Anda di halaman 1dari 11

TABIAT PEMAKANAN SIHAT

DEFINISI
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya
sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan
peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.

Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah
kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang
berkhasiat.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah
ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam
soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak
teratur memburukkan

kesihatan.

Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di
negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet
beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol,
bahan penambah tetapi

kurang memakan

makanan

berserat.

MASALAH/PUNCA/FAKTOR
1. PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA
Cara hidup masyarakat yang semakin gemar makan makanan segera dan bergoreng di restoranrestoran dikenal pasti sebagai antara punca penyakit kronik semakin menjadi-jadi di kalangan
penduduk Malaysia sejak kebelakangan ini. Jika dahulu penyakit jantung, diabetes dan darah
tinggi dikaitkan sebagai penyakit orang kaya kerana kemampuan mereka untuk bermewah
dengan makanan tetapi hari ini anggapan itu tidak boleh dipakai sepenuhnya. Pemakanan yang
berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan suplemen yang tidak betul juga antara
penyumbang kepada penyakit-penyakit

tersebut.

Semua lapisan masyarakat, tidak mengenal usia, bangsa, kaya atau miskin turut menghidap
penyakit-penyakit kronik itu hari ini. Sementara itu jumlah penghidapnya kian meningkat
terutama penyakit jantung koronari yang menjadi punca kematian nombor satu di
Malaysia. Corak pemakanan yang tidak seimbang, pekerjaan tanpa banyak pergerakan dan faktor
keturunan turut menjadi penyumbang kepada penyakit-penyakit kronik yang boleh membawa
maut sekiranya

tidak

dirawat dan

dikawal.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E. Siong tidak menyangka bahawa latar
belakang genetik dan keturunan seseorang turut memainkan peranan menyumbang kepada
penyakit-penyakit kronik itu. Namun demikian, punca utama kepada penyakit tersebut masih
banyak ditentukan oleh corak pemakanan dan diet yang salah, tidak seimbang serta melakukan
pekerjaan yang tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga. Kita tidak boleh menyalahkan
keturunan kedua-dua orang tua kita kerana memiliki baka penyakit-penyakit tersebut, sebaliknya
kita sendiri yang patut dipersalahkan kerana mengamalkan cara hidup yang kurang sihat.

2. TERLALU BANYAK LEMAK DAN KOLESTEROL

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber
protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan
kolesterol.

Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan


risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.

Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.

3. TERLALU BANYAK GULA

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi
banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.

Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin

dan

galian dari

tubuh.

Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi,
kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.

4. TERLALU BANYAK GARAM

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram
seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.

Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya
boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

LANGKAH MENGATASI PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA

Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat
di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa
haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak
mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan
ini, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus
kerjaya. Lantaran itu, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan
ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan
makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan,
pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan
masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu, alternatif lain bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan
masyarakat di Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah
pihak berkenaan haruslah memastikan makanan-makanan yang dijual berzat dan bukannya
makanan segera. Hal ini berlaku demikian kerana sebilangan pihak pengurusan yang sengaja
menjual makanan segera bagi menarik perhatian sekaligus melariskan jualan mereka ini akan
sentiasa beringat untuk memenuhi peraturan yang dikenakan ke atas mereka berkaitan

penyediaan juadah yang di jual. Justeru, kesusahan mendapatkan sumber makanan segera akan
menyebabkan masyarakat memperoleh makanan yang berkhasiat sekaligus mereka dapat
mengamalkan gaya hidup sihat.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah mengehadkan pengeluaran makanan segera dalam
industri pembuatan makanan segera sebagai satu langkah bijak dalam menangani isu ini. Hal ini
berlaku demikian kerana pengambilan makanan segera yang terlalu kerap boleh membunuh
harapan kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Impaknya,
kawalan pengeluaran makanan segera akan menjadikan masyarakat lebih mengutamakan
pengambilan makanan ruji dalam kehidupan harian mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya.
Tamsilnya, kerajaan perlulah menetapkankan kuota pengeluaran makanan segera bagi sesebuah
kilang dalam industri pembuatan makanan segera ini. Oleh itu, sokongan kuat daripada kerajaan
juga amat penting bagi mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat
Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

PANDUAN PEMAKANAN SEIMBANG


Makan nasi, produk bijirin dan ubi terutama bijian penuh yang mencukupi.

keledek pada setiap hidangan.


yang tinggi serat dan rendah lemak, gula dan garam.

pelbagai vitamin, mineral, fitokimia (bahan kimia tumbuhan) dan serat berbanding bijirin
terproses.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

-kurangnya tiga hidangan sayur-sayuran dan dua hidangan buah-buahan


setiap hari.
sayuran berlainan setiap hari.
hijau gelap dengan batang boleh dimakan seperti sawi atau kailan
setiap hari atau sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu.
-sayuran buah dan akar seperti tomato, peria, kacang bendi, lobak merah dan
sayur-sayuran tidak berdaun seperti bunga kubis, brokoli beberapa kali seminggu.

Makan ikan, daging, ayam, itik, telur, kacang dan bijian secara sederhana.

yam dan itik secara sederhana.


(seluruh atau dalam
hidangan).

produk kekacang seperti tempe dan tauhu.


-kurangnya sekali seminggu sebagai snek atau pengganti daging,
ayam dan itik dalam masakan.

membekalkan kalsium. Kebiasaannya ia lebih rendah kandungan kolesterol berbanding daging,


ayam dan itik. Sesetengah ikan tiada kandungan asid lemak omega 3 yang dikaitkan dengan
penyakit darah tinggi dan jantung.

Ambil jumlah susu dan produk tenusu yang mencukupi.

daripada semua peringkat usia harus mengambil susu dan produk tenusu setiap hari.
ke dalam makanan dan minuman. \
rangkan berat badan berlebihan.

KESAN PEGAMBILANAN MAKANAN TIDAK SIHAT

Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam
mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan

Kesan pengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan tubuh badan memperolehi gizi
yang tidak seimbang. Kekurangan nutrien tertentu dalam Malnutrisi makanan menyebabkan
pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket. Kekurangan protein akan
menyebabkan penyakit Kwasyiorkor iaitu gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan
otak terencat, kehilangan selera makan, dan badan lemah. Skurvi pula adalah disebabkan oleh
kekurangan vitamin C dimana tubuh badan akan lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas serta
gusi membengkak dan mudah berdarah. Hal ini adalah pembawa kepada serangan sakit jantung
serta tekanan darah tinggi dan strok. Akibat pengambilan garam yang berlebihan pula akan
menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Bagi individu yang mengambil kuantiti makanan terlalu
banyak pula lebih berpotensi untuk menghadapi masalah kegendutan. Masalah kegendutan
berlaku apabila berat badan adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan
ketinggiannya seterusnya akan menyebabkan diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon juga
berpotensi berlaku Diabetis melitus apabila aras glukosa berlebihan daripada julat normal
(kencing terdapat dalam darah manis).

Osteoporosis pula berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang
tidak mencukupi dalam gizi. Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis
dan rapuh dan mudah patah. Sakit jantung kebiasaannya berlaku apabila tahap kolesterol dalam
darah tinggi. Selain itu kolesterol berlebihan yang terenap pada dinding arteri seterusnya
menyempitkan salur darah dan menyebabkan jantung sukar untuk mengepam darah akan
menjadi punca kepada penyakit Strok.

Oleh itu, kita hendaklah lebih bijaksana dalam mengatur menu pemakanan harian kita supaya
masalah kekurangan gizi makanan serta kesannya dapat kita hindari serta dapat mengamalkan
budaya hidup yang sihat.

STATISTIK

RAKYAT MALAYSIA TIDAK JAGA PEMAKANAN

Rakyat Malaysia makan sesuka hati dan tidak menjaga pemakanan mereka. Dan akibatnya ialah
kini masalah obesiti menular di kalangan masyarakat Malaysia, dengan berat badan 37 peratus
daripada penduduknya melampaui

had

sihat.

Satu daripada faktor yang boleh mendorong kepada keadaan ini ialah sikap rakyat Malaysia yang
gemar makan pelbagai makanan dan malas bersenam. Secara ringkas, boleh dikatakan orang
ramai beranggapan kesihatan dan mortality mereka

terjamin.

Dari masa ke masa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggunakan statistik obesiti
untuk mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada amalan pemakanan tidak sihat.
Tetapi adakah nasihat ini diendahkan oleh sesiapa memandangkan sejak tujuh tahun lepas
masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia telah meningkat daripada 20 peratus kepada 39
peratus?

Lagipun, adakah hakikat obesiti di kalangan dewasa yang meningkat tiga kali ganda sejak
sedekad lepas dan hanya 14 peratus daripada rakyat Malaysia bersenam membimbangkan rakyat
Malaysia?

Untuk memburukkan lagi keadaan, kedai-kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas
hujan menyebabkan rakyat Malaysia lupa yang mereka perlu mengamalkan pemakanan baik
untuk kekal sihat. Amalan makanan harian iaitu teh tarik dan roti canai bagi sarapan pagi
pastinya memudaratkan tubuh. Ramai yang mendambakan makanan atau kuih goreng yang boleh
menyumbangkan

kepada strok.

STATISTIK PEMAKANAN SIHAT


PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada 2015, kira-kira 2.3 bilion
penduduk di seluruh dunia akan mempunyai berat badan berlebihan, manakala 700 juta
daripadanya mengalami masalah kegemukan keterlaluan atau obesiti.
Apa yang membimbangkan, masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin menular
tahun demi tahun di negara-negara membangun. Di Malaysia, sehingga 2010, peningkatan kes
obesiti yang direkodkan dalam kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga
12 tahun adalah sebanyak 10 peratus.
Masalah ini menjadi lebih serius apabila meningkatnya risiko kesihatan lebih kronik seperti
kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan
serta kanser. Apakah faktor menyumbang kepada masalah kegemukan dalam kalangan kanakkanak ini?

Menurut Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan juga Pengerusi Jawatankuasa
Pakar Program Kanak-Kanak Sihat Nestle (NHK), Dr Tee E Siong, faktor utama penyumbang
masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan
kadar banyak atau terlalu kurang.

Dapatan borang kaji selidik


setuju

tidak setuju

100%

Berdasarkan dapatan borang kaji selidik yang telah diedarkan, 100% bersetuju bahawa tabiat
pemakanan yang sihat mendorong seseorang untuk tubuh badan yang lebih sihat.

RUJUKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Buku Pemakanan Seimbang Untuk Remaja, Faridah Abdul Rasyid


Buku Panduan Diet Seimbang, Abdullahhisham Saedon
Buku Vitamin Dan Mineral Untuk Tubuh Badan Yang Sihat, Angela Ryston
Buku Jom Makan Untuk Sihat, Haryati Mat Deris
Internet
http://e-kesihatan.blogspot.com/
http://makan2sihat.blogspot.com/p/kepentingan-pengambilan-makanan.html
http://penpatah.blogspot.com/2013/12/tips-amalan-pemakanan-sihat.html

Anda mungkin juga menyukai