Anda di halaman 1dari 71

www.hidupluarbiasa.

com

TAHNIAH
kerana telah memiliki buku

Poster Istimewa

21 Formula Hidup Luar Biasa


boleh dimuat turun secara PERCUMA di
www.hidupluarbiasa.com
Ikuti kami di
hidupluarbiasa

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

Buku ini saya dedikasikan untuk


............................................................................
Semoga segala ilmu di dalamnya
memberi sejuta manfaat
kepada kita semua
di dunia dan akhirat.

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

AZIZAN OSMAN PUBLICATIONS

2015

www.hidupluarbiasa.com

Hak cipta Azizan Osman Publications Sdn Bhd


Cetakan Pertama 2015
Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis Azizan Osman Publications Sdn Bhd.
Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan

Azizan Osman, 1974- :


21 Formula Hidup Luar Biasa / Azizan Osman
ISBN 978-967-0703-14-5
1. Motivation (Psychology). 2. Motivation (Psychology)--Religious aspects--Islam
3. Success. I. Judul
158.1
Penerbitan sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini berautoriti dari segi topik
yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku tidak boleh menganggap memberikan
khidmat perundangan, atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya
memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan
berkelayakan.
Diterbit / Dicetak / Azizan Osman Publications Sdn Bhd
Diedar Oleh
No 74, Jalan Badminton 13/29,

Seksyen 13, 40100 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 5524 2966 | Fax : 03 5524 1966
www.richworks.com.my
Pengurus
Zafrol Rizal Bin Mat
jerry@richworks.com.my
Editor
Mohd Fithri Mohd Shahrum
fithri@richworks.com.my
Susun Atur
Aizzuan Mohamad Ali
aizzuan@richworks.com.my
Kulit / Grafik
Hasnita Ahmad
hasnita@richworks.com.my
Penulis

Asraff Ayob / Azizan Osman

www.hidupluarbiasa.com

KANDUNGAN
BAB 1
The Power of Sedekah 1
BAB 2
The Power of Seikhlas 29
BAB 3
The Power of Serah 45
BAB 4
The Power of Syukur 67
BAB 5
The Power of Semangat 91
BAB 6
The Power of Sabar 107
BAB 7
The Power of Salam 125
BAB 8
The Power of Sayang 139
BAB 9
The Power of Segera 157
BAB 10
The Power of Sejahtera Jiwa 175

ix

www.hidupluarbiasa.com

BAB 11
The Power of Selawat 189
BAB 12
The Power of Senyum 203
BAB 13
The Power of Servicing Others

217

BAB 14
The Power of Siddiq 235
BAB 15
The Power of Silaturrahim 249
BAB 16
The Power of Suasana 261
BAB 17
The Power of Suci 277
BAB 18
The Power of Sujud 293
BAB 19
The Power of Sunnah 317
BAB 20
The Power of Syafaat 337
BAB 21
The Power of Submission : Doa 355
BAB 22
Upgrade Kedudukan Anda 381

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Prakata
Disember 2013
Seminar IMKK, Stadium Melawati, Shah Alam.

Ustaz, Doc nak jumpa ustaz sekarang kat belakang, Puan Reena,
pengurus Dr. Azizan Osman memanggil saya yang ketika itu sedang
beransur keluar bersama lebih kurang enam ribu peserta seminar
yang lain.

Dr. Azizan mahu saya menyertainya makan tengahari bersama.
Sambil menyantap, kami seronok bercerita dan bertukar pandangan
tentang keterujaan peserta seminar hari itu.

Doc, saya fikir poin syukur, sabar dan senyum yang doc huraikan
tadi paling best, saya menekankan kandungan paling bermakna
dari sesi pagi. Saya tidak tahu apa pandangan peserta lain tetapi
sungguh, poin yang Dr. Azizan kupas amat mempengaruhi minda
saya sekarang.

Dr. Azizan tersenyum dengan tangannya laju menambah juadah
sambal udang di hadapannya. Sedap agaknya. Jerry, mastermind
Richworks menambah, betul tu ustaz, baru diorang ni senyum sikit.
Kalau tak muka kelat je masuk seminar.

Sambil mengangguk tanda bersetuju, saya bahagia
memerhatikan wajah ceria Jerry. Tentu beliau lebih faham kuasa
senyuman kerana ia jarang lekang dari wajahnya.

Kami terus bersembang. Saya mencadangkan, elok semua poin
yang Doc kata tadi dibukukan sebab saya rasa, itulah power sebenarnya
untuk kita menarik kekayaan, kejayaan dan kebahagiaan.

xi

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Belum sempat saya meneruskan bicara, Dr. Azizan mencelah,
Apa kata ustaz yang tulis? Nanti saya support lagi ideanya. Suaranya
penuh teruja. Matanya tepat memandang saya dengan air muka
yang begitu meyakinkan. Tampak dari renungannya, idea itu amat
penting untuk direalisasikan.

A ah, ustaz tulislah Nanti kitorang terbitkan. Jerry pula
menyokong.

Saya mahu buku itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar
mereka lebih yakin untuk hidup luar biasa. Dr. Azizan menambah.

Saya memandang mereka berdua. Mulut tiba-tiba berhenti
mengunyah. Tidak pasti atas dorongan apa, saya terus bersetuju.
Insya Allah Doc, boleh.

Mereka berdua tersenyum. Jasad saya masih di hadapan mereka
tetapi fikiran sudah kembali ke perpustakaan rumah menyelongkar
idea. Jerry sejak awal lagi meletakkan garisan penamat, lagi cepat
lagi bagus ya ustaz.tiga bulan boleh?

Mohon maaf Jerry. Saya terpaksa menambah enam bulan lagi
untuk ia siap sepenuhnya kerana maklumlah, bukan mudah hendak
menyiapkan projek penulisan buku yang lebih sukar dari mengalih
gunung. Projek ini bukan sekadar mengumpul idea, menulisnya
kemudian dibukukan.

Ia bukan semudah itu.

Gunungnya terletak kepada pertanyaan ini: mengapa saya
perlu menulis buku ini? Mengapa pula anda perlu menghadam
keseluruhan kandungannya?

Jawapannya ada dalam kata Dr. Azizan tadi, Saya mahu buku
itu nanti mampu menginspirasikan orang. Biar mereka lebih yakin untuk
hidup luar biasa.

Para pembaca budiman, ini why factornya. Inilah tujuan utama
penulisan buku ini. Ia perlu benar-benar bermakna. Kandungannya
mestilah mampu menginspirasikan anda untuk hidup lebih luar
biasa.

xii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Dan saya sedar, hidup luar biasa bermula dari hati yang luar
biasa. Bak pesan Junjungan mulia, Rasulullah SAW :
Ingatlah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging.
Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak,
maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ucapan Rasul ini telah menjadi pusat penulisan buku ini. Saya
tertarik untuk memulakan perbincangannya dari hati, dari rohani.
Ia adalah pusat connection antara kita dengan Maha Agung. Untuk
menjadi manusia berprestasi luar biasa, kita perlukan hati yang suci.
Hati yang jernih, bersih, kuat dan positif. Hati yang dipenuhi taman
bunga di dalamnya.

Di sinilah anda akan menemui manfaat buku ini. Mudahmudahan ia menjawab persoalan di atas, bagaimana hati suci
mampu menjadikan kita manusia luar biasa. Dan yang lebih utama,
bagaimana hati suci mudah diraih. Begitulah harapan kami.

Tetapi di sinilah juga cabarannya bermula. Untuk menjernihkan
hati, ia tidak semudah memasukkan perisian Windows ke komputer
baru. Manusia bukannya robot yang boleh diprogramkan untuk
berfungsi stabil. Kita amat unik kerana memiliki hati yang mampu
menyimpan rasa dan emosi. Kerananya juga kita mudah bertukar
pendirian. Sesuailah dengan gelarannya, Al-Qolb yang berasal dari
kata Arab, Qo-la-ba. Maksudnya berbolak-balik. Pagi kita rajin
semacam, petang kita tersandar malas di sofa.

Maknanya, di sebalik segala kelebihan hati untuk merasa, ia
punya tabiat unik iaitu taqallub. Cepat bertukar.

Kerana itu hati perlu diluruskan settingnya. Orang putih
kata fine tune. Kita perlu menguasai ilmu dan kaedah yang
boleh menghilangkan segala keladak hati, sucikannya seterusnya
menguatkan hati dengan perisian khas yang power agar ia kekal

xiii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

stabil berprestasi luar biasa. Sesuai dengan pesan Rasul tadi, apabila
hati manusia luar biasa, pasti hidupnya luar biasa. Segalanya di
puncak. Segalanya nikmat. Tuhan redai, manusia sukai.
Para pembaca yang dihormati,
Disebabkan misinya amat mulia, saya memulakan journey penulisan
buku ini dengan penuh semangat walaupun sedar, pendakiannya
amat tinggi. Sejak awal Januari 2014, saya mula menjelajah internet,
kedai buku dan perpustakaan, mencari buku dan idea tentang
kaedah menata hati. Ribuan ringgit dan ratusan jam dihabiskan
untuk itu. Puluhan individu telah saya temui untuk mendapatkan
kearifan serta panduan. Tafsir Al-Quran dan kitab hadis tersusun
tinggi di tepi meja penulisan buat bekalan idea.

Dr. Azizan Osman sejak awal telah menyediakan formulanya.
Pada asalnya ia terdiri dari 13 formula sahaja tetapi sepanjang
brainstorming kami, ia bertambah menjadi 21 S. Kesemua formula
ini bukan dikumpulkan atas tekaan kosong. Ia berasal dari kearifan
yang kami rangkumkan berdasarkan faktor kejayaan manusia luar
biasa dari Al-Quran serta segala yang diaplikasikan oleh Baginda
Rasulullah SAW, para sahabat, para auliya, para solihin dan alim
ulama.

Berdasarkan kedua sumber utama di atas, kami kemudiannya
mengkayakan penerangannya dengan ilmu dan pengalaman hidup
kami berguru dari mereka yang alim serta mendalam hikmahnya.
Dr. Azizan juga amat banyak berkongsi poin hasil dari pengkajian
beliau tentang pemikiran dan cara hidup mereka yang berjaya,
bukan setakat dari sudut kewangan tetapi juga keberkatan hidup.

Semua pegangan dan kepercayaan hidup mereka kami soroti.
Segala nasihat mereka kami amati. Kemudian kesemua itu kami
kongsikan dalam buku ini.

xiv

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Saya juga banyak menyelitkan intipati hikmah yang dipelajari
dari Dr. Azizan Osman sepanjang menghadiri dua seminarnya:
Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan Rahsia Kuasa
Minda Jutawan (RKMJ). Ini kerana saya dapati, segala perbincangan
kedua seminar tersebut amat selari dengan perspektif Al-Quran,
sunnah dan hadis yang saya pelajari dari para ulama dan solihin
selama lebih sepuluh tahun di Malaysia dan juga di Mesir.

Berbekalkan semua input di atas, saya mula menulis buku
ini. Kerap juga saya gandingkan kebenaran hikmahnya dengan
pengalaman diri untuk menunjukkan kepada anda, 21 formula
dalam buku ini terbukti berkesan. Jika ia mampu mengubah hidup
saya dan Dr. Azizan, pasti ia juga mampu mendatangkan kesan
besar kepada perubahan hidup anda.

Walaupun begitu para pembaca semua, penulisan buku ini
mengambil masa lebih panjang dari yang disangkakan. Masalahnya
bukan kerana tidak cukup idea atau fakta, tetapi soal rasa. Saya
sedar, buku ini ditujukan kepada hati maka ia perlu ditulis dari
hati. Jika kita ingin menanam bunga di taman hati orang lain,
hati kita mestilah penuh berbunga. Saya perlu belajar menata dan
membersihkan hati dahulu. Kerana itu, apabila saya merasakan
tulisannya tidak hadir dari kesedaran, ia akan ditulis semula dan
proses ini sering berulang berkali-kali.

Memang secara zahir, ia agak memerihkan. Tetapi benarlah,
apabila kita mulakan sesuatu dengan why yang jelas, Tuhan pasti
datangkan kekuatanNya kerana sungguh aneh, walaupun babnya
bertambah dan proses penulisan agak rumit, namun bebanannya
terasa semakin ringan. Nampaknya sepanjang perjalanan penulisan
ini, ia telahpun membantu saya mencapai tujuannya: erti hidup luar
biasa.

xv

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Para pembaca mulia,


Saya ingin mohon maaf. Saya terpaksa menghentikan pengalaman
journey penulisan buku ini ketika anda masih menikmatinya. Kita
punya perkara lain yang lebih utama iaitu menggali hikmah buku ini.

Walaupun saya sedar bukunya agak tebal, 21 bab semuanya,
anda tidak perlu khuatir. Bicaranya segar, mudah dan santai.
Anda akan lebih banyak tersenyum berbanding serius. Barangkali
juga, anda akan kerap menangis kerana pencerahannya. Teruskan
pembacaan kerana saya jamin, apabila anda selesai membaca satu
babnya, hati akan tertarik untuk menghabiskan baki dua puluh power
seterusnya.

