Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN E-BUKU PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA

1.DEFINISI TEMUDUGA Temuduga? Sering kali ANDA sebagai rakyat Malaysia atau sesiapapun yang ingin memohon untuk memenuhi sektor pekerjaan semestinya dahulu menjalani proses temuduga. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga mereka yang gagal dalam proses temuduga tersebut. Temuduga atau interview ialah suatu pertemuan atau perjumpaan secara dua hala diantara dua kumpulan yang berkepentingan untuk mendapatkan sesuatu dari satu pihak yang lain. Kebiasaannya pihak yang memanggil akan menemuduga pihak yang dipanggil iaitu calon-calon yang cukup syarat untuk ditemuduga bagi mencari, menilai, menguji atau memeriksa kemampuan, kebolehan, kehebatan, kesanggupan atau memenuhi keperluan atau kehendak mengikut syarat atau ketentuan yang telah pun ditetapkan oleh pihak yang memanggil. Penemuduga ialah wakil pihak yang memanggil yang mempunyai kemampuan yang cukup istimewa terutama dalam bidang psikologi, komunikasi, sahsiah, kerjaya berkaitan dan penilaian tentang tujuan temuduga itu dipanggil. Oleh itu, Ebook ini disediakan bertujuan untuk mendedahkan PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA kerja bagi mereka yang bakal menghadapi temuduga kelak. Diharap E-buku ini memberi manfaat dan panduan yang terbaik kepada pembaca sekalian.

2.PERSIAPAN TEMUDUGA

Setelah kita memahami definisi temuduga secara umum, kita terus pergi pula ke persiapan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

PERSIAPAN SEBELUM,SEMASA,DAN SELEPAS TEMUDUGA.

SEBELUM TEMUDUGA... Tips berikut hendaklah diikuti dengan berdisiplin oleh ANDA untuk memastikan anda pemohon kerja berjaya dengan proses temuduga. Penulis betul-betul ingin melihat khususnya ANDA mendapat kecemerlangan dalam penilaian temuduga. 1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang profession yang anda pohon itu. 2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi profession yang anda pohon itu. Jangan sematamata bergantung kepada nasib. 3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu profession yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasananda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga. 4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT! 5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat. Bagi perempuan pemakaian adalah sopan dan tidak menjolok mata. Kasut anda juga hendaklah bersih dan kemas. 7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu. 8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, sijil diploma atau ijazah, master, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung. 9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin. 10. Sediakan nama dan lain butiran mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga kita juga bukan sahaja mempraktikkan apa yang telah diterangkan sebentar tadi,malah kita juga hendaklah membuat persiapan rohani dan mental terutamanya. Di bawah adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

2.KAEDAH DAN CARA PERSIAPAN MENTAL DAN ROHANI UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA

UNTUK ANDA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM...... SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT TURUT : JAM 12 MALAM - Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah : Baca Ayat Qursi : 3 kali

: Baca Surah Al Kaafirun : 3 kali 1.2 Rakaat Kedua : Baca Surah Al Fatihah : Baca Ayat A Manar Rasul : 1 kali : Baca Surah Al Ikhlas : 5 kali : Selepas baca Subhaa

1.3 Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua na Rabbial Aala... 3 kali : Secara Qosad dalam hati : : Baca Astaghfirullah Hal Aazim.. : Istighfar panjang : Baca Laa Haulawala Quwatailla... sampai habis : Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha.... sampai habis

: 3 kali : 3 kali : 3 kali

: Memohon restu Illahi : Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA TEMUDUGA

BACA AYAT 21 HINGGA AYAT 24 SURAH AL HASYR BACA AYAT 9 SURAH YASIN : WAJA ALNA.... - BACA SURAH AL INSYIRAH : ALAM NASYRAH

: 1 KALI : 3 KALI : 3 KALI

BACA 4 QUL : AL KAFIRUN > AL IKHLAS > AL FALAQ > AN NAS BACA DOA PENERANG HATI + MUKADDIMAH + PENUTUP DOA

DOA YANG BOLEH DIBERI KEPADA IBU BAPA ANDA....

