Anda di halaman 1dari 32

1 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

2 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Assalammualaikum dan salam perkenalan.

Terlebih dahulu, izinkan kami untuk ucapkan terima kasih dan syabas sebab Berjaya

dapatkan Ebook Facebook Ads – Gaya Hidup Marketer 2019.

Kami pasti, anda dapatkan ebook ini nak mulakan/upgrade bisnes anda atau nak

tambah skill baru dalam diri anda. Tidak kisah yang mana satu, ebook ini inshaAllah

sedikit sebanyak dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.

Sebelum itu, boleh kami perkenalkan diri kami dahulu?

Nama saya Paeh Brian, founder kepada Hit The Market – Rakan Pemasaran Anda,

FIIB Design dan juga beberapa bisnes online yang lain.

Kami juga merupakan marketer untuk Aluna Scarves (@alunascarves.hq, 1219 IG

followers), Madeforbeautys(@madeforbeautys,17K FB followers,147K+ IG followers)

dan Nazcar Pakar Kereta Recon(@nazrascar,300 FB followers).


3 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Pengalaman kami dalam bisnes sangat lah cetek, baru 6 bulan kami dalam bidang ini.

Jadi, mungkin anda tertanya-tanya, “layak ke mamat ni ajar aku?”. Soalan yang bagus,

dan jawapannya, YA!

Memang layak kerana kalau kami tidak ambil inisiatif untuk ajar anda, siapa lagi yang

akan buat. Dah jadi macam tazkirah pulak…

Tujuan kami tulis ebook ini ialah untuk bantu orang-orang yang di bawah ini:-

1. Anda yang baru nak mula bisnes dan tiada pengalaman Facebook Ads.

2. Anda yang ada pengalaman Facebook Ads tapi nak tambah ilmu.

3. Anda yang nak tambahkan skill Copywriting dalam diri anda.

Bagus kalau anda memenuhi kriteria di atas. Sangat mudah untuk anda faham apa

yang bakal anda pelajari.

Okay cukup setakat tu pengenalan diri kami. Anda boleh rujuk next page untuk kita

mula bercakap tentang Facebook Ads.

Dengan lafaz BISMILLAH, mari kita mula belajar…

PERINGATAN: KAMI BUKANLAH PAKAR DAN TIDAK CLAIM KAMI PAKAR. SEGALA YANG
KAMI SHARE ADALAH BERDASARKAN ILMU YANG DIPELAJARI DAN ESKPERIMENTASI KAMI
SENDIRI. ANDA MUNGKIN TIDAK AKAN DAPAT RESULT YANG SAMA.
4 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

1.0 APA ITU FACEBOOK ADS?

Soalan cepu emas bagi newbie dan beginner dalam dunia pemasaran/pengiklanan.

Apa kebenda lah Facebook Ads? Bagi yang belum pernah dengar, Facebook Ads

atau nama pendeknya FB Ads, ialah medium iklan berbayar yang mana Facebook

akan bantu tunjukkan iklan/mesej kita kepada bakal pelanggan kita.

Dalam kata lain kan, FB Ads ini ibarat TV dan media massa tapi berbentuk digital.

Sebelum kita bincang pasal requirements untuk FB Ads, elok kita tahu kelebihannya

dulu. Baru lah terbakar sikit semangat nak belajar…

Kelebihan FB Ads

• Kos yang sangat murah sampai pelajar universiti pun mampu (macam kami)

• Setup yang sangat mudah dan tak perlu pandai IT (10 minit pun cukup)

• Boleh dibawa ke mana-mana dan monitor bila-bila masa (guna phone @

laptop)

• Sampai kepada orang-orang yang betul (tidak macam tv yang semua orang

akan nampak)

• Sentiasa updated dan senang nak kejar bekas-bekas pelanggan

Ini sedikit sebanyak kelebihan FB Ads yang mampu kami masukkan dalam ebook ini.

Kalau masukkan banyak sangat, nanti akan jadi bosan.