Bab dalam buku ini tidak disusun mengikut prioriti kerana
semuanya penting. Anda wajib menghadam keseluruhannya.
Walaubagaimanapun, agar hati cepat terinspirasi, saya cadangkan
anda baca bab ini dahulu :
1. The power of Sedekah, terutamanya poin nombor empat di
hujung babnya.
2. The power of Seikhlas. Hayati kisah awal dan akhirnya.
3. The power of Serah. Anda bakal terpesona dengan kisah bantuan
Tuhan di tanah suci.
4. The power of Syukur, keseluruhannya.
5. The power of Semangat. Pelajari sesuatu luar biasa dari seorang
makcik biasa.
Kemudian, jangan lupa menyapa saya di :

Youtube : Asraffayob

Facebook : UstazAsraff

Twitter : AsraffAyob

Emel : Asraff2@yahoo.com

Kerana buku ini hanya kupasan awal. Ada banyak lagi
pencerahan yang akan dikongsikan di sana.

xvi

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Para pembaca budiman,


Sejuta kesyukuran dan terima kasih saya sampaikan kepada Tuhan
Ar-Rahman dan Ar-Rahim atas segala nikmat dan kurniaan. Dia
sentiasa menemani dan mencurahkan idea ketika saya terperangkap
di hujung jalan, tidak tahu apa lagi hendak dicoretkan.

Terima kasih dan selawat penuh penghormatan kepada
Junjungan besar, Rasulullah SAW. Pemikiran dan akhlak Baginda
banyak mencorakkan hala-tuju buku ini.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Dr. Azizan
Osman atas peluang serta dorongan yang diberikan. Dari beliau idea
buku ini tercipta. Dari beliau beribu inspirasi terjana. Juga kepada
seluruh warga Richworks, kalian bertuah kerana banyak menyebar
berkah kepada insan.

Mak dan Abah, terima kasih atas segalanya. Wahai Tuhan
Ar-Rahman, jika ada pahala amal jariah dari buku ini, jangan
masukkannya dalam baggage Angah, tetapi sampaikanlah kepada
kedua insan mulia ini. Lindungi mereka, kasihi dan kasihaninya serta
masukkanlah mereka dalam daftar senarai penduduk syurgaMu,
Amin.

Terima kasih yang paling dalam kepada isteriku, bidadari
tercinta, Siti Ujila Masuri serta dua buah hati kami, Aliya Altafunnisa
dan Aqif Furqan. Ketiga mereka mengajar saya bahawa kebahagiaan
tidak terletak di Mall yang megah dan tinggi tetapi di rumah Baiti
Jannati yang sentiasa bising dengan suara tawa, gaduh teriakan kecil
dan riuh ceria mereka.

Saya juga tidak lupa menyampaikan penghargaan tinggi
kepada berpuluh manusia mulia lain yang menyumbangkan idea
secara langsung dan tidak langsung. Maaf, nama mereka tidak dapat
disebutkan satu-persatu di sini. Tetapi saya yakin, mereka lebih suka
kekal berstatus unknown kerana Tuhan telahpun mengenal pasti
mereka. Tuhan telah berikan ganjaranNya.

xvii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Juga kepada anda, saya ucapkan terima kasih kerana sudi
membaca buku ini. Maafkan saya atas segala kekurangan dan
kesilapan. Sampaikan pujian kepada Tuhan apabila manfaatnya
menyapa hati anda.

Akhirnya, kepada Allah Taala saya pohon keampunan dari
segala kesilapan.
.. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa dan kami bersalah. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan besar
sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkanlah kami.
(Surah Al-Baqarah, 286)

Selamat membaca dan saya berdoa agar kebahagiaan, kekayaan,
kejayaan, kesihatan dan keberkatan sentiasa Tuhan curahkan dalam
hidup anda.

Wahai Tuhan Ya Arhamar Rohimin, perkenankanlah.
Allahumma Amiiin.

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz


20 Oktober 2014

xviii

www.hidupluarbiasa.com

Mulakan Di Sini

Anda pernah duduk di satu sudut di ruang bilik anda dan
berfikir merenung diri serta meratapi kehidupan anda yang tidak
ada perubahan?

Anda pernah duduk berfikir apakah sebabnya hidup anda tidak
tenang, tidak gembira, tidak bahagia?

Anda pernah tidak tidur malam berbaring sambil meletakkan
belakang tangan ke dahi risau tentang tekanan kewangan atau
tekanan hidup yang anda sedang lalui?

Anda rasa hidup anda sangat kucar-kacir, masalah datang
bertubi-tubi kepada anda dan anda sudah hampir berputus asa
dengan diri anda. Dan anda tidak faham kenapa anda sentiasa
menjadi mangsa kepada keadaan. Kenapa anda sentiasa berada di
tempat yang salah pada waktu yang salah? Kenapa anda dianiaya?

Itulah apa yang saya pernah lalui.

Jalan jauh dan penuh dengan liku yang saya pernah redah satu
masa dahulu. Teraba-raba mencari arah dan pegangan umpama
berjalan di malam kelam melalui jalan yang tidak tahu di mana
penghujungnya serta apakah surprise yang akan datang menjelma.

Pernah alami perasaan begitu? Saya pernah laluinya berulangulang kali satu masa dahulu.

Perjalanan hidup saya penuh dengan onak dan duri.
Perkahwinan saya yang terdahulu adalah porak-peranda. Pernah
cuba pelbagai perniagaan tetapi gagal. Pernah hampir jadi bankrap.
Tahap kewangan yang melarat dan pelbagai cabaran pada awal
waktu saya mula menceburi perniagaan.

xix

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Saya dahulu percaya bahawa jika aku kaya, aku akan mampu
beli segalanya termasuk kasih sayang, masa dan impian. Ia adalah
benar sebahagiannya, tetapi tidak benar jika anda tidak mempunyai
kefahaman yang tinggi tentang keseimbangan hidup.

Saya melalui fasa hidup jatuh bangun yang intensif.

Masalah tentang perjalanan kehidupan sebelum anda jumpa
jalan yang benar adalah anda akan cuba bina then jatuh, jatuh, jatuh,
bangun sikit, jatuh, jatuh, jatuh, jatuh lagi sampai anda hampir
tidak mampu bangkit lagi. Dan hanya yang benar-benar kuat dan
teguh pegangannya akan mampu untuk bangkit semula walaupun
kita tidak tahu apa yang ada di hadapan yang akan buat kita jatuh
semula.

Saya mula berniaga sejak di UiTM ketika zaman Diploma lagi
untuk mendapatkan duit belanja. Cukuplah untuk sara diri kerana
keluarga saya bukan orang senang.

Dulu saya fikir, mak dan ayah saya bukan orang kaya sebab
itulah mereka hanya dapat menyara saya, bergolok bergadai
menyekolahkan kami 5 beradik sekadarnya sehingga ke tahap yang
kami mampu.

Tetapi hari ini saya sedar, bukan mak dan ayah saya yang tidak
mampu berikan lebih banyak lagi wang kepada saya kerana ayah
saya bekerja sebagai juruteknik Jabatan Parit dan Tali Air (sekarang
Jabatan Pengairan dan Saliran), tetapi sebenarnya, Tuhan sengaja
menjadikan keadaan saya begitu untuk melihat bagaimana saya
bangkit menjadi seseorang yang mengatasi situasi tersebut serta
membanggakan mak dan ayah saya satu masa nanti.

Dan hari ini, anak-anak saya tidak diajar bahawa kita kaya dan
mereka boleh belanja sesuka hati mereka. Anak-anak saya perlu
menghabiskan pelajaran di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina
dan Sekolah Agama sebelah petangnya. Mereka perlu score UPSR
mereka dengan cemerlang bukan kerana mereka mesti dapat 6A
atau 17A, tetapi ia menunjukkan bahawa mereka adalah komited

xx

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

dan bertanggungjawab untuk beri yang terbaik di dalam tugasan


mereka.

Dan untuk Sekolah Menengah mereka, saya tidak hantar mereka
ke Sekolah Antarabangsa walaupun kami Insya Allah mampu, tetapi
mereka dihantar ke Madrasah Pondok di kawasan perkampungan
susah. Kenapa? Kerana itu namanya proses didikan hati. Dan saya
percaya dengan cara mendidik anak jauh dari kemewahan, supaya
mereka tahu bahawa mereka bertanggungjawab membina tahap
kehidupan yang mereka mahukan satu hari nanti dengan bimbingan
kami, ibu bapa mereka Insya Allah.

Kunci kepada segala kebahagiaan, ketenangan, keberkatan dan
kejayaan dunia akhirat adalah terletak kepada hati atau bahasa yang
saya selalu sebut di dalam seminar Intensif Magnet Kekayaan dan
Kejayaan (IMKK) saya iaitu Kolam Jiwa.

Saya umpamakan Kolam Jiwa atau hati manusia ini adalah
umpama Magnet. Bayangkan kolam jiwa ini umpama satu kolam
takungan air dan airnya penuh dengan sampah sarap, kekotoran, bau
busuk seperti bangkai dan berkeladak hitam. Apakah jenis makhluk
yang akan datang dan tinggal di dalamnya atau mendekatinya? Pasti
makhluk yang suka kepada keadaan yang kotor dan busuk bukan?
Dan ianya akan dijauhi oleh makhluk dan manusia yang tidak suka
kepada bau busuk dan kekotoran serta ia boleh mendatangkan
punca pelbagai jenis penyakit.

Tetapi cuba bayangkan jika kolam tersebut airnya adalah bersih,
sentiasa bersih dan lagi bagus jika ia merupakan kolam tadahan air
bersih yang bakal disalurkan untuk mengairi kawasan pertanian.
Ia menjadi punca air kepada ramai manusia. Bukankah kolam
tersebut akan menarik banyak kebaikan kepadanya? Sebaik-baik
manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada ramai orang
lain dan bukan sekadar hidup mementingkan dirinya. Kolam
jiwa yang bersih bukan sahaja akan memberikan ketenangan atau
kebahagiaan kepada pemiliknya tetapi ia boleh menjadi asbab
kepada kebahagiaan ramai orang lain.

xxi

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Kebangkitan hidup saya yang sebenar bukanlah ketika saya
berjaya mencapai perniagaan pengiklanan dan pemasaran saya
bernilai jutaan ringgit sejak 2001. Itu mungkin kebangkitan dari segi
kewangan, tetapi belum mencapai tahap kebahagiaan dan merasai
keberkatanNya.

Ketika itu, syarikat saya menguruskan projek pengiklanan
dan pemasaran untuk prinsipal saya bagi pihak syarikat-syarikat
telekomunikasi seperti Telekom Malaysia, TMNet (waktu itu),
Celcom dan Digi di Malaysia dan Singtel serta Starhub di Singapura.
Saya juga menguruskan projek pemasaran untuk syarikat perbankan
seperti HSBC Bank dan Standard Chartered serta projek-projek lain
yang portfolionya mencecah jutaan ringgit setahun dari 2001-2008.

Alhamdulillah, ia adalah kejayaan demi kejayaan bagi saya,
travel dalam dan luar negara, bercakap di konvensyen luar negara,
duduk di hotel-hotel 6-7 star di banyak negara seperti Dubai,
London, Sydney, Melbourne, Jakarta, Hong Kong, Macau, Shenzen
dan berada di kalangan mereka yang berjaya dari segi kewangan.
Ia merupakan fasa lonjakan hidup dan kewangan yang mampu
melekakan jiwa yang kurang kuat dekat denganNya.

Ketika itu, of course ia berjaya secara lahiriah dan material serta
menjadi breakthrough buat bisnes saya kerana sebelum tahun 2001,
perniagaan saya adalah sangat teruk. Itu fasa pertama beberapa
tahun saya mula menceburi perniagaan secara full-time. Mereka yang
pernah membaca kisah saya pasti tahu bagaimana saya mencuba
pelbagai jenis perniagaan tetapi jatuh bangun bersilih ganti sehingga
hampir tergadai rumah mak dan ayah kepada skim cepat kaya Y2K
pada tahun 2000 dan pelbagai skim cepat kayap lain antaranya projek
burung unta di Australia katanya. Akhirnya, burung ke mana, unta
pun ke mana.

Fasa kedua perniagaan saya dari tahun 2001 ke awal tahun 2008
adalah penuh dengan kesibukan bekerja dari awal pagi sehingga
balik pukul 2 atau 3 pagi dan kemudian keluar semula seawal 6 pagi.

xxii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Ketika itu, rezeki kewangan telah mula menerjah masuk melimpah


ruah, pengiktirafan prestasi, limpahan kewangan datang dengan
banyaknya tetapi jiwa saya merasa kosong. Solat bukan keutamaan
saya, bersyukur jauh sekali, sedekah sekali-sekala, berselawat bila
ingat dan ia semakin hari semakin parah.

Saya dibesarkan dengan didikan awal agama yang agak
bagus dari ayah dan mak saya selain dari bersekolah agama Johor
walaupun paginya saya bersekolah Cina.

Ketika kecil, solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu adalah
sesuatu yang ayah saya akan seret saya untuk lakukan. Ayah saya
juga suka menghadiri majlis-majlis zikir dan ia sedikit sebanyak
menjadi kebiasaan saya ketika kecil dan membesar. Saya juga aktif
berguru mendekati ilmu tauhid untuk kenal siapa Tuhan kita dan
ilmu tasawuf untuk kenal siapa diri kita selain ilmu fekah tentang
bagaimana untuk beramal.

