Anda di halaman 1dari 5

Tips Sebelum Temuduga

1. Selidik Latar Belakang Syarikat

Ambil tahu tentang job scope supaya anda tidak terkapai-kapai tentang


fungsi jawatan anda. Selidik latar belakang organisasi terbabit seperti
berapa lama syarikat tu beroperasi, carta organisasi, visi dan misi (apa
yang nak dicapai oleh organisasi). Kat mana nak cari? Search reliable
website dan media sosial untuk mendapatkan info organisasi tersebut
(contoh : LinkedIn, Indeed.com).

2. Buat skrip dan latihan

Dah elok siap hafal ayat-ayat untuk bercakap sebelum interview, bila
berhadapan dengan penemuduga, segala benda jadi blur. Tak nak la
masa temuduga, tiba-tiba masa nak bercakap tu, otak jadi blank, kan?
Situasi begini normal dan sering terjadi kerana kurang
persediaan. Interview kena practise. Kalau tak berlatih, nanti gagap
sebab anda tak biasa.

Nak practise Malay ke speaking? Itu terpulang kepada anda dan


bergantung pada penemuduga. Sebelum tu, sediakan sebatang pen dan
sehelai kertas. Ini antara soalan favorite yang paling popular seperti
nama penuh, pekerjaan sebelum itu dan tahap pendidikan. Tulis skrip
perkenalkan diri anda di atas satu kertas dalam Bahasa Melayu dan
Inggeris, kemudian hafal. Pilih ayat-ayat yang mudah nak sebut dan
difahami lepas tu practise berulang-ulang kali. Cuba berlatih bercakap di
hadapan cermin atau dengan orang lain. Ada yang prefer
practise sorang-sorang. Buat persediaan secukupnya. Bila dah biasa, In
Shaa Allah automatik benda yang susah akan jadi mudah. Practise
makes perfect.

3. Tidur dan Rehat Secukupnya

Tidur dan rehat secukupnya juga amat penting supaya anda lebih segar,
fokus dan bersemangat untuk menghadiri temuduga pada keesokan
harinya. Kalau temuduga di waktu pagi, sarapan dulu sekurang-
kurangnya dengan secawan teh atau kopi supaya anda tidak rasa
lemau.
Tips Semasa Temuduga
4. Pilih Penampilan yang Sesuai

Untuk penampilan anda, pilih pakaian yang sesuai. Bagi lelaki, kemeja
dipadankan dengan tali leher dan seluar panjang hitam serta kasut
bertutup. Nak pakai blazer pun boleh, lagi kemas. Sikat rambut, bubuh
gel rambut tapi jangan pula terlebih. Untuk perempuan, nak pergi
temuduga tu, anda boleh berbaju kurung atau berpakaian korporat
dengan kasut yang bertumit. Ini akan menyerlahkan profesionalisme dan
tahap integriti anda. Kalau tak tau dress code, search dekat laman web
organisasi tersebut sebab ada yang etika pemakaiannya formal dan ada
yang santai. Jangan lupa bawa salinan resume, fail, sijil, dokumen
penting, pen dan buku nota.

5. Hadir Awal

Hadir ke tempat temuduga sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal


sebelum temuduga bermula.

6. Teknik Relaksasi

Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika rasa gemuruh. Lakukan


berulang kali supaya tenang dan jangan lupa mulakan hari anda dengan
Bismillah dan amalkan doa “Allahumma Yassir Wala Tu’assir, Rabbi
Tammim Bil Khair”. Ertinya, “Ya Allah, permudahkanlah segala
urusanku, jangan Engkau persulitkan, sempurnakanlah dengan
kebaikan, Aamiin”.

7. Yakin

Yakin dengan diri sendiri tapi jangan terlebih yakin. Jangan letakkan
harapan yang tinggi menggunung terhadap jawatan itu. Takut bila tak
dapat job tu, frust menonggeng.

8. Beri salam pada penemuduga

Apabila nama anda dipanggil, ketuk pintu dan beri salam sebelum
masuk menemui penemuduga.

9. Minta izin
Duduk hanya apabila diminta oleh penemuduga.

10. Body langguage dan eye contact yang betul

Body language memberikan gambaran bahasa dan gerak laku tubuh


anda. Jangan main jari, garu sana-sini atau buat sesuatu tabiat yang
kurang menyenangkan di hadapan penemuduga. Senyum, jangan
sengih macam kerang busuk. Lakukan eye contact. Pandang wajah
penemuduga, pandang matanya, janganlah tunduk je. Nampak
tak confident.

