Anda di halaman 1dari 47

Bab 2

Pendapatan dan Penggunaan


Pendapatan Individu
2.1 Pemilihan Pekerjaan

Sektor
Ekonomi

Sektor Utama/ Sektor Kedua / Sektor Ketiga/


Primer Sekunder Tertier
(a) Sektor Utama/Primer

• Sektor utama menggunakan sumber semula jadi


seperti tanah, galian, dan lautan secara langsung
dalam proses pengeluaran
• Aktiviti utama: pertanian, penternakan,
perikanan, perhutanan serta perlombongan dan
kuari
• Contoh pekerjaan: nelayan, petani, pembalak
(b) Sektor Kedua/ Sekunder

• Sektor kedua menggunakan bahan mentah hasil


kegiatan sektor utama dan menukarkannya
menjadi barang separuh siap/ barang siap
• Aktiviti utama: perkilangan dan pembinaan
• Contoh pekerjaan: buruh binaan, pekerja kilang
(c) Sektor Ketiga/ Tertier

• Sektor ketiga melibatkan aktiviti yang


menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan
• Aktiviti utama: perkhidmatan awam/
perdagangan, kewangan, perniagaan, khidmat
sosial, insurans, perhotelan, pelancongan dan
restoran
• Contoh pekerjaan: guru, peniaga, peguam, doktor
Faktor- faktor Pemilihan Pekerjaan
(a) Upah wang
• Memilih pekerjaan yang menawarkan upah wang
yang lebih tinggi
• Bergantung kepada pengalaman kerja, taraf
pendidikan, kemahiran dan tanggung jawab
seseorang, dan tempoh perkhidmatan
(b) Faedah sampingan
• Bertujuan meningkatkan kebajikan pekerja
• Contoh: kemudahan tempat tinggal, perubatan
percuma, cuti, bonus, elaun makan

(c) Minat
 Kecenderungan seseorang dalam bidang tertentu
 Minat dapat meningkatkan daya pengeluaran dan
individu akan memperoleh kepuasan daripada kerja
yang dilakukan
(d) Suasana tempat kerja
• Susana yang bersih , berhawa dingin dan selesa lebih
diminati daripada suasana yang kotor, panas dan
sempit
• Individu juga akan mengelakkan diri daripada kerja
yang berbahaya dan berisiko tinggi

(e) Pengaruh keluarga


 Individu mudah dipengaruhi oleh pilihan yang dibuat
oleh ahli keluarga
(f) Jarak
• Jarak yang dekat lebih diminati kerana dapat
menjimatkan masa dan kos pengangkutan

(g) Pengalaman dan kemahiran


 Pengalaman dan kemahiran lepas akan
mempengaruhi pilihan pekerjaan pada masa
hadapan
(h) Prospek pekerjaan
• Prospek pekerjaan ialah peluang untuk terus maju
dalam kerjaya
• Contoh: peluang untuk naik pangkat, naik gaji,
peluang untuk mengikuti kursus dan latihan di
luar negara

(i) Kelayakan akademik


 Individu akan memilih pekerjaan yang setaraf
dengan kelayakan akademik
(j) Keadaan ekonomi semasa
• Semasa ekonomi melambung, peluang pekerjaan
adalah banyak, individu mudah dapat kerja yang
diingini
• Semasa ekonomi meleset, peluang pekerjaan
terhad dan masalah pengangguran tinggi
2.2 Pendapatan Individu

• Pendapatan individu bermaksud jumlah


pendapatan yang diterima oleh seseorang
individu dalam suatu tempoh masa tertentu
• Rumus penghitungan pendapatan individu:

Pendapatan individu = upah + faedah + dividen


+ sewa + untung +
bayaran pindahan
Jenis Pendapatan Produktif
(a) Upah
• Ganjaran kepada buruh yang menyumbang tenaga
mental/ fizikal dalam proses pengeluaran
• Boleh dibayar mengikut tempoh masa bekerja atau
mengikut kuantiti output yang dapat dihasilkan
• Upah wang (nominal) ialah upah yang diterima dalam
bentuk wang
• Upah benar ialah jumlah barang yang dapat dibeli
oleh upah wang

upah wang
Upah benar =
harga purata barang
(b) Faedah
• Ganjaran kepada pemilik modal wang yang
sanggup menangguhkan perbelanjaan
penggunaannya pada masa sekarang
• Rumus faedah:

Faedah = pokok x kadar faedah x


tempoh simpanan
(c) Dividen
• Ganjaran kepada pendeposit dalam sistem
perbankan Islam, penabung unit amanah,
pencarum KWSP, dan pemilik saham
• Tidak mempunyai unsur riba