Itulah proses didikan awal saya. Jadi, bila berada di dalam
keadaan yang berjaya secara material tetapi jiwa saya kosong, ia
semakin lama semakin menyesakkan jiwa. Hati menangis selalu
rindu kepadaNya dan kepada Rasulullah SAW.

Kemudian, saya mula berfikir-fikir dan berkira tentang erti
kejayaan yang saya raih ketika itu. Ia adalah rasa kosong di dalam.

Pada tahun 2007, saya telah mencapai antara tahap tertinggi di
dalam perniagaan saya bila saya mendapat pengiktirafan menjadi
Ketua Organisasi Malaysia di bawah prinsipal saya menguruskan
hampir 1,500 orang di bawah organisasi kami.

Ia adalah satu pencapaian yang besar bagi organisasi prinsipal
saya yang memiliki beribu pejabat di United Kingdom serta
mempunyai perniagaan di hampir 25 buah negara ketika itu. Saya
menjadi satu-satunya anak Melayu yang pernah mencapai tahap
tersebut. Saya hanya ada satu langkah lagi untuk mencapai impian
saya menjadi Vice President Asia untuk organisasi prinsipal saya.
Pencapaian yang menjadi impian ramai ketika itu. Dan ia bakal

xxiii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

menjadikan saya yang pertama di dunia bukan sekadar jutawan


tetapi pengiktirafan dan kuasa.

Pada masa yang sama, jiwa saya semakin kosong dan jauh
dariNya.

Pada awal tahun 2008, hati saya semakin rindu kepadaNya dan
kesibukan saya tidak memungkinkan saya mendekatiNya secara
total. Dan sejak saya berniaga dari tahun 2001 sehingga waktu
itu, saya gagal mengimbangkan kehidupan dan perniagaan saya.
Perkahwinan saya ketika itu juga sudah hampir ke penghujungnya.

Mungkin pasti ada yang membaca ini akan berkata, Sebab itulah
aku tak nak kaya, nanti lupa diri!, Sebab itulah aku tak nak berniaga,
nanti tidak ada masa dengan keluarga dan pelbagai persepsi negatif
atau salah faham.

Itu jugalah persepsi saya ketika itu. Saya merasakan saya
seorang yang gagal. Gagal mengimbangi hidup saya. Dan saya fikir,
semuanya ini perlu dibetulkan.

Lebih 7 tahun sibuk menjalankan perniagaan ketika itu
membuatkan saya tidak pernah bercuti panjang. Dan bagi saya,
sesiapa yang bercuti adalah orang yang tidak mementingkan kerjaya
mereka. Itu persepsi saya. Tetapi pada awal tahun 2008, saya mula
merasa sangat penat, exhausted. Saya rasa tenaga emosi saya telah
kekeringan. Saya rasa jiwa saya sangat jiwa gersang. Saya rasa saya
perlukan sedikit ruang untuk diri saya. Tetapi tekanan perniagaan
saya ketika itu adalah membina organisasi saya ke tahap yang lebih
tinggi serta melayakkan diri saya menjadi Vice President.

Keretakan perhubungan rumah tangga saya ketika itu
menambah tekanan saya dan sesuatu telah berlaku ketika itu di
dalam organisasi saya. Saya difitnah oleh orang kuat saya dan paling
parahnya kesetiaan saya di dalam organisasi saya dipersoalkan
oleh pihak atasan saya iaitu mentor saya selama saya bersama
organisasi tersebut. Ia satu perkara yang mengecewakan ketika itu
bila kesetiaan saya selama beberapa tahun dipersoalkan.

xxiv

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Di situlah antara saat-saat yang tidak dapat saya lupakan.
Segalanya berlaku bertimpa-timpa serentak seperti dilanggar trelar
berkali-kali. Rasa dikhianati, rasa kecewa, rasa tidak dihargai dan
pelbagai perasaan yang cukup menghiris hati. Pernah rasa begitu?

Dan ketika itu, pertama kali selama saya menguruskan
perniagaan pengiklanan dan pemasaran serta sebagai orang
yang paling penting mengetuai sebuah divisi yang besar, saya
menghilangkan diri. Sesuatu yang saya tidak pernah lakukan selama
7 tahun saya membina perniagaan saya dari kosong hingga ke tahap
tersebut. Ia benar-benar mencabar diri saya.

Saya menghilangkan diri untuk hampir 4 bulan. Saya
bersendirian setiap hari. Saya frust seperti seorang yang putus cinta
dan ditinggalkan oleh seorang kekasih hatinya.

Saya rasa kehilangan dan lost. Setiap hari saya menghisap 2
ke 3 kotak rokok. Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa. Saya
tidak mahu menjawab sebarang panggilan.

Bila saya menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi,
seluruh perniagaan saya dan kewangan saya melibatkan syarikat
saya telah dibekukan oleh prinsipal saya kerana itu terma kontrak
syarikat kami. Ini menambah lagi kekecewaan saya. Saya hanya
survive dengan sedikit duit simpanan yang saya ada.

Ketika itu, saya mula mencari diri saya dan mencari erti hidup
saya. Ia satu fasa yang sukar.

Saya mula mendekati Allah SWT semula. Saya mula menjaga
solat saya serta menghayatinya. Saya mula melakukan solat taubat
setiap malam, menangis, menyesali setiap kesilapan saya. Saya mula
bangun sepertiga malam membuat solat tahajud sujud kepadaNya.
Saya mula mengamalkan kembali zikir-zikir serta membaca AlQuran setiap pagi dan petang. Saya mula duduk lama selepas
solat fardhu. Saya mula mencari jalan dan cahaya untuk kembali
kepadaNya. Saya memohon bimbinganNya.

xxv

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Semakin hari jiwa saya semakin tenang. Semakin hari, hati saya
semakin kuat pertautan dan keyakinan saya kepadaNya. Saya mula
muhasabah perjalanan hidup saya selama ini dan betapa jauhnya
saya denganNya. Saya bukan seorang yang jahat tetapi saya pun
bukan seorang yang baik kepadaNya sedangkan Dia sangat baik
kepada saya.

Dalam tempoh 4 bulan tersebut, saya adalah seperti seorang
yang bersuluk mengasingkan diri mencari cintaNya. Saya semakin
nampak proses didikan hati dariNya kepada saya. Saya semakin
nampak kesilapan saya selama ini dan saya semakin jelas perubahan
yang saya mahu lakukan agar saya dapat mendekatiNya sentiasa.

Ketika itu, saya mula mendisiplinkan diri saya dengan beberapa
perkara asas yang saya wajib lakukan setiap hari agar saya menjaga
hubungan saya denganNya. Kemudiannya, perkara-perkara asas
tersebut menjadi antara formula penting yang membawa kehidupan
saya, perniagaan dan kewangan saya serta kejayaan saya ke tahap
yang lebih tinggi lagi tanpa perlu jauh dariNya. Malah, semakin
saya mendekatiNya, saya dapati perjalanan hidup saya semakin
dipermudahkan.

Pada pertengahan tahun 2008, saya telah membuat keputusan
untuk membatalkan kontrak perniagaan saya dengan prinsipal
saya yang selama ini syarikat saya bernaung di bawah mereka. Itu
menjadikan saya hampir bankrap. Tetapi saya nekad untuk membina
syarikat agensi pengiklanan dan pemasaran saya sendiri dengan
pengalaman saya bertahun-tahun membantu meletupkan pelbagai
kempen pemasaran strategik di belakang tabir.

Ketika itu, saya kembali bermula seorang dan saya perlu
bermula semula dari kosong sebagaimana pada awal tahun
2001. Tetapi berbezanya kali ini ialah Alhamdulillah, saya telah
mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup untuk membina
segalanya semula tetapi kali ini dengan kekuatan perhubungan yang
lebih baik serta bimbingan dariNya.

xxvi

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Segalanya berlaku dengan pantas. Selepas 7 tahun tragedi
yang berlaku kepada saya, saya bersyukur Alhamdulillah perniagaan
kami telah mencapai tahap yang berkali ganda lebih baik dari dulu.
Kami mempunyai perniagaan dan pelaburan di dalam pelbagai jenis
industri termasuk agensi pengiklanan berakreditasi 4A, syarikat
yang terlibat di dalam pengurusan acara, syarikat latihan dan
kejurulatihan yang menjadi passion saya untuk membantu ramai
usahawan berjaya dunia dan akhirat dengan pengalaman saya
selama ini, syarikat pelaburan hartanah, syarikat pengurusan dan
perkhidmatan korporat, syarikat penerbitan dan terbaru penubuhan
Kolej Keusahawanan saya sendiri di mana nilaiannya mencecah 9
angka.

Bukan itu sahaja, saya hidup lebih bahagia hari ini bersama
keluarga saya. Walaupun perkahwinan pertama saya gagal, tetapi
Alhamdulillah Allah SWT beri saya peluang untuk membina
keluarga bahagia dengan isteri saya sekarang bersama anak-anak
saya dari perkahwinan dahulu dan sekarang.

Dan perkara yang paling best tentang hidup saya hari ini adalah
saya bersyukur dapat berkongsi manfaat kepada ramai orang lain
yang ingin keluar dari kesusahan hidup atau ingin tingkatkan taraf
kehidupan dan kewangan seperti saya satu masa dahulu tetapi
dengan berpegang kepada 21 formula penting yang saya kongsikan
di dalam dewan-dewan seminar saya terutamanya seminar Intensif
Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan seminar Intensif Rahsia
Kuasa Minda Jutawan (RKMJ).

21 formula yang dikongsikan di dalam bab-bab seterusnya
dengan olahan bahasa Ustaz Haji Mohammad Asraff Ayob mengikut
aplikasi dirinya selepas mempelajarinya dari seminar IMKK adalah
agar ia mudah difahami oleh anda. Dan setiap formula ini sebenarnya
berasaskan daripada Al-Quran dan Sunnah serta hadis-hadis Nabi
SAW dan Ustaz Asraff sebagai seorang yang menghafal Al-Quran
serta kefahaman ilmu agama yang tinggi, telah dapat membantu

xxvii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

saya menjelaskan aplikasi formula-formula ini sebagaimana yang


saya kongsikan tetapi bersandarkan kepada Al-Quran dan hadis
Insya Allah.

Tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan
di dalam kehidupan seharian agar kita mencapai kejayaan dan
redhaNya dunia akhirat.

Ini bukan buku agama tetapi ia buku formula untuk
menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa kita
agar hati kita sentiasa mendekati Allah SWT dan lantaran itu akan
menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Bila Allah SWT redha dan kasih kepada kita menjadi keutamaan
hidup kita, saya dapati hidup kita akan menjadi lebih tenang dan
keberkatan akan meluru datang melimpah ruah dalam hidup kita
serta di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Saya berharap anda hayati setiap formula ini sehingga habis
dan jadikanlah ia pegangan hidup anda dan keluarga anda. Mudahmudahan dengan menghayatinya, hidup kita semua akan lebih
berjaya dunia dan akhirat Insya Allah.

Mari kita bacakan surah Al-Fatihah buat baginda Rasulullah
SAW, guru-guru yang membimbing saya selama ini, ibu bapa
kita semua, ahli keluarga kita yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia lebih awal dari kita serta buat diri kita sendiri.
Semoga Allah SWT memberkati ilmu ini untuk kejayaan anda dunia
dan akhirat. Saya halalkan ilmu ini Insya Allah. Al-Fatihah.

Semua mereka yang berjaya mempunyai beberapa persamaan
dan antaranya ialah, mereka mempunyai disiplin atau rutin yang
mendekatkan mereka kepada kejayaan mereka serta impian mereka.

Formula-formula yang dikongsikan ini jika diamalkan dengan
konsisten, Insya Allah mampu membantu anda untuk memperbaiki
kolam jiwa anda serta menjadikan hidup anda lebih bahagia, sihat,
kaya, berjaya dan diberkatiNya.

xxviii

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Semoga berkat istiqomah anda mengamalkan formula-formula
ini dan menjadikan ia sebagai kunci pegangan hidup anda. Ia bukan
sahaja dapat memperbaiki hubungan anda dengan Allah SWT
tetapi juga dapat membina kehidupan anda yang luar biasa. Anda
dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada ramai orang lain
terutamanya keluarga dan generasi seterusnya.

Azizan Osman
21 Januari 2015
New York, USA

Dapatkan artikel tulisan saya di


www.AzizanOsman.com
Ikuti saya di :FB Page : Azizan Osman
Twitter : @drazizanosman
Instagram : drazizanosman
Youtube : Azizan Osman

xxix

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

BAB DUA

The Power of
Seikhlas

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

Kata orang, ikhlas itu sukar. Saya juga mulanya percaya begitu, tetapi
ketika di Mesir saya belajar pengertiannya. Ia bukan dipelajari dari
syarahan ulama besar di Masjid tetapi dari seorang ahli konglomerat
Mesir yang memilih untuk menjadi khadam masjid.

Dari beliau saya memahami, ikhlas mudah dilatih cuma
terpulang kepada kita samada ingin melakukannya atau tidak. Kini
saya kongsikan tipsnya dengan anda:

Antara hobi saya bersama beberapa rakan ketika menuntut
di Mesir adalah menghadiri majlis zikir setiap malam Jumaat di
sebuah masjid terkemuka Kaherah. Di sana, akan ada ribuan jemaah
memenuhi masjid bermula dari maghrib hingga ke tengah malam
untuk berzikir, bermadeh, berselawat dan mendengar tazkirah para
ulama.