5 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

2.0 REQUIREMENTS FACEBOOK ADS

Sebelum buat FB Ads, kena tahu dulu apa yang FB Ads perlukan. Haa dekat sini

jangan lah pening, benda boleh buat buat apa nak pening hehe…

FB Ads simple bila kita dah tahu selok beloknya. Kami sendiri pon masih belajar

sebab Facebook sentiasa buat penambahbaikan. Tapi tak apa, setakat 30 Mei 2019,

inilah antara requirements yang Facebook perlukan dari anda untuk buat Facebook

Ads

• Smartphones @ laptop

• Kad debit/kredit @ Online banking (nanti kami explain)

• Akaun Ads (nanti kami akan explain)

• Akaun Facebook (WAJIB lebih dari tempoh matang 1 bulan)

• Page Facebook (Tidak kisah baru @ lama)

• Ayat iklan @ Copywriting (nanti kami akan explain)

• Gambar @ video (Untuk tujuan visual pelanggan)

• MINDSET!

Ini yang anda perlu untuk mula buat FB Ads. Sikit je kan? Tak ada pula kami cakap

anda perlukan ilmu tahap dewa? Untuk mula buat sesuatu, tak perlu lah tunggu ilmu

terlalu hebat baru nak mula. Mula dengan apa yang ada, kemudian kita upgrade

sikit-sikit.

Kami dah pernah rasa sebelum ini. Sebab kami terlalu nak tunggu ilmu lebih banyak,

sampai bila kami tak mula apa-apa. RUGI!


6 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

3.0 SETUP KEPERLUAN FACEBOOK ADS

Sekarang kita dah pun tahu apa yang Facebook perlukan untuk kita mula buat iklan.

Tapi sebelum kita mula buat iklan, ada beberapa perkara yang kita perlu setup untuk

elakkan sebarang masalah.

Kad debit @ kredit

Untuk kad bank anda, anda perlu buka laluan atau berikan akses kepada Facebook

untuk buat pembayaran. Caranya sangat mudah, anda cuma perlu call bank yang

mengeluarkan kad bank anda dan inform mereka untuk memberi akses debit

Contoh:-

Kami guna kad Bank Islam. Jadi kami perlu call Bank Islam dan inform pihak bank

untuk berikan akses untuk pembelian debit

Akaun Facebook

Kami rasa yang ini tak perlu explain panjang-panjang sebab kami yaking anda yang

baca ebook ini mesti sudah ada akaun Facebook. Bagi yang nak buat akaun

Facebook baru, suka kami ingatkan untuk biar tempoh matang 1 bulan berlalu baru

anda buat iklan

Page Facebook

Page ini wajib ada untuk anda mula buat iklan. Untuk yang belum ada page, sila lah

buat page terdahulu dengan ikut langkah di bawah:-


7 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

1. Log in di https://www.facebook.com/

2. Tekan ‘Create’ di tab atas dan pilih ’Create page’

3. Pilih ‘Business or brand’


8 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

4. Masukkan nama page anda dan pilih kategori yang sesuai dengan bisnes

anda. Cadangan kami ialah ‘Product/services’. Tekan ‘Continue’.

5. Masukkan profile picture anda. Gunakan gambar anda atau logo bisnes anda.

Itu yang paling baik.


9 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

6. Masukkan cover photo untuk page anda. Saiz cover photo ialah 820x320.

Anda boleh edit guna apa saja apps di phone atau laptop.

Maka siap lah page anda. Anda boleh godek-godek apa yang anda nak dan

belajar dari tips-tips yang Facebook berikan. Gambar di bawah page kami

baru buat, dan kami skip upload gambar-gambar tadi.


10 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Gambar @ video

Sebelum buat iklan, pastikan anda dah ada siap-siap visual yang anda nak gunakan.

Sebagai contoh lah, anda jual tudung dan nak buat promosi sempena Hari Raya.

Boleh tekan gambar @ video yang anda perlukan? Ya tepat sekali! Mestilah gambar

adik manis yang memakai tudung anda dan sedang beraya di sawah bendang dan

sebagainya.

Smartphone @ laptop

Memang kami sengaja letak last sekali. Sebabnya kami yakin semua orang mesti dah

ada kan smartphone atau laptop. Kalau tak macam mana anda tengok youtube? Jadi

tak kisah anda nak guna smartphone atau laptop untuk monitor iklan.

Perasan kami bold kan ayat dekat atas? Ya untuk tujuan monitor iklan, BUKAN untuk

buat iklan. Untuk buat iklan, kami suggest 100% untuk gunakan laptop. Sebabnya ada

features yang tak ada di smartphone tapi ada di laptop.

MINDSET

Yang ini kami perlu tekankan. Anda WAJIB ada mindset yang betul sebelum buat

sebarang iklan. AMARAN KERAS! Jangan buat iklan selagi tidak ada mindset yang

betul. Mindset yang betul = tidak percaya yang buat iklan terus dapat result. Anda

perlukan banyak eksperimentasi sebelum boleh dapat balik pelaburan iklan anda.
11 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

4.0 SETTING IKLAN GAYA MARKETER 2019

Ini yang anda nanti-nantikan betul tak? Setelah menunggu, jom kita bedah siasat cara

setting iklan dengan cara yang betul dan inshaAllah murah! Anda ikut sahaja langkah-

langkah dekat bawah ini dan semoga Allah permudahkan urusan anda, aamiin~

1. Login akaun anda di https://www.facebook.com/

2. Tekan ‘Create’ di tab atas dan pilih ’Create ads’

3. Kalau ada keluar macam ini, anda accept sahaja. Kalau tak ada, abaikan step

3 ini.
12 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

4. Sebelum anda menangis ketakutan, biar kami explain sikit pasal apa yang ada

di gambar bawah ni. Apa yang kami explain adalah yang penting sahaja.

Setiap objektif ini ada kelebihannya masing-masing, dan untuk tahu lebih lanjut, anda

harus test dahulu. Kami sendiri akan cuba dulu setiap objektif untuk klien kami,

sebelum kami dapat jumpa objektif yang betul-betul berkesan untuk mereka. Tapi, bila

dah dapat kenalpasti, itu sahaja objektif yang kami akan gunakan.
13 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Antara objektif yang anda perlu tahu untuk FB Ads ialah:-

- Awareness [Sesuai untuk anda yang nak perkenalkan produk.brand anda

kepada orang ramai. Facebook akan hantar iklan anda kepada orang yang

mungkin suka dengan brand anda]

- Traffic [Sesuai untuk anda yang nak cari sale. Facebook akan bantu hantar

iklan kepada seramai mungkin pengguna Facebook]

- Engagement [Sesuai untuk anda yang nak dapatkan komen, like dan share.

Facebook akan hantar iklan kepada pengguna yang memang suka engage

dengan post.]

- Video views [Sesuai untuk anda yang nak dapatkan atau tingkatkan jumlah

views pada video anda. Facebook akan hantar iklan kepada orang yang

memang suka tengok video.]

- Messages [Sesuai untuk anda yang nak dapatkan orang-orang yang akan

mesej anda di page anda @ di whatsapp. Facebook akan hantar iklan

kepada orang yang suka mesej @ kaki pm.]


14 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

5. Untuk tujuan jualan, kami pilih iklan Traffic. Cara setting sama sahaja untuk

semua. Pilih apa yang anda mahukan dan skrol ke bawah. Beri nama yang

anda senang ingat untuk kempen anda ini. Bila selesai, tekan ‘Set up ad

account’. Suggestion: Letak tarikh supaya anda ingat bila anda buat iklan.

6. Pastikan Account Country ialah ‘Malaysia’, Currency ialah ‘Malaysian Ringgit’

dan Time Zone ialah ‘Asia/ Kuala Lumpur’. Tekan ‘Continue’


15 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

7. JANGAN GELABAH! Dekat sini nampak macam susah, tapi sebenarnya

memang susah. Eh tak tak. Senang sahaja lah.

