Anda di halaman 1dari 2

Tip Pekerja Cemerlang.

Jika anda ingin menjadi pekerja cemerlang, jadikanlah 7 tip asas ini sebagai amalan harian.

1. Muhasabah niat bekerja.


Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang, niat hati kita
mestilah ikhlas dan bersih. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja,
adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat
pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh
dalam pekerjaan kita dan bersemangat bukan bekerja main lepas tangan aje.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.


Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita.
Misalnya, jika kawan sekerja masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Kita pula masuk jam 8.30 pagi
hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga
tidak sedar masa berlalu.

3. Komited.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-
kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-
kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti kita akan
dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di
sini. Kita perlu bijak menyesuaikan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana
ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

5. Belajar Tanpa Henti.


Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan
sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu
dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang
benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa
singkat.

6. Hormat Semua Orang.


Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka
itupekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan. Paling penting jangan sekali-kali mencari
kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan
ayng sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak. Pekerja yang cemerlang diukur dari
segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi banyakan bekerja dan kurang bercakap.
7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja,
gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh
menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan
dalam bentuk kerja lebih masa atau pujian semata. Ini resipi utama seorang pekerja cemerlang. Lebih
banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tip ini dan
kecemerlangan dalam kerjaya akan datang.

Anda mungkin juga menyukai