Anda di halaman 1dari 7

Tips Menghadapi Temuduga

Terdapat dua aspek mustahak semasa ingin menghadapi temuduga iaitu persediaan dan tingkah laku semasa temuduga. Persediaan Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu. Sumber-sumber yang boleh membantu ialah :

o o

Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon. Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan.

Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.

Selidik sama ada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.

Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikan permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan itu.

Bawa bersama sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumendokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

Sediakan dua orang referre yang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Tingkah Laku Semasa Temuduga Semasa hendak masuk bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu untuk memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. Jangan duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan letakkan barang-barang, tangan atau siku di atas meja penemuduga. Jangan cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga. Jangan menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan jumlah gaji yang akan dibayar.

Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingini. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.

Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

PENILAIAN TEMUDUGA Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-perkara seperti yang dijadualkan di bawah : Amat Baik

Baik Sederhana Lemah Catitan PARAS RUPA FIZIKAL Kekemasan dan cara berpakaian. TINGKAHLAKU Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan. KEMAHIRAN BERTUTUR Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas. KEYAKINAN Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian. KEWIBAWAAN Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk menyakinkan dan mempertahankan hujah. MOTIVASI Desakan/kesungguhan, penyertaan dalam perbualan/perbincangan. PEMBAWAAN Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan emosi. KECERDASAN Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik. PENGETAHUAN Berhubung dengan kelayakan dan pengalaman PENILAIAN TEMUDUGA SELURUHNYA.. Jika boleh anda akan diambil terus untuk bekerja selepas temuduga itu ataupun anda akan diberitahu oleh penemuduga tentang keputusannya di dalam beberapa hari kelak. Jikalau anda tidak berjaya mendapat pekerjaan itu, janganlah berputus asa. Setiap kali anda ditemuduga, ianya akan menambahkan lagi pengalaman anda dan anda juga akan berpeluang untuk membaiki cara-cara dan kedudukan yang lepas. Semua yang dipanggil mempunyai peluang yang sama. Berusaha dan bertawakal.

DOA MENGHADAPI TEMUDUGA Jika hendak pergi temuduga/berjumpa dengan seseorang dengan tujuan penting. Pada pagi yang berkenaan, buat solat subuh/dhuha/sunatdua rakaat,rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surat Al Israa' ayat 78-80 (Aqimissholah tawalidu khisshamshi ilaghosakillailinal qurana.....hingga minladun kasulthonan nasyira). Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj

hingga habis. Sesudah salam bacaayat Al Kursy dan Al Quraisy,sesudah itu baca doa ini... Wahai Tuhanku, saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia. Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku. Pemberian hormat mereka didalam surga, ialah ucapan salam dan akhir doa mereka dalam surga ialah: Alhamdullillahi rabbil 'alamin. Mudah mudahan Allah memuji,menyanjung Muhammad, keluarganya, sahabat sahabatnya dan mudah mudahan Allah memberi kesejahteraan.

FAKTOR-FAKTOR PENILAIAN

Calon-calon akan dinilai dari aspek-aspek berikut :Cara Penyampaian/Berkomunikasi.

Kemahiran berhujah dan kemampuan menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, logik, jelas, tepat dan padat adalah faktor utama ke arah kejayaan seseorang guru profesional. Adalah menjadi andaian asasi bahawa guru-guru terlatih adalah fasih, cekap dan terampil dalam menggunakan Bahasa Melayu. Oleh itu, calon-calon yang didapati tidak cekap dan tidak fasih dalam penggunaan Bahasa Melayu akan gagal dalam temuduga. Guru-guru yang tidak prihatin dalam pengucapan bahasanya sehingga selalu kabur atau memesongkan maksud yang hendak disampaikan akan diberi penilaian yang negatif.

Perawakan Dan Penampilan Diri. Calon-calon dikehendaki hadir temuduga dengan berpakaian kemas dan sopan. Caloncalon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon-calon wanita memakai pakaian yang bersopan.

Pengetahuan Ikhtisas. Adalah menjadi harapan Lembaga Temuduga bahawa guru-guru terlatih yang ditemuduga mempunyai pengetahuan yang wajar dan mempunyai kemahiran berbincang secara canggih (intelligent discussion) mengenai perkara-perkara berikut :a) Sejarah pembentukan dan perkembangan Sistem Pendidikan Negara dari segi dasar, pengurusan dan pentadbiran, sistem persekolahan, kurikulum dan sistem penilaian. Adalah diharapkan calon-calon telah membaca, mengkaji dan menerapkan fakta-fakta penting di dalam Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Akta pendidikan 1961 dan Laporan Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979); b) Struktur dan sistem pengurusan dan pentadbiran negara pada peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah. c) Falsafah Pendidikan Negara, khasnya dari segi perlaksanaannya di sekolah dan dalam bilik darjah. d) Pengetahuan yang mendalam mengenai Dasar Pembangunan Negara/Wawasan 2020 dan hubungkaitnya dengan pendidikan dari segi falsafah dan amalannya. e) Pengetahuan akademik yang wajar berkaitan dengan matapelajaran yang diajar opsyen/matapelajaran pengkhususan di institut/ maktab perguruan/ universiti. f) metodologi dan perkaedahan matapelajaran yang diajar dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah.

g) Konsep, teori dan prinsip pedagogi dan psikologi dengan tumpuan khas kepada aplikasinya di dalam bilik darjah. h) Falsafah dan konsep mengenai kurikulum dan perkembangan kurikulum dengan tumpuan khas kepada KBSR dan KBSM dan hubungkaitnya dengan matapelajaran yang diajar dan matapelajaran opsyen/pengkhususan di Institut/maktab perguruan/ universiti.

Pengetahuan Semasa/Am. Pengetahuan semasa/am dikaitkan dengan aspek celik budaya. Celik Budaya diertikan sebagai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran dan politik. Seseorang yang celik budaya mempunyai pengetahuan dan maklumat asas mengenai alam persekitarannya dan dapat berbincang secara canggih mengenainya dari berbagai-bagai sudut pandangan dan perspektif.

Anda mungkin juga menyukai