- Anda mula dengan berikan nama kepada ad set anda

- TRAFFIC: Kemudian anda pilih Website [sebabnya kami akan gunakan link

whatsapp untuk tarik pembeli ke whatsapp kami]. Bagi yang nak tanya,

‘kenapa tak gunakan Whatsapp?’, jawapannya ialah anda kena ada

Whatsapp Business untuk gunakan Whatsapp tu.

- LOCATION: Pada bahagian audience ini, di Location, pilih ‘People Who Live

in This Location’. Tujuannya untuk kita target orang yang tinggal di kawasan

tertentu sahaja.

- Anda boleh pilih untuk target semua orang di Malaysia @ negeri-negeri kecil

sahaja. Terpulang kepada anda. Untuk ebook ini, kami target Malaysia.

- AGE: Untuk Age, pilih umur bakal-bakal pelanggan anda. Kalau anda tak

tahu, anda kena buat sedikit research dan sediakan customer avatar.

Untuk ebook ini, kami target umur 20 – 35 yang mana kami rasa golongan

yang minat untuk mulakan bisnes. Bila selesai, skrol ke bawah.


16 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- DETAILED TARGETING: Selalunya, ramai yang akan ada masalah dekat

sini. Sebabnya, kita tak tahu interest apa yang kita nak letak. Anda boleh

gunakan interest di bawah ini untuk memudahkan kerja anda. Tapi perlu

kami ingatkan, tak semua produk sama. Jadi anda kena test dahulu baru

anda boleh tahu.

o Page pesaing [Contoh: jual tudung – target Sugarscarf/Ariani]

o Status pengguna [Contoh: jual servis bridal – target Engaged/Single]

o Minat pengguna [Contoh: jual ebook – target Facebook Messenger]

o Tabiat pengguna [Contoh: jual jus sakit lutut – target Engaged

Shoppers]
17 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- PLACEMENTS: Pilih ‘Edit Placements’. Untuk Device type, pilih ‘Mobile’.

Sebab lebih ramai pengguna FB berada di mobile daripada di desktop.

- Untuk Platform pula, anda untick semua dan tinggalkan hanya ‘Facebook

Feeds’. Ia akan tukar jadi warna kelabu, dan anda tak boleh untick.
18 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- BUDGET & SCHEDULE: Untuk bahagian ini, ‘Optimization for ad delivery’,

pastikan berada pada Link Clicks. Abaikan ‘Cost Control’. ‘Budget and

schedule’, anda boleh pilih nak letakkan Daily Budget @ Lifetime Budget.

Saranan kami gunakan Daily Budget, mudah nak monitor iklan.

- Kemudian, letaklah jumlah bajet yang anda mahukan. Pendapat kami, lebih

baik kalau anda cuba dengan nilai serendah RM 5. Tujuan kita untuk test

dulu iklan, dan kemudian naikkan bajet. Anda juga boleh tetapkan bila iklan

akan start, dan bila ia akan stop. Lepas selesai, tekan ‘Continue’
19 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- Kita mulakan sekali lagi dengan bagi nama kepada ad anda di bahagian ‘Ad

Name’. Di tab bawahnya, anda boleh lihat ‘Create ad’ @ ‘Use existing post’.

Dua-duanya boleh tapi untuk yang ini, kami akan guna ‘Create ad’ sebab

kami belom ada sebarang post

- IDENTITY: Pada bahagian ini, pilih lah Facebook page anda (sama ada

yang baru buat atau pun yang memang sedia ada). Untuk yang ‘Advertise

on Instagram’, anda abaikan.


20 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- FORMAT: Untuk bahagian ini, anda boleh pilih mana-mana antara tiga itu.

Tapi dari eksperimentasi kami, ‘Single image or video’ beri pulangan yang

lebih padu.

- MEDIA: Anda boleh pilih nak gunakan sama ada ‘Image’ atau ‘Video’.

Ramai yang akan cakap video lebih baik. Tapi dari yang kami test, gambar

lebih mudah untuk tarik pelanggan sebab orang tak suka tengok video.

Katanya, “nak tengok video baik aku gi youtube”. Untuk gambar, anda boleh

guna ‘Stock Images’ atau upload gambar sendiri. Dalam ebook ini, kami

gunakan ‘Stock Images’.


21 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

- LINK: Bahagian penting untuk ads. Mula-mula sekali, pilih ‘Website’.

Kemudian di bahagian Text, masukkan copywriting anda. Kalau ini first time

ada dengar copywriting, rujuk post-post di page Hit The Market, di mana

kami share macam-macam tips tentang copywriting. Pada bahagian

Website Url, masukkan link wasap anda. Anda boleh edit sahaja link bawah

ini,

http://wasap.my/60123456789/Nama+Produk/

- Di bahagian Headline pula, masukkan sikit ayat yang boleh tarik

pelanggan anda untuk tekan butang di sebelah itu. Call to Action pula, pilih

lah mana-mana yang sesuai untuk anda. Yang selalu kami gunakan ialah

‘Contact Us’, ‘Get Offer’ dan ‘Learn More’


22 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

8. Selesai semua langkah di atas, anda boleh tekan ‘Review’ untuk lihat balik

setting yang telah di buat. Kalau anda dah berpuas hati, tekan ‘Continue’.

9. Anda akan diminta untuk isi butir-butir kad bank anda. Anda juga boleh pilih

untuk gunakan Online Banking. Terpulang kepada mana yang mudah. Kami

cadangkan untuk guna kad debit sebab online banking, kalau duit dalam ad

account habis, anda kena topup semula. Ikut sahaja langkah-langkah itu, dana

tekan ‘Continue’.
23 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Syabas! Anda dah berjaya siapkan iklan pertama anda! Kini tinggal untuk anda

monitor iklan ini dan iklan-iklan yang seterusnya. Lepas anda siap semua tadi, anda

akan dibawa ke page di bawah ini.

Ini semua iklan-iklan yang pernah kami run. Iklan anda akan tertulis ‘In Review’. Anda

cuma perlu tunggu hingga 24 jam untuk iklan anda Approve

Itu sahaja yang anda perlu tahu untuk run iklan pertama anda. Mudah bukan? Anda

dah baca cara-caranya, sekarang tinggal anda apply sahaja. Ilmu tanpa amal, tidak
24 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

ada gunanya. Teruskan mencuba untuk run iklan. Biar gagal sekarang, jangan gagal

kemudian.

Suka untuk saya ingatkan, ada kemungkinan di mana iklan anda akan kena

Disapprove daripada Facebook. Bila terjadi macam itu, anda cuba perlu ubah sikit-

sikit di bahagian tertentu. Saya akan ceritakan lebih panjang di bab seterusnya. Cuma

perlu saya ingatkan anda, kalau Disapprove jangan stop mencuba.


25 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

5.0 TIPS PEMILIHAN GAMBAR DAN VIDEO

Ingat lagi step di atas tadi? Yang anda perlu pilih sama ada nak guna gambar atau

video. Di bahagian ini, kami nak share sikit apa yang anda perlu tahu semasa nak

pilih gambar @ video untuk iklan.

Tips-tips ini nampak sahaja mudah, tapi ramai yang abaikan. Akhirnya, iklan mereka

gagal dapat pulangan dan mereka salahkan Facebook, salahkan guru-guru mereka.

Kami tak nak anda jadi seperti mereka itu.