DOA DAN RESTU IBU UNTUK ANAK MENGHADAPI TEMUDUGA

SEMBAHYANG BERJEMAAH KELUARGA : MAGHRIB + ISYA +SUBUH SETIAP HARI AYAH MENJADI IMAM, IBU MEMBACA DOA : UNTUK MENDAPAT RESTU IBU : MULAKAN DOA DENGAN MUKADDIMAH DOA SELAMAT SEHINGGA .... DALHISAAB.... YA ALLAH YA TUHAN KU, BERIKANLAH SEGALA KEKUATAN IMAN, KEYAKINAN DIRI, KESABARAN SERTA SEMANGAT YANG TINGGI KEPADA ANAKKU, ...BT ....(IBU) YANG AKAN MENGHADAPI TEMUDUGA BAGI JAWATAN ... DI ... PADA PAGI ESOK YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, TENANGKAN LAH FIKIRANNYA YA ALLAH, LAPANGKANLAH DADANYA YA ALLAH, TABAHKANLAH HATI NYA YA ALLAH, PERMUDAHKAN LAH SEGALA PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA NYA YA ALLAH, YA ALLAH YA

TUHAN KU, BERIKANLAH SEGALA PETUNJUK DAN PEDOMAN AGAR ANAKKU INI DAPAT MENJAWAB DENGAN BETUL, TEPAT DAN PADAT TERHADAP SEMUA SOALAN SPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PENEMUDUGA YANG BERKAITAN YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KU, TUTUPI DAN LINDUNGILAH SEGALA KELEMAHAN ANAKKU INI YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG TERHADAP TEMUDUGA ANAK KU KALI INI AGAR BELIAU DAPAT BEKERJAYA TETAP YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH SEGALA KEMUDAHAN DAN KESENANGAN SERTA KEREDHAAN DAN KEBERKATAN MU APABILA ANAK KU INI MENGHADIRI TEMUDUGANYA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, TEMPATKANLAH ANAKKU INI DI KALANGAN HAMBA MU YANG BERIMAN YA ALLAH, YANG BERILMU YA ALLAH, YANG BERTAQWA YA ALLAH, YANG BERTAWAKKAL YA ALLAH, YANG SOLEH / SOLEHAH YA ALLAH SAMADA SEWAKTU ANAKKU BELAJAR BERKURSUS ATAU BEKERJAYA NANTI YA ALLAH, AAMIN YA RABBAL AA LAMIN, RABBANA AATINA.... SAMPAI HABIS.

SEMASA TEMUDUGA....

Selepas anda tahu mengenai persiapan mental, rohani dan fizikal sebelum temuduga, kita pergi pula kepada persiapan dan tingkahlaku semasa ditemuduga.

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga. 2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian. 3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah. 4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu. 5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu. 6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu. 7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga. 8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar. 9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada

Ketua Panel. 10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya. 11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya. 12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut. 13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga. 14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.Tetapi seeloknya anda dapat mengulas apa-apa sahaja mengenai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh penemuduga anda. 15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya. 16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga. 17. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga. 18. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Bagaimana sudah faham dengan aspek dan perlakuan yang perlu dituruti semasa temuduga? Saya yakin anda boleh berjaya. Kuatkan semangat dan azam anda. Untuk meyakinkan anda lagi, saya menyediakan anda persiapan dan cara menjawab soalan temuduga dengan lebih lancar dan berkesan.

PERSIAPAN DAN CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA

Cara bercakap / cara menjawab persoalan Suara hendaklah terang dan senang difahami. Jangan meleret leret, setiap perkataan jangan mulakan dengan Er,Eng,Eeer... semua in menunjukkan ketidakyakinan diri, tidak faham soalan, tidak tahu jawapan atau terfikir-fikir untuk mencari jawapan.

- Sentiasa membuka lorong atau memberi peluang kepada penemuduga supaya mereka bertanya soalan yang telah kita sedia jawapannya.

Sentiasa mengikut rentak soalan penemuduga. Kalau ditanya dalam BI, Jawab dalam BI, dan kalau ditanya dalam BM, Jawab dalam BM, tetapi kalau menjawab dalam BI. Lebih baik.

Di bawah pula diterangkan mengenai bahasa badan atau body language semasa ditemuduga...

BAHASA BADAN KETIKA TEMUDUGA

Penemuduga dapat mengetahui banyak perkara tentang diri anda dengan memerhatikan gerak-geri anda semasa di temu duga Contoh bahasa badan: 1.Bongkokkan badan anda ke hadapan sedikit Menunjukkan anda berminat dan menumpukan sepenuh perhatian 2.Sentiasa memandang tepat ke arah wajah penemu duga Menunjukkan anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang lain 3.Letakkan tangan anda dalam kedudukan yang selesa dan biasa Menunjukkan anda berasa selesa dan tenang 4.Berpeluk tubuh dan menyilang kaki Menunjukkan anda seorang yang cepat mempertahankan diri dan tidak yakin 5.Bersandar ke belakang Menunjukkan anda tak berminat atau tidak mengambil berat

Jadi, ingat!! Jaga penampilan anda dengan baik dan kemas. Di bawah pula diterangkan beberapa soalan yang sering ditanya dalam Bahasa Inggeris. Praktis ye...... Saya mahu anda berjaya.

What Make You Choose The Course (?) To Further Your Studies? - As a very challenging Profession - As your childhood dreams and your interest - As your other personal reasons accordingly

What Make You Choose The Place (?) To Further Your Studies ? - As an ambition - As a standard and reputation reasons - As a climatic and weather reasons

- As a family history and nostalgia reasons - As a social and political stability reasons

Knowledge About Sponsor : The Agency Concerned - The setting up of the organization (history) - The objectives of their setting up - The top managements names - The Ministrys concerned : Ministers name - Previous records of the sponsor concerned - Other important information about sponsor

Knowledge About The Institution / University/ job place - Its geographical location - Its setting up and its organization - Its reputation and standard - Its achievement and previous records

Detail Knowledge About The Course Chosen Its future and specialization - Its technicalities know how - Its reputation - Its professionalism

Multiple Topic On General Knowledge - Topics on current affair (local and global) - Topics on leadership (your involvement) - Topics on stress and the management of it

- Topics on chosen professional specialization - Topics on about your past time hobbies - Topics about your siblings and family - Topics about Malaysian politics and economies - Topics on your religion & social activities - Ad-Hoc Topics related to your instinct

SELEPAS TEMUDUGA

Selepas temuduga berkemungkinan anda akan diterima atau gagal. Jika berjaya cubalah tunaikan tanggungjawab yang telah diberikan. DAN Jika gagal jangan berputus asa dan cuba lagi pada masa hadapan. Jika ingin memohon sesuatu pekerjaan persediaan awal perlu untuk membantu anda berjaya dalam permohonan yang dibuat. Banyakkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri. Dalam menunggu keputusan temuduga,senantiasalah berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepadanya.Kebiasannya penemuduga akan menilai calon melalui beberapa aspek berikut.Sebelum itu,lihat perkara di bawah.

PENILAIAN TEMUDUGA Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-perkara seperti yang dijadualkan di bawah : Amat Baik Baik Sederhana Lemah Catitan

1.PARAS RUPA FIZIKAL.. -Kekemasan dan cara berpakaian. 2.TINGKAHLAKU.. Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan. 3.KEMAHIRAN BERTUTUR.. Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas. 4.KEYAKINAN.. Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian. 5.KEWIBAWAAN... Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk menyakinkan dan mempertahankan hujah. 6.MOTIVASI... Desakan/kesungguhan, penyertaan dalam perbualan/perbincangan. 7.PEMBAWAAN... Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan emosi.

8.KECERDASAN.. Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.

PENUTUP CORETAN PENULIS

Penulis berharap Anda khususnya pemohon kerja akan berjaya dengan apa jua temuduga yang bakal dihadapi. Ikutilah tips dan panduan untuk lulus temuduga ini dengan betul dan jayanya. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjiwa kental serta cemerlang dan berwawasan,anda sepatutnya merenung, memikir dan berdoa untuk mencapai sesuatu kejayaan khusunya di dalam temuduga. DAN dalam mengekalkan kecemerlangan dalam diri,hayatilah kata-kata di bawah... Oleh itu, anda juga hendaklah: Memikir untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan Memikir untuk membela nasib keluarga tersayang Memikir untuk masa depan yang penuh gemilang Memikir untuk mencapai cita-cita dan Impian

Sekian,salam sukses daripada saya.Ingat !! jadikannya sebagai pegangan hidup. BERUSAHA HINGGA KEBENARAN.. BERJAYA++BERBAKTI SEBELUM MATI,BERJUANG DEMI

Sekian terima kasih, Raja Kamil http://kerja.rajakamil.biz http://TeknikSimpleClickbank.com http://OtaiEmail.com

Anda mungkin juga menyukai