ambil untuk
menangkapnya.

Nelayan-nelayan menjawab tidak berapa lama.

Pelancong itu kemudian bertanya kenapa tidak pergi lama lagi ke laut dan
menangkap dengan lebih banyak ikan?

Nelayan-nelayan tersebut menjawab mereka menangkap ikan cukup sekadar


untuk menyara keluarga mereka dan memenuhi keperluan asasi mereka.

Pelancong kemudian bertanya apa yang mereka lakukan dengan semua masa
yang terluang?

Nelayan-nelayan menjawab “Kami tidur lewat, tangkap ikan sedikit, bermain


dengan anak-anak, tidur petang dengan isteri-isteri kami. Di petang kami ke
kampung dan berjumpa dengan kawan-kawan, minum sedikit, main gitar dan
nyanyi satu dua lagu. Hidup kami penuh dengan bermacam!”

Pelancong itu terus menjawab dengan tidak sabarnya “Saya mempunyai sebuah
MBA dari Harvard dan saya boleh membantu anda semua! Mula-mula sekali anda
perlu lama lagi ke laut dan menangkap lebih banyak ikan setiap hari.

Kemudian, anda boleh menjual lebih banyak ikan lagi setiap hari. Dengan
keuntungan yang lebih, anda semua boleh membeli bot yang lebih besar lagi.”

Nelayan-nelayan bertanya “Kemudian, kena lakukan apa?”

“Dengan duit lebihan dari bot yang lebih besar, anda boleh beli bot kedua dan
ketiga dan seterusnya sampai anda ada satu armada kapal-kapal bawah anda
semua. Selepas itu, anda memerlukan lagi orang ketiga, anda boleh berunding
terus dengan kilang pemprosesan ikan. Kemudian, anda sendiri boleh membeli
kilang pemprosesan ikan itu.

Kunci Kejayaan Diri Page 92 of 94


Anda boleh tinggalkan perkampungan ini dan berpindah ke Mexico City, Los
Angeles atau ke New York!

Dari situ, anda boleh membuka sebuah organisasi syarikat yang besar yang
memonopoli pengeluaran ikan”

Nelayan-nelayan bertanya “Berapa lama ini semua sebelum sampai ke situ?”

Pelancong menjawab “Oh tak lama, mungkin antara 20 ke 25 tahun sahaja.”

“Kemudian selepas itu?”

Pelancong dari Amerika menjawab sambil ketawa “Sekarang, baru ia menjadi


lebih menarik lagi.

Bila syarikat anda menjadi betul-betul besar, anda boleh senaraikan syarikat anda
di bursa saham dan buat juta dan juta dan juta!”

Nelayan-nelayan bertanya “Oh berjuta... selepas itu macam mana?”

Pelancong menjawab “Anda semua boleh bersara, hidup di sebuah


perkampungan tepi laut, tidur lewat, tangkap ikan sedikit, bermain dengan anak-
anak, tidur petang dengan isteri-isteri anda. Di petang anda boleh ke kampung
dan berjumpa dengan kawan-kawan, minum sedikit, main gitar dan nyanyi satu
dua lagu. Hidup anda akan penuh dengan bermacam!”

Pelancong menjawab dengan yakin sekali.

Nelayan-nelayan menjawab “Bukankah itu yang kami sudah ada pun hari ini?

Kenapa mahu buang masa 25 tahun mencarinya?”

Kunci Kejayaan Diri Page 93 of 94


Secara kesimpulannya, buku ini menceritakan langkah-
langkah ajaib berikut yang anda perlu lakukan:

1. Cari matlamat akhir anda dengan tarikh


2. Letak matlamat akhir atas kertas dengan tarikh
3. Masukkan matlamat-matlamat kecil ke carta Gantt
4. Lakukan mimpi nyata 20 minit setiap hari
5. Senaman dari 5:00 pagi ke 5:20 pagi
6. Sebut mantra anda 20 kali sekali
7. Fokus impian matlamat dengan meluap-luap
8. Lakukan strategi promosi affiliate
9. LIHAT IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN

Mulakan kehidupan luar biasa anda SEKARANG.

Salam dan semoga anda berjaya.

Kunci Kejayaan Diri Page 94 of 94

Anda mungkin juga menyukai