Gambar

1. Gambar tidak boleh ada tulisan melebih 20%.

2. Gambar terbaik ialah gambar produk dipegang oleh pembeli @ penjual.

3. Gambar lebih menarik perhatian jika guna smartphone.

4. Gambar tidak boleh dalam bentuk portrait. Mesti berbentuk landscape

5. Gambar mesti sharp dan lighting yang padu

Video

1. Video mestilah berbentuk landscape.

2. Video yang baik tidak lebih dari 2 minit.

3. Video menggunakan smartphone lebih baik.

4. Video sebaiknya berbentuk informasi atau content.

5. Video tidak boleh ada unsur negatif seperti politik.


26 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

6.0 BONUS RAHSIA #1: STRUKTUR

COPYWRITING YANG RAMAI TAK TAHU

Copywriting atau dalam kata lain, ayat promosi yang menarik pelanggan membaca

iklan @ post anda. Copywriting ialah elemen yang sangat penting dan anda WAJIB

pelajarinya. Tapi, walaupun ramai yang pergi ke kelas-kelas dan membayar hingga

ribuan ringgit, mereka masih tak tahu asas kepada copywriting, iaitu strukturnya

Anda boleh lihat struktur copywriting di bawah ini dan kami beri PERCUMA sahaja.

Tak perlu lah labur duit sampai ribu-ribu tapi masih tak tahu apa-apa. Dalam satu-satu

copywriting, struktur yang WAJIB ada ialah seperti berikut:-

1. Headline – Nama lain bagi headline ialah attention. Bahagian ni, anda kena

bermain dengan ayat yang boleh menarik perhatian bakal pelanggan anda.

Contoh: Anda jual jus sakit lutut. “AKU DAH BOLEH SOLAT KEMBALI!”

2. Problem – Pelanggan membeli kerana nak menyelesaikan masalah bukan

sebab suka-suka. Jadi, anda masukkan lah masalah yang mereka hadapi

dalam copywriting. Contoh: Anda jual jus sakit lutut. “Dulu aku bukan tak nak

solat, tapi aku tak boleh solat. Aku nak rukuk pon sakit, nak duduk antara dua

sujud lagilah. Rasa macam sendi dekat lutut nak tercabut, gila aku dibuatnya”

3. Solution – Bila ada masalah, mesti ada penyelesainnya. Di bahagian solution

lah anda akan masukkan cara pelanggan dapat atasi masalah mereka. Contoh:

Anda jual jus sakit lutut. “Macam-macam cara yang aku cuba! Dah habis

beribu-ribu ringgit dan memang rugi sahaja. Sampailah aku jumpa Jus Tigas.

Satu sudu setiap hari, dalam tempoh kurang 3 minggu, sakit lutut aku

berkurang! Harga pun murah!”


27 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

4. Offer – Setiap iklan, WAJIB ada offer. Tak kira lah iklan berbayar atau iklan

posting di FB profile. Semuanya mesti ada offer yang boleh buatkan pelanggan

tergilakan produk anda. Contoh: Anda jual jus sakit lutut. “Aku pun baru dapat

tahu yang Jus Tigas dari page ini tengah ada promosi, dapat diskaun RM50!

Memang rugi siapa yang tak dapatkan sekarang….”

5. Call-to-Action – Call-to-action atau pendeknya, CTA ialah apa yang kita mahu

pelanggan lakukan lepas baca iklan kita. Pelanggan sebenarnya dah berminat

dengan produk kita, tapi kita abaikan dia. Jadi, beritahu lah pelanggan apa yang

patut dia lakukan. Contoh: Anda jual jus sakit lutut. “Kalau anda nak claim

diskaun RM50 tadi dan anda nak solat anda lebih efisyen dan bermakna, tekan

link di bawah ini SEKARANG sebelum offer ditutup.”

Itu lah dia struktur copywriting yang BERKESAN. Anda WAJIB tahu struktur ini dan

applykan apabila anda menulis copywriting anda. Anda boleh rujuk gambar di bawah

ini untuk lihat contoh yang kami buat menggunakan produk Jus Tigas.

Anda boleh gunakan Bahasa santai bila buat copywriting. Tak perlu terlalu skema

menulis ayat iklan.