Jujurnya, kami tidak mengikuti semua aktivitinya. Kadangkadang kami asyik berlegar di luar, membelek kitab dan minyak
wangi yang banyak terjual di kaki lima masjid. Ada juga waktu
saya datang lewat, pukul sepuluh baru nampak muka kerana ingin
makan percuma. Untuk makluman, masjid ini menyediakan juadah
makan malam kepada semua jemaah yang hadir.

Dari ribuan pengunjung yang hadir, saya terfokus kepada
seorang tua. Umurnya lebih kurang enam puluhan. Aktivitinya
agak pelik. Selalunya kami tersua beliau di kawasan tandas masjid,
sibuk memastikan kebersihan tandas terjaga. Kadang-kadang dia
akan menjadi penjaga rak kasut. Elok tetamu tiba, kasut mereka

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

cepat-cepat beliau ambil untuk diletakkan di rak. Ada juga waktu


kami ternampak beliau di dalam masjid, setia menghulurkan syai,
teh panas Arab kepada tetamu. Jika tiada di dalam, mungkin kami
menemuinya di matam, kafeteria masjid. Laksana general, beliau
menjadi orang kuat mengatur hidangan, memastikan semua jemaah
makan sekenyangnya.

Benar, perbuatan orang tua itu pelik tetapi saya lebih pelik
reaksi orang lain terhadapnya. Ramai yang menegurnya dengan
penuh hormat dan ramah, melayaninya seakan-akan V.I.P. Tetapi
ada juga yang memperlekehkannya, mengherdik beliau dengan
kasar bila lambat hidangkan makanan.

Anda pasti mengira beliau siak masjid bukan? Saya pun
mulanya begitu tetapi bila melihat beberapa ulama besar AlAzhar melayaninya penuh ramah seperti kawan lama, saya fikir
jawatannya bukan itu. Apabila mendapati beliau pulang dengan
kereta Mercedes S Class siap dengan driver setelah majlis zikir
selesai, saya bertambah musykil. Pasti dia ini bukan calang-calang
orangnya.

Saya bertanya Munim, rakan Arab yang selalu bersama kami,
Ya Munim, enta arif man huwa? Anda tahu siapakah orang
tua itu?
Oooo dia itu orang besar di Mesir. Namanya Muhammad Ali
Rifah (bukan nama sebenar). Enta jangan lihat sebelah mata
sahaja. Kalau enta baca suratkhabar Al-Ahram, pendapatnya
selalu keluar di bahagian ekonomi...
Haa? Dia big bisnesman ke? Saya terperanjat.
Bukan setakat big bisnesman, tapi dialah antara ketua syarikat
pelaburan utama negara. Kira penasihat ekonomi Mesirlah.
Orang kuat presiden tu...

32

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas

MasyaAllah! Tapi kenapa dia seperti orang biasa je? Saya cuba
menggali lebih dalam.
Haa... itulah yang peliknya. Syeikh Robah (salah seorang tuan
guru kami) pernah berbual dengannya bertanya soalan sama...
Apa katanya? Saya memotong kata-kata Munim tanda
rasa ingin tahu terlalu tinggi.
Luar biasa dahsyat Asraff. Dia memang hebat. Seingat saya,
katanya kepada Syeikh:
Dalam hidup saya, kemasyhuran sudah menjadi darah-daging.
Ketika siang hari, saya sering dijulang dan dihormati manusia.
Kadang-kadang saya terasa bersalah dengan Tuhan kerana cara
hidup begitu banyak menumbuhkan perasaan ria dan ujub
pada diri.. Kerana itu ketika malam hari, saya mewajibkan diri
melakukan semua ini.....
Munim melepaskan nafas. Kemudian dia menyambung
kata-kata Syeikh Robah tentang orang tua itu yang masih
diingatinya, Saya tidak kisah penghinaan, herdikan dan
celaan kerana semua itulah yang menjadikan saya manusia
semula. Semua itulah yang menyedarkan yang saya ini hamba
Tuhan, tidak layak memiliki hati yang merasa tinggi, bagus dan
sebagainya....
Munim memandang saya, Ketika kita datang untuk belajar
zikir, dia datang untuk belajar ikhlas Asraff....

33

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Saya terkesima dengan penjelasasan Munim. Subhanallah, dia
memang manusia ikhlas kerana sanggup melakukan perkara yang
manusia normal malu melakukannya. Pasti Tuhanlah penyebabnya.
Pasti dia telah menghadam betul hikmah ayat ini :
Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu
(golongan miskin) kerana Allah semata-mata, dan kami
tidak perlukan sebarang balasan atau ucapan terima
kasih darimu. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami,
takut ia kenakan kami azab pada hari di mana muka
orang bersalah masam berkerut-kerut.
(Surah Al-Insan, 9 dan 10)
Mengapa beliau layak dijadikan contoh ikhlas?
Para pembaca semua, saya yakin ketika membaca kisah ini anda
terdetik, oh ikhlasnya dia. Pandangan kita serupa kerana sedar, sukar
di zaman sekarang untuk kita menemui individu terkenal sanggup
melakukan kerja lekeh di mata manusia. Lebih sukar untuk kita
menemui manusia melakukannya tanpa mengharapkan sebarang
terima kasih, apatah lagi tepukan bahu atau ucapan tahniah.

Yang diinginkan oleh ahli konglomerat tadi adalah belajar
ikhlas. Melakukan sesuatu kerana Tuhan, untuk Tuhan. Lillahi Taala.
Yang diutamakannya adalah belajar mensucikan hati. Dia percaya,
dengan membersihkan kotoran tandas, Tuhan akan membersihkan
segala keladak hatinya. Dia yakin, dengan berlapang dada terhadap
segala kata negatif manusia, Tuhan akan memperbetulkan alignment
hatinya.

Memperbetulkan hati agar berniat ikhlas kerana Allah Taala.

Berita akhir saya dengar dari Munim, beliau telahpun
meninggal dunia. Saya doakan rohnya disambut gembira para
malaikat di syurga. Yang penting, kita jadikan kisah beliau sebagai
batu loncatan untuk menyelongkar makna dan manfaat ikhlas serta
mempelajari bagaimana ia mampu membersihkan hati.

34

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas

Apakah ikhlas?
Tuhan sering mengingatkan kita untuk hidup ikhlas keranaNya.
Ketika membaca doa iftitah di awal solat, kita ulangi berkali-kali
pengertian ikhlas : Inna solati wanusuki wamahyaya wamamatii
lillahi Robbil Alamin.
Maksudnya, Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku
semuanya kerana Allah Tuhan sekelian alam.

Saya tertarik dengan analogi yang Allah SWT gunakan dalam
Al-Quran untuk menjelaskan maksud ikhlas. Jika anda rujuk Surah
An-Nahl ayat 66, ada perkataan khooliso di dalamnya. Ia adalah
kata dasar bagi perkataan ikhlas yang kita gunakan. Melalui ayat
itu Tuhan mengibaratkan susu sebagai labanan kholiso: minuman
yang suci murni. Ia dianggap kholiso kerana, meskipun tempatnya
dalam badan haiwan bercampur dengan najis dan susu, ia tetap
mengekalkan kesuciannya. Kita tidak akan terjumpa susu bercampur
darah atau susu yang tercemar dengan kotoran najis.

Amati ayatnya:
Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu
beroleh iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada
apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari
antara hampas makanan dengan darah (iaitu) susu bersih,
mudah diminum, lagi sedap rasanya.
(Surah An-Nahl, 66)

Dari situlah datangnya maksud ikhlas. Sesuatu yang kekal
bersih tidak bercampur dengan elemen lain. Apabila melakukan
sesuatu, anda tidak mencampuradukkan niat selain dariNya.
Semuanya kerana Allah Taala sahaja.

Semak maksud ikhlas yang disampaikan secara langsung
menerusi ayat ini:

35

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah


Allah dengan ikhlas kepadaNya dalam (menjalankan)
agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat
dan menunaikan zakat, dan itulah agama yang lurus.
(Surah Al-Bayyinah, 5)

Kerana itu jika anda perasan, kandungan Surah Al-Ikhlas
yang sering kita baca, kandungannya berlegar tentang Allah SWT
sahaja. Allah itu tunggal. Jika kita kesusahan, minta tolong dariNya.
Dia tidak memiliki anak dan tiada ibu-bapa. Dan tiada yang sama
sepertiNya.

Keempat-empat ayat mengarah kita kepada fokus utama:
Lillahi Taala. Ikhlaskan niat hanya kerana Dia, tidak yang lain.
Jika ada niat berkembar, menurut Imam Ghazali dalam kitabnya
Ihya Ulumiddin, anda dianggap sedang melakukan dosa syirik
kecil kerana menduakan Allah secara tidak langsung. Dalam
banyak-banyak dosa, Dia amat murka dengan dosa syirik kerana
berdasarkan common sense, anda pun tidak suka diduakan. Bukan?

Saya yakin anda mengangguk setuju. Bayangkan jika kita
melakukan kebaikan bukan keranaNya, pasti Dia akan menolak
semua kebaikan itu kerana tiada Lillahi Taala di dalamnya.

Saya datangkan contoh apakah maksud melakukan amalan
bukan kerana Allah Taala. Jika kita merengus kerana penerima
sedekah tidak berterima kasih atas wang yang kita hulurkan, itu
menunjukkan kita tidak ikhlas. Amalan kita amat dipengaruhi oleh
reaksi orang lain. Kita bersemangat melakukan kebaikan ketika
orang lain menghargai atau paling tidak tersenyum. Namun ghairah
kita hilang bila dicemuh atau tidak mendapat apa-apa balasan.

Nampaknya niat kita membantu kerana mengharapkan pujian
manusia, bukan reda Ilahi.

Kerana itu ulama sering menasihatkan, perhatikan motif dan
niat yang menggerakkan tindakan anda. Pastikan ia menuruti tiga
perkara yang diperincikan oleh ulama besar, Dzunun al-Misri ini:

36

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas


Pertama, pujian dan cacian yang diterima dianggap sama, tidak
ada bezanya.

Kedua, perbuatan yang telah dilakukan tidak dipedulikan lagi.
Anda telah melupakan segalanya.

Ketiga, anda tidak mengharap balasan pahala di akhirat. Yang
anda tahu, terserah pada Tuhan untuk mengadili semua itu.

Jelas di sini, rahsia ikhlas itu hanya anda dan Tuhan sahaja yang
tahu kerana tempatnya di hati. Tiada sesiapapun yang memiliki
akses untuk menyelongkar hati selain anda dan Allah Taala.

Disebabkan ia terlalu sukar dikesan, ulama sering mengibaratkan
ikhlas seperti anda mencari semut hitam di atas batu hitam pada
malam hari yang amat gelap-gelita. Dalam satu ceramah, saya pernah
mendengar seorang ulama tasauf mengatakan, sesuatu perbuatan
dianggap ikhlas apabila malaikat sebelah kanan pun tidak sempat
menulis kebaikannya, apatah lagi malaikat sebelah kiri. Apatah lagi
manusia. Ia hanya rahsia antara anda dan Tuhan sahaja.

Begitulah lebih kurang yang saya ingat.

Anda sedang garu kepala?


Mungkin sesetengah pembaca garu kepala bila mendapati, ikhlas
amat sukar dicapai. Barangkali ada yang terfikir Aduhai...pasti semua
yang saya kerjakan selama ini tidak ikhlas.... cari rezeki pun kerana nak
menyara keluarga. Belajar pun kerana nak cari kerja bagus...

Kalau begitu, benarkah langsung tidak tersisa walau sedikitpun
rasa ikhlas dalam amalan kita?

Para pembaca budiman, jangan cepat bersedih hati. Saya punya
erti ikhlas kedua. Ia lebih mudah untuk anda dan juga saya.

Ulama menjelaskan lagi, suatu amalan dianggap ikhlas apabila
ia dilakukan berdasarkan acuan yang Tuhan sarankan.

37

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Saya berikan contoh, jika anda mencari rezeki bersungguhsungguh dengan rasa tanggungjawab untuk menyediakan
kehidupan yang lebih bermakna untuk keluarga, anda dianggap
ikhlas.

Niat anda itu, walaupun tidak menyertakan Lillahi Taala pada
zahirnya, ia tetap termasuk dalam makna ikhlas kerana selari dengan
saranan Rasulullah SAW :
Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan
jalan yang halal dan menahan dirinya dari memintaminta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari
nafkah untuk keluarganya serta bersikap belas kasihan,
kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari
kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan
mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu
malam.
(Hadis riwayat Tabrani)

Tetapi, janganlah pula usaha mencari wang melalaikan anda dari
mengingati Allah. Dalam kata lain, walaupun anda ikhlas mencari
rezeki hingga ke tengah malam kerana hendak membesarkan anak,
itu tidak bermakna anda bebas meninggalkan solat.
Tidak. Bukan begitu sifirnya, kerana anda telah melanggar
perintah Tuhan:
Wahai orang beriman, jangan kamu dilalaikan oleh
(urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada
mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) dan
ingatlah sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka
itulah orang yang rugi.
(Surah Al-Munafiqun, 9).

