Anda di halaman 1dari 3

c

Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang kita inginkan. Semuanya


memerlukan usaha yang tinggi.

Daripada pandangan majikan pula, calon-calon temuduga mestilah berketrampilan


bukan sahaja dari segi fizikal dan penampilan, malah personaliti juga perlu
dittitipberatkan

Biarpun ada majikan yang akan melihat teliti keputusan dan pencapaian sewaktu
graduan itu di Universiti, ada kalanya kemahiran berkomunikasi, berfikir dan
menyelesaikan permasalahn juga diambil kira sebagai elemen utama yang harus
diutamakan.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda 15 jenis soalan dan jawapan lazim yang
sering ditanya ketika temuduga bekerja.

1. Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?

JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang


terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian
saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat.

Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini sebagai institusi untuk
saya belajar perkara-perkara baru.

2. Apa Alasan Awak Untuk Berhenti Kerja Yang Terdahulu?

JAWAPAN: Ini adalah untuk meningkatkan daya kemahiran saya, saya mahu
mencari peluang yang lebih besar untuk memajukan diri.

3. Kenapa Dah Lama Anda Menganggur?

JAWAPAN: Saya bukanlah menganggur seperti yang pihak encik/puan sangkakan.


Dalam tempoh yang lepas, saya sebenarnya banyak menghadiri khursus
pemantapan diri (beri contoh nama khursus). Dalam masa yang sama, saya juga
banyak melakukan kerja-kerja sampingan seperti… (beri contoh).

4. Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?

JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang,
seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di
samping menanam sifat sabar.

5. Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?

JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta


menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.

6. Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?


JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah,
dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya
kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah
ditetapkan.

7. Adakah Anda Seorang Rakan Kerja Yang Prihatin?

JAWAPAN: Ya, pasukan yang mengambil saya sebagai ahlinya akan sentisa dapat
menyiapkan kerja dalam jangka waktu yang ditetapkan.

8. Apa Yang Paling Anda Tidak Suka Tentang Rakan Sekerja?

JAWAPAN: Saya percaya dengan kerjasama. Biarpun kadang-kala kita tidak dapat
menjangka sifat orang lain (rakan sekerja), saya tetap akan buat yang terbaik dan
cuba untuk mengelak msalah tersebut dariapda mempengaruhi emosi diri melainkan
ianya ada kena mengena dengan tingkah peribadi saya.

9. Berapa lama Anda Jangka Untuk Bekerja Dengan Pihak Kami?

JAWAPAN: Selama mana pun. Asalkan sahaja ia mampu memberi motivasi kepada
diri saya secara profesional.

10. Di Mana Anda Lihat Diri Anda Lima Tahun Dari Sekarang?

JAWAPAN: Ya, selain ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi daripada
pelbagai cabaran hidup, saya juga berasa untung kerana dapat kenal dengan ramai
rakan sejawat yang bagus-bagus belaka.

12. Apa Kelemahan Anda?

JAWAPAN: Saya akan fokus terhadap satu perkara dalam satu masa.

13. Apa Kekuatan Anda?

JAWAPAN: Saya lekas belajar, merupakan rakan kerja yang aktif dan boleh diharap.

14. Apakah Jawatan yang Anda Mahukan Jika Kami Mengamahkan Anda Untuk
Menyelesaikan Sesebuah Projek?

JAWAPAN: Saya tak kisah, apa yang penting adalah saya bisa memperolehi
pengetahuan baru dalam projek itu nanti. Saya teruja untuk bekerjasama dengan
rakan-rakan pasukan yang lain.

15. Ada Apa-Apa Soalan?

JAWAPAN: Jika ini soalan yang akhir ditanya, ia sebenarnya adalah peluang
keemasan untuk anda membina satu hubungan dengan si panel yang menemu
duga.

Banyak soalan yang boleh ditanya termasuklah:-


“Apakah cabaran terbesar yang dihadapi syarikat ketika ini?”

“Boleh beritahu saya serba sedikit tentang dengan siapa saya akan
bekerjasama jika saya diterima kelak?”

Secara tidak langsung, soalan-soalan begini akan buat majikan berasa yang
anda sangat berminat untuk bekerja di syarikatnya. Namun hati-hati supaya ia
tidak terlalu kelihatan seperti sudah dirancang dan dihafal.

Anda mungkin juga menyukai