28 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Headline
Problem
Solution
Offer
CTA

Ada macam-macam lagi struktur copywriting yang anda boleh pelajari. Tapi, lepas

banyak eksperimentasi, struktur ini yang beri banyak pulangan kepada kami. Untuk

anda, anda mesti test dahulu baru anda boleh tahu yang mana yang berkesan untuk

produk dan bisnes anda.

Apa yang boleh kami beritahu anda ialah, copywriting perlukan kreativiti yang sangat

tinggi untuk betul-betul mahir. Tapi jangan risau, kalau anda follow page Hit The

Market di facebook, inshaAllah anda akan pelajari perkara-perkara baru.


29 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

7.0 BONUS RAHSIA #2: CASE STUDY

ENGAGEMENT MENINGKAT DENGAN BAJET

YANG SANGAT KECIL

Ramai yang cakap, nak run FB Ads, anda mesti ada bajet yang sangat besar.

Disebabkan kami student dan tak ada duit yang banyak, kami terpaksa eksperimen

dengan bajet yang kecil. Alhamdulillah! Walaupun bajet kecil, kami berjaya tambahkan

dan naikkan engagement untuk klien kami iaitu Nazcar Pakar Kereta Recon.

Klien kami ini jual kereta recon. Jadi, sangat susah sebenarnya bagi kami masa mula-

mula sebab kami belum pernah handle interest kereta ini. Tapi kami cuba, dan

Alhamulillah, sangat bagus feedback dari klien dan pelanggannya!

Tapi kami perlu ingatkan, kami buat banyak testing dan research sebelum boleh dapat

result macam itu. Pecah kepagak jugak fikir tentang produk klien ini, sebab produknya

bukan harga ratus-ratus, tapi puluhan ribu.

Langkah pertama yang kami ambil ialah minta klien rakam video mukanya Bersama

kereta. Buat seolah-olah berbentuk vlog. Sebab barang yang kita jual sangat mahal,

kita kena dapatkan trust daripada pelanggan terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, kempen yang kami run ialah kempen Engagements. Tanpa

disedari, banyak cold leads yang masuk dan mesej dengan page klien.
30 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

Pengiraan untuk iklan yang kami run seperti berikut:-

• Objektif: Engagements
• Media: Video kurang 2 minit
• Bajet iklan: RM 3 per campaign
• Jumlah iklan: 1 campaign
• Tempoh iklan: 30 hari
• Jumlah kos iklan: RM 90

Result:

Gambar kiri tunjukkan kenaikan engagements yang MENDADAK!!

Gambar kanan menunjukkan leads yang masuk tiba-tiba dari iklan video!

Macam mana? Tak terbakar ke anda lihat result yang kami dapatkan untuk klien kami

ini? Oh lupa kami nak cakap, yang klien kami ini baru bertapak sahaja. Dengan hanya
31 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

RM3 sehari, beliau boleh naikkan page likes dan followers sebanyak 2 kali ganda.

Mungkin anda akan cakap, “Biashe biashe je result die ni”. Kami tak akan cakap yang

anda salah, tapi kena ingat kami bukan pakar.

Kami sendiri masih belajar dan still improve diri kami. Bagi kami result yang kami dapat

dengan hanya RM3 sehari, sangatlah memberansangkan! Tetapi terpulang kepada

apa yang anda nak capai, mungkin result anda berbeza dengan result kami.
32 STEP BY STEP FB ADS – GAYA MARKETER SELURUH DUNIA

8.0 PENUTUP

Rasanya sampai sini sahaja apa yang kami dari Hit The Market mampu untuk share.

InshaAllah, kami akan keluarkan lebih banyak ebook dan video PERCUMA khas untuk

anda yang sedang tergapai-gapai nak mula run FB Ads.

Kami doakan anda berjaya dengan bisnes anda dan apa jua yang anda lakukan.

Applykan segala yang telah kami ajarkan, dan inshaAllah anda akan berjaya! Kami

bagi pihak Tuan Paeh Brian, memohon maaf kalau ada terkasar bahasa semasa

menulis ebook ini.

Anda mungkin juga menyukai