Anda di halaman 1dari 18

Panduan Boost Post FB Ads | 2

Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah kerana anda telah mengambil langkah
yang tepat dengan mendapatkan panduan ini bagi mengukuhkan bisnes anda.

Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya ingin ceritakan serba sedikit tentang diri
saya. Nama saya Rizal Mohamed Din dan saya adalah seorang Internet Marketer
sepenuh masa. Saya aktif dalam aktiviti pemasaran produk secara online,
pembangunan sistem serta pembangunan laman web. Saya memulakan perjalanan
karier saya sebagai seorang programmer di sebuah firma IT hampir 20 tahun lalu.

Pada awal karier, saya banyak terbabit dalam pembangunan sistem untuk jabatan
kerajaan dan juga kementerian. Antara projek mega yang saya pernah uruskan
adalah projek Sistem Pengurusan Penghakiman Syariah yang sekarang sedang
digunakan di jabatan kehakiman syariah negeri-negeri di Malaysia.

Kini saya giat membantu pemilik produk, stokis dan agen dalam pelbagai niche
untuk membuat pemasaran menggunakan media sosial. Kebanyakan dari mereka
memilih untuk memasarkan produk menggunakan platform Facebook kerana ia
salah satu lubuk pemasaran yang efektif. Kos pengiklanan yang agak rendah dan
fleksibel juga menyebabkan mereka suka beriklan di Facebook.

Dalam panduan ini saya akan kongsikan teknik yang saya gunakan untuk
membantu pelanggan saya untuk memasarkan produk mereka. Teknik ini berjaya
menghasilkan pulangan yang lumayan kepada pelanggan saya dan tidak mustahil
ianya boleh membantu anda juga.

TeknikBoostPost.com
Panduan Boost Post FB Ads | 3

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Facebook, di Malaysia sahaja


pengguna facebook telah mencecah hampir 20 juta pengguna. Dengan
pengguna yang ramai ini, pemilik bisnes memilih untuk memasarkan produk
mereka menggunakan Facebook. Fenomena ini secara tidak langsung
membantu usahawan kecil untuk menjual produk mereka secara online dan
beroperasi hanya dari rumah.

Pemasaran secara Facebook juga terbukti berjaya menghasilkan para jutawan


segera di Malaysia dan ada antara mereka menghasilkan jualan puluhan ribu,
malah ratusan ribu sehari. Kebanyakan dari mereka beroperasi dari rumah
sahaja kerana ini membantu mereka menjimatkan kos operasi dan boleh
menumpukan pada kos pemasaran. Mereka juga lebih suka ‘low profile’ dan
tidak mahu terlalu menonjolkan diri.

Namun pemasaran menggunakan Facebook ini tidaklah semudah yang anda


sangkakan. Memang sesiapa sahaja pun boleh membuat iklan di Facebook.
Namun ramai yang melakukan kesilapan semasa memulakan kempen iklan
berbayar mereka. Iklan mereka kurang berjaya kerana mereka belum benar-
benar faham produk mereka dan tidak pasti siapakah sasaran sebenar
produk tersebut.

Jadi apabila menggunakan teknik yang tidak betul, maka wang yang dilaburkan
untuk FB Ads akan lebur begitu sahaja. Salah seorang rakan saya adalah seorang
usahawan produk kesihatan, dan beliau telah membelanjakan sejumlah wang
yang agak besar untuk FB Ads. Namun hasil jualan pada akhir bulan hanya
sekadar mampu menampung kos pengiklanan sahaja. Perkara sebegini
sebenarnya boleh dielakkan dengan menggunakan teknik yang betul.

Bagi memastikan anda tidak mengulangi kesilapan sama, saya akan berikan
langkah-langkah penggunaan FB Ads yang berkesan. Apa yang saya
terangkan dalam panduan ini adalah berdasarkan pengalaman saya
menggunakan satu teknik simple iklan Facebook sejak setahun yang lepas.
Panduan Boost Post FB Ads | 4

Sebelum anda boleh mengiklan di Facebook, anda perlu membina fanpage


produk anda. Anda boleh sahaja pos iklan secara percuma di Facebook group
seperti group komuniti, group kereta, group masak dan sebagainya, tapi
pastikan anda miliki fanpage khas untuk produk anda. Fanpage adalah pusat
informasi dan pemasaran produk anda. Dengan itu, anda wajib masukkan
gambar serta keterangan mengenai produk, harga produk (jika perlu), alamat
perniagaan dan paling utama nombor telefon untuk pelanggan hubungi anda.

Ada yang bertanya saya cara membuat fanpage kerana mereka keliru antara
fanpage dan profile page. Profile page adalah halaman dimana anda membuat
pos berbentuk peribadi pada wall anda dan mereka yang nampak status anda
adalah mereka yang ada dalam friend list anda. Fanpage pula adalah halaman
yang khusus bagi memuatkan informasi produk anda. Fanpage sangat penting
bagi membolehkan anda mempromosi produk dengan menggunakan FB Ads.

Tetapi ada juga pemilik bisnes yang menggunakan profile page bagi tujuan
pemasaran secara organik. Ia selalu digunakan oleh peniaga yang
mempunyai niche yang memerlukan mereka mendidik prospek mereka
dengan content yang berkaitan niche mereka.

Berikut adalah langkah-langkah bagi membina fanpage. Log masuk ke akaun


Facebook anda dan klik pada butang anak panah seperti di bawah. Kemudian
klik pada link Create Page untuk akses ke halaman pembinaan fanpage.
Panduan Boost Post FB Ads | 5

Sistem akan buka halaman Create a Page seperti di bawah. Klik pada imej
Brand or Product dan masukkan maklumat sehingga selesai.

Seterusnya sistem akan buka fanpage anda seperti skrin di bawah. Masukkan
gambar profile bagi page anda, klik ikon kamera pada Add a Picture. Anda
kemudian boleh masukkan gambar cover fanpage dengan menekan butang
Add a Cover.

Setelah selesai langkah memasukkan gambar, fanpage anda sudah sedia


untuk dikemaskinikan dengan maklumat dan gambar mengenai produk atau
servis anda.
Panduan Boost Post FB Ads | 6

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan setelah anda dapatkan fanpage.
Ini untuk memastikan fanpage anda sedia untuk dilawati oleh prospek anda.

Pastikan anda letakkan gambar profile dan cover yang menarik untuk
fanpage anda. Pastikan gambar adalah jelas dan kelihatan profesional.

Berikan nama dan URL fanpage yang sesuai dengan bisnes anda. Klik pada
section About untuk buat perubahan nama dan alamat fanpage anda.

Gambar profile dan gambar cover anda mestilah berkaitan dengan produk.

Masukkan produk anda yang dijangka paling laris jika anda ada beberapa
produk. Ini supaya fans anda dapat mengenalpasti produk utama anda.

Letakkan nombor telefon pada fanpage untuk memudahkan prospek


hubungi anda, pastikan letak lebih dari satu nombor.

Pastikan telefon ada aplikasi WhatsApp bagi memudahkan komunikasi.

Isikan maklumat pada bahagian About, masukkan maklumat berikut :


  Short / Long Description - keterangan tentang produk atau bisnes
  Phone – nombor telefon untuk dihubungi
  Email – alamat email yang anda akses setiap masa
 Website – laman web produk anda


Sila pastikan fanpage anda mempunyai pos dan gambar yang mencukupi, ini
supaya fans mendapatkan maklumat secukupnya tentang produk anda.


Setelah fanpage anda lengkap, anda perlu dapatkan Page Likes untuk
fanpage anda. Invite rakan yang ada dalam Friend List untuk like fanpage
anda. Ini cara termudah untuk dapat beberapa likes untuk permulaan.


Masukkan status pada profile page anda dengan meletakkan alamat
fanpage anda. Anda juga boleh mempromosi alamat fanpage anda pada
group-group facebook yang ada kaitan dengan produk anda.
Panduan Boost Post FB Ads | 7

Untuk memulakan iklan di Facebook, anda perlukan kad bagi memudahkan


pembayaran. Anda boleh menggunakan sama ada kad debit atau kad kredit
bagi tujuan ini. Saya sarankan anda gunakan kad debit kerana kad debit
lebih selamat digunakan kerana anda hanya perlu topup bila anda mahu
buat bayaran sahaja.

Ini kad debit yang saya syorkan untuk anda gunakan untuk FB Ads iaitu :
BIG Prepaid AirAsia – www.bigprepaid.com

Saya mencadangkan supaya anda memohon BigPrepaid Plastic dan bukan


BigPrepaid Virtual kerana saya mendapat beberapa tahu ada pengguna
menghadapi masalah bila menggunakan kad jenis virtual.