(d) Sewa
 Ganjaran kepada faktor pengeluaran yang penawarannya
terhad seperti Tanah.
 Sewa juga diterima oleh pemilik harta yang
membenarkan orang lain menggunakan hartanya untuk
suatu tempoh masa tertentu. Contoh: rumah, kedai
(e) Untung
• Ganjaran kepada usahawan
• Untung dibayar kepada usahawan kerana
kesanggupannya :
– Mengurus organisasi perniagaan
– Menyelaraskan faktor-faktor perniagaan
– Membuat inovasi dalam teknik pengeluaran, pengurusan,
pentadbiran, dan pemasaran
– Menanggung risiko perniagaan
• Rumus untung:
Untung = jumlah hasil – jumlah kos
Jenis Pendapatan Tidak Produktif

• Bayaran pindahan ialah pendapatan yang diterima


oleh individu tanpa memberi sebarang
sumbangan dalam proses pengeluaran
• Contoh:
i. Pencen kepada pesara
ii. Biasiswa kepada pelajar
iii. Bantuan kewangan kepada mangsa bencana alam
iv. subsidi yang diberi oleh kerajaan
v. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa
Sumber pendapatan individu:

• Bekerja sendiri
• Bekerja dengan orang lain
• Punca-punca lain
(a) Bekerja Sendiri
• Ganjaran yang diperoleh disebut untung
• Kejayaan individu yang bekerja sendiri bergantung
pada kemampuan, kemahuan, kebolehan dan
usaha individu itu sendiri

(b) Bekerja dengan orang lain


 Ganjaran diberi dalam bentuk gaji/ upah
 Mereka juga diberi bonus berdasarkan prestasi dan
juga persetujuan syarikat
 Individu ini tidak perlu menyumbangkan modal
(c) Punca-punca lain
• Individu yang membuat pelaburan akan
mendapat ganjaran dalam bentuk dividen
• Individu yang menyewakan tanah atau harta lain
turut akan mendapat ganjaran
• Individu yang telah bersara turut mendapat
pampasan atau hasil pencen
• Pendapatan dalam bentuk faedah diperoleh hasil
simpanan yang dilakukan dalam bank
Perbezaan antara bekerja sendiri dengan
bekerja dengan orang lain:
Mempunyai kebolehan, kemampuan Tidak mempunyai kebolehan,
dan kecenderungan dalam bidang kemampuan dan kecenderungan
yang diceburi dalam bidang yang diceburi

Sanggup menghadapi risiko Tidak sanggup menghadapi risiko

Ingin berdikari Bergantung pada orang lain

Berkat usahanya dapat memperoleh Hanya memperoleh upah


keuntungan yang lumayan

Contoh : peniaga, doktor swasta Contoh: kerani, guru


2.3 Pendapatan Boleh Guna

• Pendapatan boleh guna ialah jumlah pendapatan


setelah ditolak potongan-potongan wajib
• Rumus pendapatan boleh guna:

Pendapatan boleh guna


= Jumlah pendapatan – potongan wajib
= Jumlah pendapatan – caruman KWSP – Caruman
PERKESO – Bayaran Zakat – Cukai pendapatan
perseorangan
• Pendapatan boleh guna dapat digunakan untuk
membuat perbelanjaan penggunaan atau
ditabungkan.
• Rumus pendapatan boleh guna juga boleh ditulis
sebagai:

Pendapatan boleh guna


= Perbelanjaan penggunaan + Tabungan
Jenis potongan wajib:

• Caruman KWSP
• Caruman PERKESO
• Bayaran zakat
• Cukai pendapatan perseorangan
(a) Caruman KWSP
• Objektif KWSP ialah menyediakan perlindungan
kewangan kepada individu yang telah bersara/
hilang keupayaan untuk bekerja
• Kadar caruman KWSP oleh pekerja ialah 11% dan
majikan ialah 12% daripada gaji bulanan pekerja
(b) Caruman PERKESO
• Caruman PERKESO merupakan Skim Keselamatan
Sosial untuk memberi perlindungan kepada para
pekerja yang menghadapi kejadian luar jangka
• Kadar caruman PERKESO oleh pekerja ialah 0.5%
dan majikan ialah 1.75% daripada gaji bulanan
pekerja
(c) Bayaran Zakat
• Syarat bagi setiap umat Islam yang ingin
membayar zakat mesti cukup nisab (kadar) dan
haul (tempoh)
• Kadar zakat ialah 2.5% daripada pendapatan/
harta benda seseorang
(d) Cukai Pendapatan Individu
• Sumbangan wajib individu kepada kerajaan kesan
daripada penerimaan pendapatan melebihi satu
jumlah tertentu dalam tempoh masa satu tahun

Pendapatan boleh cukai


= Jumlah pendapatan – Pelepasan Cukai
2.4 Pendapatan Boleh Guna

• Pendapatan boleh guna dapat digunakan untuk


tujuan tabungan dan perbelanjaan penggunaan
Keperluan Individu

Keperluan Lain:
Keperluan Asas:
(a) Pendidikan
(a)Makanan
(b) Perubatan
(b)Pakaian
(c)Pengangkutan
(c)Tempat tinggal
(d)Bekalan air dan
elektrik
Modal Hierarki Keperluan Maslow
Keperluan
sempurna
diri
Keperluan
penghargaan

Keperluan kasih sayang

Keperluan keselamatan

Keperluan asas
Belanjawan Peribadi

• Belanjawan peribadi merupakan anggaran


pendapatan dan perbelanjaan seseorang individu
untuk suatu tempoh masa tertentu, misalnya satu
bulan
Perbezaan antara keperluan asas dengan
kehendak:
Keperluan Kehendak
Keinginan terhadap barang dan Keinginan terhadap barang dan
perkhidmatan bagi membolehkan perkhidmatan bagi membolehkan
individu hidup pada tahap keselesaan individu hidup pada tahap keselesaan
yang minimum yang lebih selesa

Untuk terus hidup Untuk keselesaan

Sama untuk semua orang Berbeza untuk setiap individu

Contoh: makanan, pakaian, dan Contoh: radio, kereta, dan komputer


tempat tinggal
Kepentingan belanjawan peribadi

• Merancangkan perbelanjaan supaya tidak melebihi


pendapatannya
• Mengelakkan seseorang individu daripada berhutang
• Mengelakkan pembaziran tabungan dengan memberi
keutamaan terhadap barang-barang keperluan
• Menyimpan sebahagian daripada pendapatan
sebagai
• Mengelakkan inflasi
Langkah-langkah menyediakan
belanjawan peribadi

• Kenal pasti punca pendapatan dan pelbagai


potongan wajib
• Menyenaraikan pelbagai perbelanjaan
• Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
• Mengimbangi antara perbelanjaan dan pendapatan
boleh guna
• Mencatatkan tabungan
Tabungan
• Tabungan ialah bahagian daripada pendapatan
boleh guna yang tidak dibelanjakan.
• Rumus:

Tabungan = pendapatan boleh guna –


perbelanjaan penggunaan
Tujuan tabungan:

• Bagi tujuan awasan seperti semasa sakit dan kecemasan


• Untuk membeli barang tahan lama seperti kereta dan
rumah
• Untuk tujuan pendidikan, contohnya melanjutkan
pelajaran di negara asing
• Untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah
• Untuk jaminan pada hari tua
• Untuk membuat pelaburan
• Sebagai modal untuk menjalankan perniagaan
• Untuk melancong
Cara-cara Menabung:
• Bank perdagangan
• Syarikat kewangan
• Bank Simpanan Nasional
• Lembaga Tabung Haji
• Koperasi
• Unit amanah
• Syarikat Insurans
• Membeli aset tetap
• Menyimpan emas
• Surat jaminan kerajaan
Pinjaman

• Pinjaman ialah sejumlah wang yang


diterima oleh seseorang individu dari
punca-punca tertentu yang perlu dibayar
balik
Tujuan pinjaman pengguna
• Menampung kekurangan yang berlaku di luar dugaan seperti
kematian, jatuh sakit, dan kemalangan
• Membeli harta atau barang tahan lama yang mahal seperti
kereta, rumah dan tanah
• Membiayai kos pendidikan institusi pengajian tinggi
Tujuan pinjaman pengeluar
• Menambahkan modal perniagaan
• Meningkatkan produktiviti melalui pembelian alatan seperti
mesin dan jentera
• Mengurangkan pembiayaan cukai
Cara-cara membuat pinjaman:
• Bank perdagangan
• Syarikat kewangan
• Bank Simpanan Nasional
• Agro Bank
• Syarikat kredit
• Agensi kerajaan
• Bank Islam
• Koperasi
• Syarikat insurans
• Kedai pajak gadai
• keluarga
Faedah atau bunga perlu dibayar
kepada pemberi pinjaman kerana:
• Pemberi pinjaman menanggung risiko kemungkinan pinjaman
tidak dibayar balik atau peminjam itu muflis
• Menanggung risiko kemerosotan atau kejatuhan nilai wang
• Kesanggupan menangguhkan perbelanjaan masa kini kepada
masa depan
• Menanggungkan kesulitan dari segi catatan yang perlu dibuat
seperti urusan perkeranian
Pelaburan

• Pelaburan ialah usaha untuk meningkatkan


stok modal seperti mesin, jentera , kilang,
rumah, bangunan, dan bahan-bahan
mentah untuk digunakan dalam proses
pengeluaran
Tujuan pelaburan
• Untuk meningkat produktiviti
• Untuk meningkatkan pendapatan pada masa hadapan
• Untuk mengganti barang modal yang lebih haus dan usang
• Untuk menggerakkan ekonomi ke arah maju
Cara-cara pelaburan:

• Pembinaan kilang atau pembelian alat-alat jentera


yang baharu
• Pembelian bahan mentah untuk proses pengeluaran
• Pembinaan rumah kediaman, bangunan-bangunan,
dan pembelian tanah
Perbandingan pulangan daripada pelaburan
dengan pulangan daripada tabungan
Pulangan pelaburan Pulangan tabungan
Pulangan dalam bentuk Pulangan dalam bentuk
untung faedah

Kadar pulangan tidak tetap Kadar pulangan tetap,


contohnya 4% setahun

Melibatkan risiko yang tinggi Risikonya rendah

Anda mungkin juga menyukai