Anda di halaman 1dari 3

9 Ciri Pekerja Cemerlang

(A. B. C. D. E. F. G. H. I.)
Oleh Taidin Suhaimin

Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri, kualiti-kualiti atau jati diri


(keperibadian atau identiti diri) pekerja cemerlang yang diadun
berdasarkan Abjad A.B.C.D.E.F.G.H.I.
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam
pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak yang mulia.
Ciri-ciri pekerja cemerlang tersebut adalah seperti berikut:

Amanah
Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam
segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak
menipu, tidak mencuri dan tidak rasuah. Ianya sedar bahawa setiap
perbuatannya diperhatikan oleh Allah S.W.T..

Bijak
Pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa serta sumbersumber di sekelilingnya. Ianya sentiasa menggunakan masa
hidupnya dengan sebaik-baiknya di samping sentiasa memperbaiki
dirinya sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran atau
prestasi kerjanya.

Cergas
Pekerja yang cemerlang mempunyai amalan cemerlang dalam
menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosinya. Dalam menjaga
kesihatan fizikal bukan sahaja ianya menjaga kualiti pemakanannya
tetapi juga sentiasa melakukan latihan jasmani serta mendapat
rehat atau tidur yang mencukupi. Kebijaksanaannya dalam
mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti
yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sentiasa
sihat, cergas dan produktif.

Dedikasi
Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta
komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab
yang diamanahkan kepadanya. Apa juga tugasannya, akan
dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga
selesai selaras dengan apa yang diharapkan oleh majikan /
organisasi.

Elok
Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tutur
kata, perlakuan atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai
perwatakan yang ceria, yakin serta senang didampingi. Ianya juga
menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ia sedar
bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai
jiwa yang resah, tidak diberkati Tuhan. Keelokan peribadinya bukan
sahaja disanjung ramai termasuklah majikan, rakan-rakan sekerja,
ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling.

Faham
Pekerja cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap.
Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir,
menganalisa dan memahami sesuatu isu sebelum ianya memberi
maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana mempunyai kualiti yang
ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat
atau yang dipelajarinya.

Gigih
Pekerja yang cemerlang komited melakukan setiap kerja atau
tugasannya. Ia sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh
ketekunan dan kegigihan. Walau betapa sukar pun tugasan yang
diberikan kepadanya, ia tetap akan berusaha bersungguh-sungguh
melaksanakan atau menyiapkannya. Ianya juga bijak serta mudah
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang
ditemui atau yang bekerja dengannya.

Hasrat
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati
kecilnya untuk menjadi orang yang cemerlang dan berjaya.
Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itulah yang
sentiasa memberikan kepadanya suntikan motivasi untuk berusaha

bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan


kerjaya serta peribadinya.

Iman
Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Tuhan. Ia
sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan
agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa
sahaja yang dilarang. Selaras dengan itu, ianya juga amat mentaati
majikan, undang-undang negara dan organisasi.

Anda mungkin juga menyukai