Anda di halaman 1dari 5

7 Tips Pekerja Cemerlang 1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.

Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali? Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai booster motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya. 2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu. Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu. 3. Komited. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahirankemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawankawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan. 4. Bijak Menyelit. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit politik. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja. bodek bossnya untuk cepat naik pangkat! Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah

5. Belajar Tanpa Henti. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step. 6. Hormat Semua Orang. Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi bising maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja. 7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur. Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan first impression orang lain amat penting dalam suasana kerja. Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja. Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang ! Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang. Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep memberi, tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.

10 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang


Sedikit tips untuk pekerja yang dah lama bekerja tak terkecuali yang baru nak mula kerja ataupun yang tak kerja lagi dan akan kerja nanti.:-D. Tips untuk jadi seorang pekerja yang cemerlang dan disayangi bos(bukan bercinta dengan bos). Tengok 10 tips yang ada kat bawah: 1. Beyond Expectation. Maksudnya mesti buat lebih dari apa yang bos minta. Contohnya sesuatu tugasan bos suruh siapkan esok, sebolehnya siapkan tugasan tu hari ini. 2. Tahu apa kemahuan bos. Kita harus/patut tahu sifat ataupun kemahuan dan style bos kita, kemudian kita sesuaikan dengan diri kita. 3. Tiada istilah Yes Bos! Maksudnya walaupun kita mesti hormat bos kita, tetapi dalam sesuatu keadaan dan situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yg konkrit bagi menyokong pendapat tu. Sometimes bos suka orang

yang macam ni...Bos akan tahu kita berpendirian, berani dan berfikir sebelum bertindak. 4. Berani untuk bercakap. So speak up!!! Tapi pastikan apa yang kita nak cakapkan berdasarkan kita punya kepakaran. Jangan terlalu diam bila bermesyuarat bersama bos. Lontaran idea-idea yang bernas. 5. Bos juga manusia biasa, kadang-kadang dia perlukan kawan. Luangkan masa sesekali bersama bos. Dengan ini, kita lebih dapat peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat personaliti dan gaya bos kita. 6. Kalau bos marah, jangan kita pun sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil. Biar bos marah dulu, kita dengar saja. Bila selesai baru kita terangkan situasi sebenar. 7. Jangan suka menipu. Bos suka orang yang jujur. Sekali dia tak percayakan kita, jurang lebih besar akan wujud antara kita dan bos. 8. Jangan mengeluh jika diberi sesuatu tugasan. Berfikiran positif. Hanya bos yang tahu kebolehan dan X factor yang ada pada kita. Jadi,anggaplah tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yang baru. 9. Mestilah rajin, be smart dan mempunyai sense of urgency. 10. Sentiasa senyum. Ingat semua orang ada masalah di dunia ini. Kalau kita berselisih faham dengan bos, jangan terlalu tunjuk. Sabar....Tarik nafas panjangpanjang..Telan panadol 2 biji pastu tido.....Esok pergi kerja mulakan dengan senyuman.:-D

Ciri-Ciri & Jati Diri Pekerja Cemerlang


(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin

Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pekerja cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI.

Pekerja Cemerlang
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi cemerlang dalam akademik serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-

dua kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap individu atau pekerja cemerlang.

Kualiti-kualiti cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Amanah Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. Bijak Pekerja yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pekerja yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah atau dapat meningkatkan lagi prestasinya dalam pekerjaan. Cergas Pekerja yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta melakukan latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas, aktif serta ceria dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya serta dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya. Dedikasi Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai. Pekerja yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil seperti yang diharapkan oleh majikan / organisasi. Elok Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerakgerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk majikan, rakan-rakan sekerja, keluarga serta masyarakat sekeliling. Faham Pekerja yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu

isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya. Gigih Pekerja yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok melakukan setiap kerja atau tugasannya. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan gigih dan tekun melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak dan mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau bekerja dengannya. Hasrat Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi pekerja yang sangat berguna, produktif dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Iman Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati majikan, undang-undang negara serta organisasi serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti. Sekianlah. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai