Anda di halaman 1dari 6

AIR MANIS PENYUMBANG TERBESAR KENAIKAN BERAT BADAN.

Ramai mengambil peluang berpuasa pada Ramadan untuk


mengurangkan berat badan demi kesihatan tubuh.

Namun, kegembiraan itu hanya seketika kerana berat badan kembali


'melonjak' ketika sambutan Aidilfitri.

Ramai yang mengalami situasi seperti ini kerana 'tewas' dengan


keenakan pelbagai juadah hari raya.

Ada yang bersikap tidak mempedulikan mengenai pengambilan jumlah


kalori kerana enggan melepaskan peluang menikmati juadah setahun
sekali ini.

Pegawai Dietatik Hospital Pakar An-Nur, Nurul Zulaika Habib Rahman


berkata, kebanyakan juadah hari raya adalah makanan yang
mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.

"Seseorang mungkin mengambil makanan yang tinggi kalori tanpa sedar


dan boleh menaikkan berat badan.

"Ia bukan sahaja boleh menaikkan berat badan, tetapi boleh


mengakibatkan masalah lain seperti gastrik dan kesukaran makanan
dihadam,"katanya.

Beliau berkata, antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengekalkan


berat badan ideal ialah mengambil makanan secara berpada-pada.
AIR manis penyumbang terbesar kenaikan berat badan.
"Sebaik-baiknya kawal nafsu semasa menyeduk makanan ke pinggan.

"Tidak dinafikan ia satu tindakan yang agak sukar, lebih-lebih lagi


apabila berhadapan dengan pelbagai hidangan enak di depan mata.

"Tujuannya supaya dapat mengawal pengambilan kalori untuk


mengekalkan berat badan ideal,"katanya.

Berdasarkan kajian pakar diet, jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki
dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Wanita dewasa pula
ialah antara 1600 hingga 2000 kalori sehari.

Ditanya mengenai perkara yang dianggap remeh oleh masyarakat,


tetapi penyebab kenaikan berat badan semasa Aidilfitri, Nurul Zulaika
berkata, ia adalah minuman manis termasuk minuman berkordial dan
berkarbonat serta air tin atau kotak.

Jelasnya, ramai tidak menyedari air manis adalah penyumbang terbesar


kepada kenaikan berat badan.
"Agak membimbangkan apabila mengambil air manis ketika sarapan,
makan tengah hari dan malam.

LEBIHKAN minum air masak.


"Ini kerana kandungan gula dalam minuman ini tinggi kalorinya. Oleh itu,
hadkan minuman berkenaan untuk mengelakkan pertambahan kalori
tanpa sedar.

"Individu perlu mendisiplinkan diri agar tidak makan secara berlebihan


dan mengikut diet yang bersesuaian setiap hari.

"Ambil masa untuk melihat pilihan makanan yang dan membuat pilihan
bijak.

"Pastikan makanan ini mengandungi nutrisi lengkap iaitu karbohidrat,


protein, lemak, vitamin, mineral dan serat.

"Semua nutrisi ini sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh yang


optimum,"katanya.
Menyentuh tip kekal sihat semasa Aidilfitiri Nurul Zulaika berkata, yang
pertama ialah memastikan minum air kosong secukupnya iaitu lapan
gelas sehari.

"Ini tidak bermakna langsung tidak boleh minum minuman manis, tetapi
pengambilannya perlu dikawal.

"Selain itu hendaklah mengambil sumber makanan berserat yang


mencukupi.

"Ini kerana serat mempunyai manfaat yang baik kepada kesihatan


seperti mengelakkan sembelit, mengurangkan kolesterol dan paras gula
dalam darah serta mendapatkan berat badan ideal,"katanya.

ELAK bahagian daging berlemak kerana tinggi lemak tepu.


Katanya, tip ketiga ialah mengawal porsi makanan dan sebaiknya
mengikut konsep suku-suku separuh seperti disarankan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
"Selain itu, elakkan makan terlalu kenyang kerana boleh menyebabkan
ketidakselesaan pada perut.

"Tip keempat adalah memenuhkan pinggan dengan sayur-sayuran


sebelum mengambil makanan daripada jenis yang lain.

"Seterusnya elakkan mengambil bahagian daging dan ayam yang


berlemak kerana bahagian ini mangandungi lemak tepu tinggi.

"Tip terakhir ialah kurangkan pengambilan kuah pada lauk utama,


makanan bersantan dan berminyak,"katanya.

Beliau berkata, tahun ini mungkin ramai mengadakan rumah terbuka


yang sebelum ini terhalang dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

"Undangan ke majlis rumah terbuka adalah satu cabaran kepada


individu yang sedang berdiet.

"Sebaik-baiknya lakukan perancangan perjalanan supaya boleh


mengetahui berapa banyak rumah yang perlu dikunjungi, sekali gus
dapat merancang cara penggambilan makanan.

"Seterusnya gunakan pinggan kecil supaya tidak menggambil makanan


secara berlebihan.

"Lebihkan berborak supaya tumpuan tidak terarah kepada


makanan,"katanya.

Berkenaan individu mengelak mengambil makan malam kerana mahu


mengawal berat badan Nurul Zulaikha berkata, ia bukan cara yang betul
kerana boleh menyebabkan kita makan terlampau banyak pada waktu
siang.
"Oleh itu, ambillah makanan secara berhemah dan jangan makan laju
kerana ini boleh menjejaskan kesihatan.

"Jangan nanti orang masih beraya, tetapi kita 'beraya' di hospital akibat
makan berlebihan.

"Bukan perjalanan raya sahaja harus dirancang, pemilihan dan


penggambilan makanan juga harus dirancang dengan bijak,"katanya.

Anda mungkin juga menyukai