Anda di halaman 1dari 4

ANGKAH CARA BUAT FB ADS YANG BERKESAN.

Langkah 1:
Mula-mula sekali pergi ke paparan Fb page, klik ‘Manage Ads’. Bagi yang belum ada Fb page
boleh buat sekarang. Ikut tutorial Cara Buat Fb Page Facebook di sini.
Langkah 2:
Seterusnya klik butang ‘Create’ untuk buat iklan Fb Ads.
Langkah 3:
Untuk buat iklan melalui Ads Manager anda boleh gunakan ‘ads creation tool’ sebagai panduan
untuk buat iklan ke Facebook, Instagram, Messenger atau Audience Network.
Ada 2 cara untuk buat iklan Fb di Ads Manager:
1. ‘Guided creation’ : Jika melalui pilihan ini, anda akan di ajar langkah demi langkah sampai
kempen iklan di siapkan.
– Pilih cara ini jika anda masih baru dalam Facebook FB Ads.
2. ‘Quick creation’ : Jika guna pilihan ini, anda boleh buat kempen iklan, buat ad sets dan setkan
sebarang ad kemudian nanti.
– Pilih cara ini jika anda sudah biasa dan berkemahiran buat FB Ads sebelum ini.
Tidak menjadi masalah menggunakan mana-mana cara sekalipun. Tujuan akhirnya tetap sama,
iaitu untuk buat iklan Fb Ads.
Dalam kes ini, saya memilih ‘Select Quick Creation’. Jika anda tidak ada pengalaman sekalipun
boleh saja ikut langkah demi langkah ini.
Bila sudah biasa praktikkan cara ini anda akan mahir buat FB Ads dengan sendirinya.
Langkah 4:
Isikan nama kempen apa yang hendak anda namakan. Nama kempen yang anda letak ini sebagai
panduan dan rujukan saja. Anda boleh rename atau tukar semula nama ini kemudian nanti.
Langkah 5:
Sebelum buat iklan FB Ads anda perlu tahu jenis kempen apakah yang hendak dilakukan.
Jika nak tingkatkan like di page boleh pilih ‘Page Likes’, jika nak video anda di tengok oleh
ramai orang boleh pilih ‘Video Views’ dan sebagainya.
Memandangkan tujuan kempen FB Ads kali ini untuk boost post iklan, jadi untuk ruangan
‘Campaign objective’ telah di tukarkan kepada ‘Post Engagement’.
Untuk maklumat, setiap tujuan kempen akan ada sedikit perbezaan pada setting iklan. Bab ini
agak sedikit teknikal. Saya akan kupaskan pada post yang akan datang.
Berbalik kepada topik asal, sila pilih kempen ‘Post Engagement’.
Langkah 6:
Isikan berapakah bajet anda di ruangan ‘Daily budget’. Sebagai permulaan, di cadangkan untuk
setiap kempen, bajet di peruntukkan untuk sehari ialah RM10 atau kurang dari RM30.
Jika iklan anda berkesan, nilai ini boleh di tingkatkan di kemudian hari. Bergantung kepada
situasi.
Kenapa saya cadangkan nilai serendah RM10 setiap kempen? Sebabnya, andai anda letak RM100
setiap kempen, Facebook ini terkenal dengan sifat lintah daratnya. Ops sorry. Facebook akan
habiskan nilai bajet tersebut.
Dah la iklan masih baru, tak tahu lagi berkesan dapat sambutan atau tidak, tup-tup habis duit kena
telan dan hangus begitu saja.
Lagi satu sebab ialah bajet RM10 yang di tetapkan hanya untuk satu ads set saja. Jika anda ada 3
ads set dalam setiap kempen, bajet harian anda sudah menjadi 3 x RM10 = RM30.
Bagi ad sets pula, jumlah maksima yang di cadangkan tidak melebihi dari 5 ad sets untuk setiap
kempen. Kalau nak buat banyak ad sets adalah lebih baik buat kempen baru.
Contohnya, jika nak buat 10 ad sets, anda boleh run FB ads untuk 2 kempen serentak. Dari sini
secara tidak langsung telah berlaku satu kempen di namakan ‘split test’.
Katakan kempen pertama sebagai kempen A dan kempen kedua sebagai B. Anda boleh run
kempen ini secara serentak untuk tengok kempen manakah yang lebih berkesan.
Jika dalam masa yang sama kempen A kurang mendapat sambutan, anda boleh terus hentikan
kempen tersebut dan sebaliknya.
Bila kedua-duanya masih juga tak berkesan, adalah lebih baik buat kempen yang baru.
Langkah 7:
Isikan bilakah tarikh kempen akan di mulakan dan akan berakhir. Anda juga boleh abaikan
ruangan ini dan klik ‘Don’t schedule end date. Run as ongoing’.
Di mana bila anda klik setting ini, iklan tersebut akan sentiasa berjalan selagi tidak di tutup
(off/pause) secara manual.
Bagi setting lain yang tak di beritahu, anda boleh abaikan kerana ianya tidak memberi kesan
kepada iklan Fb ads yang hendak di buat.
Langkah 8:
Pilih lokasi ‘Malaysia’ dan letak umur yang anda sasarkan. Saya letak umur antara 25-35 tahun di
mana umur ini antara paling aktif bersosial di laman Facebook serta kuasa membelinya juga agak
besar.
Jika produk anda untuk kaum lelaki, pilih jantina ‘Men’ dan sebaliknya klik ‘Women’ untuk
perempuan.
Langkah 9:
Pilih tempat di mana iklan anda akan muncul. Untuk setting ini boleh gunakan ‘Automatic
placements’ atau ‘Manual placements’.
Bagi pilihan automatik, Facebook akan blast iklan yang di buat kepada paparan audiens yang
relevan berdasarkan bajet anda.
Jika manual pula, anda boleh pilih ke tempat manakah yang di rasakan sesuai untuk anda blast
iklan tersebut.
Dalam kes ini saya pilih secara manual untuk lebih spesifikkan targeted audiens iklan ini.
Langkah 10:
Terdapat beberapa platfom iklan boleh di gunakan. Anda boleh pilih sama ada di Facebook,
Instagram, Messenger atau Audience Network.
Bagi iklan kali ini saya hanya fokus kepada platfom Facebook. Jadi klik Facebook dan untick
platfom lain.
Langkah 11:
Setelah pilih platfom yang hendak di gunakan, iklan tersebut boleh di spesifikkan lagi di manakah
iklan itu akan muncul. Target audiens akan lebih kecil dan fokus ke ruangan tertentu saja.
Boleh jadi di ruangan ‘Feeds’, ‘Stories’, ‘In-stream, ‘Search’, ‘Messages’, ‘In-article’ ataupun
‘Apps and sites’.
Bagi iklan bergambar, ruangan paparan ‘Feeds’ adalah lebih sesuai. Untuk iklan bervideo pula
adalah lebih baik pilih kategori ‘In-stream’.
Memandangkan iklan kali ini ialah iklan bergambar, pilih ruangan ‘Facebook News Feed’ untuk
teruskan cara buat FB ads secara berkesan
Langkah 12:
Untuk mengoptimumkan iklan FB ads boleh setkan kepada ‘Post Engagement’. Memandangkan
tujuan iklan kali ini untuk membawa audiens engage (terlibat) dalam post anda, pilihan ini sangat
sesuai.
Kemudian setkan kepada ‘Impression’ di mana kos iklan hanya akan di caj bila ada impression
keatas post anda.
Pada ruangan setting yang lain boleh diabaikan kerana kesan keatas iklan yang akan tidak begitu
besar.
Langkah 13:
Setelah semua langkah ini di setkan, pastikan ‘Potential reach’ yang di capai menunjukkan angka
di bawah 1 juta orang.
Dari pengalaman penulis, jumlah di bawah 1 juta orang antara targeted audiens yang relevan.
Bila potential reach terlampau besar, iklan menjadi tidak targeted dan kurang berkesan.
Potential reach audiens ini boleh di kurangkan dengan beberapa cara.
