Anda di halaman 1dari 1

Negara akan kehilangan generasi dan kepimpinan pada masa hadapan.

Negara akan mengalami kerugian yang sangat besar kerana generasi pada masa kini tidak mempunyai akhlak baik dan yang diinginkan dan hal ini menyebabkan negara akan kehilangan pemimpin-peminpin yang berwibawa untuk mentadbir negara. Kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan ekonomi negara juga sukar untuk berkembang krn wujud gejala social dan keruntuhan akhlak yg tinggi di kalangan masy. Pembangunan susah utk berkembang dan dijalankan o kerajaan kiranya keruntuhan akhlak berada pada tahap yg membimbangkan. Kerajaan akan dibebani pelbagai masalah yg boleh menghalang kerancakan pembangunan negara. Kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dgn peningkatan gejala social dan keruntuhan akhlak. Perbuatan berjudi, berzina, perbuatan seks di luar tabii, kes rogol, pembuangan bayi serta ketagihan dan penagihan dadah akan makin berleluasa. Perbelanjaan kerajaan akan turut juga meningkat akibat peningkatan kadar jenayah. Kerajaan terpaksa menggunakan belanja yang lebih dalam menguruskan remaja2 dan bagi mengatasi remaja2 yang bermasalah ini. Contoh yang paling ketara ialah perbelanjaan kerajaan dalam menguruskan penagih dadah di pusat serenti serta perbelanjaan kerajaan utk membaik pulih kemudahan awam yg disebabkan oleh perbuatan vandalisme. Anasir2 luar akan mudah meresap masuk ke dalam negara seandainya generasi pd hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Mereka akan mudah dan cepat terpengaruh dgn budaya kuning dan juga budaya barat yang sentiasa ingain menghancurkan remaja islam pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai