Anda di halaman 1dari 14

 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

 
Ciri-Ciri & Jati Diri
Pekerja Cemerlang 
(A. B. C. D. E. F. G. H. I.) 
Oleh Taidin Suhaimin 

Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri)
pekerja cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI.

Pekerja Cemerlang 
Pekerja yang cemerlang bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga
memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mencapai keputusan atau prestasi
cemerlang dalam akademik serta pekerjaan tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang,
belum cukup untuk membolehkan seseorang itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua
kualiti utama tersebut mesti ada pada setiap individu atau pekerja cemerlang.

Kualiti-kualiti cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah 
Pekerja yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia
sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak
mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan
oleh Allah S.W.T..

Bijak 
Pekerja yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber
di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan
hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah.
Pekerja yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung
melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah atau dapat
meningkatkan lagi prestasinya dalam pekerjaan. 

Cergas
Pekerja yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya
  juga menjaga pemakanan serta melakukan latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam
mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah
membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih
tangkas, aktif serta ceria dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya serta dalam
melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawabnya.
 
Dedikasi
Pekerja yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam
melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Apa juga
tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati dan akan melakukannya sehingga
selesai. Pekerja yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan
iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 1/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

seperti yang diharapkan oleh majikan / organisasi.

Elok 
Pekerja yang cemerlang sangat elok dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan
atau tindakan-tindakannya. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin serta senang
didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan-perbuatan maksiat. Ianya
sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.
Hidup juga tidak diberkati Tuhan.

Pekerja yang cemerlang menjadi contoh kepada pekerja yang lain, baik dari segi gerak-
gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya
disanjung baik oleh orang lain termasuk majikan, rakan-rakan sekerja, keluarga serta
masyarakat sekeliling.

Faham 
Pekerja yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang
demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu
isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai
kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang
dipelajarinya. 

Gigih 
Pekerja yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia
seronok melakukan setiap kerja atau tugasannya. Walau betapa sukar pun tugasan yang
diberikan kepadanya, ia tetap akan gigih dan tekun melaksanakan atau menyiapkannya.
Ianya juga bijak dan mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang
yang ditemui atau bekerja dengannya.

Hasrat 
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempunyai hasrat pada hati kecilnya untuk menjadi

pekerja yang sangat


atau impiannya berguna,
itulah produktifmemberikan
yang sentiasa dan berjaya.kepadanya
Hasratnya suntikan
untuk mencapai
motivasicita-cita
untuk
berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya. 

Iman
Pekerja yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha
mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh
dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati majikan, undang-
undang negara serta organisasi serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti. 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 2/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Muncul sebagai pekerja cemerlang menjadi sifat mereka yang ingin berjaya dalam hidup.
Pekerja cemerlang bukan mengharapkan anugerah atau diraikan ketua pejabat dalam jamuan
tertentu.

Namun, sebagai insan yang taat kepada agama di samping mempunyai jati diri yang baik,
pekerja cemerlang memiliki ciri yang membolehkannya dikagumi sekali gus dijadikan contoh
yang baik.

Antara ciri pekerja cemerlang: 

# Kerja menjadi hobi baginya, lazimnya dia datang awal dan balik lambat.

# Sangat mementingkan disiplin.

# Kualiti kerja lebih daripada biasa.

# Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja tanpa mengira status.

# Waktu bekerja lapan jam sering dilanjutkan hingga 10 jam dan kadang kala menjangkau 12
 jam!

# Memberi idea unik untuk memajukan tempat kerja.

# Sentiasa berpakaian kemas, raut wajah tenang.

Jika mahu mencapai tahap kecemerlangan diri, ubah sikap biarpun hanya mampu menerapkan
salah satu daripada ciri itu.

Mula-mula memang agak susah tetapi jika sering dilatih, ia membuatkan diri semakin cekap dan
terbiasa. Tidak pun, cuba berlakon sebagai pekerja cemerlang.

Paling penting, perubahan itu memerlukan kesabaran tinggi serta tahan hati mendengar kata-kata

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 3/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

kurang enak masyarakat sekeliling di tempat kerja.

Lazimnya manusia kurang senang melihat orang lain sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini
perkara biasa di mana-mana organisasi.

Berikan tumpuan 100 peratus pada diri sendiri. Biarpun menerima sindiran agak pedas, jangan
cepat melatah.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/12/ciri-pekerja-cemerlang.html#ixzz1ostRNsM2 

CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG  

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :


-Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.

-Datang
-Sangat awal, balik lambat.
mementingkan disiplin.
-Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
-Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
-Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
-Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
-Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.
-Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang ,
ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah,
tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba
berlakon jadi pekerja cemerlang. Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak

bersabar,
Mereka mesti
kurang tahan
senang hati mendengar
melihat cakapan-cakapan
sesiapa saja orang
sibuk memajukan diri.diCemburu
tempat kerja.
sebegini
perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr Tuah, Phd (penyakit hasad dengki). Apa
yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan,
walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk
membuat hati Anda jadi panas!). 

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 4/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Kemahiran Penyoalan
Pendahuluan 

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah satu kaedah yang
digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada pelajar sama ada mereka
memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu pelajar
secara langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan
untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan
teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.

Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan menyoal dapat
membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi hati ke
hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana
kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang
baik ( Groisser, 1964 : 193 )

OBJEKTIF PENYOALAN

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi soalan kepada
keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapn, barulah guru
memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab soalan tersebut. Kaedah menyoal
yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir.
Kaedah ini juga dapat merangsang pemikiran pelajar.

Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang pengajaran dan
pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan,
maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:

a) Menggerak Minda Murid

Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar
tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar
semasa sesi soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar

Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau
peperiksaan.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 5/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

c) Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan
ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar
menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan kearah jawapan yang dikehendaki

sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.
d) Merantas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga
menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang
lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )

e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan
penilaian( Zawawi,1988:215)
f) Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh
digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar
terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

g) Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid.
Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektib yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru menggunakan tekni menyoal
kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah
pasti suasana kelas akan lebih aktif dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih
berkesan.

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah


dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of 
Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

۞ Pengetahuan

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 6/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

۞ Kefahaman

۞ Aplikasi

۞ Analisis

۞ Sintesis

۞ Penilaian

Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah-
sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas
Ilmu Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas,
istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana,
bila dan senaraikan.

Contoh:

1) Berikan pengertian Ilmu Tauhid?

2) Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ?

KEFAHAMAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan
meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan
lain-lain.

Contoh:

1) Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?


2) Terangkan ilmu Ma’rifat yang telah kamu pelajari ?

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas,
konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 7/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan,


gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1) Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?


2) Bagaimana kita mengenal Allah ?

ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan
menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan,
bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1) Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Ma’rifat ? 

2) Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

SINTESIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan,


mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang
dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan,
bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.

Contoh:

1) Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?

2) Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?

PENILAIANNN
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan,
memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan,
ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan
sebagainya.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 8/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Contoh :

1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya Allah ?

2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Ta’ala ? 

KEMAHIRAN PENYOALAN
Posted on February 22, 2011 by admin 

Komponen Kemahiran Ada Tiada

Pembentukan Soalan 

1.  Jelas, tepat dan ringkas

Fokus 

1.  Menumpu pada satu idea

Alih hala soalan 

1.  Mengalih soalan kepada seluruh kelas apabila mendapat jawapan dari
seorang murid

Sebaran 

1.  Guru menyebarkan soalan kepada seluruh kelas

Hentian 

1.  Setelah mengemukakan soalan, guru akan berhenti seketika untuk


member peluang bagi murid memikirkan jawapan

Melayani jawapan murid 

1.  Melayani jawapan dengan baik


2.  Sekiranya jawapan kurang tepat, memberi hint atau bantuan

Membantu dengan memberi petunjuk 

1.  Jika murid tidak dapat member jawapan, guru perlu membantu murid-
murid memikirkan jawapan dengan cara member petua-petua tanda

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 9/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

saran (cues)

Mencungkil 

1.  Gurru perlu terus menyoal murid-muridnya sehingga satu jawapan


yang lebih baik diperolehi

ARAS SOALAN 

Komponen Kemahiran Ada Tiada

1.  Ingat kembali

1.  Kefahaman

1.  Aplikasi

1.  Analisis

1.  Sintesis

1.  Penilaian

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 10/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Perbezaan Individu 

by kulanz on 27/01/2010 ·  28 comments 

Definisi Perbezaan Individu: 

Menurut Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah:

“Individual differences are the variations we observe among members of any group in a
particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parent-child
attachment” 

Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pula
menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yang
mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik,
sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam
persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya).

Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang
boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat dilihat
berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan
ibu bapa dengan anak¬-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk memajukan
keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

Aspek-Aspek Perbezaan individu: 

Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh
badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta reaksi
emosi.
Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap
prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa
di rumah, jantina, bakat dan minat.

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan


individu adalah seperti berikut:
1. Jantina
2. Fizikal
3. Kognisi
4. Personaliti
5. Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
6. Kesihatan
7. Sosial
8. Bangsa/Bahasa

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 11/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu: 

Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang besar,
iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut.

1. Faktor Baka
Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua
ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti,
gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata.

2. Faktor Persekitaran
Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran
yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan
kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain,
guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada
komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di
sekelilingnya dan rumah ibadat.

Menangani Masalah Perbezaan Individu dalam Konteks Sekolah: 

Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi
pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:

1. Memahami perbezaan murid


Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman
seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya
kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 12/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

2. Memahami tingkah laku murid


Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di
antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati
dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza.
Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini

dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.


3. Meramal tingkah laku murid
Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi
adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang
hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar? Bagaimana
cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong
dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh
guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Setelah beberapa
gaya kognitif danbulan
gayaseseorang guru itu mengajaryang
belajar pelajar-pelajarnya di sesebuah kelas, dia
berbeza¬beza. akan
Ada dapat
yang mengesan
suka belajar
menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang
secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran
yang bersesuaian.

5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran


Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran
dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu
menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya
pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.

6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik 


Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk 
melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di
dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan,
pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.

7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar


Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah
bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan
yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.

8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan


Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi
masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke
peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program
pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 13/14


 

5/14/2018 Cir i pe ke r ja c e me rla ng - slide pdf.c om

9. Merancang Aktiviti alternatif 


Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat
sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya,
guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai
dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah

dan
selaintidak tahu apa
daripada apayang perlu
yang dilakukan.
terdapat Tetapi
dalam jika gurupengajaran,
rancangan telah merancang aktivitimelakukan
dia boleh alternatif 
pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.

10. Sentiasa bertolak ansur


Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga
haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru
telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah
mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang
tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar
ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika

berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c ir i-pe ke r ja -c e me rla ng 14/14

Anda mungkin juga menyukai