11. Perkenalkan diri

Perkenalkan diri anda apabila diminta dan beritahu kenapa anda


berminat untuk bekerja dengan syarikat itu. Jika perlu, tunjukkan segala
hasil kerja yang berkaitan seperti demoreel (video demonstrasi
atau slide presentation yang dipancarkan melaui skrin projektor).

Contoh ayat intro dalam English : “Assalamualaikum and good morning.


I am Nur Balqish binti Ahmad Tarmizi. I graduated from KRU Academy
Kuala Lumpur in Diploma of Animation course. I worked as a concept
artist for two years at FAREEDA Animation Studios Bertam, Penang in
2D animation. Animation is my passion. My specialty is I am able to
create a fresh design and also illustrate my fantasy drawings in
traditional and digital arts form according to creativity. I am punctual on
my duties and I am now ready for more challenging tasks.”

12. Jujur tapi bersyarat

Tidak mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap


anda. Jujur ketika menjawab soalan yang diajukan tetapi jujur itu
mestilah berkaitan dengan kekuatan anda kerana adakalanya, jujur itu
menonjolkan kelemahan diri.

13. Hormati Semua orang

Treat everyone with respect. Hormati semua orang terutamanya ketika


anda berada di dalam temuduga berkumpulan. Beri ruang untuk semua
orang berucap dan memberikan pandangan. Di situ akan terserlah
masing-masing punya personaliti sama ada boleh bekerja secara
berpasukan atau pun ketika percanggahan pendapat berlaku.

14. Jawapan perlu munasabah


Apabila menjawab soalan yang ditanya oleh penemuduga, berikan
jawapan yang munasabah supaya mudah dihadam dan difahami oleh
penemuduga. Jawab je walaupun anda tahu English anda berterabur.
Jangan diam atau err, erm je. Kaitkan dengan pengalaman lepas dan
kemahiran anda. Jangan putar belit, cakap kosong atau melalut,
sesetengah tu tanya lain, jawab lain.

Ceritakan anda pernah bekerja di mana dan apa kemahiran anda. Yang
paling penting anda kena jaga, jangan sesekali buka aib atau burukkan
bekas majikan dan tempat kerja lama anda sebab cerita itu boleh
menimbulkan pandangan negatif yang dianggap boleh menjejaskan
syarikat baru dan peluang untuk anda dapat jawatan itu adalah sangat
rendah.

15. Elakkan bincang berkenaan hal gaji

Jangan bangkitkan tentang hal gaji kecuali jika termasuk dalam


perbincangan atau ditanya oleh penemuduga.

Tanya soalan kepada penemuduga. Contohnya, “Apa perkara terbaik


yang paling menggembirakan tuan sepanjang tuan bekerja di sini?”
Sudah tentu penemuduga akan merasa teruja untuk menjawab dan
akan teringat soalan anda terhadap dirinya. Ucapkan terima kasih
kepada penemuduga sebelum mengundur diri.

Tips Selepas Temuduga


Ikuti perkembangan temuduga anda dengan follow up email. Tanya
mengenai status temuduga sama ada lulus atau sebaliknya dalam
tempoh 24 jam selepas selesai temuduga. Sesetengah organisasi akan
membalas follow up email anda. Bagi jawatan kerajaan, segalanya
automatik, cuma akan mengambil masa untuk anda mendapat jawapan.
Setelah mendapat jawapan, berterima kasih kepada organisasi tersebut
kerana sudi meluangkan masa untuk menemuduga anda.

Adakah anda rasa lebih yakin lepas membaca tips ini? Jika ya, buatlah
persediaan yang teratur untuk menghadapi temuduga. Bermunajat dan
mohonlah kepadaNya. Serahkan segala urusan kepada Tuhan, sentiasa
bersangka baik, banyakkan berdoa dan rajinkan diri untuk melakukan
solat-solat sunat seperti solat sunat Dhuha dan solat sunat hajat. Dah
usaha, bertawakkal. Kalau ada rezeki, dapatlah pekerjaan yang anda
inginkan. Kalau tiada rezeki, jangan putus asa atau pun bersedih. Setiap
pengakhiran adalah suatu permulaan. Anggap temuduga sebagai satu
pengalaman yang baik untuk menghadapi temuduga seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai