Anda di halaman 1dari 7

Tips Di Bulan Ramadan

25
1. TIPS BERBUKA PUASA

1. Pengambilan makanan di bulan puasa tidak seharusnya berbeza daripada


bulan-bulan yang lain. Pemakanan kita sepatutnya dapat membekalkan
tenaga, vitamin dan mineral yang sepatutnya agar dapat menjalankan
tugas-tugas harian seperti biasa. Makan secara sihat di bulan puasa
adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa
berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung
perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah. Ia juga
penting untuk membolehkan seseorang itu berpuasa dengan selesa dan
mendapat fadhilat yang sewajarnya di bulan puasa. Oleh itu, makanlah
secara sederhana dan pastikan pengambilan makanan yang seimbang
untuk kekal sihat di bulan puasa.

2. Walaupun berpuasa, kita tetap perlu mengamalkan asas makan secara


sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan
seimbang. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan
berasaskan Piramid Makanan Malaysia. Ini kerana tidak ada satu makanan
yang dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh
kita. Makanan kita mestilah mengandungi kumpulan-kumpulan makanan
berikut:
1. Nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran

3. Ikan, ayam, daging dan kekacang

4. Susu dan produk tenusu

5. Sedikit minyak, lemak, gula dan garam.

Ingat kawan-kawan,kita hendaklah melawan nafsu selera makan kita di bulan


puasa ini agar ianya tidak mendatangkan kemudaratan.
3. Kawan- kawan, Marilah dengar tips yang seterusnya dari saya:
Jangan makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa. Ini kerana
setelah seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun
pada tahap yang minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa
berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan
mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa. Ini akan
menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan
mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu,
makanlah makanan yang ringan terlebih dahulu sewaktu berbuka puasa
untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak. Ia juga
dapat mengurangkan masalah semasa berpuasa dan kita dapat menjalani
ibadah puasa dengan sempurna.

4. Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai


makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya
dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral.
Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah
mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti.
Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan
paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal. Walau
bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-
muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu
berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara
berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di
bulan puasa.

5. Makan malam yang lebih berat adalah digalakkan sebaik sahaja selepas
mengerjakan solat Maghrib. Hidangan makan malam yang disarankan ialah
1 ½ cawan nasi putih, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur. Jika
boleh, elakkan makanan yang berminyak dan bersantan. Ambil buah-
buahan serta lebihkan minum air kosong. Hidangan lewat malam atau
moreh, boleh di ambil jika perlu. Elakkan mengambil makanan yang berat,
cukuplah sekadar snek ringkas seperti kacang, sandwic, yogurt, roti, biskut,
1 atau 2 ketul kuih dan 1 gelas susu . Lebihkan mengambil air kosong.
Pengambilan makanan yang berat seperti mi atau nasi mengakibatkan
ketidakselesaan dan boleh mengganggu tidur anda.
Baiklah kawan-kawan , mari kita sambung tips yang seterusnya:
6. Sembelit di bulan puasa merupakan masalah yang mungkin boleh berlaku
di bulan puasa. Ia berlaku disebabkan kita kurang minum air, kurang
mengambil makanan yang berserat serta makan banyak makanan
terproses. Sekiranya anda mengalami masalah ini, tingkatkan pengambilan
air, buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan anda mengambil 6-8 gelas
air, 3 hidangan sayur-sayuran dan ½ cawan sayur-sayuran serta 2 biji buah
sehari. Pengambilan air juga boleh di ambil dalam bentuk jus buah-buahan
ataupun sup sayur-sayuran. Untuk mengelakkan kehilangan air dari badan,
kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi kafein seperti teh,
kopi atau minuman berkarbonat. Kurangkan kekerapan mengambil
makanan segera yang tinggi kandungan lemak dan garam. Selain daripada
itu, lakukan juga senaman ringan seperti regangan dan berjalan. Ini adalah
penting untuk kelancaran sistem penghadaman.

Baiklah kawan-kawan, di bulan Ramadan ini, kita juga boleh mengambil


peluang untuk mengurangkan berat badan kita tau! Supaya kita dapat
sentiasa bergerak cergas dan pantas. Nak tahu tak tipsnya? Mari tumpukan
perhatian pada perkongsian saya.
TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA
Ramadhan merupakan satu peluang untuk mengurangkan berat bagi
mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Amalan
pemakanan sihat yang disarankan bagi mengurangkan berat badan
ialah:

1. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan


gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi
kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada
mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
2. Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial.
Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang
tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan
pilihan minuman yang baik.
3. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita
akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu
sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil,
walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
4. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh
meningkatkan pengambilan serat harian anda.

Dah dengarkan perkongsian tips dari kami?. Marilah kita sama-sama


mengamalkan tips tersebut. Sekian dari kami..
5. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa
bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.

2. TIPS UNTUK KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA


Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.

1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin,


mineral serta sedikit lemak.
2. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk
anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan
yang dimakan hadam.
3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan
kita memerlukan air yang banyak.
4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan
zat-zat makanan oleh badan.

3. TABIAT MAKAN YANG PERLU DI ELAKKAN DI BULAN PUASA


Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa
dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

1. Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak
kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
2. Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
3. Kurangkan makanan tinggi gula.
4. Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman
ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh
badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
5. Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna
tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun
tidak terasa masin.
6. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

4. TIPS MEMBELI MAKANAN DI BAZAR RAMADHAN


Memang tidak dinafikan, di bulan puasa pasar Ramadhan akan tumbuh bagai cendawan. Di sini
anda boleh dapat pelbagai jenis makanan untuk juadah berbuka puasa. Bayangkan dalam
keadaan yang lapar, pelbagai kuih-muih serta lauk-pauk yang enak dijual. Ini boleh menyebabkan
anda rambang mata membuat pilihan. Sudah pastinya, segala prinsip atau amalan makan secara
sihat senang saja diketepikan pada saat itu. Sebagai panduan, pastikan anda membuat catatan
senarai makanan yang perlu sahaja untuk di beli. Senarai makanan ini boleh mengelakkan kita
daripada membeli makanan yang tidak diperlukan. Buatlah pilihan yang lebih sihat semasa
membeli juadah berbuka puasa. Utamakan makanan yang dimasak tanpa menggunakan santan
ataupun menggunakan minyak secara minima. Kurangkan membeli kuih-muih yang manis serta
bubur. Jika boleh, elakkan membeli air minuman yang dijual dan sediakan sendiri air minuman di
rumah. Ini membolehkan anda mengawal kandungan gula dalam minuman tersebut.

5. TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN DI BULAN PUASA


Untuk mengelakkan pengambilan makanan atau minuman secara berlebihan, kita perlulah
bersederhana semasa menghidang juadah terutamanya ketika berbuka puasa. Sudah tentulah
sukar untuk mengawal apa yang dimakan sekiranya juadah daripada pelbagai jenis sudah ada di
depan mata. Oleh itu, kita harus mengambil peluang di bulan puasa ini untuk berjimat cermat
khususnya bagi perbelanjaan ke atas makanan. Rancang dan hidangkan makanan untuk berbuka
pada kadar yang berpatutan. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum dari bahan
semula jadi seperti daun pandan. limau nipis dan serai. Elakkan penggunaan gula berlebihan,
sirap, pewarna dan perasa tiruan. Selain daripada itu, anda juga harus ingat tujuan berpuasa
adalah untuk mendapatkan pahala dan keberkatan. Oleh itu, elakkan pembaziran di bulan puasa
kerana ini boleh mengurangkan pahala amalan puasa itu sendiri.

6. TIPS MENYEDIAKAN HIDANGAN SIHAT UNTUK BERBUKA PUASA


Laungan azan maghrib adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang menjalani
ibadah berpuasa. Sudah tentulah, pelbagai juadah disediakan untuk berbuka puasa. Bagi
sesetengah keluarga, mereka lebih menggemari masakan yang disediakan di rumah berbanding
yang di beli di pasar Ramadhan. Sudah tentulah masakan yang disediakan di rumah oleh ibu
akan lebih menyelerakan. Tambahan pula, bagi anak-anak, inilah masanya mereka boleh
meminta si ibu memasakkan apa saja makanan kegemaran mereka untuk santapan berbuka
puasa. Namun begitu, sebagai ibu, adalah penting untuk menyediakan hidangan yang bukan
sahaja lazat, tetapi juga sihat untuk keluarga. Gunakanlah panduan berikut bagi menyediakan
hidangan sihat untuk berbuka puasa.

1. Rancanglah menu dengan mengambil kira 5 kumpulan asas makanan iaitu bijirin, hasil
bijirin dan ubi-ubian, buah dan sayur, ikan, daging, ayam dan kekacang, susu dan hasil
tenusu serta minyak, lemak, garam dan gula.
2. Gunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan makanan dan elakkan
makanan yang dijeruk atau diawet.
3. Gabungkan pelbagai jenis sayuran yang beraneka warna dan bentuk untuk mendapat
hidangan yang lebih sihat dan kelihatan lebih menarik.
4. Pelbagaikan kaedah masakan dengan cara memanggang, mengukus, merebus dan
menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti
tepung.

7. TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT DI BULAN PUASA


Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti
atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil di bulan puasa. Ini kerana, makanan ini
biasanya kurang mendapat perhatian kita jika dibandingkan dengan makanan-makanan lain yang
dijual di pasar Ramadhan. Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah
masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh memberi rasa kenyang dan
boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan
sebagai hidangan yang berkhasiat di bulan puasa. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan
pengambilan serat di bulan puasa.

1. Ketika berbuka puasa, makan 3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah tanpa gula, 1
mangkuk sup sayur campur serta 1 atau 2 keping roti tinggi serat.
2. Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
3. Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.
4. Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
5. Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke
dalam masakan.

8. TIPS MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR DI BULAN PUASA


Walaupun berpuasa, kita perlu mengambil 6-8 gelas air sehari. Air adalah penting untuk fungsi
badan yang sempurna. Pengambilan air yang mencukupi juga perlu untuk mencegah sembelit.
Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan kita keletihan. Jika boleh, utamakan air
kosong. Namun begitu, kita juga boleh mengambil air dalam bentuk jus buah-buahan ataupun
susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa
tiruan. Bagi berbuka puasa, adalah digalakkan menyediakan sendiri air minuman di rumah kerana
ia lebih terjamin kebersihannya. Selain daripada minum air, kita juga boleh meningkatkan
pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur atau jus buah-buahan. Berikut adalah
beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:

1. Minum 2 gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu
rendah lemak.
2. Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
3. Minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

9. TIPS MENYEDIAKAN MAKANAN SEWAKTU BERSAHUR


Kebiasaannya lebihan makanan sewaktu berbuka puasa akan dihidangkan sebagai hidangan
untuk bersahur. Amalan ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menyenangkan kaum
ibu yang terpaksa bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur. Ini boleh dilakukansekiranya
makanan tersebut disimpan dengan cara yang betul dan selamat. Namun begitu, adalah lebih
baik sekiranya kita menyediakan makanan yang segar dan baru dimasak untuk bersahur. Ini
kerana, sekiranya lebih makanan sewaktu berbuka dihidang, dikhuatiri ia telah tercemar dan akan
mengakibatkan keracunan makanan. Makanan yang telah terdedah di suhu bilik melebihi 4 jam
adalah tidak selamat untuk dimakan. Tambahan pula, menggoreng semula makanan akan
menyebabkan tambahan kalori kerana penggunaan minyak yang berulang. Makanan untuk
bersahur tidak perlu terlalu rumit untuk disediakan. Makanan seperti sandwic, bubur nasi, oat,
bijirin sarapan pagi, roti bersalut telur, makaroni goreng, spageti, buah-buahan serta sup seperti
sup sayur ataupun sup bebola ikan yang ringkas boleh dijadikan hidangan bersahur yang sihat.
Selain daripada itu, pastikan juga buah-buahan dihidangkan sewaktu bersahur. Bagi minuman
pula, lebihkan pengambilan air kosong dan kurangkan penggunaan gula atau susu pekat manis.
Pengambilan teh dan kopi tidak digalakkan kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan air dalam
badan melalui air kencing.

10. TIPS MENGGALAKKAN ANAK MAKAN SEWAKTU BERSAHUR


Amalan berpuasa bagi anak-anak perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sesetengah anak-anak begitu
teruja untuk menjalani ibadah puasa. Namun begitu, apa yang menjadi masalah adalah apabila
bangun bersahur. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak memang susah untuk bangun bersahur di
awal pagi. Ada juga anak-anak yang susah untuk makan kerana biasanya mereka kurang
berselera untuk makan di waktu pagi. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa tip berikut boleh
dijadikan panduan:

1. Sediakan masakan panas untuk bersahur. Biasanya, masakan panas boleh


menambahkan selera anak-anak.
2. Masakkan makanan kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu apa yang anak-
anak anda ingin makan sewaktu bersahur.
3. Pelbagaikan jenis masakan. Anak-anak cepat merasa jemu dengan masakan yang
sama setiap hari.
4. Sediakan masakan berkuah seperti sup kerana ianya lebih mudah dimakan dan
mengenyangkan
5. Elak menyediakan masakan yang pedas dan berempah. Ini boleh mengakibatkan
ketidakselesaan sewaktu berpuasa di siang hari.
6. Galakkan anak-anak mengambil buah-buahan dan minum banyak air sewaktu
bersahur.

11. TIPS BERSAHUR BAGI ORANG BUJANG


Bagi orang bujang, waktu sahur mereka adalah sebelum tidur. Kebanyakan daripada mereka
suka mengambil makanan lewat malam sebelum tidur sebagai makanan untuk bersahur.
Makanan seperti burger, nasi goreng dan mee segera sering kali menjadi pilihan utama bagi
mereka. Ini kerana ia senang didapati, ringkas dan mudah didapati. Kebanyakan orang bujang
juga susah untuk bangun bersahur di awal pagi. Oleh itu makanan yang diambil sebelum tidur
akan dianggap sebagai sahur. Walau bagaimanapun, makanan ini tidak dapat membekalkan
cukup tenaga untuk kita berpuasa keesokan harinya. Waktu sahur yang paling baik adalah
sekurang-kurangnya ½ jam sebelum waktu imsak. Oleh itu, jika boleh pastikan anda bangun
sahur di awal pagi. Ini kerana,. Bersahur di awal pagi boleh mengurangkan keletihan dan
kehilangan tenaga sewaktu berpuasa. Anda boleh mengambil makanan ringkas seperti roti,
sandwic, ban, oats, telur rebus, bijirin sarapan pagi ataupun buah-buahan sewaktu bersahur. Jika
terlalu malas untuk memasak dan ingin makan mi segera pastikan mi tersebut ditambah dengan
sumber protein seperti telur atau ikan bilis dan sayur-sayuran seperti sawi atau kobis. Pastikan
anda mengambil air yang mencukupi untuk mengelakkan kekeringan.

Anda mungkin juga menyukai