Anda di halaman 1dari 14

Ciri-Ciri & Jati Diri Pekerja Cemerlang

(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin

Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pekerja cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI.

Pekerja Cemerlang
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi cemerlang dalam akademik serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap individu atau pekerja cemerlang. Kualiti-kualiti cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Amanah Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T.. Bijak Pekerja yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pekerja yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah atau dapat meningkatkan lagi prestasinya dalam pekerjaan. Cergas Pekerja yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta melakukan latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas, aktif serta ceria dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya serta dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya. Dedikasi Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga selesai. Pekerja yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil

seperti yang diharapkan oleh majikan / organisasi. Elok Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerakgerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk majikan, rakan-rakan sekerja, keluarga serta masyarakat sekeliling. Faham Pekerja yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya. Gigih Pekerja yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok melakukan setiap kerja atau tugasannya. Walau betapa sukar pun tugasan yang diberikan kepadanya, ia tetap akan gigih dan tekun melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak dan mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui atau bekerja dengannya. Hasrat Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi pekerja yang sangat berguna, produktif dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Iman Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati majikan, undangundang negara serta organisasi serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Muncul sebagai pekerja cemerlang menjadi sifat mereka yang ingin berjaya dalam hidup. Pekerja cemerlang bukan mengharapkan anugerah atau diraikan ketua pejabat dalam jamuan tertentu. Namun, sebagai insan yang taat kepada agama di samping mempunyai jati diri yang baik, pekerja cemerlang memiliki ciri yang membolehkannya dikagumi sekali gus dijadikan contoh yang baik. Antara ciri pekerja cemerlang: # Kerja menjadi hobi baginya, lazimnya dia datang awal dan balik lambat. # Sangat mementingkan disiplin. # Kualiti kerja lebih daripada biasa. # Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja tanpa mengira status. # Waktu bekerja lapan jam sering dilanjutkan hingga 10 jam dan kadang kala menjangkau 12 jam! # Memberi idea unik untuk memajukan tempat kerja. # Sentiasa berpakaian kemas, raut wajah tenang. Jika mahu mencapai tahap kecemerlangan diri, ubah sikap biarpun hanya mampu menerapkan salah satu daripada ciri itu. Mula-mula memang agak susah tetapi jika sering dilatih, ia membuatkan diri semakin cekap dan terbiasa. Tidak pun, cuba berlakon sebagai pekerja cemerlang. Paling penting, perubahan itu memerlukan kesabaran tinggi serta tahan hati mendengar kata-kata

kurang enak masyarakat sekeliling di tempat kerja. Lazimnya manusia kurang senang melihat orang lain sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana organisasi. Berikan tumpuan 100 peratus pada diri sendiri. Biarpun menerima sindiran agak pedas, jangan cepat melatah.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/12/ciri-pekerja-cemerlang.html#ixzz1ostRNsM2

CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut : -Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja. -Datang awal, balik lambat. -Sangat mementingkan disiplin. -Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa. -Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka. -Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam! -Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja. -Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu. -Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang. Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr Tuah, Phd (penyakit hasad dengki). Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).

Kemahiran Penyoalan
Pendahuluan Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 : 193 ) OBJEKTIF PENYOALAN Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar. Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu: a) Menggerak Minda Murid Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan. b) Menilai Pemahaman Pelajar Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c) Membimbing Pelajar Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu. d) Merantas Pembelajaran Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 ) e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215) f) Mengekalkan Perhatian Murid Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 ) g) Mengeratkan Interaksi Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 ) Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan. ARAS-ARAS PENYOALAN Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomy of Education objective membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

Pengetahuan

Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolahsekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas Ilmu Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut: PENGETAHUAN Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan. Contoh: 1) Berikan pengertian Ilmu Tauhid? 2) Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ? KEFAHAMAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain. Contoh: 1) Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ? 2) Terangkan ilmu Marifat yang telah kamu pelajari ? APLIKASI Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. Contoh : 1) Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ? 2) Bagaimana kita mengenal Allah ? ANALISIS Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya. Contoh : 1) Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Marifat ? 2) Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ? SINTESIS Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain. Contoh: 1) Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ? 2) Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ? PENILAIANNN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya.

Contoh : 1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya Allah ? 2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Taala ?

KEMAHIRAN PENYOALAN
Posted on February 22, 2011 by admin Komponen Kemahiran Pembentukan Soalan 1. Jelas, tepat dan ringkas Ada Tiada

Fokus 1. Menumpu pada satu idea

Alih hala soalan 1. Mengalih soalan kepada seluruh kelas apabila mendapat jawapan dari seorang murid

Sebaran 1. Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas

Hentian 1. Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk member peluang bagi murid memikirkan jawapan

Melayani jawapan murid 1. Melayani jawapan dengan baik 2. Sekiranya jawapan kurang tepat, memberi hint atau bantuan

Membantu dengan memberi petunjuk 1. Jika murid tidak dapat member jawapan, guru perlu membantu muridmurid memikirkan jawapan dengan cara member petua-petua tanda

saran (cues)

Mencungkil 1. Gurru perlu terus menyoal murid-muridnya sehingga satu jawapan yang lebih baik diperolehi

ARAS SOALAN

Komponen Kemahiran 1. Ingat kembali

Ada

Tiada

1. Kefahaman

1. Aplikasi

1. Analisis

1. Sintesis

1. Penilaian

Perbezaan Individu
by kulanz on 27/01/2010 28 comments Definisi Perbezaan Individu: Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah: Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child attachment Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya). Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu. Aspek-Aspek Perbezaan individu: Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti berikut: 1. Jantina 2. Fizikal 3. Kognisi 4. Personaliti 5. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar 6. Kesihatan 7. Sosial 8. Bangsa/Bahasa

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu: Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang besar, iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut. 1. Faktor Baka Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata. 2. Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat. Menangani Masalah Perbezaan Individu dalam Konteks Sekolah: Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah: 1. Memahami perbezaan murid Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

2. Memahami tingkah laku murid Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. 3. Meramal tingkah laku murid Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar? Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbezabeza. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian. 5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan. 6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. 7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya. 8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.

9. Merancang Aktiviti alternatif Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu. 10. Sentiasa bertolak ansur Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.

Anda mungkin juga menyukai