38

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas


Malah, anda dianggap lebih teruk jika dari awal lagi sudah
tidak ikhlas. Anda bersungguh mencari wang kerana ingin puaskan
nafsu beli kereta mewah untuk tujuan berlagak, menunjuk-nunjuk
kejayaan depan bekas kekasih.

Ketika itu yakinlah tiada ikhlasnya tindakan anda. Bukan
setakat itu, yakinlah tiada keberkatan dalam rezeki anda. Bersedialah
untuk bersedih kerana malaikat sebelah kiri sedang berlumba
menulis segala dosa riak anda.

Oleh itu, pastikan semuanya ikhlas dari awal hingga akhir.
Pastikan segalanya menuruti formula ikhlas yang Rasulullah SAW
terangkan:
Jika dia keluar mencari rezeki kerana anak kecil, maka
dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar mencari rezeki
untuk kedua ibu bapanya, maka dia berada di jalan Allah.
Jika dia mencari rezeki untuk dirinya sendiri, maka dia
berada di jalan Allah, dan jika dia mencari rezeki dengan
perasaan riak dan membangga diri, sesungguhnya dia
berada di jalan syaitan.
(Hadis riwayat Tabrani)

Berdasarkan kefahaman di atas kita boleh membuat satu
kesimpulan, segala amalan yang kita lakukan dikira ikhlas bila ia
diniatkan kerana kebaikan.

Anda dianggap ikhlas bila menderma sepuluh ringgit dengan
niat kasihankan anak kecil kelaparan. Anda dianggap ikhlas bila
bersengkang mata mencari rezeki kerana ingin anak berjaya dalam
hidup. Anda dianggap ikhlas bila bersungguh menelaah pelajaran
demi sekeping sijil agar masa depan lebih bermakna.

Saya fikir, kita mula menarik nafas lega dengan penjelasan
kedua ini. Tetapi masih ada lagi perkara yang memeningkan kita.
Benarkah ikhlas mampu membersihkan keladak hati?

39

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Bagaimana ikhlas mampu membersihkan hati?


Saya akui, walaupun dengan penjelasan kedua, ikhlas masih kekok
menduduki hati kita kerana ia dipenuhi gangsters keladak hati
seperti riak, ujub, bangga, rasa bagus dan sebagainya.

Saya rasa, dari memikir-mikir bagaimana hendak mencari
ikhlas kerana Allah, lebih baik kita tumpukan langkah pertama, iaitu
bagaimana menjadikan ikhlas sebagai sarana membersihkan hati.

Para pembaca budiman, mengapa perkara ini perlu ditumpukan
dahulu?

Saya percaya, semua perkara bila diikhlaskan kerana Allah
SWT, hasilnya pasti suci. Mungkin selama ini usaha kita kurang
menjadi kerana kita kurang ikhlas kepadaNya. Kita campurkan niat
mencari rezeki dengan perkara-perkara mengotorkan hati seperti
riak, ingin dipandang hebat dan sebagainya. Alih-alih dari kerana
Allah, ia bertukar kerana show-off.

Cerdik-pandai menasihatkan, jika awalnya tidak betul,
hujungnya pasti hancur. Kerana itu, segala usaha kita dalam
perniagaan sering tersekat kerana Tuhan tahu, kita bakal menjadi
lebih teruk jika jutaan ringgit mencurah. Dia sedar, kita semakin jauh
dari mengunjungi rumahNya apabila mahligai mewah kita siap.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh buat pusingan
U. Dalam Islam ada banyak cara untuk kembali ke pangkal jalan.
Pintu taubat masih terbuka luas. Dengan beristighfar dan kembali
mengikhlaskan niat, Tuhan pasti mensucikan hati anda dengan
keikhlasan yang ditunjukkan. Tuhan pasti menempatkan anda dalam
highway rezekiNya semula. Ini janji Tuhan:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia
akan mengadakan baginya jalan keluar (makhroja), dan
memberinya rezeki dari sumber yang tidak ia sangka.
(Surah Al-Talaq, 2-3)

40

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas


Malah, silap-silap Tuhan turut datangkan rezeki makhroja
kepada anda.

Apakah rezeki makhroja? Ia bermaksud, rezeki yang tidak anda
sangka. Jalan keluar kepada segala kepayahan. Perkara ini tidak
mustahil, bahkan pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW. Kisah
tiga pemuda yang Allah SWT perkenankan hajat utamanya kerana
manfaat ikhlas yang dilakukan sebelumnya.

Hadisnya sahih riwayat Bukhari. Namun, disebabkan ia amat
panjang, saya pendekkan dengan berkongsi fakta pentingnya sahaja.

Pada zaman Rasulullah SAW, ada tiga lelaki terperangkap
dalam gua kerana ada batu besar menutupi pintunya. Mereka buntu
kerana setelah segala usaha fizikal dilakukan, batu itu langsung tidak
bergerak. Ia tetap di tempatnya.

Seorang darinya mencadangkan, apa kata kita berdoa bersungguh
kepada Allah dengan menyebut amal paling soleh dan ikhlas yang pernah
kita lakukan?

Semuanya bersetuju. Lelaki pertama memulakan kisahnya.
Dahulu dia pernah menahan dari memberikan susu kepada
anaknya yang menangis kerana ingin dahulukan orang tuanya. Dia
pun berdoa, Ya Allah, jika saya berbuat begitu kerana mengharapkan
keikhlasanMu, maka gerakkanlah batu yang menutupi gua ini.

Dengan izin Tuhan, batu itu bergerak tetapi sedikit sahaja.
Lelaki kedua mengambil-alih bercerita. Dahulu dia pernah mencintai
sepupunya sendiri dan dalam satu kesempatan, mereka berpeluang
melakukan zina. Ketika ia hampir terjadi, tiba-tiba ia tersedar dan
bertaubat. Lalu terselamatlah dia dan sepupunya, wanita cantik itu
dari perbuatan yang akan dikutuk Tuhan berzaman-zaman.

Dia menyambung, Ya Allah, jika saya meninggalkan zina kerana
takut kepadaMu dan mengharap redaMu, maka gerakkanlah batu yang
menutupi gua ini.

Batu itu bergerak sedikit namun masih belum mencukupi untuk
mereka lepas keluar.

41

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Lelaki ketiga meneruskan. Dia pernah memiliki pekerja
yang tiba-tiba menghilangkan diri, tidak mengambil gajinya. Lalu
wangnya itu diuruskan dalam bentuk pelaburan lain. Alhamdulillah,
hasilnya amat lumayan. Tiba-tiba suatu hari pekerja itu datang dan
menuntut segala haknya. Dia dengan ikhlas memberikan segalanya,
gaji pokok termasuk segala hasil pelaburan tanpa menuntut walau
sedikitpun.

Ya Allah, sesungguhnya saya lakukan itu kerana mengharapkan
redaMu, maka gerakkanlah batu itu.

Maka dengan izin dan rahmat Tuhan, batu itu pun bergerak
sepenuhnya dan mereka dapat keluar dari gua tersebut.

Para pembaca budiman, mata anda pasti bersinar dengan kisah
ini bukan? Inilah kuasa ikhlas, anda akan dibantu Tuhan bukan
setakat di akhirat, malah di dunia lagi.

Begitulah manfaat ikhlas, ia ibarat peluru yang sedia digunakan
ketika anda di saat genting. Simpanlah banyak-banyak peluru
tersebut. Cari segala jalan untuk memilikinya kerana kita sedar,
ia amat berguna di saat genting, saat anda tersekat dengan batu
masalah kehidupan.

Jika ikhlas masih sukar,


cuba belajar dari kanak-kanak pula ....
Semua cerita di atas memang menginspirasikan kita untuk ikhlas,
cuma saya khuatir masih ada tapi dalam minda kita. Ada yang
bertapi, ahli perniagaan yang ustaz ceritakan tu bolehlah ikhlas. Dia dah
kaya. Saya ni motor pun belum mampu beli lagi....

Mungkin ada yang beralasan ustaz, tiga pemuda itu hidup di
zaman Rasul. Zaman segalanya mungkin. Zaman Rasul ada depan mata
untuk kita belajar ikhlaskan hati.....

Jika segala ayat Al-Quran, hadis Rasul dan cerita kecil saya
di atas sukar kita hadam, saya akan bawakan contoh lebih mudah.
Contoh lebih kecil agar kita tiada alasan lain selepas ini untuk belajar
mempraktikkan ikhlas.

42

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Seikhlas


Kisahnya datang dari seorang murid saya, pelajar darjah dua
sahaja. Saya berpeluang mengajarnya ketika menjadi guru sementara
pada tahun 2004 di Sekolah Kebangsaan Berisu, Melaka.

Sekolah itu kecil sahaja. Murid darjah dua hanya dua belas
orang. Antara mereka ada seorang pelajar lelaki yang amat
nakal. Jika saya menulis di papan hitam, dia pasti tidak duduk
diam di belakang. Ada sahaja rakan menangis diganggunya.

Geram saya dibuatnya. Bila dihukum atau dimarahi, dia hanya
tersenyum sahaja. Kerja rumah pula jarang disiapkan. Asyik-asyik
saya lupa ustaz, itulah alasannya. Rasanya sepanjang saya mengajar
di situ, dialah murid yang paling banyak ditegur dan dimarahi.
Dialah pelajar yang paling banyak menaikkan darah saya.

Tetapi dalam nakalnya itu, dialah murid paling rajin membantu
guru. Jika kapur habis, tanpa disuruh pun dia akan berlari ambilkan
di pejabat. Kalau papan hitam kotor, belum sempat saya beri arahan
dia sudah berebut hendak tolong padamkan. Habis kotor seluar biru
pekatnya dengan habuk papan hitam itu. Dia tetap tersengih sahaja.

Paling mengharukan bahkan sampai sekarang saya ingati,
peristiwa sambutan hari guru. Ketika itu saya baru sahaja tiba sekolah.
Belum sempat hendak keluar dari kereta, dari jauh dia meluru
datang, menjerit nama saya Ustaz Asraaaff, selamat hari guruuu!

Semua rakannya melopong. Guru lain pun terperanjat.
Dia dengan tersenyum terus hulurkan saya hadiah hari guru.
Saya mengambilnya dan dia terus berpaling, lari ke arah
rakannya untuk menyambung tugasan biasa: mengusik mereka.

Wallahi, saya amat terharu dengan kejadian itu. Sungguh
terharu. Mendapat hadiah hari guru dari anak murid yang langsung
tidak disangka. Hadiahnya biasa sahaja. Mug air terukir tulisan
selamat hari guru yang nilainya tidak sampai lima ringgit.

43

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Tetapi sampai sekarang saya simpan cawan itu. Nilai
lebih mahal dari lima juta ringgit kerana ia mengajar saya erti
perkataan ikhlas dan hati suci. Walaupun kerap dimarahi, pelajar
ini tidak pernah menyimpan benci. Hatinya amat suci dan mulia.

Saya doakan anak murid ini berjaya dalam hidupnya. Saya juga
doakan anda selaku pembaca mendapat pengajaran sama: erti hati
yang ikhlas dan suci.

Semoga kisah anak kecil ini membantu kita mencapai kebesaran
erti ikhlas kerana Allah Taala.

44

www.hidupluarbiasa.com

B A B E M PAT

The Power of
Syukur

www.hidupluarbiasa.com

www.hidupluarbiasa.com

Dan ingatilah pesan Tuhanmu Sesungguhnya,


jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu
kepadamu, dan jika kamu kufur dan ingkar,
Sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim, 7)

Pesan para bijaksana - Rasa kebahagiaan jiwa mudah dicapai apabila


kita bersyukur atas segala nikmatNya.

Pagi tadi saya mulakan hari dengan markah cemerlang. Bangun
pukul lima pagi untuk solat tahajud dan taubat. Berdua-duaan
bersamaNya, berdoa mengharapkan hari berjalan lancar penuh
barakah. Kemudian saya menguak fajar pagi, keluar ke masjid solat
subuh berjemaah. Di situ semua aktivitinya barakah: sesi tazkirah,
bacaan Quran serta bersilaturrahim sesama jiran. Setelah semuanya
selesai, saya pulang dengan motorsikal yang dipandu perlahan
untuk menikmati keindahan matahari yang baru menjengukkan
dirinya, diiringi decitan puluhan burung yang ceria keluar mencari
rezeki di pagi hari.

Alhamdulillah, permulaan hari yang positif.

Walau bagaimanapun, episod berbeza menanti sebaik kaki
menjejak rumah. Aqif, anak yang baru mencecah setahun merengek
tanpa henti sementara Aliya pula tantrum bila dikejutkan ibunya.

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Ketika kecoh melayani mereka, bunyi paang pula kedengaran.


Bibik pecahkan pinggan tanpa sengaja. Isteri saya apa lagi, mulalah
berceramah hati-hati bibik. Pinggan tu mahal!. Saya tidak mahu
melanjutkan isi ceramahnya. Anda pasti dapat meneka.

Sarapan masih belum siap. Perut lapar. Saya fikir lebih baik
bawa mereka sarapan di luar. Elok enjin kereta hendak dihidupkan,
musibah lain datang. Tayar belakang pancit. Bila pula ia terkena
paku?

Saya menepuk dahi yang mula berdenyut. Mati akal.

Segalanya tiba-tiba serba tak kena. Tetapi itulah kehidupan.
Saya, anda bahkan sesiapa sahaja pasti melalui dua sisi yang telah
Tuhan pasangkan: bahagia dan bencana, mudah dan sukar, suka
dan duka. Allah SWT berfirman:
.Dan masa (senang dan susah) itu Kami gilirkan di
antara manusia ..
(Surah Ali Imran,140)

Namun ramai manusia tidak hiraukan sifir kehidupan ini.
Mereka ingin segalanya lancar belaka. Kalau boleh mereka mahu
semua hari cerah: saham naik, tiada traffic jam, air kopi yang dipesan
tidak terlebih manis, anak bangun pagi ceria, boss setiap hari belanja
makan, (anda tambahkan lagi senarainya).

Maaf, kehidupan yang Allah SWT tetapkan tidak demikian.
Selagi kita hidup di dunia, kita tidak akan menemui kehidupan full
control kerana kita hanyalah hamba bukannya Tuhan yang Maha
Kun Fayakun.

Namun adakah kita terpaksa menuruti arus? Bila sedih
berduka, bila senang kita ketawa?

Tidak semestinya, kerana Tuhan telah kurniakan beberapa
kaedah untuk mengendalikan diri. Kita tidak mungkin
mengendalikan dunia luar sepenuhnya, tetapi kita berupaya

70

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

mengendalikan dunia di dalam. Dunia dalaman atau kolam hati,


jika dikendali dan dibekalkan dengan kepercayaan yang betul, anda
akan kekal positif dan bahagia tidak kira sekuat mana pun taufan
dunia luar melanda.

Dan salah satu kaedahnya adalah rasa SYUKUR.

Bagaimana syukur mampu menjadikan


hidup anda bahagia?
Rasa syukur menyimpan rahsia terbesar bagaimana menjalani
kehidupan yang wonderful. Hidup penuh cinta, kesihatan luar biasa
dan fikiran positif walaupun masalah menerpa setiap hari. Kerana
itu para ulama menasihatkan kita bahawa sikap syukur adalah
aspek utama penataan hati yang perlu kita hadirkan jika inginkan
kehidupan yang penuh dengan mukjizat.

Mukjizat berbentuk exit door seperti tongkat Nabi Musa yang
amat berkuasa ketika anda dikepung sejuta tentera firaun masalah.
Saya pernah berpengalaman menghadapi masalah besar sebegini.
Situasi di mana kita sedang berhadapan masalah yang tidak mampu
diselesaikan walaupun kita punya wang berjuta dan kepintaran luar
biasa.

Saya akan memperincikan lagi situasinya. Suatu hari ketika
sedang duduk membaca akhbar, saya tiba-tiba merasa sakit di
dada. Ia menyucuk-nyucuk. Datangnya secara mengejut dan selepas
seminit dua ia hilang. Kemudian pada malamnya ia menyerang
kembali.

Perkara ini berulang beberapa hari dan ketika itu saya
membayangkan sakit jantung ke?.

Ia belum disahkan lagi tetapi saya sudah berfikir bukan-bukan.
Agaknya lagi 6 bulan sahaja hidup lagi.... Akibatnya, seminggu itu
saya berkelakuan agak pelik. Aliya amat gembira kerana apa yang
diinginkannya di kedai semuanya dipenuhi. Isteri saya semakin

71

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

kerap dibelai. Ketika ini, saya amat merasakan bahawa segala


yang ada di sekeliling seperti insan tersayang, rumah kecil comel
dan kereta buruk yang bising enjinnya ketika dihidupkan tiba-tiba
bertukar menjadi nikmat paling besar.

Apabila sebentar lagi anda menjadi nothing, segala perkara
normal dianggap penting.

Isteri saya menyedarinya. Abang, ada masalah ke? Dia bertanya.

Sambil mengusap wajahnya, saya menjawab, Abang rasa macam
sakit jantung sebab dada rasa sakit menyucuk beberapa hari ni.

Dia kelihatan terperanjat, tetapi fikiran logiknya bertanya betul
ke? Abang dah pergi check doktor?

Belum. Abang agak-agak je sebab internet kata begitu.

Hmm.... dia tersenyum menggeleng. Apelah abang ni. Internet
itu bukannya betul sangat sebab ia tak dapat jalankan diagnosis. Dari
berfikir bukan-bukan, lebih baik abang jumpa doktor esok untuk pastikan
penyakitnya....

Esoknya saya bertemu doktor dan benar telahan isteri. Berfikir
negatif, merujuk sumber kurang autoriti serta membuat kesimpulan
salah bukanlah teknik penyelesaian yang baik. Setelah menjalani
medical check-up, doktor menerangkan sesuatu yang melegakan hati:
Encik Asraff, sebenarnya ini hanya sakit otot dada sahaja. Ia mungkin
disebabkan anda mengangkat sesuatu yang berat sebelum ini. Jangan risau
kerana dalam dua ke tiga minggu ia akan hilang.

Saya tersenyum sendirian. Rasa kurang cerdik pun ada. Rasa
lega pun ada. Tetapi para pembaca semua, peristiwa ini benar-benar
mengubah diri saya. Ia banyak mengajar erti BERSYUKUR. Rasa
berterima kasih terhadap segala yang Tuhan kurniakan walaupun
sekecil satu helaan nafas.

Saya insaf dan faham benar kata cerdik-pandai: nikmat akan
mula dihargai apabila ia hilang dari genggaman. Saya tidak mahu
sampai ke tahap itu. Bersyukur bila nikmat hilang dan Alhamdulillah,
peristiwa ini benar-benar mengubah pandangan hidup: menjadi

72

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

seorang yang menghargai apa yang dimiliki, mengatakan hal-hal


baik mengenainya dan menjaganya dengan sempurna.

Kebahagiaan rupanya tidak perlu dicari. Ia sudah ada depan
mata. Kita sekurangnya memiliki beberapa perkara yang jika
direnungkan akan membuat kita merasa bahagia dan selalu ceria.
Yang penting kita perlu belajar mengubah pandangan hidup: dari
melihat segalanya dari kacamata tiada kepada melihatnya menerusi
teropong syukur.

Jika ia sudah dikuasai, kita akan mudah faham mengapa Nabi
Sulaiman meminta Tuhan ajari Baginda cara bersyukur:
. Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan
kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai, dan
masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam
kumpulan hambaMu yang soleh.
(Surah Naml, 19)

Tetapi, mengapa manusia jarang bersyukur?


Normalnya, setiap manusia akan mensyukuri perkara baik yang
diperolehinya. Inginkan anak mendapat full A dalam peperiksaan,
ia berdoa bersungguh dan Alhamdulillah doanya dikabulkan, ia
bersyukur.

Tetapi dalam kehidupan, full A tidak sering berlaku. Result
yang kerap diperolehi adalah 2A 4B 2C dan 1E. Maka ketika itu
ramai yang akan bersungut, menyalah dan bersikap negatif. Soalnya
mengapa kita begitu mudah lupa bersyukur?

Jika diselidiki, ia berpunca dari dua perkara iaitu apa yang kita
fokuskan dan keinginan untuk membanding diri.

73

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


The law of focus adalah satu tabiat umum di mana manusia akan
fokuskan perhatian, tenaga serta fikiran terhadap suatu perkara
samada positif atau negatif. Selalunya, minda manusia yang kurang
bersyukur akan menumpukan perkara negatif. Contohnya dalam
keputusan peperiksaan tadi, mereka lebih suka memfokuskan huruf
B, C dan E, bukannya A.

Jika kita bersembang dengan manusia sebegini, kita dapati apa
sahaja yang keluar dari mulut mereka semuanya malang, nasib tidak
baik, negatif dan duka sahaja. Mereka fikir, hidup ini tiada yang
positif: merekalah paling tidak hensem, punya isteri paling cerewet,
anak tidak menjadi, pemerintah tidak adil, jalan asyik jam hatta wang
di bank pun negatif! Tiada yang baik keluar dari mereka, seolahnya
hidup di dunia sudah bertukar menjadi neraka.

Kebahagiaan tampaknya sudah tidak sudi mendekati.

Berita buruknya, jika kita terus-menerus memikirkan perkara
negatif, ia akan automatik bertambah. Ini merupakan aturan Ilahi:
.....jika kamu mengingkari nikmatKu, sesunguhnya
azabKu amat pedih.
(Surah Ibrahim, 7).

Semakin kita ingkarkan nikmat, semakin banyak masalah
timbul. Apa nak buat. Apa yang difokuskan, itulah yang akan
datang.

Kerana itu para bijaksana menasihatkan, control your mind.
Ajarinya untuk fokuskan perkara baik kerana ia banyak terpapar
depan mata. Memang, kadangkala ketika menggunakan tandas
awam, kita mendapati air di sinki tidak bertutup dan tandas tidak
diflush. Tetapi bukankah anda punya banyak pilihan lain? Masuklah
tandas lain yang lebih bersih. Benar air sinki lupa ditutup, tetapi apa
salahnya jika kita ringankan tangan menutupnya? Dapat juga pahala
free of charge.

74

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur


Alihkan perhatian dari melihat negatif kepada positif. Tidakkah
anda perasan tandas itu cukup kemas? Tisunya cukup, lantainya
dilap dan sabun tangan masih ada? Atau at least, anda masih sempat
ke tandas untuk melepaskan hajat. Itu perkara paling besar harus
disyukuri berbanding anda tidak bertemu tandas langsung.

Kalau itu berlaku, anda memang malang berganda!

Oleh itu, belajarlah untuk bersyukur walaupun hikmahnya
masih belum diketahui. Sebab ia akan membuka fikiran anda untuk
kekal melihat jauh ke depan dengan penuh rasa optimis.

Perkara kedua yang selalu menggagalkan kita untuk bersyukur
adalah sikap suka membandingkan diri dengan orang lain.

Jiran ada kereta besar, kita beriya hendak menukar kereta besar
padahal kereta yang baru dibeli tahun lepas masih elok. Hutangnya
masih belum langsai. Rakan mengubahsuai rumah, kita pun
menuruti mereka hingga sanggup berhutang di luar kemampuan
diri hanya untuk membandingkan rumah kita tidak kalah hebatnya.

Kepada manusia sebegini, ada baiknya mereka merenung
kata ini: Kebahagiaan tidak akan pernah dimiliki jika kita hanya melihat
kebahagiaan milik orang lain dan selalu membandingkan hidup kita dengan
hidup orang lain.

Pernah dalam satu sesi kaunseling yang saya kendalikan,
seorang pelajar menangis kerana baru putus cinta. Ia bukan
tertekan kerana cintanya tidak kesampaian tetapi tekanan itu
datang dari perasaan malu dianggap tiada couple sedangkan
rakan lain semuanya telah berpunya. Saya cuba tenangkannya dan
mencadangkan beberapa solusi tetapi setiap kali sesi berikutnya
berlangsung, keadaannya masih sama. Akhirnya saya mencuba
sesuatu yang baru.

Kakak, cuba berdiri.

Mengapa ustaz? ia yang asyik mengesat air mata tiba-tiba
hairan.

75

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Berdiri sebelah kaki dan tolong jalan keluar dari bilik ini sekarang.
Saya menyambung arahannya.

Ia yang dalam kehairanan menuruti sahaja cadangan itu.
Memang agak kekok bila berjalan terloncat-loncat sebelah kaki.
Hampir sahaja ia terjatuh melanggar pasu bunga jika ustazah yang
menemani sesi kami tidak menyambar tangannya.

Saya memanggilnya semula dan berkata, apa kata jika perkara
tadi benar-benar terjadi? Sebelah kaki awak benar-benar tiada. Sempatkah
awak melayani perasaan malu tiada couple?

Air mukanya berubah. Agak terperanjat dengan kesimpulan
yang saya datangkan. Kemudian, dengan muka yang menunduk
dia menjawab tidak ustaz.
Tiada guna jika awak fokuskan perkara ini hingga abaikan seribu
satu nikmat lain depan mata. Awak abaikan harapan ibubapa
yang mahukan awak cemerlang. Khianati nikmat yang Tuhan
kurniakan kerana tidak bersyukur. Lebih baik awak banyakkan
taubat dan fokuskan untuk belajar bersungguh-sungguh. Usah
fikirkan soal couple terlalu awal kerana Allah pasti menjodohkan
awak dengan insan lebih baik suatu hari nanti. Itu janjinya.
Attoyyibuuna lit Toyyibaat....
Alhamdulillah, pelajar ini kembali normal. Peristiwa tersebut
mengingatkan saya kepada Nick Vujicic, seorang warga Australia
yang tiada tangan dan kaki tetapi hidupnya lebih gembira dari
manusia biasa. Ia bermula apabila beliau memutuskan untuk
menjalani hidup dengan pemikiran gelas setengah penuh bukannya
setengah kosong. Bagi Nick, kehidupan ini boleh dilalui dengan
penuh kegembiraan walaupun no arms and no legs.

No worries!

76

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

Benar sungguh kata Tuhan: laa yukallifullahu nafsan illa wusaha.


