Anda di halaman 1dari 16

Persediaan Diri Sebelum Menghadiri

TEMUDUGA
(Preparing for interview)
OSFARIZAL BIN OTHMAN
PEGAWAI PSIKOLOGI
POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
Temuduga?
 Soal jawab antara majikan dengan orang
yang memohon kerja. (Dewan Bahasa &
Pustaka)
 Atau proses memasarkan diri anda
sebenarnya ?
 Mempunyai peluang menonjolkan dirinya,
menunjukkan dirinya berupaya ataupun
tidak untuk mendapatkan jawatan yang
dipohon.
Mitos Tentang Temuduga?
1. Semua Penemuduga 5. Hanya calon yang paling
berpengalaman dan mahir layak dan pandai akan
dalam ilmu temuduga terpilih

2. Semua penemuduga itu 4. Semua penemuduga


rasional, profesional dan menilai sentiasa bersedia
melalui merit semata-mata

3. Semua penemuduga berkeyakinan


tinggi
7 TIPS PERSEDIAAN
(THE BASIC ONE!)
1. Dapatkan maklumat
tentang organisasi yang
akan menemuduga anda.

 Apakah bentuk dan bidang


perniagaan / perkhidmatan yang
dijalankan?

 Apa visi, misi dan nilai-nilai teras


organisasi?
2. Dapatkan maklumat tentang jawatan yang dipohon

 Untuk siapakah anda akan bekerja dan bahagian mana?


 Apakah hasil utama jabatan sasaran anda?
 Apakah matlamat atau masalah utama yang ingin dicapai atau
diselesaikan oleh jabatan sasaran anda?
 Bentuk tugas utama yang anda lakukan dan 3 kemahiran utama yang
diperlukan bagi tugas itu?
 Bagaimanakah pencapaikan kerja itu dinilai?
3. Dapatkan maklumat
tentang temuduga yang
akan dilalui

 Siapakah yang akan menemuduga


anda.
 Bagaimanakah format temuduga
yanga akan dijalani?
 Apakah lagi cadangan-cadangan
persediaan yang perlu anda
lakukan?
4. Persediaan tentang
Diri anda.
 1 hingga 3 kemahiran atau
kebolehan anda (mesti
berkaitan kemahiran yang
diperlukan)
 1 hingga 3 pencapaian
terbaik anda
 Kekuatan yang ingin
diketengahkan.
 Kelemahan anda bukan
melibatkan kemahiran
yang diperlukan.
Contohnya :

“Salah satu dari kekuatan saya ialah


saya seorang yang cepat belajar dan
mudah menyesuaikan diri dengan
suasana baru. Semasa di Universiti
dahulu, saya pernah diberikan tugas
sebagai…untuk mengurus majlis tersebut
dalam masa yang singkat dan walaupun
saya tidak ada pengalaman tetapi
hasilnya saya dapat menjayakan majlis
tersebut…”
5. Sediakan sekurang-kurangnya 3 soalan yang perlu
ditanya kepada penemuduga
 Contoh soalan : Setakat ini saya rasa amat
berminat untuk menyertai syarikat ini. Pada
Pandangan Tuan, adakah kemahiran dan
kebolehan saya sesuai untuk tugas ini?
6. Bina penampilan seorang
profesional

 Penjagaan Diri
 Bahasa Badan
 Pakaian
10 bahasa badan yang biasa dilihat dalam TEMUDUGA

YANG 'OKAY' TIDAK 'OKAY'

1. Berdiri tegak, kedua tangan di sisi. 1. Membongkok / Bercekak pinggang /


Berpeluk tubuh / Tangan di dalam seluar
poket.
2. Duduk dengan tegak menghadap 2. Bersandar terlalu santai atau terlalu
penemuduga. membongkok ke depan.
3. Tangan ke sisi atau di bawah, sekali 3. Terlalu ghairah sehingga tangan
sekala mengangkat dalam percakapan. terawang-awang dalam percakapan /
Mengetuk meja / Bermain-main dengan jam,
pen atau barangan lain.
4. Kepala tegak, relaks dan 'eye contact' 4. Mendongak / mengangkat muka.
Terlalu banyak mengangguk.
5. Raut wajah yang tenang dan senyum. 5. Kelihatan cemas, risau & masam.
6. Bercakap dengan tenang dan jelas. 6. Gopoh dan kelam-kabut / Bercakap
terlalu perlahan sehingga sukar didengar
oleh penemuduga.
Panduan Pakaian Profesional
untuk Wanita
 Baju berlengan panjang.
 Kain sesuai, bergosok, kelihatan 'terletak' dan tidak mudah berkedut.
 Warna pakaian (tidak melebihi 3 warna).
 Tidak banyak corak bunga.
 Tidak seksi dan 'menjolok mata'.
 Pakai kasut yang menutup jejari kaki.
 Pakai kasut bertumit tinggi.
 Pemilihan aksesori yang minimum.
 Gunakan fail yang sesuai untuk meletakkan dokumen penting anda.
 'Make-up' sederhana.
 Memakai minyak wangi digalakkan.
Panduan Pakaian Profesional untuk
Lelaki
 Baju mesti berlengan panjang.
 Pilihan warna putih, biru laut dan biru terang banyak digunakan sebagai
warna profesional.
 Corak baju (kosong, berjalur ataupun berpetak).
 A big 'no - no' untuk corak bunga.
 Tali leher.
 Seluar berwarna gelap.
 Kasut sukan 'diharamkan'.
 Aksesori (Jam tangan / cincin / pen / fail atau beg yang sesuai untuk
meletakkan dokumen penting).
7. Bersedia menghadapi apa jua kemungkinan

 Bersedia 1

 Berlatih 2

 Berdoa 3
Kesimpulan

Kejayaan anda tidak bergantung pada berapa


banyak resume yang telah dihantar atau berapa
banyak temuduga yang dihadiri, tetapi sejauh
mana kemampuan anda menarik minat bakal
majikan untuk mengambil anda bekerja.
Berdoa, berusaha dan bertawakkal. In sha
Allah.
All the best 

Anda mungkin juga menyukai