Setelah selesai pendaftaran kad debit ini, anda boleh topup kredit pada kad
debit dengan mudah secara online mengunakan mana-mana perkhidmatan
online banking seperti Cimbclicks, Maybank2u dan lain-lain.

Kebaikan kad debit ini ialah anda tak perlu masukkan duit yang banyak
dalam akaun kad debit tersebut. Anda perlu masukkan duit ke kad debit
pada akhir bulan setelah iklan anda telah berjalan selama hampir sebulan.

Ini bermakna anda boleh iklankan dahulu produk anda dan dapatkan
keuntungan dari jualan. Kemudian anda gunakan sebahagian dari
keuntungan anda itu untuk bayaran kos iklan anda. Jadi tak payah pening
keluarkan kos iklan dulu.
Panduan Boost Post FB Ads | 8

Setelah dapatkan kad bank, anda sudah boleh mulakan kempen iklan anda.
Terdapat pelbagai pilihan yang boleh anda gunakan untuk mengiklan
menggunakan FB Ads. Pilihan yang diberikan Facebook ini bergantung
kepada objektif bisnes anda, contoh seperti berikut :

Menambah likes pada fanpage untuk menambah followers anda.


Memasarkan produk atau memperkenalkan produk baru anda
Mengajak pengguna Facebook ke laman web produk anda
Membuat promosi atau memberi diskaun bagi pembelian produk
Memperkenalkan kedai atau restoran anda kepada penduduk sekitar

Saya akan tunjukkan cara yang selalu saya gunakan untuk mengiklan di
Facebook. Mula sekali pergi ke bar menu sebelah atas page facebook dan
klik pada butang arrow seperti gambar di bawah. Kemudian klik pada link
Create Ads untuk pilihan seterusnya.

Link Create Ads akan membawa anda ke Ads Manager, halaman untuk
memulakan iklan anda. Pada halaman ini anda boleh buat pilihan objektif
kempen pemasaran anda.
Panduan Boost Post FB Ads | 9

Anda akan diberi 3 pilihan untuk objektif iklan iaitu :

Awareness – kempen iklan ini sesuai jika anda ingin memperkenalkan


produk, kedai atau restoran anda.
Consideration – Pilihan ini sesuai jika anda mahu pelanggan ke website anda,
tingkatkan Page Likes fanpage dan tingkatkan engagement pos anda.
Conversion – Bagi pilihan ini pula ia sesuai untuk menjual produk dari
katalog fanpage anda.

Dari tiga (3) pilihan tersebut, saya lebih suka gunakan objektif untuk
Consideration untuk mengiklankan produk saya. Dari lima pilihan seperti di
bawah, saya kerap gunakan pilihan Engagement. Klik pada Engagement
seperti skrin di bawah.

Kemudian ada 4 lagi pilihan akan dipaparkan, klik pada Post Engagement.
Fungsi ini sebelum ini dinamakan Boost Post sebelum Facebook menukarkan
kepada nama Post Engagement.
Panduan Boost Post FB Ads | 10

Saya tidak akan menerangkan penggunaan Post Engagement (Boost Post)


melalui Ads Manager dalam panduan ini. Saya akan gunakan iklan Boost Post
dengan cara yang lebih mudah untuk difahami oleh newbie iaitu
menggunakan fungsi Boost Post melalui fanpage anda.

Mula-mula sekali, keluar dari panel Ads Manager dan masuk ke fanpage
anda. Sekarang pos satu kandungan baru atau gunakan pos sedia ada dalam
fanpage. Sebelum iklankan pos, pastikan pos anda ada ciri-ciri berikut :

Menggunakan huruf besar untuk menekankan perkataan penting dalam


pos anda. Contohnya, ‘Dapatkan harga DISKAUN pada HARI INI sahaja’
Pilih gambar yang menarik dan jelas, jangan sesekali masukkan gambar
yang kabur. Lebih banyak gambar lebih baik untuk menarik perhatian.
Gunakan ikon pada pos anda jika anda mahu highlight sesuatu perkara.
Kandungan pos anda wajib timbulkan perasaan ingin tahu pada prospek
anda dan tidak sabar lebih lanjut tentang produk anda.

Setelah masukkan pos baru pada fanpage, anda kini bersedia untuk iklankan
pos anda. Rujuk gambar dibawah, klik pada butang Boost Post untuk buat
setting iklan anda.
Panduan Boost Post FB Ads | 11

Pertama sekali anda perlu untuk buat pilihan Audience anda seperti di
bawah. Disebabkan page anda masih baru dan tidak mempunyai ramai fans,
klik pada link Create New Audience untuk bina kumpulan sasaran anda.

Skrin dibawah akan keluar dan anda perlu namakan audience (Name) anda
supaya anda boleh gunakan audience ini untuk iklan lain. Kemudian
tentukan jantina (Gender) dan umur (Age) sasaran pelanggan anda.

Tumpukan pada setting audience kerana ia penentu kejayaan iklan. Faktor


jantina ini penting kerana jika anda menjual tudung sudah tentu sasaran anda
wanita dan jika anda menjual GoPro prospek anda tentu mereka yang muda.
Panduan Boost Post FB Ads | 12

Pada setting Locations pula untuk letakkan lokasi sasaran pelanggan anda.
Selain lokasi yang biasanya bandar-bandar utama, anda juga boleh letakkan
lokasi negeri seperti Selangor, Johor dan lain-lain. Contoh dibawah saya
letakkan lokasi di Sungai Buloh dan 10 batu disekitarnya. Anda boleh target
sebuah bandar dan maksima 50 batu disekitarnya. Anda boleh letak lebih
dari satu lokasi untuk sasaran lokasi pelanggan anda.

Akhir sekali anda perlu buat setting pada Interests. Pada bahagian ini, anda
akan filter pengguna facebook mengikut kecenderungan mereka. Mungkin
ada yang suka kek, memasak, bersukan, produk kecantikan, tudung dan
sebagainya.

Pada contoh dibawah, saya masukkan interest cupcake. Anda boleh


masukkan lebih dari satu interest yang berkait dengan niche yang sama.
Contohnya cheesecake, chocolate cake dan lain-lain. Akhir sekali simpan
data audience ini dengan menekan butang Save.
Panduan Boost Post FB Ads | 13

Selesai bahagian Audience, kita ke bahagian Budget and Duration untuk set
bajet anda untuk iklan. Katakan saya ada bajet sebanyak RM35 untuk
dibelanjakan. Saya masukkan pada bahagian Total budget RM35 dan anda
dapat lihat pada bahagian Estimated People Reached menunjukkan iklan
akan dapat dilihat dari 2,500 hingga ke 6,500 orang. Lagi tinggi engagement
iklan anda, makin ramai orang akan lihat iklan anda.

Seterusnya anda pilih bilangan hari anda ingin anda iklankan pos anda. Anda
boleh pilih 1 day, 7 days atau 14 days atau setkan tarikh iklan anda akan
tamat pada pilihan Run this ad until.

Jika anda tetapkan iklan anda untuk berjalan selama 7 hari dengan bajet
sebanyak RM35, maka pada setiap hari anda akan membelanjakan sekitar
RM5 seperti gambar di atas. Saya mencadangkan anda setkan iklan anda dari
1 hari ke 3 hari bagi memudahkan anda mengawal iklan anda.

Dalam contoh diatas, saya setkan iklan untuk 7 hari. Walau bagaimanapun,
anda boleh hentikan iklan anda pada bila-bila masa yang anda mahukan.
Anda boleh hentikan iklan jika prestasi iklan tidak memberangsangkan.
Panduan Boost Post FB Ads | 14

Setelah anda berpuas hati dengan setting dan kandungan pos anda, tekan
butang Boost untuk menghantar iklan anda bagi tujuan pengesahan.
Facebook akan menilaikan iklan anda sebelum dipaparkan sebagai iklan.

Anda akan nampak mesej dengan status In Review sebaik sahaja anda
hantarkan iklan anda untuk pengesahan. Selalunya pengesahan akan dibuat
secara automatik oleh sistem dan ia akan mengambil sekitar 15 minit.

Sekiranya selepas 15 minit iklan anda masih belum disahkan, kemungkinan


besar iklan anda didapati melanggar polisi yang ditetapkan oleh Facebook.
Antara masalah yang biasa berlaku ialah penggunaan perkataan dilarang dan
gambar yang mengandungi terlalu banyak teks.
Panduan Boost Post FB Ads | 15

Sekarang tekan butang Close pada skrin setting Boost Post. Pada bahagian
bawah pos, anda akan nampak status Boosted for RM35.00 dengan ikon jam
yang menunjukkan pos sedang dinilaikan untuk iklan.