Kami tidak pernah membebani manusia melebihi
kemampuannya
(Surah Al-Baqarah, 286)

Moga kita mempelajari sesuatu dari Nick. Moga kita diberikan
hati yang pandai bersyukur. Moga kita diizinkan Tuhan untuk
digolongkan dalam kumpulan yang sedikit.
Apa maksud golongan sedikit?
Anda akan memahaminya dari kisah ini: pada zaman Saidina Umar
Al Khattab, ada seorang pemuda sering berdoa di sisi Baitullah
dengan doa agak pelik: Ya Allah! Masukkanlah aku ke dalam golongan
yang sedikit.

Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika sedang
melakukan tawaf di Kaabah. Beliau hairan dengan permintaan
pemuda itu lalu selesai tawaf, beliau memanggilnya dan bertanya,
Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa? Tidak adakah permohonan lain
yang engkau pinta?

Pemuda itu menjawab, Wahai Amirul Mukminin. Saya membaca
doa itu kerana saya takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al Araf
ayat 10: Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian
di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber)
penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Saya
memohon agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang sedikit itu,
kerana terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah.....

Anda mahu masuk ke golongan ini? Belajarlah bersyukur
sekarang.

77

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Lima teknik berlatih bersyukur


Berteori tentang syukur memang mudah, tetapi mengamalkannya
tidak semudah membaca bab ini. Disebabkan mindset kita rataratanya masih meletakkan setting suis syukur di kedudukan off,
kita sering lalai melakukannya.

Lalu bagaimana cara terbaik untuk onkan suis syukur? Saya
ada beberapa cadangan :

1.

Latih diri untuk bersyukur setiap saat,


hatta nikmat terkecil

Apakah maksud bersyukur terhadap nikmat terkecil?



Saya akan berkongsi perspektifnya melalui pengalaman ini:
sewaktu saya menghadiri satu seminar antarabangsa di Singapura,
penceramahnya mengadakan satu aktiviti yang memberi impak
amat besar. Kata-katanya dalam bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya
terjemahkannya dengan bahasa buku ini sahaja:
Para penonton sekelian, sila ambil duit syiling satu sen yang
petugas kami berikan kepada anda sekarang..

Antara lima ribu peserta seminar, ramai yang mengambilnya.
Tetapi ada juga yang buat acuh-tak-acuh.
Sekarang, sila campakkan duit syiling satu sen itu ke lantai.

Maka berdenting-dentinglah dewan seminar dengan bunyi duit
syiling dicampakkan. Saya akui ia agak mengujakan, cuma masih
tertanya-tanya apa hikmah aktiviti mudah ini.

Penceramah utama berceloteh sebentar. Membuat satudua mild jokes untuk menceriakan suasana. Kemudian beliau
memberikan arahan baru:

78

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

Dalam satu minit, sila kutip semula duit syiling satu sen tadi
sekarang!

Katanya dengan diiringi muzik ringan untuk menceriakan
aktiviti.

Selalunya apabila beliau memberikan arahan, 5,000 peserta akan
menurutinya tanpa banyak soal. Tapi kali ini lain pula berlaku. Tidak
ramai yang mengutip syiling tersebut. Lebih ramai yang bersembang
tanpa mempedulikan arahannya.

Now stop. Kata penceramah. Muzik dihentikan. Beliau
meneruskan kata-kata:
Berapa ramai antara anda yang mengutip duit syiling tadi?
Sila angkat tinggi-tinggi duit syiling yang telah dikutip......

Saya mengangkat duit syiling perlahan-lahan sambil melihat
ke kiri ke kanan. Rupanya dalam barisan saya, mungkin 6 dari 20
peserta sahaja yang mengutipnya. Begitulah ratio umum untuk
semua peserta. Lebih kurang seribu ke seribu setengah peserta sahaja
yang ambil peduli arahannya. Bagi yang tidak mengutip, mereka
barangkali berfikir, alahai, satu sen. Apa yang boleh dilakukannya pada
zaman sekarang? Nak masuk tandas pun tak lepas....

Kemudian, beliau dengan air muka agak serius menghentak
kami dengan kata-kata yang cukup tegas: Tahukah anda, mengapa
selama ini anda broke (pokai)? Sebab anda semua tidak menghargai
nikmat kecil. Benar, ia hanya duit satu sen sahaja tapi duit tetap duit. Ia
BERHARGA. Bagaimana Tuhan akan kurniakan nikmat besar kepada anda
jika nikmat kecil pun tidak pandai dihargai? Tidak pandai jaga?...

Saya benar-benar tersedar dari kata-katanya terutamanya
yang terakhir: bagi mereka yang miskin, anda memang layak miskin.
Tuhan bukan sengaja miskinkan anda tetapi mentaliti anda yang miskin
menyebabkan wang besar sukar masuk ke dalam kolam rezeki anda...

79

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

Para pembaca semua,


Pengalaman di atas mengajar saya bahawa selama ini kita kurang
peka terhadap berbagai nikmat yang Allah berikan. Jika nikmat
besar pun dilayani secara take for granted, apatah lagi nikmat kecil.

Kini, saya mula mengajar diri untuk meningkatkan KEPEKAAN,
dan ia bermula dari nikmat remeh, perkara kecil dan nikmat yang
biasa dinikmati tanpa sedar. Dan cara meningkatkan kepekaan untuk
bersyukur mudah dilakukan dengan menekan butang pause kepada
aktiviti harian anda. Saya namakannya sebagai teknik muhasabah 10
saat sejam. Berhenti sebentar dan lihat sekeliling anda. Semua yang
dilihat itu nikmat. Hargainya walau sekecil pensel sekalipun.

Lakukanlah aktiviti setiap hari dan anda akan terperanjat
dengan perubahan sikap yang berlaku pada diri. Anda akan dapati,
senyuman mudah sahaja dijelmakan walaupun anda baru tersekat
lebih sejam di lebuh raya.

Jangan terperanjat jika anda sering melakukannya, rezeki
lebih besar akan datang kerana ketika itu Tuhan barangkali sudah
menganggap hambaku ini layak mendapat rezeki lebih besar kerana ia
pandai mensyukuri nikmat kecil.

Moga-moga begitu hasilnya. Itu yang saya doakan.

2.

Latih diri untuk mudah berterima kasih.

Berterima kasih adalah perkara mudah tetapi amat berat keluar dari
mulut kita, padahal ia adalah aktiviti penting untuk mengekalkan
rasa syukur. Saya banyak belajar perkara ini ketika menetap di New
Zealand.

Di sana, saya sering terperanjat kerana ucapan thank you biasa
keluar dari mulut masyarakat sana. Kadang-kadang ketika saya
menghantar troli supermarket kembali ke tempatnya, penjaga troli
beriya berkata terima kasih.

Tidaklah saya bermaksud mengagungkan mereka tetapi inilah
kenyataan. Ia telah menjadi budaya masyarakat Kiwi hingga saya

80

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

bergurau dengan rakan, mereka yang tidak mengucapkan terima


kasih di sini bukannya manusia tetapi alien!

Maka kita perlu belajar berterima kasih. Perlu ringan mulut
untuk berkata thank you. Dan ia sepatutnya dimulakan dengan
berterima kasih kepada Allah Taala sebelum dipanjangkan sesama
manusia.

Untuk itu, saya sering mengajar diri, malah dalam beberapa
kesempatan, saya sering memaksa diri untuk bersyukur
kepadaNya. Ia kerap saya lakukan terutamanya ketika membaca
doa solat duha.

Jika diperhatikan, isi doa solat duha mengajar kita kunci
mendapatkan rezeki halal, berkat, berganda dan sebagainya. Saya
sering menuturkan doa ini kerana ia diajarkan Nabi, tetapi ada
kalanya ia ditukar kepada doa bersyukur sahaja seperti:
terima kasih Ya Allah, pagi ini Engkau bangunkan saya
dengan anak yang memeluk sambil mengucapkan kata paling
bermakna: babah, yaya sayang babah.
terima kasih Ya Rahman, Engkau bangunkan saya di sebelah
bidadari, isteri tercinta,
terima kasih Ya Rahim, Engkau masih setia bekalkan saya
dengan nikmat yang tidak mampu dihitung,
terima kasih Ya Syakur, Engkau telahpun anugerahkan saya
berjuta rezeki walaupun saya tidak pernah berdoa memintanya,
Ya Allah, bantulah dan ajarilah saya cara terbaik untuk menjadi
hamba yang bersyukur, Amin.

Saya mengajar diri untuk mengalunkan doa syukur. Doa
terima kasih. Ia perkara yang perlu dilakukan kerana tidak adil
rasanya jika saya asyik meminta sedangkan Allah already - telahpun
anugerahkan rezeki banyak luar biasa depan mata.

Dan saya tidak risau nanti terlepaslah rezeki jika tidak diminta
dalam doa, kerana ulama telah pun mengajar kunci memahami

81

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

sifir rezeki Tuhan: banyakkan bersyukur, nescaya Tuhan akan


datangkan segala rezeki yang kita fikirkan dengan jumlah dan cara
tidak terhitung. Rezeki dihadapkan kepada kita, bukan kita yang
mengejar rezeki. Begitu maksud tersirat perkataan laaziidannakum
dalam ayat tujuh Surah Ibrahim: Kami pasti akan menambah rezeki
kamu.

3.

Latih diri untuk mudah memberi

Cara seterusnya untuk menumbuhkan pohon syukur dalam hati


adalah dengan melatih diri untuk mudah memberi, bersedekah,
bermurah hati serta melayani orang lain. Dengan banyak memberi
(bukan setakat wang, tetapi masa, tenaga serta apapun), anda sedang
mengajar minda untuk bersyukur terhadap apa yang telah Tuhan
kurniakan.

Seorang rakan menyampaikan kisah luar biasa hasil dari
perbualan beliau dengan seorang pak kiyai dari Indonesia. Kata
pak kiyai, di tempatnya ada satu pesantren khas yang dibiayai
sekumpulan golongan kaya dan dermawan di mana pesantren
tersebut hanya mengambil anak gelandangan, atau bahasa yang
mudah kita fahami, anak super miskin sebagai pelajar.

Antara aktiviti mingguan pelajar pesantren ini adalah setiap
Jumaat (jika tidak salah), setiap pelajar akan diberikan sedikit wang.
Ia bukan untuk dibelanjakan tetapi mereka diminta keluar mencari
anak gelandangan, anak jalanan serta anak miskin seperti mereka.
Kemudian, pelajar ini diajar untuk menyedekahkan wang itu kepada
anak miskin yang ditemuinya.

Rakan saya bertanya, Pak kiyai, apa sih tujuan sebenarnya?

Begini.... gunanya untuk melatih anak-anak ini bersedekah. Gunanya
untuk mengajar mereka bahawa kaya bukannya syarat untuk membantu
orang lain. Semua manusia punya peluang untuk berbagi kerana Tuhan
menjadikan setiap manusia pada asalnya kaya. Punya kelebihan tersendiri.
Makanya dengan aktivitas ini, kami mengajar anak miskin supaya tahu

82

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur

bersyukur sejak kecil, kerana tidak mahu mereka bilang kami ni kan miskin,
lalu bagaimana bisa membantu? Bagaimana bisa bersyukur?

Cerita di atas amat sesuai untuk dijadikan sebagai benchmark
latihan memberi. Memberi, dalam apa jua bentuk sekalipun adalah
latihan terbaik untuk mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan.
Ia perlu kita latih setiap hari agar menjadi rutin kerana bersedekah
dan membantu bukan aktiviti yang dilakukan sekali-sekala atau bila
ada duit lebih.

Ia adalah habit. Ia adalah karakter yang perlu dipupuk setiap
hari. Karakter berfikir kaya yang terhasil dari perasaan syukur
kepada Tuhan.

Kembali melihat diri kita. Cuba lihat di mana tangan kita
sekarang? Adakah ia sering terbuka dan terhulur? Atau ia sering
dikepalkan dan bersilang di dada?

Mudah-mudahan saya salah. Tangan anda tidak bersilang di
dada. Tetapi jika syaitan cuba keruhkan hati kita dengan tangan
yang dikepal, cepat-cepatlah kita menadah tangan berdoa moga
dijauhkan Tuhan.

4.

Latih diri untuk mudah menyantuni mereka


yang kurang bernasib baik

Jika diperhatikan, segala teknik yang dikongsikan sebelum ini


berbentuk ajakan kerana ia sesuai untuk kebanyakan manusia.
Namun, ada juga tidak terkesan dengan pujukan. Mereka tidak
akan terjaga dari tidur jika kita sekadar menggerakkan badan untuk
mengejutkannya. Kita perlu menyimbah sebaldi air, baru mereka
terjaga.

Perkara ini berlaku kepada anak seorang rakan saya.

Beliau adalah seorang kaunselor yang agak berjaya. Walaupun
punya daftar panjang senarai klien yang berjaya dipulihkan, beliau
tetap punya masalah tersendiri yang masih tidak dapat ditangani.
Anaknya super nakal.

83

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Sudah banyak kem motivasi dihantar, sudah berpuluh teknik
kaunseling digunakan tetapi nakalnya bukan kepalang. Bawa basikal
laju-laju. Cakap ibu tidak dituruti. Di sekolah asyik mengganggu
kawan sahaja. Boros pun boleh tahan. Diberi lima ringgit pagi,
tengahari sudah meminta duit tambah.