1. Lokasi: Pada setting lokasi di awal-awal tadi, setelah pilih negara Malaysia, anda boleh
kurangkan audiens dengan ‘exclude’ negeri seperti Sabah dan Sarawak.
Ini kerana majoriti audiens dalam negeri ini bercampur dengan audiens dari rakyat Filipina dan
Indonesia di sempadan negeri yang berhampiran (majoriti boleh berbahasa Melayu).
Secara amnya, audiens ini bukanlah audiens yang berkualiti yang di inginkan. Kebanyakkan
mereka akan engage dengan post secara suka-suka dan memberi kesan dari segi kos iklan serta
close sales nanti.
Anda juga boleh ‘include’ kepada lokasi negeri atau daerah yang bersesuaian.
2. Detailed targeting: Pada ruangan ini anda boleh kecilkan skop audiens anda dengan
meletakkan sebarang interest berkaitan.
Sebagai contoh jika anda jual tudung atau aksesori wanita, anda boleh letakkan interest kepada
page ‘Siti Nurhaliza’, ‘Neelofa’ dan seumpamanya. Jika jual budu target saja interest negeri
‘Kelantan’.
Dengan cara ini, potential reach menjadi kurang dan lebih targeted.
Mesti ada yang tertanya-tanya di mana nak cari setting ini, kan? Anda boleh pergi ke ruangan
setting umur dan jantina tadi, setting ‘Detailed targeting’ ini betul-betul di bawahnya.
3. Languages: Secara default, majoriti pengguna Facebook menggunakan paparan page dalam
bahasa English (UK/US). Untuk mengecilkan skop targeted audiens, anda boleh spesifikkan
kepada pengguna yang menggunakan bahasa Malay di Facebook saja.
4. Connections: Di bahagian bawah setting ‘languages’ dapat di lihat setting ‘connections’. Anda
boleh gunakan setting ini untuk mengecilkan lagi saiz audiens. Tapi, untuk permulaan di syorkan
abaikan saja setting ini. Ini kerana kesannya keatas iklan yang dibuat sangatlah minima.
Langkah 14:
Untuk langkah seterusnya, klik ‘Change post’ dan pilih post yang hendak di iklankan (boleh
abaikan setting yang lain).
Jika anda nak double check iklan yang telah di setkan tadi. Boleh tekan ads flow di sebelah atas
paparan ini.
Sebagai contoh untuk kempen ini di namakan ‘Idea Bisnes, untuk Ad set saya namakan ‘Random
target’ dan untuk Ad sets yang pertama ini saya namakan sebagai ‘Idea bisnes ads set’. Jika ada
banyak ad sets akan terpapar sekali di sini.
Manakala di sebelah kanan paparan page, anda boleh tengok bagaimanakah ad anda akan di
tunjukkan kepada audiens. Sila tengok di bahagian ‘Ad preview’.
Setelah semuanya selesai dan berpuashati, klik butang hijau ‘Publish’ di sebelah kanan bawah
untuk anda publishkan iklan FB Ads
.
bagaimana buat iklan fb ads dengan berkesan
Langkah 15:
Setelah anda publish iklan tadi, iklan yang di buat akan di submit kepada pihak Facebook untuk
proses review.
Untuk check sama ada iklan itu lulus atau tidak, klik 3 garisan ‘Ads Manager’ di sebelah kiri atas
sekali. Kemudian, klik ‘Ads Manager’.
Langkah 16:
Jika iklan Fb ads sudah di luluskan oleh pihak Facebook, status warna hijau ‘Active’ dapat di
lihat atau ‘In-review’ jika masih belum di luluskan.
Sebaliknya, jika status warna merah dengan tulisan ‘not approved’ dipaparkan, ia menunjukkan
iklan anda bermasalah.
Biasanya iklan bermasalah tidak akan diluluskan dan FB akan memberi notifikasi kenapa ianya
berlaku sebagai rujukan.
Kemungkinan faktor-faktor seperti post yang tidak sesuai atau menjual barang larangan seperti di
dalam terma dan syarat Facebook menjadi penyebab.
https://www.infosantai.com/cara-buat-page-facebook/

Anda mungkin juga menyukai