Anda akan menerima notifikasi sama ada iklan anda diluluskan atau ditolak
pada panel notifikasi akaun Facebook anda. Tunggu dari 5 ke 15 minit untuk
pengesahan. Ada kalanya pengesahan iklan mengambil masa lama walaupun
tidak ada masalah pada iklan anda.

Selepas iklan anda diluluskan, anda akan nampak status baru yang
menggantikan status sebelum ini. Jika anda rujuk gambar dibawah, status
baru menunjukkan baki iklan iaitu RM34.38. Perhatikan pula angka pada
people reached, ia telah pun meningkat dari angka 685 kepada 807.
Panduan Boost Post FB Ads | 16

Setelah selesai iklan, gambar dibawah gambar dibawah menunjukkan


prestasi Boost Post. Klik pada butang View Results seperti gambar dibawah.

Berikut adalah hasil engagement pada pos yang telah diiklankan. Perhatikan
result adalah berdasarkan bajet RM16.12 dari jumlah bajet sebenar iaitu
RM35. Perhatikan juga terdapat sebanyak 154 komen pada pos tersebut.
Panduan Boost Post FB Ads | 17

Saya ingin membuat ringkasan apa yang telah saya kongsikan dalam
panduan saya ini. Pertama sekali, anda perlu ada fanpage yang menarik.
Fanpage anda perlu ada kandungan dan gambar yang bersesuaian dengan
produk atau bisnes anda.

Pos anda wajib ada ayat memikat, membuatkan prospek anda ingin tahu
lebih lanjut serta mempunyai gambar yang akan menarik perhatian prospek
anda. Iklankan pos anda dengan fungsi Boost Post melalui fanpage anda
dengan sasaran kumpulan pengguna yang ditetapkan oleh anda. Pastikan
sasaran pengguna (audience) ini bertepatan dengan produk anda.

Letakkan bajet yang anda mahukan dan jumlah sasaran anda. Anda boleh
jalankan iklan anda selama mana yang anda mahukan tetapi sebaiknya
setkan pada jangkamasa yang singkat untuk memudahkan anda memantau
prestasi iklan anda.

Iklan anda kemungkinan akan ditolak jika tidak menepati peraturan


penggunaan perkataan atau gambar yang telah ditetapkan oleh Facebook.
Pastikan anda membaca dahulu polisi penggunaan gambar dan perkataan
yang tidak dibenarkan. Elakkan teks yang terlampau banyak pada gambar
kerana ia boleh menyebabkan iklan anda ditolak oleh Facebook.

Ada kalanya iklan anda akan menunjukkan prestasi yang baik dan ada
kalanya sedikit menurun. Bila iklan anda kurang respon dari pengguna, anda
perlu mengubah sasaran prospek anda. Jika iklan anda mendapat
engagement yang baik tetapi kemudian engagement menurun, cuba ubah
ayat pada iklan anda. Kebiasaannya pengguna akan kurang respon kepada
iklan sama yang dilihat berkali-kali.

Sekiranya anda ikut langkah yang diberikan dan setting pada sasaran
pengguna anda tepat, saya yakin teknik ini yang mudah ini dapat membantu
anda meningkatkan jualan anda. Faktor masa juga memainkan peranan
seperti waktu malam biasanya ramai orang online dan anda mungkin
mendapat respon yang lebih pada masa tersebut. Pengguna juga mungkin
kurang respon semasa cuti perayaan yang panjang.
Panduan Boost Post FB Ads | 18

Saya harap panduan ini dapat memberi anda keyakinan untuk anda
memulakan langkah pertama anda untuk membuat kempen iklan secara
berbayar di facebook. Selagi anda tidak mencuba, selagi itu anda tidak akan
tahu anda akan berjaya atau tidak.

Sekiranya anda masih lagi tidak jelas lagi mengenai penerangan dari saya
atau berminat untuk mendapatkan tips-tips penting Boost Post ini, pastikan
anda join group facebook yang saya buat khas untuk anda iaitu Teknik
Boost Post Advanced!

Anda juga boleh follow saya di facebook profile saya iaitu Rizal Mohamed
Din. Saya akan kongsikan dengan lebih terperinci teknik-teknik yang saya
gunakan untuk membantu pelanggan saya meningkatkan jualan mereka.

Sekian, terima kasih.

TeknikBoostPost.com

Anda mungkin juga menyukai