Suatu hari dalam satu pertemuan, saya mencadangkannya satu
perkara; cubalah bawa ia ke hospital. Biar ia tengok betapa merananya
orang patah kaki, terkehel tangan. Nanti tahulah ia bawa basikal perlahan...

Rakan saya pun merencanakan lawatan sambil belajar ke
hospital untuk anak bertuah itu. Dan benar, bila ia melihat jeritan
pesakit yang terpekik-terlolong menyeringai menahan sakit akibat
kemalangan, baru ia berubah. Basikal di rumah seminggu tidak
disentuhnya.

Aman sikit hati saya, Asraff....

Ia bukan proses menakutkan, tetapi anda tentu pernah
mendengar pendekatan stick and carrot bukan? Manusia memang
fitrahnya begitu. Ada yang cepat menuruti bila diberi carrot, tetapi
ada juga yang terpaksa dikejutkan denganstick. Patutlah Tuhan
mencipta neraka bukan setakat syurga untuk memperingatkan kita.

Dan hospital adalah satu tempat terbaik untuk melahirkan
perasaan syukur. Kita mudah insaf, kurang menggerutu dan lembut
hati untuk mensyukuri nikmat bila melihat ramai manusia yang
lebih teruk dari kita. Syukur kerana masih dapat bernafas di kala
ramai orang yang perlukan bantuan mesin hanya untuk bernafas.
Syukur kerana kaki masih sempurna di saat ramai orang lain
menunggu giliran dipotong kaki.

Patutlah Rasulullah SAW memberikan merit besar kepada
mereka yang suka mengunjungi orang sakit, kerana dengan
mengunjungi mereka, kita sedang belajar hikmah dari Tuhan:
Siapa yang menjenguk orang sakit, ia berada dalam
taman syurga sehingga ia pulang.
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

84

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur


Selain itu, antara cara mudah untuk kita belajar bersyukur
adalah dengan menyantuni anak yatim. Saya mempelajarinya dari
ustaz yang pernah mengajar suatu ketika dahulu. Keluarganya hidup
sederhana sahaja. Punya anak lima orang. Tetapi jika kita ke rumah
beliau, kita mengira ustaz ini punya 10 anak.

Suatu hari, saya memberanikan diri bertanya Ustaz ada 5 anak
ke 10 anak?

Asraff confuse ya?

Saya mengangguk. Beliau menjawab sebenarnya anak saya
hanya lima orang sahaja. Lagi lima itu anak angkat kami. Mereka asalnya
anak yatim. Ada yang ibubapanya telah meninggal dunia. Ada juga yang
ibubapanya masih ada tetapi kita tidak tahu siapa. Mereka sejak bayi telah
dibuang....

Tambah ustaz lagi kami membela mereka seperti anak sendiri kerana
mahu mengejar satu perkara, moga Allah sudi mengasihi kami pada hari
kiamat.....

Mulia sungguh hatinya bukan?
Rasulullah SAW bersabda :
Mereka yang memelihara anak yatim, sama ada anak
yatimnya sendiri atau anak yatim orang lain, aku dan dia
seperti dua jari ini di dalam syurga. Perawi hadis iaitu
Malik Bin Anas mengisyaratkan dengan jari telunjuknya
dan jari tengah.
(Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya ada banyak hadis dan kelebihan menyantuni
mereka yang kurang bernasib baik, tetapi semuanya membawa kita
kepada satu kesimpulan: ia baik untuk menumbuhkan hati yang
lembut serta meningkatkan kepekaan untuk bersyukur.

85

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa

5.

Latih diri untuk bersyukur dengan


memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.

Ketika di Mesir, saya sering mengikuti seorang rakan Arab ke


gymnasium. Asad namanya. Di sana, ramai pemuda obses dengan
badan berketul sasa. Mungkin mereka mengira, dengan memiliki
badan berbentuk V, keyakinan diri semakin tinggi dan ya, peluang
untuk meningkatkan saham di hadapan gadis disukai semakin cerah.

Begitulah alasan kebanyakan lelaki tetapi tidak bagi Asad. Jika
anda bertemu beliau, anda mungkin mengira Asad adalah pelajar
Ph.D Universiti Al-Azhar. Bakal syeikh besar, kata orang. Ini kerana
janggutnya panjang, jubahnya kembang, dahinya hitam bertanda
sementara tasbih di tangan tidak lepas. Apabila bersembang, ayat
Al-Quran, hadis serta kata ulama lebih banyak keluar.

Saya pernah bertanya Asad apa sebab beliau bersungguh
mengangkat besi berat di gymnasium itu. Ini alasannya. Jangan
terkejut dengan penjelasan beliau. Saya sudah lama terkejut sebelum
anda:
Asraff, ana bersungguh bersenam kerana dua sebab. Pertama
untuk menunjukkan syukur kepada Allah dengan menjaga
nikmat kesihatan tubuh sebaiknya. Bukankah tubuh ini
pinjaman? Satu bentuk amanah? Pasti Allah akan bertanya
suatu hari nanti apa yang kita lakukan untuk menjaga amanah
ini.

Para pembaca sekelian. Jawapan pertama itu walaupun
mengujakan tetapi tahap terperanjatnya masih rendah. Semak
jawapan kedua:
Sebab kedua dan ini lebih utama, ana bersenam untuk
mengekalkan stamina dan tenaga agar mudah qiamullail malam
nanti..

86

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur


Bersenam untuk tujuan ibadah. Jarang kita dengar bukan?
Dan untuk makluman anda, hobi sebenar Asad adalah solat malam
hingga tiga jam setiap hari. Oh ya, saya tertinggal satu perkara,
Asad juga seorang hafiz. Dengan kelebihan itu, beliau mudah
memanjangkan solat dengan membaca satu juzuk setiap rakaat.
Para pembaca semua,
Di sebalik semua cara melatih syukur yang telah kita bincangkan,
poin ini paling utama untuk kita amalkan. Bersyukur dengan
meningkatkan ibadah dan amal soleh. Manusia yang benar-benar
bersyukur, ia tidak akan menggunakan nikmat Tuhan ke jalan
maksiat. Ia pasti mengarahkannya ke jalan taqwa sahaja. Mata hanya
melihat perkara baik, mulut tidak akan bertutur kecuali perkara
manfaat dan kakinya tidak diarahkan kecuali ke tempat yang Allah
redai. Begitulah seterusnya.

Dan cara termudah untuk bersyukur telah Rasulullah SAW
ajarkan. Perbanyakkan zikir Alhamdulillah: segala puji, puja dan
syukur bagi Allah:
Barangsiapa yang membaca Subhanallah setiap selesai
solat 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahu Akbar 33x hingga
menjadi 99, lalu disempurnakan menjadi seratus dengan
Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul mulku
walahul hamdu wahuwa ala kulli Syaiin qadir, diampuni
dosanya sekalipun sebanyak buih lautan.
(Hadis riwayat Muslim)
Ucaplah Alhamdulillah dengan keadaan sedar. Ucapkannya
dengan fikiran yang turut bersyukur tidak kira apapun situasi anda:
senang atau susah. Banyak atau sedikit. Menang atau kalah.

87

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Kembali kepada cerita saya di awal bab ini, selepas kejadian sakit
dada itu, saya bersungguh amalkan kehidupan bersyukur. Setiap
kali mengucapkan Alhamdulillah, ia tidak lagi diucapkan laju-laju
hanya untuk mengisi kuota 33 kali. Saya akan mengungkapkannya
dengan penuh kesedaran. Setiap kali kalimah mulia itu dituturkan,
saya akan hubungkan dengan segala nikmat: Alhamdulillah
kerana hidup, Alhamdulillah kerana ada anak yang mendatangkan
senyuman walaupun letih mengadap karenahnya culas mandi pagi,
Alhamdulillah kerana sebentar lagi boleh berjalan-jalan dengan kereta
buruk yang bising enjinnya, Alhamdulillah kerana masih ada peluang
baca Quran.

Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah Ya Rahman. Alhamdulillah
Ya Syakuur. Begitulah seterusnya.

Ketika itu, Wallahi para pembaca semua, berkat penangan rasa
syukur, terasa kehidupan ini seperti di syurga. So wonderful!.
Akhir kata, bersyukurlah.
Bicara kita tentang bersyukur sampai ke penghujungnya. Dan
kita bersyukur kerana melalui buku ini, kita dikurniakan Tuhan
kesempatan untuk berkongsi ilmu syukur. Saya doakan semoga
Allah Azza Wa Jalla akan terus membantu anda menjalani hidup
penuh syukur. Saya doakan anda berjaya menemui kebahagiaan
dalam setiap ungkapan syukur yang dilakukan.

Namun, jika hari anda masih malap walaupun syukur telah
diamalkan, saya nasihatkan, teruskan bersyukur. Kita masih belum
sampai ke tali penamat putus asa, kerana Tuhan menyatakan tali itu
tidak pernah ada. Dia pasti akan memberi ganjaran kepada mereka
yang berusaha untuk bersyukur:
.dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang
yang bersyukur.
(Surah Ali Imran, ayat 145)

88

www.hidupluarbiasa.com
The Power of Syukur


Saya akan tutup bab ini dengan satu kisah syukur yang amat
ekstrem untuk kita amati, bagaimana tahap seorang hamba yang
rasa syukur telah bersebati dengan dirinya:

Al-Asmaie, menteri yang bertugas pada zaman Khalifah AlMansur memiliki hobi unik iaitu berburu di tengah padang pasir.
Suatu hari, beliau telah keluar berburu dan kerana asyik mengejar
buruannya, Al-Asmaie terpisah dari kumpulan rakannya.

Sudah pasti di gurun sahara, kita akan mudah tersesat dan
kata orang, jika bantuan tidak ditemui, malaikat mautlah yang akan
datang menghampiri. Begitulah yang berlaku pada Asmaie. Beliau
terus berjalan dalam keadaan menderita, menahan haus luar biasa.
Detik demi detik, ia terasa tenaga yang tersisa semakin merosot.
Hidupnya dirasakan semakin dekat ke penghujung nyawa.

Namun begitu, Tuhan masih mensisakannya peluang kedua.
Tidak beberapa lama, dari kejauhan beliau terlihat sebuah khemah.
Tanpa menunggu, ia terus ke sana dengan harapan menemui sesuatu
yang akan menyambung talian hidupnya iaitu air. Setibanya di
khemah, Al-Asmaie terperanjat apabila menemui penghuninya
yang cukup memukau: seorang perempuan muda yang amat jelita.
Ia terus meminta air kepadanya tetapi perempuan itu menjawab, air
kami ada sedikit tetapi maaf, ia hanya dikhaskan untuk suamiku. Beginilah.
Ambil sahaja baki air minumanku.

Al-Asmaie terus mengambilnya dan minum dengan
keadaan agak laju. Terasa air yang diteguk memberikan tenaga
baru kepadanya. Dalam pada itu, perempuan yang sedang
memerhatikannya dari dalam khemah tiba-tiba berubah tindaktanduknya. Ia berdiri dengan muka yang agak cemas bercampur
ceria kerana dari jauh, kelihatan debu berterbangan tanda seseorang
sedang menuju ke khemah itu.

Suamiku pulang, katanya. Ia sudah tidak mempedulikan
Asmaie, terus menyiapkan air minuman dan kain untuk kegunaan
suaminya.

89

www.hidupluarbiasa.com
21 Formula Hidup Luar Biasa


Lelaki yang pulang itu rupanya seorang tua yang berwajah
bengis serta menakutkan. Sesampainya di khemah, mulutnya tidak
henti menggerutu isterinya, perempuan jelita itu. Yang ajaibnya,
tiada satu pun perkataan yang keluar dari perempuan itu. Ia tetap
tenang dan sabar. Ia membuka serban suaminya, membersihkan
bajunya dari habuk, menuangkan air dengan penuh cermat dan
menarik tangan suaminya dengan mesra ke dalam khemah.

Sebelum pulang, Al-Asmaie sempat bertanya, wahai perempuan
jelita... Engkau kan muda, cantik dan setia. Kombinasi yang jarang sekali
didapati. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua
yang berperangai buruk?

Jawaban perempuan itu mengejutkan, Rasulullah SAW
bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku
bersyukur kerana Tuhan telah menganugerahkan kepadaku kecantikan
dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak mulia. Aku telah
melaksanakan setengah agamaku. Disebabkan itu, aku ingin melengkapi
agamaku dengan setengahnya lagi, iaitu bersabar....

Barangkali cerita ini benar. Barangkali juga ia ditambah perisa
untuk kelihatan sempurna. Apapun asalnya, hikmah cerita ini amat
luar biasa. Ia mengingatkan kita kepada pesanan penting, jika kita
ingin hidup bahagia, jalaninya dengan rasa syukur dan sabar.

Pesanan tersebut benar, kerana ia datang dari Rasulullah SAW:
Sungguh mengkagumkan melihat urusan orang mukmin
kerana baginya, semua masalah adalah baik. Dan sikap
sedemikian tidak dimiliki kecuali orang yang benar-benar
beriman sahaja. Jika dia mendapatkan kebahagiaan
dia bersyukur kerana ia baik baginya, dan jika dia
menghadapi keburukan dia bersabar, kerana itu baik
baginya.
(Hadis riwayat Muslim)

90

Anda mungkin juga menyukai